SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Fail meja PSS
PENGENALAN

Fail Meja merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk setiap ahli jawatankuasa
pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama bagi memahami bidang tugas, prosedur-
prosedur kerja, dan segala dokumen termasuk borang-borang, peraturan-peraturan, carta aliran kerja
dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang ahli jawatankuasa.

Penyediaan Fail Meja ini akan lebih memudahkan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas
masing-masing. Seterusnya pengurusan dan pentadbiran PSS akan lebih terancang dan sistematik.


KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan
atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak
meliputi alatan teknologi terkini.

PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di
samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam pendidikan mereka termasuk
dalam kegiatan ko-kurikulum.

Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.


PROFIL PUSAT SUMBER SEKOLAH

- Sejarah
- Kemudahan fizikal
- Kemudahan sumber manusia
- Bilangan pelanggan


VISI PSS

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PSS

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat




MOTTO PSS

* Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu


MATLAMAT PSS
*
· Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
· Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk
membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa dan agama.
· Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar
supaya dapat memainkan peranan positif.
· Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat
menerusi penggunaan komputer.


OBJEKTIF PSS

· Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
· Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
· Meningkatkan profesionalisme guru
· Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
· Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
· Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan
pelajar.


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.

2. Menentukan sumber kewangan PSS.

3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak
(buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.

4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.

5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual
waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain

6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di
masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-
kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan
material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi,
kepakaran tertentu dan sebagainya.


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.

2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.

4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.

5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.

6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat
Sumber.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.


SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPK 1)

1. Bertanggungjawab kepada Pengetua
2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk PSS
3. Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-lain supaya
memperoleh pengetahuan yang terkini
5. Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
6. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
8. Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA

1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan
2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS
4. Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
7. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai
perkhidmatan PSS
8. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
9. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya
kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS
10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
15. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan



GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan
perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan
objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik
dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru
dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan
perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit
atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun


CONTOH AKTIVITI PSS
 AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH
                             (DI BAWAH PROGRAM NILAM)
   1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang
           dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen
           ‘ulat buku’.
   2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai
           rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi
           pengalaman membaca.
   3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca,
           menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
   4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau
           sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang
           tersendiri.
   5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi
           minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
   6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan
           ulasan buku di bilik darjah.
   7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang
           dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
   8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk
           memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
   9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul
           perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan
           mudah.
   10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita
           yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada
           cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
   11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran
           tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita
           supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan
           membandingkannya kemudian.
   12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam
           sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam
           sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
   13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen
           berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
   14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang
           disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
   15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa
           perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama
           perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan
       novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam
       karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan
       kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya
       dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan
       keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang
       sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan
       kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin
       menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu
       dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga
       dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk
       membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa
       yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan
       maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak
       disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan
       tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada
       ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat
       sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca
       bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang
       dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan
       mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati
       menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis
       arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu
       mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang
       dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya
       dengan mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari
       aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka
       berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh
       guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses
       pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
       pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan
       hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai
         mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya
         melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru
         matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan
         buku catatan membaca.
  36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti
         yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
  37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan
         majalah atau akhbar.
  38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk
         beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa
         perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan
         pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi
         perbincangan.
  39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak
         berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku
         dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
  40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya
         buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
  41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis,
         ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
  42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk
         dibaca oleh murid pada waktu rehat.
  43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan
         kepada 100 orang rakannya.
  44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru
         mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru
         pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan
         betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara
         lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca.
         Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan
         kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.
  45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan
         perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.



KARYA-KARYA AGUNG

     Atas perminataan banyak pihak terutamanya Guru Media dan Perpustakaan yang
     inginkan senarai Karya-karya Agung Nusantara, di bawah ini saya poskan 15
     tajuk karya-karya agung tersebut sebagai panduan. Sebahagian daripada buku
     tersebut boleh dibeli di pasaran terbuka dan di kedai-kedai Dewan Bahasa dan
     Pustaka (DBP)

