SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
Pembentangan 10:
Semakan (Bahagian.
VI)
PENSYARAH
YA ZULFIKRI YASOA
AHLI KUMPULAN
NAZIRAH BINTI ZAINUDIN 2020954519
NOR HIDAYAHADILATULASYQIN BINTI MOHD FITHRI 2020382435
DIYANA MANOGA 2020954453
NUR FARHANAH AZHAR 2020954529
NUR HAZWANI BINTI OTHMAN 2020954405
IMANINA BINTI ISMAIL 2020954457
FATHIMAH HAWA BT MOHAMAD KOFLI 2020954433
NURAMALINA BINTI YAHYA 2020954459
INTIPATI PEMBENTANGAN
❖ KUASA UNTUK MENYEMAK
❖ PENDENGARAN SEMASA PENYEMAKAN
❖ PERINTAH SELEPAS PENYEMAKAN DILAKUKAN
❖ HAL-HAL LAIN BERKAITAN ACARA JENAYAH- PERUNTUKAN KHAS
BERKAITAN KETERANGAN
❖ KETAKTERATURAN PROSIDING
Your Logo or Name Here
Halsbury Law of
Malaysia, 2001: 78
Maksud Semakan :
3
• Semakan Kehakiman (judicial review) bermaksud suatu
proses di mana Mahkamah Tinggi menjalankan
bidangkuasa pengawasan ke atas prosiding dan keputusan
mahkamah yang lebih rendah, tribunal, badan-badan atau
individu yang menjalankan fungsi kuasi kehakiman atau
yang menjalankan tugas-tugas awam
Your Logo or Name Here
• Semakan kehakiman terhadap kes jenayah syariah berlaku apabila pihakpihak tidak berpuas hati dengan keputusan
tindakan badan penguatkuasaan undang-undang kesalahan jenayah syariah atau keputusan Mahkamah Syariah. Oleh
yang demikian, pihak-pihak yang dikenakan tuduhan akan mempertikaikan kes ke peringkat yang lebih tinggi atas
dakwaan bahawa badan penguatkuasaan jenayah syariah telah melanggar hak asasi mereka sebagaimana yang telah
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
• Antara pelanggaran kebebasan asasi yang selalu dibangkitkan adalah seperti
• Perkara 5 (kebebasan diri),
• Perkara 8 (kesamarataan),
• Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) dan
• Perkara 11 (kebebasan beragama).
• Perlu dinyatakan, ianya bukanlah satu isu yang baru, kerana berdasarkan kepada kes-kes berkaitan Syariah dahulu
yang dilaporkan, semakan kehakiman ini sememangnya telah berlaku pada ketika itu. Namun begitu, ianya kurang
diberi perhatian kerana syariah masih belum menjadi satu polemik sepertimana yang berlaku pada masa kini. Terkini,
beberapa keslebih banyak melibatkan kes-kes mal (sivil) dan tidak ketara dalam hal-hal jenayah syariah. Tambahan
lagi, istilah semakan kehakiman khususnya dalam kes jenayah yang dilaporkan, antaranya
• Muhamad Juzaili Mohd Khamis & Ors. lwn. Kerajaan Negeri Sembilan & Lain-lain, Sulaiman Takrib lwn. Kerajaan
Negeri Terengganu.
4
Your Logo or Name Here
Kuasa Untuk Menyemak
5
Your Logo or Name Here
Seksyen 168. Kuasa untuk menyemak.
• (1) Jika mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas menyampaikan keputusannya berpendapat bahawa
keputusannya itu silap, dia boleh merujukkan keputusannya kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk disemak; dan
mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh dalam keadaan yang seumpama itu berbuat sedemikian, kepada
Mahkamah Rayuan Syariah.
• (2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah Tinggi Syariah boleh memanggil dan memeriksa rekod mana-mana
prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi maksud memuaskan hatinya tentang ketepatan, kesahan atau
kewajaran mana-mana dapatan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan dan tentang apa-apa
keteraturan mana-mana prosiding Mahkamah itu; dan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang
kuasa penyemakan yang serupa berkenaan dengan apa-apa prosiding atau perkara di hadapan Mahkamah Tinggi
Syariah.
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) 2003
6
Your Logo or Name Here
Seksyen 169. Kuasa untuk memerintahkan siasatan lanjut
• Setelah memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen 168, Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa
penyemakan boleh mengarahkan Mahkamah yang relevan untuk membuat, dan Mahkamah itu hendaklah membuat
apa-apa siasatan lanjut sebagaimana yang diarahkan.
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) 2003
7
Your Logo or Name Here
Arahan Amalan No.7 Tahun 2014
Peraturan Semakan Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Atau Di
Mahkamah Rayuan Syariah
8
Your Logo or Name Here 9
Your Logo or Name Here 10
Your Logo or Name Here
Seksyen 170. Kuasa semasa penyemakan
• (1) Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakannya, Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu
dirujukkan kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 141, 145, 146
dan 147.
• (2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi
peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya dalam membela dirinya sendiri.
• (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa kepada Mahkamah yang menjalankan mana-
mana bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan.
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) 2003
11
Your Logo or Name Here
Abdul Kahar bin Ahmad v Ketua Pendakwa Syarie Negeri
Selangor [2016] 4 SHLR 55
12
Your Logo or Name Here
• Tertuduh telah dituduh atas lima kesalahan iaitu kesalahan-kesalahan berkaitan doktrin palsu, dakwaan palsu, menghina atau
menyebabkan Agama Islam dipandang hina, menghina pihak berkuasa Agama Islam dan pendapat yang bertentangan dengan fatwa.
Tertuduh telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan dijatuhkan hukuman dan rayuan tertuduh di Mahkamah
Rayuan Syariah telah ditolak. Dalam tindakan ini, Ketua Hakim SyarieNegeri Selangor telah memohon untuk menyemak keputusan
hukuman bagi kesalahan berkaitan dakwaan palsu yang telah dijatuhkan ke atas tertuduh oleh hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Bagi
kesalahan dakwaan palsu ini, hakim bicara telah mengenakan hukuman tambahan selain dari yang diperuntukkan di dalam s 8 (a)
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 (‘Enakmen’) iaitu tertuduh juga di hantar ke pusat pemurnian akidah mengikut s 54(1)
Enakmen. Isu-isu yang berbangkit adalah berkaitan dengan pelaksanaan perintah di bawah s 54 Enakmen dan sama ada hakim dalam
tindakan ini di dalam kapasiti sebagai hakimMahkamah Rayuan Syariah boleh membuat semakan ke atas kes yang telah ditentukan
oleh hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain.
• Diputuskan, menolak permohonan semakan:
• (1) Perintah agar tertuduh dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor bagi mengikuti program
pemulihan akidah (istitabah) selama tempoh enam bulan yang terakhir sebelum hukuman pemenjaraan ini tamat adalah satu perintah
yang khilaf kerana ianya termasuk dalam tempoh pemenjaraan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Perintah
kaunseling/pusat pemulihan sepatutnya bermula setelah hukuman pemenjaraan tamat dan bukannya dalam tempoh pemenjaraan
(lihat perenggan 14).
• (2) Kegagalan peradilan jenayah yang disebabkan oleh pihak berkuasa tidak sepatutnya dibebankan ke atas tertuduh. Dalam kes ini,
tertuduh telah menjalani hukuman pemenjaraan yang dilaksanakan oleh pihak jabatan penjara.Walaupun terdapat kekhilafan dalam
perintah kaunseling/pusat pemulihan ke atas tertuduh yang ianya menyebabkan perintah tersebuttidak dapat dilaksanakan, tertuduh
tidak harus dipersalahkan (lihat perenggan 16–17).
