Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3

25,950 views

Published on

ilmu untuk semua
Banyak lagi info disini...
http://cheguabbas.blogspot.com/

nak nota sila click sini
http://cheguabbas.blogspot.com/p/nota_29.html
ada masalah mendownload???

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
25,950
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2,699
Actions
Shares
0
Downloads
749
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3

  1. 1. BAHAGIAN 1 SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR Bola tampar merupakan suatu permainan bukan sahaja untukpertandingan malah untuk kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal diseluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua; untuk orang ramai termasukorang yang cacat anggotanya. Permainan ini boleh dimainkan di mana-manasahaja; di taman, di tepi pantai atau di kawasan lapang. Bola tampar merupakanpermainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkankecederaan individu dan menambahkan keseronokan bemain. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 diGimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bolakerangjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Padamulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepadaVolleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896. Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkandengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luarpertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu iadiperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico(1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917). 1
  2. 2. Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktantentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asiadan Eropah. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembangdaripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yangdipertandingkan. Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897 dalam bukupanduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainanitu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undangyang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di AmerikaSyarikat. Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakandi Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikatditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bolatampar telah ditubuhkan di Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna.Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bolatampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, FederationInternationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar duniaditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yangberasaskan undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dandiselaraskan. Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuankebangsaan, termasuk Malaysia. 2
  3. 3. Selepas FTVB ditubuhkan, banyak pertandingan antarabangsadianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertamadiadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadaka di Praguepada tahun 1949 dan Rusia telah muncul sebagai johan. Kejohanan DuniaKedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalamtahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun 1952, iatelah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagiantersebut. Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam SukanOlimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki danJepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterimasecara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa OlimpikAntarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan didalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992). 3
  4. 4. WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 )William G. Morgan ( 1870-1942 ), merupakan anak kelahiran New York yangtercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan namaasalnya ialah ‘MINTONETTE’. Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Springfield Collegeof The Young Men’s Christian Association dan bertemu dengan JamesNaismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapasmenamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliauberpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai PengarahPendidikan Jasmani. Jawatan ini telah telah memberi beliau peluang untukmemperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dankelas kesukanan untuk lelaki dewasa. Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar dikelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukansejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau.Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orangmuda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untukorang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.(Less violent and less intense ). 4
  5. 5. TAHUN-TAHUN PENTING DALAM SEJARAH BOLA TAMPARTahun Sejarah Bola Tampar7 Julai Permainan pertama di Springfield College18961900 Bola yang lebih khusus telah dicipta1916 Teknik mengumpan dan merejam ( set & spike ) telah diperkenalkan di Filipina.1917 Mata permainan telah ditukar dari 21 ke 15.1922 Kejohanan pertama dilangsungkan di Brooklyn, New York dan sebanyak 27 pasukan dari 11 negara telah menyertai.1928 Menubuhkan Unites States Volleyball Association ( USVBA @ USA Volleyball ) U.S Open pertama dan dibuka kepada bukan skuad YMCA.1930 Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 pemain.1934 Pengadil Bola Tampar Kebangsaan telah dipersetujui.1937 The US Volleyball Association sebagai badan rasmi di peringkat antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston.1947 Menemui The Federation International De Volleyball Ball ( FIVB )1948 Permainan bola tampar pertama dilangsungkan.1949 Kejohanan Dunia berlangsung di Parague Czechoslavakia.1964 Memperkenalkan permainan bola tampar di sukan Olimpik di Tokyo.1965 The California Beach Volleyball Association (CBVA) ditubuhkan.1974 Kejohanan Dunia Mexico disiarkan di Jepun.1975 Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di Pasadena Texas. 1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan Fountion Valley. 1980 ke Calfornia dan San Diego pada tahun 1985.1977 Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San Diego pada tahun 1981.1983 The Association of Volleyball Profesionals (AVP) telah ditubuhkan.1984 Pasukan US memenangi medal pertama di kejohanan Olimpik di Los Angeles. Pasukan lelaki – Emas dan pasukan wanita – Perak. 5
  6. 6. 1986 The Women’s Profesional Volleyball Association (WPVA)1987 FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai.1988 Pasukan Kebangsaan Lelaki US mengulangi kejayaan emas di Olimpik Korea.1989 Program Bantuan Sukan Diadakan oleh FIVB.1990 Menganjurkan Liga Dunia1992 4 pemain Pro Beach League bermula di USA.1994 Volleyball World Wide ditubuhkan.1995 Permainan bola tampar 100 tahun.1996 Bola Tampar Pantai, 2 pemain disenaraikan dalam Olimpik. SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalammasa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di PulauPinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulangdari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan 6
  7. 7. pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar1926/27. Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan.Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur.Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa-masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitujelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar PulauPinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dansukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjangkhususnya di negeri ini. Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruhCina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn BolaKeranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangansukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawakepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malayapada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri-negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulanApril 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telahmuncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapiia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan 7
  8. 8. antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpasebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan inidikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satumesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar AmaturMalaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tamparkebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962,persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia danberikutnya telah menjadi ahli penuh dlam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua diBentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan. Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohananperingkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpurapabila sukan ini diperkenalkan. PENGENALAN Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara didunia. “Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlahpemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 jutapemain untuk setiap jenis sukan itu” (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa, 8
