SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU
Dalam Perkara Tuntutan Hak Penjagaan Kanak-kanak
SAMAN NO : 11100-028-0015-2004
ANTARA
MAIMUNAH BINTI HAMZAH, --- PLAINTIF
KPT : 630406-11-5032.
DENGAN
MOHAMMAD BIN EMBONG, --- DEFENDAN
KPT : 561023-11-5055.
DI HADAPAN YANG ARIF
DATO’ HAJI ISMAIL BIN YAHYA, DPMT., PJC., PJK.,
HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANU
DI KUALA TERENGGANU
PADA HARI KHAMIS 19 RABIULAWWAL 1426,
BERSAMAAN 28 APRIL 2005.
ATAS TUNTUTAN Plaintif, Tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di dalam
Mahkamah Terbuka, dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya, Puan
Salwa binti Mansor, daripada Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co., beralamat di No.
111C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, manakala Defendan
diwakili oleh Cik Asmayani Suhaida binti Kamaruddin, daripada Zamani Mohammad
& Co., yang beralamat di 1107-E, Tingkat 2, Jalan Pejabat, off Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH
MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :-
Tuntutan melalui saman yang telah didaftarkan oleh Plaintif di dalam Mahkamah
Tinggi Syariah Terengganu pada 27 Januari 2004 ini ialah tuntutan untuk;
i) mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak secara kekal ke atas dua orang anak
pasangan Plaintif bersama Defendan, yang bernama:-
a) Mohd Hafiz bin Mohammad,
tarikh lahir: 12 Disember 1990,
1
Sijil Kelahiran No: I 751390; dan
b) Nur Maisarah binti Mohammad,
tarikh lahir : 23 April 2001,
Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412;
ii) mendapat perintah memfardhukan bayaran nafkah anak ke atas Defendan bagi
kedua-dua anak pasangan Plaintif bersama Defendan yang yang tersebut itu
sebanyak RM1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan; dan dengan itu perintah
sementara yang menghendaki Defendan membayar nafkah anak sebanyak RM200
sebulan pada tiap-tiap bulan bagi kedua-dua orang anak yang telah dibuat oleh
Mahkamah Rendah Syariah daerah Kuala Terengganu pada 27 Oktober 2003, semasa
mensabitkan perceraian antara Plaintif dengan Defendan dibatalkan;
iii) mendapat perintah Mahkamah supaya memerintahkan Defendan membayar
nafkah bulanan kedua-dua orang anak yang berkenaan itu melalui akaun bank di
RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8
tidak lewat dari tujuh haribulan setiap bulan sehingga ada perintah lain dibuat;
iv) mendapat perintah supaya kos di dalam prosiding ini ditanggung oleh Defendan;
dan lain-lain perintah yang difikirkan patut dan manfaat oleh Mahkamah ini.
Plaintif di dalam kes ini ialah Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p
no: 7152345, seorang Juruteknik Letronik di sebuah syarikat akhbar di Kuala
Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian Plaintif ialah di No; 100 Taman
Murni Permai, Tok Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu. Defendan pula
ialah Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, adalah tuan
punya dan pengusaha kedai tayar di alamat D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu,
Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian
Defendan adalah di D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050
Kuala Terengganu.
Defendan pula telah membuat Pernyataan Pembelaan tetapi agak lewat
memasukkan Pernyataan Pembelaannya. Dalam Pernyataan Pembelaannya,
2
Defendan hanya mempertikaikan kadar nafkah anak sahaja dari RM 200 kepada
RM 1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan untuk kedua-dua orang anak yang berkenaan
itu.
Saya mengambil kesempatan pada masa ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada Peguam Syarie kedua-dua belah pihak kerana dengan kebijaksanaan
mereka dapat membantu membereskan kes ini.
Mengikut Pernyataan Tuntutan, Pernyataan Pembelaan dan keterangan daripada
Plaintif dan Defendan, saya berpuas hati bahawa perkara yang menjadi ‘fakta
persoalan’ di dalam kes ini ialah;
i) hak penjagaan kanak-kanak;
ii) kadar nafkah anak jika kanak-kanak berkenaan itu diberi hak jagaannya
kepada Plaintif; dan
iii) bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan.
Saya nyatakan di atas, saya berpuas hati, adalah berdasarkan kenyataan bahawa
beban pembuktian yang perlu ke atas Plaintif kemukakan bagi membolehkan
tuntutannya boleh disabitkan adalah sampai ke tahap ‘yakin’ atau tahap yang
paling berat, mengikut Hukum Syara’. Allah s.w.t. telah memberi peringatan
mengenai tanggung jawab memberi keterangan dengan firman Nya,
‫يأيها‬‫الذين‬‫ءامنوا‬‫كونوا‬‫قومين‬‫بالقسط‬‫شهدا‬‫ء‬‫ل‬‫ولو‬‫على‬‫أنفسكم‬‫أو‬‫الولدين‬‫والقربين‬
‫إن‬‫يكن‬‫غنيا‬‫أو‬‫فقيرا‬‫فال‬‫أولى‬‫بهما‬‫فل‬‫تتبعوا‬‫الهوى‬‫أن‬‫تعدلوا‬‫وإن‬‫تلوو‬‫أو‬
‫تعرضوا‬‫فإن‬‫ال‬‫كان‬‫بما‬‫تعملون‬‫خبيرا‬
Ayat 135 dari Surah An-Nisaa’
Yang bermaksud;
‘ Wahai orang-orang yang beriman ! Hendaklah kamu menjadi
orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi
(yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekali pun terhadap
diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau lah
orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu
terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran
disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang
3
rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu
memutar balikkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi),
maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam
akan apa yang kamu lakukan.’
Ke bawah dari tahap yakin ialah tahap ‘tidak pasti’. Tahap tidak pasti ini mengikut
Hukum Syara’ terbahagi kepada tiga jenis; iaitu zan, syak dan waham. Walau pun
begitu ada kalanya zan menepati kebenaran. Zan yang menepati kebenaran boleh
sampai ke tahap az-zan al-ghalib atau ‘berat sangka’. Az-zan al-ghalib adalah
diterima dalam keterangan dan pembuktian mengikut Hukum Syara’.
Saya juga ada menyatakan ungkapan ‘fakta persoalan’. Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memberi erti ‘fakta persoalan’ sebagai apa-
apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta
lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau
ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau
prosiding, semestinya dapat disimpulkan. Saya berpendapat mengikut Hukum
Syara’, ‘fakta persoalan’ ini boleh termasuk di dalam ‫المدعى‬‫به‬ (al-mudda’a bih)
iaitu hak yang dituntut.
Sebelum saya membuat analisa ke atas fakta persolan di dalam kes ini, saya
berpendapat adalah sangat mustahak bagi saya menentukan bidang kuasa
Mahkamah terlebih dahulu. Mengikut Hukum Syara’ sebagai mana yang telah
dihuraikan di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, oleh Dr. Wahbah al-
Zuhaily, juzuk keenam, Darul Fikr, Damsyek, Syria, cetakan ketiga, 1409H/1989M,
mulai muka surat 750 hingga muka surat 751, yang mana dapat disimpulkan
bahawa bidang kuasa Hakim (qadi ) ada sepuluh; iatu :-
1. Menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang berselisih sama ada secara
suka sama suka (sulh), atau secara paksaan melalui hukuman yang
diperkuat kuasakan.
4
2. Menghalang orang yang zalim daripada melakukan perompakan,
pencerobohan dan lain-lain, serta menolong orang teraniaya dan
menyampaikan hak kepada tuannya.
3. Menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak Allah s.w.t.
4. Menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-luka.
5. Menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta anak yatim, orang gila dan
melantik wasi untuk menguruskan harta mereka.
6. Mengawasi harta waqaf.
7. Melaksanakan wasiat.
8. Mengahwinkan wanita yang tidak ada wali, atau yang walinya enggan
mengahwinkannya.
9. Mengawasi kepentingan-kepentingan awam seperti jalan raya dan lain-
lain.
10. Menyuruh kepada yang baik dan melarang yang mungkar dengan perkataan
dan perbuatan.
Perlembagaan Persekutuan antara lain telah memperihalkan bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan
status Mahkamah Syariah; iaitu Mahkamah yang diletakkan di bawah
bidangkuasa negeri. Fasal 2 kepada Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan:-
Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada
Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang
oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri
boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana
perkara yang disebut dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai
Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau
Senarai Bersama.
Jadual Kesembilan, Senarai (2) Perlembagaan Persekutuan Butiran (1),
memperuntukkan :-
1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak dan undang-
undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut
5
agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan
mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan
anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,
pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam
dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan
khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah
dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian
agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan
yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam
negeri; adat istiadat Melayu: Zakat Fitrah dan Bait-ul-mal
atau hasil agama negeri yang seumpamanya; masjid atau
mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam
terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-
perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;
keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-
mahkamah syar’iah, yang akan mempunyai bidangkuasa
hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan
hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam
perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa
mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi
oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan
iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut
agama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak
dan iktikad dan adat istiadat Melayu.
Mengikut peruntukan Hukum Syara’ dan bidang kuasa yang diberi oleh undang-
undang bertulis, jelaslah bahawa Pemerintah diberi kuasa mengkhususkan kuasa
Hakim, termasuk Hakim Syarie atau Mahkamah yang mana diketuai oleh seseorang
Hakim itu. Mengenai persoalan ini bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah telah
diperuntukkan di dalam subseksyen 11(3) Enakmen Mahkamah Syariah
(Terengganu) 2001 yang memperuntukkan;
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
6
(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan
boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-
undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama
Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan
atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau
prosiding itu adalah berhubungan dengan –
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman
(faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan
perhubungan antara suami isteri;
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit
daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam
subperenggan (i);
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau
penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;
(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;
(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa
balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang,
oleh seorang orang Islam ;
7
(vii) wakaf atau nazar;
(viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak
berwasiat ;
(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian
harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau
bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang
itu berhak;
(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang
Islam;
(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah
seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya ;
dan
(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang
kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Subseksyen 12 (2) Enakmen Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001 pula
memperuntukkan;
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –
(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan
yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di
bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain
yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun
agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan
oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak
melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua
8
tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa
untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal
perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit
atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan
hadhanah atau harta sepencarian).
Mengikut peruntukan undang-undang yang berjalan kuatkuasanya di dalam negeri
ini pada masa sekarang, saya berpuashati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu adalah Mahkamah yang berkompeten dan mempunyai bidangkuasa
mendengar dan memutuskan tuntutan penjagaan kanak-kanak atau tuntutan
hadhanah (atau dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam
(Terengganu) 1985 dieja dengan hadanah) dan lain-lain tuntutan yang terbit
daripadanya yang berada di hadapan saya ini.
Pada peringkat ini saya menyentuh secara ringkas bidangkuasa Mahkamah Syariah
bagi memastikan bahawa keputusan yang dibuat nanti adalah menepati Hukum
Syara’ dan undang-undang dari berbagai sudut. Bidangkuasa satu-satu Mahkamah
juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syara’.
Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam
kitabnya berjudul Al-Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah,
1964, yangmana pada muka 54 beliau menyebut ;
ßšd ¬·… y} Y£´ºšZ x¬Ã¾º† ¬À“ çF£ºšZ
®›ìZ çšy Ö³ªñ w} „
.|e£¨¥šZ y} . 眬¿šZ y} . æ󪲚Z uZŠ 죘 .
£ñ£´ºšZ ã› ã÷› nÂÀ…
9
x®Ã” ®‹PZ nÂœ ç• ®¶Àñ w} äš Ñ³ñ ë• .
ßšd ®Ã” çšý 碣À¨šZ y}
Yang bererti ,
‘ Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah
mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim semasa
perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan
menentukan bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa
tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan
undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang
perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan
seumpamanya; oleh yang demikian Hakim itu hanya
berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa
sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa
lain yang tidak diberi kepadanya.’
Di dalam kes di hadapan saya ini, beberapa fakta yang berkaitan dengan tuntutan
ini telah tidak dipertikaikan. Fakta tarikh perkahwinan Plaintif dengan Defendan
telah tidak dipertikaikan. Plaintif telah diakad nikahkan dengan Defendan pada 31
Ogos 1989. Fakta bahawa hasil dari akad nikah perkahwinan antara Plaintif dengan
Defendan telah dikurniakan dua orang anak, iaitu;
i) Mohd Hafiz bin Mohammad,
tarikh lahir: 12 Disember 1990,
Sijil Kelahiran No: I 751390; dan
ii) Nur Maisarah binti Mohammad,
tarikh lahir : 23 April 2001,
Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.
juga tidak dipertikaikan. Plaintif dan Defendan telah bercerai dengan cara
Defendan telah melafazkan lafaz cerai soreh talaq satu kali pertama di dalam
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dan dengan kebenaran
10
Mahkamah itu pada 27 Oktober 2003 tidak dipertikaikan juga. Lafaz cerai yang
dibenarkan oleh Mahkamah itu adalah dalam prosiding Permohonan Untuk
Mengisytiharkan Perceraian Ta’liq oleh Plaintif, melalui Permohonan No: 11007-
057-26-2003.
Berbalik kepada fakta persoalan pertama; iaitu hak penjagaan kanak-kanak atau
hadanah. Sehingga pada hari ini, masih belum ada perintah hak penjagaan kanak-
kanak daripada mana-mana Mahkamah ke atas anak-anak yang Plaintif tuntut hak
penjagaan mereka ini. Plaintif menuntut hak penjagaan kanak-kanak ke atas anak-
anak hasil perkongsian hidupnya dengan Defendan diberikan kepadanya
kesemuanya. Anak-anak yang dimaksudkan terdiri daripada;
i) Mohd Hafiz bin Mohammad,
tarikh lahir: 12 Disember 1990,
Sijil Kelahiran No: I 751390; dan
ii) Nur Maisarah binti Mohammad,
tarikh lahir : 23 April 2001,
Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.
Dalam menganalisa fakta persoalan pertama di dalam kes ini; iaitu hak penjagaan
kanak-kanak, saya berpendapat fakta persoalan ini mengandungi dua isu; iaitu
pertamanya apakah yang dimaksudkan dengan hak penjagaan kanak-kanak ? Dan
kedua, isu untuk menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak itu
patut diserahkan. Dalam isu pertama kepada fakta persoalan pertama ini, saya
berpendapat Mahkamah kena melihat kepada apakah yang diertikan hak
penjagaan kanak-kanak atau dikenali juga dengan sebutan hadhanah (atau dalam
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 dieja
dengan hadanah) mengikut Hukum Syara' dan undang-undang yang sedang
berkuatkuasa pada masa ini.
11
Mengikut Hukum Syara’ sebagai mana di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji, oleh Dr.
Mustofa Al-Khin dan lain-lain, jilid kedua, cetakan kelima 1424H/ 2003M, Darul
Qalam, Damsyek, Syria, muka surat 181 ada menyebut;
‫والحضضضانة‬‫فضضى‬‫اصضضطل ح‬‫الشضضريعة‬‫اللسضضليمية‬‫هضضى‬ :‫حفضضظ‬‫يمضضن‬‫ل‬
‫ضتقبل‬‫ض‬‫يس‬‫ضأيمر‬‫ض‬‫ب‬‫ضه‬‫ض‬‫نفس‬،‫ضه‬‫ض‬‫وتربيت‬‫ضف‬‫ض‬‫بمختل‬‫وجضوه‬‫ضة‬‫ض‬‫التنمي‬،‫ضل ح‬‫ض‬‫والص‬
‫وتنتهى‬‫بالنسبة‬‫للصغير‬‫إلى‬‫لسن‬.‫التمييز‬
‫أيما‬‫رعايته‬‫بعد‬‫ذلك‬‫إلى‬‫لسن‬،‫البلوغ‬‫فتسمى‬،‫كفالة‬ :‫ل‬.‫حضانة‬
Yang bererti,
‘ Hadhanah dari segi istilah syara’ ialah menjaga seseorang yang tidak
dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai kaedah
yang mendatangkan kebaikan kepadanya sesuai dengan
perkembangannya. Bagi kanak-kanak kecil hadhanahnya berakhir
sehingga mencapai umur mumayyiz.
Menjaga dan mendidik kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga
mencapai umur baligh, tidak dinamakan hadhanah tetapi dinamakan
kafalah.’
As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, (meninggal dunia dalam tahun 977
Hijrah), di dalam kitabnya Mughnil Muhtaj, jil. Ketiga, juzuk ketiga, cetakan Darul
Fikir, pada muka surat 425 ada menyebut ;
‫وشرعا‬‫حفظ‬‫يمن‬‫ل‬‫يستقل‬‫بأيمور‬‫نفسه‬‫عما‬‫يؤذيه‬‫لعدم‬‫تمييزه‬‫كطفضضل‬
‫وكبير‬‫يمجنون‬‫وتربيته‬‫أى‬‫تنمية‬‫المحضون‬‫بما‬‫يصلحه‬‫بتعهده‬‫بطعايمه‬
‫وشرابه‬‫ونحو‬‫ذلك‬
Yang bererti,
‘ Hadhanah dari segi syara’ bererti tanggung jawab menjaga seseorang
yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih
belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang
baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang
dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab memberi pendidikan
kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka
12
berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi
makan minum dan seumpamanya kepada mereka.’
Pendapat ahli perundangan Islam sebagai mana yang dinyatakan di atas itu adalah
berpandukan kepada sebuah hadis diriwayatkan oleh 'Amru bin Syu'aib daripada
ayahnya yang diterima daripada neneknya, Abdullah bin 'Amru, berbunyi;
.YZŠ äš |®¨Šy .Y£ºƒ äš çž¬‡y .@Y£“y äš åÀµ… Z åÀ…
Z wý .äR¾šZ uƒe £ž Íš£– {}®›Z w}
⾃y äþ“ äR¾šZ ç¾ äR¾šZ uƒe £Áš u£º• .çÀ›
䓯¥Àž w} cZe}y .çÀº¾‘ x£…} wýy
穼ƒƒƒÀ† âš £› ä… ÝŠ} Íœ}
Sunan Abi Daud, juzuk kedua, Kitab Al-Talaq, Hadis 2276, muka 283.
Yang bererti;
‘ Bahawa Rasulullah s.a.w. telah didatangi seorang perempuan lalu
perempuan itu berkata, ‘ Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku
ini dulu dalam perut ku dia bernaung, tetek ku ini tempat dia
menyusu, dan pangkuan ku ini tempat dia berlindung, sesungguhnya
bapanya telah menceraikan ku dan dia bermaksud merampas anak
ku ini dari ku,’ lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada perempuan
itu, “Engkau lebih berhak padanya selama engkau tidak bernikah
lain.’
Hadis yang tersebut di atas memberi faham bahawa di dalam perkara penjagaan
kanak-kanak atau hadhanah, persoalan kebajikan anak itu diutamakan. Oleh
kerana Hadis di atas menggambarkan kesanggupan si ibu dalam memelihara
anaknya dan dia masih belum mempunyai tanggung jawab lain sebagai isteri,
Rasulullah telah membuat keputusan supaya anak itu kekal di dalam jagaan ibu
kanak-kanak berkenaan.
13
Mengenai peruntukan undang-undang, pada masa ini tidak ada tafsiran berkanun
bagi perkataan hadhanah atau hadanah. Walau pun begitu di dalam subpara 11(3)
(b)(iii) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, yang memperuntukkan
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah
berhubungan dengan; antaranya termasuklah penjagaan atau jagaan (hadhanah)
budak-budak.
Subseksyen 80(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam
(Terengganu) 1985 pula antara lain memperuntukkan hadanah sama ertinya dengan
penjagaan anak.
Di dalam kes Wan Abdul Aziz lawan Siti Aishah, JH [1401H], 147, Rayuan Kes Mal
Negeri Kelantan No: 1/1975. Dalam kes ini, tuntutan telah dibuat oleh Siti Aishah,
seorang penolong kanan guru sekolah di Kota Bharu untuk mendapat hak jagaan
anaknya Wan Anita Kartini. Yang kenatuntut Wan Abdul Aziz ialah seorang
jurutera di Kota Bharu. Dua-dua pihak itu telah berkahwin di Masjid Adelaide
Australia Selatan pada 16 September 1965. Mereka telah mendapat dua orang
anak Wan Halimatul Tasma yang dilahirkan di Hobart, Tasmania pada 24.10.1965
dan Wan Anita Kartini yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 18.8.1970. Yang
menuntut dan yang kenatuntut telah tinggal berasingan dari 18 November 1972 dan
kedua-dua anak pada mulanya tinggal bersama dengan kenatuntut. Pada bulan
Januari 1973 anak yang pertama Wan Halimatul Tasma mulai tinggal bersama
ibunya yang menuntut di Kota Bharu manakala anak yang kedua Wan Anita tinggal
bersama dengan bapanya. Dua-dua pihak telah bercerai pada 20 Januari 1974
dengan tebus talak sebanyak RM 550.00. Yang menuntut masih janda. Dia
membuat permohonan supaya anaknya Wan Anita Kartini diserahkan kepadanya.
