SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Peluang dan Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran TMK Tahun 6 :
Perkongsian Pengalaman
1
Mohamed Nazul Ismail, 2
Mahamsiatus Kamaruddin, 3
Nor ‘Aini Mohamed Nor
1,2 ,3
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
nazulmaster@yahoo.com
Abstrak
Pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam kurikulum di sekolah membawa
cabaran kepada guru dan pelajar. Mata pelajaran TMK
bukan lagi bersifat mengintegrasikan penggunaan perisian
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), tetapi
berkonsepkan penyelesaian masalah dengan
memanfaatkan pemikiran komputasional. Pelaksanaan
TMK di sekolah rendah diajar oleh guru yang diberikan
kursus khas mengenai pelaksanaan kurikulum TMK oleh
Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK). Namun sejauh mana
kursus tersebut mampu meningkatkan kelancaran guru
mengajar TMK dan menjadikan pelajar di sekolah
kompeten TMK jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini
bertujuan mengemukakan peluang dan cabaran
pelaksanaan kursus yang dijalankan berdasarkan
pengalaman JUK kepada bakal guru TMK yang mengajar
salah satu tajuk dalam kurikulum TMK iaitu
‘Pengaturcaraan Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di
sekolah rendah. Kajian ini dijalankan menggunakan
pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan. Dapatan
kajian menjelaskan empat peluang dan lima cabaran
perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6. Hasil kajian ini
diharap dapat dijadikan rujukan asas kepada guru TMK,
penggubal dan perancang kurikulum untuk menambah
baik pelaksanaan subjek TMK di sekolah pada masa
hadapan.
Kata kunci: Mata pelajaran TMK, Pengaturcaraan Scratch
Abstract
Implementation of the Information and Communication
Technology (ICT) subjects in primary school curriculum
bring a challenge to teachers and students. ICT subjects are
no longer about using the software in teaching and
learning but focusing on the concept of problem-solving
using computational thinking. ICT subject in primary
schools taught by teachers who have attended a special
course of ICT curriculum conducted by national trainers.
However, the extent to which the course can improve the
ease of teachers to teach ICT and making students
competent in ICT rarely discussed. Therefore, this study
aims to review the opportunities and challenges of courses
conducted by national trainers experience to prospective
teachers who teach ICT as one of the topics in the ICT
curriculum that is 'Scratch Programming' to student’s year
6 at primary school. This study was conducted by using a
qualitative approach through a survey method. The
findings show four opportunities and five challenges in
order to implement ICT subject in Year 6. It is expected as a
reference basis for ICT teachers, curriculum planner to
improve the implementation of the subject of ICT in schools
in the future.
Keywords: ICT subject, Scratch programming
Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025) telah menggariskan salah satu anjakan utama
transformasi sistem pendidikan negara adalah
memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Sehubungan
itu, bermula pada tahun 2014 mata pelajaran TMK
diajar dalam kurikulum pelajar Tahap II di sekolah
rendah. Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II
adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian
murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dalam bidang
TMK. Dengan kata lain ia bertujuan memastikan
murid menguasai pengetahuan dan kemahiran
khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari,
menggalakkan kreativiti dan menyediakan
pembelajaran yang menarik (Bahagian
Perkembangan Kurikulum, 2015).
TMK dalam pendidikan bukan lagi sesuatu yang asing.
Dalam era global dan digital, TMK merupakan alat
yang berkesan memudahkan pelaksanaan pendidikan
(Mohamed Nazul, 2013). Pengintegrasian TMK dalam
kurikulum tidak hanya untuk memastikan pelajar
belajar menggunakan TMK, tetapi juga untuk pelajar
boleh memanfaatkan pemikiran logik dalam
