SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Anugerah Allah yang tiada nilai bandingnya…….

                                Amanah dari Allah…..

   “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan
     tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-
                     siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)



“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita.
Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung
      teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran
    bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa,
 senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan
                                        kita.”



                                 Pesanan Hukama :

    “ Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana
 sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik)
       maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan.
Sifat syukur perlu ada kepada semua umat Islam, kerana Allah swt telah
      menganugerahkan nikmat makan, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat
 memegang dan berbagai nikmat lagi yang mesti di gunakan untuk menjadi hamba
  yang bertaqwa kepada Allah. Barang siapa yang tidak bersyukur dengan segala
   nikmat yang Allah berikan kepada mereka, maka nescaya Allah akan sediakan
  kepadanya satu azab yang sangat pedih iaitu azab api neraka Allah swt. Firman
                                      Allah :

  “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan
   Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah
                             keras”. (Ibrahim : 7)

  Anak merupakan eset yang paling berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan
dengan perkara yang lain. Ibu bapa perlu menghargai dan mensyukuri kepada Allah
   yang telah mengurniakan anak kepada mereka. Tidak rasa kecewa jika Allah
  memberikan kepadanya anak yang hitam kulitnya, cacat dan tidak seperti yang
    diharapkan. Malah mereka berbangga dengan pemberian Allah ini dengan
    menadahkan kedua tangan dan berdoa dan berterima kasih kepada Allah.

  Memang berat bagi sesiapa yang diuji oleh Allah dengan memberikan anak yang
  kurang upaya atau mengalami masalah kesihatan. Banyak wang kos yang perlu
dihabiskan untuk menyara perubatan anak mereka. Bermakna sungguh jika mereka
 redho dan menerima dengan hati yang ikhlas atas anugerah yang telah diberikan
 oleh Allah. Besar ganjaran yang mereka dapat dari Allah atas penat lelah mereka
 menjaga anak mereka yang sakit dan cacat. Anggaplah ini satu ujian Allah kepada
 hambanya untuk menaikan taraf keimanan seseorang hamba yang disayangi oleh
                               Allah. Firman Allah :

   “Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala
    kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan
     kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
  perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
                        kemenangan).” (Ali-Imran : 200)

              Saidina Ali Bin Abi Talib pernah mengatakan bahawa :

"Bersabarlah walaupun itu sukar. Kerana akan jauh lebih sukar lagi jika kesabaran
                           itu tidak engkau miliki lagi".

 Sabar melayani karenah anak-anak adalah salah satu dari komponen syukur yang
  perlu dimiliki oleh kedua ibu bapa. Cuba kita nilai karenah anak dari sudut yang
  positif, maka pasti kita akan memperolehi jawapan yang sangat baik, iaitu anak-
 anak memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa mereka. Sudah hampir sehari ibu
bapa mereka meninggalkan mereka demi mencari rezeki yang halal. Setelah pulang
  dari kerja, maka sudah pastilah anak-anak akan melepaskan kerinduan mereka
   kepada kita dengan cara merap, tidak mahu berenggang, sentiasa hendak di
                               dukung dan sebagainya.
Alangkah bahagianya, kalau kita melayan anak-anak dengan penuh kesabaran
 walaupun dalam kepenatan yang amat sangat. Besar ganjaran Allah kepada ibu
bapa yang sabar melayani anak-anak mereka. Di antara ganjaran yang diperolehi
oleh ibu bapa mereka ialah dihapuskan segala dosa kecil yang dilakukan oleh ibu
  bapa mereka. Allah menambah darjat keimanan ibu bapa yang sabar melayani
 karenah anak mereka. Merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa
dan anak-anak dan sekaligus dapat melahirkan keluarga Mawardah War Rahmah.

  Ibu bapa yang bersyukur akan sentiasa memastikan anak-anak mereka dijaga
dengan baik dan diberikan didikan yang baik sama taraf dengan kanak-kanak yang
  lain. Walaupun tiada duit untuk membayar yuran sekolah atau tiada duit untuk
membeli buku sekolah anak-anak, mereka sanggup berpuasa dan menahan diri dari
    kelaparan demi memastikan anak-anak mereka memperolehi pelajaran dan
      mempunyai buku untuk mereka belajar. Apabila hujan, mereka sanggup
 memberikan baju hujan atau payung kepada anak mereka supaya tidak terkena
  hujan takut demam, tetapi mereka basah kuyup disebabkan terkenanya hujan.