Mahkamah Kadi telah menghukumkan anak itu diserahkan kepada ibunya pihak
menuntut. Pihak kenatuntut telah merayu kepada Jemaah Pengadilan. Diputuskan
rayuan diterima dan dihukumkan anak itu hendaklah tetap di bawah jagaan
bapanya dalam pemeliharaan dan asuhan orang yang diharapkannya iaitu ibunya
dan nenek kepada anak itu. Dalam menerima rayuan Yang Kenatuntut, Jemaah
Pengadilan telah menyampaikan pendapatnya, antaranya;
14
Pokok dan tujuan hadhanah ialah muslihat dan kebaikan budak yang
dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu. Hak yang mesti
diutamakan lebih dari hak pihak yang memelihara sebagaimana yang
difahamkan daripada fatwa Ibnu Al-Salah yang tersebut di dalam
‘Tuhfah’ dan ‘Nihayad’ serta diakui muktamadnya oleh Ali Shabramulsi,
juga sebagaimana yang disalin oleh Syed Sabiq dalam Fiqhul-Sunnah,
juzuk 8 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang
dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak yang
dijaga lebih kuat dari hak yang menjaga.’ dan diterangkan oleh Ibnu
Qadamah dengan katanya yang bermaksud, ‘Thabitnya hadhanah adalah
untuk menentukan nasib (kepentingan) budak (kanak-kanak) itu.’
Mengikut takrifan Hukum Syara’, undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada
masa ini dan kes yang dijadikan panduan sebagai mana yang dikemukakan di atas,
saya berpendapat hadhanah, hadanah atau hak penjagaan kanak-kanak, adalah
mempunyai erti yang sama, iaitu; tanggung jawab menjaga seseorang yang tidak
mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak
mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk,
seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab
memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan
mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan
minum dan seumpamanya kepada mereka. Oleh yang demikian isu pengertian
hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak telah terjawab.
Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpuashati (yakin) bahawa anak kepada
pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad,
dilahirkan pada 12 Disember 1990, yang memiliki nombor Sijil Kelahiran I 751390,
telah melepasi had umur bagi maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum
Syara’ dan undang-undang. Manakala anak pasangan Plaintif dengan Defendan
yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad, dilahirkan pada 23 April 2001, yang
memiliki nombor Sijil Kelahiran 010423-11-0412, masih berada di bawah umur bagi
maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara’ dan undang-undang.
15
Sekarang timbul pula isu kedua dalam fakta persoalan pertama; iatu menentukan
kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak patut diserahkan ? Dalam menjawab
isu ini terlebih dahulu Mahkamah merujuk kepada pandangan ahli-ahli perundangan
Islam yang terdahulu. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, karangan Al-Imam
Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad, (ulamak pengikut mazhab Syafei kurun
kesembilan Hijrah), juzuk 2, muka 93, cetakan Sulaiman Marie, Singapura, ada
menyebut;
£Á… v£ÃºšZ 羓 ®¤}y æÃ…®¥šZ çšý |¬}y ݹŽ} £Áœì
ÝÚ} ]£œì£… £Áœ} êý æžêy nÂœ çy
溹Àš£˜ 枣¹¼šZ [£¤ƒ} ã› £Áœì [ìZ 羓 朣´©šZ
æœÈ›y u£¹‘íš æ›fë› ¬Ž}y
ly®ƒ²ƒš£… Y£ƒ±ƒÀšZ ã› ®Ã” ã›y äÀ› ¬šÂšZ 朣ƒ´©…
ÝŠ} v죕 䥉yf ჉®šZ qe£• ZdÇ•
Yang bererti;
" Hadonah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab yang
tertentu, diberi kepada perempuan kerana mereka lebih menaruh
kasih sayang kepada kanak-kanak, lebih tepat untuk mendidiknya,
lebih sabar dalam melaksanakan tugas memelihara kanak-kanak dan
perempuan juga sentiasa lebih banyak bergaul dengan kanak-kanak.
Pembiayaan hadonah tertanggung ke atas bapa kerana pembiayaan
hadonah itu adalah diperlukan sama seperti nafkah. Apabila
seseorang lelaki bercerai dengan isterinya, ibu (isteri itu) adalah
lebih berhak mendapat hak hadonah anak pasangan itu daripada
bapa anak itu, dan daripada wanita-wanita yang lain dengan
beberapa syarat.”
Di dalam kitab Al-Um oleh Imam Al-Shafei, (150 hingga 204 Hijriah), jilid ketiga,
juzuk kelima, cetakan Darul Mukrifah, Beirut, Labanon, di muka 92 ada disebut;
16
âš £› £¬šÂ… ÝŠ} v죕 {¬ŠZy æž®– ç• £¿y wZÂ…ìZ
q®¥•Z Zd£• ç·•£ƒ²ƒšZ u£–
ãÃ… ®Ã‹ ặž Ây ãÃÀƒ w£¿‡ y} £·¤ ⬊} Û¾… Zd£•
Ze£¸ ZÂœ£˜£›y _y¯¥†
e£¥‹Z £¿Áž} ¬À“ w£˜y ä›}y äÃ…}
Yang bererti;
‘ Al-Shafie berkata,’ Apabila berpisah kedua ibu bapa dan kedua-dua
nya berada di dalam satu qaryah, maka ibu adalah lebih berhak
terhadap anaknya selama dia belum berkahwin lain dan semasa anak
itu masih kecil. Sekiranya anak itu mencapai umur tujuh tahun atau
lapan tahun dan dia mempunyai kesempurnaan akal, anak itu
disuruh membuat pilihan penjaganya diantara bapanya atau ibunya
dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya itu.”
Di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini,jilid ketiga, juzuk ketiga, cetakan
Darul Fikri, muka 454 hingga 456 ada dinyakan bahawa, hak penjagaan ke atas
kanak-kanak tidak boleh diberikan kepada hamba, orang gila dan juga orang fasiq.
Bagi kanak-kanak muslim, hak jagaan ke atasnya tidak boleh diberikan kepada orang
kafir. Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang bukan bapa kepada anaknya tidak
boleh mendapat hak penjagaan ke atas anaknya itu, kecuali dia berkahwin dengan
bapa saudara, sepupu atau anak saudara kepada anaknya itu berasaskan kepada
pandangan yang asah. Jika anak berkenaan masih menyusu, ia disyaratkan supaya
disusui dahulu berasaskan pandangan yang sohih.
Mengikut Hukum Syara’, sebagai mana pendapat Mazhab Shafie yang disebut di
dalam kitab Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, oleh Dr. Wahbah A-Zuhaili, juzuk
ketujuh, cetakan ketiga,1409H/1989M, muka 726 – 729, syarat-syarat umum haadin
(pihak yang diberi hak penjagaan anak) ialah;
1) dia cukup umur, kanak-kanak tidak berhak menjadi haadin;
2) dia adalah sempurna akal;
17
3) dia berkeupayaan mendidik kanak-kanak;
4) dia berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah; dan
5) dia adalah seorang Islam.
Manakala syarat-syarat khas haadinah pula ialah;
1) dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain yang tidak ada hubungan
waris dengan si anak;
2) dia adalah terdiri daripada kerabat terdekat kepada anak; dan
3) dia boleh menyusukan anak.
Mengikut undang-undang pula, syarat-syarat hadinah, diperuntukkan di dalam
seksyen 81, Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam, (Terengganu),
1985. Seksyen itu memperuntukkan;
Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik kanak-
kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadanah jika –
(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada
kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mengkin
diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak
mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi
akhlak atau jasmani.
Seksyen 82 pula memperuntukkan hak seseorang perempuan terhadap hadanah
adalah hilang –
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki
yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu
dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan
kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semula apabila
perkahwinan itu dibubarkan;
18
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan
dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan
tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari
menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-
kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang
bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat
lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-
kanak itu.
Seksyen 83 Enakmen yang sama memperuntukkan;
(1) Hak hadinah ( ‫حاضضضضنة‬ ) bagi menjaga
seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu
mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan
umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi
Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia
menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai
umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur
sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.
(2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun
kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur
kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak
memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya,
melainkan jika Mahkamah memerintah selainnya.
Di dalam satu kes di Negeri Kedah, Mohamad Salleh lawan Azizah, JH (1404H),
212, keputusan Yang Arif Kadi Besar telah diperkukuhkan oleh Mahkamah Rayuan
Syar’iah Negeri. Di dalam kes ini di dalam Mahkamah Kadi Besar, Penentang
Rayuan telah memohon mendapatkan hak jagaan empat anaknya yang berumur
antara 5 tahun dan 39 hari daripada Perayu iaitu bekas suaminya. Pada masa
19
perceraian antara Perayu dan Penentang Rayuan, anak-anak itu telah diserahkan
kepada Perayu, tetapi Penentang Rayuan mendakwa pada masa itu dia berada di
dalam kesihatan terlalu lemah baru bersalin tiga hari. Yang Arif Kadi Besar dalam
hukuman menyebut; “ Maka dengan ini aku hukum bahawa kanak-kanak iaitu anak-
anak di antara Mohd Salleh bin Abdul Aziz dan Azizah binti Mohd Yusoff iaitu;
1) Fariza Baizura bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 5
tahun;
2) Mohd Fadly Yusoff b. Mohd Salleh yang berumur lebih kurang
3 tahun;
3) Fazlina bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2 tahun;
dan
4) Fazlin bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2 bulan;
hendaklah dipelihara oleh Azizah bt Mohd Yusoff sehingga kanak-kanak itu
mumaiyiz, dan setelah mumaiyiz mengikut Hukum Syara’ maka bolehlah pihak
Mohd Salleh membuat tuntutan untuk memelihara anak itu kembali.”
Berdasarkan peruntukan Hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang sebagai
mana yang dirujuk, serta kes yang dijadikan panduan, di dalam fakta persoalan
siapa yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak saya berpendapat timbul pula
tiga isu. Isu pertama ialah jika seseorang kanak-kanak itu berumur di bawah tujuh
tahun jika lelaki, atau berumur di bawah sembilan tahun jika perempuan, maka ibu
kepada kanak-kanak itu pada amnya lebih berkelayakan mendapat hak penjagaan
kanak-kanak.
Isu kedua ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur tujuh
tahun jika lelaki, atau mencapai umur sembilan tahun jika perempuan, dan
sekiranya ada permohonan daripada hadinah untuk terus menjaga kanak-kanak
berkenaan itu, Mahkamah boleh membenarkan hadinah berbuat sedemikian.
Isu ketiga ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur mumaiyiz,
penentuan ke atas hak penjagaan kanak-kanak pada dirinya, pada amnya adalah
mengikut pilihan kanak-kanak berkenaan itu sendiri.
20
Selain dari isu-isu yang telah disebut di atas, saya berpendapat bahawa saya patut
sentuh juga sedikit mengenai peruntukan lamanya tempoh hak penjagaan ke atas
seseorang kanak-kanak. Dari segi undang-undang dan Hukum Syara’ peruntukan
lamanya tempoh hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak hampir-hampir
sama. Cuma takrifan tahun di dalam peruntukan Enakmen Undang-Undang
Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985, tidak diberi. Keadaan ini
merupakan satu lacuna. Lacuna sebegini boleh menyebabkan timbulnya persoalan
adakah pengiraan umur di bawah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga
Islam itu dikehendaki mengikut kalendar Gregory, sebagai mana yang telah
ditetapkan di bawah Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Akta Umor Dewasa,
1971, (Akta 21), atau adakah dikehendaki mengikut pengiraan Taqwim Hijri ? Saya
tinggalkan isu ini di sini untuk dihujahkan oleh mana-mana pihak yang terlibat
dalam lain-lain kes tuntutan hak penjagaan ke atas kanak-kanak nanti.
Berdasarkan keterangan yang diperolehi semasa perbicaraan, Mahkamah berpuas
hati bahawa anak pertama pasangan ini; Mohd Hafiz bin Mohammad dilahirkan
pada 12 Disember 1990. Mengikut Taqwim Haqiqi (tahun Hijriyyah) yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 12 Disember 1990 adalah bersamaan
dengan 25 Jamadilawwal 1411. Ini bermakna umur Mohd Hafiz bin Mohammad pada
hari ini, 19 Rabiulawwal 1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira
14 tahun 10 bulan 6 hari. Manakala anak kedua pasangan ini; Nur Maisarah binti
Mohammad dilahirkan pada 23 April 2001. Mengikut Taqwim Haqiqi (tahun
Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 23 April 2001 adalah
bersamaan dengan 29 Muharram 1422. Ini bermakna umur Nur Maisarah binti
Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal 1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah
ialah kira-kira 4 tahun 2 bulan 19 hari.
Berdasarkan fakta Hukum Syara’, fakta undang-undang dan fakta mengenai kes,
sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat Mohd Hafiz bin
Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990, kenalah membuat pilihannya
sendiri sama ada dia hendak dijaga seterusnya oleh ibunya atau dijaga oleh
bapanya. Dalam menyelesaikan persoalan ini, saya telah memanggil Mohd Hafiz bin
Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990 itu pada hari Isnin, 10 Safar
1426 bersamaan 21 Mac 2005 mulai jam 2.40 petang, bagi memberi peluang kepada
Mohd Hafiz bin Mohammad membuat pilihan penjaganya. Pertemuan itu telah
21
diadakan di dalam Bilik Tamu Ketua Hakim Syarie Terengganu. Dalam pertemuan
itu, saya berpuas hati bahawa Mohd Hafiz bin Mohammad secara sukarela telah
memilih dan dengan kemahuannya sendiri untuk menjadikan ibunya, Maimunah
binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes ini, sebagai
penjaganya mulai sekarang.
Di dalam kes di hadapan saya ini, sepanjang perkahwinan Plaintif dengan
Defendan, anak-anak yang dilahirkan oleh Plaintif dipelihara oleh Plaintif.
Mengikut keterangan di dalam kes ini, Defendan dalam masa perkahwinannya
dengan Plaintif telah ada mempunyai isteri lain dan ada mempunyai anak daripada
perkahwinannya dengan isteri lain itu. Pada masa ini Plaintif masih bermastautin di
dalam daerah Kuala Terengganu. Defendan pula tinggal bersama isteri lain yang
sedia ada dan anak-anak dengan isterinya itu.
Sepanjang perbicaraan kes ini, tidak dibuktikan bahawa Plaintif pada masa ini
telah hilang hak seseorang perempuan terhadap hadhanah, baik dari segi Hukum
Syara’ mau pun dari segi undang-undang.
Berdasarkan fakta Hukum Syara’, fakta undang-undang dan fakta mengenai kes,
sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat, anak kedua
kepada Plaintif dengan Defendan yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad dan
yang dilahirkan pada 23 April 2001 penjagaan atas diri kanak-kanak tersebut adalah
terhak kepada ibunya, Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif
di dalam kes ini.
Walau pun hak jagaan anak ke atas kedua-dua anak Plaintif dengan Defendan
berkenaan diberikan kepada Plaintif iaitu ibu kepada kedua-dua kanak-kanak itu,
Defendan tidaklah terhalang daripada menziarahi kanak-kanak berkenaan. Islam
melarang perbuatan memutuskan silaturrahmi antara sesama Muslim, apatah lagi
antara anak dengan ayahnya. Memandangkan umur kedua-dua anak berkenaan,
saya berpendapat Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah
seorang atau kedua-dua anak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa
yang berpatutan mengikut Hukum Syara’ dengan syarat tidak mendatangkan
mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan, dan
setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan Defendan itu.
22
Sekarang sampai pula kepada fakta persoalan yang kedua; iaitu kadar nafkah anak
jika kanak-kank itu diberi hak jagaannya kepada Plaintif. Mengenai fakta persoalan
ini di dalam kes ini, saya dapati terdapat tiga isu yang timbul. Isu pertama ialah
adakah Defendan diwajibkan membayar nafkah anak-anak berkenaan. Isu kedua
yang mana ada ditimbulkan di dalam Pernyataan Pembelaan Defendan dan hujah
bertulis pihak Defendan; iaitu kadar nafkah anak telah pun dibuat secara
persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya perceraian antara
Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang lalu. Saya berpendapat isu
inilah sebenarnya yang menjadi pokok dalam kes ini. Dan isu ketiga ialah,
berapakah kadar nafkah anak bagi anak-anak yang berkenaan itu.
Dalam menganalisa isu yang pertama; adakah Defendan diwajibkan membayar
nafkah anak bagi Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti
Mohammad, Mahkamah merujuk kepada firman Allah s.w.t.;
äš cš¿šZ 羓y>æ“£®šZ ⥞ w} cZe} ã¿š÷ ãþ›£˜
ãڊ ã¬Qšy} ã·ƒ®ž Q¬šQšZy
£¬šÂ… {¬šQy eP£ƒƒ´† ê>£Á·ƒy Nêý Ôƒ¹œ ܾ¼†
ê>py®·¿š£… ãÁ†Âƒ±ƒ˜y ãÁ–fe
ßšQd ᦛ ]eZšZ 羓yõ>x¬šÂ… äš cš› êy
sebahagian ayat 233 Surah Al-Baqarah
Yang bermaksud;
“ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua
tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan
penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan
pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan
(jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana
23
anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika
si bapa tiada)…”
Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk kedua, di muka 93, disebut;
溃¹Àš£˜ 枣¹¼šZ [£¤ƒƒ} ã› £Áœì [ìZ 烾“ 朣ƒ´©šZ
æœÈ›y
Yang bererti;
“ Pembiayaan hadanah tertanggung ke atas bapa kera ianya adalah
keperluan, iaitu samalah seperti nafkah.”
Di dalam kitab Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib Al-Arba’ah, oleh Abdul Rahman Al-Jaziri,
cetakan Dar Ihya Al-Thurath Al-Arabi, Beirut, Labenon, juzuk keempat, muka surat
592, ada menyebut bahawa antara syarat-syarat yang menjadikan bapa wajib
menanggung nafkah anak-anak nya ialah;
1) hendaklah bapa berkemampuan,
2) hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun dengan
pekerjaan yang sesuai dengan mereka,
3) hendaklah bapa berkemampuan menanggung nafkah isterinya dan
anak-anaknya selama satu hari satu malam.
Berdasarkan nas-nas yang disebutkan di atas, jelas bahawa mengikut peruntukan
Hukum Syara’, bapa wajib menanggung nafkah anak bagi anak-anaknya. Di dalam
kes ini saya dapati tidak ada sebarang nyataan yang membuktikan mengikut
Hukum Syara’ bahawa Defendan tidak wajib membayar nafkah anak bagi Mohd
Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad. Oleh yang demikian
di dalam kes ini, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan, mengikut
Hukum Syara’ wajib menanggung nafkah anak-anaknya itu.
Mengikut undang-undang pula, subseksyen 71(1) Enakmen Undang-undang
Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985, memperuntukkan;
24
Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah Mahkamah
memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan
seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu
berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama
ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian,
makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah
memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau
dengan membayar kosnya.
i. Peruntukan undang-undang di atas jelas, walau pun hak penjagaan
kanak-kanak ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah
binti Mohammad diberi kepada Maimunah binti Hamzah, ibu kepada
anak-anak berkenaan itu, bapa kepada kedua anak-anak itu, iaitu
Mohammad bin Embong, Defendan, adalah wajib menanggung
nafkah anak-anak berkenaan itu.
Tidak syak lagi di dalam kes ini, Defendan sebagai bapa kepada Mohd Hafiz bin
Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad adalah berkewajiban mengikut
undang-undang membayar nafkah bagi kedua anak-anaknya itu.
Isu kedua di dalam fakta persoalan kedua ini, iaitu kadar nafkah anak telah pun
dibuat secara persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya
perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang lalu dan
dengan yang demikian tidak perlu ditimbul di dalam tuntutan ini. Mengenai isu ini,
mengikut keterangan melalui Ikatan Dokumen Plaintif yang dikemukan di dalam
Mahkamah ini, saya berpuas hati bahawa pada 27 Oktober 2003, Hakim Mahkamah
Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu yang mengendalikan kes Permohonan
Perceraian Di Bawah Ta’liq, Permohonan No: 11007-057-26-2003, telah membuat
perintah-perintah; antaranya, ‘Melalui persetujuan bersama, Pihak suami
hendaklah membayar nafkah sementara anak sebanyak RM200 sebulan dibayar
mulai November 2004.’ Jelasnya di dalam perintah itu ialah ‘perintah nafkah
sementara anak sebanyak RM200 sebulan’ dan ianya dibuat melalui persetujuan.
Fakta nafkah sementara anak dipersetujui sebanyak RM100 sebulan bagi tiap-tiap
25
orang anak ini juga diakui oleh Defendan semasa memberi keterangannya di dalam
Mahkamah ini. Saya perlu tegaskan di sini bahawa pada hari ini saya akan membuat
perintah kekal ke atas kadar nafkah anak. Malangnya kadar nafkah anak secara
kekal ini tidak ada persetujuan di atara kedua-dua belah pihak, walau pun
Mahkamah beberapa kali memberi saranan agar dibuat persetujuan. Oleh yang
demikian saya berpendapat tidak timbul isu bahawa kadar nafkah anak telah
dipersetujui sebanyak RM200 sebulan, sebagai mana yang dihujahkan.
Mengenai isu ketiga yang juga menjadi persoalan di dalam tuntutan ini ialah
penentuan kadar nafkah anak yang perlu dibayar oleh Defendan. Mengenai isu ini,
bagi maksud menaksirkan kadar nafkah anak, Mahkamah pertama-tamanya
merujuk kepada peruntukan di dalam Hukum Syara’ . Allah s.w.t. telah berfirman;
õ>x¬šÂ… äš cš› êy £¬šÂ… {¬šQy eP£ƒƒ´† ê>£Á·ƒy
Nêý Ôƒ¹œ ܾ¼† ê
sebahagian ayat 233 Surah Al-Baqarah
Yang bermaksud;
“ … Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita
kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu
menderita kerana anaknya …”
Di dalam Sohih Al-Bukhari, jilid yang ketiga, juzuk yang ketujuh, muka 85, kitab
Al-Nafaqat ada menyebut;
çÀù¼ž £› åÀõ·ž ԃÚy Ñ郎 ჉e w£Ã¹ƒ £…} wý
ä¾RšZ uƒe £ž Íš£– 䤥“ ÍÀ… ¬À w}
py®·¿š£… s¬šyy ߃ù¼ž £› |‹ u£º• â¾·ž ê Ây äÀ› ‹}
£› êý |¬šyy
Yang bererti;
26
“ Diriwayatkan bahawa Hindun binti ‘Utbah, isteri Abu Sufyan telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w., bahawa suaminya, Abu Sufyan