• (3) Prinsip Syarak membenarkan keputusan mahkamah tertinggi disemak semula oleh hakim yang sama atau suatu badan/tribunal lain
dengan syarat kuasa tersebut diberikan dengan nyata oleh pemerintah. Namun, dalam kes ini, tidak ada kuasa khas yang diberikan
kepada mahkamah, oleh itu, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak perintah yang telah diberikan oleh Mahkamah
Rayuan Syariah (lihat perenggan 19–20).] 13
Your Logo or Name Here
Pendengaran
Semasa
Penyemakan
14
Your Logo or Name Here
Penyemakan tidak perlu dilakukan di dalam mahkamah terbuka atau memerlukan
kehadiran pihak-pihak tetapi boleh dilakukan berdasarkan affidavit permohonan dan
keterangan yang dibekalkan. Tetapi, sekiranya perlu mahkamah boleh memanggil mana-
mana pihak berdasarkan kepada Seksyen 171 ETJS.
15
Your Logo or Name Here
Seksyen 171. Mendengar pihak-pihak semasa penyemakan.
Tiada pihak mempunyai apa-apa hak untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie, di
hadapan mana-mana Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa penyemakannya tetapi Mahkamah itu
boleh, jika difikirkannya patut, mendengar mana-mana pihak sama ada sendiri atau melalui Peguam
Syarienya.
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) 2003
16
Your Logo or Name Here
Perintah
Selepas Penyemakan Dilakukan
17
Your Logo or Name Here
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI PERINTAH
SELEPAS PENYEMAKAN DILAKUKAN
Arahan Amalan No. 6 Tahun 2018 :
Pemakluman Keputusan/Perintah Bagi Kes-kes Rayuan Dan Permohonan
Semakan Bagi Kes Yang Telah Diputuskan
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 :
Seksyen 172 : Perintah apabila kes
disemak
Your Logo or Name Here
Seksyen 172. Perintah apabila kes disemak.
Apabila suatu kes disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memaklumkan
keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau
perintah itu setelah diubah, alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah
itu dimaklumkan sedemikian hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang
diperakukan sedemikian dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) 2003
19
Your Logo or Name Here
ARAHAN AMALAN NO.6
TAHUN 2018
Pemakluman Keputusan/Perintah Bagi Kes-kes Rayuan Dan
Permohonan Semakan Bagi Kes Yang Telah Diputuskan.
i. Mana-mana Mahkamah yang
mendengar rayuan, Ketua Pendaftar
atau/dan Pendaftar Mahkamah
berkenaan, hendaklah memaklumkan
secara bertulis mana-mana
keputusan/perintah kes rayuan itu
kepada mahkamah yang keputusannya
dirayu dalam masa tujuh (7) hari dari
tarikh keputusan/perintah dikeluarkan
; dan
ii. Mana-mana Mahkamah yang menjalankan
kuasa semakan dan pengawasan, Ketua
Pendaftar Mahkamah atau/dan Pendaftar
Mahkamah berkenaan, hendaklah
memaklumkan secara bertulis mana-mana
keputusan/ perintah permohonan semakan
itu kepada pihak-pihak dan mahkamah yang
keputusannya atau prosiding di hadapannya
telah disemak dalam masa tujuh (7) hari
dari tarikh keputusan/perintah dikeluarkan
Your Logo or Name Here
• Keputusan semakan perlulah dimaklumkan kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan hukuman atau
perintah yang disemak itu.
• Apabila permohonan sesuatu semakan itu dibuat terhadap sesuatu kes yang sedan berjalan (sama ada oleh pihak-
pihak atau Hakim), maka prosiding kes tersebut perlulah digantung untuk sementara waktu sementa kes tersebut
disemak di Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah.
• Seksyen 51(2) Akta 505:-
Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam
Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara
menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
21
Your Logo or Name Here
Ketua Pendakwa Syarie lwn
Nik Man Bin Raja Mat & Ors
[2011] 4 SHLR
Mahkamah Rayuan Syariah
Kuala Terengganu
Fakta Kes
❖ Kes semakan ini dipohon oleh Ketua Hakim Syarie
Terengganu untuk disemak oleh Mahkamah Rayuan
Syariah Terengganu terhadap keputusan yang dikeluarkan
oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
❖ Kedua-dua tertuduh telah dituduh di bawah peruntukkan
Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Hakim bicara dalam
Mahkamah Rendah Syariah telah memutuskan bahawa
kedua-dua tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela
diri.
❖ Ketua Pendakwa Syarie merayu ke Mahkamah Tinggi
Syariah namun Notis dan Alasan Rayuan tidak
menjelaskan dengan nyata perkara yang bercanggah
dalam keputusan hakim dengan hukum Syarak atau
undang-undang
❖ Hakim Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan rayuan
Isu Kes
❖ Sama ada tertuduh apabila ditangkap oleh Pegawai
Penguatkuasa Agama, berada dalam kedudukan yang
boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa
mereka melakukan aktiviti yang tidak bermoral
Keputusan
❖ Mengesahkan keputusan hakim bicara
dan perintahnya hendaklah dikekalkan.
❖ Hakim-hakim Mahkamah Rayuan
Syariah Negeri Terengganu bersetuju
dan membuat perintah bahawa
keputusan rayuan dalam kes jenayah ini
yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim
MahkamahTinggi Syariah Terengganu
hendaklah dibatalkan dan perintah oleh
Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Setiu yang dibuat hendaklah
dikekalkan
Your Logo or Name Here
Hal-hal lain berkaitan acara jenayah-
peruntukan khas berkaitan keterangan (Bab 4 Bah VII)
23
Your Logo or Name Here
⮚ (1) Bilamana ternyata kepada seseorang Hakim bahawa mana-mana orang yang dapat memberikan keterangan
material sama ada bagi pihak pendakwa atau pihak pembela berhubungan dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap
sakit tenat sehinggakan tidak praktik untuk mengambil keterangannya mengikut perjalanan biasa undang-undang,
Hakim itu boleh mengambil deposisi orang itu dengan syarat apa-apa notis yang munasabah sebagaimana yang
mungkin dalam kes itu telah diberikan kepada Pendakwa dan tertuduh tentang cadangan mengambil deposisi itu dan
tentang masa dan tempat di mana Hakim itu bercadang mengambilnya
⮚ (2) Jika tertuduh berada dalam jagaan, seorang Hakim boleh memerintahkan pegawai yang menjaga penjara itu
menghantar tertuduh ke tempat itu pada waktu yang telah diberitahukan dan pegawai itu hendaklah menghantarnya
dengan sewajarnya.
⮚ (3) Apabila dibuktikan pada perbicaraan tertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan deposisi itu
bahawa deponennya telah mati atau bahawa kerana apa-apa sebab yang mencukupi kehadirannya tidak dapat
diperolehi, deposisi itu bolehlah dibacakan sama ada bagi atau terhadap tertuduh, walaupun dia tidak hadir semasa
deposisi itu diambil, jika deposisi itu diperakui di bawah tandatangan Hakim yang mengambilnya dan yang sebaliknya
tidak dibuktikan, atau jika ditunjukkan melalui keterangan ekstrinsik bahawa deponen memang pada masa
pemeriksaannya sakit tenat sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dan bahawa deposisi itu telah diambil
dengan sewajarnya di tempat dan pada masa yang diberitahukan itu dan bahawa notis yang munasabah tentang niat
untuk mengambilnya telah diberikan kepada orang yang terhadapnya deposisi itu dikemukakan sebagai keterangan,
supaya dia atau Peguam Syarienya dapat hadir dan mendapat, jika dia memilih untuk hadir, peluang penuh untuk
pemeriksaan balas.
