SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
Download to read offline
960116-14-0000
1
1.0 PENGENALAN
Adat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat, undang-undang, hukum
masyarakat atau kebiasaan. Adat juga dimaksudkan dengan peraturan yang lazim dipakai
sejak dahulu-kala atau hukum lembaga. Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan
sesuatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh
masyarakat sebagai suatu peraturan hidup untuk
dipatuhi.(http://prpm.dbp.gov).Perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki
dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal
pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan
isteri.( http://myservik.gov.my/)
Perkataan India Muslim membawa maksud etnik berketurunan India yang
beragama Islam seperti Tamil, Malabari, Benggali dan Gujerati. Kaum India Muslim
mempunyai kelompok atau suku dari negeri masing-masing. Misalnya, Kerala Muslim,
Kaka atau Malabar Muslim dari selatan India, Bengali Muslim dari Bengal, Gujerati
Muslim dari Gujerat di utara India, Bombay Muslim dari Maharashtra, utara India dan
Thenkasi Muslim serta Kadaya Nallur Muslim berasal dari Tamilnadu. Secara umum
kaum India Muslim di Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan
Rawther. Marikar atau Marakalayer yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu iaitu
golongan yang aktif dengan aktiviti laut seperti berdagang. Rawther atau Mauther pula
adalah penduduk yang tinggal luar bandar dengan menjalankan aktiviti perniagaan
runcit, makanan, barangan kemas dan tekstil. (http://www.indiamuslim.com.my/)
Kajian ini bertujuan meninjau dan mengenengahkan budaya orang berketurunan
India Muslim yang masih mengamalkan pola-pola instrinsik adat resam seperti adat
dalam perkahwinan. (http://pustaka2.upsi.edu.my/)Kajian ini juga mendedahkan tatacara
perlaksanaan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat berketurunan India
Muslim. Masyarakat India Muslim masih mengekalkan perkahwinan sesama kaum sama
ada memilih pasangan tempatan atau mencari dari keluarga di India.
(http://www2.hmetro.com.my/). Rasional kajian tentang adat perkahwinan kaum India
Muslim ini dijalankan kerana komuniti ini membina perpaduan keluarga dan kaum yang
erat menerusi perkahwinan sesama anggota keluarga yang luas.
960116-14-0000
2
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar
Country Homes
2.2 Mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan kaum India Muslim
di Bandar Country Homes
960116-14-0000
3
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta Daerah Gombak
Sumber : https://www.google.com.my/
Daerah Gombak merupakan salah satu daerah di dalam negeri Selangor. Kedudukan pada
latitud 3.2740889 dan longitud 101.6407549 meter dari aras laut. Terdapat empat mukim
dalam Daerah Gombak iaitu Mukim Rawang, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim
Hulu Kelang
960116-14-0000
4
3.2 Peta Mukim Rawang
Sumber: https://www.google.com.my/
Mukim Rawang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor
dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Gombak.
Mukim Rawang terletak pada latitud 3.3516349 dan longitud 101.5361134 meter dari
aras laut.
960116-14-0000
5
3.3 Peta Bandar Country Homes, Rawang
Sumber: https://google.com.my/maps
Peta 3.3 menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di Bandar Country Homes yang
terletak di Mukim Rawang. Kedudukan pada latitud 3.3319415 dan longitud
101.5375358 meter dari aras laut. Populasi penduduk di kawasan ini terdiri daripada
kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian
kerana berdekatan dengan rumah saya dan ia dapat membantu saya mengenali komuniti
masyarakat berdekatan dengan lebih rapat.
960116-14-0000
6
4.0 METADOLOGI KAJIAN
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang diperoleh
adalah betul dan tepat.
Instrument Kajian
Dalam kajian ini, intrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
dengan menggunakan borang temubual, borang soal selidik dan rujukan perpustakaan
Kaedah Instrument Kajian
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual, rujukan perpustakaan
4.1 Kaedah Soal Selidik
Dalam kaedah ini borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan kajian.
Borang diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu
Bandar Country Homes. Sebanyak 30 borang soal selidik diedarkan berdasarkan dua
objektif yang telah dilakukan. Kesemua borang soal selidik telah diedarkan kepada 30
orang responden yang terdiri daripada kaum India Muslim. Kesemua responden telah
memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik.
Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian . Bahagian A untuk latar belakang
responden, bahagian B untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh
kaum India Muslim dan bahagian C untuk mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang
adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Kaedah ini
menggunakan skala 4 poin.
960116-14-0000
7
Jadual 4.1
Tidak Setuju 1
Kurang Setuju 2
Setuju 3
Amat Setuju 4
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang
menwakili 5 orang dalam kategori umur 20 tahun ke bawah, 5 orang dalam kategori 20
hingga 30 tahun, 7 orang dalam kategori 31 hingga 40 tahun, 8 orang dalam kategori 41
hingga 50 tahun dan 5 orang dalam kategori 50 tahun ke atas.
960116-14-0000
8
4.3 Temu Bual
Pengkaji telah menemubual dua individu yang berbeza bagi mendapatkan
maklumat tambahan berkaitan adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country
Homes secara khas dan terhadap semua golongan kaum India Muslim amnya. Pengkaji
telah menemubual dua orang yang berketurunan yang terdiri daripada komuniti yang
berketurunan India Muslim di Bandar Country Homes. Tujuan utama temubual adalah
untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum india muslim dan
persepsi kaum India Muslim tentang pengamalan adat perkahwinan di Bandar Country
Homes.
Bil Tarikh Informen
01 20 Februari 2015 Informen A
02 21 Februari 2015 Informen B
Protokol temu bual mempunyai 7 soalan umum. 7 soalan tersebut dalah
merangkumi objektif 1 dan objektif 2 kajian . Justeru itu, kaedah ini adalah mendapatkan
hasil kajian terhadap objektif kajian 1 dan 2 iaitu mengenalpasti perkahwinan yang
diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes dan mengkaji persepsi
kaum India Muslim tentang adat perkahwinan di Bandar Country Homes. Sesi temu bual
pertama telah dijalankan pada 20 Februari 2015 (Jumaat) dan disusuli dengan sesi temu
bual kedua berlangsung pada 21 Februari 2015 (Sabtu).
Temu bual ini dijalankan dalam bahasa Tamil. Data yang diperolehi dirakam dan
dianalisis secara manual. Temubual bersama Informen A selama 2 setengah minit dan
temubual bersama informen pula B pula selama 3 minit .Dapatan kaedah ini
dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian ini sebagai bahan bukti yang menyokong
kajian ini.
960116-14-0000
9
4.2 Rujukan Perpustakaan
Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari
perpustakaan seperti buku majalah dan kertas kerja. Pengkaji telah mendapatkan
maklumat melalui buku berjudul Islamiah Aan-Penn Padriyae Valkai Nerighel
(Peraturan Cara Hidup Lelaki dan Perempuan dalam Islam) yang ditulis oleh sasterawan
India Muslim iaitu Muhammad Ali dalam bahasa Tamil. Pengkaji turut merujuk kepada
kertas kerja Halimah Mohd Said dan Zainab Abdul Majid iaitu Felow Penyelidikan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berjudul Pengaruh Persekitaran ke atas Sistem
Nilai Kaum Jawi Peranakan dan kertas kerja Dr. Abdul Munir Ismail yang bertajuk Adat
Perkahwinan Masyarakat Jawi Peranakan India Islam Di Pulau Pinang. Turut menjadi
rujukan pengkaji buku Feqah Islamiah dalam bab Zawaj (percantuman atau pernikahan)
untuk mengetahui tentang definisi perkahwinan dari sudut pandangan Islam Pengkaji
turut mendapatkan maklumat secara aktif di laman sosial dengan merujuk laman-laman
berkaitan dengan adat perkahwinan kaum India Muslim.
960116-14-0000
10
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan persepsi kaum India
Muslim tentang adat perkahwinan.
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Jadual 1 menunjukkan pecahan responden dari kalangan kaum India Muslim.
JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDEN
Bil Butir Kategori Bilangan Peratusan (%)
1. Jantina Lelaki 13 43
Perempuan 17 57
2. Tahun (umur) 20 ke bawah 5 17
20-30 5 17
31-40 7 23
41-50 8 26
50 ke atas 5 17
3. Status Bujang 13 43
Berkahwin 15 50
Lain-lain 2 7
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)
960116-14-0000
11
RAJAH 1: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)
Berdasarkan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur responden
terhadap kajian persepsi kaum India Muslim terhadap adat perkahwinan. Daripada 30
orang responden yang telah disoal selidik, seramai 5 orang responden berumur 20 tahun
ke bawah dan responden berumur 20 hingga 30 tahun juga seramai 5 orang bersamaan
dengan 17 peratus setiap satu. Seterunya, responden yang berumur 31 hingga 40 tahun
seramai 7 orang bersamaan 23 peratus. Sementara itu, bagi yang berumur 41 hingga 50
tahun adalah seramai 8 orang responden bersamaan 26 peratus. Akhir sekali, responden
berumur 50 ke atas adalah seramai 5 orang dan bersamaan dengan 17 peratus.
17%
17%
23%
26%
17%
Demografi Responden Berdasarkan Umur
20 ke bawah
20-30
31-40
41-50
50 ke atas
960116-14-0000
12
RAJAH 2: DEMOGRAFI BERDASARKAN JANTINA
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Berdasarkan rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina kaum India
Muslim yang disoal selidik tentang adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang
telah disoal selidik seramai 13 orang adalah jantina lelaki bersamaan 43 peratus.
Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 17 orang responden bersamaan 57
peratus.
43%
57%
DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN
JANTINA
Lelaki
Perempuan
960116-14-0000
13
RAJAH 3: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)
Berdasarkan rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan status kaum India
Muslim terhadap persepsi adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah
disoal selidik seramai 13 orang adalah bujang bersamaan 43 peratus. Seterusnya,
responden yang telah berkahwin adalah seramai 15 orang bersamaan 50 peratus. Akhir
sekali, responden yang berstatus lain-lain iaitu berpisah, duda atau janda adalah seramai
2 orang bersamaan 7 peratus.
45%
53%
2%
DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN
STATUS
Bujang
Berkahwin
Lain-lain
960116-14-0000
14
5.2 JADUAL MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN
OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 1)
Skala
Soalan
Tidak Setuju Kurang
Setuju
Setuju Amat Setuju Jumlah
1 0 3 17 10 30
2 0 3 12 15 30
3 6 5 10 9 30
4 0 4 18 8 30
5 5 11 6 8 30
Jumlah 11 26 63 50 150
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.2 GRAF MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN
OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 1)
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
0
5
10
15
20
25
30
35
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG
DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI
BANDAR COUNTRY HOMES
Amat Setuju
Setuju
Kurang Setuju
Tidak Setuju
960116-14-0000
15
5.2.1 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI ( BERINAI)
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 3 10
Setuju 17 57
Amat Setuju 10 33
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.2.1 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI (BERINAI)
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
0
10
20
30
40
50
60
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN PENGAMALAN ACARA
MEHNDI (BERINAI)
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
960116-14-0000
16
Seramai 10 orang responden bersamaan 33% amat setuju bahawa majlis
perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara menhdi (berinai).
Manakala 17 orang seuju bersamaan 57% , 3 orang bersamaan 10% dan tiada responen
yang tidak setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa majlis
perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara mehndi (berinai) iaitu
seramai 27 orang (17 orang setuju, 10 orang amat setuju) atau sejumlah 90%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama informen A
(bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa
“ Kemeriahan majlis perkahwinan dalam masyarakat India Muslim sebenarnya
bermula pada malam berinai atau dikenali sebagai mehndi. Acara ini menjadi
satu kemestian buat pengantin perempuan turut dilangsungkan oleh pengantin
lelaki......”
(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)
Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar) semasa temu bual
bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa
“ ...sebelum upacara merenjis dilangsungkan iaitu dengan meletakkan secubit
inai di telapak tangan pengantin yang dialas dengan sekeping daun sirih.........”
“Pengantin juga disuapkan sesudu buah delima yang digaul bersama gula
sebagai tanda memberi pemanis......”
(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)
Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa majlis perkahwinan
masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara mehndi (berinai) kerana ia masih
relevan diamalkan pada masa kini dan tidak bercanggah dengan kehendak agama. Acara
mehndi (berinai) yang dilaksanakan dengan suapan manisan buah delima bersama gula
oleh sanak- saudara terdekat.Acara ini sebagai tanda pemberian satu kata-kata manis
kepada bakal pengatin daripada keluarga terdekat.
960116-14-0000
17
5.2.2 ANALISIS PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI
HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM.
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 3 10
Setuju 12 40
Amat Setuju 15 50
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.2.2 GRAF PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI
HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
0
10
20
30
40
50
60
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN PEMBERIAN BUAH-
BUAHAN SEBAGAI HANTARAN
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
960116-14-0000
18
Seramai 15 orang responden bersamaan dengan 50% amat setuju bahawa
pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan satu adat kaum India
Muslim. Manakala 12 orang setuju bersamaan 40%, 3 orang kurang setuju dan tiada
responden yang tidak bersetuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa
pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan adat perkahwinan
kaum India Muslim iaitu seramai 27 orang (15 orang amat setuju, 12 orang setuju) atau
sejumlah 90%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang dilakukan pengkaji bersama Informen B
(bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa
“Memang menjadi adat keturunan kaum India Muslim untuk memberikan buah-
buahan sebagai hantaran dan amalan ini telah diamalkan sejak berkurun
dahulu”
(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)
Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen A (bukan nama sebenar) semasa temu bual
bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa
“Hantarannya pula terdiri daripada buah-buahan iaitu sejenis buah untuk setiap
dulang....”
(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)
Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa pemberian buah-
buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan satu adat kaum India Muslim kerana
majoroti majlis perkahwinan kaum ini masih memberikan 7 biji buah kelapa, setandan
pisang dan turut memberikan 100 biji telur sebagai hantaran. Hantaran diisi dalam setiap
talam perak yang berbeza. Hantaran berbentuk buah-buahan ini adalah suatu simbolik
kesuburan.
960116-14-0000
19
5.2.3 ANALISIS PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG
DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM.
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 6 20
Kurang Setuju 5 17
Setuju 10 33
Amat Setuju 9 30
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.2.3 GRAF PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG
DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN UPACARA
MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN
MENGALUNGKAN KARSEMANI
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
960116-14-0000
20
Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju bahawa upacara
membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani (rantai emas) merupakan
adat dalam perkahwinan kaum India Muslim. Manakala 10 orang setuju bersamaan 33%,
5 orang kurang setuju bersamaan 17% dan 6 orang tidak setuju bersamaan 20%. Majoriti
responden setuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan
karsemani merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim iaitu 19 orang (9
orang amat setuju, 10 orang setuju) atau sejumlah 63%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji dengan informen A (bukan
nama sebenar) dan beliau menyatakan
“........upacara membatalkan air sembahyang bermula dengan mengalungkan
seutas rantai perkahwinan yang dinamakan karsemani dan dikalungkan oleh ibu
pengantin lelaki...”
(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)
Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar) semasa temu bual
bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa
“.....pemakaian satu rantai yang dipanggil ‘manik gandum’ masih dikekalkan
wanita yang berkahwin namun ia bukanlah perkara wajib......”
“......Rantai ini dipakaikan emak mertua kepada menantu perempuan dan
dianggap simbolik bagi wanita yang berumah tangga.”
(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)
Pada pendapat pengkaji majoriti responden bersetuju bahawa upacara
membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani (rantai emas) merupakan
adat dalam perkahwinan kaum India Muslim kerana ia masih dianggap sebagai simbol
seorang wanita itu telah berumah tangga. Acara ini juga bagi menggeratkan hubungan
antara menantu perempuan dan ibu mertua.
960116-14-0000
21
5.2.4 ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL
SEBAGAI MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 4 13
Setuju 18 60
Amat Setuju 8 27
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.2.4 GRAF PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL SEBAGAI
MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN
MAKANAN TRADISIONAL DALAM MAJLIS
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
960116-14-0000
22
Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa penyediaan
makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim.
Manakala 18 orang setuju bersamaan 60%, 4 orang kurang setuju bersamaan 13% dan
tiada responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Majoriti responden setuju
bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat
kaum India Muslim iaitu seramai 26 orang (8 orang amat setuju, 18 orang setuju) atau
sejumlah 87%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Pada pendapat pengkaji, majoroti responden bersetuju dengan bahawa
penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India
Muslim kerana kebiasaannya pada majlis perkahwinan kaum ini akan dihidangkan
manisan payasem sebagai pembuka selera. Payasem merupakan manisan dan salah satu
makanan tradisional kaum India Muslim. Payasem adalah gabungan biji sagu, kismis,
gajus dan buah pelaga yang dimasak bersama santan. Selain itu, hidangan menu utama