Perbuatan ini semua berlaku kerana mereka mensyukuri dan menghargai anugerah
     anak yang telah Allah berikan kepada mereka. Setiap saat mereka akan
  memastikan anak mereka belajar dan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa
                                  kepada Allah.




Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah kepada pasangan suami
  isteri yang mendirikan rumahtangga. Timbul riak wajah yang ceria dan gembira
suami isteri apabila mereka diberitahu oleh doktor yang merawat mengatakan
                    bahawa isterinya mengandung sekian bulan.

Dari situlah mereka merancang dan mengatur jadual untuk menyambut kedatangan
orang baru dalam keluarga mereka. Setiap hari dan setiap bulan mereka melakukan
persediaan, seperti melakukan rawatan untuk memastikan bayi di dalam kandungan
   itu sihat dan selamat, mengawal pemakanan seperti memakan makanan yang
 berkhasiat, membeli pakaian, alat-alat penjagaan bayi, memilih nama yang sesuai
                                 dan sebagainya.

     Apabila tiba tanda-tanda kelahiran kepada isteri, si suami bertungkus lumus
    berusaha untuk menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan. Si suami
 memaklumkan kepada ibu bapanya dan mertuanya bahawa isterinya telah masuk
ke wad bersalin di hospital sekian-sekian. Timbul berbagai kerisauan dan persoalan
 di dalam kepala suaminya seperti bagaimana keadaan isterinya? adakah isterinya
    selamat? adakah isterinya bersalin normal ataupun tidak? Selain dari itu juga
suaminya berdoa kepada Allah semoga isterinya dapat melahirkan anaknya dengan
                                  keadaan selamat.

   Setelah sekian lama menanti dengan penuh debaran dan kerisauan, si suami
  diberitahu oleh doktor yang merawat isterinya bahawa isterinya selamat bersalin
   dan isterinya sekarang sedang berehat setelah sekian lama bertarung dengan
   kesakitan yang tidak terhingga. Rasa syukur dan gembira apabila mendengar
khabar tersebut. Beliau menziarahi isterinya dan anaknya untuk memastikan khabar
                             tersebut sahih dan benar.

    Si suami mendukung anaknya untuk diazankan disebelah telingga kanan dan
diiqamahkan disebelah telingga kiri, sebagai memenuhi tuntutan sunat yang pernah
            dilakukan oleh Rasulullah saw. Daripada Abi Raafi’ berkata :

  “Aku pernah melihat Rasulullah saw mengazankan pada telinga Hasan Bin ‘Ali
       ketika ia dikahirkan oleh Fatimah”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

    Cukup sahaja hari yang ketujuh si suami berusaha untuk mengadakan majlis
aqikah, tahnik, cukur kepala dan diberikan nama kepada anaknya. Tidak kisah wang
 ringgit habis begitu banyak, yang penting adalah tanggungjawabnya sebagai bapa
terhadap anaknya. Majlis disambut dengan penuh kegembiraan dengan menjemput
sanak saudara, jiran-jiran dan para sahabat untuk meraikan majlis anaknya. Ucapan
 tahniah dan hadiah dari para tetamu yang datang diterima oleh bapa dan ibu anak
   tersebut. Hal ini menambahkan lagi rasa kegembiraan dan tali persaudaraan di
                     antara tuan rumah dengan tetamu yang hadir.

   Betapa gembiranya si ibu dan bapa apabila mendapat cahaya mata, berbagai
harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Ada yang mengharapkan anak
 tersebut menjadi anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ada juga
yang mengharapkan anak tersebut menjadi pandai dengan memperolehi pendidikan
  yang cemerlang, supaya anak tersebut memperolehi pekerjaan yang baik untuk
                                masa depannya.
Tidak kiralah apa harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Paling
 penting dalam pendidikan anak-anak adalah pendidikan agama Islam, kerana ia
  merupakan fardhu ain dan perlu diberikan kepada mereka. Pendidikan agama
         sangat penting untuk menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Menurut Dr Abdul Rahman an-Nawawi di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan
      Islam Di Rumah, Di Sekolah dan Masyarakat” mengatakan bahawa :

  ".....keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga
 bentuk pendidikan. Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada
  keimanan dan ketundukan kepada syariat Allah swt, serta beriman kepada yang
 ghaib. Kedua, pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal soleh dalam
   menjalani kehidupan seharian. Ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa
    manusia kepada sikap saling berpesan dalam kebenaran dan saling memberi
kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang pada intinya, semuanya ditujukan untuk
                           beribadah kepada Allah swt."