  9. 9. hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bolatampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang menciptapermainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulahnegara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untukpermainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikatbuat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukanlelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukanwanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak.Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat AmerikaSyarikat. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diritanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahanatau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas,bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagaisukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umurdan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainanrekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, danprogram intramural sekolah. Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagaitambahan kepada kejohanan terbuka,pemenangnya diiktiraf dalam senaraisenior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan GoldenMasters (lelaki 45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini 9
  10. 10. memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bolatampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telahmeningkat. Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat populardimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikankemahirannya dan mempunyai peraturan-peraturan yang boleh dipermudahkandan membolehkan permainan ini dapat di nikmati oleh kesemua orang. Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesionaldan mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun diAmerika Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangandan akhirnya dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam ligaini ialah pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai perananyang berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan danlelaki sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semuaanggota pasukan. Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidakdiiktiraf sebagai liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segikewangan untuk sukan ini bergantung kepada minat daripada peminat-peminatbola tampar. Dengan bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara darisetahun kesetahun harapan masa depan permainan ini masih cerah. Daripada dorongan kejayaan pasukan bola tampar Sukan Olimpik 1984,permainan bola tampar terus berkembang di Amerika Syarikat pada semuaperingkat. Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan 10
  11. 11. sokongan peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan danbantuan daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik. Di bawah sistem kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatuperlawanan bola berlangsung antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantungkepada tahap kemahiran kedua-dua pasukan yang bertanding. Masa yangpanjang ini menyukarkan pihak media terutamanya pihak televisyen. Pelbagaikajian telah dijalankan untuk membuatkan permainan ini boleh dijangka daripadasegi masa permainan dijalankan. Oleh sebab kesulitan ini, kerap kali permainanini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan masa pertandingan. Perubahandaripada segi kiraan mata dan / atau masa permainan boleh membuatkan bolatampar lebih menarik untuk liputan media. Terdapat tiga pertubuhan yang menentukan peraturan-peraturanpertandingan bola tampar di Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki danwanita, dan pertandingan kolej lelaki menggunakan peraturan-peraturanPersatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA). Untuk kejohanan peringkatkolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan dikendalikan oleh PersatuanKebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS). Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah TinggiLelaki ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri(NFSHSA). USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat.Negara ini dibahagikan kepada bahagian, dengan setiap bahagiandipertanggungjawabkan untuk menjadualkan kalender pertandingan masing-masing untuk ahli-ahlinya. 11
  12. 12. Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal olehPersatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan KebangsaanOlahraga Antara Kolej (NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej RemajaKebangsaan (NJCAA). Pertubuhan-pertubuhan ini mengawasi danmengelolakan permainan bermusim dan mentadbir kedua-dua kejohanankebangsaan. BAHAGIAN 2 GELANGGANG BOLA TAMPAR Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meterpanjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuransekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang diatas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar. 12
  13. 13. Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilahtidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermaindi atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harusdigunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu ataubahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahuludiluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainanmestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warnaputih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu samalain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkanuntuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejaladalah dilarang.Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lainwarnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikankepada tiga bahagian:  Garisan-garisan Sempadan 13
  14. 14.  Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan.  Garisan Tengah  Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.  Garisan Serang  Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan.  Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m.2. ZON DAN KAWASAN PERMAINAN a) Zon Depan 14
  15. 15.  Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas.b) Zon Servis  Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.c) Zon Penggantian  Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua- dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor.d) Kawasan Memanaaskan Badan  Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.e) Kawasan Penalti 15
  16. 16.  Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siapdengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luargaris unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merahberukuran 5 cm. 9m Zon servis Garisan belakang 16
  17. 17. Garisan serangan 3m 18 m Garisan tengah Tinggi jaring 2.43 m 3m Gari san tepi Penjaga garisan Zon servis Zon bebas berukuran 3 m lebar Penjaga garisan BAHAGIAN 3 PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN BOLA TAMPARPeralatan Pemain Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersidan seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilahringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. 17
  18. 18. Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombortersebut mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakangjersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.JARING DAN TIANGKetinggian JaringTerletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagianatasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untukwanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (padakedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuranrasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah :  Lelaki B-18 : 2.35 m  Lelaki B-15 : 2.25 m  Perempuan B-18 : 2.20 m  Perempuan B-15 : 2.15 m  L & P B-12 : 2.00 mPenanda Tepi Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegakatas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x1cm) adalah sebahagian daripada jaring.Antena 18
  19. 19. Antena ialah satu ‘rod’ berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm,diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat padapinggir luar setiap penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yangbertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring danditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah danputih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagiandaripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.Tiang Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisantepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. UntukPertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak padajarak 1 m di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalahmembulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidakseharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya.BOLATarafBola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulitsintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getahatau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi 19
  20. 20. warna-warni. Lilitannya adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udaraialah 0.30-0.325 kg/cm2 .Keseragaman BolaSemua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai tarafyang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. PertandinganRasmi dan Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mestimenggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB. BAHAGIAN 4 BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR 20
  21. 21. Peraturan-Peraturan AsasSetiap permainan mempunyai undang-undang atau peraturan tertentu.Peraturan –peraturan asas ini adalah suatu panduan kepada pemain, jurulatiheserta peminat sukan bola tampar ini. Pengetahuan ini penting demi memberigambaran yang lebih mendalam tentang permainan bola tampar supaya pemaindapat menghargai dan menikmati keseronokan permainan tersebut. Peraturanyang direkabentuk bagi sesuatu sukan dan permainan tiada ada tujuan lainselain daripada mewujudkan keadilan dan kepuasan pihak yang terlibat. Denganitu juga untuk menetapkan sama ada menang, berjaya, kalah, atau gagal. Didalam permainan bola tampar juga terdapat undang-undang tertentu yang wajardiikuti oleh sesiapa yang menjadi pemainnya.*Bola tampar mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan khas yang diperakuioleh FIVB 21
