Asas fotografi 1

  • 575 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
575
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
57
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Asas Fotografi Digital
  • 2. isi kandungan 1. Pengenalan 2. Peralatan Fotografi Digital 3. Dedahan / Exposure 4. Histogram 5. White Balance 6. Fokus 7. Kualiti & Format Gambar 8. Penggunaan Flash 9. Teknik‐teknik Fotografi 10. Asas Komposisi 11. Warna 12. Pencahayaan Laman 3
  • 3. 1.0 PengenalanPerkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi: Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital. Laman 4
  • 4. Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOneCaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dansebagainya. Laman 5
  • 5. 2.0 Peralatan Fotografi DigitalKategori Kamera Digital SLR 1. Pro 2. Semi pro 3. Prosumer 4. HobyistFormat-format Sensor Kamera DSLRFormat sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakandengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk formatitu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field danpelbagai factor lain.Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dansensitivity kepada cahaya.Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantikwalaupun pada ISO yang sangat tinggi.Full frame Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm. Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: Nikon D3 Canon 1Ds Canon 1Ds Mark II 1Ds Mark III Canon EOS 5D Contax N Digital Laman 6
  • 6. Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14nCropped format Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. APS-C Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N Sistem Four ThirdLensaJenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens. o Normal lens : mempunyai bukaan 50 sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8. o Macro lens : mempunyai bukaan 25 sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar. o Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60 sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8. Laman 7
  • 7. Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Lensa Contoh GambarUltra wide Nikkor 10.5mm f/2.8G ED– fish eye AF DX Fisheye Selain ini: Tokina 10‐17mm Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, portrait kreatif.Ultra Wide Nikkor AF‐S 14‐24mm f/2.8G ED Selain lens ini: Nikkor AF‐S 12‐24mm f4 ED DX Sigma 10‐20mm Tokina 12‐24mm Perspektif latang belakang yang luas. Laman 8
  • 8. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group photo, perkahwinan dan photojournalism.Standard Nikkor 18‐55mm f/3.5‐Zoom 5.6G ED II AF‐S DX ZoomKit lens Selain lens ini, Tamron 17‐50mm f2.8 Canon 17‐55 mm Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoom Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografiStandard Noctilux 50mm f/1.0(tiadazoom) Lain‐lain Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 Nikkor 35mm perspektif latarbelakang yang biasa. Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif (distortion)Telefoto Canon 85mm f1.2L(tiadazoom) Perspektif latarbelakang yang kecil. Kesesuaian penggunaan : portrait Laman 9
  • 9. Telefoto Nikkor 70‐200mm f/2.8GZoom ED‐IF AF‐S VR Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, portrait Sumber gambar :www.pbase.comKaitan panjang Fokal dengan BokehMenggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar danbesar. 30mm f2.8 80mm f2.8Panjang Fokal Laman 10
  • 10. Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asasLanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.Panjang fokal dan perspektif.Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, makagambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal lengthyang satu lagi.Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda bolehmenggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlubergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadiberbeza. Laman 11
  • 11. Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untukmendapatkan satu gambar yang serupa. Laman 12
  • 12. Kad MemoriKad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalahcompact flash dan secure digital.Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data.Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat.Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakamgambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehisekitar RM200 sahaja. Laman 13
  • 13. 3.0 Dedahan / Exposure Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.Kelajuan ShutterKelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kalilebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuanshutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yangrendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap. Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran. Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan Laman 14
  • 14. membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan. Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.APERTURE Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. “Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu Laman 15
  • 15. cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32 f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan f-32 . Bokeh kurang kemas kemas. Kesan f-number pada kualiti bokeh.Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture. Laman 16
  • 16. ISO ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) : ISO Kesesuaian Hasil 100-200 Waktu tengah hari terik dan Gambar pada iso ini akan menghasilkan cukup kekuatan cahaya seperti warna, contrast yang paling optimum. di dalam studio. 400 Waktu mendung, dibawah Gambar masih lagi mempunyai warna litupan. yang baik dan noise pada jumlah minima 800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan. 1600 Waktu malam dan kurang Gambar mempunyai warna tetapi kurang bercahaya menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak Gambar sesuai di ambil menggunakan bercahaya. black & white mode. Laman 17