Dalam pendidikan anak-anak perlu mempunyai tiga konsep yang perlu diserapkan
kepada mereka supaya mereka tidak lari dari kehidupan yang dituntut dalam Islam
 iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang
   oleh Allah. Konsep yang dimaksudkan ialah iman, amal soleh dan akhlak yang
mulia. Jika dapat diberikan kepada anak-anak tersebut melalui pendidikan, nescaya
 mereka akan menjadi manusia yang baik, dihormati dan menjadi contoh tauladan
                     yang baik kepada masyarakat diluar sana.

   Untuk memastikan pendidikan anak-anak ini berkesan, maka ibu bapa menjadi
faktor penggerak yang utama untuk memastikan anak-anak mereka berhasil dalam
pendidikan. Ibu bapa adalah idola yang paling dekat dengan anak, jika mereka tidak
 mempunyai akhlak yang baik maka sudah pasti anak tersebut mencontohinya atau
  mengikut tabiat buruk ibu bapanya. Pepatah melayu mengatakan bahawa “jika si
                bapa kencing berdiri, anaknya pula kencing berlari”.

  Bagaimana hendak mengajar anak sembahyang, menutup aurat, menghormati
 orang yang lebih tua, sopan santun dan mempunyai akhlak yang baik kalau ibu
 bapanya tidak mempunyai sifat atau tingkah laku yang sedemikian. Sebab itulah
 pendidikan sekarang ini tidak berkesan, kerana ia hanya terlaksana di masa dan
                           tempat yang tertentu sahaja.

Natijah yang kita dapat dari hasil pendidikan tersebut ialah berlakunya gejala-gejala
  sosial dikalangan remaja kita sekarang ini. Seperti berlakunya penyalah gunaan
  dadah, pergaulan bebas, mat rempit, buang anak dan sebagainya. Ramai anak
  remaja Islam kita yang rosak disebabkan terpengaruhnya dengan budaya barat
    yang merosakkan. Sepatutnya dengan kepesatan perkembangan teknologi,
  pendidikan dan ekonomi, remaja Islam kita lebih berdaya saing semasa mereka
   untuk memperolehi kejayaan dengan segala kemudahan yang ada pada masa
 sekarang ini. Tetapi malangnya remaja kita lebih terkebelakang jika dibandingkan
                  dengan remaja-remaja bangsa lain di negara ini.
Pihak kerajaan telah memberikan berbagai-bagai kemudahan kepada kita untuk
  meningkatkan taraf kehidupan bangsa kita terutamanya Melayu Islam. Segala
usaha yang dibautkan oleh kerajaan tidak mencapai tahap yang diharapkan, malah
perlu mencari kaedah yang baru untuk menyelesaikan berbagai masalah-masalah
sosial yang berlaku sekarang ini. Banyak wang dan tenaga pakar yang dihabiskan
                        untuk menyelesaikan masalah ini.

  Kaedah yang paling baik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini adalah
  kembali semula kepada Islam, kerana Islam mempunyai kaedah yang lebih baik
  dan telah terbukti semasa Nabi Muhammad saw mendidik para sahabatnya dari
    zaman kegelapan jahiliah kepada zaman nur Islam. Setelah Nabi Muhammad
 dilantik menjadi Rasul, baginda menjalankan usaha dakwah yang pertama secara
berahsia. Pusat perhimpunan umat Islam atau para sahabatnya ketika itu adalah di
      rumah Al- Arqam bin Abil Arqam. Di sinilah Rasulullah saw mengajar para
sahabatnya tentang dasar-dasar agama Islam iaitu Makrifatullah (Mengenali Allah).
  Berkat perjuangan dan kesabaran Rasulullah, maka para sahabatnya tabah dan
bersabar apabila diseksa oleh penduduk musyrikin Mekah. Walaupun diseksa dan
diancam bunuh, mereka tetap juga berpegang teguh dengan akidah Islam dengan
    penuh keyakinan. Tidak gentar menghadapi musuh-musuh mereka walaupun
mereka tidak memiliki apa-apa kelengkapan atau senjata dan hanya yakin terhadap
                              pertolongan Allah sahaja.

  Inilah hasil yang dikehendaki dalam pendidikan Islam, bukan sahaja mempunyai
   akhlak yang baik, malah mereka juga berani mengorbankan diri mereka untuk
    menegakkan syariat Islam. Jelas di sini bahawa pendidikan Islam layak untuk
digunakan dan diamalkan dalam kehidupan kita, supaya ia dapat memastikan anak-
       anak dan keluarga kita menjadi insan yang berguna, tidak menyusahkan
  masyarakat dan tertaqwa kepada Allah. Bagi memastikan pendidikan itu berjaya,
     maka ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak tersebut.