mengaplikasi dan melaksana sesuatu aktiviti atau
produk berasaskan TMK pada semua peringkat
pendidikan (PPPPM2013; BPK KPM 2016).
Peruntukan waktu mata pelajaran TMK adalah
sebanyak 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir
dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) selama setahun. Guru yang berkelulusan
diploma/ijazah dalam TMK atau setara, layak
mengajar mata pelajaran ini. Bagi guru yang tidak
berkelayakan tetapi berminat mengajar mata
pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas.
Kursus itu dikoordinasikan oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan
dibimbing oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) .
Bagi memantapkan penguasaan kemahiran dan
keyakinan guru TMK pihak Bahagian Pendidikan
Guru, JPN dan PPD juga turut menganjurkan kursus
Program Latihan untuk Guru (PLuG) yang dilengkapi
modul dan perlaksanaan kursus berkonsepkan
bimbingan rakan sekerja secara atas talian.
Namun sejauh mana kursus tersebut mampu
memantapkan pengajaran guru subjek TMK dan
menjadikan pelajar di sekolah kompeten dalam TMK
jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini
membincangkan peluang dan cabaran berdasarkan
pengalaman JUK mengendalikan kursus TMK kepada
guru yang mengajar salah satu tajuk yang terdapat
dalam matapelajaran tersebut iaitu, ‘Pengaturcaraan
Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di sekolah rendah.
Pernyataan Masalah
Pada 6 September 2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 (Utusan Malaysia,2013). PPPM merupakan
dokumen rasmi yang amat signifikan untuk
pembangunan pendidikan negara yang mampu
melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta
berkeperibadian tinggi yang turut merangkumi
mengenai fokus pendidikan TMK. Bermula pada
tahun 2013 pendidikan TMK tidak lagi hanya belajar
menggunakan tetapi ke arah membangunkan aplikasi
TMK berasaskan penyelesaian masalah semasa.
Bagi menghasilkan generasi yang bukan sahaja
menjadi pengguna akhir kepada TMK tetapi dapat
menghasilkan pelajar yang menjadi pembangun atau
pencipta sistem yang kreatif dan reflektif bukan
sekadar pengguna akhir, elemen kemahiran
pengaturcaraan telah dimasukkan dalam mata
pelajaran TMK, Tahun 6.
Sejajar dengan hasrat itu , penyelidik mengenal pasti
peluang yang boleh dikembangkan dan cabaran yang
dihadapi oleh pihak berkepentingan dalam
pelaksanaan mata pelajaran TMK.
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah mencungkil peluang yang ada
pada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan
dan cabaran yang bakal dihadapi oleh guru dan
pelajar khususnya apabila mata pelajaran TMK Tahun
6 ini diimplementasikan pada tahun 2016.
Objektif Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan bagi mencapai dua
objektif berikut :
(a) Mengenal pasti peluang pelaksanaan mata
pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah.
(b) Mengenal pasti pelaksanaan mata pelajaran TMK
Tahun 6 di sekolah rendah.
Persoalan Kajian
Objektif kajian ini telah menjana dua persoalan kajian
seperti berikut :
(a) Apakah peluang pelaksanaan mata pelajaran TMK
Tahun 6 di sekolah rendah?
(b) Apakah cabaran pelaksanaan mata pelajaran TMK
Tahun 6 di sekolah rendah?
Metodologi
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui
kaedah tinjauan. Data dikumpulkan secara temu bual
dengan mencungkil pengalaman JUK TMK Tahun 6
peringkat kebangsaan yang terlibat semasa proses
penyebaran Dokumen Standard Kandungan dan
Prestasi di Institiut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik (IPGKPT).
Dapatan Kajian
Dapatan kajian menjelaskan empat peluang dan lima
cabaran perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6.
Jadual 1: Ringkasan dapatan kajian
Bil Peluang Cabaran
1. Kursus dalam
perkhidmatan
Latar belakang
akademik guru
2. Perluasan opsyen
pengajian
Infrastruktur TMK di
sekolah
3. Peningkatan
kemahiran
pedagogi
Capaian internet
4. Perkongsian pintar Peningkatan beban
guru
5. Bimbingan berterusan
Perbincangan Kajian
Persoalan kajian kajian ini dibahagikan kepada dua
segmen iaitu bahagian peluang dan cabaran.