adalah lelaki kedekut dengan dia tidak memberi nafkah yang cukup
kepada isterinya itu dan anaknya hingga menyebabkan Hindun
mengambil sendiri dari harta Abu Sufyan tanpa pengetahuan A b u
Sufyan b a g i mencukupi nafkah kedua-duanya, lalu
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hindun, “ Kamu bolehlah ambil
dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak
kamu dengan sebaiknya.”
Dalam menjelaskan kadar nafkah anak yang wajib ditanggung oleh pihak yang
diwajibkan menanggungnya, Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya, Al-Fiqh Al-
Islami wa Adillatuhu, juzuk kesembilan, terbitan Darul Fikr, Damsyek, cetakan
ketiga, 1989M/1409H, pada muka surat 828, menyebut;
‫اتفق‬‫الفقهاء‬‫على‬‫أن‬‫نفقة‬‫القريب‬‫من‬‫لد‬‫ل‬‫ول‬‫لد‬‫ل‬‫وول‬‫لد‬‫ل‬‫ول‬‫لدرة‬‫ل‬‫مق‬‫لدر‬‫ل‬‫بق‬
‫الكفاية‬‫من‬‫الخبز‬‫والمدم‬‫والمشرب‬‫والكسوة‬‫لكنى‬‫ل‬‫والس‬‫لاع‬‫ل‬‫والرض‬‫إن‬
‫كان‬‫رضيعا‬‫على‬‫قدر‬‫لال‬‫ل‬‫ح‬‫المنفلق‬‫لد‬‫ل‬‫وعوائ‬‫البلمد‬‫؛‬‫لنهلا‬‫وجبلت‬
،‫للحاجة‬‫وقد‬‫قال‬‫النلبي‬‫للى‬‫ل‬‫ص‬‫ل‬‫ل‬‫ال‬‫عليله‬‫وسللم‬‫لد‬‫ل‬‫لهن‬‫خلذي‬ " :‫ملا‬
‫يكفيك‬‫وولدك‬‫بالمعروف‬‫فقدر‬ "‫نفقتها‬‫ونفقة‬‫ولدها‬‫بالكفاية‬.
‫وإن‬‫لاج‬‫ل‬‫احت‬‫لد‬‫ل‬‫الول‬‫لق‬‫ل‬‫المنف‬‫له‬‫ل‬‫علي‬‫لى‬‫ل‬‫إل‬‫لامدم‬‫ل‬‫خ‬،‫لدمه‬‫ل‬‫يخ‬‫لى‬‫ل‬‫فعل‬‫لد‬‫ل‬‫الوال‬
‫إخدامه‬‫؛‬‫لنه‬‫من‬‫تمام‬‫كفايته‬
Yang bererti,
‘ Para fuqaha bersependapat bahawa sesungguhnya nafkah kerabat
yang terdiri daripada anak, dan anak kepada anak (cucu) ditetapkan
dengan kadar yang mencukupi keperluan mereka, merangkumi roti
atau bahan-bahan pelengkap bagi makanan, minuman, pakaian,
tempat tinggal dan penyususan sekiranya dia masih menyusu. Ia
adalah mengikut kemampuan pembiaya dan kebiasaan setempat
kerana ia diwajibkan dengan sebab keperluan. Nabi s.a.w. telah
bersabda kepada Hindun, yang bermaksud, ‘Kamu bolehlah ambil
dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak
kamu dengan sebaiknya.’ Oleh yang demikianlah ia diukur dengan
kadar keperluan.
27
‘ Andainya anak yang dibiayai itu memerlukan khadam (orang
suruhan) yang akan membantunya dalam segala keperluannya, maka
adalah menjadi kewajiban bapa menyediakan khadam berkenaan itu
kerana ia adalah merupakan antara ciri-ciri penyempurnaan kepada
keperluan anak berkenaan itu.’
Dalam menjelaskan peruntukan Hukum Syara’ di atas, seksyen 71 Enakmen
Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985, memperuntukkan;
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah
Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi
kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada
anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang
lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal,
pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang
munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan
seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara’, supaya
menanggung nafkah, atau memberi sumbangan kepada nafkah,
kanak-kanak, jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di
mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana
bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Cara tanggungan nafkah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang di atas
adalah seperti berikut;
i. sama ada dengan mengadakan bagi anak-anak itu tempat tinggal, pakaian,
makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah
memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya; atau
ii. dengan cara membayar kos bagi tempat tingga anak itu, pakaian,
makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah
memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya.
28
Saya berpendapat adalah sangat jelas mengikut undang-undang bahawa,
penaksiran kadar nafkah anak adalah mengikut peruntukan seksyen 71 Enakmen
Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu), 1985, dan bukannya
mengikut peruntukan seksyen 60 Enakman itu, sebagai mana yang dihujahkan oleh
pihak Defendan. Saya berpendapat, peruntukan seksyen 60 Enakmen berkenaan
itu adalah sebenarnya untuk penaksiran nafkah isteri atau nafkah bekas isteri.
Di dalam kes Mohamed lawan Selamah, JH (1402H), 95, Mahkamah Jemaah
Pengadilan Negeri Kelantan telah mengubah hukuman kadar nafkah anak yang
telah dibuat oleh Yang Arif Haji Yaacob, Kadi Litar Kelantan. Di dalam kes ini Yang
Menuntut membuat tuntutan nafkah untuk dua anaknya yang berumur 13 tahun
dan 9 tahun. Yang Menuntut telah berkahwin dengan Yang Kena Tuntut pada 26
April 1964 dan telah bercerai pada 13 April 1977. Yang Menuntut telah membuat
tuntutan nafkah anak sebanyak RM90 sebulan untuk dua orang anak. Yang Kena
Tuntut telah memberitahu Mahkamah bahawa dia berpendapatan sebanyak RM120
sebulan dan dia telah berkahwin lain. Yang Arif Hakim Bicara di Mahkamah Kadi
telah menghukumkan nafkah RM40 kepada anak pertama dan RM30 untuk anak
kedua. Yang Kena Tuntut merayu ke Mahkamah Jemaah Pengadilan. Haji Ismail bin
Haji Yusof bagi pihak Jemaah Pengadilan telah menyampaikan keputusan Jemaah
Pengadilan yang membuat keputusan ipilan diterima dan hukuman Al-Fathil Tuan
Kadi dibuat sedikit perubahan, iaitu bayaran nafkah kedua orang anak itu diturun
dari tujuh puluh ringgit kepada enam puluh ringgit, kepada anak pertama sebanyak
RM35 dan kepada anak yang kedua sebanyak RM25 pada tiap-tiap bulan
dehinggalah kepada masa anak-anak itu cukup akal baligh dan boleh berdikari,
atau sehinggalah suatu masa yang menghendaki kepada suatu perubahan mulai dari
keputusan yang dibuat oleh Al Fathil Tuan Kadi pada 15 November 1979.
Daripada peruntukan Hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang yang sedang
berjalan kuat kuasanya pada hari ini, sebagai mana yang dinyatakan di atas, saya
berpendapat butir taksiran nafkah seseorang anak sudah jelas. Oleh yang demikian
di dalam kes ini, saya adunkan kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan,
perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan sebagaimana yang
29
munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya dengan
kemampuan kewangan Defendan.
Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif membuat anggaran bahawa
bagi anak pertama yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad, nafkah yang
diperlukan olehnya adalah berjumlah RM500.00 sebulan. Plaintif menyenaraikan
keperluan nafkah anak berkenaan itu dan adalah seperti berikut;
1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari;
2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari;
3. Belanja sekolah RM 2.00 sehari;
4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00 sehari;
5. Pakaian dalam diperlukan RM 25.00 sebulan;
6. Bayaran sekolah RM 80.00 setahun;
7. Pakaian sekolah diperlukan RM 100.00 setahun;
8. Kasut diperlukan RM 30.00 setahun;
9. Beg sekolah diperlukan RM 30.00 setahun;
10. Buku tulis dan buku teks diperlukan RM 100.00 setahun;dan
11. Belanja baiki basikal diperlukan RM 10.00 sebulan.
Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif menyenaraikan keperluan
nafkah anak bagi anak yang kedua yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad,
dan adalah seperti berikut;
1. Makan pagi diperlukan RM 0.50 sehari;
2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 2.00 sehari;
3. Makanan ringan RM 1.00 sehari;
4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 2.00 sehari;
5. Pakaian diperlukan RM 70.00 setahun;dan
6. Mainan diperlukan RM 10.00 sebulan.
Kenyataan Plaintif sebagai ibu, yang pada masa ini menjaga Mohd Hafiz bin
Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad, telah tidak dibuat sebarang
canggahan oleh Pihak Defendan sepanjang perbicaraan. Malah Plaintif, ketika
30
disoal balas oleh Peguam Syarie Defendan telah menafikan senarai keperluan
perbelanjaan Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad itu
sebagai perbelanjaan yang keterlaluan.
Mengenai kemampuan Defendan, Mohammad bin Embong sebagai bapa kepada
anak-anak yang berkenaan itu, dalam keterangannya, Defendan menjelaskan
bahawa pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih sebulan pada tiap-tiap bulan.
Semasa disoal balas, Defendan menjelaskan bahawa yang dimaksudkan
pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih sebulan pada tiap-tiap bulan itu ialah
setelah ditolak gaji yang dbayar kepada dua orang pekerjanya. Keterangan
Defendan ini mengikut Defendan adalah berdasarkan kadar zakat yang Defendan
keluarkan. Defendan adalah tuan punya kedai tayar yang beroperasi di alamat D
1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu.
Kedai yang berkenaan itu didaftarkan atas nama Defendan berseorangan
sepenuhnya. Perbelanjaan bulanan Defendan mengikut keterangan Defendan
sendiri adalah seperti berikut ;
1. Sewa bangunan kedai sebanyak RM 400 sebulan;
2. Sewa stor sebanyak RM 300 sebulan;
3. Perbelanjaan isteri yang masih ada sebanyak RM 400 sebulan;
(duduk bersama isteri yang masih ada, ada enam orang anak
termasuk seorang anak yang telah bekerja)
4. Ikan dibekalkan kepada isteri yang masih ada dan anak-anak yang
tinggal bersamanya, dianggarkan RM 200 sebulan;
5. Sewa rumah yang memakai alamat J 99, Taman Murni Permai, Tok
Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, sebanyak RM 217
sebulan;
6. Ansuran bulanan kereta jenis WAJA, nombor pendaftaran TAD 6669,
sebanyak RM 627 sebulan;
7. Telefon selular dianggarkan RM 150 sebulan;
8. Telefon kedai dianggarkan Rm 150 sebulan;
9. Bayaran bil air bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan RM 30
sebulan;
10. Bayaran bil eletrik bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan
RM 180 sebulan;
31
11. Bayaran gaji pekerja seramai 2 orang, sebanyak RM 1,500 sebulan;
Dalam soal balas yang dilakukan oleh Peguam Syarie Plaintif, Defendan juga
menegaskan bahawa perbelanjaan bagi kesemua anak-anak seramai lapan orang
berjumlah RM 1,400 sebulan. Mengikut keterangan Defendan dalam keterangan
utamanya dan pengertian pendapatan bersih yang dimaksudkan oleh Defendan
dalam soal balas, saya dapati perbelanjaan bulanan Defendan berjumlah RM 2,654.
Dari jumlah itu tidak diperinci pun saraan bulanan bagi tiap-tiap orang anaknya.
Manakala dalam soal balas juga Defendan menegaskan bahawa dia menetapkan
kadar nafkah anak bagi seramai lapan orang anak berjumlah RM 1,400 sebulan.
Mengikut keterangan yang dikemukakan oleh Defendan dalam keterangan
utamanya, dalam soal balas dan dalam soal semula, saya berpendapat bahawa
Defendan telah tidak tetap (consistent) menyatakan kadar pendapatan bulanannya
sama ada secara pukul rata maupun secara tetap. Fakta yang sebegini
menyukarkan Mahkamah mencari kebenaran mengenai kemampuan Defendan
sebagai bapa kepada anak yang bertanggung jawab menanggung nafkah anak-
anaknya.
Memandangkan kedudukan fakta yang sedemikian, saya berpendapat, dalam
menentukan kadar nafkah anak yang patut ditanggung oleh Defendan, saya kenalah
meninjau kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan
pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan yang dipelihara oleh Plaintif. Saya tidak
mahu kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran
tiap-tiap orang anak itu diketepikan begitu saja, demi meraikan kemampuan bapa
yang mana keterangan yang diberi di dalam Mahkamah ini, telah tidak consistent
tentang kadar pendapatan bulanan, sama ada pendapatan bulanan secara pukul
rata sebenarnya, maupun pendapatan bulanan secara tetap sebenarnya.
Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Mohd Hafiz bin
Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan tempat tinggal,
pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran Mohd Hafiz yang pada pendapat saya,
setakat memadai adalah seperti berikut;
1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari;
2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari;
32
3. Belanja sekolah, termasuk mengaji Al-Quran dan pengajian fardu ‘ain
RM 2.00 sehari; dan
4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00 sehari.
Berdasarkan kiraan di atas, dengan mengambil kira hari cuti mingguan
persekolahan, cuti penggal persekolahan dan lain-lain cuti persekolahan, kos
keperluan harian secara pukul rata bagi Mohd Hafiz, berjumlah RM 12.00. Jika
RM 12.00 kos yang diperlukan dalam sehari, secara pukul ratanya, sebulan
berjumlah RM 360 (RM 12 x 30 hari = RM 360). Walau pun begitu saya berpuas hati
bahawa kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran
yang memadai bagi Mohd Hafiz adalah tidak kurang dari RM350 sebulan pada tiap-
tiap bulan.
Bagi keperluan sekolah Mohd Hafiz yang lain-lain seperti;
1. Bayaran sekolah;
2. Pakaian sekolah;
3. Beg sekolah;
4. Buku tulis dan buku teks; dan
5. Belanja kenderaan ke sekolah,
saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Mohd
Hafiz, hendaklah membayar atau mengadakannya, pada ketika diperlukan atau
diwajibkan oleh pihak sekolah.
Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya berpendapat
Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Mohd Hafiz, hendaklah
menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad menyambut
Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji.
Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai
mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu
melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan;
33
Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Nur Maisarah binti
Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan tempat tinggal,
pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagai mana yang dicadangkan bagi
Nur Maisarah yang pada pendapat saya, setakat memadai adalah seperti berikut;
1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari;
2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari;
3. Belanja tambahan atau jika ke sekolah, atau menghadiri kelas fardu ‘ain
dan al-Quran RM 2.00 sehari; dan
4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 1.00 sehari.
Berdasarkan kiraan di atas, kos keperluan harian secara pukul rata bagi Nur
Maisarah, berjumlah RM 8.00. Jika RM 8.00 kos yang diperlukan dalam sehari,
secara pukul ratanya, sebulan berjumlah RM 240 (RM 8 x 30 hari = RM 240). Walau
pun begitu saya berpuas hati bahawa kos keperluan tempat tinggal, pakaian,
makanan, perubatan dan pelajaran yang memadai bagi Nur Maisarah adalah tidak
kurang dari RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan.
Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya berpendapat
Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Nur Maisarah, hendaklah
menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad
menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji.
Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai
mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu
melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan;
Kefarduan ke atas Mohammad bin Embong bagi membayar nafkah bulanan pada
tiap-tiap bagi kedua-dua anaknya itu, saya fardukan bulan mulai dari bulan Mei
2005.
Mengenai fakta persoalan ketiga di dalam tuntutan ini, iaitu bagaimanakah cara
bayaran nafkah anak itu dikendalikan, saya berpendapat ianya hendaklah melalui
cara yang dapat memberi jaminan bahawa Defendan tidak lalai dari menunaikan
34
kefarduan nafkah anak yang diwajibkan ke atasnya. Saya berpendapat cara yang
Defendan laksanakan bagi maksud menyempurnakan nafkah sementara anak-anak
pada masa ini, iaitu dengan mengeluarkan cek, adalah tidak menjamin
kesempurnaannya. Disamping itu sukar pula nanti untuk perjalanan pelaksanaan
perintah sekiranya Defendan tidak menunaikan tanggung jawab berkenaan.
Di dalam kes Mohd Hanif Farikullah lawan Bushra Chaudri & Another Appeal,
[2001] 2 CLJ 397, Perayu telah membuat rayuan di atas perintah penahanan
pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 kepada RM 200 sebulan pada tiap-tiap
bulan untuk membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Perintah penahanan
pendapatan tenaga Perayu telah dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Yang Arif Dato’ Faiza Tamby Chik, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur
telah membuat keputusan bahawa rayuan Perayu ditolak. Oleh yang demikian
perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada
tiap-tiap bulan bagi membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf yang telah
dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dikekalkan. Di dalam kes ini, Perayu
dengan Responden telah berkahwin pada 6 Oktober 1986. Pasangan ini telah
mendapat seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Osman bin Mohd Hanif.
Pasangan Perayu dangan Responden kemudiannya telah bercerai melalui perintah
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, di dalam kes mal
no: 813/90 pada 23 Oktober 1990. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur itu juga memerintahkan Perayu membayar nafkah untuk seorang
anaknya Muhammad Osman bin Mohd Hanif sebanyak RM50 sebulan pada tiap-tiap
bulan. Pada 6 Oktober 1996 Responden telah melahirkan seorang anak perempuan
yang diberi nama Natasha binti Mohd Hanif. Mengikut Hukum Syara’ anak itu
adalah anak tak sah taraf kepada Perayu. Atas permohonan Responden Mahkamah
Majistret Kuala Lumpur pada 31 Januari 2000 telah membuat perintah penahanan
pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi
membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Terkilan dengan keputusan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur itu, Perayu membuat rayuan di Mahkamah
Tinggi Malaya, Kuala Lumpur.
Di dalam kes yang dirujuk di atas nafkah seorang anak sah taraf telah dibuat
perintah oleh Mahkamah Rendah Syariah sebanyak RM50 sebulan, manakala nafkah
35
seorang anak tak sah taraf telah dibuat perintah oleh Mahkamah Majistret
sebanyak RM1050 sebulan melalui perintah tahanan pendapatan tenaga.
Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpendapat adalah sesuai dan munasabah
jika dibuat perintah supaya semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana yang
telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak itu dimasukkan
ke dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun:
1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan.
Akhir sekali timbul persoalan kos di dalam prosiding ini. Saya berpendapat fakta
persoalan yang utama di dalam kes ini ialah mengenai kadar nafkah anak bagi dua
orang anak yang wajib dibayar oleh Defendan. Kedua anak-anak itu adalah anak
kepada Defendan. Jika penunaian nafkah anak dilaksanakan dengan sempurna dan
mencukupi oleh Defendan, saya yakin Plaintif tidak membuat tuntutan ini. Oleh
yang demikian jelas bahawa tuntutan ini dibuat ke atas Defendan bagi maksud
menyara anak-anak Defendan sendiri. Adalah munasabah dan adil, kos bagi
keseluruhan prosiding tuntutan ini ditanggung semuanya oleh Defendan.
HUKUMAN
SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi;
Mohd Hafiz bin Mohammad,
tarikh lahir: 12 Disember 1990,
Sijil Kelahiran No: I 751390
adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p no:
7152345, ibu kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, mengikut pilihan dan kemahuan
Mohad Hafiz bin Mohammad sendiri;
SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi;
Nur Maisarah binti Mohammad,
tarikh lahir : 23 April 2001,
36
Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.
adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p no:
7152345, ibu kepada Nur Maisarah binti Mohammad, mengikut peruntukan Hukum
Syara’ dan undang-undang;
SAYA perintah Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah seorang
atau kedua-dua kanak-kanak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa
yang berpatutan mengikut Hukum Syara’ dengan syarat tidak mendatangkan
mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan, dan
setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan Defendan itu;
SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, bapa
kepada Mohd Hafiz bin Mohammad wajib membayar nafkah anak kepada Mohd
Hafiz bin Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad bin Embong membayar
nafkah bulanan anak untuk Mohd Hafiz bin Mohammad sebanyak RM350 sebulan
pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA
Mohammad bin Embong membayar pakaian sekolah dan bayaran yang dikenakan
oleh pihak sekolah ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad pada ketika tiap-tiap masa
yang diperlukan SERTA SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong menyediakan
pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad menyambut Hari Raya Fitri
dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang
dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak
sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala
Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini
dimansukhkan;
SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, bapa
kepada Maisarah binti Mohammad wajib membayar nafkah anak kepada Nur
Maisarah binti Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad bin Embong
membayar nafkah bulanan anak untuk Nur Maisarah binti Mohammad sebanyak
RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN
JUGA menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad
menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga
37
ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini, perintah
sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah
Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003
adalah dengan ini dimansukhkan;
SAYA perintahkan semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana yang telah
difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak itu dimasukkan ke
dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun:
1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan. Perintah ini
berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah;
SAYA perintah kos di dalam prosiding ini keseluruhannya ditanggung oleh
Mohammad bin Embong, Defendan.
DI BERI DENGAN ditanda tangani oleh saya dan dicap dengan Meterai Mahkamah
Tinggi Syariah Negeri Terengganu pada hari ini, Khamis 19 Rabiulawwal 1426,
bersamaan 28 April 2005.
METERAI PENDAFTAR
38