SEKSYEN 192 : TATACARA APABILA ORANG YANG DAPAT MEMBERIKAN
KETERANGAN MATERIAL SAKIT TENAT
24
Your Logo or Name Here
Seksyen 193. Jika orang yang terikat untuk memberikan keterangan berniat
untuk meninggalkan Malaysia
25
Bilamana dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana saksi
yang terikat untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan mana-mana
kesalahan boleh tangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa
matlamat keadilan akan barangkali terjejas jika orang itu tidak hadir pada
perbicaraan itu untuk memberikan keterangan, Hakim boleh, atas
permohonan Ketua Pendakwa Syarie atau tertuduh dan selepas peruntukan
wajar dibuat bagi saraannya dan bagi memampasinya kerana penahanannya
dan masanya yang terbuang, memenjarakan orang itu di penjara sivil sehingga
perbicaraan atau sehingga dia memberikan jaminan yang memuaskan hati
bahawa dia akan memberikan keterangan pada perbicaraan itu
Your Logo or Name Here
Seksyen 194. Laporan orang tertentu.
26
S.(1) Dokumen berupa laporan dan mendapat tandatangan
daripada (disebut dalam Subseksyen (2)) :
{mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau
dianalisis olehnya atau apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan
di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah apa-apa perkara atau benda
yang berhubungan dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk
laporan boleh diberikan sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan atau
prosiding lain di bawah Enakmen ini}
Subseksyen 2:
a) Pegawai Institut Perubatan
b) Pegawai Perubatan Kerajaan
c) Ahli kimia yang dalam penggajian Kerajaan Malaysia
d) Orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta
sebagai Pemeriksa Dokumen
e) Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sedemikian di bawah mana-
mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan
sukat yang berkuat kuasa di Malaysia
f) Mana-mana orang atau golongan orang yang baginya Duli Yang Maha
Mulia Sultan mengistiharkan melalui pemberitahuan dalam Warta
bahawa peruntukan seksyen ini terpakai
melainkan jika orang itu atau
Pendaftar itu dikehendaki
hadir sebagai seorang saksi—
a) Oleh Mahkamah
b) Oleh tertuduh, dan dalam
hal itu tertuduh hendaklah
memberikan notis kepada
Pendakwa tidak kurang
daripada tiga hari genap
sebelum perbicaraan
dimulakan
(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (2)
dan Pendaftar Penjenayah adalah melalui
Enakmen ini terikat untuk menyatakan yang
benar dalam laporan yang dibuat di bawah
tandatangan mereka
Your Logo or Name Here
• CONTOH: Amir ditangkap atas kesalahan minum arak tetapi tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. OKT ada
rekod sebelum ini atas kesalahan yang sama (minum arak).
SABITAN @ PEMBEBASAN TERDAHULU DIJADIKAN
SEBAGAI SATU KETERANGAN (PIHAK PLAINTIF)
27
Seksyen 195
ETCJSS
Dokumen
• Suatu cabutan hukuman @ perintah yang ditandatangani oleh pegawai
Mahkamah (pegawai yang merekodkan keputusan Mahkamah bagi kes
tersebut) atau;
• Dalam dokumen tersebut, OKT dalam kes tersebut adalah orang yang sama.
Pegawai penjara
• Pengakuan Pegawai Penjara.
• Pegawai Penjara tersebut mengaku bahawa dokumen tersebut dia yang tanda
tangan dan OKT dalam kes tersebut adalah orang yang sama.
Your Logo or Name Here
PENDAKWA HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU V NOR THURAYA BT SALLEH
(2013)
28
OKT dituduh atas perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah di bawah s 29 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di dalam sebuah kenderaan yang sedang berhenti pada
lebih kurang jam 1.30 tengah hari. Dua unsur utama yang perlu dijelaskan dalam kesalahan ini adalah apakah
hubungan antara OkT dan pasangannya; sama ada wujud perbuatan OKT dan pasangannya sebagai persediaan
untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Kesalahan OKT ini adalah kesalahan kali kedua yang mana OKT pernah
disabitkan bersalah dan telah dihukum dengan kesalahan khalwat.
Your Logo or Name Here 29
Mahkamah memutuskan:
1. OKT tidak terhalang untuk berkahwin dengan pasangannya mengikut hukum syara’. OKT telah membuat
pengakuan mengenai fakta ini.
2. Antara elemen-elemen yang didapati dalam perbuatan yang dilakukan oleh OKT dan pasangannya semasa
ditangkap, yang boleh dianggap sebagai perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar
nikah iaitu; zip seluar lelaki pasangan OKT telah terbuka sehingga menampakkan kemaluan; OKT sedang
berpelukan sambil berbaring dengan pasangannya di tempat duduk hadapan kenderaan. Kedua-duanya
adalah qarinah bahawa OKT dan pasangannya mempunyai motif untuk melakukan kesalahan yang tidak
bermoral
3. Mahkamah juga mempertimbangkan fakta bahawa walaupun OKT baru memasuki usia 20 tahun, dia telah
disabitkan dengan dua kesalahan di bawah undang-undang jenayah Syariah. Kesalahan kali kedua yang
dilakukan OKT adalah lebih berat lagi dari kesalahan kali pertama. Di peringkat usia sebegitu, OKT tidak
mendapat didikan yang baik daripada sudut agama dan juga kurang pemantauan daripada ahli keluarga.
Penahanan di pusat pemulihan akan memberikan ruang dan peluang kepada OKT untuk diberikan kesedaran
dan bimbingan yang sewajarnya agar OKT dapat mengharungi kehidupan sosialnya pada masa akan datang.
Your Logo or Name Here
• Seksyen 196 ETCJSS:
• Sekiranya OKT tidak hadir semasa perbicaraan dan penangkapannya tiada harapan untuk dilakukan serta-
merta, Mahkamah boleh mengarahkan perbicaraan dijalankan tanpa OKT dengan memeriksa saksi-saksi
pihak plaintif (jika ada) dan merekodkan deposisi (keterangan bertulis) mereka.
• Sekiranya OKT sudah ditangkap dan saksi-saksi plaintif sudah mati atau tidak berupaya untuk hadir bagi
memberikan keterangan sekali lagi, Mahkamah boleh, memberikan deposisi mereka yang telah direkodkan
seperti mana di dalam seksyen 196 (1) ETCJSS kerana kos perbelanjaan atau kesusahan yang dalam hal
keadaan kes itu tidak munasabah.
REKOD KETERANGAN SEMASA KETIDAKHADIRAN OKT
30
Your Logo or Name Here
• Seksyen 197 ETCJSS:
• Sekiranya OKT ingin mengemukakan pembelaan alibi, notis bertulis mengenainya
mestilah diserahkan kepada pihak pendakwa terlebih dahulu sekurang-kurangnnya 10
hari sebelum tarikh perbicaraan.
• NOTIS PEMBELAAN ALIBI:
- Butir-butir mengenai tempat OKT berada semasa jenayah tersebut berlaku.
