SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
1. Mengambil berat tentang penampilan suami
Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan
senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya,
mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.
Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat
kesukaannya.
Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita
tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang
diterima daripada ibunya.
Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang
suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran
yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.
Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengahisteri memang merasakan begitu.
Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan
memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan
didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api
Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan
‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang
kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami
kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri
menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah
yang ‘bak kapal pecah’.
Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami.
Hadiahkan dia senyuman.
Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan
memberikannya senyuman.
Rugi ke senyum?
4. Layan suami seperti raja
Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap
peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau
kembali.
Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’
cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami
Lelaki kadang-kadang suka dipuji.
Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.
Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna
dan membekas di hati suami.
Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya,
“Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli
Nor nak warna kelabu pulak”
Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri
dan akan cuba memperbaikinya.
6. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila
balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan
Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya
seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-
minum sementara menanti dia selesai.
Thabit al-Banni berkata, “Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya,
yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di
hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam,
pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya,
matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada
suami.”
Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur. Baca artikel ini
berkenaan menambat hati suami melalui perutnya.
8. Tingkatkan ilmu pengetahuan
Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi
partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca
buku dan gali pelbagai informasi.
Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang
memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini.
Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
9. Jangan terlalu kuat membangkang
Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya
dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun
tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.
Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik
dibangkang oleh perdana menteri.
Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal
sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut
kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat
dengannya.
10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran
Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri
yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.
Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai
masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.
Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian
dengan masalah di tempat kerja.
12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat
ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya
dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.
Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu
memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
13. Elakkan gangguan
Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia
sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan
suara tv.
14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah
cantiknya perhubungan suami dan isteri.
Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah
menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.
Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
15. Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan
masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah,
bolehkah dia memujuk?
16. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab
pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan
perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan
anda lagi pada masa akan datang.
17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami
Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan
kemampuannya itu.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya
suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Penutup:
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si
isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting.
Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan
masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda.
Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat
semua ini?
Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat
bekerja seperti suami.

More Related Content

Viewers also liked

konflik keluarga
konflik keluargakonflik keluarga
konflik keluargamarlinujang
 
Keluarga dan Peranan Wanita
Keluarga dan Peranan WanitaKeluarga dan Peranan Wanita
Keluarga dan Peranan WanitaHaris Setiawan
 
Tanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteriTanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isterishahirah44
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)
Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)
Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)Nabolo1612
 
Tanggungjawab suami isteri
Tanggungjawab suami isteriTanggungjawab suami isteri
Tanggungjawab suami isteriNur Fatehah
 

Viewers also liked (7)

konflik keluarga
konflik keluargakonflik keluarga
konflik keluarga
 
Konflik sosial
Konflik sosialKonflik sosial
Konflik sosial
 
Keluarga dan Peranan Wanita
Keluarga dan Peranan WanitaKeluarga dan Peranan Wanita
Keluarga dan Peranan Wanita
 
Tanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteriTanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteri
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)
Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)
Generasi X,Y, & Zoomer di tempat kerja - Cheryl Cran (Chapter 1-4)
 
Tanggungjawab suami isteri
Tanggungjawab suami isteriTanggungjawab suami isteri
Tanggungjawab suami isteri
 

Similar to Nasihat Buat Isteri

Koleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtanggaKoleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtanggaNur Anita Okaya
 
50 langkah menjadi suami mithali
50 langkah menjadi suami mithali50 langkah menjadi suami mithali
50 langkah menjadi suami mithaliwell881
 
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh CintaCara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta070912
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhxsan22
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhxsan22
 
Mencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahiMencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahiImran Ismail
 
cinta-yang-selalu-indah.ppt
cinta-yang-selalu-indah.pptcinta-yang-selalu-indah.ppt
cinta-yang-selalu-indah.pptPPLMMuntilan
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhxsan22
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhxsan22
 
Agar suami tambah sayang
Agar suami tambah sayangAgar suami tambah sayang
Agar suami tambah sayangrofieq
 
bangkit
bangkitbangkit
bangkit474849
 
Kaya or miskin
Kaya or miskinKaya or miskin
Kaya or miskinsastrop
 
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2Nurul Ashwad
 

Similar to Nasihat Buat Isteri (20)

Koleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtanggaKoleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtangga
 
50 langkah menjadi suami mithali
50 langkah menjadi suami mithali50 langkah menjadi suami mithali
50 langkah menjadi suami mithali
 
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh CintaCara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
 
Surga
SurgaSurga
Surga
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuh
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuh
 
Mencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahiMencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahi
 
cinta-yang-selalu-indah.ppt
cinta-yang-selalu-indah.pptcinta-yang-selalu-indah.ppt
cinta-yang-selalu-indah.ppt
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuh
 
Saya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuhSaya akan membahas tentang selingkuh
Saya akan membahas tentang selingkuh
 
SI DIA.doc
SI DIA.docSI DIA.doc
SI DIA.doc
 
8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat
 
Wanita
WanitaWanita
Wanita
 
Sikap yang harus dimiliki kepala keluarga
Sikap yang harus dimiliki kepala keluargaSikap yang harus dimiliki kepala keluarga
Sikap yang harus dimiliki kepala keluarga
 
Agar suami tambah sayang
Agar suami tambah sayangAgar suami tambah sayang
Agar suami tambah sayang
 
Cara cara mengawal emosi
Cara cara mengawal emosiCara cara mengawal emosi
Cara cara mengawal emosi
 
Nak ibu ingin bicara
Nak ibu ingin bicaraNak ibu ingin bicara
Nak ibu ingin bicara
 
bangkit
bangkitbangkit
bangkit
 
Kaya or miskin
Kaya or miskinKaya or miskin
Kaya or miskin
 
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 2
 

Nasihat Buat Isteri

  • 1. 1. Mengambil berat tentang penampilan suami Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya. Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura. Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu. Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengahisteri memang merasakan begitu. Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.” 2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya. 3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.
  • 2. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman. Rugi ke senyum? 4. Layan suami seperti raja Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya. 5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak” Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya. 6. Jangan berleter! Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
  • 3. 7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis. Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum- minum sementara menanti dia selesai. Thabit al-Banni berkata, “Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.” Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur. Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya. 8. Tingkatkan ilmu pengetahuan Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi. Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini. Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut. 9. Jangan terlalu kuat membangkang Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda. Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri. Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
  • 4. Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya. 10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti. 11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh. Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja. 12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku. Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini. Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini. 13. Elakkan gangguan Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.
  • 5. 14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain. 15. Jangan kuat merajuk Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk? 16. Beri pendapat bila ditanya sahaja Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang. 17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu. Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa. Penutup:
  • 6. Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting. Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga. Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda. Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini? Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.