  22. 22. Dalam permainan bola tampar selain daripada peraturan umum, syarat-syarat dan peraturan yang menjadi kelazimannya ialah peralatan yangdigunakan seperti gelanggang, jaring, tiang, antena, bola, pakaian seperti jersidan kasut. Di samping itu, terdapat alatan lain yang turut memenuhikelengkapan permainan ini iaitu bendera dan wisel bagi pengadil, pencatat skordan penjaga garisan. Bendera yang biasanya digunakan hanyalah dua sahaja iaitu bendera merahdan putih. Bendera adalah untuk menandakan isyarat bola keluar dari garisanpermainan. Manakal bendera putih pula sebagai isyarat bola masuk ke dalamgelanggang. Kedua-dua bendera tersebut akan dipegang bersama oleh 4 orangpenjaga garisan. Wisel pula digunakan untuk pengadil pertama dan kedua. Ia bertujuanmeneruskan atau menghentikan permainan. Jenis bunyi yang ditiup adalahnberbeza. Misalnya, bagi kebenaran pasukan membuat servis, bunyinya seakanpanjang sedikit manakala jika bola itu terkeluar atau mati , bunyi yang ditiupadalah pendek sambil pengadil memberikan arahan atau isyarat dengan tangansama servis bertukar tangan atau memberi mata kepada pasukan lawan. Bagipengadil kedua pula wisel digunakan sama seperti pengadil pertama namunsekadar digunakan jika terdapat kesilapan kecil dalam permainan sepertikesalahan rotation pemain, time out, pertukaran pemain dan sebagainya. 22
  23. 23. Merujuk kembali kepada undang-undang permaina bola tampar, terdapat beberapa peraturan khas yang digunapakai sehingga kini dan ditetapkan oleh FIVB. Antaranya ialah seperti susunan giliran atau rotation order, bola dalam dan keluar, kesalahan aksi pemain, bermainkan bola, sentuhan serentak, kesalahan pemain di jaring, servis pertama bagi set pertama, kesalahan servis, kesalahan pukulan serangan, kesalahan mengadang, gangguan biasa , dan jarak waktu di antara satu-satu set, dan juga sistem pemarkahan. 1. Susunan giliran ( rotation order ) Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6 orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6 pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut; JARING pemain depan 4 3 2 5 6 1pemain belakang zon servis 23
  24. 24. Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbarisharuslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 ( posisikiri ), pemain 3 ( posisi tengah ) dan ,pemain 2 ( posisi kan ) berada disepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitupemain 5 ( posisi kiri), pemain 6 ( posisi tengah ), dan pemain 1( posisi kanan )merupakan pemain belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkanbergerak bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabilapasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain-pemainakan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya; Pemain 4 Pemain 3 Pemain 2 Pemain 5 Pemain 6 Pemain 1Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerakke posisi pemain 4. begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akanmenjadi pemain yang akan membuat servis. Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan ituakan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan. 24
  25. 25. Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadilkedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula,pengadil dan pencatat skor telah dimaklumlam senarai kedudukan pemainmelalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurusdan ketua pasukan.2. Bola dalam ( ball in ) Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain,termasuk garisan sempadannya.3. Bola Keluar ( Ball out ) Bola adalah keluar apabila; 1. Sebahagian bola yangmenyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang. 2. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek , di luar gelanggang, siling, atau orang diluar gelanggang. 3. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jarring yang berada di luar antenna atau penjuru tepi. 4. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang. 25
  26. 26. 4. Kesalahan Aksi Bermain Sebarang aksi bermain yang melangari peraturan permainan bola tampar adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan dalm rali.5. Bermainkan Bola ( Playing the ball ) Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semaa menghadang ( blocking ). Sentuhan menghadang tidak diambilkira sebagai satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak lawan sebagai serangan balas.6. Sentuhan Serentak Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja. Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola 26
  27. 27. berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainka semula.7. Kesalahan Semasa Bermain Bola Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut ; a. Empat sentuhan Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan. b. Pukulan larang ( irregular hit ) Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain. c. Pukulan terbantu ( assited ball ) Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain. d. Bola pegang ( Held Ball ) Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, dibawa atau dilontar. e. Dua sentuhan ( double contact ) Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan. 27
  28. 28. 8. Kesalahan Bermain di Jaring Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut; a. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya. b. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan. c.Pemain masuk gelanggang lawan. d. Pemain menyentuh jaring.9. Servis pertama bagi sesuatu set Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit ( toss coin ). Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut , pasukan yang menang akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau gelanggang.Melakukan sevis 1. Peservis diberikan masa selam 5 saat untuk membuat servis selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama. 2. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi semula. 28
  29. 29. 3. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan (release) dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. 4. Semasa pukulan servis atu melonjak bagi servis melompat, peservis dilarang menyentuh gelangang ( termasuk garisan belakang ) atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.Kesalahan servis Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak lawannya berada dalam posisi yang salah. Peservis ; 1. Melangar susunan servis 2. Tidak melakukan servis dengan betul 3. Melanggar peraturan percubaan membuat servis.10. Kesalahan Pukulan Serang Beberapa kesalahan pukulan serangan ( attack-hit fault ) seperti; 1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan. 2. Pemain memukul bola keluar. 3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat. 29
  30. 30. 4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring.11. Kesalahan Menghadang Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan. 1. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. 2. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya, 3. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna. 4. Menghadang bola servis pihak lawan. 5. Bola dihantar keluar melalui hadangan.12. Gangguan biasa dalam permainan Gangguan atau tergendalaan yang lazim berlaku dalam permainan merujuk kepada ; 1. Masa hentian ( time out ) 2. Penggantian pemain ( palyer subsitutions ). 3. Tempoh masa hentian ialah selama 30 saat. 4. Setiap pasukan berhak meminta masa hentian sebanyak 2 kali untuk setiap set. 5. Pemain hendaklah berada di zon bebas semasa masa hentian . 6. Setiap pertukaran pemain terhad hanya sebanyak 6 kali pertukaran sahaja. 30
  31. 31. 7. Pemain yang keluar masuk hendaklah berdiri di garisan dan zon pertukaran berasama pengadil kedua. 8. Penggantian yang dilengah-lengahkan akan diberi amaran oleh pengadil.13. Jarak waktu ( intervals ) Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah selama 3 minit. Dalam tempoh itu , pertukaran gelanggang dan pendaftaran berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.STRATEGI ASAS Dalam apa jua permainan sekali pun, strategi adalah kunci utama bagimenghadapi segala bentuk persaingan yang bakal tiba. Aspek strategi amatpenting bagi seseorang jurulatih mahu pun pemain yang akan beraksi di dalampadang, gelanggang, dan gymnasium. Malahan di dalam rutin kehidupansekalipun , strategi adalah isyarat pertama untuk melakukan sesuatu sama adamenghadapi peringkat permulaan atau pun semasa sesuatu perlakuan.Permaianan bola tampar turut tidak terkecuali dari aspek strategi ini. Strategimerupakan simbol dan kunci bagi teknik dan taktik di dalam sesuatu permainanatau pertandingan. Tanpa strategi kemungkinan besar kejayaan tidak menjelma.Di dalam permainan bola tampar, terdapat pelbagai strategi yang boleh dipelajaridan diaplikasikan oleh pemain. Peranan jurulatih amat penting bagi 31
  32. 32. mempraktikkan seberapa banyak strategi untuk para pemain. Di antara strategiyang lazimnya dipraktikkan di dalan sukan bola tampar adalah meliputi ; i. formasi pasukan dan serangan ii. pemain iii. pengaplikasian kemahiran yang efektif dan iv. Penggunaan penggantian ( substitution ) dengan efektif.Formasi dan strategi pasukan Formasi pasukan terbahagi kepada dua iaitu kedudukan pemain. Satupasukan bola tempar mempunyai enam (6) orang pemain . Tiga (3) pemainadalah dibarisan depan manakala tiga (3) pemain lagi di bahagian belakang.Gelannggang bola tampar dibahagikan kepada enam (6) kawasan atau zonbermain. Keenam-enam pemain akan bergerak mengikut putaran jam secarabergilir-gilir selepas memperolehi atau memenangi servis. Pemain di depandikenali sebagai pemain fawad manakala pemain belakang adalah pemain bek.Posisi dan pergerakan setiap 6 pemain boleh berubah semasa menerima bolaasalkan urutan putaran dikekalkan. 32