  1. Bustan al-Katibin: Bustan al-Katibin merupakan sebuah karya paling awal
     tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan
     Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850.
     Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari
     oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya,
kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara
     kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah.
     Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu
     mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap
     dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan
     benar.
2.   Cerita Jenaka Melayu: Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah
     cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak
     Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat
     Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu
     Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat
     penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan
     diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu cara orang Melayu
     dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita.
     Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah
     “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita dapat melihat
     bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila
     berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan
     atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan
     “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan
     kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan
     struktur kuasa masyarakatnya.
3.   Cerita Lipur Lara: Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini
     adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun
     1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang Melayu. Cerita-cerita yang
     dipersembahkan oleh penglipur lara dengan iringan gesekan rebab dan ketukan
     belanga atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu
     sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.
4.   Hikayat Abdullah: Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka,
     Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik &
     budaya         yang        luar       biasa      dari      Barat       (Eropah).
     Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba
     membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran &
     kepercayaan lama yg tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan
     genre autobiografi & genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku
     ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura,
     yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.
5.   Hikayat Aceh: Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh
     (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang
     pesat dalam sejarah & kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun
     Melayu-Islam yang besar & kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511.
     Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-
     Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya
     dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa-
     kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa
     Melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa
     bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan &
     pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.
6.   Hikayat Hang Tuah: Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik
     Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada
     suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang
     berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian,
     kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan
     pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar
     ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka.
     Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal
     dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”v
7. Hikayat Inderaputra: Sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang
      terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan
      terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis,
      Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat ini, diandaikan
      sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran Ilahi. Di samping kisah
      percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang
      penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira
      yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja
      tempatan.
8.    Hikayat Merong Mahawangsa: Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang
      pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul
      keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos
      & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung,
      kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses
      pengislaman raja Kedah dan lain-lain.
9.    Hikayat Panji Jayeng Kusuma: Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK)
      merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur
      utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan
      peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari
      beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit
      (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka
      sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah
      ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat
      tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana,
      Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya
      berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau
      bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar
      Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri
      perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil
      semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana
      menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan
      mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini,
      berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan,
      penyamaran dan sebagainya.
10.   Hikayat Raja Pasai: Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun
      1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ
      agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini
      mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang
      didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan
      Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam).
      Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang
      dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.
11.   Pantun Melayu – Bingkisan Permata: Karya ini menghimpunkan 4000 pantun,
      puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis &
      bentuk pantun, yang meliputi tema & isi yang luas & pelbagai. Edisi ini juga
      menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan
      Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.
12.   Sulalat as-Salatin: Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini
      pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun
      Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang “diperbuatkan perteturun segala raja-
      raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian
      dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah
      mereka itu daripadanya” . Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat
      penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa
      bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
13.   Syair Ken Tambuhan: Selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung
      Melayu, Negeri Makasar. Sebuah Cerita Panji yang dikarang dalam bentuk syair
ini mengisahkan kisah percintaan & pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan
       Raden Galuh Candera Kirana. Walaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa,
       temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan
       bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan
       tahun lamanya.
   14. Tuhfat an-Nafis: Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan
       Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji,
       karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih
       antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa
       meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari
       segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu,
       Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.
   15. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: Dipercayai sebagai
       naskhah undang-undang Melayu tertua setakat ini dan belum pernah dicatatkan
       dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Dipercayai digubah pada
       zaman pemerintahan sultan Melaka pada abad ke-15 sebagai usaha
       mensistematikkan segala peraturan yang diamalkan kerajaan Melaka. Undang-
       undang ini menjadi acuan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain untuk
       menggubal undang-undang negeri masing-masing, misalnya Undang-undang
       Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Patani, Undang-undang Johor &
       Hukum Kanun Brunei.


SISTEM FAIL PSS
FAIL-FAIL PUSAT SUMBER.

1. Fail Jawantankuasa Induk                    - Carta Organisasi

2. Fail Jawatankuasa Kerja                     - Senarai AJK

3. Fail Jawatankuasa Pengawas           - Minit Mesyuarat

4. Fail Meja

   -   SenaraiTugas       - Senarai Semak

   -   Prosedur Kerja     - Buku Catatan Tugas Seharian

5. Fail Invois

6. Fail Aktiviti

   - Laporan aktiviti yang dijalankan

   - Perancangan

7. Fail PSPN / PKG

   - Surat keluar/masuk PSPN/PKG

8. Fail Perkhidmatan Komputer ( Jika Perlu )

9. Fail Surat-surat Rasmi PSS

10. Fail Program NILAM
11. Fail Jadual Waktu Siaran TV. Pendidikan

12. Fail Maklumat J/K PSS

13. Fail Rancangan Tahunan

   - Rancangan untuk 1 Tahun yang telah dipersetujui oleh AJK

   - Carta Gantt.