  Setiap wanita pasti sangat-sangat gembira bila mengetahui bahawa diri mereka
mengandung terutamanya apabila mengandungkan anak pertama. Semasa menerima
berita gembira ini, anda haruslah bersedia untuk mengharungi tempoh mengandung
  yang banyak pancaroba seperti rasa tertekan, keadaan yang tidak selesa dengan
   perubahan diri semasa tempoh mengandung, perubahan emosi dan fizikal dan
  sebagainya. Anda harus bersedia untuk mengatasi keadaan yang tidak selesa ini
                  dengan bijak agar segalanya akan berjalan lancar.



                          Subhanallah, hamil itu menakjubkan!


Sungguh, kehamilan adalah sesuatu yang menakjubkan yang terjadi pada seorang wanita.
      Tak terhitung hal yang menakjubkan terjadi saat kehamilan dialami. Mulai dari
     menakjubkannya proses awal penciptaan seorang manusia dalam rahim, hingga
        menakjubkannya perubahan-perubahan yang dirasakan oleh wanita hamil.


Suka, itu sudah pasti. Wanita mana yang tidak suka ada janin di kandungannya. Hari demi
hari merasakan perkembangannya di dalam Rahim. Suka, sebab akan hadir penyejuk mata
dan jiwa. Penggembira hati bagi ayah dan ibunya. Terlebih jika ia dapat menjadi peringatan
ketika lupa kepada Sang Pencipta. Lalu dukanya? Sudah diceritakan oleh Allah dalam Al-
    quran bahawasanya seorang ibu yang mengandung dalam keadaan yang susah yg
bertambah-tambah. Bermula dengan mual, muntah-muntah, pusing, tidur yang tak lagi bisa
                            nyenyak, dan pelbagai gejala lain.


  Begitu beruntung wanita hamil yang tak mengalami mual muntah di kehamilannya. Bagi
yang mengalaminya, apalagi yang parah, sungguh kesabarannya begitu diuji. Bangun tidur
  di pagi hari, muntah-muntah. Selesai sarapan, makan tengah hari atau makan malam,
muntah-muntah. Makanan apapun yang baru masuk perut, harus keluar lagi lewat muntah.


Dengan keadaan seperti ini, selera makan tentu akan berkurangan. Akhirnya perut kosong.
Jadi ibu hamil tersebut harus muntah yang rasanya sangat pahit kerana tidak ada makanan
yang bias dimuntahkan lagi. Jadi lambung perih. Tubuh lemah. Jika sebagai ibu hamil tidak
 memotivasi diri untuk makan, maka keadaan seperti ini akan berterusan, bahkan hingga
                   trimester kedua atau lebih parah ke trimester ketiga.


      Begitulah sebahagian keadaan yang dirasakan seorang ibu hamil. Apalagi jika
  membicarakan risiko yang akan ditanggungnya. Risiko terbesar adalah ketika berjuang
                melahirkan sang bayi, kehidupan yang harus dikorbankan.


 Itulah kehamilan yang menakjubkan. Ia adalah anugerah yang menakjubkan bagi wanita.
  Juga adalah sekaligus ujian yang menakjubkan bagi wanita. Akhirnya, hanya dua kunci
 dalam menikmatinya; syukur dan sabar. Sebab, ada satu hal lagi yang menakjubkan bagi
 seorang ibu hamil; di setiap harinya ribuan malaikat memohonkan ampun baginya kepada
                                   Allah. Subhanallah

More Related Content

Similar to Anugerah Allah yang tiada nilai bandingnya (39

Cara mendidik anak berdasarkan agama
Cara mendidik anak berdasarkan agamaCara mendidik anak berdasarkan agama
Cara mendidik anak berdasarkan agamaAAnwar Gendut
 
01.12.2006 membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)
01.12.2006   membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)01.12.2006   membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)
01.12.2006 membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)Salina Ahmad
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakSalina Ahmad
 
Kelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu MengandungKelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu Mengandungfrubo
 
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuaTanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuapjj_kemenkes
 
Keperawatan agama modul 3 kb3
Keperawatan agama modul 3 kb3Keperawatan agama modul 3 kb3
Keperawatan agama modul 3 kb3Anton Saja
 