  33. 33. Strategi merupakan sistem yang diaplikasikan oleh setiap pasukan semasaberaksi. Pemilihan sistem atau strategi adalah bersandarkan kepadakemampuan pemain dan pihak lawan. Dua system yang popular dipraktikkanialah seperti ; 1. Sistem 4-2 ( empat perejam dan dua pengumpan ) 2. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )Sistem 4-2 (empat perejam dan dua pengumpan)Sistem ini sering menjadi piulihan utama sesebuah pasukan dan dikenali sebagai‘ serangan mudah’ kerana pengumpan adalah salah seorang daripada barisanhadapan. Hanya pemain barisan hadapan boleh merejam daripda garisanserangan (attack line). Maka, jika salah seorang pemain bertindak sebagaipengumpan, pasukan terhad kepada dua penyerang hadapan. Kebanyakanpasukan tidak mempunyai perejam mahir lebih daripada empat orang. Denganitu pasukan yang nenpunyai serangan 4-2 adalah lebih daripada mencukupi.PemainSetiap posisi dan pemain mempunyai tugas dan peranan tertentu. Penguasaankesemua jenis kemahiran amat perlu bagi setiap pemain. Di dalam permainanbola tampar kemahiran merejam dan dan mengumpan merupakan elementerpenting. Ini adalah kerana permainan bola tampar adalah suatu permainan ‘ 33
  34. 34. kuasa dan ketepatan ‘ ( a geme of power and precision ) iaitu kuasa perejam danketepatan pengumpan. Pemain pengumpan adalah pemain utama ( brainsbehind the attack ) berperanan sebagai ; 1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi termasuk kepantasan, koordinasi, kefleksibelan, reaksi segera, dan daya tahan kardivoskular. 2. Memiliki sifat tahan lasak menatal, waspada, dan ketenangan semasa membuat strategi, analisa ,keputusan, dorongan kepada pemain pasukan. 3. Memiliki kemahiran teknikal secara kenalurian ( instinctively ), taktik, mengawal rentak dan ritma permainan.Pemain perejam pula berfungsi sebagai pemain terpantas dan bintang pasukan.Beliau harus memiliki sifat-sifat seperti kekuatan, kefleksibelan, dan kuasa.Disamping itu juga, perejam wajar mempunyai kelebihan dari aspek fizikal iaitukuat, tinggi dan tangkas. Dari aspek fisilogi pula, beliau pemain yang cergasuntuk melakukan ketinggian lompatan, kuasa rejaman berulang kali, danmengatur masa. Aspek mental pula , beliau adalah pemain yang waspada danmemahami komunikasi dengan pemain pengumpan sebelum membuat rejamandan lompatan sama ada rejaman pantas, rejaman tinggi , atau dink disampingmembaca permainan pihak pasukan lawan. Sementara dari aspek teknik dantaktik pula, pemain perejam haruslah boleh mempraktikkan kemahiranmenyerang dengan efektif 34
  35. 35. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )Serangan 5-1 ini adalah sistem serangan yang lazim dipraktikkan pada peringkatantarabangsa. Serangan ini hanya mengunakan seorang pengumpan. Inibermakna semasa tiga pusingan pengumpan berada di baris hadapan dan untuktiga pusingan seterusnya pengunpan datang dari belakang.Lima pemian yanglain adalah penyerang dengan pemain yang berlawanan pengumpan dikenalisebagai penyerang ofsaid. Adalah lebih menguntungkan jika penyerang ofsaidmerupakan pemain kidal kerana pemain tersebut boleh memukul dari kedudukanfawad kenan, iaitu bahagian serangan pemain kidal yang kuat. Sebaiknya jugapengumpan merupakan pemain kidal kerana ia lebih mudah bagi pengumpanuntuk merejam terus. Serangan ini adalah yang terbaik bagi pasukan yangmempunyai seorang pengumpan sahaja. In kerana semua perejam hanyamerejam umpanan dari seorang pengumpan sahaja. Komunikasi danpergerakan yang difahami akan membantu pengumpan dan perejam keranatidak ada pengumpan lain semasa beraksi kecuali seorang sahaja. Pengumpan boleh menyerang apabila berada di barisan hadapan.Pengumpan yang baik adalah merupakan pemain penghadang terbaik yangbersaiz tinggi. Dalam formasi serangan 5-1 ini, pasukan juga boleh melakukanpelbagai bentuk penerimaan servis dan cuba menyorokkan pengumpan semasadi barisan belakang atau hadapan. Namun pengumpan seharusnya bijakmenggunakan peluang dalam formasi 5-1 ini walaupun perejam merejam bolapada keadaan sentuhan kedua . Sistem 5-1 ini merupakan gabungan pergerakan 35
  36. 36. serangan 4-2 dan 6-2. Pasukan yang mahir dengan system 4-2 dan 6-2 akanmudah menguasainya. PRINSIP-PRINSIP AM UNTUK SERANGANBeberapa prinsip asas untuk strategi menyerang iaitu;1. Semua pemain haruslah berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan.2. Permainan dan semangat berpasukan dipupuk melalui pengetahuan tentang kelemahan dan kekuatan pihak pasukan lawan3. Elakkan strategi yang rumit kerana akan membawa risiko kesilapan. Mesti ada pilihan-pilihan dalam serangan4. Pengumpan mengawal semua penyerang.5. Semua pemain sergas, mahir, konsisten , dan tahan lasak sepanjang permainan.6. Pembentukan satu sistem mesti sesuai untuk pemain.Prinsip-prinsip pertahananSuatu system pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah penting dalamsemua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip tertentu. Prinsip pertahananyang terpenting dikenali sebagai prinsip akal. Prinsip ini meletakkan semuapemain di posisi dimana pihak lawan mungkin akan menyerang. Selain itu,terdapat lima prinsip asas yang boleh dijadikan garis panduan dan digunapakaioleh sesuatu pasukan dan pemain iaitu; 36
  37. 37. 1. Posisi di gelangang ditetapkan untuk setiapa penahan. Ia merujuk kepada setiap pemain tahu dan faham kedudukannya di dalam gelanggang semasa di serang pihak lawan.2. Penahan harus menjangka dan betindak pantas semasa rejaman.3. Pemilihan pemain dan bilangan penghadang yang sesuai diutamakan4. Pegelolaan, pertahanan dan latihan tubi dipraktikkan agar salah faham dan pelanggaran pemain di minimumkan.5. Gerakan pertahanan pantas dan terus–menerus. 37
  38. 38. BAHAGIAN 5 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPARPergerakan dan PosturPergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasabergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola,bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaanuntuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukanoleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi danberbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut: 1. Pergerakan kaki kehadapan (forwardfootwork). 2. Pergerakan kaki sisi (side footwork). 3. Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork). Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah ditumpukan pada bola. (Lihat rajah dibawah) 38
  39. 39. Kedudukan Sedia Sebelum Bergerak1. Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang bahu dengan satu kaki ke hadapan.2. Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam.3. Sentiasa bengkokkan lutut.4. Belakang badan hendaklah lurus selesa.5. Tangan bebas di atas aras lutut.6. Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak. Langkah ke hadapan Langkah ke hadapan Langkah sisi tidak bersilang Langkah sisi Pergerakan kaki bersilang 39
  40. 40. Latihan Untuk Pergerakan 1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk beberapa kali. B C A D X Mula Tamat 2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C. 3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, ‘pivot’ pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari sehingga ke garis belakang (A).Peringatan: Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti beradadalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukansebarang pergerakan dengan cepat. Mata pemain hendaklah diitumpukan padaaras atas jaring semasa bergerak. 40
  41. 41. Pola pergerakan dan postur badan Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui danmemahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dankemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitutinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untukmerejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuathantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atasdan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling digelanggang. Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkanketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu iamenyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakansehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemainharus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahirantertentu dalam bola tampar. Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan. 1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah. 2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari. 3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran. 41
  42. 42. 4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan bersedia. Postur badan Tinggi Sederhana Rendah Pola pergerakan badanSERVISServis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainandengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia jugamerupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain.Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggapsebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya.Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand)dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti; 42
  43. 43. 1. Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat skor yang dan mengekalkan servis. 2. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)Servis Bawah TanganSuatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, danmemerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja.Pemain-pemain yang baru diajarmembuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola kesasaran yang dikehendaki. Kaedah-kaedah membuat servis ini adalah sepertiberikut ; 43
  44. 44. Fasa-Fasa Servis Bawah Fasa Persediaan 1. Kedudukan kaki terbuka. 2. Bola pada paras pinggang. 3. Bahu lurus pada jaring. 4. Mata pada bola. 5. Buka tangan pemukul. Fasa Perlaksanaan 1. Lengan dihayun ke belakang. 2. Berat bdan dipindahkan ke belakang. 3. Lengan dihayun ke hadapan. 4. Berat badan dipindah ke hadapan. 5. Tangan yang ‘memegang’ menjatuhkan bola. 6. Guna pangkal tangan yang dibuka. 7. Sentuh bola pada paras pinggang. 8. Sentuh bola di bawah tengah belakang bola. 44
