SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
1

                    TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
       Tuan Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman

                  MAJLIS PELANCARAN

             BUKU CORETAN KENANGAN
     TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
                          Dan
     PENCAPAIAN 10 JUTA HIT PORTAL 1KLIK

       JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

    Tarikh    :     04.10. 2011 (Selasa)

     Masa           :   10.00 pagi

    Tempat :        Dewan Kraftangan, Kuala Lumpur
2

  Terima kasih, saudara Pengacara Majlis.

  Bismilah-ir Rahman-ir Rahim

  YB. Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim
  Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia

  YBhg Tan Sri Zainuddin Maidin
  Mantan Menteri Penerangan Malaysia

  YB. Dato’ Joseph Salang Gandum
  Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia

  YB. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz
  Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia

  YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf
  Ketua Setiausaha Kementeri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia

  Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Dan Agensi dibawah KPKK, Pengarah Bahagian/
  Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan warga Jabatan Penerangan Malaysia.

  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
  1Malaysia.

  Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
  sekalian.

1. Pertamanya marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
  kurnianya kita dapat bersama hadir ke Majlis Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku
  Abdul Rahman dan Majlis Pencapaian 10 juta Hit Portal 1Klik pada pagi ini.
3

2. Bagi pihak jabatan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri
   kerana sudi melapangkan masa menyempurnakan majlis yang amat bermakna pada pagi
   ini walaupun kita sedia maklum Datuk Seri sibuk dengan pelbagai tugas harian yang
   mencabar.

3. Syukur alhamdulillah, negara kita baru sahaja menyambut ulang tahun Kemerdekaan
   ke-54   bertemakan     ”1Malaysia    Transformasi     Berjaya    Rakyat     Sejahtera”.
   Sesungguhnya, kejayaan kita meraikan hari ini adalah berkat pahit maung perjuangan dan
   pengorbanan para pemimpin dan pejuang terdahulu, khususnya Yang Teramat Mulia,
   Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri kita yang pertama.

4. Namun, sebagai anak merdeka, kita tentunya berasa dukacita apabila hari ini masyarakat
   cuba dikelirukan dengan fakta sejarah yang    diputar belit oleh segelintir pihak   tidak
   bertanggungjawab semata-mata mahu meraih populariti murahan. Hakikatnya sejarah
   telah membuktikan bahawa komunis adalah golongan pengganas yang telah menimbulkan
   keadaan huru-hara sehingga mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda
   orang awam. Bagi golongan tertentu ini, anggota polis yang berjuang melindungi
   ketenteraman menentang komunis pula dianggap sebagai golongan anti kemerdekaan.

   Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
   sekalian.

5. Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang akan
   disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Utama Menteri sebentar nanti memang tepat pada
   masanya. Melalui buku ini, masyarakat akan dapat menghayati cerita sebenar kerana ia
   ditulis sendiri oleh Tunku. Umpama kata penghantar yang disebut sendiri oleh Tunku
   dalam ungkapan pepatah inggeris, ” from the horse’s mouth”, memandangkan Tunku
   sendiri merupakan seorang yang meminati sukan lumba kuda.
4

6. Buku Coretan Kenangan ini merupakan terjemahan daripada buku berbahasa Inggeris
  ”LOOKING BACK”         terbitan   PUSTAKA       ANTARA,   KUALA LUMPUR         1977. Ia
  memuatkan kompilasi 53 artikel berbentuk autobiografi dan biografi. Buku ini menceritakan
  pengalaman Tunku sendiri menentang komunis dan membebaskan tanah air daripada
  dijajah oleh Inggeris menerusi saluran demokrasi tanpa melibatkan pertumpahan darah.
  Harus kita akui inilah suatu keistimewaan yang dikurniakan kepada Tunku sebagai
  seorang pemimpin yang berjiwa besar.

