2. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
akan memberikan bantuan _______
para pelajar yang kurang
berkemampuan dan cemerlang
dalam bidang akademik.
A bagi
B pada
C untuk
D kepada
3. Bantuan makanan itu _______ dapat
meringankan beban mangsa gempa
bumi itu.
A sekurang-kurangnya
B secukup-cukupnya
C sebaik-baiknya
D seada-adanya
4. Mak Siti terlalu ____ memancing
ikan sehingga tidak menyedari hari
sudah senja.
A gembira
B ghairah
C gelojoh
D girang
6. Seluruh dunia ______ oleh kerajinan
serta ketekunan penduduk negara
Jepun membangunkan negara
mereka.
A terpegun
B terpukau
C tergamam
D tercengang
7. Hasil daripada ______ yang diterima
daripada orang ramai menunjukkan
bahawa kenaikan harga barang amat
membebankan pengguna.
A soal siasat
B kaji selidik
C temu ramah
D maklum balas
8. Filem arahan sutradara terkenal itu
________ persoalan tentang
kepentingan memelihara khazanak
alam.
A menjelaskan
B merakamkan
C melakarkan
D menyampaikan
9. Sebagai pendidik, kita seharusnya
memberikan sokongan untuk
memelihara _____ Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan di negara kita.
A kesahan
B keutuhan
C kekuatan
D kekentalan
10. Mereka ______ cerita yang didengar
daripada orang lain sehingga cerita
itu menjadi lebih panjang.
A mereka-reka
B berdolak-dalik
C mengubah-ubah
D menokok-tambah
11. Kain songket bercorak awan larat
itu, _______ dengan begitu teliti
agar menghasilkan hasil seni yang
begitu kemas, indah dan menarik.
A dianyam
B ditenun
C disulam
D dijahit
12. Pengetua menyampaikan ______
kepada pelajar yang akan menduduki
peperiksaan supaya tidak
menghampakan harapan sekolah.
A ugutan
B amaran
C amanat
D petunjuk
13. Siti tetap bersabar ______ pelbagai
cemuhan dilemparkan oleh
penduduk kampung terhadapnya.
A ketika
B biarpun
C lantaran
D sementara
14. Tugas sebagai penyelam memerlukan
kudrat dan ______ yang tinggi,
terutamanya ketika berada di dasar
laut atau sungai
A daya usaha
B daya tahan
C daya saing
D daya cipta
15. ________ berita yang terkini dan
menarik telah menyebabkan TV4
terus mendapat sambutan
penonton.
A Lembaran
B Paparan
C Hamparan
D Hantaran
16. Ahmad datang ke sekolah dengan
_______ sahaja kerana sambutan
hari guru diadakan di sekolahnya
pada hari itu.
A melenggang
B melenggok
C melencung
D melenggong
17. Encik Ahmad ______ dengan
panggilan Pak Su dalam kalangan
anak buahnya.
A merdu
B rapat
C manja
D mesra
18. Mangsa kemalangan itu ______ di
dalam keretanya sebelum
diselamatkan oleh anggota bomba.
A terkepit
B tersepit
C terhimpit
D terkapit
19. Pemuda itu masih lagi ______
walaupun terbukti dialah yang
melakukannya.
A bertapi-tapi
B berura-ura
C berbisik-bisik
D beriak-riak
20. Hari kemerdekaan disambut ______
di seluruh negara dengan pelbagai
acara yang menarik.
A riang
B megah
C hormat
D meriah
21. Wanita itu baik orangnya ______ dia
tidak pernah menyakiti hati orang
lain.
A tetapi
B sekalipun
C malahan
D sungguhpun
22. Di warung Pak Ahmad, ibunya _____
kuihnya untuk dijual.
A membuatkan
B membelikan
C menjajakan
D menumpangkan
23. Perdana Menteri Malaysia ________
delegasi Malaysia ke persidangan
negara-negara ASEAN di Pulau
Langkawi
A mengikuti
B menyusuli
C menjumpai
D mengetuai
24. Semasa cuti sekolah, Siti menolong
ibunya _______ kain batik di kilang
batik di hadapan rumahnya.
A mencelup
B mencalit
C mencantas
D mencalar
25. Syarikat Telekom Malaysia telah
_______ Peraduan Khidmat Pesanan
Ringkas sempena “Anugerah Juara
Lagu”
A menubuhkan
B menyediakan
C menganjurkan
D melaksanakan
26. Emak sedang _______ tepung untuk
membuat kuih bersama kakak.
A menanak
B menggaul
C mengadun
D membasuh
27. Stadium Putra Bukit Jalil telah
_______ ribuan peminat badminton.
A dinaiki
B dibanjiri
C dilimpahi
D dihujani
29. Pak Ahmad ______ pokok pisang
sementara menunggu pokok
getahnya boleh _______.
A menanam … memotong
B mengutip … menoreh
C memotong … ditanam
D menanam … ditoreh
30. Penyamun yang telah _____ perut
tauke kedai perabot itu telah berjaya
diberkas oleh polis dan kini ditahan
dalam lokap.
A merobek
B mencincang
C merodok
D menghiris
31. Nelayan itu _______ perahunya
dengan tidak berhenti-henti kerana
kebocoran sewaktu berada di tengah
sungai.
A menolak
B mengambil
C membubuh
D menimba