Peluang
1) Kursus dalam perkhidmatan
Dengan adanya mata pelajaran TMK
membuka peluang kepada guru-guru untuk
menambah satu lagi kemahiran berkaitan
TMK iaitu bahasa pengaturcaraan. Di antara
kursus untuk guru yang diadakan adalah
kursus peringkat KPM dan Program Latihan
untuk Guru (PLuG) di peringkat JPN. Kursus
ini khusus untuk guru-guru yang mengajar
bahasa pengaturcaraan tersebut. Kursus ini
dikendalikan secara bersemuka dan atas
talian mengikut ketetapan yang
dikoordinasikan oleh JPN dan PPD bersama
KPM.
2) Peluasan opsyen pengajian
Menyedari terdapat jurang kekosongan
dalam bidang TMK, Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) telah mengambil inisiatif
untuk menawarkan kursus Elektif Teras
dalam bidang Teknologi Maklumat. Institut
pendidikan guru kampus yang berkeupayaan
dari segi tenaga pengajar dan prasarana
berpeluang menawarkan kursus ini mulai
Ambilan Jun 2015 kepada pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).
3) Peningkatan kemahiran pedagogi
Memandangkan kehebatan seorang guru
bukan sahaja pada kelulusan akademik tetapi
turut merangkumi kelulusan ikhtisas iaitu
kemahiran pedagogi ketika menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
kemahiran dalam salah satu tajuk TMK iaitu
bahasa pengaturcaraan, guru berpeluang
untuk meningkatkan kemahiran dalam
melatih pelajar dengan kepelbagaian kaedah
pedagogi seperti pembelajaran kendiri,
pembelajaran kolaboratif, kaedah-penemuan
inkuiri, modul dan lain-lain. Pelaksanaan
mata pelajaran TMK membuka lembaran
baru dalam meningkatkan kemahiran dalam
kepelbagaian aspek termasuk disiplin dan
pentadbiran pedagogi dalam PdP.
4) Perkongsian pintar
Penggunaan aplikasi Whatsapp, Telegram,
Google Drive dan emel yang dikelolakan oleh
beberapa orang JUK memberikan ruang
perbincangan antara Ketua-Ketua Panitia
TMK dan JUK. Maklum balas yang serta
merta dari ahli kumpulan memudahkan
pengaliran dan perkongsian maklumat.
Kesulitan dan kemusykilan tentang
kandungan kursus dan saranan untuk
kemudahan latihan juga dapat ditangani
melalui aplikasi tersebut. Kumpulan JUK TMK
Tahun 6 - RASMI yang menggunakan aplikasi
Whatsapp bukan sahaja membincangkan
pelbagai isu pelaksanaan malah menjadi satu
platfom notifikasi perkara baru dalam
pendidikan di sekolah. Melalui Google Drive
pula perkongsian bahan-bahan seperti DSKP,
nota, bahan multimedia, hasilan
pengaturcaraan Scratch dan fail-fail lain yang
berkaitan turut dapat dilakukan.
Cabaran
1) Latar belakang akademik guru
Sehingga penulisan ini disediakan, bilangan
guru yang mempunyai opsyen TMK masih
lagi kurang berbanding dengan bilangan
sekolah yang memerlukan. Sejak tahun 2014,
guru dengan pelbagai opsyen telah diberi
tanggungjawab untuk mengajar TMK di
sekolah rendah. Pemilihan guru yang
mengajar TMK adalah berasaskan kepada
keupayaan seseorang guru yang mempunyai
minat untuk mempelajari kemahiran ini dan
mendapat arahan oleh pihak pentadbir.
Namun pada 2016, disiplin ilmu bidang TMK
di sekolah rendah adalah lebih mencabar
dengan pembelajaran pengaturcaraan.
Sewaktu penyebaran DSKP kepada Guru-guru
Panitia daerah, kebanyakan daripada mereka
menunjukkan tahap kesungguhan yang tinggi
dan berminat untuk mengalas tugas
mengajar, tetapi tahap kebimbangan guru-
guru ini terhadap keupayaan pelaksanaan di
sekolah nanti adalah agak tinggi berdasar
kepada refleksi yang diberikan pada akhir
kursus.
2) Infrastruktur TMK di sekolah
Kebanyakan sekolah rendah yang telah
dibekalkan dengan kemudahan makmal
komputer. Terdapat sebahagian komputer
yang ada telah lama dan rosak. Oleh itu pada
keseluruhannya bilangan komputer terhad
sama ada sekolah bandar, luar bandar dan
pendalaman. Malahan ada yang dibekalkan
dengan chrome book (komputer yang
memerlukan capaian internet). Kekangan ini
merupakan cabaran besar kerana subjek
pengaturcaraan komputer melibatkan proses
pengkodan dan perlaksanaan aturcara.
3) Capaian internet
Pada dasarnya Majlis Ekonomi (Economic
Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari
2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1
BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai
2011. Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan akan
dibekalkan dengan talian fiber dengan
kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada
10 mbps) manakala selebihnya, yang
merupakan sekolah luar bandar dan
pendalaman, telah dibekalkan dengan talian
VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh
ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah
kontensi 1:10. Di bawah projek ini, 10,000
sekolah rendah dan menengah kerajaan di
Malaysia kini dilengkapi dengan akses
Internet dan Persekitaran Pembelajaran
Maya (VLE).
Walau bagaimanapun, masih terdapat
rungutan bahawa capaian internet masih
kurang memuaskan walaupun perbekalan
perkhidmatan Yes menggunakan dongle
dibekalkan di sekolah-sekolah. Perbekalan
dongle adalah bergantung kepada bilangan
guru, bilik darjah dan persekitaran rangkaian
di sekolah. Guru-guru merasa agak tertekan
apabila menghadapi masalah capaian
internet yang perlahan langsung hilang minat
untuk menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran.
4) Peningkatan beban guru
Mata pelajaran TMK Tahun 6 melibatkan
proses penyelesaian masalah, kreativiti dan
pemikiran kritis untuk membangunkan
aturcara. Oleh itu guru perlu lebih tumpuan
untuk memahirkan diri dalam mata pelajaran
ini. Namun, guru-guru turut
dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas
pengkeranian dan pendokumentasian selain
daripada fokus pencapaian prestasi yang
cemerlang (Sugunah Supermane, 2014).
5) Bimbingan berterusan
Aktiviti seperti Continuing Profesional
Development (CPD) atau Profesional
Learning Community (PLC) bagi mata
pelajaran TMK perlu ditubuhkan di sekolah di
kalangan guru. Namun kuantiti guru yang
berkelayakan dalam bidang ini adalah sedikit.
terdapat sekolah mempunyai seorang guru
yang berpengalaman walaupun tiada
kelayakan untuk mengajar. Perkongsian idea
dan tempat rujukan adalah sangat terhad.
Keperluan untuk meningkatkan tahap
penguasaaan ilmu dan kemahiran dalam TMK
adalah terhad. Oleh itu guru-guru ini perlu
mencari ruang dan peluang dengan
berkursus dengan pihak yang berkelayakan.
Kesimpulan
Terdapat perubahan paradigma dalam penggunaan
TMK di sekolah. Jika sebelum ini pendidikan di
sekolah rendah menggunakan TMK sebagai satu cara
untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah tetapi kini penggunaan TMK di harap
sehingga pelajar mampu untuk membangunkan
aplikasi sendiri berkonsepkan penyelesaian masalah.
Kajian ini hanya merupakan berkongsi pengalaman
JUK yang terlibat semasa fasa penyebaran Dokumen
Standard Kandungan dan Prestasi TMK di sekolah-
sekolah. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh
digeneralisasikan kerana terhad berdasarkan
pengalaman responden kumpulan kecil. Walau
bagaimanapun, diharap kajian ini dapat dijadikan
sebagai rujukan asas oleh guru TMK, penggubal dan
perancang kurikulum untuk perluasan kajian lanjutan
di samping memperkemaskan lagi keberkesanan
pelaksanaan kurikulum TMK di sekolah rendah pada
masa hadapan.
Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2014. Kurikulum
Standard Sekolah Rendah : Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Tahun Enam.
Cetakan Pertama. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2015. Taklimat
mesyuarat penyelarasan program kurikulum
TMK antara BPK, Bahagian KPM dan SPA JPN
Bil 1/2015.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah).
Mohamed Nazul Ismail. 2013. Model Nilai Cipta-Sama
Sistem Pengurusan Pembelajaran. Tesis Ph.D.
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sugunah Supermane.2014. Tahap Kemahiran ICT
Guru dan Pengetahuan di Sekolah Rendah di
Zon Skudai, Johor. Seminar Pendidikan Zon
Selatan Malaysia di Melaka.
http://www.researchgate.net/publication/275
155655_TAHAP_KEMAHIRAN_ICT_GURU_DAN
_PENGURUSAN_PENGETAHUAN_DI_SEKOLAH_
RENDAH_DI_ZON_SKUDAI_JOHOR Diakses
pada 17 November 2015
Utusan Malaysia. 6 Sept 2013. TPM lancar PPPM
2013-2015
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Ne
geri/20130907/dn_01/TPM-lancar-PPPM-
2013-#ixzz3rn6Eu54m Diakses pada 18 Nov
2015.