7. Melalui buku hasil karya ”Bapa Kemerdekaan” ini, pembaca khususnya generasi muda
  akan dapat memahami rentetan sejarah kemerdekaan negara. Ianya digarap dengan
  olahan bahasa yang mudah bagi memperbetulkan salah tanggapan sesetengah pihak
  tentang perkara atau peristiwa tertentu berkaitan sejarah negara kita. Saya cukup optimis
  menerusi penghasilan buku ini, jika dihayati semangat yang ingin ditonjolkan Tunku, ia
  mampu memupuk semangat patriotik dan meningkatkan keazaman rakyat untuk terus
  mempertahankan kedaulatan negara daripada pelbagai bentuk ancaman musuh. Mutakhir
  ini, kita dapat lihat sudah ada dikalangan pihak- pihak tertentu cuba mengganggu gugat
  keharmonian negara. Kita cukup khuatir jika isu ini tidak ditangani dengan cermat, akan
  menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat. Justeru, pada hemat saya amat tepat pada
  masanya, buku Coretan Kenangan karya Tunku ini dilancarkan untuk tatapan semua.
  Melalui pembacaan buku ini, masyarakat dapat menilai sendiri dan membuat
  pertimbangan sewajarnya dengan membezakan siapa sebenarnya pejuang dan
  pengkhianat bangsa. Sesungguhnya sejarah tidak pernah membohongi fakta. Semoga
  buku ini dijadikan panduan dan dimanfaatkan semua lapisan masyarakat khususnya
  generasi muda majmuk negara hari ini.

  Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

8. Menyentuh tentang pelancaran Portal 1KLIK, umum mengetahui kemajuan teknologi hari
  ini memberi impak kepada pembangunan pesat bidang komunikasi. Dengan hanya satu
  jari, manusia dapat memperolehi pelbagai maklumat dalam sekelip mata. Mereka kini
5

   lebih mudah melayari alam siber menerusi kemudahan internet dan mengetahui
   perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Di zaman serba maju ini, internet
   tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Di negara-negara maju, kepesatan
   pembangunan ICT bukan suatu perkara baru. Contohnya seperti di Jepun, Korea dan
   Amerika, hampir setiap rumah mempunyai kemudahan komputer. Manakala di sesetengah
   tempat, setiap pelajar menggunakan komputer riba bagi menggantikan kemudahan buku
   teks yang semakin kurang digunakan sebagai medium pembelajaran di sekolah. Jelas
   sekali, penggunaan internet hari ini telah membentuk sikap, pandangan malahan budaya
   di kalangan masyarakat seantero dunia.

9. Di Malaysia, pembangunan ICT turut sejajar berkembang dengan kemajuan yang dikecapi
   oleh negara maju. Kini setiap kementerian, jabatan dan agensi turut tidak ketinggalan
   membangunkan Laman Web sebagai hub maklumat terkini. Penyediaan Laman Web ini
   memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengetahui fungsi, peranan dan apa juga
   maklumat semasa mengenai kementerian, jabatan mahupun agensi yang berkenaan untuk
   makluman pengguna.

10. Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
   Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia juga tidak ketinggalan membangunkan Laman
   Web dengan mewujudkan Portal 1KLIK Jabatan Penerangan Malaysia dengan slogan
   ’TEPAT DAN BERMAKLUMAT’. Portal ini dahulu dikenali dengan singkatan nama Portal
   Pusat Maklumat Rakyat atau PMR merupakan hab maklumat yang beroperasi di Pejabat
   Penerangan Daerah seluruh negara. Berperanan sebagai ’Focal Point’ maklumat kepada
   masyarakat, ia berfungsi sebagai bank data maklumat dan pusat rujukan oleh orang
   awam.

11. Seiring dengan tuntutan transformasi budaya kerja yang disarankan Perdana Menteri,
   Portal   1Klik   turut   dipertingkatkan   kandungan   paparannya   agar   seiring   dengan
   perkembangan semasa. Selaras dengan peranan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai
   penyebar maklumat, penambahbaikan ke atas portal ini telah dibuat melalui beberapa fasa
   pada tahun 2008 dan juga Mac 2010. Antara penambah baikan tersebut ialah
   mewujudkan segmen Kolumnis, Geng 1Klik dan Blog Rakan 1Klik. Perubahan ini menjadi
6

   teras kepada peningkatan jumlah pelayar laman maya sehingga mampu mencecah 10.5
   juta pengunjung, dengan menjadikan golongan muda sebagai kelompok sasaran utama.
12. Kalau dahulu untuk mendapat sesuatu maklumat mengenai dasar semasa kerajaan, orang
   ramai perlu berkunjung ke jabatan yang berkenaan. Namun, menerusi kemajuan teknologi
   proses penyampaian maklumat kini menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa
   rakyat. Transformasi budaya kerja ini sekali gus memastikan mesej penting kepada rakyat
   dapat disalurkan dengan lebih meluas dan berkesan. Harus diakui, ini adalah sebahagian
   daripada hasil usaha keras beberapa agensi dibawah kementerian yang bertungkus lumus
   menawarkan kemudahan jalur lebar secara lebih meluas di seluruh negara. Tahniah
   Datuk Seri dan seluruh anggota kementerian !

   Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

13. Sebelum saya mengakhiri ucapan, terima kasih juga saya panjangkan kepada pihak yang
   terlibat secara langsung atau pun tidak secara langsung menjayakan majlis ini.
   Penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Menteri di atas
   kesudian menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul
   Rahman Putra Al-Haj, dan Majlis Pencapaian 10 juta Hit Portal 1Klik, sekian.......

   Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

More Related Content

What's hot

339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
nurul bazilah
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Jagan Arumugam
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Nabila Syuhada
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Shankal Kashan
 
5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar
Kuan Tee 0420
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
lizapandi
 
What's hot (20)

Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
 
Azam tahun baru
Azam tahun baruAzam tahun baru
Azam tahun baru
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR
 
skrip hari sukan
skrip hari sukanskrip hari sukan
skrip hari sukan
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
Teks penggulungan
Teks penggulunganTeks penggulungan
Teks penggulungan
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
Sejarah persuratan melayu johor riau
Sejarah persuratan melayu johor riauSejarah persuratan melayu johor riau
Sejarah persuratan melayu johor riau
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaBab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
 
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
KAJIAN KES SEJARAH.pdf
KAJIAN KES SEJARAH.pdfKAJIAN KES SEJARAH.pdf
KAJIAN KES SEJARAH.pdf
 
Kertas kerja ihya' 2021 latest
Kertas kerja ihya' 2021   latestKertas kerja ihya' 2021   latest
Kertas kerja ihya' 2021 latest
 
Similar to Teks Ucapan KP Majlis Pelancaran Portal 1Klik & Buku Coretan Tunku

Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasiMakalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
samsaharsam
 
Muhammad Irwan
 
Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318
Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318
Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318
Rosmarosyam
 
ppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.ppt
ppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.pptppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.ppt
ppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.ppt
TututHardianti
 
Ilmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatoIlmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidato
sitihatijah2012
 
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasiPengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Fachra Arifa
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
firo HAR
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
firo HAR
 
Buku Merdeka 5 Tahun
Buku Merdeka 5 TahunBuku Merdeka 5 Tahun
Buku Merdeka 5 Tahun
Merdeka.com
 
Similar to Teks Ucapan KP Majlis Pelancaran Portal 1Klik & Buku Coretan Tunku (20)

Presentasi tik
Presentasi tikPresentasi tik
Presentasi tik
 
karya ilmiah tik
karya ilmiah tikkarya ilmiah tik
karya ilmiah tik
 
Tik tugas4
Tik tugas4Tik tugas4
Tik tugas4
 
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasiMakalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
 
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasiMakalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
Makalah penerapan pancasila diera teknologi informasi
 
Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318
Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318
Makalahpenerapanpancasiladierateknologiinformasi 181021060318
 
Smp7tik mengenal tik idabagusbudiyantophitsa
Smp7tik mengenal tik idabagusbudiyantophitsaSmp7tik mengenal tik idabagusbudiyantophitsa
Smp7tik mengenal tik idabagusbudiyantophitsa
 
Makalah sejarah
Makalah sejarahMakalah sejarah
Makalah sejarah
 
ppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.ppt
ppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.pptppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.ppt
ppt-perkembangan-teknologi-informasi-abad-21-08-1996.ppt
 
Ilmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatoIlmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidato
 
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasiPengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
 
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasiPengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
 
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasiPengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
 
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasiPengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
Pengaruh perkembangan komunikasi dan informasi di era globalisasi
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
 
TUGAS 1 AGENDA 1.pptx
TUGAS 1 AGENDA 1.pptxTUGAS 1 AGENDA 1.pptx
TUGAS 1 AGENDA 1.pptx
 
Buku Merdeka 5 Tahun
Buku Merdeka 5 TahunBuku Merdeka 5 Tahun
Buku Merdeka 5 Tahun
 
Proposal TEMNAS dana
Proposal TEMNAS danaProposal TEMNAS dana
Proposal TEMNAS dana
 