More Related Content

What's hot

SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...surrenderyourthrone
 
Slide alyamin
Slide alyaminSlide alyamin
Slide alyaminSnj SNj
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanUzairi Azali
 
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secaraPeranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secaraFaten Basir
 
Bab 2 Fenomena Dakwah di Malaysia
Bab 2 Fenomena Dakwah di MalaysiaBab 2 Fenomena Dakwah di Malaysia
Bab 2 Fenomena Dakwah di MalaysiaFirdhaus Sakaff
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...surrenderyourthrone
 
Persediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanPersediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanhafizuddinhussin
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitanmusa_awang
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSShafizuddinhussin
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs RepresentasiNota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs Representasisurrenderyourthrone
 
konsep pliding.pdf
konsep pliding.pdfkonsep pliding.pdf
konsep pliding.pdfLyaSha1
 
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaanNota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaansurrenderyourthrone
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...surrenderyourthrone
 

What's hot (20)

Majlis Tahkim
Majlis TahkimMajlis Tahkim
Majlis Tahkim
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
 
Slide alyamin
Slide alyaminSlide alyamin
Slide alyamin
 
Teks pengacara majlis perkahwinan
Teks pengacara majlis perkahwinan Teks pengacara majlis perkahwinan
Teks pengacara majlis perkahwinan
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
 
Pengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta PusakaPengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta Pusaka
 
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secaraPeranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
 
Faraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam PerkahwinanFaraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam Perkahwinan
 
Bab 2 Fenomena Dakwah di Malaysia
Bab 2 Fenomena Dakwah di MalaysiaBab 2 Fenomena Dakwah di Malaysia
Bab 2 Fenomena Dakwah di Malaysia
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 
Persediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanPersediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraan
 