 Setiap fail ini perlu mengikut Sistem Fail setiap sekolah

More Related Content

What's hot

Bg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasah
Bg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasahBg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasah
Bg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasahfitriani2909
 
Pengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar smaPengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar smaSlamet Wibowo Ws
 
Contoh pedoman buku guru
Contoh pedoman buku guruContoh pedoman buku guru
Contoh pedoman buku gurufany maulany
 
Konsep Pembelajaran Tematik
Konsep Pembelajaran TematikKonsep Pembelajaran Tematik
Konsep Pembelajaran TematikGuru Online
 
Belajar cara-belajar
Belajar cara-belajarBelajar cara-belajar
Belajar cara-belajarStar Ng
 
Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013
Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013
Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013Tyo SBS
 
Buku Teks Dalam Pembelajaran
Buku Teks Dalam PembelajaranBuku Teks Dalam Pembelajaran
Buku Teks Dalam Pembelajaranmuhammadali2647
 
RPP ekonomi kelas 12 revisi 2017
RPP ekonomi  kelas 12 revisi 2017RPP ekonomi  kelas 12 revisi 2017
RPP ekonomi kelas 12 revisi 2017miftah1984
 
Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.
Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.
Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.dangochied
 
Rpp revisi 2016 seni budaya seni tari x smk rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 seni budaya  seni tari x smk   rpp diva pendidikanRpp revisi 2016 seni budaya  seni tari x smk   rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 seni budaya seni tari x smk rpp diva pendidikanDiva Pendidikan
 
03 penyusunan program semester
03 penyusunan program semester03 penyusunan program semester
03 penyusunan program semesterheri baskoro
 
Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013
Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013
Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013Haristian Sahroni Putra
 
Pengelolaan Perpustakaan Sekolah
Pengelolaan Perpustakaan SekolahPengelolaan Perpustakaan Sekolah
Pengelolaan Perpustakaan SekolahHidayahilya
 
Contoh proposal penelitian tindakan sekolah
Contoh proposal penelitian tindakan sekolahContoh proposal penelitian tindakan sekolah
Contoh proposal penelitian tindakan sekolahsalamabd1
 
Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2
Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2
Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2Operator Warnet Vast Raha
 

What's hot (20)

Pengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarPengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan Ajar
 
Bg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasah
Bg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasahBg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasah
Bg 4 tema 3 peduli terhadap makhluk hidup ayomadrasah
 
Pengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar smaPengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar sma
 
Contoh pedoman buku guru
Contoh pedoman buku guruContoh pedoman buku guru
Contoh pedoman buku guru
 
pelan
pelanpelan
pelan
 
Konsep Pembelajaran Tematik
Konsep Pembelajaran TematikKonsep Pembelajaran Tematik
Konsep Pembelajaran Tematik
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Belajar cara-belajar
Belajar cara-belajarBelajar cara-belajar
Belajar cara-belajar
 
Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013
Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013
Pedoman pengolahan Bahan Pustaka PNRI 2013
 
SBK Kelas XII K13 Buku Guru
SBK Kelas XII K13 Buku GuruSBK Kelas XII K13 Buku Guru
SBK Kelas XII K13 Buku Guru
 
Buku Teks Dalam Pembelajaran
Buku Teks Dalam PembelajaranBuku Teks Dalam Pembelajaran
Buku Teks Dalam Pembelajaran
 
7. rpp power point
7. rpp power point7. rpp power point
7. rpp power point
 
RPP ekonomi kelas 12 revisi 2017
RPP ekonomi  kelas 12 revisi 2017RPP ekonomi  kelas 12 revisi 2017
RPP ekonomi kelas 12 revisi 2017
 
Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.
Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.
Pelatihan penyusunan buku teks,buku ajar, dan materi.
 
Rpp revisi 2016 seni budaya seni tari x smk rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 seni budaya  seni tari x smk   rpp diva pendidikanRpp revisi 2016 seni budaya  seni tari x smk   rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 seni budaya seni tari x smk rpp diva pendidikan
 
03 penyusunan program semester
03 penyusunan program semester03 penyusunan program semester
03 penyusunan program semester
 
Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013
Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013
Micro Teaching - Contoh RPP Kurikulum 2013
 
Pengelolaan Perpustakaan Sekolah
Pengelolaan Perpustakaan SekolahPengelolaan Perpustakaan Sekolah
Pengelolaan Perpustakaan Sekolah
 
