Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Perdagangan tingkatan 4 soalan esei
1. Sep
Perdagangan Tingkatan 4 – (Soalan Esei)
Pengkhususan
Posted September 12, 2012 by tatapanminda in Perdagangan, TINGKATAN 4. 3 Komen
http://tatapanminda.files.wordpress.com/2012/09/pengkhususan.jpg
http://tatapanminda.files.wordpr
ess.com/2012/09/pengkhususan.jpg
1. a) Apakah itu pengkhususan dalam pengeluaran ? (6m)
Pengkhususan merujuk kepada penumpuan masa dan tenaga(1m) oleh seseorang
individu (1m) dalam suatu pekerjaan (1m) mengikut kebolehannya (1m).
Pengkhususan dalam pengeluaran boleh dibahagikan mengikut profession, proses
kerja, kawasan dan negara(1m).Contoh pengkhususan mengikut profesion ialah doktor
mengkhusus merawat pesakit(1m).
b) Terangkan kebaikan dan keburukan pengkhususan dalam pengeluaran? (10 m)
Kebaikan pengkhususan dalam pengeluaran ialah :
1. Pekerjaan akan menjadi lebih mahir dan cekap. (1m)
2. Pekerja akan menjadi lebih produktif. (1m)
3. Masa dan kos untuk melatih pekerja dapat dijimatkan. (1m)
4. Kos alat dapat dijimatkan kerana hanya perlu disediakan untuk pekerja tertentu
sahaja. (1m)
5. Pengkhususan membolehkan penggunaan mesin untuk proses berulang. (1m)
Keburukan pengkhususan pula ialah :
6. Pekerja akan menjadi jemu melakukan pekerjaan yang berulang. (1m)
7. Pekerja akan kehilangan daya cipta dan kerohanian dan menjejaskan mutu
pengeluaran. (1m)
8. Hasil keluaran mesin adalah seragam dan menghadkan pilihan pengguna. (1m)
9. Risiko pengangguran akan berlaku kerana kemahiran pekerja tidak diperlukan
2. dalam pengeluaran. (1m)
10. Pekerja akan mempunyai sikap saling bergantungan mengakibatkan
pengeluaran akan tergendala sekiranya berlaku kerosakan pada mesin dan
kerugian besar dialami. (1m)
c) Huraikan faktor-faktor yang mewujudkan pelbagai jenis pengkhususan dalam
pengeluaran. (10m)
Faktor yang menyebabkan wujudnya pelbagai jenis pengkhususan dalam pengeluaran
ialah :
11. Perbezaan individu dalam kebolehan, kemahiran dan minat (1m) menyebabkan
wujudnya pelbagai profession seperti guru, doctor, akauntan, peguam dan lain-
lain.(1m)
12. Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses .(1m) Mesin
digunakan untuk menghasilkan produk secara besar-besaran.(1m) Maka kos
latihan dan masa dapat dijimatkan.(1m)
13. Pengkhususan dilakukan mengikut kawasan bergantung kepada bentuk muka
bumi, sumber alam dan saliran(1m). Sebagai contoh kawasan luar Kuala
Trengganu mengkhusus dalam bidang petroleum. (1m)
14. Pengkhususan antarabangsa melibatkan faktor iklim, tahap teknologi dan
taraf pendidikan setiap penduduk yang berbeza-beza (1m).Terdapat negara yang
menumpukan lebih kepada barang indutri kerana tahap teknoligi yang tinggi
seperti Jepun.(1m) Terdapat juga negara yang mengkhusus dalam bidang
pertanian atas faktor iklim dan bekalan buruh yang murah seperti Indonesia. (1m)
About these ads