More Related Content

More from Mohamed Nazul Ismail

More from Mohamed Nazul Ismail (20)

ENHANCING THE PEDAGOGICAL ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
ENHANCING THE PEDAGOGICAL  ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...ENHANCING THE PEDAGOGICAL  ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
ENHANCING THE PEDAGOGICAL ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
 
13 (KV Sandakan Pendidikan TVET untuk Pembangunan Negara)
13 (KV Sandakan Pendidikan  TVET untuk Pembangunan Negara)13 (KV Sandakan Pendidikan  TVET untuk Pembangunan Negara)
13 (KV Sandakan Pendidikan TVET untuk Pembangunan Negara)
 
14 (Seminar Transformasi TVET)
14 (Seminar Transformasi TVET)14 (Seminar Transformasi TVET)
14 (Seminar Transformasi TVET)
 
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
 
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
 
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
 
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalPusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
 
CERAMAH PROFESIONAL PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
CERAMAH PROFESIONAL  PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL CERAMAH PROFESIONAL  PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
CERAMAH PROFESIONAL PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
 
Kenali bahasa sabah
Kenali bahasa sabahKenali bahasa sabah
Kenali bahasa sabah
 
Kepada @ Pada
Kepada @ PadaKepada @ Pada
Kepada @ Pada
 
Rasuah Pemusnah Tamadun
Rasuah Pemusnah TamadunRasuah Pemusnah Tamadun
Rasuah Pemusnah Tamadun
 
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikanKerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
 
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
 
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademikAktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
 
Laporan aktiviti JK ePembelajaran
Laporan aktiviti JK ePembelajaranLaporan aktiviti JK ePembelajaran
Laporan aktiviti JK ePembelajaran
 
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPTLaporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
 
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan TeknikPusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
 
Motivasi bahasa
Motivasi bahasaMotivasi bahasa
Motivasi bahasa
 
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuKenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
 
Lawatan dari Morrocan Teacher Training School
Lawatan dari Morrocan Teacher Training SchoolLawatan dari Morrocan Teacher Training School
Lawatan dari Morrocan Teacher Training School
 

Recently uploaded (6)

PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 

Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2015- Peluang dan Cabaran

  • 1. Peluang dan Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran TMK Tahun 6 : Perkongsian Pengalaman 1 Mohamed Nazul Ismail, 2 Mahamsiatus Kamaruddin, 3 Nor ‘Aini Mohamed Nor 1,2 ,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik nazulmaster@yahoo.com Abstrak Pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum di sekolah membawa cabaran kepada guru dan pelajar. Mata pelajaran TMK bukan lagi bersifat mengintegrasikan penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), tetapi berkonsepkan penyelesaian masalah dengan memanfaatkan pemikiran komputasional. Pelaksanaan TMK di sekolah rendah diajar oleh guru yang diberikan kursus khas mengenai pelaksanaan kurikulum TMK oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK). Namun sejauh mana kursus tersebut mampu meningkatkan kelancaran guru mengajar TMK dan menjadikan pelajar di sekolah kompeten TMK jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengemukakan peluang dan cabaran pelaksanaan kursus yang dijalankan berdasarkan pengalaman JUK kepada bakal guru TMK yang mengajar salah satu tajuk dalam kurikulum TMK iaitu ‘Pengaturcaraan Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan. Dapatan kajian menjelaskan empat peluang dan lima cabaran perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan asas kepada guru TMK, penggubal dan perancang kurikulum untuk menambah baik pelaksanaan subjek TMK di sekolah pada masa hadapan. Kata kunci: Mata pelajaran TMK, Pengaturcaraan Scratch Abstract Implementation of the Information and Communication Technology (ICT) subjects in primary school curriculum bring a challenge to teachers and students. ICT subjects are no longer about using the software in teaching and learning but focusing on the concept of problem-solving using computational thinking. ICT subject in primary schools taught by teachers who have attended a special course of ICT curriculum conducted by national trainers. However, the extent to which the course can improve the ease of teachers to teach ICT and making students competent in ICT rarely discussed. Therefore, this study aims to review the opportunities and challenges of courses conducted by national trainers experience to prospective teachers who teach ICT as one of the topics in the ICT curriculum that is 'Scratch Programming' to student’s year 6 at primary school. This study was conducted by using a qualitative approach through a survey method. The findings show four opportunities and five challenges in order to implement ICT subject in Year 6. It is expected as a reference basis for ICT teachers, curriculum planner to improve the implementation of the subject of ICT in schools in the future. Keywords: ICT subject, Scratch programming Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025) telah menggariskan salah satu anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara adalah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Sehubungan itu, bermula pada tahun 2014 mata pelajaran TMK diajar dalam kurikulum pelajar Tahap II di sekolah rendah. Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dalam bidang TMK. Dengan kata lain ia bertujuan memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2015). TMK dalam pendidikan bukan lagi sesuatu yang asing. Dalam era global dan digital, TMK merupakan alat yang berkesan memudahkan pelaksanaan pendidikan (Mohamed Nazul, 2013). Pengintegrasian TMK dalam kurikulum tidak hanya untuk memastikan pelajar belajar menggunakan TMK, tetapi juga untuk pelajar boleh memanfaatkan pemikiran logik dalam
  • 2. mengaplikasi dan melaksana sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK pada semua peringkat pendidikan (PPPPM2013; BPK KPM 2016). Peruntukan waktu mata pelajaran TMK adalah sebanyak 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) selama setahun. Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau setara, layak mengajar mata pelajaran ini. Bagi guru yang tidak berkelayakan tetapi berminat mengajar mata pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas. Kursus itu dikoordinasikan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan dibimbing oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) . Bagi memantapkan penguasaan kemahiran dan keyakinan guru TMK pihak Bahagian Pendidikan Guru, JPN dan PPD juga turut menganjurkan kursus Program Latihan untuk Guru (PLuG) yang dilengkapi modul dan perlaksanaan kursus berkonsepkan bimbingan rakan sekerja secara atas talian. Namun sejauh mana kursus tersebut mampu memantapkan pengajaran guru subjek TMK dan menjadikan pelajar di sekolah kompeten dalam TMK jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini membincangkan peluang dan cabaran berdasarkan pengalaman JUK mengendalikan kursus TMK kepada guru yang mengajar salah satu tajuk yang terdapat dalam matapelajaran tersebut iaitu, ‘Pengaturcaraan Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di sekolah rendah. Pernyataan