adalah nasi briyani, kari kambing atau kurma kambing, tairo (susu masam digaul
bersama bawang), acar buah manis dan paccedi. Sebagai buah tangan tetamu akan
diberikan manisan yang dipanggil laddu yang dibungkus dengan plastik lutsinar yang
berwarna-warni . Tidak dilupakan, untuk golongan tua yang hadir akan disajikan sirih
dan pinang bersama kapur . Golongan tua akan menikmati ia sebagai ulam bersama-sama
sambil berkongsi berita dan khabar saudara-mara di kampung.
960116-14-0000
23
5.2.5 ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM
INDIA MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT.
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 5 16.6
Kurang Setuju 11 36.6
Setuju 6 20
Amat Setuju 8 27
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.2.5 GRAF PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA
MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
UNTUK KAUM KERABAT
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
960116-14-0000
24
Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa undangan majlis
perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja. Manakala 6 orang
bersamaan 20% setuju, 11 orang bersamaan 36.6% kurang setuju dan 5 orang bersamaan
tidak setuju bersamaan 16.6%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa undangan
majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja iaitu seramai
16 orang (11 orang kurang setuju, 5 orang tidak setuju) atau sejumlah 53%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju bahawa undangan
majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja kerana
kebanyakan masyarakat kini telah mendapat pendidikan dan berfikiran secara terbuka.
Masyarakat kini kebanyakannya telah meluaskan jemputan kepada jiran dan rakan-rakan.
Selain itu, minoriti kaum ini yang berkahwin campur turut dijemput untuk memeriahkan
majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir dapat mengeratkan silaturrahim. Jemputan yang
meluas dapat mendedahkan kepada jiran, rakan mahupun orang luar tentang adat
perkahwinan kaum India Muslim.
960116-14-0000
25
5.3 JADUAL PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY
HOMES.(OBJEKTIF 2)
Skala
Soalan
Tidak Setuju Kurang
Setuju
Setuju Amat Setuju Jumlah
1 0 11 15 4 30
2 3 20 4 3 30
3 2 2 17 9 30
4 1 7 11 11 30
5 1 10 13 6 30
Jumlah 7 50 60 33 150
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.3 GRAF PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY
HOMES.(OBJEKTIF 2)
0
5
10
15
20
25
30
35
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
MENGKAJI PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM
TENTANG ADAT PERKAHWINAN DI BANDAR
COUNTRY HOMES
Amat Setuju
Setuju
Kurang Setuju
Tidak Setuju
960116-14-0000
26
5.3.1 ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN
MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.3.1 GRAF PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN
MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM
MASIH MENGAMALKAN MAJLIS
PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 11 37
Setuju 15 50
Amat Setuju 4 13
960116-14-0000
27
Seramai 4 orang responden bersamaan 13% amat setuju bahawa kaum India
Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat. Manakala 15 orang
setuju bersamaan 50%, 11 orang kurang setuju bersamaan 37% dan tiada responden yang
tidak setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa kaum India Muslim
masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat iaitu seramai 19 orang (4 orang
amat setuju, 15 orang setuju) atau sejumlah 63%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa temubual dengan
pengkaji dan beliau menyatakan
“......Hampir semua majlis perkahwinan kaum India Muslim dijalankan mengikut
adat”
(Informen A, Temu bual 20/02/2015)
Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa kaum India Muslim
masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat kerana golongan tua telah
mendidik generasi muda suatu masa dahulu untuk menjalani kehidupan mengikut adat.
Generasi muda kini yang menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat merupakan satu
dorongan dari generasi terdahulu. Selain itu, generasi kini masih mengamalkan adat
kerana tidak bertentangan dengan agama. Adat seperti upacara sambut pengantin baru
dilakukan dengan pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan berebut sesuatu barang
yang diletakkan dalam bekas berisi kadelai (sejenis kekacang), kemudian pihak yang
menang akan menyerang pihak yang kalah dengan membaling kadelai tersebut. Di
samping itu, adat madi erreke dilakukan oleh ibu mertua untuk menyambut menantu
baru. Upacara ini dilakukan oleh ibu mertua dengan menghulurkan beras dihujung
seledang menantu untuk diletakkan dalam sebuah bekas sebanyak tiga kali. Adat ini
bertujuan untuk menyambut menantu baru supaya dimurahkan rezeki dan membawa
kebahagian keatas rumah tangga tersebut. Adat-adat ini masih diamalkan kerana ia
memberi impak yang positif kepada generasi demi generasi.
960116-14-0000
28
5.3.2 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.3.2 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
0% 20% 40% 60% 80%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN MAJLIS
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
DIAMALKAN TANPA UNSUR ADAT KAUM
LAIN
ANALISIS PERATUSAN MAJLIS
PERKAHWINAN KAUM INDIA
MUSLIM DIAMALKAN TANPA
UNSUR ADAT KAUM LAIN
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 3 10
Kurang Setuju 20 67
Setuju 4 13
Amat Setuju 3 10
960116-14-0000
29
Seramai 3 orang responden bersamaan 10% amat setuju bahawa majlis
perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain. Manakala 4
orang setuju bersamaan 13%, 20 kurang setuju bersamaan 67% dan 3 orang tidak setuju
bersamaan 10%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum
India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain iaitu 23 orang (20 kurang setuju, 3
orang tidak setuju) atau sejumlah 77%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa temu bual dengan
pengkaji dan beliau menyatakan bahawa
“........terdapat beberapa adat yang tiada dalam adat (kaum India Muslim) tetapi
masih tidak melanggar hukum agama dijalankan.
Emm....seperti paluan kompang mengiringi pasangan pengantin ke pelamin”
(Informen A,Temu bual 20/02/2015)
Walau bagaimanapun terdapat responden yang tidak bersetuju bahawa majlis
perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum seperti yang
dinyatakan oleh responden B (bukan nama sebenar) sewaktu pengkaji mengadakan
temubual bersama beliau.
“Berdasarkan pandangan saya, keunikan adat majlis perkahwinan kaum ini
masih kekal...
Seperti tetamu yang hadir akan memberi penghormatan kepada penggantin
dengan menjamu selera selepas mempelai berarak untuk makan beradab diikuti
bacaan doa kesyukuran dan barulah pengantin dan tetamu dijemput makan.”
(Informen B, Temu bual 21/02/2015)
960116-14-0000
30
Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju bahawa majlis
perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum kerana adat kaum
India Muslim masih diamalkan namun terdapat beberapa pengadaptasian terhadap
pelaksanaan majlis perkahwinan mengikut adat. Majlis perkahwinan kaum India Muslim
diselingkan dengan paluan kompang yang merupakan adat kaum lain semasa mengiringi
pasangan pengantin ke pelamin. Selain itu, zaman modenisasi kini kebanyakan pengantin
mengenakan pakaian semasa resepsi perkahwinan mengikut fesyen dan citarasa tersendiri
berbanding sebelumnya majlis perkahwinan dilangsungkan dengan pengantin berpakaian
tradisional dari negara India seperti sari sutera dan pakaian punjabi yang seledangnya
lebih panjang iaitu berukuran dua meter setengah yang disulam labuci yang sarat dan
ditenun dengan benang sutera untuk menutupi kepala.
960116-14-0000
31
5.3.3 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.3.3 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN
KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN
HUBUNGAN ANTARA KAUM
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 2 7
Kurang Setuju 2 7
Setuju 17 56
Amat Setuju 9 30
960116-14-0000
32
Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju bahawa adat
perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum. Manakala 17
orang setuju bersamaan 56%, 2 orang kurang setuju bersamaan 7% dan 2 orang tidak
setuju bersamaan 7%. Majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India
Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum iaitu seramai 26 (9 orang amat
setuju, 17 orang setuju) atau sejumlah 86%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India
Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana jamuan makan majlis
perkahwinan dilangsungkan serentak bagi kedua-dua belah pihak dalam satu majlis.
Jemputan yang hadir merangkumi semua saudara-mara sebelah pengantin lelaki dan
sebelah pengantin perempuan. Tetamu yang hadir adalah dari kampung asal (India) yang
berbeza . Majlis ini membuktikan persaudaraan tanpa batasan yang saling kenal
mengenali kampung masing-masing. Adat ini memberi impak yang baik dan
mengeratkan hubungan sesama kaum India Muslim.
960116-14-0000
33
5.3.4 ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG
MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.3.4 GRAF PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG
MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN
GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN
PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 1 3
Kurang Setuju 7 23
Setuju 11 37
Amat Setuju 11 37
960116-14-0000
34
Seramai 11 orang responden bersamaan 37% amat setuju dengan kemampuan
generasi akan datang mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim.