  45. 45. Fasa Ikut Lajak Berat badan pada kaki hadapan. Lengan ke arah atas jaring. Bergerak masuk ke dalam gelanggang.Servis Atas KepalaServis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat(heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedah–kaedah membuat servisatas kepala adalah seperti berikut ;Fasa-Fasa Servis Atas KepalaFasa Persediaan1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu.2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand)lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand) 45
  46. 46. Fasa Perlaksanaan1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.Fasa Ikut Lajak1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola.2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola.3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.Servis Gelombang (Floata)Servis ini hampir sama dengan servis permainan tennis. Selepas memukul boladi tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan sertamerta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncurtanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaringdan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkinterganggu sementara imbangannya. Kaedah-kaedah melakukan servisgelombang adalah seperti berikut ; 46
  47. 47. Fasa-Fasa Servis Gelombang Fasa Persediaan 1. Kedudukan terbuka. 2. Bahu lurus pada jaring. 3. Mata pada bola. 4. Buka tangan pemukul. Fasa Perlaksanaan 1. Bola dilempar di hadapan bahu pemukul. 2. Bola dilemparkan rapat ke badan. 3. Lengan dihayun ke belakang dnegn siku ditinggikan. 4. Tangan di telinga. 5. Sentuh dengan pangkal tangan terbuka. 6. Sentuh pada keluasan yang penuh. 7. Tindakan menjolok. Fasa Ikut Lajak 47
  48. 48. 1. Berat badan pada kaki hadapan. 2. Tiada ikutan lengan. 3. Bergerak ke dalam gelanggang.Butiran-butiran untuk servis 1. Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang. 2. Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis. 3. Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan(bagi pengguna tangan kanan) dan sebaliknya. 4. Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki depan. 5. Pastikan tangan memukul adalah kukuh. 6. Kaki menuju ke sasaran. 7. Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten. 8. Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis. 9. Masuk gelanggang secepat mungkin apabila bola telah dimainkan. 48
  49. 49. OVERHEAD SERVIS JUMPING SERVISHANTARAN BAWAH TANGAN (DIG)Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis inimenggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass).Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihaklawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlaludekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untukmenggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagaiteknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola. Fasa-fasamenyangga adalah seperti berikut: Fasa Persediaan 1. Tangan bersedia. 49
  50. 50. 2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu.3. Lutut bengkok.4. Lengan selari dengan paha.5. Belakang lurus.6. Mata mengikut bola.Fasa Perlaksanaan1. Kedua ibu jari selari.2. Tumit pergelangan tapak tangan dirapatkan.3. Capai ke arah bola.4. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran.5. Luruskan badan ke bola.6. Lakukan pergerakan ‘menjolok’ ke hadapan dan ke atas.7. Cungkil pergelangan tangan atau bengkokkan siku untuk mendapatkan ketinggian yang baik.8. Pergerakan pinggul ke hadapan.9. Lihat bola menyentuh lengan.Fasa Ikut Lajak1. Pelantar lengan diarahkan ke sasaran 50
  51. 51. 2. Lengan tidak tinggi daripada bahu. 3. Pindahkan berat badan ke hadapan. 4. Mata mengikut bola ke sasaran.Butir-butiran menyangga 1. Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari. 2. Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan pergelangan tangan. 3. Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut untuk menerima hantaran. 4. Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk menghadap sasaran. 5. Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang minimum. 6. Elakkan daripada mengayun lengan ke bola. 7. Pastikan tapak pemukul ( platform ) adalah stabil. 8. Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.Variasi Menyangga1. Persediaan kedudukan asas2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement ) 51
  52. 52. 3. Junam dan tangkap ( dive and catch )4. Junam dan luncur ( dive and slide )5. Junam dan pusing ( dive and turn )6. BergulingHANTARAN DEPAN (FOREARM PASS)Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan.Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau bump. Biasanya iniadalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jikaanda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untukmenerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang,ke bawah dan di jaring. Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawalhantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala (dibincangkan dalamLangkah 5). Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama.Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilahselalu diterima dengan hantar depan kerana tangan yang terbuka tidak cukupkuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakanuntuk menghantar terus kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat sertamenghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakanhantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya. 52
  53. 53. MENGAPA HANTAR DEPAN PENTING?Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantar depan mestilah dilaksanakansepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukanserangan balas, hantar depan yang tepat amat penting.BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTAR DEPANUnsur-unsur melaksanakan hantar depan yang baik adalah (a) menghampiri bola(b) tetapkan posisi anda (c) membuat sentuhan, dan (d) tumpuan kepada bola kearah sasaran. Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan andamestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari. Siku berpusing kedalam. Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling.Lengan anda selari dengan paha, jauhkan darip4ada badan. Anda mesti cubameletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola teruskepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskansemasa menyentuh bola. Lihat Rajah untuk kunci kejayaan hantar depan. Sangga mempunyai kaitan kemahiran mudah untuk digunakan apabila andabergerak ke arah bola terlebih dahulu, iaitu mendapat kedudukan yang sesuaisebelum cuba melaksanakan kemahiran. Kesukaran kemahiran ini ialah apabilaanda tidak pernah menggunakan lengan anda dalam sukan-sukan yang lain.Fasa-Fasa Hantar Depan Fasa Persediaan 1. Tangan mesti ditemukan. 53
  54. 54. 2. Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang.3. Kaki selebar bahu.4. Lutut dibengkokkan.5. Lengan hadapan selari dengan paha.6. Belakang lurus.7. Mata pada bola.Fasa Perlaksanaan1. lbu jari selari.2. Tumit tapak tangan ditemukan.3. Terima bola pada tepi kiri badan.4. Kaki dilunjurkan sedikit.5. Pergerakan "menjolok" ke hadapan dan ke atas.6. Platform condong ke arah hadapan.7. Pinggul ke bawah dan ke hadapan.8. Perhatikan bola menyentuh tangan.Fasa Ikut Lajak 54
  55. 55. 1. Tangan tetap ditemukan. 2. Platform mengikuti bola ke sasaran. 3. Tangan tidak tinggi lebih daripada bahu. 4. Pindahkan berat badan ke hadapan. 5. Mata rnengikut bola ke sasaran.HANTARAN ATASKemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengankecekapan yang salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untukmenggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untukmengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementaraoleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkindigunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda mestilah bolehmelaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpamengubahcara penghantaran.MENGAPA HANTARAN ATAS PENTINGHantaran atas biasanya pukulan bola kedua pasukan anda dalam tiga peringkatserangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik 55
  56. 56. sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang inimestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan. Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarangbola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain dengan laju.Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuhke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang palingberkesan untuk mengendalikan bola.BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTARAN ATAS Kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan,lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang15-20 cm. Ibu jari menghala ke mata anda. Bentuk ‘tingkap’ dengan ibu jari dan jaritelunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jarianda. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sa-ngat penting, bahu andadiletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan anda,tangan anda membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangandan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan anda, lunjurkantangan dan kaki, pindahkan berat badan anda mengikut arah hantaran.Fasa-Fasa Hantaran Atas Fasa Persediaan 56
  57. 57. 1. Kedudukan bersedia.2. Lutut dan punggung dibengkokkan.3. Bahu tegak ke sasaran.4. Tangan di hadapan dahi.5. Membentuk ‘tingkap’.6. Lihat bola melalui tingkap.Fasa Perlaksanaan1. Bentuk tangan mengikut bentuk bola.2. Sentuh bahagian bawah bola.3. Sentuh bola dengan bahagian atas temuan jari.4. Luruskan tangan dan jari.5. Tangan menghala ke sasaran.Fasa Ikut Lajak 57
  58. 58. 1. Tangan dan lengan lurus ke sasaran. 2. Pindahkan berat badan ke sasaran 3. Bergerak ke arah bola.Aksi-aksi hantaran Kemahiran membuat hantaran dan menyangga dengan bijak akan 58 mengurangkan kesilapan semasa bermain.