Masalah Pada 6 September 2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 (Utusan Malaysia,2013). PPPM merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan pendidikan negara yang mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi yang turut merangkumi mengenai fokus pendidikan TMK. Bermula pada tahun 2013 pendidikan TMK tidak lagi hanya belajar menggunakan tetapi ke arah membangunkan aplikasi TMK berasaskan penyelesaian masalah semasa. Bagi menghasilkan generasi yang bukan sahaja menjadi pengguna akhir kepada TMK tetapi dapat menghasilkan pelajar yang menjadi pembangun atau pencipta sistem yang kreatif dan reflektif bukan sekadar pengguna akhir, elemen kemahiran pengaturcaraan telah dimasukkan dalam mata pelajaran TMK, Tahun 6. Sejajar dengan hasrat itu , penyelidik mengenal pasti peluang yang boleh dikembangkan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan dalam pelaksanaan mata pelajaran TMK. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah mencungkil peluang yang ada pada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh guru dan pelajar khususnya apabila mata pelajaran TMK Tahun 6 ini diimplementasikan pada tahun 2016. Objektif Kajian Kajian ini telah dilaksanakan bagi mencapai dua objektif berikut : (a) Mengenal pasti peluang pelaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah. (b) Mengenal pasti pelaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah. Persoalan Kajian Objektif kajian ini telah menjana dua persoalan kajian seperti berikut : (a) Apakah peluang pelaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah? (b) Apakah cabaran pelaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah? Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan. Data dikumpulkan secara temu bual dengan mencungkil pengalaman JUK TMK Tahun 6 peringkat kebangsaan yang terlibat semasa proses penyebaran Dokumen Standard Kandungan dan
  • 3. Prestasi di Institiut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Dapatan Kajian Dapatan kajian menjelaskan empat peluang dan lima cabaran perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6. Jadual 1: Ringkasan dapatan kajian Bil Peluang Cabaran 1. Kursus dalam perkhidmatan Latar belakang akademik guru 2. Perluasan opsyen pengajian Infrastruktur TMK di sekolah 3. Peningkatan kemahiran pedagogi Capaian internet 4. Perkongsian pintar Peningkatan beban guru 5. Bimbingan berterusan Perbincangan Kajian Persoalan kajian kajian ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu bahagian peluang dan cabaran. Peluang 1) Kursus dalam perkhidmatan Dengan adanya mata pelajaran TMK membuka peluang kepada guru-guru untuk menambah satu lagi kemahiran berkaitan TMK iaitu bahasa pengaturcaraan. Di antara kursus untuk guru yang diadakan adalah kursus peringkat KPM dan Program Latihan untuk Guru (PLuG) di peringkat JPN. Kursus ini khusus untuk guru-guru yang mengajar bahasa pengaturcaraan tersebut. Kursus ini dikendalikan secara bersemuka dan atas talian mengikut ketetapan yang dikoordinasikan oleh JPN dan PPD bersama KPM. 2) Peluasan opsyen pengajian Menyedari terdapat jurang kekosongan dalam bidang TMK, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengambil inisiatif untuk menawarkan kursus Elektif Teras dalam bidang Teknologi Maklumat. Institut pendidikan guru kampus yang berkeupayaan dari segi tenaga pengajar dan prasarana berpeluang menawarkan kursus ini mulai Ambilan Jun 2015 kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). 3) Peningkatan kemahiran pedagogi Memandangkan kehebatan seorang guru bukan sahaja pada kelulusan akademik tetapi turut merangkumi kelulusan ikhtisas iaitu kemahiran pedagogi ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kemahiran dalam salah satu tajuk TMK iaitu bahasa pengaturcaraan, guru berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dalam melatih pelajar dengan kepelbagaian kaedah pedagogi seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, kaedah-penemuan inkuiri, modul dan lain-lain. Pelaksanaan mata pelajaran TMK membuka lembaran baru dalam meningkatkan kemahiran dalam kepelbagaian aspek termasuk disiplin dan pentadbiran pedagogi dalam PdP. 4) Perkongsian pintar Penggunaan aplikasi Whatsapp, Telegram, Google Drive dan emel yang dikelolakan oleh beberapa orang JUK memberikan ruang perbincangan antara Ketua-Ketua Panitia TMK dan JUK. Maklum balas yang serta merta dari ahli kumpulan memudahkan pengaliran dan perkongsian maklumat. Kesulitan dan kemusykilan tentang kandungan kursus dan saranan untuk kemudahan latihan juga dapat ditangani melalui aplikasi tersebut. Kumpulan JUK TMK Tahun 6 - RASMI yang menggunakan aplikasi Whatsapp bukan sahaja membincangkan pelbagai isu pelaksanaan malah menjadi satu platfom notifikasi perkara baru dalam pendidikan di sekolah. Melalui Google Drive pula perkongsian bahan-bahan seperti DSKP, nota, bahan multimedia, hasilan pengaturcaraan Scratch dan fail-fail lain yang berkaitan turut dapat dilakukan.