Manakala 11 orang setuju bersamaan 37%, 7 orang kurang setuju bersamaan 23% dan
seorang responden tidak setuju bersamaan 3%. Majoriti responden bersetuju dengan
kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India
Muslim iaitu seramai 22 orang (11 amat setuju, 11 setuju) atau sejumlah 74%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa generasi akan datang
mampu mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim kerana golongan
tua telah mendidik generasi muda untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi
muda kini mengamati majlis perkahwinan mengikut adat yang dilaksanakan sebagai
pendorong dalam meneruskan tradisi ini pada masa akan datang. Generasi akan datang
pasti akan membawa walaupun sedikit adat dan tradisi ini untuk mengekalkan keunikan
yang ada pada bangsa sendiri.
960116-14-0000
35
5.3.5 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
5.3.5 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT.
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
0% 10% 20% 30% 40% 50%
Skala
Peratus
ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN
KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN
PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA
TERDEKAT
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
Skala Bilangan Peratusan (%)
Tidak Setuju 1 3
Kurang Setuju 10 34
Setuju 13 43
Amat Setuju 6 20
960116-14-0000
36
Seramai 6 orang responden bersamaan 20% amat setuju bahawa adat kaum India
Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat. Manakala 13 orang
bersamaan 20% setuju, 10 orang bersamaan 43% kurang setuju dan seorang responden
bersamaan 3% tidak bersetuju. Majoriti responden setuju bahawa adat kaum India
Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat iaitu seramai 19 orang (6
orang amat setuju, 13 orang setuju) atau sejumlah 63%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama informen A (bukan
nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa
“....................kami akan berkahwin sesama saudara dan ia menjadi adat resam
yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat India Muslim”
(Informen A, Temu bual pada 20/2/2015)
Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India
Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana kaum India Muslim
merupakan golongan minoriti maka bagi mengekalkan pembentukan generasi kaum India
Muslim akan datang adat kaum ini mengalakkan perkahwinan sesama kaum sendiri.
Pengamalan adat ini bagi mengelakkan kaum ini hilang ditelan zaman.
960116-14-0000
37
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan keseluruhan, tajuk kajian yang telah dijalankan ialah persepsi adat
perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Adat ini harus dikekalkan
dari generasi ke generasi yang lain. Justeru itu, pengaruh golongan yang lebih tua
haruslah memainkan peranan dalam mendidik generasi akan datang supaya hidup
berlandaskan suatu ikutan atau peraturan iaitu adat yang tidak bercanggah dengan agama
Islam. Kajian ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian.
Hasil kajian yang didapati adalah melalui kaedah soal selidik dan temu
bual.Borang soal selidik yang diedarkan merangkumi dua bahagian iaitu bahagian
pertama tentang latar belakang responden dan bahagian kedua tentang keputusan
responden terhadap kajian . Dapatan kajian tentang latar belakang responden kajian
lapangan mengikut jantina kebanyakannya perempuan (57%), lingkungan umur antara
41-50 (26%) dan daripada golongan berkahwin (50%). Bahagian kedua borang tentang
keputusan responden terbahagi kepada keputusan objektif pertama dan objektif kedua.
Objektif pertama ialah mengenal pasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh
kaum India Muslim di Bandar Country Homes.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
didapati acara mehndi (berinai) masih diamalkan dalam masyarakat India Muslim (80%),
pemberian buah-buahan sebagai adat masih diteruskan oleh masyarakat India Muslim
(90%), pembatalan air sembahyang dengan karsemani masih relevan dalam masyarakat
India Muslim (66%), penyediaan makanan tradisional dalam majlis perkahwinan masih
diamalkan oleh masyarakat India Muslim (87%) dan undangan majlis pekahwinan tidak
dikhususkan kepada kaum kerabat dalam masyarakat India Muslim (53%)
Objektif kedua pula ialah mengkaji persepsi tentang adat perkahwinan kaum India
Muslim di Bandar Country Homes. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati
kaum India Muslim masih mengamalkan perkahwinan mengikut adat (63%), majlis
perkahwinan dijalankan mempunyai unsur adat kaum lain (77%), perkahwinan kaum
India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum sendiri (54%) dan perkahwinan
kaum India Muslim mengalakan perkahwinan sesama saudara terdekat ( 63%).
960116-14-0000
38
Secara umumnya, perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki dan
perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal
pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan
isteri .(http://myservik.gov.my/). Disamping itu perkahwinan juga yang mampu
melahirkan generasi yang akan meneruskan adat. Perkahwinan dilangsungkan bersulam
pelbagai adat, ini adalah bagi memastikan keunikan yang ada pada kaum ini dapat
dikekalkan.
Justeru itu, kajian pengkaji adalah mencakupi Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
yang memenuhi objektif pengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan, memelihara
keperibadian kebangsaan dan peningkatkan kualiti hidup kehidupan rakyat Malaysia.
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini
dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa . Melalui kajian ini objektif dasar ini dapat
dicapai melalui proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai
unsur-unsur kebudayaan.( http://pmr.penerangan.gov.my/)
Kajian ini juga dijalankan berteraskan kepada objektif rukun negara. Objektif
pertama rukun negara adalah untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran dapat dinikmati bersama-sama.Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan
antara kaum , perlaksanaan objektif rukun negara akan dapat membentuk satu bangsa
yang bersatupadu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat
kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
Seterusnya objektif rukun negara yang kedua ialah untuk memelihara cara hidup
demokratik melalui pelembagaan negara yang menjamin kebebasan hak asasi dan
kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini selagi tidak melanggar undang-
undang negara. Pendedahan tentang adat kaum-kaum di Malaysia dapat meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup mengikut kebebasan masing-masing.
960116-14-0000
39
Disamping itu, kajian ini juga berhubung kait dengan objektif rukun negara yang
ketiga iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat melalui sikap masyarakat yang
menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan
kepercayaan masing-masing. Pembentukan sebuah negara yang utuh memerlukan rakyat
yang bersatu hati, maka dengan menjaga perpaduan sesama kaum negara dapat menuju
ke arah perkembangan yang lebih maju. Perpaduan dapat dieratkan dengan menyantuni
adat kaum masing-masing tanpa mempersoalkannya.
Objektif keempat rukun negara juga menjadi asas kajian ini iaitu untuk
membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang dilaksanakan
dengan membentuk masyarakat negara ini yang bebas mengamalkan agama, adat resam,
dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
(http://www.jpnin.gov.my/). Kaum di Malaysia adalah bebas mengamalkan dan
menjalankan adat masing-masing tanpa menwujudkan soal perkauman antara kaum
lain.Ini dapat menjamin kebebasan beragama dapat dikekalkan.
Pengkaji memerhatikan bahawa keunikan adat harus dikekalkan dengan
memantapkan perlaksanaan cabaran ke-5 Wawasan 2020 iaitu melalui menyelesaian isu
utamanya dalam Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Isu ini mengupas tentang
pembentukan satu negara bangsa adalah prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyat
yang mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
Pengkaji yang ingin membuat kajian dicadangkan untuk mengkaji keberhasilan
perlaksanaan cabaran ke 5 Wawasan 2020 yang dicadangkan dan dijalankan untuk
mengekalkan kebebasan mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-
masing dan membawa kepada kemajuan negara.
960116-14-0000
40
Pengetahuan am tentang pengamalan adat dan tujuan adat tersebut dijalankan
dapat membantu dalam mengenali adat perkahwinan kaum India Muslim dengan lebih
dekat. Rentetan itu, kajian lanjutan bagi mengenal pasti adat resam yang diamalkan oleh
kaum India Muslim boleh dijalankan dengan mengkaji kesan dari pengamalan adat dan
diluaskan skop kajian kepada pengamalan adat yang berbeza. Tambahan dari itu, rentetan
kajian boleh dilakukan dengan menambahkan bilangan responden bersesuaian dengan
kawasan kajian. Responden yang ramai dapat membantu dalam menganalisis tentang
sesuatu adat dengan lebih mendalam
Akhir sekali, pengkaji berasa bahawa pengenalpastian tentang adat perkahwinan
kaum India Muslim bukan sahaja sekadar mengetahui perlaksanaan adat tersebut namun
ia juga memberi kesan kepada generasi akan datang untuk memeliharanya. Walaupun
perlaksanaan adat tidak membawa kesan secara langsung kepada negara, namun melalui
pendedahan dan perlaksanaan adat ini kepada komuniti setempat, masyarakat akan lebih
memahami . Komuniti setempat dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan saling
memahami. Maka negara akan dapat mencapai perpaduan dan kebanggaan di mata dunia.
Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah peka dengan kebudayaan dan adat resam
bangsa-bangsa di Malaysia supaya lebih menghormati dan memahami sesama komuniti.