Prosedur perbicaraan
Prosedur perbicaraanProsedur perbicaraan
Prosedur perbicaraan
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
 
UNDANG-UNDANG TORT - FITNAH
UNDANG-UNDANG TORT - FITNAHUNDANG-UNDANG TORT - FITNAH
UNDANG-UNDANG TORT - FITNAH
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs RepresentasiNota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
 
konsep pliding.pdf
konsep pliding.pdfkonsep pliding.pdf
konsep pliding.pdf
 
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaanNota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 

Viewers also liked

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Syuhadah Azri
 
Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003
Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003
Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003Ni Hao Ma
 
Perjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha BersamaPerjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha BersamaLegal Akses
 
Draf Perjanjian Kerja
Draf Perjanjian KerjaDraf Perjanjian Kerja
Draf Perjanjian KerjaLegal Akses
 
Adendum perjanjian
Adendum perjanjianAdendum perjanjian
Adendum perjanjianLegal Akses
 
Draf Peraturan Perusahaan
Draf Peraturan PerusahaanDraf Peraturan Perusahaan
Draf Peraturan PerusahaanLegal Akses
 
perjanjian sewa rumah
perjanjian sewa rumahperjanjian sewa rumah
perjanjian sewa rumahLegal Akses
 

Viewers also liked (8)

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
 
Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003
Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003
Enakmen undng2 keluarga islam selangoor 2003
 
surat wasiat
surat wasiatsurat wasiat
surat wasiat
 
Perjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha BersamaPerjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha Bersama
 
Draf Perjanjian Kerja
Draf Perjanjian KerjaDraf Perjanjian Kerja
Draf Perjanjian Kerja
 
Adendum perjanjian
Adendum perjanjianAdendum perjanjian
Adendum perjanjian
 
Draf Peraturan Perusahaan
Draf Peraturan PerusahaanDraf Peraturan Perusahaan
Draf Peraturan Perusahaan
 
perjanjian sewa rumah
perjanjian sewa rumahperjanjian sewa rumah
perjanjian sewa rumah
 

Similar to Hadhanah

Pengajian Am Badan Kehakiman dan Eksekutif
Pengajian Am Badan Kehakiman dan EksekutifPengajian Am Badan Kehakiman dan Eksekutif
Pengajian Am Badan Kehakiman dan EksekutifKhai Khairy
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihzakwan azhar
 
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...surrenderyourthrone
 
Keperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di Malaysia
Keperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di MalaysiaKeperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di Malaysia
Keperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di MalaysiaFatimah Hannah Abd Wahab
 
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHADLAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHADsurrenderyourthrone
 
10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx
10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx
10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptxLiyanaNatasha3
 
P.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negaraP.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negarayanie najiha
 
Peranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhanPeranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhanFarule Razee
 
Peraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamPeraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamShuhada Sha'ari
 

Similar to Hadhanah (14)

Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
Pengajian Am Badan Kehakiman dan Eksekutif
Pengajian Am Badan Kehakiman dan EksekutifPengajian Am Badan Kehakiman dan Eksekutif
Pengajian Am Badan Kehakiman dan Eksekutif
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebih
 
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
 
Keperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di Malaysia
Keperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di MalaysiaKeperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di Malaysia
Keperluan Keterangan Sokongan Bagi Keterangan Kanak-kanak di Malaysia
 
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHADLAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
 
10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx
10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx
10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
BAB MAHKAMAH T5
BAB MAHKAMAH T5BAB MAHKAMAH T5
BAB MAHKAMAH T5
 
P.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negaraP.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negara
 
Peranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhanPeranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhan
 
Peraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamPeraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islam
 
SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER
SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDERSAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER
SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER
 

More from Ujang Abu

2 surat pelaksanaan pbppp kpm 2016
2 surat pelaksanaan pbppp kpm 20162 surat pelaksanaan pbppp kpm 2016
2 surat pelaksanaan pbppp kpm 2016Ujang Abu
 
Selamat tinggal bunga ku
Selamat tinggal bunga  kuSelamat tinggal bunga  ku
Selamat tinggal bunga kuUjang Abu
 
Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1
Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1
Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1Ujang Abu
 
Guru penolong kanan kokurikulum
Guru penolong kanan kokurikulumGuru penolong kanan kokurikulum
Guru penolong kanan kokurikulumUjang Abu
 
Kemahiran membaca linus
Kemahiran membaca linus Kemahiran membaca linus
Kemahiran membaca linus Ujang Abu
 
Bmm3110 ayatmajmukcampuran
Bmm3110 ayatmajmukcampuranBmm3110 ayatmajmukcampuran
Bmm3110 ayatmajmukcampuranUjang Abu
 
Bmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmukBmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmukUjang Abu
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Kecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassan
Kecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassanKecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassan
Kecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassanUjang Abu
 
Borang pelepasan keluar pejabat
Borang pelepasan keluar pejabat Borang pelepasan keluar pejabat
Borang pelepasan keluar pejabat Ujang Abu
 
Carta organisasi menengah
Carta organisasi menengahCarta organisasi menengah
Carta organisasi menengahUjang Abu
 
Pantun alam sekitar
Pantun alam sekitarPantun alam sekitar
Pantun alam sekitarUjang Abu
 
The wizard & witch 1
The wizard & witch 1The wizard & witch 1
The wizard & witch 1Ujang Abu
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
Matematik tahun 4 semester 1
Matematik tahun 4 semester 1Matematik tahun 4 semester 1
Matematik tahun 4 semester 1Ujang Abu
 
Borang pemantauan pelaksanaan pbppp
Borang pemantauan pelaksanaan pbpppBorang pemantauan pelaksanaan pbppp
Borang pemantauan pelaksanaan pbpppUjang Abu
 
Terima kasih cekgu
Terima kasih cekguTerima kasih cekgu
Terima kasih cekguUjang Abu
 
Anugerah tokoh pelajar harapan 2012
Anugerah tokoh pelajar harapan 2012Anugerah tokoh pelajar harapan 2012
Anugerah tokoh pelajar harapan 2012Ujang Abu
 
Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)
Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)
Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)Ujang Abu
 
Scoresheet 2012
Scoresheet 2012Scoresheet 2012
Scoresheet 2012Ujang Abu
 

More from Ujang Abu (20)

2 surat pelaksanaan pbppp kpm 2016
2 surat pelaksanaan pbppp kpm 20162 surat pelaksanaan pbppp kpm 2016
2 surat pelaksanaan pbppp kpm 2016
 
Selamat tinggal bunga ku
Selamat tinggal bunga  kuSelamat tinggal bunga  ku
Selamat tinggal bunga ku
 
Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1
Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1
Taklimat profesional gpk kokurikulum sekolah menenga1
 
Guru penolong kanan kokurikulum
Guru penolong kanan kokurikulumGuru penolong kanan kokurikulum
Guru penolong kanan kokurikulum
 
Kemahiran membaca linus
Kemahiran membaca linus Kemahiran membaca linus
Kemahiran membaca linus
 
Bmm3110 ayatmajmukcampuran
Bmm3110 ayatmajmukcampuranBmm3110 ayatmajmukcampuran
Bmm3110 ayatmajmukcampuran
 
Bmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmukBmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmuk
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Kecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassan
Kecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassanKecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassan
Kecelaruan bahasa-melayu-dr-faktor-dalaman-dato-dr-hassan
 
Borang pelepasan keluar pejabat
Borang pelepasan keluar pejabat Borang pelepasan keluar pejabat
Borang pelepasan keluar pejabat
 
Carta organisasi menengah
Carta organisasi menengahCarta organisasi menengah
Carta organisasi menengah
 
Pantun alam sekitar
Pantun alam sekitarPantun alam sekitar
Pantun alam sekitar
 
The wizard & witch 1
The wizard & witch 1The wizard & witch 1
The wizard & witch 1
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Matematik tahun 4 semester 1
Matematik tahun 4 semester 1Matematik tahun 4 semester 1
Matematik tahun 4 semester 1
 
Borang pemantauan pelaksanaan pbppp
Borang pemantauan pelaksanaan pbpppBorang pemantauan pelaksanaan pbppp
Borang pemantauan pelaksanaan pbppp
 
Terima kasih cekgu
Terima kasih cekguTerima kasih cekgu
Terima kasih cekgu
 
Anugerah tokoh pelajar harapan 2012
Anugerah tokoh pelajar harapan 2012Anugerah tokoh pelajar harapan 2012
Anugerah tokoh pelajar harapan 2012
 
Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)
Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)
Pbs kssr tahun 1 (pendidikan islam)
 