- Nama dan alamat saksi-saksi yang OKT nak panggil bagi membuktikan alibinya.
KETERANGAN BAGI PIHAK OKT
31
Your Logo or Name Here
kETAKTERATURAN Prosiding
(Bab 8 Bah VII)
32
Your Logo or Name Here
• Tiada dapatan, hukuman atau perintah mana-mana Mahkamah boleh diketepikan semata-
mata atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain yang dalam perjalanannya
dapatan, hukuman atau perintah itu telah dicapai, dijatuhkan atau dibuat, telah dijalankan
di dalam kawasan tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, melainkan
jika ternyata bahawa kesilapan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan.
SEKSYEN 205- PROSIDING DI TEMPAT YANG SALAH,
DSB.
33
Your Logo or Name Here
• (1) Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tak sah semata-mata atas alasan
bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat Mahkamah Rayuan, kegagalan peradilan
telah disebabkan olehnya.
(2) Jika Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kegagalan peradilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk
membentuk suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.
SEKSYEN 206- PENINGGALAN MEMBENTUK
PERTUDUHAN
34
Your Logo or Name Here
• Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada dapatan, hukuman atau perintah yang
dijatuhkan atau dibuat oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten boleh diakaskan atau
diubah oleh sebab—
(a) apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketakteraturan dalam aduan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman
atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan di bawah Enakmen ini;
(b) tidak terdapat keizinan yang dikehendaki oleh undang-undang; atau
(c) penerimaan atau penolakan tak wajar apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan, penerimaan
atau penolakan tak wajar keterangan, ketakteraturan, ketiadaan keizinan atau salah arahan itu telah menyebabkan
kegagalan peradilan.
SEKSYEN 207-KETAKTERATURAN TIDAK
MEMBATALKAN PROSIDING
35
Your Logo or Name Here
TUAN MANAN BIN TUAN SOH LWN KETUA PENDAKWA SYARIE (JH 3
BAHAGIAN II)
• Perayu tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang telah dikeluarkan oleh YA Mahkamah
Tinggi Syariah Selangor yang menolak keseluruhan rayuan Perayu dan mengekalkan hukuman Mahkamah
Rendah Syariah Hulu Langat.
• Perayu telah didakwa di bawah seksyen 40(2) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 1984, iaitu berkahwin tanpa kebenaran pendaftar.
• Mahkamah Rendah Syariah telah mensabitkan kesalahan Perayu dan menjatuhkan hukuman penjara
selama 4 hari atas kesalahan tersebut.
• Perayu tidak berpuas hati dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, namun
Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah
Syariah.
• Perayu memfailkan Notis Rayuan dan Petisyen Rayuan.
KES BERKAITAN
36
Your Logo or Name Here
• Y.A HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR TELAH TERSILAP DARI SEGI FAKTA DAN
UNDANG-UNDANG APABILA:
a. Y.A Hakim tidak mengarahkan dirinya kepada pemerhatian yang tepat tentang Arahan Amalan
No. 15 Tahun 2004 ketika mana menolak rayuan Perayu dengan alasan bahawa perkara-perkara
tersebut jika tidak diikuti dengan sepenuhnya boleh mencacatkan rayuan Perayu kerana fakta-
fakta yang relevan dalam rayuan Perayu tidak ada dalam Rekod Rayuan yang disediakan oleh
Perayu.
a. Y.A Hakim gagal untuk meneliti bahawa perkara-perkara yang tidak ada dalam Rekod Rayuan
adalah perkara yang bukannya melibatkan fakta-fakta dan tidak mencacatkan rayuan yang
dikemukakan oleh Perayu tersebut.
a. Y.A Hakim gagal mengarahkan dirinya untuk mengguna pakai seksyen 230(2) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 di mana Y.A Hakim sepatutnya memberi peluang kepada
Perayu untuk melengkapkan Rekod Rayuan disebabkan kelalaian dan kealpaan yang dibuat oleh
Perayu dan bukannya menolak terus rayuan Perayu.
37
PERAYU MENGEMUKAKAN 6 ALASAN UNTUK MENYOKONG RAYUANNYA DI DALAM PETISYEN
RAYUANNYA :
Your Logo or Name Here
d. Y.A Hakim gagal meletakkan dirinya sepertimana yang sepatutnya berpandukan kepada seksyen
140 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 bahawa satu-satu permohonan
yang tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu enakmen ini masih boleh dibenarkan dan
kerana kegagalan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor tersebut telah menyebabkan
rayuan Perayu tersebut ditolak.
d. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor juga telah tersilap ketika menolak rayuan Perayu
dengan alasan Perayu tidak menunjukkan kesungguhan dalam rayuannya sedangkan Perayu
telah cuba mematuhi sedaya upaya dan sekiranya ada sedikit kecacatan, sepatutnya Perayu
diberikan peluang untuk memperbetulkannya dan kecacatan yang dilakukan tersebut adalah
dalam peratusan yang kecil sahaja.
d. Y.A Hakim telah menolak rayuan Perayu di atas alasan Rekod Rayuan tidak lengkap sedangkan
tidak ada sebarang peruntukan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
2003 yang jelas menunjukkan bahawa rayuan Perayu hendaklah ditolak apabila berlakunya
kecacatan pada Rekod Rayuan.
38
Your Logo or Name Here
✔ Berdasarkan penghakiman Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berpuas
hati bahawa Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah gagal menyatakan apakah perkara-perkara yang tidak
lengkap atau tidak ada di dalam Rekod Rayuan Perayu berdasarkan seksyen 138(6) Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 atau pun Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004.
✔ Jika dilihat kepada hujah Perayu, Perayu menyatakan bahawa kesemua Rekod Rayuan Perayu semasa di
Mahkamah Tinggi Syariah adalah lengkap berdasarkan Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004 tersebut kecuali hanya
satu perkara sahaja yang tidak disertakan iaitu saman dan fakta ini tidak dipertikaikan oleh Responden di dalam
hujahnya.
✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berpendapat bahawa undang-undang dan Arahan Amalan tidak membuat
sesuatu peruntukan yang begitu ‘rigid’ khususnya dalam soal menolak sesuatu kes yang tidak mematuhi sesuatu
formaliti atau standard yang ditetapkan di dalam sesuatu prosiding, sebaliknya ia membuka ruang kepada budi
bicara dan kebijaksanaan seseorang hakim di dalam menilai samada ketidakpatuhan atau kecacatan sesuatu
prosiding tersebut telah menjejaskan peradilan ataupun tidak.
39
(PANEL HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH) PENGHAKIMAN Y.A.A TAN SRI IBRAHIM BIN
LEMBUT, HMRYS, Y.A DATO’ MUHAMAD ASRI BIN ABDULLAH, HMRYS DAN Y.A DATUK ABU
BAKAR BIN AHMAD, HMRYS:
Your Logo or Name Here
✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah merujuk kepada seksyen 207 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 yang menjelaskan bahawa:
i. pertimbangan samada untuk meneruskan atau membatalkan sesuatu prosiding disebabkan sesuatu
ketakaturan adalah terletak di bawah budibicara Mahkamah.
i. Mahkamah boleh membuat sesuatu penghakiman walaupun mungkin ada beberapa kesilapan pada prosedur
dan sekiranya sesuatu hukuman atau perintah telah dijatuhkan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa
kompeten, ianya tidak boleh diakas atau diubah oleh Mahkamah yang lebih tinggi disebabkan soal atau isu
prosiding kecuali dalam keadaan yang mana kegagalan peradilan telah berlaku disebabkan ketakaturan
tersebut.
✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berpuas hati dan bersetuju dengan hujah Perayu bahawa penolakan
kes rayuan Perayu oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan seksyen 138(6) Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004 adalah silap dan
tidak wajar dan sewajarnya Perayu diberikan peluang untuk memperbetulkan kecacatan atau kekurangan
tersebut.
✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan:
i. Menerima rayuan perayu.
ii. Perintah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah diketepikan.
iii. Perintahkan kes tersebut didengar semula dan Perayu diberikan ruang untuk melengkapkan dan
memperbetulkan Rekod Rayuannya.
40
Your Logo or Name Here 41
THE
END

More Related Content

Similar to 10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx

KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSShafizuddinhussin
 
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendahAtur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendahazam_hazel
 
Perbandingan kaedah peguam syarie
Perbandingan kaedah peguam syariePerbandingan kaedah peguam syarie
Perbandingan kaedah peguam syarieSweeties Shinchan
 
Badan Kehakiman
Badan KehakimanBadan Kehakiman
Badan Kehakimanazam_hazel
 

Similar to 10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx (7)

Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendahAtur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
 
Perbandingan kaedah peguam syarie
Perbandingan kaedah peguam syariePerbandingan kaedah peguam syarie
Perbandingan kaedah peguam syarie
 
Badan Kehakiman
Badan KehakimanBadan Kehakiman
Badan Kehakiman
 
5. pengaduan new2015.
5. pengaduan new2015.5. pengaduan new2015.
5. pengaduan new2015.
 

10. Pembentangan 10 - SEMAKAN.pptx

  • 1. Pembentangan 10: Semakan (Bahagian. VI) PENSYARAH YA ZULFIKRI YASOA AHLI KUMPULAN NAZIRAH BINTI ZAINUDIN 2020954519 NOR HIDAYAHADILATULASYQIN BINTI MOHD FITHRI 2020382435 DIYANA MANOGA 2020954453 NUR FARHANAH AZHAR 2020954529 NUR HAZWANI BINTI OTHMAN 2020954405 IMANINA BINTI ISMAIL 2020954457 FATHIMAH HAWA BT MOHAMAD KOFLI 2020954433 NURAMALINA BINTI YAHYA 2020954459
  • 2. INTIPATI PEMBENTANGAN ❖ KUASA UNTUK MENYEMAK ❖ PENDENGARAN SEMASA PENYEMAKAN ❖ PERINTAH SELEPAS PENYEMAKAN DILAKUKAN ❖ HAL-HAL LAIN BERKAITAN ACARA JENAYAH- PERUNTUKAN KHAS BERKAITAN KETERANGAN ❖ KETAKTERATURAN PROSIDING
  • 3. Your Logo or Name Here Halsbury Law of Malaysia, 2001: 78 Maksud Semakan : 3 • Semakan Kehakiman (judicial review) bermaksud suatu proses di mana Mahkamah Tinggi menjalankan bidangkuasa pengawasan ke atas prosiding dan keputusan mahkamah yang lebih rendah, tribunal, badan-badan atau individu yang menjalankan fungsi kuasi kehakiman atau yang menjalankan tugas-tugas awam
  • 4. Your Logo or Name Here • Semakan kehakiman terhadap kes jenayah syariah berlaku apabila pihakpihak tidak berpuas hati dengan keputusan tindakan badan penguatkuasaan undang-undang kesalahan jenayah syariah atau keputusan Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang dikenakan tuduhan akan mempertikaikan kes ke peringkat yang lebih tinggi atas dakwaan bahawa badan penguatkuasaan jenayah syariah telah melanggar hak asasi mereka sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. • Antara pelanggaran kebebasan asasi yang selalu dibangkitkan adalah seperti • Perkara 5 (kebebasan diri), • Perkara 8 (kesamarataan), • Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) dan • Perkara 11 (kebebasan beragama). • Perlu dinyatakan, ianya bukanlah satu isu yang baru, kerana berdasarkan kepada kes-kes berkaitan Syariah dahulu yang dilaporkan, semakan kehakiman ini sememangnya telah berlaku pada ketika itu. Namun begitu, ianya kurang diberi perhatian kerana syariah masih belum menjadi satu polemik sepertimana yang berlaku pada masa kini. Terkini, beberapa keslebih banyak melibatkan kes-kes mal (sivil) dan tidak ketara dalam hal-hal jenayah syariah. Tambahan lagi, istilah semakan kehakiman khususnya dalam kes jenayah yang dilaporkan, antaranya • Muhamad Juzaili Mohd Khamis & Ors. lwn. Kerajaan Negeri Sembilan & Lain-lain, Sulaiman Takrib lwn. Kerajaan Negeri Terengganu. 4
  • 5. Your Logo or Name Here Kuasa Untuk Menyemak 5
  • 6. Your Logo or Name Here Seksyen 168. Kuasa untuk menyemak. • (1) Jika mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas menyampaikan keputusannya berpendapat bahawa keputusannya itu silap, dia boleh merujukkan keputusannya kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk disemak; dan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh dalam keadaan yang seumpama itu berbuat sedemikian, kepada Mahkamah Rayuan Syariah. • (2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah Tinggi Syariah boleh memanggil dan memeriksa rekod mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi maksud memuaskan hatinya tentang ketepatan, kesahan atau kewajaran mana-mana dapatan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan dan tentang apa-apa keteraturan mana-mana prosiding Mahkamah itu; dan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa penyemakan yang serupa berkenaan dengan apa-apa prosiding atau perkara di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah. ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 6
  • 7. Your Logo or Name Here Seksyen 169. Kuasa untuk memerintahkan siasatan lanjut • Setelah memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen 168, Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa penyemakan boleh mengarahkan Mahkamah yang relevan untuk membuat, dan Mahkamah itu hendaklah membuat apa-apa siasatan lanjut sebagaimana yang diarahkan. ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 7
  • 8. Your Logo or Name Here Arahan Amalan No.7 Tahun 2014 Peraturan Semakan Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Atau Di Mahkamah Rayuan Syariah 8
  • 9. Your Logo or Name Here 9
  • 10. Your Logo or Name Here 10
  • 11. Your Logo or Name Here Seksyen 170. Kuasa semasa penyemakan • (1) Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakannya, Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu dirujukkan kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 141, 145, 146 dan 147. • (2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya dalam membela dirinya sendiri. • (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa kepada Mahkamah yang menjalankan mana- mana bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan. ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 11
  • 12. Your Logo or Name Here Abdul Kahar bin Ahmad v Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor [2016] 4 SHLR 55 12
