SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Internet 1
Internet
Visualisasi pelbagai laluan melalui suatu bahagian Internet. Daripada 'Projek Opte'
Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana
digambarkan sebagai pautan
Secara amnya, Internet (singkatan
perkataan bahasa Inggeris; inter-network)
ialah rangkaian komputer yang berhubung
menerusi beberapa rangkaian. Manakala
Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem
komputer umum, yang berhubung secara
sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai
protokol pertukaran paket (packet switching
communication protocol). Rangkaian
internet yang terbesar dinamakan Internet.
Cara menghubungkan rangkaian dengan
kaedah ini dinamakan internetworking.
Kemunculan Internet
Rangkaian pusat yang membentuk Internet
bermula pada tahun 1969 sebagai
ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA
(United States Department of Defense
Advanced Research Projects Agency).
Beberapa penyelidikan awal yang
disumbang oleh ARPANET termasuk
kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised
network), teori queueing, dan kaedah
pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar
protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP
kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan
Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah
berkembang dan merangkaikan kebanyakan
daripada rangkaian-rangkaian komputer
yang sedia ada.
Internet 2
Internet hari ini
Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet
Internet dikuatkuasa oleh perjanjian
komersil dwi- atau berbilang pihak dan
spesifikasi teknikal (protokol yang
menerangkan tentang pemindahan data
antara rangkaian). Protokol-protokol
ini disediakan berdasarkan
perbincangan Pasukan Petugas
Kejuruteraan Internet (Internet
Engineering Task Force - IETF) yang
terbuka kepada umum. Badan ini
mengeluarkan dokumen yang dikenali
sebagai RFC (Request for Comments).
Sebahagian daripada RFC dijadikan
piawaian Internet oleh Lembaga
Rekabentuk Internet (Internet
Architecture Board - IAB).
Protokol-protokol Internet yang sering
digunakan adalah seperti TCP/IP,
UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3,
IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup,
perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini,
e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya,
seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar
web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB,
Torrent dan Gnutella.
Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai
aras 1 bilion pada Disember 2008.
[]
Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan
pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus),
Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli
senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.
[]
Mengikut senarai tapak web yang dilawati
pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL
dan Wikipedia dengan projek kembarnya.
[]
Budaya Internet
Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga
mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti
Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding
dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara
ekstrem.
Internet 3
Isu moral dan undang-undang
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di
dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal
selia.
Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas
meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan
semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes
ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai
sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah
mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet
mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.
Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai
gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem,
video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun
melalui perisian rakan-ke-rakan seperti Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA)
telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.
Capaian Internet
Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai
capaian jalur lebar (Broadband), dan Sweden. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian
dial-up, dan jalur lebar.
Penggunaan Internet di tempat awam
Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan
Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam
yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, seperti Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access
Terminal), dan Telefon web.
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian Wi-Fi atau Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya
perlu membawa komputer riba (notebook) atau PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.
Rujukan
Pautan luar
• Portal web di dalam Bahasa Melayu (http://dmoz.org/World/Bahasa_Melayu/Komputer/Internet/)
• (Bahasa Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Internet secara ringkas (http://teknologi-maklumat.com/
wiki/Internet)
• Kenali Internet interaktif. (http://www.learnthenet.com/english/animate/animate.htm)
• Melihat IP address anda (http://ip-number.com)
• Mengenalpasti fungsi-fungsi network anda (http://www.all-nettools.com/toolbox,net)
• Bagaimana Internet Berfungsi (http://www.ittutor.net/?q=node/9)
• Penggunaan internet dalam menyalurkan maklumat korporat (http://eprints.utm.my/8133/)
Sumber dan Penyumbang Rencana 4
Sumber dan Penyumbang Rencana
Internet  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=3038438  Penyumbang: Algazel, Angela, Antara Anyer dan Jakarta, Malingsia emang goblok, Aurora, Aviator, Bwood, Cencurut,
GilliamJF, Hayabusa future, Hezery99, IVP, Kamalzack, Khairulkhalid, Menj, Mhby87, Nddstudent, OrangeJuiceSeempson, PM Poon, Pamela, Piecemealcranky, Polar, Rafee65, Senyuman,
Spidey, Syarikat Pemunggahan Rencana, Vanhoe2, Yosri, 27 suntingan oleh tanpa nama
Sumber, Lesen dan Penyumbang Imej
Fail:Internet map 1024.jpg  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Internet_map_1024.jpg  Lesen: Creative Commons Attribution 2.5  Penyumbang: Barrett Lyon The Opte
Project
Fail:WorldWideWebAroundWikipedia.png  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:WorldWideWebAroundWikipedia.png  Lesen: GNU Free Documentation License
 Penyumbang: User:Chris 73
Fail:Internet.png  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Internet.png  Lesen: tidak diketahui  Penyumbang: Aurora, MGA73, Yosri
Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
//creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/

More Related Content

Similar to Penggunaan internet 2020

K 1 sistem rangkaian tmk
K 1      sistem rangkaian tmkK 1      sistem rangkaian tmk
K 1 sistem rangkaian tmknahbs631
 
Pengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internetPengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internetLayHar
 
