1. Soalan Kemahiran Hidup Tahun 4 (PKSR2)
Jawab semua soalan berikut di dalam kertas jawapan objektif.
1. Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan dalam
bengkel kecuali
a) murid yang berkasut getah.
b) murid yang patuh kepada peraturan keselamatan.
c) murid yang merancang kerja yang akan dilakukan.
d) murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat tanpa mempedulikan peraturan.
2. Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya
a) selamat dan tidak mudah hilang
b) sentiasa bersih dan mudah digunakan
c) berkilat dan menarik
d) tidak berbau busuk
3. Gergaji besi digunakan untuk memotong bahan daripada ___________.
a) getah c) kayu
b) plastik d) besi
4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya alatan tangan di dalam bengkel hilang?
a) Mendiamkan diri.
b) Menggantikan dengan alatan yang baru.
c) Melaporkan kehilangan alatan itu kepada guru.
d) Menyiasat siapa yang mengambil alatan itu.
5.
Gambarajah di atas menunjukkan bolt dan nat. Alatan tangan apakah yang digunakan untuk
mengetatkan dan melonggarkan nat dan bol.
a) sepana hujung terbuka c) tukul besi
b) pemutar skru rata d) playar gabung
6. Alat pemadam api digunakan ketika
a) berlaku kecurian
b) berlaku kebakaran