  • 4. Cabaran 1) Latar belakang akademik guru Sehingga penulisan ini disediakan, bilangan guru yang mempunyai opsyen TMK masih lagi kurang berbanding dengan bilangan sekolah yang memerlukan. Sejak tahun 2014, guru dengan pelbagai opsyen telah diberi tanggungjawab untuk mengajar TMK di sekolah rendah. Pemilihan guru yang mengajar TMK adalah berasaskan kepada keupayaan seseorang guru yang mempunyai minat untuk mempelajari kemahiran ini dan mendapat arahan oleh pihak pentadbir. Namun pada 2016, disiplin ilmu bidang TMK di sekolah rendah adalah lebih mencabar dengan pembelajaran pengaturcaraan. Sewaktu penyebaran DSKP kepada Guru-guru Panitia daerah, kebanyakan daripada mereka menunjukkan tahap kesungguhan yang tinggi dan berminat untuk mengalas tugas mengajar, tetapi tahap kebimbangan guru- guru ini terhadap keupayaan pelaksanaan di sekolah nanti adalah agak tinggi berdasar kepada refleksi yang diberikan pada akhir kursus. 2) Infrastruktur TMK di sekolah Kebanyakan sekolah rendah yang telah dibekalkan dengan kemudahan makmal komputer. Terdapat sebahagian komputer yang ada telah lama dan rosak. Oleh itu pada keseluruhannya bilangan komputer terhad sama ada sekolah bandar, luar bandar dan pendalaman. Malahan ada yang dibekalkan dengan chrome book (komputer yang memerlukan capaian internet). Kekangan ini merupakan cabaran besar kerana subjek pengaturcaraan komputer melibatkan proses pengkodan dan perlaksanaan aturcara. 3) Capaian internet Pada dasarnya Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011. Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, telah dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10. Di bawah projek ini, 10,000 sekolah rendah dan menengah kerajaan di Malaysia kini dilengkapi dengan akses Internet dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Walau bagaimanapun, masih terdapat rungutan bahawa capaian internet masih kurang memuaskan walaupun perbekalan perkhidmatan Yes menggunakan dongle dibekalkan di sekolah-sekolah. Perbekalan dongle adalah bergantung kepada bilangan guru, bilik darjah dan persekitaran rangkaian di sekolah. Guru-guru merasa agak tertekan apabila menghadapi masalah capaian internet yang perlahan langsung hilang minat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 4) Peningkatan beban guru Mata pelajaran TMK Tahun 6 melibatkan proses penyelesaian masalah, kreativiti dan pemikiran kritis untuk membangunkan aturcara. Oleh itu guru perlu lebih tumpuan untuk memahirkan diri dalam mata pelajaran ini. Namun, guru-guru turut dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas pengkeranian dan pendokumentasian selain daripada fokus pencapaian prestasi yang cemerlang (Sugunah Supermane, 2014). 5) Bimbingan berterusan Aktiviti seperti Continuing Profesional Development (CPD) atau Profesional Learning Community (PLC) bagi mata pelajaran TMK perlu ditubuhkan di sekolah di kalangan guru. Namun kuantiti guru yang berkelayakan dalam bidang ini adalah sedikit.
  • 5. terdapat sekolah mempunyai seorang guru yang berpengalaman walaupun tiada kelayakan untuk mengajar. Perkongsian idea dan tempat rujukan adalah sangat terhad. Keperluan untuk meningkatkan tahap penguasaaan ilmu dan kemahiran dalam TMK adalah terhad. Oleh itu guru-guru ini perlu mencari ruang dan peluang dengan berkursus dengan pihak yang berkelayakan. Kesimpulan Terdapat perubahan paradigma dalam penggunaan TMK di sekolah. Jika sebelum ini pendidikan di sekolah rendah menggunakan TMK sebagai satu cara untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tetapi kini penggunaan TMK di harap sehingga pelajar mampu untuk membangunkan aplikasi sendiri berkonsepkan penyelesaian masalah. Kajian ini hanya merupakan berkongsi pengalaman JUK yang terlibat semasa fasa penyebaran Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi TMK di sekolah- sekolah. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana terhad berdasarkan pengalaman responden kumpulan kecil. Walau bagaimanapun, diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan asas oleh guru TMK, penggubal dan perancang kurikulum untuk perluasan kajian lanjutan di samping memperkemaskan lagi keberkesanan pelaksanaan kurikulum TMK di sekolah rendah pada masa hadapan. Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun Enam. Cetakan Pertama. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2015. Taklimat mesyuarat penyelarasan program kurikulum TMK antara BPK, Bahagian KPM dan SPA JPN Bil 1/2015. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Mohamed Nazul Ismail. 2013. Model Nilai Cipta-Sama Sistem Pengurusan Pembelajaran. Tesis Ph.D. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sugunah Supermane.2014. Tahap Kemahiran ICT Guru dan Pengetahuan di Sekolah Rendah di Zon Skudai, Johor. Seminar Pendidikan Zon Selatan Malaysia di Melaka. http://www.researchgate.net/publication/275 155655_TAHAP_KEMAHIRAN_ICT_GURU_DAN _PENGURUSAN_PENGETAHUAN_DI_SEKOLAH_ RENDAH_DI_ZON_SKUDAI_JOHOR Diakses pada 17 November 2015 Utusan Malaysia. 6 Sept 2013. TPM lancar PPPM 2013-2015 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Ne geri/20130907/dn_01/TPM-lancar-PPPM- 2013-#ixzz3rn6Eu54m Diakses pada 18 Nov 2015.