More Related Content

Similar to Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx

HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKaienaanaina
 
Hbef2803 tugasan 1
Hbef2803  tugasan 1Hbef2803  tugasan 1
Hbef2803 tugasan 1'Azmi Shuib
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etniktengkek2002
 
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back upKERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back upzainipr
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusofidmac2015
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Pengajian folio (full version) 2 2
Pengajian folio (full version) 2 2Pengajian folio (full version) 2 2
Pengajian folio (full version) 2 2RICloon
 
Kolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis newKolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis newHjh Hana
 
Kajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikKajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikfaizah12
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaNorisuwanah Jaffar
 
Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 

Similar to Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx (18)

HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
 
Hbef2803 tugasan 1
Hbef2803  tugasan 1Hbef2803  tugasan 1
Hbef2803 tugasan 1
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back upKERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusof
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Pengajian folio (full version) 2 2
Pengajian folio (full version) 2 2Pengajian folio (full version) 2 2
Pengajian folio (full version) 2 2
 
Kolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis newKolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis new
 
Tansuhshy1
Tansuhshy1Tansuhshy1
Tansuhshy1
 
Kajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikKajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnik
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysia
 
Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Nota grafik hubungan etnik
Nota grafik hubungan etnikNota grafik hubungan etnik
Nota grafik hubungan etnik
 

Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx

  • 1. 960116-14-0000 1 1.0 PENGENALAN Adat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat, undang-undang, hukum masyarakat atau kebiasaan. Adat juga dimaksudkan dengan peraturan yang lazim dipakai sejak dahulu-kala atau hukum lembaga. Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan sesuatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup untuk dipatuhi.(http://prpm.dbp.gov).Perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan isteri.( http://myservik.gov.my/) Perkataan India Muslim membawa maksud etnik berketurunan India yang beragama Islam seperti Tamil, Malabari, Benggali dan Gujerati. Kaum India Muslim mempunyai kelompok atau suku dari negeri masing-masing. Misalnya, Kerala Muslim, Kaka atau Malabar Muslim dari selatan India, Bengali Muslim dari Bengal, Gujerati Muslim dari Gujerat di utara India, Bombay Muslim dari Maharashtra, utara India dan Thenkasi Muslim serta Kadaya Nallur Muslim berasal dari Tamilnadu. Secara umum kaum India Muslim di Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther. Marikar atau Marakalayer yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu iaitu golongan yang aktif dengan aktiviti laut seperti berdagang. Rawther atau Mauther pula adalah penduduk yang tinggal luar bandar dengan menjalankan aktiviti perniagaan runcit, makanan, barangan kemas dan tekstil. (http://www.indiamuslim.com.my/) Kajian ini bertujuan meninjau dan mengenengahkan budaya orang berketurunan India Muslim yang masih mengamalkan pola-pola instrinsik adat resam seperti adat dalam perkahwinan. (http://pustaka2.upsi.edu.my/)Kajian ini juga mendedahkan tatacara perlaksanaan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat berketurunan India Muslim. Masyarakat India Muslim masih mengekalkan perkahwinan sesama kaum sama ada memilih pasangan tempatan atau mencari dari keluarga di India. (http://www2.hmetro.com.my/). Rasional kajian tentang adat perkahwinan kaum India Muslim ini dijalankan kerana komuniti ini membina perpaduan keluarga dan kaum yang erat menerusi perkahwinan sesama anggota keluarga yang luas.
  • 2. 960116-14-0000 2 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes 2.2 Mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes
  • 3. 960116-14-0000 3 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Peta Daerah Gombak Sumber : https://www.google.com.my/ Daerah Gombak merupakan salah satu daerah di dalam negeri Selangor. Kedudukan pada latitud 3.2740889 dan longitud 101.6407549 meter dari aras laut. Terdapat empat mukim dalam Daerah Gombak iaitu Mukim Rawang, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang
  • 4. 960116-14-0000 4 3.2 Peta Mukim Rawang Sumber: https://www.google.com.my/ Mukim Rawang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Gombak. Mukim Rawang terletak pada latitud 3.3516349 dan longitud 101.5361134 meter dari aras laut.
  • 5. 960116-14-0000 5 3.3 Peta Bandar Country Homes, Rawang Sumber: https://google.com.my/maps Peta 3.3 menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di Bandar Country Homes yang terletak di Mukim Rawang. Kedudukan pada latitud 3.3319415 dan longitud 101.5375358 meter dari aras laut. Populasi penduduk di kawasan ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana berdekatan dengan rumah saya dan ia dapat membantu saya mengenali komuniti masyarakat berdekatan dengan lebih rapat.
  • 6. 960116-14-0000 6 4.0 METADOLOGI KAJIAN Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah betul dan tepat. Instrument Kajian Dalam kajian ini, intrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, borang soal selidik dan rujukan perpustakaan Kaedah Instrument Kajian Kuantitatif Borang soal selidik Kualitatif Borang temubual, rujukan perpustakaan 4.1 Kaedah Soal Selidik Dalam kaedah ini borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan kajian. Borang diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu Bandar Country Homes. Sebanyak 30 borang soal selidik diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah dilakukan. Kesemua borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada kaum India Muslim. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian . Bahagian A untuk latar belakang responden, bahagian B untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim dan bahagian C untuk mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Kaedah ini menggunakan skala 4 poin.
  • 7. 960116-14-0000 7 Jadual 4.1 Tidak Setuju 1 Kurang Setuju 2 Setuju 3 Amat Setuju 4 Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang menwakili 5 orang dalam kategori umur 20 tahun ke bawah, 5 orang dalam kategori 20 hingga 30 tahun, 7 orang dalam kategori 31 hingga 40 tahun, 8 orang dalam kategori 41 hingga 50 tahun dan 5 orang dalam kategori 50 tahun ke atas.
  • 8. 960116-14-0000 8 4.3 Temu Bual Pengkaji telah menemubual dua individu yang berbeza bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes secara khas dan terhadap semua golongan kaum India Muslim amnya. Pengkaji telah menemubual dua orang yang berketurunan yang terdiri daripada komuniti yang berketurunan India Muslim di Bandar Country Homes. Tujuan utama temubual adalah untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum india muslim dan persepsi kaum India Muslim tentang pengamalan adat perkahwinan di Bandar Country Homes. Bil Tarikh Informen 01 20 Februari 2015 Informen A 02 21 Februari 2015 Informen B Protokol temu bual mempunyai 7 soalan umum. 7 soalan tersebut dalah merangkumi objektif 1 dan objektif 2 kajian . Justeru itu, kaedah ini adalah mendapatkan hasil kajian terhadap objektif kajian 1 dan 2 iaitu mengenalpasti perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes dan mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan di Bandar Country Homes. Sesi temu bual pertama telah dijalankan pada 20 Februari 2015 (Jumaat) dan disusuli dengan sesi temu bual kedua berlangsung pada 21 Februari 2015 (Sabtu). Temu bual ini dijalankan dalam bahasa Tamil. Data yang diperolehi dirakam dan dianalisis secara manual. Temubual bersama Informen A selama 2 setengah minit dan temubual bersama informen pula B pula selama 3 minit .Dapatan kaedah ini dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian ini sebagai bahan bukti yang menyokong kajian ini.
  • 9. 960116-14-0000 9 4.2 Rujukan Perpustakaan Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan seperti buku majalah dan kertas kerja. Pengkaji telah mendapatkan maklumat melalui buku berjudul Islamiah Aan-Penn Padriyae Valkai Nerighel (Peraturan Cara Hidup Lelaki dan Perempuan dalam Islam) yang ditulis oleh sasterawan India Muslim iaitu Muhammad Ali dalam bahasa Tamil. Pengkaji turut merujuk kepada kertas kerja Halimah Mohd Said dan Zainab Abdul Majid iaitu Felow Penyelidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berjudul Pengaruh Persekitaran ke atas Sistem Nilai Kaum Jawi Peranakan dan kertas kerja Dr. Abdul Munir Ismail yang bertajuk Adat Perkahwinan Masyarakat Jawi Peranakan India Islam Di Pulau Pinang. Turut menjadi rujukan pengkaji buku Feqah Islamiah dalam bab Zawaj (percantuman atau pernikahan) untuk mengetahui tentang definisi perkahwinan dari sudut pandangan Islam Pengkaji turut mendapatkan maklumat secara aktif di laman sosial dengan merujuk laman-laman berkaitan dengan adat perkahwinan kaum India Muslim.
  • 10. 960116-14-0000 10 5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan. 5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN Jadual 1 menunjukkan pecahan responden dari kalangan kaum India Muslim. JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDEN Bil Butir Kategori Bilangan Peratusan (%) 1. Jantina Lelaki 13 43 Perempuan 17 57 2. Tahun (umur) 20 ke bawah 5 17 20-30 5 17 31-40 7 23 41-50 8 26 50 ke atas 5 17 3. Status Bujang 13 43 Berkahwin 15 50 Lain-lain 2 7 (SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)
  • 11. 960116-14-0000 11 RAJAH 1: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR (SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015) Berdasarkan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur responden terhadap kajian persepsi kaum India Muslim terhadap adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 5 orang responden berumur 20 tahun ke bawah dan responden berumur 20 hingga 30 tahun juga seramai 5 orang bersamaan dengan 17 peratus setiap satu. Seterunya, responden yang berumur 31 hingga 40 tahun seramai 7 orang bersamaan 23 peratus. Sementara itu, bagi yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 8 orang responden bersamaan 26 peratus. Akhir sekali, responden berumur 50 ke atas adalah seramai 5 orang dan bersamaan dengan 17 peratus. 17% 17% 23% 26% 17% Demografi Responden Berdasarkan Umur 20 ke bawah 20-30 31-40 41-50 50 ke atas
  • 12. 960116-14-0000 12 RAJAH 2: DEMOGRAFI BERDASARKAN JANTINA (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Berdasarkan rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina kaum India Muslim yang disoal selidik tentang adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik seramai 13 orang adalah jantina lelaki bersamaan 43 peratus. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 17 orang responden bersamaan 57 peratus. 43% 57% DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA Lelaki Perempuan
  • 13. 960116-14-0000 13 RAJAH 3: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS (SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015) Berdasarkan rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan status kaum India Muslim terhadap persepsi adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik seramai 13 orang adalah bujang bersamaan 43 peratus. Seterusnya, responden yang telah berkahwin adalah seramai 15 orang bersamaan 50 peratus. Akhir sekali, responden yang berstatus lain-lain iaitu berpisah, duda atau janda adalah seramai 2 orang bersamaan 7 peratus. 45% 53% 2% DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS Bujang Berkahwin Lain-lain
  • 14. 960116-14-0000 14 5.2 JADUAL MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 1) Skala Soalan Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Jumlah 1 0 3 17 10 30 2 0 3 12 15 30 3 6 5 10 9 30 4 0 4 18 8 30 5 5 11 6 8 30 Jumlah 11 26 63 50 150 (SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.2 GRAF MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 1) (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 0 5 10 15 20 25 30 35 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES Amat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju
  • 15. 960116-14-0000 15 5.2.1 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI ( BERINAI) Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 0 0 Kurang Setuju 3 10 Setuju 17 57 Amat Setuju 10 33 (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.2.1 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI (BERINAI) (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0 10 20 30 40 50 60 Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN PENGAMALAN ACARA MEHNDI (BERINAI) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