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuaTanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuapjj_kemenkes
 
Penguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptx
Penguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptxPenguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptx
Penguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptxlilahadiningrum
 
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anakyatie2508
 
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anakPengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anakHanumPH
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahiJamhur Ilmi
 
Pembangunan mampan dalam islam
Pembangunan mampan dalam islamPembangunan mampan dalam islam
Pembangunan mampan dalam islam1D313
 
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertamaOrang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertamaRatih Aini
 
Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Express.com4
 
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)YISC Al-Azhar
 

Similar to Anugerah Allah yang tiada nilai bandingnya (39 (20)

Cara mendidik anak berdasarkan agama
Cara mendidik anak berdasarkan agamaCara mendidik anak berdasarkan agama
Cara mendidik anak berdasarkan agama
 
Anugerah ilahi rumi
Anugerah ilahi rumiAnugerah ilahi rumi
Anugerah ilahi rumi
 
Pendidikan anak
Pendidikan anakPendidikan anak
Pendidikan anak
 
01.12.2006 membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)
01.12.2006   membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)01.12.2006   membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)
01.12.2006 membentuk anakmenjadiinsancemerlang(rumi)
 
Ciri ciri anak sholeh
Ciri ciri anak sholehCiri ciri anak sholeh
Ciri ciri anak sholeh
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
 
Kelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu MengandungKelebihan Ibu Mengandung
Kelebihan Ibu Mengandung
 
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuaTanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
 
5. islamic parenting
5. islamic parenting5. islamic parenting
5. islamic parenting
 
Keperawatan agama modul 3 kb3
Keperawatan agama modul 3 kb3Keperawatan agama modul 3 kb3
Keperawatan agama modul 3 kb3
 
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuaTanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
 
Penguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptx
Penguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptxPenguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptx
Penguatan Pendidikan Anak di Masa Pandemi.pptx
 
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak
 
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anakPengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
 
Pembangunan mampan dalam islam
Pembangunan mampan dalam islamPembangunan mampan dalam islam
Pembangunan mampan dalam islam
 
KD 4 - Perodesasi Pendidikan
KD 4 - Perodesasi PendidikanKD 4 - Perodesasi Pendidikan
KD 4 - Perodesasi Pendidikan
 
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertamaOrang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
 
Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16
 
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
 

Anugerah Allah yang tiada nilai bandingnya (39

  • 1. Anugerah Allah yang tiada nilai bandingnya……. Amanah dari Allah….. “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia- siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban) “Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.” Pesanan Hukama : “ Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan.
  • 2. Sifat syukur perlu ada kepada semua umat Islam, kerana Allah swt telah menganugerahkan nikmat makan, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat memegang dan berbagai nikmat lagi yang mesti di gunakan untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah. Barang siapa yang tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada mereka, maka nescaya Allah akan sediakan kepadanya satu azab yang sangat pedih iaitu azab api neraka Allah swt. Firman Allah : “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Ibrahim : 7) Anak merupakan eset yang paling berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan perkara yang lain. Ibu bapa perlu menghargai dan mensyukuri kepada Allah yang telah mengurniakan anak kepada mereka. Tidak rasa kecewa jika Allah memberikan kepadanya anak yang hitam kulitnya, cacat dan tidak seperti yang diharapkan. Malah mereka berbangga dengan pemberian Allah ini dengan menadahkan kedua tangan dan berdoa dan berterima kasih kepada Allah. Memang berat bagi sesiapa yang diuji oleh Allah dengan memberikan anak yang kurang upaya atau mengalami masalah kesihatan. Banyak wang kos yang perlu dihabiskan untuk menyara perubatan anak mereka. Bermakna sungguh jika mereka redho dan menerima dengan hati yang ikhlas atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah. Besar ganjaran yang mereka dapat dari Allah atas penat lelah mereka menjaga anak mereka yang sakit dan cacat. Anggaplah ini satu ujian Allah kepada hambanya untuk menaikan taraf keimanan seseorang hamba yang disayangi oleh Allah. Firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali-Imran : 200) Saidina Ali Bin Abi Talib pernah mengatakan bahawa : "Bersabarlah walaupun itu sukar. Kerana akan jauh lebih sukar lagi jika kesabaran itu tidak engkau miliki lagi". Sabar melayani karenah anak-anak adalah salah satu dari komponen syukur yang perlu dimiliki oleh kedua ibu bapa. Cuba kita nilai karenah anak dari sudut yang positif, maka pasti kita akan memperolehi jawapan yang sangat baik, iaitu anak- anak memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa mereka. Sudah hampir sehari ibu bapa mereka meninggalkan mereka demi mencari rezeki yang halal. Setelah pulang dari kerja, maka sudah pastilah anak-anak akan melepaskan kerinduan mereka kepada kita dengan cara merap, tidak mahu berenggang, sentiasa hendak di dukung dan sebagainya.
  • 3. Alangkah bahagianya, kalau kita melayan anak-anak dengan penuh kesabaran walaupun dalam kepenatan yang amat sangat. Besar ganjaran Allah kepada ibu bapa yang sabar melayani anak-anak mereka. Di antara ganjaran yang diperolehi oleh ibu bapa mereka ialah dihapuskan segala dosa kecil yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Allah menambah darjat keimanan ibu bapa yang sabar melayani karenah anak mereka. Merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak dan sekaligus dapat melahirkan keluarga Mawardah War Rahmah. Ibu bapa yang bersyukur akan sentiasa memastikan anak-anak mereka dijaga dengan baik dan diberikan didikan yang baik sama taraf dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun tiada duit untuk membayar yuran sekolah atau tiada duit untuk membeli buku sekolah anak-anak, mereka sanggup berpuasa dan menahan diri dari kelaparan demi memastikan anak-anak mereka memperolehi pelajaran dan mempunyai buku untuk mereka belajar. Apabila hujan, mereka sanggup memberikan baju hujan atau payung kepada anak mereka supaya tidak terkena hujan takut demam, tetapi mereka basah kuyup disebabkan terkenanya hujan. Perbuatan ini semua berlaku kerana mereka mensyukuri dan menghargai anugerah anak yang telah Allah berikan kepada mereka. Setiap saat mereka akan memastikan anak mereka belajar dan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah. Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah kepada pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga. Timbul riak wajah yang ceria dan gembira