  • 13. Your Logo or Name Here • Tertuduh telah dituduh atas lima kesalahan iaitu kesalahan-kesalahan berkaitan doktrin palsu, dakwaan palsu, menghina atau menyebabkan Agama Islam dipandang hina, menghina pihak berkuasa Agama Islam dan pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Tertuduh telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan dijatuhkan hukuman dan rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan Syariah telah ditolak. Dalam tindakan ini, Ketua Hakim SyarieNegeri Selangor telah memohon untuk menyemak keputusan hukuman bagi kesalahan berkaitan dakwaan palsu yang telah dijatuhkan ke atas tertuduh oleh hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Bagi kesalahan dakwaan palsu ini, hakim bicara telah mengenakan hukuman tambahan selain dari yang diperuntukkan di dalam s 8 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 (‘Enakmen’) iaitu tertuduh juga di hantar ke pusat pemurnian akidah mengikut s 54(1) Enakmen. Isu-isu yang berbangkit adalah berkaitan dengan pelaksanaan perintah di bawah s 54 Enakmen dan sama ada hakim dalam tindakan ini di dalam kapasiti sebagai hakimMahkamah Rayuan Syariah boleh membuat semakan ke atas kes yang telah ditentukan oleh hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain. • Diputuskan, menolak permohonan semakan: • (1) Perintah agar tertuduh dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor bagi mengikuti program pemulihan akidah (istitabah) selama tempoh enam bulan yang terakhir sebelum hukuman pemenjaraan ini tamat adalah satu perintah yang khilaf kerana ianya termasuk dalam tempoh pemenjaraan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Perintah kaunseling/pusat pemulihan sepatutnya bermula setelah hukuman pemenjaraan tamat dan bukannya dalam tempoh pemenjaraan (lihat perenggan 14). • (2) Kegagalan peradilan jenayah yang disebabkan oleh pihak berkuasa tidak sepatutnya dibebankan ke atas tertuduh. Dalam kes ini, tertuduh telah menjalani hukuman pemenjaraan yang dilaksanakan oleh pihak jabatan penjara.Walaupun terdapat kekhilafan dalam perintah kaunseling/pusat pemulihan ke atas tertuduh yang ianya menyebabkan perintah tersebuttidak dapat dilaksanakan, tertuduh tidak harus dipersalahkan (lihat perenggan 16–17). • (3) Prinsip Syarak membenarkan keputusan mahkamah tertinggi disemak semula oleh hakim yang sama atau suatu badan/tribunal lain dengan syarat kuasa tersebut diberikan dengan nyata oleh pemerintah. Namun, dalam kes ini, tidak ada kuasa khas yang diberikan kepada mahkamah, oleh itu, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak perintah yang telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah (lihat perenggan 19–20).] 13
  • 14. Your Logo or Name Here Pendengaran Semasa Penyemakan 14
  • 15. Your Logo or Name Here Penyemakan tidak perlu dilakukan di dalam mahkamah terbuka atau memerlukan kehadiran pihak-pihak tetapi boleh dilakukan berdasarkan affidavit permohonan dan keterangan yang dibekalkan. Tetapi, sekiranya perlu mahkamah boleh memanggil mana- mana pihak berdasarkan kepada Seksyen 171 ETJS. 15
  • 16. Your Logo or Name Here Seksyen 171. Mendengar pihak-pihak semasa penyemakan. Tiada pihak mempunyai apa-apa hak untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie, di hadapan mana-mana Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa penyemakannya tetapi Mahkamah itu boleh, jika difikirkannya patut, mendengar mana-mana pihak sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya. ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 16
  • 17. Your Logo or Name Here Perintah Selepas Penyemakan Dilakukan 17
  • 18. Your Logo or Name Here PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI PERINTAH SELEPAS PENYEMAKAN DILAKUKAN Arahan Amalan No. 6 Tahun 2018 : Pemakluman Keputusan/Perintah Bagi Kes-kes Rayuan Dan Permohonan Semakan Bagi Kes Yang Telah Diputuskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 : Seksyen 172 : Perintah apabila kes disemak
  • 19. Your Logo or Name Here Seksyen 172. Perintah apabila kes disemak. Apabila suatu kes disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memaklumkan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah itu setelah diubah, alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah itu dimaklumkan sedemikian hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang diperakukan sedemikian dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya. ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 19
  • 20. Your Logo or Name Here ARAHAN AMALAN NO.6 TAHUN 2018 Pemakluman Keputusan/Perintah Bagi Kes-kes Rayuan Dan Permohonan Semakan Bagi Kes Yang Telah Diputuskan. i. Mana-mana Mahkamah yang mendengar rayuan, Ketua Pendaftar atau/dan Pendaftar Mahkamah berkenaan, hendaklah memaklumkan secara bertulis mana-mana keputusan/perintah kes rayuan itu kepada mahkamah yang keputusannya dirayu dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh keputusan/perintah dikeluarkan ; dan ii. Mana-mana Mahkamah yang menjalankan kuasa semakan dan pengawasan, Ketua Pendaftar Mahkamah atau/dan Pendaftar Mahkamah berkenaan, hendaklah memaklumkan secara bertulis mana-mana keputusan/ perintah permohonan semakan itu kepada pihak-pihak dan mahkamah yang keputusannya atau prosiding di hadapannya telah disemak dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh keputusan/perintah dikeluarkan
  • 21. Your Logo or Name Here • Keputusan semakan perlulah dimaklumkan kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan hukuman atau perintah yang disemak itu. • Apabila permohonan sesuatu semakan itu dibuat terhadap sesuatu kes yang sedan berjalan (sama ada oleh pihak- pihak atau Hakim), maka prosiding kes tersebut perlulah digantung untuk sementara waktu sementa kes tersebut disemak di Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah. • Seksyen 51(2) Akta 505:- Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah. 21
  • 22. Your Logo or Name Here Ketua Pendakwa Syarie lwn Nik Man Bin Raja Mat & Ors [2011] 4 SHLR Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Terengganu Fakta Kes ❖ Kes semakan ini dipohon oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu untuk disemak oleh Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. ❖ Kedua-dua tertuduh telah dituduh di bawah peruntukkan Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Hakim bicara dalam Mahkamah Rendah Syariah telah memutuskan bahawa kedua-dua tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. ❖ Ketua Pendakwa Syarie merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah namun Notis dan Alasan Rayuan tidak menjelaskan dengan nyata perkara yang bercanggah dalam keputusan hakim dengan hukum Syarak atau undang-undang ❖ Hakim Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan rayuan Isu Kes ❖ Sama ada tertuduh apabila ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, berada dalam kedudukan yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa mereka melakukan aktiviti yang tidak bermoral Keputusan ❖ Mengesahkan keputusan hakim bicara dan perintahnya hendaklah dikekalkan. ❖ Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu bersetuju dan membuat perintah bahawa keputusan rayuan dalam kes jenayah ini yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim MahkamahTinggi Syariah Terengganu hendaklah dibatalkan dan perintah oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu yang dibuat hendaklah dikekalkan