  • 17. Depth Of FieldDepth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekatfocus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa,crop factor dan bukaan aperture.Jenis Dedahan (Exposure Modes) 1. Programmed AutoExposure Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. 2. Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan. 3. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.METERING Laman 18
  • 18. Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.Panduan Sunny 16 Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh: Aperture ISO Kelajuan Shutter f-16 100 1/100 ~1/125 f-16 200 1/200 ~1/250 f-16 400 1/400 ~1/500 f-16 800 1/800 ~1/1000 Laman 19
  • 19. Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan Bukaan Tahap Cahaya Cara mengetahui Aperture Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. f11 Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak f8 samar-samar dan bucu hampir sangat lembut. Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6Tip-tip untuk mengawal Exposure 1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose. 3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette. 4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. 5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan. Laman 20
  • 20. 4.0 HistogramDi dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sesebuah gambar padatiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight. Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman.Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkanshadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones. Laman 21
  • 21. 5.0 White BalanceSetiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadikemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadimasalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secaramanual . Color Temperature Light Source 1000‐2000 K Cahaya Lilin 2500‐3500 K Lampu Tungsten 3000‐4000 K Sunrise/Sunset 4000‐5000 K Lampu Fluorescent 5000‐5500 K Flash 5000‐6500 K Tengahhari dengan langit tidak berawan (matahari tegak dikepala) 6500‐8000 K Sedikit mendung 9000‐10000 K Dibawah lindungan atau sangat mendung Laman 22
  • 22. 6.0 FokusKebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidakberfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antaraperkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah: 1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik. 2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan. 3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens. 4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter. 5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus Laman 23
  • 23. 7.0 Kualiti & Format GambarResolusi GambarImej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktumenghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihanresolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan.Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar andadicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besarmemakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akanmenyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar.Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakanSaiz cetakan Pixel* Megapixel3R – 31/2 x 5 in 700x1000 <14R – 4x6 in 800x1200 15R – 5x7 1000x1400 1.58R - 8x10 1600x2000 3.211R - 11x14 2200x2800 6*jangkaan cetakan pada 200dpiCompressionCompression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Didalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera,pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah sepertiHIGH, FINE, NORMAL, BASIC.Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambarberkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.Format Fail Gambarkebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format failJPEG.Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEGadalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterimaoleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah dihantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card. Laman 24
  • 24. TIFFTagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak danpublication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya.Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetakRAWFormat yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction.Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yangvendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing. Laman 25
  • 25. 8.0 Penggunaan FlashAntara teknik-teknik penggunaan flash Auto flash Fill flash Red Eye flash Slow-sync flash Rear curtain flash Laman 26
  • 26. 9.0 Teknik-teknik FotografiPortrait Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu. ‐ Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot. ‐ Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik. ‐ Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang. ‐ Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik. ‐ Model terbaik adalah diri sendiri. Kesesuaian Lensa ‐ Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof. ‐ Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai. ‐ Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. ‐ Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa. ‐ Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga. ‐ Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted. Komposisi portrait ‐ Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line. Laman 27
  • 27. ‐ Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest. ‐ Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame. ‐ Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging. Portrait Berkumpulan ‐ Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third.Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas.Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan.Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek. Laman 28