Scoresheet 2012
Scoresheet 2012Scoresheet 2012
Scoresheet 2012
 

Hadhanah

  • 1. DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI KUALA TERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU Dalam Perkara Tuntutan Hak Penjagaan Kanak-kanak SAMAN NO : 11100-028-0015-2004 ANTARA MAIMUNAH BINTI HAMZAH, --- PLAINTIF KPT : 630406-11-5032. DENGAN MOHAMMAD BIN EMBONG, --- DEFENDAN KPT : 561023-11-5055. DI HADAPAN YANG ARIF DATO’ HAJI ISMAIL BIN YAHYA, DPMT., PJC., PJK., HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANU DI KUALA TERENGGANU PADA HARI KHAMIS 19 RABIULAWWAL 1426, BERSAMAAN 28 APRIL 2005. ATAS TUNTUTAN Plaintif, Tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di dalam Mahkamah Terbuka, dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya, Puan Salwa binti Mansor, daripada Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co., beralamat di No. 111C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, manakala Defendan diwakili oleh Cik Asmayani Suhaida binti Kamaruddin, daripada Zamani Mohammad & Co., yang beralamat di 1107-E, Tingkat 2, Jalan Pejabat, off Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :- Tuntutan melalui saman yang telah didaftarkan oleh Plaintif di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 27 Januari 2004 ini ialah tuntutan untuk; i) mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak secara kekal ke atas dua orang anak pasangan Plaintif bersama Defendan, yang bernama:- a) Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, 1
  • 2. Sijil Kelahiran No: I 751390; dan b) Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412; ii) mendapat perintah memfardhukan bayaran nafkah anak ke atas Defendan bagi kedua-dua anak pasangan Plaintif bersama Defendan yang yang tersebut itu sebanyak RM1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan; dan dengan itu perintah sementara yang menghendaki Defendan membayar nafkah anak sebanyak RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi kedua-dua orang anak yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah daerah Kuala Terengganu pada 27 Oktober 2003, semasa mensabitkan perceraian antara Plaintif dengan Defendan dibatalkan; iii) mendapat perintah Mahkamah supaya memerintahkan Defendan membayar nafkah bulanan kedua-dua orang anak yang berkenaan itu melalui akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan setiap bulan sehingga ada perintah lain dibuat; iv) mendapat perintah supaya kos di dalam prosiding ini ditanggung oleh Defendan; dan lain-lain perintah yang difikirkan patut dan manfaat oleh Mahkamah ini. Plaintif di dalam kes ini ialah Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p no: 7152345, seorang Juruteknik Letronik di sebuah syarikat akhbar di Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian Plaintif ialah di No; 100 Taman Murni Permai, Tok Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu. Defendan pula ialah Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, adalah tuan punya dan pengusaha kedai tayar di alamat D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian Defendan adalah di D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Defendan pula telah membuat Pernyataan Pembelaan tetapi agak lewat memasukkan Pernyataan Pembelaannya. Dalam Pernyataan Pembelaannya, 2
  • 3. Defendan hanya mempertikaikan kadar nafkah anak sahaja dari RM 200 kepada RM 1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan untuk kedua-dua orang anak yang berkenaan itu. Saya mengambil kesempatan pada masa ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Peguam Syarie kedua-dua belah pihak kerana dengan kebijaksanaan mereka dapat membantu membereskan kes ini. Mengikut Pernyataan Tuntutan, Pernyataan Pembelaan dan keterangan daripada Plaintif dan Defendan, saya berpuas hati bahawa perkara yang menjadi ‘fakta persoalan’ di dalam kes ini ialah; i) hak penjagaan kanak-kanak; ii) kadar nafkah anak jika kanak-kanak berkenaan itu diberi hak jagaannya kepada Plaintif; dan iii) bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan. Saya nyatakan di atas, saya berpuas hati, adalah berdasarkan kenyataan bahawa beban pembuktian yang perlu ke atas Plaintif kemukakan bagi membolehkan tuntutannya boleh disabitkan adalah sampai ke tahap ‘yakin’ atau tahap yang paling berat, mengikut Hukum Syara’. Allah s.w.t. telah memberi peringatan mengenai tanggung jawab memberi keterangan dengan firman Nya, ‫يأيها‬‫الذين‬‫ءامنوا‬‫كونوا‬‫قومين‬‫بالقسط‬‫شهدا‬‫ء‬‫ل‬‫ولو‬‫على‬‫أنفسكم‬‫أو‬‫الولدين‬‫والقربين‬ ‫إن‬‫يكن‬‫غنيا‬‫أو‬‫فقيرا‬‫فال‬‫أولى‬‫بهما‬‫فل‬‫تتبعوا‬‫الهوى‬‫أن‬‫تعدلوا‬‫وإن‬‫تلوو‬‫أو‬ ‫تعرضوا‬‫فإن‬‫ال‬‫كان‬‫بما‬‫تعملون‬‫خبيرا‬ Ayat 135 dari Surah An-Nisaa’ Yang bermaksud; ‘ Wahai orang-orang yang beriman ! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekali pun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau lah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang 3
  • 4. rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar balikkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.’ Ke bawah dari tahap yakin ialah tahap ‘tidak pasti’. Tahap tidak pasti ini mengikut Hukum Syara’ terbahagi kepada tiga jenis; iaitu zan, syak dan waham. Walau pun begitu ada kalanya zan menepati kebenaran. Zan yang menepati kebenaran boleh sampai ke tahap az-zan al-ghalib atau ‘berat sangka’. Az-zan al-ghalib adalah diterima dalam keterangan dan pembuktian mengikut Hukum Syara’. Saya juga ada menyatakan ungkapan ‘fakta persoalan’. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memberi erti ‘fakta persoalan’ sebagai apa- apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan. Saya berpendapat mengikut Hukum Syara’, ‘fakta persoalan’ ini boleh termasuk di dalam ‫المدعى‬‫به‬ (al-mudda’a bih) iaitu hak yang dituntut. Sebelum saya membuat analisa ke atas fakta persolan di dalam kes ini, saya berpendapat adalah sangat mustahak bagi saya menentukan bidang kuasa Mahkamah terlebih dahulu. Mengikut Hukum Syara’ sebagai mana yang telah dihuraikan di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, oleh Dr. Wahbah al- Zuhaily, juzuk keenam, Darul Fikr, Damsyek, Syria, cetakan ketiga, 1409H/1989M, mulai muka surat 750 hingga muka surat 751, yang mana dapat disimpulkan bahawa bidang kuasa Hakim (qadi ) ada sepuluh; iatu :- 1. Menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang berselisih sama ada secara suka sama suka (sulh), atau secara paksaan melalui hukuman yang diperkuat kuasakan. 4
  • 5. 2. Menghalang orang yang zalim daripada melakukan perompakan, pencerobohan dan lain-lain, serta menolong orang teraniaya dan menyampaikan hak kepada tuannya. 3. Menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak Allah s.w.t. 4. Menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-luka. 5. Menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta anak yatim, orang gila dan melantik wasi untuk menguruskan harta mereka. 6. Mengawasi harta waqaf. 7. Melaksanakan wasiat. 8. Mengahwinkan wanita yang tidak ada wali, atau yang walinya enggan mengahwinkannya. 9. Mengawasi kepentingan-kepentingan awam seperti jalan raya dan lain- lain. 10. Menyuruh kepada yang baik dan melarang yang mungkar dengan perkataan dan perbuatan. Perlembagaan Persekutuan antara lain telah memperihalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan status Mahkamah Syariah; iaitu Mahkamah yang diletakkan di bawah bidangkuasa negeri. Fasal 2 kepada Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:- Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebut dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. Jadual Kesembilan, Senarai (2) Perlembagaan Persekutuan Butiran (1), memperuntukkan :- 1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak dan undang- undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut 5
  • 6. agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam negeri; adat istiadat Melayu: Zakat Fitrah dan Bait-ul-mal atau hasil agama negeri yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara- perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah- mahkamah syar’iah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. Mengikut peruntukan Hukum Syara’ dan bidang kuasa yang diberi oleh undang- undang bertulis, jelaslah bahawa Pemerintah diberi kuasa mengkhususkan kuasa Hakim, termasuk Hakim Syarie atau Mahkamah yang mana diketuai oleh seseorang Hakim itu. Mengenai persoalan ini bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah telah diperuntukkan di dalam subseksyen 11(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan; Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah – 6
  • 7. (a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang- undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan (b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan – (i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri; (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i); (iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak; (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian; (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut; (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam ; 7
  • 8. (vii) wakaf atau nazar; (viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat ; (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak; (x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam; (xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya ; dan (xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis. Subseksyen 12 (2) Enakmen Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001 pula memperuntukkan; Mahkamah Rendah Syariah hendaklah – (a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua 8
  • 9. tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian). Mengikut peruntukan undang-undang yang berjalan kuatkuasanya di dalam negeri ini pada masa sekarang, saya berpuashati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu adalah Mahkamah yang berkompeten dan mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan tuntutan penjagaan kanak-kanak atau tuntutan hadhanah (atau dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 dieja dengan hadanah) dan lain-lain tuntutan yang terbit daripadanya yang berada di hadapan saya ini. Pada peringkat ini saya menyentuh secara ringkas bidangkuasa Mahkamah Syariah bagi memastikan bahawa keputusan yang dibuat nanti adalah menepati Hukum Syara’ dan undang-undang dari berbagai sudut. Bidangkuasa satu-satu Mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syara’. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, yangmana pada muka 54 beliau menyebut ; ßšd ¬·… y} Y£´ºšZ x¬Ã¾º† ¬À“ çF£ºšZ ®›ìZ çšy Ö³ªñ w} „ .|e£¨¥šZ y} . 眬¿šZ y} . æ󪲚Z uZŠ 죘 . £ñ£´ºšZ ã› ã÷› nÂÀ… 9
  • 10. x®Ã” ®‹PZ nÂœ ç• ®¶Àñ w} äš Ñ³ñ ë• . ßšd ®Ã” çšý 碣À¨šZ y} Yang bererti , ‘ Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak diberi kepadanya.’ Di dalam kes di hadapan saya ini, beberapa fakta yang berkaitan dengan tuntutan ini telah tidak dipertikaikan. Fakta tarikh perkahwinan Plaintif dengan Defendan telah tidak dipertikaikan. Plaintif telah diakad nikahkan dengan Defendan pada 31 Ogos 1989. Fakta bahawa hasil dari akad nikah perkahwinan antara Plaintif dengan Defendan telah dikurniakan dua orang anak, iaitu; i) Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, Sijil Kelahiran No: I 751390; dan ii) Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412. juga tidak dipertikaikan. Plaintif dan Defendan telah bercerai dengan cara Defendan telah melafazkan lafaz cerai soreh talaq satu kali pertama di dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dan dengan kebenaran 10
  • 11. Mahkamah itu pada 27 Oktober 2003 tidak dipertikaikan juga. Lafaz cerai yang dibenarkan oleh Mahkamah itu adalah dalam prosiding Permohonan Untuk Mengisytiharkan Perceraian Ta’liq oleh Plaintif, melalui Permohonan No: 11007- 057-26-2003. Berbalik kepada fakta persoalan pertama; iaitu hak penjagaan kanak-kanak atau hadanah. Sehingga pada hari ini, masih belum ada perintah hak penjagaan kanak- kanak daripada mana-mana Mahkamah ke atas anak-anak yang Plaintif tuntut hak penjagaan mereka ini. Plaintif menuntut hak penjagaan kanak-kanak ke atas anak- anak hasil perkongsian hidupnya dengan Defendan diberikan kepadanya kesemuanya. Anak-anak yang dimaksudkan terdiri daripada; i) Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, Sijil Kelahiran No: I 751390; dan ii) Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412. Dalam menganalisa fakta persoalan pertama di dalam kes ini; iaitu hak penjagaan kanak-kanak, saya berpendapat fakta persoalan ini mengandungi dua isu; iaitu pertamanya apakah yang dimaksudkan dengan hak penjagaan kanak-kanak ? Dan kedua, isu untuk menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak itu patut diserahkan. Dalam isu pertama kepada fakta persoalan pertama ini, saya berpendapat Mahkamah kena melihat kepada apakah yang diertikan hak penjagaan kanak-kanak atau dikenali juga dengan sebutan hadhanah (atau dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 dieja dengan hadanah) mengikut Hukum Syara' dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa pada masa ini. 11
  • 12. Mengikut Hukum Syara’ sebagai mana di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji, oleh Dr. Mustofa Al-Khin dan lain-lain, jilid kedua, cetakan kelima 1424H/ 2003M, Darul Qalam, Damsyek, Syria, muka surat 181 ada menyebut; ‫والحضضضانة‬‫فضضى‬‫اصضضطل ح‬‫الشضضريعة‬‫اللسضضليمية‬‫هضضى‬ :‫حفضضظ‬‫يمضضن‬‫ل‬ ‫ضتقبل‬‫ض‬‫يس‬‫ضأيمر‬‫ض‬‫ب‬‫ضه‬‫ض‬‫نفس‬،‫ضه‬‫ض‬‫وتربيت‬‫ضف‬‫ض‬‫بمختل‬‫وجضوه‬‫ضة‬‫ض‬‫التنمي‬،‫ضل ح‬‫ض‬‫والص‬ ‫وتنتهى‬‫بالنسبة‬‫للصغير‬‫إلى‬‫لسن‬.‫التمييز‬ ‫أيما‬‫رعايته‬‫بعد‬‫ذلك‬‫إلى‬‫لسن‬،‫البلوغ‬‫فتسمى‬،‫كفالة‬ :‫ل‬.‫حضانة‬ Yang bererti, ‘ Hadhanah dari segi istilah syara’ ialah menjaga seseorang yang tidak dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai kaedah yang mendatangkan kebaikan kepadanya sesuai dengan perkembangannya. Bagi kanak-kanak kecil hadhanahnya berakhir sehingga mencapai umur mumayyiz. Menjaga dan mendidik kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga mencapai umur baligh, tidak dinamakan hadhanah tetapi dinamakan kafalah.’ As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, (meninggal dunia dalam tahun 977 Hijrah), di dalam kitabnya Mughnil Muhtaj, jil. Ketiga, juzuk ketiga, cetakan Darul Fikir, pada muka surat 425 ada menyebut ; ‫وشرعا‬‫حفظ‬‫يمن‬‫ل‬‫يستقل‬‫بأيمور‬‫نفسه‬‫عما‬‫يؤذيه‬‫لعدم‬‫تمييزه‬‫كطفضضل‬ ‫وكبير‬‫يمجنون‬‫وتربيته‬‫أى‬‫تنمية‬‫المحضون‬‫بما‬‫يصلحه‬‫بتعهده‬‫بطعايمه‬ ‫وشرابه‬‫ونحو‬‫ذلك‬ Yang bererti, ‘ Hadhanah dari segi syara’ bererti tanggung jawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka 12
  • 13. berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka.’ Pendapat ahli perundangan Islam sebagai mana yang dinyatakan di atas itu adalah berpandukan kepada sebuah hadis diriwayatkan oleh 'Amru bin Syu'aib daripada ayahnya yang diterima daripada neneknya, Abdullah bin 'Amru, berbunyi; .YZŠ äš |®¨Šy .Y£ºƒ äš çž¬‡y .@Y£“y äš åÀµ… Z åÀ… Z wý .äR¾šZ uƒe £ž Íš£– {}®›Z w} ⾃y äþ“ äR¾šZ ç¾ äR¾šZ uƒe £Áš u£º• .çÀ› 䓯¥Àž w} cZe}y .çÀº¾‘ x£…} wýy 穼ƒƒƒÀ† âš £› ä… ÝŠ} Íœ} Sunan Abi Daud, juzuk kedua, Kitab Al-Talaq, Hadis 2276, muka 283. Yang bererti; ‘ Bahawa Rasulullah s.a.w. telah didatangi seorang perempuan lalu perempuan itu berkata, ‘ Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dulu dalam perut ku dia bernaung, tetek ku ini tempat dia menyusu, dan pangkuan ku ini tempat dia berlindung, sesungguhnya bapanya telah menceraikan ku dan dia bermaksud merampas anak ku ini dari ku,’ lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada perempuan itu, “Engkau lebih berhak padanya selama engkau tidak bernikah lain.’ Hadis yang tersebut di atas memberi faham bahawa di dalam perkara penjagaan kanak-kanak atau hadhanah, persoalan kebajikan anak itu diutamakan. Oleh kerana Hadis di atas menggambarkan kesanggupan si ibu dalam memelihara anaknya dan dia masih belum mempunyai tanggung jawab lain sebagai isteri, Rasulullah telah membuat keputusan supaya anak itu kekal di dalam jagaan ibu kanak-kanak berkenaan. 13
  • 14. Mengenai peruntukan undang-undang, pada masa ini tidak ada tafsiran berkanun bagi perkataan hadhanah atau hadanah. Walau pun begitu di dalam subpara 11(3) (b)(iii) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan; antaranya termasuklah penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak. Subseksyen 80(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 pula antara lain memperuntukkan hadanah sama ertinya dengan penjagaan anak. Di dalam kes Wan Abdul Aziz lawan Siti Aishah, JH [1401H], 147, Rayuan Kes Mal Negeri Kelantan No: 1/1975. Dalam kes ini, tuntutan telah dibuat oleh Siti Aishah, seorang penolong kanan guru sekolah di Kota Bharu untuk mendapat hak jagaan anaknya Wan Anita Kartini. Yang kenatuntut Wan Abdul Aziz ialah seorang jurutera di Kota Bharu. Dua-dua pihak itu telah berkahwin di Masjid Adelaide Australia Selatan pada 16 September 1965. Mereka telah mendapat dua orang anak Wan Halimatul Tasma yang dilahirkan di Hobart, Tasmania pada 24.10.1965 dan Wan Anita Kartini yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 18.8.1970. Yang menuntut dan yang kenatuntut telah tinggal berasingan dari 18 November 1972 dan kedua-dua anak pada mulanya tinggal bersama dengan kenatuntut. Pada bulan Januari 1973 anak yang pertama Wan Halimatul Tasma mulai tinggal bersama ibunya yang menuntut di Kota Bharu manakala anak yang kedua Wan Anita tinggal bersama dengan bapanya. Dua-dua pihak telah bercerai pada 20 Januari 1974 dengan tebus talak sebanyak RM 550.00. Yang menuntut masih janda. Dia membuat permohonan supaya anaknya Wan Anita Kartini diserahkan kepadanya. Mahkamah Kadi telah menghukumkan anak itu diserahkan kepada ibunya pihak menuntut. Pihak kenatuntut telah merayu kepada Jemaah Pengadilan. Diputuskan rayuan diterima dan dihukumkan anak itu hendaklah tetap di bawah jagaan bapanya dalam pemeliharaan dan asuhan orang yang diharapkannya iaitu ibunya dan nenek kepada anak itu. Dalam menerima rayuan Yang Kenatuntut, Jemaah Pengadilan telah menyampaikan pendapatnya, antaranya; 14