  • 23. Your Logo or Name Here Hal-hal lain berkaitan acara jenayah- peruntukan khas berkaitan keterangan (Bab 4 Bah VII) 23
  • 24. Your Logo or Name Here ⮚ (1) Bilamana ternyata kepada seseorang Hakim bahawa mana-mana orang yang dapat memberikan keterangan material sama ada bagi pihak pendakwa atau pihak pembela berhubungan dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap sakit tenat sehinggakan tidak praktik untuk mengambil keterangannya mengikut perjalanan biasa undang-undang, Hakim itu boleh mengambil deposisi orang itu dengan syarat apa-apa notis yang munasabah sebagaimana yang mungkin dalam kes itu telah diberikan kepada Pendakwa dan tertuduh tentang cadangan mengambil deposisi itu dan tentang masa dan tempat di mana Hakim itu bercadang mengambilnya ⮚ (2) Jika tertuduh berada dalam jagaan, seorang Hakim boleh memerintahkan pegawai yang menjaga penjara itu menghantar tertuduh ke tempat itu pada waktu yang telah diberitahukan dan pegawai itu hendaklah menghantarnya dengan sewajarnya. ⮚ (3) Apabila dibuktikan pada perbicaraan tertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan deposisi itu bahawa deponennya telah mati atau bahawa kerana apa-apa sebab yang mencukupi kehadirannya tidak dapat diperolehi, deposisi itu bolehlah dibacakan sama ada bagi atau terhadap tertuduh, walaupun dia tidak hadir semasa deposisi itu diambil, jika deposisi itu diperakui di bawah tandatangan Hakim yang mengambilnya dan yang sebaliknya tidak dibuktikan, atau jika ditunjukkan melalui keterangan ekstrinsik bahawa deponen memang pada masa pemeriksaannya sakit tenat sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dan bahawa deposisi itu telah diambil dengan sewajarnya di tempat dan pada masa yang diberitahukan itu dan bahawa notis yang munasabah tentang niat untuk mengambilnya telah diberikan kepada orang yang terhadapnya deposisi itu dikemukakan sebagai keterangan, supaya dia atau Peguam Syarienya dapat hadir dan mendapat, jika dia memilih untuk hadir, peluang penuh untuk pemeriksaan balas. SEKSYEN 192 : TATACARA APABILA ORANG YANG DAPAT MEMBERIKAN KETERANGAN MATERIAL SAKIT TENAT 24
  • 25. Your Logo or Name Here Seksyen 193. Jika orang yang terikat untuk memberikan keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia 25 Bilamana dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan mana-mana kesalahan boleh tangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa matlamat keadilan akan barangkali terjejas jika orang itu tidak hadir pada perbicaraan itu untuk memberikan keterangan, Hakim boleh, atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie atau tertuduh dan selepas peruntukan wajar dibuat bagi saraannya dan bagi memampasinya kerana penahanannya dan masanya yang terbuang, memenjarakan orang itu di penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga dia memberikan jaminan yang memuaskan hati bahawa dia akan memberikan keterangan pada perbicaraan itu
  • 26. Your Logo or Name Here Seksyen 194. Laporan orang tertentu. 26 S.(1) Dokumen berupa laporan dan mendapat tandatangan daripada (disebut dalam Subseksyen (2)) : {mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisis olehnya atau apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk laporan boleh diberikan sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini} Subseksyen 2: a) Pegawai Institut Perubatan b) Pegawai Perubatan Kerajaan c) Ahli kimia yang dalam penggajian Kerajaan Malaysia d) Orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai Pemeriksa Dokumen e) Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sedemikian di bawah mana- mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat yang berkuat kuasa di Malaysia f) Mana-mana orang atau golongan orang yang baginya Duli Yang Maha Mulia Sultan mengistiharkan melalui pemberitahuan dalam Warta bahawa peruntukan seksyen ini terpakai melainkan jika orang itu atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi— a) Oleh Mahkamah b) Oleh tertuduh, dan dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan notis kepada Pendakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum perbicaraan dimulakan (3) Orang yang disebut dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah melalui Enakmen ini terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka
  • 27. Your Logo or Name Here • CONTOH: Amir ditangkap atas kesalahan minum arak tetapi tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. OKT ada rekod sebelum ini atas kesalahan yang sama (minum arak). SABITAN @ PEMBEBASAN TERDAHULU DIJADIKAN SEBAGAI SATU KETERANGAN (PIHAK PLAINTIF) 27 Seksyen 195 ETCJSS Dokumen • Suatu cabutan hukuman @ perintah yang ditandatangani oleh pegawai Mahkamah (pegawai yang merekodkan keputusan Mahkamah bagi kes tersebut) atau; • Dalam dokumen tersebut, OKT dalam kes tersebut adalah orang yang sama. Pegawai penjara • Pengakuan Pegawai Penjara. • Pegawai Penjara tersebut mengaku bahawa dokumen tersebut dia yang tanda tangan dan OKT dalam kes tersebut adalah orang yang sama.
  • 28. Your Logo or Name Here PENDAKWA HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU V NOR THURAYA BT SALLEH (2013) 28 OKT dituduh atas perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di dalam sebuah kenderaan yang sedang berhenti pada lebih kurang jam 1.30 tengah hari. Dua unsur utama yang perlu dijelaskan dalam kesalahan ini adalah apakah hubungan antara OkT dan pasangannya; sama ada wujud perbuatan OKT dan pasangannya sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Kesalahan OKT ini adalah kesalahan kali kedua yang mana OKT pernah disabitkan bersalah dan telah dihukum dengan kesalahan khalwat.
  • 29. Your Logo or Name Here 29 Mahkamah memutuskan: 1. OKT tidak terhalang untuk berkahwin dengan pasangannya mengikut hukum syara’. OKT telah membuat pengakuan mengenai fakta ini. 2. Antara elemen-elemen yang didapati dalam perbuatan yang dilakukan oleh OKT dan pasangannya semasa ditangkap, yang boleh dianggap sebagai perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah iaitu; zip seluar lelaki pasangan OKT telah terbuka sehingga menampakkan kemaluan; OKT sedang berpelukan sambil berbaring dengan pasangannya di tempat duduk hadapan kenderaan. Kedua-duanya adalah qarinah bahawa OKT dan pasangannya mempunyai motif untuk melakukan kesalahan yang tidak bermoral 3. Mahkamah juga mempertimbangkan fakta bahawa walaupun OKT baru memasuki usia 20 tahun, dia telah disabitkan dengan dua kesalahan di bawah undang-undang jenayah Syariah. Kesalahan kali kedua yang dilakukan OKT adalah lebih berat lagi dari kesalahan kali pertama. Di peringkat usia sebegitu, OKT tidak mendapat didikan yang baik daripada sudut agama dan juga kurang pemantauan daripada ahli keluarga. Penahanan di pusat pemulihan akan memberikan ruang dan peluang kepada OKT untuk diberikan kesedaran dan bimbingan yang sewajarnya agar OKT dapat mengharungi kehidupan sosialnya pada masa akan datang.