  • 28. 10.0 Asas Komposisi  Titik punca tarikan Subjek utama Hampir semua gambar memerlukan sekurang- kurangnya satu subjek utama sebagai sumber cerita utama sesebuah gambar. Foreground / latarhadapan dan Background / latarbelakang Latarhadapan bermaksud satu kawasan didalam gambar yang berada di hadapan subject utama. Latar belakang pula berada dibelakang subject utama. Gambar contoh ini mempunyai latarhadapan, subject utama dan latar belakang.  Peletakan subjek Rule of third Di dalam panduan ini, cuba bahagikan gambar anda kepada 9 kotak dengan membuat 4 garisan seperti di bawah. Titik penglihatan (focal point) yang lebih dinamik adalah di titik pertemuan antara setiap garis. Penggunaan rule of third di dalam portrait. Subjek utama gambar ini adalah mata. Laman 29
  • 29. Satu lagi contoh penggunaan rule of third Golden Mean / Golden Ratio / Divine Proportion Kekemasan latarbelakang Latarbelakang ringkas Latarbelakang yang baik tidak mengandungi elemen- elemen yang tidak penting dan tidak diperlukan. Seorang jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana mendapatkan sudut terbaik bagi memperolehi latarbelakang yang baik. Sebagai contoh dalam gambar di sebelah, dengan menggunakan sudut pandangan tinggi, latarbelakang yang diperolehi adalah rumput hijau yang kemas dan menarik. m Laan 30
  • 30. Menghadkan focus Menghadkan focus bermakna hanya subjek yang penting dalam fotograf kelihatan sharp didalam gambar dan elemen yang kurang penting akan menjadi samar. Sebagai contoh: Kaedah ini boleh dicapai dengan mengawal aperture, biasanya yang paling luas seperti f2.8 atau f1.4.  Keseimbangan Kita boleh menjadikan komposisi lebih menarik dengan mencipta keseimbangan didalam gambar. Sebagai contoh, gambar disebelah, dibahagikan oleh pemisah diagonal pada bahagian tengah, mencipta satu keseimbangan untuk kedua subject.Tips Pantas Untuk Mengawal komposisi Pastikan ada subjek utama yang mampu menjadi stopping power untuk mata yang melihat. Pastikan latarbelakang yang baik, tidak serabut dan melengkapkan subject utama. Pastikan komposisi adalah seringkas yang mungkin. Elakkan dari memasukkan semua elemen yang wujud didepan anda. Komposisi yang paling kuat adalah yang mampu menyampaikan mesej paling cepat dan jelas. Pelajari gambar orang lain dan kenalpasti garisan dan bentuk2 yang menjadi building block gambar tersebut. Laman 31
  • 31. Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas. Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama. Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat. Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain. Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer.11.0 WarnaMengawal warna 1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan. 2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda. 3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik. 4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin. 5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast. Laman 32
  • 32. 12.0 PencahayaanTip-tip menggunakan cahaya persekitaran 1. Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu paling menarik 2. Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada wajah, elakkan guna flash seberapa mungkin. 3. Silhouttes adalah untuk menunjukkan bentuk sesuatu subject. 4. Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gambar pada waktu tengahhari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali. Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk sekiranya tiada contrast. 5. Elakkan flare/kilauan matahari atau lampu yang kuat untuk mengelakkan masalah kurang contrast, atau masukkan flare untuk kesan artistic. 6. Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan. 7. Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan kecerahan semula. 8. Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash. Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh memberikan hasil yang menarik. Shooting mode : Manual Aperture : f/25 Shutter speed : 1/30 Flash : TTL-Bl, -0.7EV, Rear Curtain Flash Laman 33
  • 33. 12.0 PencahayaanTip-tip menggunakan cahaya persekitaran 1. Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu paling menarik 2. Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada wajah, elakkan guna flash seberapa mungkin. 3. Silhouttes adalah untuk menunjukkan bentuk sesuatu subject. 4. Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gambar pada waktu tengahhari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali. Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk sekiranya tiada contrast. 5. Elakkan flare/kilauan matahari atau lampu yang kuat untuk mengelakkan masalah kurang contrast, atau masukkan flare untuk kesan artistic. 6. Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan. 7. Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan kecerahan semula. 8. Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash. Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh memberikan hasil yang menarik. Shooting mode : Manual Aperture : f/25 Shutter speed : 1/30 Flash : TTL-Bl, -0.7EV, Rear Curtain Flash Laman 33
  • 34. 12.0 PencahayaanTip-tip menggunakan cahaya persekitaran 1. Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu paling menarik 2. Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada wajah, elakkan guna flash seberapa mungkin. 3. Silhouttes adalah untuk menunjukkan bentuk sesuatu subject. 4. Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gambar pada waktu tengahhari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali. Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk sekiranya tiada contrast. 5. Elakkan flare/kilauan matahari atau lampu yang kuat untuk mengelakkan masalah kurang contrast, atau masukkan flare untuk kesan artistic. 6. Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan. 7. Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan kecerahan semula. 8. Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash. Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh memberikan hasil yang menarik. Shooting mode : Manual Aperture : f/25 Shutter speed : 1/30 Flash : TTL-Bl, -0.7EV, Rear Curtain Flash Laman 33