  • 15. Pokok dan tujuan hadhanah ialah muslihat dan kebaikan budak yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu. Hak yang mesti diutamakan lebih dari hak pihak yang memelihara sebagaimana yang difahamkan daripada fatwa Ibnu Al-Salah yang tersebut di dalam ‘Tuhfah’ dan ‘Nihayad’ serta diakui muktamadnya oleh Ali Shabramulsi, juga sebagaimana yang disalin oleh Syed Sabiq dalam Fiqhul-Sunnah, juzuk 8 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak yang dijaga lebih kuat dari hak yang menjaga.’ dan diterangkan oleh Ibnu Qadamah dengan katanya yang bermaksud, ‘Thabitnya hadhanah adalah untuk menentukan nasib (kepentingan) budak (kanak-kanak) itu.’ Mengikut takrifan Hukum Syara’, undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada masa ini dan kes yang dijadikan panduan sebagai mana yang dikemukakan di atas, saya berpendapat hadhanah, hadanah atau hak penjagaan kanak-kanak, adalah mempunyai erti yang sama, iaitu; tanggung jawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka. Oleh yang demikian isu pengertian hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak telah terjawab. Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpuashati (yakin) bahawa anak kepada pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad, dilahirkan pada 12 Disember 1990, yang memiliki nombor Sijil Kelahiran I 751390, telah melepasi had umur bagi maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara’ dan undang-undang. Manakala anak pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad, dilahirkan pada 23 April 2001, yang memiliki nombor Sijil Kelahiran 010423-11-0412, masih berada di bawah umur bagi maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara’ dan undang-undang. 15
  • 16. Sekarang timbul pula isu kedua dalam fakta persoalan pertama; iatu menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak patut diserahkan ? Dalam menjawab isu ini terlebih dahulu Mahkamah merujuk kepada pandangan ahli-ahli perundangan Islam yang terdahulu. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, karangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad, (ulamak pengikut mazhab Syafei kurun kesembilan Hijrah), juzuk 2, muka 93, cetakan Sulaiman Marie, Singapura, ada menyebut; £Á… v£ÃºšZ 羓 ®¤}y æÃ…®¥šZ çšý |¬}y ݹŽ} £Áœì ÝÚ} ]£œì£… £Áœ} êý æžêy nÂœ çy 溹Àš£˜ 枣¹¼šZ [£¤ƒ} ã› £Áœì [ìZ 羓 朣´©šZ æœÈ›y u£¹‘íš æ›fë› ¬Ž}y ly®ƒ²ƒš£… Y£ƒ±ƒÀšZ ã› ®Ã” ã›y äÀ› ¬šÂšZ 朣ƒ´©… ÝŠ} v죕 䥉yf ჉®šZ qe£• ZdÇ• Yang bererti; " Hadonah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu, diberi kepada perempuan kerana mereka lebih menaruh kasih sayang kepada kanak-kanak, lebih tepat untuk mendidiknya, lebih sabar dalam melaksanakan tugas memelihara kanak-kanak dan perempuan juga sentiasa lebih banyak bergaul dengan kanak-kanak. Pembiayaan hadonah tertanggung ke atas bapa kerana pembiayaan hadonah itu adalah diperlukan sama seperti nafkah. Apabila seseorang lelaki bercerai dengan isterinya, ibu (isteri itu) adalah lebih berhak mendapat hak hadonah anak pasangan itu daripada bapa anak itu, dan daripada wanita-wanita yang lain dengan beberapa syarat.” Di dalam kitab Al-Um oleh Imam Al-Shafei, (150 hingga 204 Hijriah), jilid ketiga, juzuk kelima, cetakan Darul Mukrifah, Beirut, Labanon, di muka 92 ada disebut; 16
  • 17. âš £› £¬šÂ… ÝŠ} v죕 {¬ŠZy æž®– ç• £¿y wZÂ…ìZ q®¥•Z Zd£• ç·•£ƒ²ƒšZ u£– ãÃ… ®Ã‹ ặž Ây ãÃÀƒ w£¿‡ y} £·¤ ⬊} Û¾… Zd£• Ze£¸ ZÂœ£˜£›y _y¯¥† e£¥‹Z £¿Áž} ¬À“ w£˜y ä›}y äÃ…} Yang bererti; ‘ Al-Shafie berkata,’ Apabila berpisah kedua ibu bapa dan kedua-dua nya berada di dalam satu qaryah, maka ibu adalah lebih berhak terhadap anaknya selama dia belum berkahwin lain dan semasa anak itu masih kecil. Sekiranya anak itu mencapai umur tujuh tahun atau lapan tahun dan dia mempunyai kesempurnaan akal, anak itu disuruh membuat pilihan penjaganya diantara bapanya atau ibunya dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya itu.” Di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini,jilid ketiga, juzuk ketiga, cetakan Darul Fikri, muka 454 hingga 456 ada dinyakan bahawa, hak penjagaan ke atas kanak-kanak tidak boleh diberikan kepada hamba, orang gila dan juga orang fasiq. Bagi kanak-kanak muslim, hak jagaan ke atasnya tidak boleh diberikan kepada orang kafir. Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang bukan bapa kepada anaknya tidak boleh mendapat hak penjagaan ke atas anaknya itu, kecuali dia berkahwin dengan bapa saudara, sepupu atau anak saudara kepada anaknya itu berasaskan kepada pandangan yang asah. Jika anak berkenaan masih menyusu, ia disyaratkan supaya disusui dahulu berasaskan pandangan yang sohih. Mengikut Hukum Syara’, sebagai mana pendapat Mazhab Shafie yang disebut di dalam kitab Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, oleh Dr. Wahbah A-Zuhaili, juzuk ketujuh, cetakan ketiga,1409H/1989M, muka 726 – 729, syarat-syarat umum haadin (pihak yang diberi hak penjagaan anak) ialah; 1) dia cukup umur, kanak-kanak tidak berhak menjadi haadin; 2) dia adalah sempurna akal; 17
  • 18. 3) dia berkeupayaan mendidik kanak-kanak; 4) dia berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah; dan 5) dia adalah seorang Islam. Manakala syarat-syarat khas haadinah pula ialah; 1) dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain yang tidak ada hubungan waris dengan si anak; 2) dia adalah terdiri daripada kerabat terdekat kepada anak; dan 3) dia boleh menyusukan anak. Mengikut undang-undang pula, syarat-syarat hadinah, diperuntukkan di dalam seksyen 81, Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam, (Terengganu), 1985. Seksyen itu memperuntukkan; Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik kanak- kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadanah jika – (a) dia adalah seorang Islam; (b) dia adalah sempurna akal; (c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mengkin diperlukan oleh kanak-kanak itu; (d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan (e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani. Seksyen 82 pula memperuntukkan hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang – (a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan; 18
  • 19. (b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka; (c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak- kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu; (d) jika perempuan itu murtad; (e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak- kanak itu. Seksyen 83 Enakmen yang sama memperuntukkan; (1) Hak hadinah ( ‫حاضضضضنة‬ ) bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintah selainnya. Di dalam satu kes di Negeri Kedah, Mohamad Salleh lawan Azizah, JH (1404H), 212, keputusan Yang Arif Kadi Besar telah diperkukuhkan oleh Mahkamah Rayuan Syar’iah Negeri. Di dalam kes ini di dalam Mahkamah Kadi Besar, Penentang Rayuan telah memohon mendapatkan hak jagaan empat anaknya yang berumur antara 5 tahun dan 39 hari daripada Perayu iaitu bekas suaminya. Pada masa 19
  • 20. perceraian antara Perayu dan Penentang Rayuan, anak-anak itu telah diserahkan kepada Perayu, tetapi Penentang Rayuan mendakwa pada masa itu dia berada di dalam kesihatan terlalu lemah baru bersalin tiga hari. Yang Arif Kadi Besar dalam hukuman menyebut; “ Maka dengan ini aku hukum bahawa kanak-kanak iaitu anak- anak di antara Mohd Salleh bin Abdul Aziz dan Azizah binti Mohd Yusoff iaitu; 1) Fariza Baizura bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 5 tahun; 2) Mohd Fadly Yusoff b. Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 3 tahun; 3) Fazlina bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2 tahun; dan 4) Fazlin bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2 bulan; hendaklah dipelihara oleh Azizah bt Mohd Yusoff sehingga kanak-kanak itu mumaiyiz, dan setelah mumaiyiz mengikut Hukum Syara’ maka bolehlah pihak Mohd Salleh membuat tuntutan untuk memelihara anak itu kembali.” Berdasarkan peruntukan Hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang sebagai mana yang dirujuk, serta kes yang dijadikan panduan, di dalam fakta persoalan siapa yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak saya berpendapat timbul pula tiga isu. Isu pertama ialah jika seseorang kanak-kanak itu berumur di bawah tujuh tahun jika lelaki, atau berumur di bawah sembilan tahun jika perempuan, maka ibu kepada kanak-kanak itu pada amnya lebih berkelayakan mendapat hak penjagaan kanak-kanak. Isu kedua ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur tujuh tahun jika lelaki, atau mencapai umur sembilan tahun jika perempuan, dan sekiranya ada permohonan daripada hadinah untuk terus menjaga kanak-kanak berkenaan itu, Mahkamah boleh membenarkan hadinah berbuat sedemikian. Isu ketiga ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur mumaiyiz, penentuan ke atas hak penjagaan kanak-kanak pada dirinya, pada amnya adalah mengikut pilihan kanak-kanak berkenaan itu sendiri. 20
  • 21. Selain dari isu-isu yang telah disebut di atas, saya berpendapat bahawa saya patut sentuh juga sedikit mengenai peruntukan lamanya tempoh hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak. Dari segi undang-undang dan Hukum Syara’ peruntukan lamanya tempoh hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak hampir-hampir sama. Cuma takrifan tahun di dalam peruntukan Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985, tidak diberi. Keadaan ini merupakan satu lacuna. Lacuna sebegini boleh menyebabkan timbulnya persoalan adakah pengiraan umur di bawah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam itu dikehendaki mengikut kalendar Gregory, sebagai mana yang telah ditetapkan di bawah Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Akta Umor Dewasa, 1971, (Akta 21), atau adakah dikehendaki mengikut pengiraan Taqwim Hijri ? Saya tinggalkan isu ini di sini untuk dihujahkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam lain-lain kes tuntutan hak penjagaan ke atas kanak-kanak nanti. Berdasarkan keterangan yang diperolehi semasa perbicaraan, Mahkamah berpuas hati bahawa anak pertama pasangan ini; Mohd Hafiz bin Mohammad dilahirkan pada 12 Disember 1990. Mengikut Taqwim Haqiqi (tahun Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 12 Disember 1990 adalah bersamaan dengan 25 Jamadilawwal 1411. Ini bermakna umur Mohd Hafiz bin Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal 1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira 14 tahun 10 bulan 6 hari. Manakala anak kedua pasangan ini; Nur Maisarah binti Mohammad dilahirkan pada 23 April 2001. Mengikut Taqwim Haqiqi (tahun Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 23 April 2001 adalah bersamaan dengan 29 Muharram 1422. Ini bermakna umur Nur Maisarah binti Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal 1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira 4 tahun 2 bulan 19 hari. Berdasarkan fakta Hukum Syara’, fakta undang-undang dan fakta mengenai kes, sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat Mohd Hafiz bin Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990, kenalah membuat pilihannya sendiri sama ada dia hendak dijaga seterusnya oleh ibunya atau dijaga oleh bapanya. Dalam menyelesaikan persoalan ini, saya telah memanggil Mohd Hafiz bin Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990 itu pada hari Isnin, 10 Safar 1426 bersamaan 21 Mac 2005 mulai jam 2.40 petang, bagi memberi peluang kepada Mohd Hafiz bin Mohammad membuat pilihan penjaganya. Pertemuan itu telah 21
  • 22. diadakan di dalam Bilik Tamu Ketua Hakim Syarie Terengganu. Dalam pertemuan itu, saya berpuas hati bahawa Mohd Hafiz bin Mohammad secara sukarela telah memilih dan dengan kemahuannya sendiri untuk menjadikan ibunya, Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes ini, sebagai penjaganya mulai sekarang. Di dalam kes di hadapan saya ini, sepanjang perkahwinan Plaintif dengan Defendan, anak-anak yang dilahirkan oleh Plaintif dipelihara oleh Plaintif. Mengikut keterangan di dalam kes ini, Defendan dalam masa perkahwinannya dengan Plaintif telah ada mempunyai isteri lain dan ada mempunyai anak daripada perkahwinannya dengan isteri lain itu. Pada masa ini Plaintif masih bermastautin di dalam daerah Kuala Terengganu. Defendan pula tinggal bersama isteri lain yang sedia ada dan anak-anak dengan isterinya itu. Sepanjang perbicaraan kes ini, tidak dibuktikan bahawa Plaintif pada masa ini telah hilang hak seseorang perempuan terhadap hadhanah, baik dari segi Hukum Syara’ mau pun dari segi undang-undang. Berdasarkan fakta Hukum Syara’, fakta undang-undang dan fakta mengenai kes, sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat, anak kedua kepada Plaintif dengan Defendan yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad dan yang dilahirkan pada 23 April 2001 penjagaan atas diri kanak-kanak tersebut adalah terhak kepada ibunya, Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes ini. Walau pun hak jagaan anak ke atas kedua-dua anak Plaintif dengan Defendan berkenaan diberikan kepada Plaintif iaitu ibu kepada kedua-dua kanak-kanak itu, Defendan tidaklah terhalang daripada menziarahi kanak-kanak berkenaan. Islam melarang perbuatan memutuskan silaturrahmi antara sesama Muslim, apatah lagi antara anak dengan ayahnya. Memandangkan umur kedua-dua anak berkenaan, saya berpendapat Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah seorang atau kedua-dua anak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa yang berpatutan mengikut Hukum Syara’ dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan, dan setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan Defendan itu. 22
  • 23. Sekarang sampai pula kepada fakta persoalan yang kedua; iaitu kadar nafkah anak jika kanak-kank itu diberi hak jagaannya kepada Plaintif. Mengenai fakta persoalan ini di dalam kes ini, saya dapati terdapat tiga isu yang timbul. Isu pertama ialah adakah Defendan diwajibkan membayar nafkah anak-anak berkenaan. Isu kedua yang mana ada ditimbulkan di dalam Pernyataan Pembelaan Defendan dan hujah bertulis pihak Defendan; iaitu kadar nafkah anak telah pun dibuat secara persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang lalu. Saya berpendapat isu inilah sebenarnya yang menjadi pokok dalam kes ini. Dan isu ketiga ialah, berapakah kadar nafkah anak bagi anak-anak yang berkenaan itu. Dalam menganalisa isu yang pertama; adakah Defendan diwajibkan membayar nafkah anak bagi Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad, Mahkamah merujuk kepada firman Allah s.w.t.; äš cš¿šZ 羓y>æ“£®šZ ⥞ w} cZe} ã¿š÷ ãþ›£˜ ãڊ ã¬Qšy} ã·ƒ®ž Q¬šQšZy £¬šÂ… {¬šQy eP£ƒƒ´† ê>£Á·ƒy Nêý Ôƒ¹œ ܾ¼† ê>py®·¿š£… ãÁ†Âƒ±ƒ˜y ãÁ–fe ßšQd ᦛ ]eZšZ 羓yõ>x¬šÂ… äš cš› êy sebahagian ayat 233 Surah Al-Baqarah Yang bermaksud; “ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana 23
  • 24. anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)…” Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk kedua, di muka 93, disebut; 溃¹Àš£˜ 枣¹¼šZ [£¤ƒƒ} ã› £Áœì [ìZ 烾“ 朣ƒ´©šZ æœÈ›y Yang bererti; “ Pembiayaan hadanah tertanggung ke atas bapa kera ianya adalah keperluan, iaitu samalah seperti nafkah.” Di dalam kitab Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib Al-Arba’ah, oleh Abdul Rahman Al-Jaziri, cetakan Dar Ihya Al-Thurath Al-Arabi, Beirut, Labenon, juzuk keempat, muka surat 592, ada menyebut bahawa antara syarat-syarat yang menjadikan bapa wajib menanggung nafkah anak-anak nya ialah; 1) hendaklah bapa berkemampuan, 2) hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun dengan pekerjaan yang sesuai dengan mereka, 3) hendaklah bapa berkemampuan menanggung nafkah isterinya dan anak-anaknya selama satu hari satu malam. Berdasarkan nas-nas yang disebutkan di atas, jelas bahawa mengikut peruntukan Hukum Syara’, bapa wajib menanggung nafkah anak bagi anak-anaknya. Di dalam kes ini saya dapati tidak ada sebarang nyataan yang membuktikan mengikut Hukum Syara’ bahawa Defendan tidak wajib membayar nafkah anak bagi Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad. Oleh yang demikian di dalam kes ini, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan, mengikut Hukum Syara’ wajib menanggung nafkah anak-anaknya itu. Mengikut undang-undang pula, subseksyen 71(1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985, memperuntukkan; 24
  • 25. Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. i. Peruntukan undang-undang di atas jelas, walau pun hak penjagaan kanak-kanak ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad diberi kepada Maimunah binti Hamzah, ibu kepada anak-anak berkenaan itu, bapa kepada kedua anak-anak itu, iaitu Mohammad bin Embong, Defendan, adalah wajib menanggung nafkah anak-anak berkenaan itu. Tidak syak lagi di dalam kes ini, Defendan sebagai bapa kepada Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad adalah berkewajiban mengikut undang-undang membayar nafkah bagi kedua anak-anaknya itu. Isu kedua di dalam fakta persoalan kedua ini, iaitu kadar nafkah anak telah pun dibuat secara persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang lalu dan dengan yang demikian tidak perlu ditimbul di dalam tuntutan ini. Mengenai isu ini, mengikut keterangan melalui Ikatan Dokumen Plaintif yang dikemukan di dalam Mahkamah ini, saya berpuas hati bahawa pada 27 Oktober 2003, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu yang mengendalikan kes Permohonan Perceraian Di Bawah Ta’liq, Permohonan No: 11007-057-26-2003, telah membuat perintah-perintah; antaranya, ‘Melalui persetujuan bersama, Pihak suami hendaklah membayar nafkah sementara anak sebanyak RM200 sebulan dibayar mulai November 2004.’ Jelasnya di dalam perintah itu ialah ‘perintah nafkah sementara anak sebanyak RM200 sebulan’ dan ianya dibuat melalui persetujuan. Fakta nafkah sementara anak dipersetujui sebanyak RM100 sebulan bagi tiap-tiap 25
  • 26. orang anak ini juga diakui oleh Defendan semasa memberi keterangannya di dalam Mahkamah ini. Saya perlu tegaskan di sini bahawa pada hari ini saya akan membuat perintah kekal ke atas kadar nafkah anak. Malangnya kadar nafkah anak secara kekal ini tidak ada persetujuan di atara kedua-dua belah pihak, walau pun Mahkamah beberapa kali memberi saranan agar dibuat persetujuan. Oleh yang demikian saya berpendapat tidak timbul isu bahawa kadar nafkah anak telah dipersetujui sebanyak RM200 sebulan, sebagai mana yang dihujahkan. Mengenai isu ketiga yang juga menjadi persoalan di dalam tuntutan ini ialah penentuan kadar nafkah anak yang perlu dibayar oleh Defendan. Mengenai isu ini, bagi maksud menaksirkan kadar nafkah anak, Mahkamah pertama-tamanya merujuk kepada peruntukan di dalam Hukum Syara’ . Allah s.w.t. telah berfirman; õ>x¬šÂ… äš cš› êy £¬šÂ… {¬šQy eP£ƒƒ´† ê>£Á·ƒy Nêý Ôƒ¹œ ܾ¼† ê sebahagian ayat 233 Surah Al-Baqarah Yang bermaksud; “ … Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya …” Di dalam Sohih Al-Bukhari, jilid yang ketiga, juzuk yang ketujuh, muka 85, kitab Al-Nafaqat ada menyebut; çÀù¼ž £› åÀõ·ž ԃÚy Ñ郎 ჉e w£Ã¹ƒ £…} wý ä¾RšZ uƒe £ž Íš£– 䤥“ ÍÀ… ¬À w} py®·¿š£… s¬šyy ߃ù¼ž £› |‹ u£º• â¾·ž ê Ây äÀ› ‹} £› êý |¬šyy Yang bererti; 26
