1. •Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Muhammad Ammar Syahmi
Bin Mohd Ridzuan dari SK Sungai Salleh,
Tahun 2.
• Pada hari ini, saya akan bercerita satu
cerita bertajuk ‘Kamilah Adiwira’.
2. •Pada cuti sekolah tahun lepas, satu dunia
gempar dengan serangan virus covid-19.
•Pada Ketika itu, kanak-kanak diseluruh
negara berhenti dari ke sekolah dan ke
mana-mana sahaja.
•Berhenti ke taman permainan, bermain
sukan kegemaran, menonton wayang,
membeli belah dan majlis hari jadi.
3. •Pada tahun 2020 juga, nampkanya semua
kanak-kanak, di mana-mana sahaja di negara
kita tidak melakukan apa-apa di luar rumah.
•Semua kanak-kanak hanya bermain, belajar dan
berseronok di dalam rumah.
• Semasa covid-19 muncul buat pertama kalinya,
semua orang cemas dan tidak tahu apakah yang
boleh dilakukan.
4. •Tiba-tiba, wiwowiwowo. Siren ambulan berbunyi sangat
dekat dengan rumah kami. Rupa-rupanya pak cik Karim
dan Mak Cik Siti dibawa pergi oleh ambulans.
•Rumah mereka disanistasi dari depan rumah sehingga
ke belakang rumah mereka.
• Saya terdengar perbualan ayah dengan ibu yang
mereka dijangkiti virus covid-19.
5. •Selepas dari itu, semua orang
berjaga-jaga dan sentiasa
mengamalkan SOP yang ditetapkan.
•Pada masa itu, hanya ayah yang akan
keluar membeli segala barang
keperluan.
6. • Ayah kata, ini usaha kita untuk memutuskan
rantaian virus ini.
• Ibu pula kata, ini usaha kecil kita sebagai adiwira
di rumah masing-masing dalam membantu
barisan hadapan yang sentiasa membanting
tulang dan basah kuyup disebalik PPE.
7. •Akhirnya, sampai kemuncak kepada
penyebaran ini tahun lepas, saya dan keluarga
sangat gembira apabila kes harian menjadi
sifar.
•Namun, panas tidak sampai ke petang.
•Usaha barisan hadapan, dan semua adiwira
seolah-olah tiada garis penamat.
• Hari demi hari, kes makin melonjak naik.
8. •Apa yang boleh kanak-kanak di negara ini
lakukan sekali lagi ialah tidak buat apa-apa.
Itu lah usaha besar kami sebagai adiwira
dalam membantu untuk memutuskan
penyebaran virus ini.
•Namun begitu, kami adiwira kecil sentiasa
mendoakan agar negara kita pulih semula
dari virus ini
9. •Terima kasih barisan hadapan, terima
kasih semua kanak-kanak..
•kitalah adiwira sebenar. Kekal di
rumah dan kekal sihat.
•Sekian, terima kasih..