  • 4. suami isteri apabila mereka diberitahu oleh doktor yang merawat mengatakan bahawa isterinya mengandung sekian bulan. Dari situlah mereka merancang dan mengatur jadual untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga mereka. Setiap hari dan setiap bulan mereka melakukan persediaan, seperti melakukan rawatan untuk memastikan bayi di dalam kandungan itu sihat dan selamat, mengawal pemakanan seperti memakan makanan yang berkhasiat, membeli pakaian, alat-alat penjagaan bayi, memilih nama yang sesuai dan sebagainya. Apabila tiba tanda-tanda kelahiran kepada isteri, si suami bertungkus lumus berusaha untuk menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan. Si suami memaklumkan kepada ibu bapanya dan mertuanya bahawa isterinya telah masuk ke wad bersalin di hospital sekian-sekian. Timbul berbagai kerisauan dan persoalan di dalam kepala suaminya seperti bagaimana keadaan isterinya? adakah isterinya selamat? adakah isterinya bersalin normal ataupun tidak? Selain dari itu juga suaminya berdoa kepada Allah semoga isterinya dapat melahirkan anaknya dengan keadaan selamat. Setelah sekian lama menanti dengan penuh debaran dan kerisauan, si suami diberitahu oleh doktor yang merawat isterinya bahawa isterinya selamat bersalin dan isterinya sekarang sedang berehat setelah sekian lama bertarung dengan kesakitan yang tidak terhingga. Rasa syukur dan gembira apabila mendengar khabar tersebut. Beliau menziarahi isterinya dan anaknya untuk memastikan khabar tersebut sahih dan benar. Si suami mendukung anaknya untuk diazankan disebelah telingga kanan dan diiqamahkan disebelah telingga kiri, sebagai memenuhi tuntutan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Daripada Abi Raafi’ berkata : “Aku pernah melihat Rasulullah saw mengazankan pada telinga Hasan Bin ‘Ali ketika ia dikahirkan oleh Fatimah”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi) Cukup sahaja hari yang ketujuh si suami berusaha untuk mengadakan majlis aqikah, tahnik, cukur kepala dan diberikan nama kepada anaknya. Tidak kisah wang ringgit habis begitu banyak, yang penting adalah tanggungjawabnya sebagai bapa terhadap anaknya. Majlis disambut dengan penuh kegembiraan dengan menjemput sanak saudara, jiran-jiran dan para sahabat untuk meraikan majlis anaknya. Ucapan tahniah dan hadiah dari para tetamu yang datang diterima oleh bapa dan ibu anak tersebut. Hal ini menambahkan lagi rasa kegembiraan dan tali persaudaraan di antara tuan rumah dengan tetamu yang hadir. Betapa gembiranya si ibu dan bapa apabila mendapat cahaya mata, berbagai harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Ada yang mengharapkan anak tersebut menjadi anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ada juga yang mengharapkan anak tersebut menjadi pandai dengan memperolehi pendidikan yang cemerlang, supaya anak tersebut memperolehi pekerjaan yang baik untuk masa depannya.
  • 5. Tidak kiralah apa harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Paling penting dalam pendidikan anak-anak adalah pendidikan agama Islam, kerana ia merupakan fardhu ain dan perlu diberikan kepada mereka. Pendidikan agama sangat penting untuk menjamin keselamatan dunia dan akhirat. Menurut Dr Abdul Rahman an-Nawawi di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Islam Di Rumah, Di Sekolah dan Masyarakat” mengatakan bahawa : ".....keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga bentuk pendidikan. Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada keimanan dan ketundukan kepada syariat Allah swt, serta beriman kepada yang ghaib. Kedua, pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal soleh dalam menjalani kehidupan seharian. Ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa manusia kepada sikap saling berpesan dalam kebenaran dan saling memberi kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang pada intinya, semuanya ditujukan untuk beribadah kepada Allah swt." Dalam pendidikan anak-anak perlu mempunyai tiga konsep yang perlu diserapkan kepada mereka supaya mereka tidak lari dari kehidupan yang dituntut dalam Islam iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Konsep yang dimaksudkan ialah iman, amal soleh dan akhlak yang mulia. Jika dapat diberikan kepada anak-anak tersebut melalui pendidikan, nescaya mereka akan menjadi manusia yang baik, dihormati dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat diluar sana. Untuk memastikan pendidikan anak-anak ini berkesan, maka ibu bapa menjadi faktor penggerak yang utama untuk memastikan anak-anak mereka berhasil dalam pendidikan. Ibu bapa adalah idola yang paling dekat dengan anak, jika mereka tidak mempunyai akhlak yang baik maka sudah pasti anak tersebut mencontohinya atau mengikut tabiat buruk ibu bapanya. Pepatah melayu mengatakan bahawa “jika si bapa kencing berdiri, anaknya pula kencing berlari”. Bagaimana hendak mengajar anak sembahyang, menutup aurat, menghormati orang yang lebih tua, sopan santun dan mempunyai akhlak yang baik kalau ibu bapanya tidak mempunyai sifat atau tingkah laku yang sedemikian. Sebab itulah pendidikan sekarang ini tidak berkesan, kerana ia hanya terlaksana di masa dan tempat yang tertentu sahaja. Natijah yang kita dapat dari hasil pendidikan tersebut ialah berlakunya gejala-gejala sosial dikalangan remaja kita sekarang ini. Seperti berlakunya penyalah gunaan dadah, pergaulan bebas, mat rempit, buang anak dan sebagainya. Ramai anak remaja Islam kita yang rosak disebabkan terpengaruhnya dengan budaya barat yang merosakkan. Sepatutnya dengan kepesatan perkembangan teknologi, pendidikan dan ekonomi, remaja Islam kita lebih berdaya saing semasa mereka untuk memperolehi kejayaan dengan segala kemudahan yang ada pada masa sekarang ini. Tetapi malangnya remaja kita lebih terkebelakang jika dibandingkan dengan remaja-remaja bangsa lain di negara ini.