  • 27. “ Diriwayatkan bahawa Hindun binti ‘Utbah, isteri Abu Sufyan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w., bahawa suaminya, Abu Sufyan adalah lelaki kedekut dengan dia tidak memberi nafkah yang cukup kepada isterinya itu dan anaknya hingga menyebabkan Hindun mengambil sendiri dari harta Abu Sufyan tanpa pengetahuan A b u Sufyan b a g i mencukupi nafkah kedua-duanya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hindun, “ Kamu bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak kamu dengan sebaiknya.” Dalam menjelaskan kadar nafkah anak yang wajib ditanggung oleh pihak yang diwajibkan menanggungnya, Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya, Al-Fiqh Al- Islami wa Adillatuhu, juzuk kesembilan, terbitan Darul Fikr, Damsyek, cetakan ketiga, 1989M/1409H, pada muka surat 828, menyebut; ‫اتفق‬‫الفقهاء‬‫على‬‫أن‬‫نفقة‬‫القريب‬‫من‬‫لد‬‫ل‬‫ول‬‫لد‬‫ل‬‫وول‬‫لد‬‫ل‬‫ول‬‫لدرة‬‫ل‬‫مق‬‫لدر‬‫ل‬‫بق‬ ‫الكفاية‬‫من‬‫الخبز‬‫والمدم‬‫والمشرب‬‫والكسوة‬‫لكنى‬‫ل‬‫والس‬‫لاع‬‫ل‬‫والرض‬‫إن‬ ‫كان‬‫رضيعا‬‫على‬‫قدر‬‫لال‬‫ل‬‫ح‬‫المنفلق‬‫لد‬‫ل‬‫وعوائ‬‫البلمد‬‫؛‬‫لنهلا‬‫وجبلت‬ ،‫للحاجة‬‫وقد‬‫قال‬‫النلبي‬‫للى‬‫ل‬‫ص‬‫ل‬‫ل‬‫ال‬‫عليله‬‫وسللم‬‫لد‬‫ل‬‫لهن‬‫خلذي‬ " :‫ملا‬ ‫يكفيك‬‫وولدك‬‫بالمعروف‬‫فقدر‬ "‫نفقتها‬‫ونفقة‬‫ولدها‬‫بالكفاية‬. ‫وإن‬‫لاج‬‫ل‬‫احت‬‫لد‬‫ل‬‫الول‬‫لق‬‫ل‬‫المنف‬‫له‬‫ل‬‫علي‬‫لى‬‫ل‬‫إل‬‫لامدم‬‫ل‬‫خ‬،‫لدمه‬‫ل‬‫يخ‬‫لى‬‫ل‬‫فعل‬‫لد‬‫ل‬‫الوال‬ ‫إخدامه‬‫؛‬‫لنه‬‫من‬‫تمام‬‫كفايته‬ Yang bererti, ‘ Para fuqaha bersependapat bahawa sesungguhnya nafkah kerabat yang terdiri daripada anak, dan anak kepada anak (cucu) ditetapkan dengan kadar yang mencukupi keperluan mereka, merangkumi roti atau bahan-bahan pelengkap bagi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan penyususan sekiranya dia masih menyusu. Ia adalah mengikut kemampuan pembiaya dan kebiasaan setempat kerana ia diwajibkan dengan sebab keperluan. Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Hindun, yang bermaksud, ‘Kamu bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak kamu dengan sebaiknya.’ Oleh yang demikianlah ia diukur dengan kadar keperluan. 27
  • 28. ‘ Andainya anak yang dibiayai itu memerlukan khadam (orang suruhan) yang akan membantunya dalam segala keperluannya, maka adalah menjadi kewajiban bapa menyediakan khadam berkenaan itu kerana ia adalah merupakan antara ciri-ciri penyempurnaan kepada keperluan anak berkenaan itu.’ Dalam menjelaskan peruntukan Hukum Syara’ di atas, seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985, memperuntukkan; (1) Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. (2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara’, supaya menanggung nafkah, atau memberi sumbangan kepada nafkah, kanak-kanak, jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. Cara tanggungan nafkah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang di atas adalah seperti berikut; i. sama ada dengan mengadakan bagi anak-anak itu tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya; atau ii. dengan cara membayar kos bagi tempat tingga anak itu, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya. 28
  • 29. Saya berpendapat adalah sangat jelas mengikut undang-undang bahawa, penaksiran kadar nafkah anak adalah mengikut peruntukan seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu), 1985, dan bukannya mengikut peruntukan seksyen 60 Enakman itu, sebagai mana yang dihujahkan oleh pihak Defendan. Saya berpendapat, peruntukan seksyen 60 Enakmen berkenaan itu adalah sebenarnya untuk penaksiran nafkah isteri atau nafkah bekas isteri. Di dalam kes Mohamed lawan Selamah, JH (1402H), 95, Mahkamah Jemaah Pengadilan Negeri Kelantan telah mengubah hukuman kadar nafkah anak yang telah dibuat oleh Yang Arif Haji Yaacob, Kadi Litar Kelantan. Di dalam kes ini Yang Menuntut membuat tuntutan nafkah untuk dua anaknya yang berumur 13 tahun dan 9 tahun. Yang Menuntut telah berkahwin dengan Yang Kena Tuntut pada 26 April 1964 dan telah bercerai pada 13 April 1977. Yang Menuntut telah membuat tuntutan nafkah anak sebanyak RM90 sebulan untuk dua orang anak. Yang Kena Tuntut telah memberitahu Mahkamah bahawa dia berpendapatan sebanyak RM120 sebulan dan dia telah berkahwin lain. Yang Arif Hakim Bicara di Mahkamah Kadi telah menghukumkan nafkah RM40 kepada anak pertama dan RM30 untuk anak kedua. Yang Kena Tuntut merayu ke Mahkamah Jemaah Pengadilan. Haji Ismail bin Haji Yusof bagi pihak Jemaah Pengadilan telah menyampaikan keputusan Jemaah Pengadilan yang membuat keputusan ipilan diterima dan hukuman Al-Fathil Tuan Kadi dibuat sedikit perubahan, iaitu bayaran nafkah kedua orang anak itu diturun dari tujuh puluh ringgit kepada enam puluh ringgit, kepada anak pertama sebanyak RM35 dan kepada anak yang kedua sebanyak RM25 pada tiap-tiap bulan dehinggalah kepada masa anak-anak itu cukup akal baligh dan boleh berdikari, atau sehinggalah suatu masa yang menghendaki kepada suatu perubahan mulai dari keputusan yang dibuat oleh Al Fathil Tuan Kadi pada 15 November 1979. Daripada peruntukan Hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang yang sedang berjalan kuat kuasanya pada hari ini, sebagai mana yang dinyatakan di atas, saya berpendapat butir taksiran nafkah seseorang anak sudah jelas. Oleh yang demikian di dalam kes ini, saya adunkan kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan sebagaimana yang 29
  • 30. munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya dengan kemampuan kewangan Defendan. Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif membuat anggaran bahawa bagi anak pertama yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad, nafkah yang diperlukan olehnya adalah berjumlah RM500.00 sebulan. Plaintif menyenaraikan keperluan nafkah anak berkenaan itu dan adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari; 3. Belanja sekolah RM 2.00 sehari; 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00 sehari; 5. Pakaian dalam diperlukan RM 25.00 sebulan; 6. Bayaran sekolah RM 80.00 setahun; 7. Pakaian sekolah diperlukan RM 100.00 setahun; 8. Kasut diperlukan RM 30.00 setahun; 9. Beg sekolah diperlukan RM 30.00 setahun; 10. Buku tulis dan buku teks diperlukan RM 100.00 setahun;dan 11. Belanja baiki basikal diperlukan RM 10.00 sebulan. Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif menyenaraikan keperluan nafkah anak bagi anak yang kedua yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad, dan adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 0.50 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 2.00 sehari; 3. Makanan ringan RM 1.00 sehari; 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 2.00 sehari; 5. Pakaian diperlukan RM 70.00 setahun;dan 6. Mainan diperlukan RM 10.00 sebulan. Kenyataan Plaintif sebagai ibu, yang pada masa ini menjaga Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad, telah tidak dibuat sebarang canggahan oleh Pihak Defendan sepanjang perbicaraan. Malah Plaintif, ketika 30
  • 31. disoal balas oleh Peguam Syarie Defendan telah menafikan senarai keperluan perbelanjaan Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad itu sebagai perbelanjaan yang keterlaluan. Mengenai kemampuan Defendan, Mohammad bin Embong sebagai bapa kepada anak-anak yang berkenaan itu, dalam keterangannya, Defendan menjelaskan bahawa pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih sebulan pada tiap-tiap bulan. Semasa disoal balas, Defendan menjelaskan bahawa yang dimaksudkan pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih sebulan pada tiap-tiap bulan itu ialah setelah ditolak gaji yang dbayar kepada dua orang pekerjanya. Keterangan Defendan ini mengikut Defendan adalah berdasarkan kadar zakat yang Defendan keluarkan. Defendan adalah tuan punya kedai tayar yang beroperasi di alamat D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Kedai yang berkenaan itu didaftarkan atas nama Defendan berseorangan sepenuhnya. Perbelanjaan bulanan Defendan mengikut keterangan Defendan sendiri adalah seperti berikut ; 1. Sewa bangunan kedai sebanyak RM 400 sebulan; 2. Sewa stor sebanyak RM 300 sebulan; 3. Perbelanjaan isteri yang masih ada sebanyak RM 400 sebulan; (duduk bersama isteri yang masih ada, ada enam orang anak termasuk seorang anak yang telah bekerja) 4. Ikan dibekalkan kepada isteri yang masih ada dan anak-anak yang tinggal bersamanya, dianggarkan RM 200 sebulan; 5. Sewa rumah yang memakai alamat J 99, Taman Murni Permai, Tok Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, sebanyak RM 217 sebulan; 6. Ansuran bulanan kereta jenis WAJA, nombor pendaftaran TAD 6669, sebanyak RM 627 sebulan; 7. Telefon selular dianggarkan RM 150 sebulan; 8. Telefon kedai dianggarkan Rm 150 sebulan; 9. Bayaran bil air bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan RM 30 sebulan; 10. Bayaran bil eletrik bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan RM 180 sebulan; 31
  • 32. 11. Bayaran gaji pekerja seramai 2 orang, sebanyak RM 1,500 sebulan; Dalam soal balas yang dilakukan oleh Peguam Syarie Plaintif, Defendan juga menegaskan bahawa perbelanjaan bagi kesemua anak-anak seramai lapan orang berjumlah RM 1,400 sebulan. Mengikut keterangan Defendan dalam keterangan utamanya dan pengertian pendapatan bersih yang dimaksudkan oleh Defendan dalam soal balas, saya dapati perbelanjaan bulanan Defendan berjumlah RM 2,654. Dari jumlah itu tidak diperinci pun saraan bulanan bagi tiap-tiap orang anaknya. Manakala dalam soal balas juga Defendan menegaskan bahawa dia menetapkan kadar nafkah anak bagi seramai lapan orang anak berjumlah RM 1,400 sebulan. Mengikut keterangan yang dikemukakan oleh Defendan dalam keterangan utamanya, dalam soal balas dan dalam soal semula, saya berpendapat bahawa Defendan telah tidak tetap (consistent) menyatakan kadar pendapatan bulanannya sama ada secara pukul rata maupun secara tetap. Fakta yang sebegini menyukarkan Mahkamah mencari kebenaran mengenai kemampuan Defendan sebagai bapa kepada anak yang bertanggung jawab menanggung nafkah anak- anaknya. Memandangkan kedudukan fakta yang sedemikian, saya berpendapat, dalam menentukan kadar nafkah anak yang patut ditanggung oleh Defendan, saya kenalah meninjau kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan yang dipelihara oleh Plaintif. Saya tidak mahu kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak itu diketepikan begitu saja, demi meraikan kemampuan bapa yang mana keterangan yang diberi di dalam Mahkamah ini, telah tidak consistent tentang kadar pendapatan bulanan, sama ada pendapatan bulanan secara pukul rata sebenarnya, maupun pendapatan bulanan secara tetap sebenarnya. Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Mohd Hafiz bin Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran Mohd Hafiz yang pada pendapat saya, setakat memadai adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari; 32
  • 33. 3. Belanja sekolah, termasuk mengaji Al-Quran dan pengajian fardu ‘ain RM 2.00 sehari; dan 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00 sehari. Berdasarkan kiraan di atas, dengan mengambil kira hari cuti mingguan persekolahan, cuti penggal persekolahan dan lain-lain cuti persekolahan, kos keperluan harian secara pukul rata bagi Mohd Hafiz, berjumlah RM 12.00. Jika RM 12.00 kos yang diperlukan dalam sehari, secara pukul ratanya, sebulan berjumlah RM 360 (RM 12 x 30 hari = RM 360). Walau pun begitu saya berpuas hati bahawa kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran yang memadai bagi Mohd Hafiz adalah tidak kurang dari RM350 sebulan pada tiap- tiap bulan. Bagi keperluan sekolah Mohd Hafiz yang lain-lain seperti; 1. Bayaran sekolah; 2. Pakaian sekolah; 3. Beg sekolah; 4. Buku tulis dan buku teks; dan 5. Belanja kenderaan ke sekolah, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Mohd Hafiz, hendaklah membayar atau mengadakannya, pada ketika diperlukan atau diwajibkan oleh pihak sekolah. Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Mohd Hafiz, hendaklah menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; 33
  • 34. Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Nur Maisarah binti Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagai mana yang dicadangkan bagi Nur Maisarah yang pada pendapat saya, setakat memadai adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari; 3. Belanja tambahan atau jika ke sekolah, atau menghadiri kelas fardu ‘ain dan al-Quran RM 2.00 sehari; dan 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 1.00 sehari. Berdasarkan kiraan di atas, kos keperluan harian secara pukul rata bagi Nur Maisarah, berjumlah RM 8.00. Jika RM 8.00 kos yang diperlukan dalam sehari, secara pukul ratanya, sebulan berjumlah RM 240 (RM 8 x 30 hari = RM 240). Walau pun begitu saya berpuas hati bahawa kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran yang memadai bagi Nur Maisarah adalah tidak kurang dari RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan. Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Nur Maisarah, hendaklah menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; Kefarduan ke atas Mohammad bin Embong bagi membayar nafkah bulanan pada tiap-tiap bagi kedua-dua anaknya itu, saya fardukan bulan mulai dari bulan Mei 2005. Mengenai fakta persoalan ketiga di dalam tuntutan ini, iaitu bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan, saya berpendapat ianya hendaklah melalui cara yang dapat memberi jaminan bahawa Defendan tidak lalai dari menunaikan 34
  • 35. kefarduan nafkah anak yang diwajibkan ke atasnya. Saya berpendapat cara yang Defendan laksanakan bagi maksud menyempurnakan nafkah sementara anak-anak pada masa ini, iaitu dengan mengeluarkan cek, adalah tidak menjamin kesempurnaannya. Disamping itu sukar pula nanti untuk perjalanan pelaksanaan perintah sekiranya Defendan tidak menunaikan tanggung jawab berkenaan. Di dalam kes Mohd Hanif Farikullah lawan Bushra Chaudri & Another Appeal, [2001] 2 CLJ 397, Perayu telah membuat rayuan di atas perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 kepada RM 200 sebulan pada tiap-tiap bulan untuk membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu telah dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Yang Arif Dato’ Faiza Tamby Chik, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa rayuan Perayu ditolak. Oleh yang demikian perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf yang telah dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dikekalkan. Di dalam kes ini, Perayu dengan Responden telah berkahwin pada 6 Oktober 1986. Pasangan ini telah mendapat seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Osman bin Mohd Hanif. Pasangan Perayu dangan Responden kemudiannya telah bercerai melalui perintah Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, di dalam kes mal no: 813/90 pada 23 Oktober 1990. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu juga memerintahkan Perayu membayar nafkah untuk seorang anaknya Muhammad Osman bin Mohd Hanif sebanyak RM50 sebulan pada tiap-tiap bulan. Pada 6 Oktober 1996 Responden telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Natasha binti Mohd Hanif. Mengikut Hukum Syara’ anak itu adalah anak tak sah taraf kepada Perayu. Atas permohonan Responden Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 31 Januari 2000 telah membuat perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Terkilan dengan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur itu, Perayu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur. Di dalam kes yang dirujuk di atas nafkah seorang anak sah taraf telah dibuat perintah oleh Mahkamah Rendah Syariah sebanyak RM50 sebulan, manakala nafkah 35
  • 36. seorang anak tak sah taraf telah dibuat perintah oleh Mahkamah Majistret sebanyak RM1050 sebulan melalui perintah tahanan pendapatan tenaga. Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpendapat adalah sesuai dan munasabah jika dibuat perintah supaya semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana yang telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak itu dimasukkan ke dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan. Akhir sekali timbul persoalan kos di dalam prosiding ini. Saya berpendapat fakta persoalan yang utama di dalam kes ini ialah mengenai kadar nafkah anak bagi dua orang anak yang wajib dibayar oleh Defendan. Kedua anak-anak itu adalah anak kepada Defendan. Jika penunaian nafkah anak dilaksanakan dengan sempurna dan mencukupi oleh Defendan, saya yakin Plaintif tidak membuat tuntutan ini. Oleh yang demikian jelas bahawa tuntutan ini dibuat ke atas Defendan bagi maksud menyara anak-anak Defendan sendiri. Adalah munasabah dan adil, kos bagi keseluruhan prosiding tuntutan ini ditanggung semuanya oleh Defendan. HUKUMAN SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi; Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, Sijil Kelahiran No: I 751390 adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p no: 7152345, ibu kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, mengikut pilihan dan kemahuan Mohad Hafiz bin Mohammad sendiri; SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi; Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, 36
  • 37. Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412. adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p no: 7152345, ibu kepada Nur Maisarah binti Mohammad, mengikut peruntukan Hukum Syara’ dan undang-undang; SAYA perintah Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah seorang atau kedua-dua kanak-kanak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa yang berpatutan mengikut Hukum Syara’ dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan, dan setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan Defendan itu; SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, bapa kepada Mohd Hafiz bin Mohammad wajib membayar nafkah anak kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad bin Embong membayar nafkah bulanan anak untuk Mohd Hafiz bin Mohammad sebanyak RM350 sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong membayar pakaian sekolah dan bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad pada ketika tiap-tiap masa yang diperlukan SERTA SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, bapa kepada Maisarah binti Mohammad wajib membayar nafkah anak kepada Nur Maisarah binti Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad bin Embong membayar nafkah bulanan anak untuk Nur Maisarah binti Mohammad sebanyak RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga 37
  • 38. ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; SAYA perintahkan semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana yang telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak itu dimasukkan ke dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah; SAYA perintah kos di dalam prosiding ini keseluruhannya ditanggung oleh Mohammad bin Embong, Defendan. DI BERI DENGAN ditanda tangani oleh saya dan dicap dengan Meterai Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu pada hari ini, Khamis 19 Rabiulawwal 1426, bersamaan 28 April 2005. METERAI PENDAFTAR 38