Dokumen tersebut membahas tentang larangan minum minuman memabukkan seperti arak dalam Islam. Terdapat dalil Al-Quran dan hadis yang melarang berpuasa atau beribadah dalam keadaan mabuk. Dokumen juga menjelaskan unsur-unsur kesalahan minum arak, syarat peminumnya, dan hukuman bagi yang terbukti meminum arak secara sengaja.
2. Pengertian :
minuman yg memabukkan sama ada arak
@pun tidak,sama ada yg diperbuat dari buah
anggur @pun lainnya(spt tamar,anggur
kering,gandum dan padi)sama ad
memabukkan dgn kadar yg sedikit @pun
dgn kadar yg bnyak
3. Dalil
يَ ـٰٓأيَُّہَا ٱلَّذِينََ ءَامَنُواَ لََ تَقۡرَبُواَ ٱلصَّلَ وةََ وَأَنتمَُۡ سُكَ ـرَ ىَ حَتَّ ىَ
تَعۡلَمُواَ مَا تَقُولُونََ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu solat, sedang
kamu dalam keadaan mabuk, sehingga
kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."
(Surah an-Nisaa' 4:43)
5. Syarat orang yang minum
arak :
Disyaratkan kepada orang yang melakukan kesalahan minum khamar
sehingga ia boleh dikenakan hukuman had ialah seperti berikut :
1- Orang yang sudah baligh dan berakal. Sekiranya kanak-kanak atau
orang gila minum minuman keras maka tidak diwajibkan had ke atas
mereka disebabkan perbuatan mereka tidak dianggap sebagai
perbuatan jenayah kerana diangkatnya qalam daripada mereka.
2 -Islam tidak menjadi syarat. Ini bererti seorang yang kafir zimmi
atau musta’min jika minum minuman khamar diwajibkan hukuman
had ke atas mereka mengikut pendapat jumhur kerana minuman
khamar itu diharamkan dalam semua agama samawi dan kerana
pengharamannya adalah untuk kepentingan masyarakat dan
memelihara daripada kebinasaan. Akan tetapi menurut Abu Hanifah
Khamar adalah harta yang bernilai di sisi zimmi dan mustamin dan ia
diharuskan ke atas mereka. Jadi, mereka minum khmar tidak dianggap
sebagai melakukan jenayah, oleh kerana itu mereka tidak boleh
dikenakan hukuman had. Akan tetapi jika orang-orang kafir zimmi itu
minum minuman khamar kemudian mereka mabuk maka mereka
boleh dikenakan hukuman had disebabkan mereka mabuk dan bukan
kerana minum arak, kerana dalam keadaan mabuk itu diharamkan
dalam semua agama.
6. 3-Dengan kehendaknya sendiri bukan dipaksa. Oleh itu jika
seorang itu minum khamar kerana dipaksa orang atau
terpaksa minum seperti dalam keadaan dahaga yang
bersangatan yang mana tidak mendapati air kecuali minuman
khamar maka tidak wajib had ke atasnya, berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Diampunkan umatku
kerana tersalah, lupa dan kerana dipaksa. Dan mengikut
firman Allah :
Maksudnya : Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa
sedangkan ia tidak menginginkannya dan tidak pula
melampaui batas maka tidak ada dosa baginya.
4-Minuman itu mestilah sampai ke dalam rongga melalui
mulut, kalau minuman itu sampai ke dalam rongga dengan
jalan yang lain daripada mulut seperti melalui suntikan atau
ditebuk lubung di leher dan seumpamanya maka tidak
diwajibkan had ke atasnya.
7. Hukuman jenayah minum arak
• Penyaksian oleh 2 orang
lelaki islam
• Pengakuan peminum
arak itu sendiri
Menurut shafie :-
40 kali
Jumhur fuqaha :-
80 kali • Atas hukuman ta’zir