  • 16. 960116-14-0000 16 Seramai 10 orang responden bersamaan 33% amat setuju bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara menhdi (berinai). Manakala 17 orang seuju bersamaan 57% , 3 orang bersamaan 10% dan tiada responen yang tidak setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara mehndi (berinai) iaitu seramai 27 orang (17 orang setuju, 10 orang amat setuju) atau sejumlah 90%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa “ Kemeriahan majlis perkahwinan dalam masyarakat India Muslim sebenarnya bermula pada malam berinai atau dikenali sebagai mehndi. Acara ini menjadi satu kemestian buat pengantin perempuan turut dilangsungkan oleh pengantin lelaki......” (Informen A, Temu bual pada 20/02/2015) Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar) semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa “ ...sebelum upacara merenjis dilangsungkan iaitu dengan meletakkan secubit inai di telapak tangan pengantin yang dialas dengan sekeping daun sirih.........” “Pengantin juga disuapkan sesudu buah delima yang digaul bersama gula sebagai tanda memberi pemanis......” (Informen B, Temu bual pada 21/02/2015) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara mehndi (berinai) kerana ia masih relevan diamalkan pada masa kini dan tidak bercanggah dengan kehendak agama. Acara mehndi (berinai) yang dilaksanakan dengan suapan manisan buah delima bersama gula oleh sanak- saudara terdekat.Acara ini sebagai tanda pemberian satu kata-kata manis kepada bakal pengatin daripada keluarga terdekat.
  • 17. 960116-14-0000 17 5.2.2 ANALISIS PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM. Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 0 0 Kurang Setuju 3 10 Setuju 12 40 Amat Setuju 15 50 (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.2.2 GRAF PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0 10 20 30 40 50 60 Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN PEMBERIAN BUAH- BUAHAN SEBAGAI HANTARAN Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
  • 18. 960116-14-0000 18 Seramai 15 orang responden bersamaan dengan 50% amat setuju bahawa pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan satu adat kaum India Muslim. Manakala 12 orang setuju bersamaan 40%, 3 orang kurang setuju dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan adat perkahwinan kaum India Muslim iaitu seramai 27 orang (15 orang amat setuju, 12 orang setuju) atau sejumlah 90%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang dilakukan pengkaji bersama Informen B (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa “Memang menjadi adat keturunan kaum India Muslim untuk memberikan buah- buahan sebagai hantaran dan amalan ini telah diamalkan sejak berkurun dahulu” (Informen B, Temu bual pada 21/02/2015) Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen A (bukan nama sebenar) semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa “Hantarannya pula terdiri daripada buah-buahan iaitu sejenis buah untuk setiap dulang....” (Informen A, Temu bual pada 20/02/2015) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa pemberian buah- buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan satu adat kaum India Muslim kerana majoroti majlis perkahwinan kaum ini masih memberikan 7 biji buah kelapa, setandan pisang dan turut memberikan 100 biji telur sebagai hantaran. Hantaran diisi dalam setiap talam perak yang berbeza. Hantaran berbentuk buah-buahan ini adalah suatu simbolik kesuburan.
  • 19. 960116-14-0000 19 5.2.3 ANALISIS PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM. Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 6 20 Kurang Setuju 5 17 Setuju 10 33 Amat Setuju 9 30 (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.2.3 GRAF PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
  • 20. 960116-14-0000 20 Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani (rantai emas) merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim. Manakala 10 orang setuju bersamaan 33%, 5 orang kurang setuju bersamaan 17% dan 6 orang tidak setuju bersamaan 20%. Majoriti responden setuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim iaitu 19 orang (9 orang amat setuju, 10 orang setuju) atau sejumlah 63%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji dengan informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan “........upacara membatalkan air sembahyang bermula dengan mengalungkan seutas rantai perkahwinan yang dinamakan karsemani dan dikalungkan oleh ibu pengantin lelaki...” (Informen A, Temu bual pada 20/02/2015) Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar) semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa “.....pemakaian satu rantai yang dipanggil ‘manik gandum’ masih dikekalkan wanita yang berkahwin namun ia bukanlah perkara wajib......” “......Rantai ini dipakaikan emak mertua kepada menantu perempuan dan dianggap simbolik bagi wanita yang berumah tangga.” (Informen B, Temu bual pada 21/02/2015) Pada pendapat pengkaji majoriti responden bersetuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani (rantai emas) merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim kerana ia masih dianggap sebagai simbol seorang wanita itu telah berumah tangga. Acara ini juga bagi menggeratkan hubungan antara menantu perempuan dan ibu mertua.
  • 21. 960116-14-0000 21 5.2.4 ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL SEBAGAI MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 0 0 Kurang Setuju 4 13 Setuju 18 60 Amat Setuju 8 27 (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.2.4 GRAF PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL SEBAGAI MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL DALAM MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
  • 22. 960116-14-0000 22 Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim. Manakala 18 orang setuju bersamaan 60%, 4 orang kurang setuju bersamaan 13% dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim iaitu seramai 26 orang (8 orang amat setuju, 18 orang setuju) atau sejumlah 87%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Pada pendapat pengkaji, majoroti responden bersetuju dengan bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim kerana kebiasaannya pada majlis perkahwinan kaum ini akan dihidangkan manisan payasem sebagai pembuka selera. Payasem merupakan manisan dan salah satu makanan tradisional kaum India Muslim. Payasem adalah gabungan biji sagu, kismis, gajus dan buah pelaga yang dimasak bersama santan. Selain itu, hidangan menu utama adalah nasi briyani, kari kambing atau kurma kambing, tairo (susu masam digaul bersama bawang), acar buah manis dan paccedi. Sebagai buah tangan tetamu akan diberikan manisan yang dipanggil laddu yang dibungkus dengan plastik lutsinar yang berwarna-warni . Tidak dilupakan, untuk golongan tua yang hadir akan disajikan sirih dan pinang bersama kapur . Golongan tua akan menikmati ia sebagai ulam bersama-sama sambil berkongsi berita dan khabar saudara-mara di kampung.
  • 23. 960116-14-0000 23 5.2.5 ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT. Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 5 16.6 Kurang Setuju 11 36.6 Setuju 6 20 Amat Setuju 8 27 (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.2.5 GRAF PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0.00% 5.00% 10.00% 15.00% 20.00% 25.00% 30.00% 35.00% 40.00% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM UNTUK KAUM KERABAT Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
  • 24. 960116-14-0000 24 Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja. Manakala 6 orang bersamaan 20% setuju, 11 orang bersamaan 36.6% kurang setuju dan 5 orang bersamaan tidak setuju bersamaan 16.6%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja iaitu seramai 16 orang (11 orang kurang setuju, 5 orang tidak setuju) atau sejumlah 53%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja kerana kebanyakan masyarakat kini telah mendapat pendidikan dan berfikiran secara terbuka. Masyarakat kini kebanyakannya telah meluaskan jemputan kepada jiran dan rakan-rakan. Selain itu, minoriti kaum ini yang berkahwin campur turut dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir dapat mengeratkan silaturrahim. Jemputan yang meluas dapat mendedahkan kepada jiran, rakan mahupun orang luar tentang adat perkahwinan kaum India Muslim.
  • 25. 960116-14-0000 25 5.3 JADUAL PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 2) Skala Soalan Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Jumlah 1 0 11 15 4 30 2 3 20 4 3 30 3 2 2 17 9 30 4 1 7 11 11 30 5 1 10 13 6 30 Jumlah 7 50 60 33 150 (SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.3 GRAF PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 2) 0 5 10 15 20 25 30 35 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 MENGKAJI PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT PERKAHWINAN DI BANDAR COUNTRY HOMES Amat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju
  • 26. 960116-14-0000 26 5.3.1 ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.3.1 GRAF PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 0 0 Kurang Setuju 11 37 Setuju 15 50 Amat Setuju 4 13
  • 27. 960116-14-0000 27 Seramai 4 orang responden bersamaan 13% amat setuju bahawa kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat. Manakala 15 orang setuju bersamaan 50%, 11 orang kurang setuju bersamaan 37% dan tiada responden yang tidak setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat iaitu seramai 19 orang (4 orang amat setuju, 15 orang setuju) atau sejumlah 63%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa temubual dengan pengkaji dan beliau menyatakan “......Hampir semua majlis perkahwinan kaum India Muslim dijalankan mengikut adat” (Informen A, Temu bual 20/02/2015) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat kerana golongan tua telah mendidik generasi muda suatu masa dahulu untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi muda kini yang menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat merupakan satu dorongan dari generasi terdahulu. Selain itu, generasi kini masih mengamalkan adat kerana tidak bertentangan dengan agama. Adat seperti upacara sambut pengantin baru dilakukan dengan pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan berebut sesuatu barang yang diletakkan dalam bekas berisi kadelai (sejenis kekacang), kemudian pihak yang menang akan menyerang pihak yang kalah dengan membaling kadelai tersebut. Di samping itu, adat madi erreke dilakukan oleh ibu mertua untuk menyambut menantu baru. Upacara ini dilakukan oleh ibu mertua dengan menghulurkan beras dihujung seledang menantu untuk diletakkan dalam sebuah bekas sebanyak tiga kali. Adat ini bertujuan untuk menyambut menantu baru supaya dimurahkan rezeki dan membawa kebahagian keatas rumah tangga tersebut. Adat-adat ini masih diamalkan kerana ia memberi impak yang positif kepada generasi demi generasi.
  • 28. 960116-14-0000 28 5.3.2 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.3.2 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 20% 40% 60% 80% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 3 10 Kurang Setuju 20 67 Setuju 4 13 Amat Setuju 3 10
  • 29. 960116-14-0000 29 Seramai 3 orang responden bersamaan 10% amat setuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain. Manakala 4 orang setuju bersamaan 13%, 20 kurang setuju bersamaan 67% dan 3 orang tidak setuju bersamaan 10%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain iaitu 23 orang (20 kurang setuju, 3 orang tidak setuju) atau sejumlah 77%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa temu bual dengan pengkaji dan beliau menyatakan bahawa “........terdapat beberapa adat yang tiada dalam adat (kaum India Muslim) tetapi masih tidak melanggar hukum agama dijalankan. Emm....seperti paluan kompang mengiringi pasangan pengantin ke pelamin” (Informen A,Temu bual 20/02/2015) Walau bagaimanapun terdapat responden yang tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum seperti yang dinyatakan oleh responden B (bukan nama sebenar) sewaktu pengkaji mengadakan temubual bersama beliau. “Berdasarkan pandangan saya, keunikan adat majlis perkahwinan kaum ini masih kekal... Seperti tetamu yang hadir akan memberi penghormatan kepada penggantin dengan menjamu selera selepas mempelai berarak untuk makan beradab diikuti bacaan doa kesyukuran dan barulah pengantin dan tetamu dijemput makan.” (Informen B, Temu bual 21/02/2015)