  59. 59. 59
  60. 60. MEREJAM (SPIKING)Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkanmata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawahgelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah darimana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi keudara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola kebawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Kemahiran merekam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainanini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatupertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang aslimenarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekatdengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang,menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahanserangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yangmenghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru,kemahiran , merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiranserangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitukuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat. 60
  61. 61. Fasa-Fasa Kuisan Fasa Persediaan 1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring. Fasa Perlaksanaan 1. Mula mendekati jaring 4. Lengan dihayunkan 7. Sentuh bola di 61
  62. 62. apabila bola berada di ke belakang ke paras hadapan bahu point terakhir. pinggang. yang memukul. 2. Kurangkan jarak dengan 5. Kedua-dua lengan 8. Sentuh dengan beberapa langkah. menghayun ke hujung dua jari 3. Dua langkah ahir ke hadapan. yang diganungkan. kanan, rapat ke kiri atau 6. Kedua-dua lengan 9. Sentuh bahagian melangkah untuk menghayun tinggi ke bawah setengah melompat. arah bola. bola. 10. Sentuh dengan lengan yang lurus. Fasa Ikut Lajak 1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk meresap tekanan mendarat.Fasa-Fasa Rejaman Perlahan Fasa Persediaan 62
  63. 63. 1. Tunggu di garis serangan.2. Perhatikan pengumpan.3. Mata melihat bola selepas mengumpan.4. Berat badan ke hadapan.5. Bersedia mendekati jaring.Fasa Perlaksanaan 63
  64. 64. 1. Mula mendekati jaring apabila 7. Sentuh bola di hadapan bahu yang bola berada di paras tertinggi. memukul.2. Kurangkan jarak dengan beberapa 8. Sentuh dengan tumit tapak tangan langkah. yang terbuka.3. Akhiri dua langkah dengan 9. Sentuh bahagian bawah tengah langkah kanan dan rapat dengan belakang bola. kiri untuk melompat. 10. jari menggolek membalut bahagian4. Tangan dihayunkan ke belakang atas bola. ke paras pinggang. 11. pergelangan tangan dipetik.5. Kedua-dua lengan menghayun ke 12. sentuh dengan tangan yang betul- hadapan. betul lurus.6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola.Fasa Ikut Lajak 64
  65. 65. 1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan.Fasa-Fasa Rejaman Kuat Fasa Persediaan 6. Tunggu di garis serangan. 7. Perhatikan pengumpan. 8. Mata melihat bola selepas mengumpan. 9. Berat badan ke hadapan. 10. Bersedia melakukan pendekatan. 65
  66. 66. adalah langkah kanan 7. Sentuh bola di tangan yang kuat. dan rapat dengan kiri hadapan bahu yang 11. Sentuh dengan untuk melompat. memukul. lengan yang betul-4. Tangan menghayun ke 8. Sentuh dengan tumit betul lurus. belakang sekuarng- tapak tangan yang kurangnya pada paras terbuka. pinggang.Fasa Ikut Lajak 66
  67. 67. 1. Tangan mengikut arah rejaman dan jatuh ke paras pinggang. 2. penyerang mendarat di atas dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan.Teknik-Teknik MerejamPosisi Bersedia 1. Berat badan seimbang dan bengkokkan lutut. 2. Bahagian atas tubuh badan mengendur. 3. Bahu ke hadapan dan 4. Jarak dari jaring di antara 2 – 3 meter.Pergerakan 1. Bergerak ke arah bola. 2. Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan. 3. Bergerak sambil melihat kelakuan dan trajektori bola. 4. Lengan-lengan mula bergerak ke belakang. 5. Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan. 6. Lengan-lengan ke belakang dan ke atas seberapa banyak yang boleh. 67
  68. 68. 7. Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan. 8. Menghayun lengan-lengan ke bawah di sisi badan.Lompatan 1. Mula dengan buaian dari tumit ke jari kaki (heel –toe-rock) 2. Bermula dengan ayunan lengan ke atas apabila kaki-kaki mula menolak ke atas. 3. Menghulurkan badan dengan bergerak dari mata kaki ke kaki, ke pinggang , dan tubuh badan. 4. Lompatan haruslah tegak ( vertical ) dan ledakan ( explosive )Teknik-Teknik Aksi MerejamPosisi Badan 1. Lengan merejam tinggi di atas kepala. 2. Kekalkan siku tangan merejam lebih tinggi daripada bahu. 3. Bahagian atas tubuh badan memutar jauh dari jaring. 4. Bahagian belakang badan dilentikkan dengan kaki-kaki dibawa ke belakang untuk imbangan.Kontak 1. Kontak harus dibuat ke bahagian atas bola ( upper half of ball ) 2. Kontak bola dengan hujung tangan ( heel of hand ) 68
  69. 69. 3. Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan ( the wrist snaps forward ) dengan tapak tangan dan jejari melindungi bola. 4. Mendepangkan jejari seluas boleh untuk mengawal soik atau menadahkan tangan untuk mendapat lebih kuasa. 5. Kontak bola seberapa tinggi yang boleh dan lebih kurang 1 meter di hadapan badan. 6. Hayunan lengan harus mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan ( midline of the ball )Daratan 1. Mendarat di atas jari-jari kedua-dua belah kaki. 2. Bengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan. 3. Mendarat lebih kurang di tempat yang sama dengan membuat lonjakan.Variasi Rejam 1. Rejam dari Belakang Gelanggang ( Back Court Spike ) 2. Rejam Bersilang ( Cross Body Spike 3. Rejam ROUDHOUSE i. Lengan merejam diturunkan. ii. Memutar badan jauh dari jaring. 69
  70. 70. iii. Menurunkan lengan bukan merejam. iv. Lengan merejam untuk merejam bola. v. Kaki dan badan ke depan serta merta ( snap forward ) 4. Rejam Pukulan Tinggi 5. Rejam DinkButiran-butiran merejam 1. Mendekati jaring dari jarak 2 – 3 meter. 2. Pada langkah akhir yang panjang, badan diturunkan dan sediakan lengan untuk memukul. 3. Buaikan tumit-tumit ke belakang pada hujung penujuan. 4. Lonjak daripada kedua-dua belah kaki. 5. Mengayun kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan. 6. Pastikan kedua-dua bahu menghadap jaring. 7. Tarik lengan memukul ke belakang dengan siku ke depan. 8. Pengelangan tangan harus terkunci ( locked ) dan tangan harus terbuka. 9. Memukul bola setinggi-tingginya di depan bahu tangan memukul. 10. Tangan memukul meliputi bola dengan ikut lajak (a follow through ) oleh pergelangan tangan. 11. Jangan menyentuh jaring. 12. Menuju kepada perletakan ( placement ) daripada kuasa (power ) 70
  71. 71. Aksi merejamMENGHADANG (BLOCKING) 71
  72. 72. Menghadang ( blocking ) merupakan kemahiran yang dilakukan sama adaseorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk ;1. Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak lawan.2. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan3. Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh pihak lawan.4. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri. Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada keseluruhan sistem pertahanan.Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola.Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan kesannya membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan. Penghadangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan.Fasa-Fasa Adang Tunggal 72
