1. LMCP 1552 : PEMBANGUNAN MAPAN DALAM
ISLAM
NAMA :
AHMAD ALIF BIN ABU HASSAN
NO MATRIK :
A162785
NAMA PENSYARAH :
PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
Negeri Kaya Penduduk Miskin
2. Jika anda dilantik menjadi perunding bagi kes di atas,
berikan cadangan ringkas kepada kerajaan negeri
tersebut apa yang patut dilakukan dari segi:
3. Memperbaiki ekonomi penduduk tempatan
Membuka peluang yang luas untuk rakyat tempatan bagi
mendapat pengajian dalam kursus-kursus berkaitan
kemahiran yang sangat diperlukan dalam industri dan sektor
pembangunan pada hari ini.
Membuka peluang perniagaan yang luas kepada rakyat serta
menyediakan bantuan kewangan yang baik.
Menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan
serta membimbing mereka dengan sebaik dalam membentuk
punca ekonomi yang kukuh.
4. Menggalakkan pembangunan sosial, rohani dan fizikal
Membuka lebih banyak tempat-tempat untuk aktiviti sosial dan
kemasyarakatan yang menarik yang tidak hanya tertumpu di
kawasan bandar malah perlu juga utamakan rakyat di luar bandar.
Melaksanakan lebih banyak program kerohanian yang bukan hanya
di peringkat masjid dan surau malah perlu program yang lebih
berskala besar seperti program-program besar yang lain yang dapat
menarik minat rakyat kepada program kerohanian.
menjalankan lebih banyak kempen-kempen menjaga kesihatan yang
mampu memberi kesedaran yang benar-benar tepahat dalam diri
rakyat yang sekarang ini banyak masalah kesihatan.
5. Meminimumkan kerosakan alam sekitar
Kerajaan perlu bijak mengawal pembangunan yang dalam masa
yang sama akan memberi kesan kepada alam sekitar. Oleh itu,
sebagai langkahnya, kerajaan perlu menghadkan pembukaan
kawasan hutan untuk pembangunan yang sekarang ini kian meluas.
Selain itu, juga kerajaan perlu mengarahkan agar kawasan alam
semula jadi yang telah diterokai untuk pembangunan perlu
dineutralkan kembali dengan penanaman pokok dalam landskapnya
sebagai contoh untuk mengelakkan bencana alam.
Kerajaan juga perlu mengawal dengan tegas aktiviti ekonomi yang
melibatkan penggunaan bahan-bahan dari alam semula jadi yang
hari ini banyak pihak yang melakukannya dengan tidak mengikut
peraturan dan tanpa rasa ada tanggunjawab kepada alam.