  • 30. 960116-14-0000 30 Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum kerana adat kaum India Muslim masih diamalkan namun terdapat beberapa pengadaptasian terhadap pelaksanaan majlis perkahwinan mengikut adat. Majlis perkahwinan kaum India Muslim diselingkan dengan paluan kompang yang merupakan adat kaum lain semasa mengiringi pasangan pengantin ke pelamin. Selain itu, zaman modenisasi kini kebanyakan pengantin mengenakan pakaian semasa resepsi perkahwinan mengikut fesyen dan citarasa tersendiri berbanding sebelumnya majlis perkahwinan dilangsungkan dengan pengantin berpakaian tradisional dari negara India seperti sari sutera dan pakaian punjabi yang seledangnya lebih panjang iaitu berukuran dua meter setengah yang disulam labuci yang sarat dan ditenun dengan benang sutera untuk menutupi kepala.
  • 31. 960116-14-0000 31 5.3.3 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.3.3 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 2 7 Kurang Setuju 2 7 Setuju 17 56 Amat Setuju 9 30
  • 32. 960116-14-0000 32 Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum. Manakala 17 orang setuju bersamaan 56%, 2 orang kurang setuju bersamaan 7% dan 2 orang tidak setuju bersamaan 7%. Majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum iaitu seramai 26 (9 orang amat setuju, 17 orang setuju) atau sejumlah 86%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana jamuan makan majlis perkahwinan dilangsungkan serentak bagi kedua-dua belah pihak dalam satu majlis. Jemputan yang hadir merangkumi semua saudara-mara sebelah pengantin lelaki dan sebelah pengantin perempuan. Tetamu yang hadir adalah dari kampung asal (India) yang berbeza . Majlis ini membuktikan persaudaraan tanpa batasan yang saling kenal mengenali kampung masing-masing. Adat ini memberi impak yang baik dan mengeratkan hubungan sesama kaum India Muslim.
  • 33. 960116-14-0000 33 5.3.4 ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.3.4 GRAF PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 1 3 Kurang Setuju 7 23 Setuju 11 37 Amat Setuju 11 37
  • 34. 960116-14-0000 34 Seramai 11 orang responden bersamaan 37% amat setuju dengan kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim. Manakala 11 orang setuju bersamaan 37%, 7 orang kurang setuju bersamaan 23% dan seorang responden tidak setuju bersamaan 3%. Majoriti responden bersetuju dengan kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim iaitu seramai 22 orang (11 amat setuju, 11 setuju) atau sejumlah 74%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa generasi akan datang mampu mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim kerana golongan tua telah mendidik generasi muda untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi muda kini mengamati majlis perkahwinan mengikut adat yang dilaksanakan sebagai pendorong dalam meneruskan tradisi ini pada masa akan datang. Generasi akan datang pasti akan membawa walaupun sedikit adat dan tradisi ini untuk mengekalkan keunikan yang ada pada bangsa sendiri.
  • 35. 960116-14-0000 35 5.3.5 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) 5.3.5 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015) Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 0% 10% 20% 30% 40% 50% Skala Peratus ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Skala Bilangan Peratusan (%) Tidak Setuju 1 3 Kurang Setuju 10 34 Setuju 13 43 Amat Setuju 6 20
  • 36. 960116-14-0000 36 Seramai 6 orang responden bersamaan 20% amat setuju bahawa adat kaum India Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat. Manakala 13 orang bersamaan 20% setuju, 10 orang bersamaan 43% kurang setuju dan seorang responden bersamaan 3% tidak bersetuju. Majoriti responden setuju bahawa adat kaum India Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat iaitu seramai 19 orang (6 orang amat setuju, 13 orang setuju) atau sejumlah 63%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa “....................kami akan berkahwin sesama saudara dan ia menjadi adat resam yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat India Muslim” (Informen A, Temu bual pada 20/2/2015) Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana kaum India Muslim merupakan golongan minoriti maka bagi mengekalkan pembentukan generasi kaum India Muslim akan datang adat kaum ini mengalakkan perkahwinan sesama kaum sendiri. Pengamalan adat ini bagi mengelakkan kaum ini hilang ditelan zaman.
  • 37. 960116-14-0000 37 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan keseluruhan, tajuk kajian yang telah dijalankan ialah persepsi adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Adat ini harus dikekalkan dari generasi ke generasi yang lain. Justeru itu, pengaruh golongan yang lebih tua haruslah memainkan peranan dalam mendidik generasi akan datang supaya hidup berlandaskan suatu ikutan atau peraturan iaitu adat yang tidak bercanggah dengan agama Islam. Kajian ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian yang didapati adalah melalui kaedah soal selidik dan temu bual.Borang soal selidik yang diedarkan merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama tentang latar belakang responden dan bahagian kedua tentang keputusan responden terhadap kajian . Dapatan kajian tentang latar belakang responden kajian lapangan mengikut jantina kebanyakannya perempuan (57%), lingkungan umur antara 41-50 (26%) dan daripada golongan berkahwin (50%). Bahagian kedua borang tentang keputusan responden terbahagi kepada keputusan objektif pertama dan objektif kedua. Objektif pertama ialah mengenal pasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati acara mehndi (berinai) masih diamalkan dalam masyarakat India Muslim (80%), pemberian buah-buahan sebagai adat masih diteruskan oleh masyarakat India Muslim (90%), pembatalan air sembahyang dengan karsemani masih relevan dalam masyarakat India Muslim (66%), penyediaan makanan tradisional dalam majlis perkahwinan masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim (87%) dan undangan majlis pekahwinan tidak dikhususkan kepada kaum kerabat dalam masyarakat India Muslim (53%) Objektif kedua pula ialah mengkaji persepsi tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati kaum India Muslim masih mengamalkan perkahwinan mengikut adat (63%), majlis perkahwinan dijalankan mempunyai unsur adat kaum lain (77%), perkahwinan kaum India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum sendiri (54%) dan perkahwinan kaum India Muslim mengalakan perkahwinan sesama saudara terdekat ( 63%).
  • 38. 960116-14-0000 38 Secara umumnya, perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan isteri .(http://myservik.gov.my/). Disamping itu perkahwinan juga yang mampu melahirkan generasi yang akan meneruskan adat. Perkahwinan dilangsungkan bersulam pelbagai adat, ini adalah bagi memastikan keunikan yang ada pada kaum ini dapat dikekalkan. Justeru itu, kajian pengkaji adalah mencakupi Dasar Kebudayaan Kebangsaan, yang memenuhi objektif pengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan, memelihara keperibadian kebangsaan dan peningkatkan kualiti hidup kehidupan rakyat Malaysia. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa . Melalui kajian ini objektif dasar ini dapat dicapai melalui proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur kebudayaan.( http://pmr.penerangan.gov.my/) Kajian ini juga dijalankan berteraskan kepada objektif rukun negara. Objektif pertama rukun negara adalah untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran dapat dinikmati bersama-sama.Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan antara kaum , perlaksanaan objektif rukun negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Seterusnya objektif rukun negara yang kedua ialah untuk memelihara cara hidup demokratik melalui pelembagaan negara yang menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini selagi tidak melanggar undang- undang negara. Pendedahan tentang adat kaum-kaum di Malaysia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup mengikut kebebasan masing-masing.
  • 39. 960116-14-0000 39 Disamping itu, kajian ini juga berhubung kait dengan objektif rukun negara yang ketiga iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat melalui sikap masyarakat yang menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Pembentukan sebuah negara yang utuh memerlukan rakyat yang bersatu hati, maka dengan menjaga perpaduan sesama kaum negara dapat menuju ke arah perkembangan yang lebih maju. Perpaduan dapat dieratkan dengan menyantuni adat kaum masing-masing tanpa mempersoalkannya. Objektif keempat rukun negara juga menjadi asas kajian ini iaitu untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang dilaksanakan dengan membentuk masyarakat negara ini yang bebas mengamalkan agama, adat resam, dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. (http://www.jpnin.gov.my/). Kaum di Malaysia adalah bebas mengamalkan dan menjalankan adat masing-masing tanpa menwujudkan soal perkauman antara kaum lain.Ini dapat menjamin kebebasan beragama dapat dikekalkan. Pengkaji memerhatikan bahawa keunikan adat harus dikekalkan dengan memantapkan perlaksanaan cabaran ke-5 Wawasan 2020 iaitu melalui menyelesaian isu utamanya dalam Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Isu ini mengupas tentang pembentukan satu negara bangsa adalah prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyat yang mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Pengkaji yang ingin membuat kajian dicadangkan untuk mengkaji keberhasilan perlaksanaan cabaran ke 5 Wawasan 2020 yang dicadangkan dan dijalankan untuk mengekalkan kebebasan mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing- masing dan membawa kepada kemajuan negara.
  • 40. 960116-14-0000 40 Pengetahuan am tentang pengamalan adat dan tujuan adat tersebut dijalankan dapat membantu dalam mengenali adat perkahwinan kaum India Muslim dengan lebih dekat. Rentetan itu, kajian lanjutan bagi mengenal pasti adat resam yang diamalkan oleh kaum India Muslim boleh dijalankan dengan mengkaji kesan dari pengamalan adat dan diluaskan skop kajian kepada pengamalan adat yang berbeza. Tambahan dari itu, rentetan kajian boleh dilakukan dengan menambahkan bilangan responden bersesuaian dengan kawasan kajian. Responden yang ramai dapat membantu dalam menganalisis tentang sesuatu adat dengan lebih mendalam Akhir sekali, pengkaji berasa bahawa pengenalpastian tentang adat perkahwinan kaum India Muslim bukan sahaja sekadar mengetahui perlaksanaan adat tersebut namun ia juga memberi kesan kepada generasi akan datang untuk memeliharanya. Walaupun perlaksanaan adat tidak membawa kesan secara langsung kepada negara, namun melalui pendedahan dan perlaksanaan adat ini kepada komuniti setempat, masyarakat akan lebih memahami . Komuniti setempat dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan saling memahami. Maka negara akan dapat mencapai perpaduan dan kebanggaan di mata dunia. Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah peka dengan kebudayaan dan adat resam bangsa-bangsa di Malaysia supaya lebih menghormati dan memahami sesama komuniti.