  • 6. Pihak kerajaan telah memberikan berbagai-bagai kemudahan kepada kita untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa kita terutamanya Melayu Islam. Segala usaha yang dibautkan oleh kerajaan tidak mencapai tahap yang diharapkan, malah perlu mencari kaedah yang baru untuk menyelesaikan berbagai masalah-masalah sosial yang berlaku sekarang ini. Banyak wang dan tenaga pakar yang dihabiskan untuk menyelesaikan masalah ini. Kaedah yang paling baik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini adalah kembali semula kepada Islam, kerana Islam mempunyai kaedah yang lebih baik dan telah terbukti semasa Nabi Muhammad saw mendidik para sahabatnya dari zaman kegelapan jahiliah kepada zaman nur Islam. Setelah Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul, baginda menjalankan usaha dakwah yang pertama secara berahsia. Pusat perhimpunan umat Islam atau para sahabatnya ketika itu adalah di rumah Al- Arqam bin Abil Arqam. Di sinilah Rasulullah saw mengajar para sahabatnya tentang dasar-dasar agama Islam iaitu Makrifatullah (Mengenali Allah). Berkat perjuangan dan kesabaran Rasulullah, maka para sahabatnya tabah dan bersabar apabila diseksa oleh penduduk musyrikin Mekah. Walaupun diseksa dan diancam bunuh, mereka tetap juga berpegang teguh dengan akidah Islam dengan penuh keyakinan. Tidak gentar menghadapi musuh-musuh mereka walaupun mereka tidak memiliki apa-apa kelengkapan atau senjata dan hanya yakin terhadap pertolongan Allah sahaja. Inilah hasil yang dikehendaki dalam pendidikan Islam, bukan sahaja mempunyai akhlak yang baik, malah mereka juga berani mengorbankan diri mereka untuk menegakkan syariat Islam. Jelas di sini bahawa pendidikan Islam layak untuk digunakan dan diamalkan dalam kehidupan kita, supaya ia dapat memastikan anak- anak dan keluarga kita menjadi insan yang berguna, tidak menyusahkan masyarakat dan tertaqwa kepada Allah. Bagi memastikan pendidikan itu berjaya, maka ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak tersebut. Setiap wanita pasti sangat-sangat gembira bila mengetahui bahawa diri mereka mengandung terutamanya apabila mengandungkan anak pertama. Semasa menerima
  • 7. berita gembira ini, anda haruslah bersedia untuk mengharungi tempoh mengandung yang banyak pancaroba seperti rasa tertekan, keadaan yang tidak selesa dengan perubahan diri semasa tempoh mengandung, perubahan emosi dan fizikal dan sebagainya. Anda harus bersedia untuk mengatasi keadaan yang tidak selesa ini dengan bijak agar segalanya akan berjalan lancar. Subhanallah, hamil itu menakjubkan! Sungguh, kehamilan adalah sesuatu yang menakjubkan yang terjadi pada seorang wanita. Tak terhitung hal yang menakjubkan terjadi saat kehamilan dialami. Mulai dari menakjubkannya proses awal penciptaan seorang manusia dalam rahim, hingga menakjubkannya perubahan-perubahan yang dirasakan oleh wanita hamil. Suka, itu sudah pasti. Wanita mana yang tidak suka ada janin di kandungannya. Hari demi hari merasakan perkembangannya di dalam Rahim. Suka, sebab akan hadir penyejuk mata dan jiwa. Penggembira hati bagi ayah dan ibunya. Terlebih jika ia dapat menjadi peringatan ketika lupa kepada Sang Pencipta. Lalu dukanya? Sudah diceritakan oleh Allah dalam Al- quran bahawasanya seorang ibu yang mengandung dalam keadaan yang susah yg bertambah-tambah. Bermula dengan mual, muntah-muntah, pusing, tidur yang tak lagi bisa nyenyak, dan pelbagai gejala lain. Begitu beruntung wanita hamil yang tak mengalami mual muntah di kehamilannya. Bagi yang mengalaminya, apalagi yang parah, sungguh kesabarannya begitu diuji. Bangun tidur di pagi hari, muntah-muntah. Selesai sarapan, makan tengah hari atau makan malam, muntah-muntah. Makanan apapun yang baru masuk perut, harus keluar lagi lewat muntah. Dengan keadaan seperti ini, selera makan tentu akan berkurangan. Akhirnya perut kosong. Jadi ibu hamil tersebut harus muntah yang rasanya sangat pahit kerana tidak ada makanan yang bias dimuntahkan lagi. Jadi lambung perih. Tubuh lemah. Jika sebagai ibu hamil tidak memotivasi diri untuk makan, maka keadaan seperti ini akan berterusan, bahkan hingga trimester kedua atau lebih parah ke trimester ketiga. Begitulah sebahagian keadaan yang dirasakan seorang ibu hamil. Apalagi jika membicarakan risiko yang akan ditanggungnya. Risiko terbesar adalah ketika berjuang melahirkan sang bayi, kehidupan yang harus dikorbankan. Itulah kehamilan yang menakjubkan. Ia adalah anugerah yang menakjubkan bagi wanita. Juga adalah sekaligus ujian yang menakjubkan bagi wanita. Akhirnya, hanya dua kunci dalam menikmatinya; syukur dan sabar. Sebab, ada satu hal lagi yang menakjubkan bagi seorang ibu hamil; di setiap harinya ribuan malaikat memohonkan ampun baginya kepada Allah. Subhanallah