Dokumen ini merangkum kajian mengenai meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai huruf Jawi dengan menggunakan kaedah "SALAM". Kajian ini melibatkan 11 murid tahun 1 untuk menilai pencapaian mereka sebelum dan selepas menggunakan kaedah tersebut. Kaedah SALAM diharapkan dapat membantu murid mengingat dan mengenal huruf Jawi dengan mudah tanpa bergantung kepada hafalan.
4. LatarBelakangkajian Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seserang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak.
5. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai ‘SALAM’ telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.
6. PenyataanMasalahKajian Masalah murid untuk menguasai huruf jawi Murid tahu dan mampu menyebut dan mengenal huruf dengan kaedah menyanyi dan hafalan. Tetapi mereka tidak dapat mengenal huruf jawi dengan baik tanpa menggunakan kaedah nyanyian. Situasi ini menunjuk murid tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik.
9. Objektifkajian Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik. Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya menghafal. Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah “SALAM”. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.