SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya.


                    TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


   1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal
       lain.
   2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
       emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
   3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
       berhak mengetahuinya.
   4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam
       matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang
       bayaran.
   5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat
       memberikan contoh yang baik kepada para pelajar.
   6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
       lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
       supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.




                                                                                          1
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
   pendidikan dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
   rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
   membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
   mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
   menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
   ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
   menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.


     TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan
   kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
   prinsip Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu
   dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
   bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan
   menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab
   sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
   sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi
   pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
   dan kecendekiawan masyarakat.




                                                                                    2
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
      menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.


    TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
                                   PERGURUAN


   1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
      mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
      membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
   2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
      kami sebagai guru.
   3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
      rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
      ikhtisas dan sosial.
   4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu
      dalam profesion perguruan.
   5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
      perguruan.
   6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.


Catatan :

Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.


                             PERKARA- PERKARA AM
                             TATALAKU PEGAWAI
                             PERKHIDMATAN AWAM


Taat Setia:




                                                                                   3
Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan.


Larangan:


   1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan
         peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan
         dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya
         bercanggah dengan kewajipan awamnya.
   2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan
         kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga
         menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam.


   3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk
         faedah persendirian atau kepentingan peribadi.


   4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan
         martabat perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan
         awamnya.


   5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan
         tekanan untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung
         dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan
         secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain
         perkhidmatan awam.


   6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan
         dengan munasabah sebagai ingkar perintah.


Sikap:


   1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap
         terhadap tugas.




                                                                                           4
2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan
      yang lain dalam perkhidmatan awam.


Pekerjaan Luar:


   1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan
      luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya.
   2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk
      berbuat demikian oleh ketua jabatan.


Hadiah:


   1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima
      sebarang bentuk hadiah.
   2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau
      mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka.


   3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung
      ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana
      orang sekalipun.




Keraian:


   1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa
      jua bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang.
   2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk
      membuat sebarang faedah peribadi.




Memiliki Harta:




                                                                                     5
1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa
       tata-tertib yang berkenaan.
  2.   Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan
       melalui ketua jabatan mereka.


  3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga
       termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu
       olehnya, isteri dan anak-anaknya.


  4.   Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang
       pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anak-anaknya.


  5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu
       dibuat untuk tujuan rekod.



  Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan:



          1.     Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh
                 menyelenggarakan taraf hidupnya melebihi daripada pendapatan
                 rasminya yang sah.
          2.     Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia
                 mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada
                 pihak yang berkuasa lembaga tata tertib yang berkenaan di atas saraan
                 itu.


          3.     Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang
                 atau menjadi penjamin kepada seseorang peminjam atau dengan apa jua
                 yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana
                 orang kecuali yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980.



Kesusahan Hutang:




                                                                                         6
1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan
            kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu berat sekali.


       2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh
            membawa kepada terjejas perkhidmatannya.


       3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan
            biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau pemegang-
            pemegang harta.


Meminjamkan Wang:


       1.      Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga
               kepada orang lain.
       2.      Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk
               cagaran ataupun tidak.


Spekulasi:


       1.      Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga
               komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara.
       2.       Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga
               yang tinggi sekali.


Refel Dan Loteri:
1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta
persendiriannya.


Penerbitan Buku:
1. Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya
dengan kebenaran.


Kenyataan Awam:




                                                                                          7
1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu
        dasar atau keputusan kerajaan.
   2.   Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun
        dalam bentuk-bentuk lain.


   3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa
        kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain.


   4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai
        perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas
        ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu.


Penyunting:


   1.       Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting
            sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran.
   2.       Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan
            akhbar dan majalah.


   3.       Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana-
            mana penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah.


   4.       Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas
            termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga, buah fikiran
            dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan
            profesional dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak
            politik.


Kegiatan Politik:
Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah
dibahagikan kepada dua kupulan:


        Kumpulan A:




                                                                                        8
1.               Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang
                berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan ikhtisas sebagai kelayakan
                masuk kerja.
           2.               Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah
                air melainkan hanya menjadi ahli biasa.


      Kumpulan B:


      1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A.
      2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah
           parti politik.


      3.   Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
           daripada pihak kerajaan.




Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman :


      1.        Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara
                yang berbangkit dari tugasnya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua
                Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.
      2.        Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui
                peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara yang berbangkit
                dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada
                Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.


Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti:




                                                                                              9
1.   Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat
     kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan itu boleh disabitkan
     dengan tindakan tatatertib.
2.   Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak
     lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan tatatertib boleh
     diambil terhadapnya.


3.   Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan
     pembuangan kerja atau lain-lain hukuman.


4.   Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua
     gaji ataupun saraan hidup.


5.   Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas
     selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak lembaga tatatertib apabila
     menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan
     buang kerja ataupun turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am
     26.


6.   Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai
     itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan hidup selama
     tempoh dia tidak hadir bertugas.




                                                                             10

More Related Content

Similar to Tatasusila profesion perguruan malaysia

Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlangSyaima Bahari
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2Zulfadhli Zulpress
 
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11farhani87
 
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp013 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01student malaysia
 
My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guruAman Shah
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2pohtee
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu ProfesionArthur Jupong
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingRoslizaMusa
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppmwanita25
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingHumyra Amer
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Zulfadhli Zulpress
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Lei Sing
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 

Similar to Tatasusila profesion perguruan malaysia (20)

Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Nilai 2 amanah
Nilai 2 amanahNilai 2 amanah
Nilai 2 amanah
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2
 
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
 
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp013 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
 
My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guru
 
My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guru
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu Profesion
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
 
Tajuk : Kod etika keguruan
Tajuk : Kod etika keguruanTajuk : Kod etika keguruan
Tajuk : Kod etika keguruan
 
Unit 10
Unit 10Unit 10
Unit 10
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppm
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
Nota psk t2
Nota psk t2Nota psk t2
Nota psk t2
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 

Tatasusila profesion perguruan malaysia

  • 1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 1
  • 2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 2
  • 3. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. PERKARA- PERKARA AM TATALAKU PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM Taat Setia: 3
  • 4. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan. Larangan: 1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya. 2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam. 3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendirian atau kepentingan peribadi. 4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan martabat perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya. 5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan tekanan untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain perkhidmatan awam. 6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Sikap: 1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap terhadap tugas. 4
  • 5. 2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan yang lain dalam perkhidmatan awam. Pekerjaan Luar: 1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya. 2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk berbuat demikian oleh ketua jabatan. Hadiah: 1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah. 2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka. 3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana orang sekalipun. Keraian: 1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa jua bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang. 2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat sebarang faedah peribadi. Memiliki Harta: 5
  • 6. 1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa tata-tertib yang berkenaan. 2. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan melalui ketua jabatan mereka. 3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu olehnya, isteri dan anak-anaknya. 4. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anak-anaknya. 5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu dibuat untuk tujuan rekod. Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan: 1. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh menyelenggarakan taraf hidupnya melebihi daripada pendapatan rasminya yang sah. 2. Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tata tertib yang berkenaan di atas saraan itu. 3. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi penjamin kepada seseorang peminjam atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana orang kecuali yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980. Kesusahan Hutang: 6
  • 7. 1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu berat sekali. 2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa kepada terjejas perkhidmatannya. 3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau pemegang- pemegang harta. Meminjamkan Wang: 1. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga kepada orang lain. 2. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun tidak. Spekulasi: 1. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara. 2. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga yang tinggi sekali. Refel Dan Loteri: 1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta persendiriannya. Penerbitan Buku: 1. Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya dengan kebenaran. Kenyataan Awam: 7
  • 8. 1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu dasar atau keputusan kerajaan. 2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun dalam bentuk-bentuk lain. 3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain. 4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu. Penyunting: 1. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran. 2. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan akhbar dan majalah. 3. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana- mana penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah. 4. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga, buah fikiran dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan profesional dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik. Kegiatan Politik: Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah dibahagikan kepada dua kupulan: Kumpulan A: 8
  • 9. 1. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan ikhtisas sebagai kelayakan masuk kerja. 2. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air melainkan hanya menjadi ahli biasa. Kumpulan B: 1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A. 2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah parti politik. 3. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan. Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman : 1. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara yang berbangkit dari tugasnya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. 2. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti: 9
  • 10. 1. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib. 2. Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya. 3. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan pembuangan kerja atau lain-lain hukuman. 4. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua gaji ataupun saraan hidup. 5. Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak lembaga tatatertib apabila menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan buang kerja ataupun turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am 26. 6. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan hidup selama tempoh dia tidak hadir bertugas. 10