  73. 73. Fasa Persediaan1. Tunggu di jaring.2. Lihat pengumpan lawan.3. Tangan di paras bahu.4. Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan.5. Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam.Fasa Perlaksanaan 73
  74. 74. 1. Lompat serta-merta setelah penyerang melompat. 2. Lengan mencapai atas jaring. 3. Tangan melintasi ke gelanggang lawan. 4. Bariskan setengah badan anda di depan bahagian sisi memukul lawan. 5. Undurkan tangan. 6. Mendarat atas kedua-dua kaki. Fasa Ikut Lajak 1. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan. 2. Beralih daripada jaring. 3. Lihat bola.Fasa-Fasa Adang Berganda Fasa Persediaan 74
  75. 75. 1. Setelah umpanan, pengadang yang bergerak, menumpukan perhatian kepada pemain yang sedang membuat adangan.Fasa Perlaksanaan1. Kedua-dua pengadang melompat serentak.Fasa Ikut Lajak 75
  76. 76. 1. Semua pemain kembali ke kedudukan biasa. 76
  77. 77. AKSI MENGHADANGKEMAHIRAN MENYELAMATKAN BOLADalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupunbola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, makakemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakanialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan olehpemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bolatampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baruatau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola inidilakukan oleh pemain bola tampar.Terjun Hadapan 77
  78. 78. 1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan keiarak yang paling jauh.2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas. Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian belakang tapak tangan.3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap berat badan.4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso. Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhirGuling Sisi1. Bersedia untuk menuju ke arah bola. 78
  79. 79. 2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang sama digunakan.3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar pergelangan tangan atau bahagian daslam lengan atau bahagian atas tapak tangan.4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam supaya ia tidak menyentuh lantai.5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan.6. Membuat gulingan.7. Bersedia semula untuk permainan Aksi guling sisi dari mula hingga akhir (a-f) 8. seterusnya 79
  80. 80. ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DALAM BOLA TAMPARAspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam permainan bola tampar. Antaranyaialah : • Pemain perlu memakai pelindung lutut atau knee pad bagi memastikan kecederaan yang tidak serius semasa perlawanan dijalankan. • Pemilihan kasut yang sesuai juga penting dalam memastikan aspek keselamatan semasa berada di dalam gelanggang. Kasut yang baik dipakai adalah apabila tapak kasut tersebut tidak mudah rosak dan tahan dengan keadaan gelanggang yang keras. Contohnya kasut badminton. 80
  81. 81. • Pemain yang bermain menggunakan cermin mata atau kanta lekap bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. • Sekiranya terdapat bola di dalam gelanggang permainan tidak boleh dijalahkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan berlaku terhadap pemain. Contoh kecederaan pada tangan dan lenganKECEDERAAN DAN CARA RAWATAN Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury) • Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon di tempat melekat tendon (origin & insertion) atau di tulang sendiri. • Kecederaan boleh dikelaskan mengikut:- i. punca/mekanisma kecederaan (etiologi) ii. darjah kecederaan (severity) 81
  82. 82. Punca:- i. secara langsung (direct) ii. selalunya pada sukan berlaga tubuh badan (body contact sport) iii. contoh kecederaan: Luka, lebam, bengkak, cedera kepala dan mata. iv. Tidak secara langsung (indirect) v. ‘Acute’- berlaku bila otot menerima tekanan/beban secara mengejut. vi. Seperti memecut (lari) atau menendang (bola sepak) vii. Kesannya: Otot terkoyak‘Chronic & Overuse’ i. Ini disebabkan hasil tekanan/beban yang berulang-ulang atau pergeseran yang berterusan. Biasanya semasa latihan ketahanan (endurance training) ii. Contoh kecederaan: Tendinitis ‘Acute on Chronic’ i. Otot yang telah sedia sakit akibat chronic & overuse terkoyak atau putus Darjah kecederaan ii. Sakit sedikit semasa cedera atau dalam masa 24 jam selepas kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan. iii. Sakit sederhana, sakit semasa melakukan pergerakkan, atlit tidak dapat meneruskan permainan. 82
  83. 83. iv. Atlit mendengar bunyi ‘pop’ bengkak, sakit sangat? Kejang otot? Berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat. v. Apa yang berlaku selepas tisu lembut cedera? vi. Tisu-tisu ini akan mengalami proses-proses:- vii. Acute inflammatory phase- semasa kecederaan hingga 72 jam pertama viii. ‘Repair phase’ – 48 jam – 6 minggu ix. Remodeling phase – 3 minggu – 12 bulanRawatan kecederaan:- i. Cryotheraphy – R.I.C.E ii. Ubat anti – Fisioterapi iii. Bantu diri, pergerakkan bebas dan latihan pemulihan iv. CorticosteroidRawatan menggunakan ais batu:- i. Ice massage ii. Ice pack iii. Ice immersion iv. Lama rawatan : 15 – 30 minit v. Kekerapan : 2 atau 4 kali sehari vi. Dilakukan : 2 – 3 hari pertama selepas kecederaan 83
  84. 84. Bagaimana air batu bertindak balas terhadap tisu yang tercedera? i. Kawasan yang kena air batu menjadi sejuk dan kebas – ini akan mengurangkan sakit, mengecilkan salur rerambut, pengaliran darah ke kawasan cedera perlahan – mengurangkan bengkak dan pendarahan. ii. Mengurangkan kekejangan iii. Menjadikan otot yang kejang (spastic) berfungsi semula.Ubat anti-inflammatory (insaid drug) i. Penggunaan ubat ini akan ditentukan oleh Pegawai PerubatanRawatan Fisioterapi:- i. Rawatan ini bermula secepat mungkin – selepas kecederaan. ii. Rawatan meliputi: 1. Air batu dan senaman 2. Ultra Sound 3. Rangsangan otot letrik 4. Gabungan (a) dan (b) 5. Senaman kekuatan dan kelembutanBantu diri, pergerakkan awal dan latihan pemulihan Kaedah:- i. Isometrik ii. Isotonik iii. IsokinetikCorticosteroid Penggunaan ubat ini juga akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Suntikan ubat ini (local injection) pada tempat kecederaan dilakukan setelah rawatan-rawatan lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan/kecederaan atau kecederaan itu berulang-ulang. 84
  85. 85. Patah tulang i. Mengetahui tanda-tanda dan gejala-gejala fraktur. ii. Melarang gerak (immobilize) kesemua patah tulang pada:- a. Tulang rahang bawah b. Tulang selangka c. Lengan atas d. Lengan bawah e. Tulang rusuk f. Tulang belakang atau spina g. Pelvis h. Tulang paha atau femur i. Tulang kaki iii. Mengutamakan pencegahan renjatan dalam kecederaan patah tulang.Sebab-sebab patah tulang:- i. Akibat pukulan tepat atau secara langsung ii. Akibat pukulan secara tidak langsung iii. Akibat tersentap sendiJenis-jenis patah tulang:- i. Patah rebung ii. Patah tebu iii. Patah riuk iv. Patah melarat 85