Proposal temnas dana
Proposal temnas danaProposal temnas dana
Proposal temnas dana
 
Teks Ucapan KP Majlis Pelancaran Portal 1Klik & Buku Coretan Tunku

  • 1. 1 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Tuan Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman MAJLIS PELANCARAN BUKU CORETAN KENANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ Dan PENCAPAIAN 10 JUTA HIT PORTAL 1KLIK JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Tarikh : 04.10. 2011 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Kraftangan, Kuala Lumpur
  • 2. 2 Terima kasih, saudara Pengacara Majlis. Bismilah-ir Rahman-ir Rahim YB. Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia YBhg Tan Sri Zainuddin Maidin Mantan Menteri Penerangan Malaysia YB. Dato’ Joseph Salang Gandum Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia YB. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf Ketua Setiausaha Kementeri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Dan Agensi dibawah KPKK, Pengarah Bahagian/ Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan warga Jabatan Penerangan Malaysia. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 1. Pertamanya marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama hadir ke Majlis Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman dan Majlis Pencapaian 10 juta Hit Portal 1Klik pada pagi ini.
  • 3. 3 2. Bagi pihak jabatan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri kerana sudi melapangkan masa menyempurnakan majlis yang amat bermakna pada pagi ini walaupun kita sedia maklum Datuk Seri sibuk dengan pelbagai tugas harian yang mencabar. 3. Syukur alhamdulillah, negara kita baru sahaja menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-54 bertemakan ”1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”. Sesungguhnya, kejayaan kita meraikan hari ini adalah berkat pahit maung perjuangan dan pengorbanan para pemimpin dan pejuang terdahulu, khususnya Yang Teramat Mulia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri kita yang pertama. 4. Namun, sebagai anak merdeka, kita tentunya berasa dukacita apabila hari ini masyarakat cuba dikelirukan dengan fakta sejarah yang diputar belit oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semata-mata mahu meraih populariti murahan. Hakikatnya sejarah telah membuktikan bahawa komunis adalah golongan pengganas yang telah menimbulkan keadaan huru-hara sehingga mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda orang awam. Bagi golongan tertentu ini, anggota polis yang berjuang melindungi ketenteraman menentang komunis pula dianggap sebagai golongan anti kemerdekaan. Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 5. Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Utama Menteri sebentar nanti memang tepat pada masanya. Melalui buku ini, masyarakat akan dapat menghayati cerita sebenar kerana ia ditulis sendiri oleh Tunku. Umpama kata penghantar yang disebut sendiri oleh Tunku dalam ungkapan pepatah inggeris, ” from the horse’s mouth”, memandangkan Tunku sendiri merupakan seorang yang meminati sukan lumba kuda.
  • 4. 4 6. Buku Coretan Kenangan ini merupakan terjemahan daripada buku berbahasa Inggeris ”LOOKING BACK” terbitan PUSTAKA ANTARA, KUALA LUMPUR 1977. Ia memuatkan kompilasi 53 artikel berbentuk autobiografi dan biografi. Buku ini menceritakan pengalaman Tunku sendiri menentang komunis dan membebaskan tanah air daripada dijajah oleh Inggeris menerusi saluran demokrasi tanpa melibatkan pertumpahan darah. Harus kita akui inilah suatu keistimewaan yang dikurniakan kepada Tunku sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar. 7. Melalui buku hasil karya ”Bapa Kemerdekaan” ini, pembaca khususnya generasi muda akan dapat memahami rentetan sejarah kemerdekaan negara. Ianya digarap dengan olahan bahasa yang mudah bagi memperbetulkan salah tanggapan sesetengah pihak tentang perkara atau peristiwa tertentu berkaitan sejarah negara kita. Saya cukup optimis menerusi penghasilan buku ini, jika dihayati semangat yang ingin ditonjolkan Tunku, ia mampu memupuk semangat patriotik dan meningkatkan keazaman rakyat untuk terus mempertahankan kedaulatan negara daripada pelbagai bentuk ancaman musuh. Mutakhir ini, kita dapat lihat sudah ada dikalangan pihak- pihak tertentu cuba mengganggu gugat keharmonian negara. Kita cukup khuatir jika isu ini tidak ditangani dengan cermat, akan menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat. Justeru, pada hemat saya amat tepat pada masanya, buku Coretan Kenangan karya Tunku ini dilancarkan untuk tatapan semua. Melalui pembacaan buku ini, masyarakat dapat menilai sendiri dan membuat pertimbangan sewajarnya dengan membezakan siapa sebenarnya pejuang dan pengkhianat bangsa. Sesungguhnya sejarah tidak pernah membohongi fakta. Semoga buku ini dijadikan panduan dan dimanfaatkan semua lapisan masyarakat khususnya generasi muda majmuk negara hari ini. Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian 8. Menyentuh tentang pelancaran Portal 1KLIK, umum mengetahui kemajuan teknologi hari ini memberi impak kepada pembangunan pesat bidang komunikasi. Dengan hanya satu jari, manusia dapat memperolehi pelbagai maklumat dalam sekelip mata. Mereka kini
  • 5. 5 lebih mudah melayari alam siber menerusi kemudahan internet dan mengetahui perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Di zaman serba maju ini, internet tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Di negara-negara maju, kepesatan pembangunan ICT bukan suatu perkara baru. Contohnya seperti di Jepun, Korea dan Amerika, hampir setiap rumah mempunyai kemudahan komputer. Manakala di sesetengah tempat, setiap pelajar menggunakan komputer riba bagi menggantikan kemudahan buku teks yang semakin kurang digunakan sebagai medium pembelajaran di sekolah. Jelas sekali, penggunaan internet hari ini telah membentuk sikap, pandangan malahan budaya di kalangan masyarakat seantero dunia. 9. Di Malaysia, pembangunan ICT turut sejajar berkembang dengan kemajuan yang dikecapi oleh negara maju. Kini setiap kementerian, jabatan dan agensi turut tidak ketinggalan membangunkan Laman Web sebagai hub maklumat terkini. Penyediaan Laman Web ini memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengetahui fungsi, peranan dan apa juga maklumat semasa mengenai kementerian, jabatan mahupun agensi yang berkenaan untuk makluman pengguna. 10. Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia juga tidak ketinggalan membangunkan Laman Web dengan mewujudkan Portal 1KLIK Jabatan Penerangan Malaysia dengan slogan ’TEPAT DAN BERMAKLUMAT’. Portal ini dahulu dikenali dengan singkatan nama Portal Pusat Maklumat Rakyat atau PMR merupakan hab maklumat yang beroperasi di Pejabat Penerangan Daerah seluruh negara. Berperanan sebagai ’Focal Point’ maklumat kepada masyarakat, ia berfungsi sebagai bank data maklumat dan pusat rujukan oleh orang awam. 11. Seiring dengan tuntutan transformasi budaya kerja yang disarankan Perdana Menteri, Portal 1Klik turut dipertingkatkan kandungan paparannya agar seiring dengan perkembangan semasa. Selaras dengan peranan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai penyebar maklumat, penambahbaikan ke atas portal ini telah dibuat melalui beberapa fasa pada tahun 2008 dan juga Mac 2010. Antara penambah baikan tersebut ialah mewujudkan segmen Kolumnis, Geng 1Klik dan Blog Rakan 1Klik. Perubahan ini menjadi
  • 6. 6 teras kepada peningkatan jumlah pelayar laman maya sehingga mampu mencecah 10.5 juta pengunjung, dengan menjadikan golongan muda sebagai kelompok sasaran utama. 12. Kalau dahulu untuk mendapat sesuatu maklumat mengenai dasar semasa kerajaan, orang ramai perlu berkunjung ke jabatan yang berkenaan. Namun, menerusi kemajuan teknologi proses penyampaian maklumat kini menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa rakyat. Transformasi budaya kerja ini sekali gus memastikan mesej penting kepada rakyat dapat disalurkan dengan lebih meluas dan berkesan. Harus diakui, ini adalah sebahagian daripada hasil usaha keras beberapa agensi dibawah kementerian yang bertungkus lumus menawarkan kemudahan jalur lebar secara lebih meluas di seluruh negara. Tahniah Datuk Seri dan seluruh anggota kementerian ! Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian 13. Sebelum saya mengakhiri ucapan, terima kasih juga saya panjangkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak secara langsung menjayakan majlis ini. Penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Menteri di atas kesudian menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan Majlis Pencapaian 10 juta Hit Portal 1Klik, sekian....... Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.