aku hanya medium untuk tunjukkan keajaiban YANG MAHA ESA..tetap hamba selamanya...jadi terjawablah persoalan 'kenapa aku?'...
ilmu untuk semua
Banyak lagi info disini...
http://cheguabbas.blogspot.com/
nak nota sila click sini
http://cheguabbas.blogspot.com/p/nota_29.html
ada masalah mendownload???
1. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
FUTSAL
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah
naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah
FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang
dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.
Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila
Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia
YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,
hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan
dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti
Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.
Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain
menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu
sendiri.
Futsal dimainkan di dalam dewan
71
2. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERALATAN DAN KEPERLUAN
27 ela (25 meter) minimum – 45 ela (42 meter) maksimum
Garisan separuh
3" (8 cm)
10 meter
16 ela (15 meter) minimum – 27 ela
Tendangan penalti Kedua
10 kaki (3 meter) (tinggi)
Kawasan penalti
Gol
Tendangan penalti
4" (10cms)
(25 meter) maksimum
r = 20 kaki
(6 meter)
r = 10 feet (3 meter)
2 meter
GARISAN GOL
10 kaki (3 meter)
10 kaki (3 meter)
20 kaki
30" (80 cm) 15" (40 cm) 15" (40 cms) (6 meter)
Zon Zon
30" (8 cm) pertukaran
pertukaran MEJA PEGAWAI
BANGKU PASUKAN BANGKU PASUKAN
Gelanggang serta ukuran dan teknikaliti
• Gelanggang Futsal adalah versi
mini bola sepak sebesar gelanggang
bola balingan dan boleh disesuaikan.
• Permukaan gelanggang biasanya
menggunakan rumput sintetik,
alas sintetik, lantai parquet atau
simen yang boleh menyerap lantunan.
Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.
72
3. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat
daripada bahan getah supaya sesuai dengan
semua permukaan gelanggang untuk cengkaman
yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan
hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap
pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama
terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan.
lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti
getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai.
Gawang Gol serta ukuran
3 meter
0.75 m
2 meter
1m
Pandangan dari Depan
Pandangan dari Sisi
73
4. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Perbezaan antara Bola Sepak Biasa dan Futsal
BOLA SEPAK
SEPAK FUTSAL
• Bola Saiz 5 • Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 11 pemain • 5 pemain
• 3 gantian • Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Balingan ke dalam • Sepakan ke dalam
• Pengadil Utama • Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa
dan 2 Pengadil yang sama
Garisan
• Masa permainan • Masa dijaga oleh penjaga masa
dijaga oleh
pengadil utama
• 45 minit separuh • 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap
masa pasukan setiap separuh masa
• Tendangan Gol • Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
(Goal Kick) • Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel
melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• Undang-undang
offside
• Kesalahan tidak • 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan
terhad barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak • Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar
boleh memegang balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk
bola yang dengan kepala atau dada.
ditendang semula
kepadanya
• Tiada gantian untuk • Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan
pemain yang iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah
dibuang padang disentuh pihak lawan.
• Tendangan sudut di • Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit
garisan “arc” atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan
sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan
gol dan tepi.
74
5. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
1. Memulakan Permainan
Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah
berada di kawasannya sendiri.
2. Bola Masuk / Bola Keluar
Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan
“touchline” dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan-
kawasan tersebut.
3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang
gol.
4. Faul dan kelakuan kurang sopan – Tendangan bebas terus diberikan pada pihak
lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:
a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan
b. Membentes pemain lawan
c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan
d. Menyerang pemain lawan
e. Menyerang pemain lawan dari belakang
f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja
g. Menolak pemain lawan
h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja
i. Tekel menggelungsur – “sliding tackle” yang membahayakan
j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)
5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung
diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan
a. Permainan yang bahaya
b. Menghalang dengan sengaja
c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti
d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh
oleh mana-mana pemain
e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang
kepadanya.
f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke
dalam dari rakan sepasukannya.
g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih
dari 4 saat.
h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana
bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun
disentuh oleh pemain lawan.
75
6. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan
diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6
meter jika berlaku di kawasan penalti.
a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain
yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.
b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.
c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.
d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.
7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan
berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.
b. Berkelakuan ganas
c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar
d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)
e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak
professional
f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan
sengaja.
8. Peraturan Buang Padang
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan
tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit
permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana
terdahulu.
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong
pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan
diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.
9. Tendangan Bebas
a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung.
b. Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak
c. Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.
10. Tendangan Penalti
a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter
b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter
dari titik penalti.
c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh
oleh pemain lain.
76
7. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
11. Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.
b. Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum menyepak.
c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas “touchline” kalau tidak
tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat – kalau tidak – tendangan
ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh
atau dimainkan oleh pemain lain – kalau tidak pasukan lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.
f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil.
g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.
12. Membebaskan Kawasan Gol
a. Dilakukan menggantikan tendangan gol
b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan
permainan.
c. Bola tidak diertikan sebagai dimainkan sebelum melepasi kawasan penalti.
Jika tidak, bola diertikan masih belum dimainkan.
13. Tendangan Sudut
a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak,
tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.
b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.
c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak
lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan
tersebut.
d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat
tendangan sudut dibuat.
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.
14. Tendangan Penalti
a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.
b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.
c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan.
Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah
dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan.
d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil
melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum melakukan
tendangan penalti.
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil
bahagian.
f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.
g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di
separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan
mengawasi kawasan ini.
77
8. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
Tepat
1 . Kemahiran Hantaran Tepat
Dengan jarak 10 kaki, seorang
pemain berada di tengah
bulatan sambil menghantar bola
bergilir-gilir secara statik dan
kemudian diikuti dengan
bergerak secara bulatan kepada
semua pemain. Hantaran
mestilah “grounder” atau
meleret
2. Kemahiran Menggelecek
a. Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang
yang dipacak ke tanah.
b. Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh
mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja.
3. Kemahiran Menjaring dan Mengawal Gawang Gol
a. Menjaring dari posisi yang berbeza di sekeliling di kawasan penalti termasuk
tendangan sudut. Galakkan tendangan leret atau “grounder”.
78