  86. 86. Tanda-tanda dan gejala-gejala:- i. Tulang patah boleh didengar ataupun dirasa ii. Bengkak dan kemudian menjadi lebam pada bahagian yang patah itu, diakibatkan pendarahan dalam tubuh. iii. Anggota itu kelihatan berlainan kedudukannya dan ganjil rupanya, seperti bahagian kaki yang patah mungkin nampaknya lebih pendek dan terbalik iv. Cacat pada anggota dan bahagian yang tercedera tidak boleh digerakkan seperti biasa. v. Rasa kesakitan pada atau dekat tempat fraktur.Peraturan am bagi rawatan fraktur:- i. Jangan cuba menggerakkan mangsa itu sehingga bahagian yang patah itu telah dilarang gerakkan (immobilization), kecuali mangsa itu didalam keadaan bahaya yang mengancam nyawanya. ii. Peringatan – langkah-langkah yang dilakukan dengan kasar mungkin mengakibatkan keadaan menjadi lebih serius dan menambahkan bahaya renjatan, misalnya patah tertutup mungkin menjadi patah tulang terbuka. iii. Peraturan diatas diutamakan, oleh yang demikian pernafasan yang terhenti dan pendarahan yang teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum memberi rawatan pada tulang. iv. Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta-merta supaya ia tidak bergerak langsung (immobilization). Langkah seperti itu tidak akan menggerakkan hujung-hujung tulang itu daripada merosakkan saluran darah atau otot-otot. v. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pembalut segitiga ikat anggota yang tercedera kepada anggota yang tidak tercedera atau badan mangsa. vi. Kaedah kedua dengan menggunakan tuap atau bidai (splint) vii. Balut dan tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih viii. Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan ix. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera x. Kecederaan pada tulang yang tidak dapat dipastikan, maka rawatlah kecederaan itu sebagai merawat patah tulang. 86
  87. 87. Kecederaan otot, sendi dan ligamen i. Mengenali kecederaan pada otot-otot iaitu urat daging koyak ii. Mengetahui kecederaan pada persendan iaitu terseliuh dan terkehel iii. Merawat kecederaan pada otot-otot dan sendi-sendi.Apakah sendi dan otot i. Sendi adalah suatu tempat bertemunya antara dua tulang atau lebih. Sebanyak 206 tulang yang membina sistem rangka menusia dihubungkan disendi yang membolehkan rangka bergerak dan menjalankan tugas-tugas badan. ii. Ligamen adalah tisu-tisu yang kenyal dan liat yang mengikat tulang kepada tulang. Tugasnya ialah untuk mengukuhkan kedudukan tulang-tulang itu daripada terseliuh. iii. Otot adalah tisu yang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai khususnya kebolehan khas untuk mengecut (constration). Ia bertanggungjawab terhadap pergerakkan.Terseliuh i. Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan kaki atau lengan.Tanda-tanda dan gejala-gejala:- i. Rasa kesakitan pada sendi itu ii. Bengkak iii. Lebam atau perubahan warna dibawah kulit sendi yang cedera, menjadi biru kehitam-hitaman. 87
  88. 88. Rawatan:- i. Letakkan kompres sejuk ataupun beku air batu pada sendi yang cedera itu untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan. ii. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera. iii. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi itu dalam keadaan yang paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, tampug tangan sebelah bahagian yang cedera dengan anduh besar. iv. Letakkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan pembalut krep mengikut angka lapan. v. Bawa mangsa ke hospitalTerkehel i. Terkehel adalah satu keadaan dimana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya pun berubah.Tanda-tanda dan gejala:- i. Rasa amat sakit pada sendi ii. Berubah kedudukan sendi itu iii. Berubah rupanya iv. Bengkak v. Lebam-lebamRawatan:- i. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel ii. Eloklah anggota yang cedera itu dijadikan tidak boleh bergerak dalam kedudukan yang paling selesa seperti dalam keadaan patah. 88
  89. 89. iii. Apa yang nampaknya sebagai suatu yang terkehel mungkin sebenarnya suatu patah tulang. Hanya gambar sinar-X boleh menunjukkan sama ada ini telah berlaku. Oleh demikian bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera supaya sinar-X boleh diambil.Urat daging terkoyak i. Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda yang berat atau bermain.Tanda-tanda dan gejala:- i. Bengkak ii. Perubahan warna dibawah kulit atau lebam pada bahagian yang cedera. iii. Rasa kesakitan apabila bergerak iv. Mungkin menjadi kakuRawatan:- i. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa. ii. Taruh kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan dalam tempoh 24 jam kemudian, mengurut dengan minyak sloan. iii. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga iv. Bawanya ke hospital 89
  90. 90. Kejang (cramp) i. Kejang adalah keadaan yang tidak sengaja yang datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. ii. Ianya disebabkan oleh:- 1. Kehilangan air yang berlebihan mengakibatkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh kerana berpeluh semasa bersenam. 2. Kerana sejuk ketika berenang.Rawatan:- i. Memanjangkan otot-otot yang mengejang ii. Ditangan – luruskan jari-jari dengan cermat iii. Dikaki – luruskan lutut dan tekan tapak kakinya iv. Dipaha – luruskan lutut dan angkat kakinya, kemudian menekan lutut ke bawah dengan tangan anda. v. Jika berlaku kehilangan air yang berlebih-lebihan, beri air yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu teh garam dengan gelas air.Pedih perut (stitch) i. Ketika sedang bermain, berlari dan berjalan pantas, terutama bagi orang yang tidak biasa berlatih: kekejangan dalam otot abdomennyaRawatan i. Suruh orang itu berehat secara baring terlentang ii. Berilah dia meminum air yang panas iii. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit it 90
  91. 91. PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KEJOHANANUntuk mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan yang akan dianjurkan,seseorang itu perlu ada aspek–aspek penting atau langkah-langkah pengurusanyang betul. Antara aspek-aspek atau langkah-langkah yang perlu ada ialah:1. Jawatankuasa pertandinganJawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih daripada kalangan merekayang berpengetahuan dan berkelayakan tentang permainan. Kebiasaannya iaterdiri daripada pengerusi dan naib pengerusi, diikuti oleh setiausaha danpenolong setiausaha seterusnya bendahari dan beberapa orang ahlijawatankuasa kecil yang lain.Jawatankuasa pertandingan berperanan sebagai merangka dan menyusunperaturan untuk dijadikan panduan rasmi di dalam sesuatu pertandingan. Didalam merangka dan menyusun peraturan pertandingan itu, antara perkarapenting yang perlu diambil kira ialah: a. Nama pertandingan yang akan dianjurkan. b. Hadiah-hadiah yang akan ditawarkan sama ada ianya berbentuk wang ringgit, medal atau pingat, hamper dan pelbagai lagi hadiah yang dikira sesuai. c. Pihak pengurusan, iaitu mereka yang bertindak sebagai penganjur dan pengelola kejohanan tersebut. d. Peserta terdiri daripada mana-mana pasukan yang difikirkan layak mengambil bahagian dan sebagai peserta jemputan. e. Yuran penyertaan dikenakan keatas setiap pasukan yang menyertai samada dalam bentuk wang tunai ataupun secara percuma dimana penganjur yang membiayai kejohanan tersebut. 91

×