  • 30. Your Logo or Name Here • Seksyen 196 ETCJSS: • Sekiranya OKT tidak hadir semasa perbicaraan dan penangkapannya tiada harapan untuk dilakukan serta- merta, Mahkamah boleh mengarahkan perbicaraan dijalankan tanpa OKT dengan memeriksa saksi-saksi pihak plaintif (jika ada) dan merekodkan deposisi (keterangan bertulis) mereka. • Sekiranya OKT sudah ditangkap dan saksi-saksi plaintif sudah mati atau tidak berupaya untuk hadir bagi memberikan keterangan sekali lagi, Mahkamah boleh, memberikan deposisi mereka yang telah direkodkan seperti mana di dalam seksyen 196 (1) ETCJSS kerana kos perbelanjaan atau kesusahan yang dalam hal keadaan kes itu tidak munasabah. REKOD KETERANGAN SEMASA KETIDAKHADIRAN OKT 30
  • 31. Your Logo or Name Here • Seksyen 197 ETCJSS: • Sekiranya OKT ingin mengemukakan pembelaan alibi, notis bertulis mengenainya mestilah diserahkan kepada pihak pendakwa terlebih dahulu sekurang-kurangnnya 10 hari sebelum tarikh perbicaraan. • NOTIS PEMBELAAN ALIBI: - Butir-butir mengenai tempat OKT berada semasa jenayah tersebut berlaku. - Nama dan alamat saksi-saksi yang OKT nak panggil bagi membuktikan alibinya. KETERANGAN BAGI PIHAK OKT 31
  • 32. Your Logo or Name Here kETAKTERATURAN Prosiding (Bab 8 Bah VII) 32
  • 33. Your Logo or Name Here • Tiada dapatan, hukuman atau perintah mana-mana Mahkamah boleh diketepikan semata- mata atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain yang dalam perjalanannya dapatan, hukuman atau perintah itu telah dicapai, dijatuhkan atau dibuat, telah dijalankan di dalam kawasan tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, melainkan jika ternyata bahawa kesilapan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan. SEKSYEN 205- PROSIDING DI TEMPAT YANG SALAH, DSB. 33
  • 34. Your Logo or Name Here • (1) Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat Mahkamah Rayuan, kegagalan peradilan telah disebabkan olehnya. (2) Jika Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kegagalan peradilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan. SEKSYEN 206- PENINGGALAN MEMBENTUK PERTUDUHAN 34
  • 35. Your Logo or Name Here • Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada dapatan, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten boleh diakaskan atau diubah oleh sebab— (a) apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketakteraturan dalam aduan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan di bawah Enakmen ini; (b) tidak terdapat keizinan yang dikehendaki oleh undang-undang; atau (c) penerimaan atau penolakan tak wajar apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan, penerimaan atau penolakan tak wajar keterangan, ketakteraturan, ketiadaan keizinan atau salah arahan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan. SEKSYEN 207-KETAKTERATURAN TIDAK MEMBATALKAN PROSIDING 35
  • 36. Your Logo or Name Here TUAN MANAN BIN TUAN SOH LWN KETUA PENDAKWA SYARIE (JH 3 BAHAGIAN II) • Perayu tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang telah dikeluarkan oleh YA Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang menolak keseluruhan rayuan Perayu dan mengekalkan hukuman Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. • Perayu telah didakwa di bawah seksyen 40(2) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 1984, iaitu berkahwin tanpa kebenaran pendaftar. • Mahkamah Rendah Syariah telah mensabitkan kesalahan Perayu dan menjatuhkan hukuman penjara selama 4 hari atas kesalahan tersebut. • Perayu tidak berpuas hati dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, namun Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah. • Perayu memfailkan Notis Rayuan dan Petisyen Rayuan. KES BERKAITAN 36
  • 37. Your Logo or Name Here • Y.A HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR TELAH TERSILAP DARI SEGI FAKTA DAN UNDANG-UNDANG APABILA: a. Y.A Hakim tidak mengarahkan dirinya kepada pemerhatian yang tepat tentang Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004 ketika mana menolak rayuan Perayu dengan alasan bahawa perkara-perkara tersebut jika tidak diikuti dengan sepenuhnya boleh mencacatkan rayuan Perayu kerana fakta- fakta yang relevan dalam rayuan Perayu tidak ada dalam Rekod Rayuan yang disediakan oleh Perayu. a. Y.A Hakim gagal untuk meneliti bahawa perkara-perkara yang tidak ada dalam Rekod Rayuan adalah perkara yang bukannya melibatkan fakta-fakta dan tidak mencacatkan rayuan yang dikemukakan oleh Perayu tersebut. a. Y.A Hakim gagal mengarahkan dirinya untuk mengguna pakai seksyen 230(2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 di mana Y.A Hakim sepatutnya memberi peluang kepada Perayu untuk melengkapkan Rekod Rayuan disebabkan kelalaian dan kealpaan yang dibuat oleh Perayu dan bukannya menolak terus rayuan Perayu. 37 PERAYU MENGEMUKAKAN 6 ALASAN UNTUK MENYOKONG RAYUANNYA DI DALAM PETISYEN RAYUANNYA :
  • 38. Your Logo or Name Here d. Y.A Hakim gagal meletakkan dirinya sepertimana yang sepatutnya berpandukan kepada seksyen 140 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 bahawa satu-satu permohonan yang tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu enakmen ini masih boleh dibenarkan dan kerana kegagalan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor tersebut telah menyebabkan rayuan Perayu tersebut ditolak. d. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor juga telah tersilap ketika menolak rayuan Perayu dengan alasan Perayu tidak menunjukkan kesungguhan dalam rayuannya sedangkan Perayu telah cuba mematuhi sedaya upaya dan sekiranya ada sedikit kecacatan, sepatutnya Perayu diberikan peluang untuk memperbetulkannya dan kecacatan yang dilakukan tersebut adalah dalam peratusan yang kecil sahaja. d. Y.A Hakim telah menolak rayuan Perayu di atas alasan Rekod Rayuan tidak lengkap sedangkan tidak ada sebarang peruntukan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang jelas menunjukkan bahawa rayuan Perayu hendaklah ditolak apabila berlakunya kecacatan pada Rekod Rayuan. 38
  • 39. Your Logo or Name Here ✔ Berdasarkan penghakiman Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berpuas hati bahawa Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah gagal menyatakan apakah perkara-perkara yang tidak lengkap atau tidak ada di dalam Rekod Rayuan Perayu berdasarkan seksyen 138(6) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 atau pun Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004. ✔ Jika dilihat kepada hujah Perayu, Perayu menyatakan bahawa kesemua Rekod Rayuan Perayu semasa di Mahkamah Tinggi Syariah adalah lengkap berdasarkan Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004 tersebut kecuali hanya satu perkara sahaja yang tidak disertakan iaitu saman dan fakta ini tidak dipertikaikan oleh Responden di dalam hujahnya. ✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berpendapat bahawa undang-undang dan Arahan Amalan tidak membuat sesuatu peruntukan yang begitu ‘rigid’ khususnya dalam soal menolak sesuatu kes yang tidak mematuhi sesuatu formaliti atau standard yang ditetapkan di dalam sesuatu prosiding, sebaliknya ia membuka ruang kepada budi bicara dan kebijaksanaan seseorang hakim di dalam menilai samada ketidakpatuhan atau kecacatan sesuatu prosiding tersebut telah menjejaskan peradilan ataupun tidak. 39 (PANEL HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH) PENGHAKIMAN Y.A.A TAN SRI IBRAHIM BIN LEMBUT, HMRYS, Y.A DATO’ MUHAMAD ASRI BIN ABDULLAH, HMRYS DAN Y.A DATUK ABU BAKAR BIN AHMAD, HMRYS:
  • 40. Your Logo or Name Here ✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah merujuk kepada seksyen 207 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menjelaskan bahawa: i. pertimbangan samada untuk meneruskan atau membatalkan sesuatu prosiding disebabkan sesuatu ketakaturan adalah terletak di bawah budibicara Mahkamah. i. Mahkamah boleh membuat sesuatu penghakiman walaupun mungkin ada beberapa kesilapan pada prosedur dan sekiranya sesuatu hukuman atau perintah telah dijatuhkan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa kompeten, ianya tidak boleh diakas atau diubah oleh Mahkamah yang lebih tinggi disebabkan soal atau isu prosiding kecuali dalam keadaan yang mana kegagalan peradilan telah berlaku disebabkan ketakaturan tersebut. ✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berpuas hati dan bersetuju dengan hujah Perayu bahawa penolakan kes rayuan Perayu oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan seksyen 138(6) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Arahan Amalan No. 15 Tahun 2004 adalah silap dan tidak wajar dan sewajarnya Perayu diberikan peluang untuk memperbetulkan kecacatan atau kekurangan tersebut. ✔ Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan: i. Menerima rayuan perayu. ii. Perintah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah diketepikan. iii. Perintahkan kes tersebut didengar semula dan Perayu diberikan ruang untuk melengkapkan dan memperbetulkan Rekod Rayuannya. 40
  • 41. Your Logo or Name Here 41 THE END