KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
kaji iklim
1. MAKSUD KLIMATOLOGI
Klimatologi ialah kajian saintifik iklim. Iklim
suatu tempat yang boleh di takrifkan sebagai
keadaan cuaca purata yang diperolehi melalui
unsur-unsur cuaca semasa untuk tempoh 30
hingga 35 tahun.
2. KOMPOSISI DAN STRUKTUR ATMOSFERA
MENGIKUT LAPISAN YANG BERBEZA
Atmosfera bumi mempunyai struktur dan lapisan yang berbeza
mengikut ketinggian.
Struktur ini sukar dikira secara tepat memandangkan tiada satu garis
pemisah di antara satu struktur dengan satu struktur yang lain.
Ahli kaji iklim beranggapan bahawa perbezaan struktur atmosfera ini
adalah berdasarkan kepada perbezaan suhu.
Selain itu, struktur atmosfera bumi dengan angkasa lepas juga tidak
dapat dihitung dengan tepat. Sempadan yang dilakar setakat ini adalah
berdasarkan kepada tarikan bumi bersamaan dengan daya putaran
bumi( daya yang dipengaruhi putaran bumi.
Terdapat empat struktur atmosfera bumi yang utama dari lapisan
yang paling rendah ke lapisan yang paling tinggi iaitu troposfera,
stratosfera. mesosfera dan termosfera.
3. CIRI-CIRI PLANET YANG ADA DALAM
SISTEM SURIA
Sistem suria terdiri daripada 8 buah palnet serta objek lain
seperti asteroid dan meteor.
Kesemua palnet dalam sitem suria ini beredar mengelilingi
matahari yang menjadi pusat sistem suria tersebut.
9 buah panet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh,
Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Planet-planet ini mempunyai saiz yang berbeza dan terletak
pada jarak yang berbeza dari matahari.
Daya tarikan graviti matahari menyebabkan semua plnet
beredar mengelilinginya.