Etika penggunaan internet tmk tahun 5
Etika penggunaan internet tmk tahun 5Etika penggunaan internet tmk tahun 5
Etika penggunaan internet tmk tahun 5Ramli18
 
Pengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internetPengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internetlingyuksing86
 
Internet
InternetInternet
InternetHome
 
Ppt tmk tahun 5
Ppt tmk tahun 5Ppt tmk tahun 5
Ppt tmk tahun 5acuk
 
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerTMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerHayrol Fye Klueze
 
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5Haikal Kasin
 
Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1habibah yusoff
 
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Bazlin Ahmad
 
2013 06 - rangkaian dan komukasi ict
2013   06 - rangkaian dan komukasi ict2013   06 - rangkaian dan komukasi ict
2013 06 - rangkaian dan komukasi ictadamque95
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969KT Yap
 

Similar to Penggunaan internet 2020 (20)

K 1 sistem rangkaian tmk
K 1      sistem rangkaian tmkK 1      sistem rangkaian tmk
K 1 sistem rangkaian tmk
 
Pengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internetPengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internet
 
Etika penggunaan internet tmk tahun 5
Etika penggunaan internet tmk tahun 5Etika penggunaan internet tmk tahun 5
Etika penggunaan internet tmk tahun 5
 
Pengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internetPengenalan kepada internet
Pengenalan kepada internet
 
E v o l u s i i n t e r n e t
E v o l u s i    i n t e r n e tE v o l u s i    i n t e r n e t
E v o l u s i i n t e r n e t
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
soalan bab 3 Internet
soalan bab 3 Internetsoalan bab 3 Internet
soalan bab 3 Internet
 
Internet
InternetInternet
Internet
 
Ppt tmk tahun 5
Ppt tmk tahun 5Ppt tmk tahun 5
Ppt tmk tahun 5
 
Teknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ictTeknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ict
 
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerTMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
 
Unit1 lengkap
Unit1 lengkapUnit1 lengkap
Unit1 lengkap
 
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
 
Tmk th 5 ppt 2018
Tmk th 5   ppt 2018Tmk th 5   ppt 2018
Tmk th 5 ppt 2018
 
Ppt tmk t5 2015
Ppt tmk t5 2015Ppt tmk t5 2015
Ppt tmk t5 2015
 
Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1
 
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
 
2013 06 - rangkaian dan komukasi ict
2013   06 - rangkaian dan komukasi ict2013   06 - rangkaian dan komukasi ict
2013 06 - rangkaian dan komukasi ict
 
Ppt tmk t5 2015
Ppt tmk t5 2015Ppt tmk t5 2015
Ppt tmk t5 2015
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Penggunaan internet 2020

  • 1. Internet 1 Internet Visualisasi pelbagai laluan melalui suatu bahagian Internet. Daripada 'Projek Opte' Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. Kemunculan Internet Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching). Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini. Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
  • 2. Internet 2 Internet hari ini Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL. Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia. Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella. Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008. [] Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia. [] Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya. [] Budaya Internet Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.
  • 3. Internet 3 Isu moral dan undang-undang Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia. Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet. Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta. Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan seperti Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak. Capaian Internet Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband), dan Sweden. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan jalur lebar. Penggunaan Internet di tempat awam Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, seperti Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan Telefon web. Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian Wi-Fi atau Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa komputer riba (notebook) atau PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet. Rujukan Pautan luar • Portal web di dalam Bahasa Melayu (http://dmoz.org/World/Bahasa_Melayu/Komputer/Internet/) • (Bahasa Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Internet secara ringkas (http://teknologi-maklumat.com/ wiki/Internet) • Kenali Internet interaktif. (http://www.learnthenet.com/english/animate/animate.htm) • Melihat IP address anda (http://ip-number.com) • Mengenalpasti fungsi-fungsi network anda (http://www.all-nettools.com/toolbox,net) • Bagaimana Internet Berfungsi (http://www.ittutor.net/?q=node/9) • Penggunaan internet dalam menyalurkan maklumat korporat (http://eprints.utm.my/8133/)
  • 4. Sumber dan Penyumbang Rencana 4 Sumber dan Penyumbang Rencana Internet  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=3038438  Penyumbang: Algazel, Angela, Antara Anyer dan Jakarta, Malingsia emang goblok, Aurora, Aviator, Bwood, Cencurut, GilliamJF, Hayabusa future, Hezery99, IVP, Kamalzack, Khairulkhalid, Menj, Mhby87, Nddstudent, OrangeJuiceSeempson, PM Poon, Pamela, Piecemealcranky, Polar, Rafee65, Senyuman, Spidey, Syarikat Pemunggahan Rencana, Vanhoe2, Yosri, 27 suntingan oleh tanpa nama Sumber, Lesen dan Penyumbang Imej Fail:Internet map 1024.jpg  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Internet_map_1024.jpg  Lesen: Creative Commons Attribution 2.5  Penyumbang: Barrett Lyon The Opte Project Fail:WorldWideWebAroundWikipedia.png  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:WorldWideWebAroundWikipedia.png  Lesen: GNU Free Documentation License  Penyumbang: User:Chris 73 Fail:Internet.png  Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Internet.png  Lesen: tidak diketahui  Penyumbang: Aurora, MGA73, Yosri Lesen Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported //creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/