Contoh proposal penelitian tindakan sekolah
Contoh proposal penelitian tindakan sekolahContoh proposal penelitian tindakan sekolah
Contoh proposal penelitian tindakan sekolah
 
Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2
Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2
Alat penilaian kemampuan guru (apkg 1 dan 2) 2
 

Similar to Bahan pss

Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar Bambang Sujanarko
 
Buku guru kelas 1 tema 8
Buku guru kelas 1 tema 8Buku guru kelas 1 tema 8
Buku guru kelas 1 tema 8IAIN Pekalongan
 
Struktur organisasi sekolah dan tugasnya
Struktur organisasi sekolah dan tugasnyaStruktur organisasi sekolah dan tugasnya
Struktur organisasi sekolah dan tugasnyaSaifuz Zuhri
 
Bahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.Pd
Bahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.PdBahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.Pd
Bahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.Pddareman sudarman
 
Bg k3 t8 rev18
Bg k3 t8 rev18Bg k3 t8 rev18
Bg k3 t8 rev18utiamoye
 
2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf
2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf
2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdfsaefulgerlonk
 
2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf
2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf
2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdfEnang Cuhendi
 
Buku guru kelas 1 tema 7
Buku guru kelas 1 tema 7Buku guru kelas 1 tema 7
Buku guru kelas 1 tema 7IAIN Pekalongan
 
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfKelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfSesuluhRetno
 
PPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber Belajarpptx
PPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber BelajarpptxPPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber Belajarpptx
PPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber BelajarpptxMusfirohNur
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016FarahYudian
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016FarahYudian
 
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.comBg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.comfitriani2909
 
Kelas 1 tema 4 buku guru
Kelas 1 tema 4 buku guruKelas 1 tema 4 buku guru
Kelas 1 tema 4 buku guruHeri Suryono
 

Similar to Bahan pss (20)

Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar
 
Buku guru kelas 1 tema 8
Buku guru kelas 1 tema 8Buku guru kelas 1 tema 8
Buku guru kelas 1 tema 8
 
Kelas i tema 3 bg
Kelas i tema 3 bgKelas i tema 3 bg
Kelas i tema 3 bg
 
Struktur organisasi sekolah dan tugasnya
Struktur organisasi sekolah dan tugasnyaStruktur organisasi sekolah dan tugasnya
Struktur organisasi sekolah dan tugasnya
 
Bahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.Pd
Bahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.PdBahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.Pd
Bahan ajar cetak Dr.Sudarman,S.Pd.,M.Pd
 
Bg k3 t8 rev18
Bg k3 t8 rev18Bg k3 t8 rev18
Bg k3 t8 rev18
 
Kelas i tema 7 bg
Kelas i tema 7 bgKelas i tema 7 bg
Kelas i tema 7 bg
 
2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf
2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf
2. TUPOKSI SMPN 1 PARONGPONG.pdf
 
2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf
2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf
2. KOSP dan Perangkat Pembelajaran .pdf
 
Buku guru kelas 1 tema 7
Buku guru kelas 1 tema 7Buku guru kelas 1 tema 7
Buku guru kelas 1 tema 7
 
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfKelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
 
Kelas i tema 8 bg
Kelas i tema 8 bgKelas i tema 8 bg
Kelas i tema 8 bg
 
Kelas 1 tema 5 bg
Kelas 1 tema 5 bgKelas 1 tema 5 bg
Kelas 1 tema 5 bg
 
PPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber Belajarpptx
PPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber BelajarpptxPPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber Belajarpptx
PPT PKR MODUL 4. Lingkungan Sebagai Sumber Belajarpptx
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 8 peristiwa alam guru 2016
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
 
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.comBg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
 
Kelas 1 tema 4 buku guru
Kelas 1 tema 4 buku guruKelas 1 tema 4 buku guru
Kelas 1 tema 4 buku guru
 
Kelas i tema 6 bg
Kelas i tema 6 bgKelas i tema 6 bg
Kelas i tema 6 bg
 
Aktiviti tahunan
Aktiviti tahunanAktiviti tahunan
Aktiviti tahunan
 

Bahan pss

  • 1. Fail meja PSS PENGENALAN Fail Meja merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk setiap ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama bagi memahami bidang tugas, prosedur- prosedur kerja, dan segala dokumen termasuk borang-borang, peraturan-peraturan, carta aliran kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang ahli jawatankuasa. Penyediaan Fail Meja ini akan lebih memudahkan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing. Seterusnya pengurusan dan pentadbiran PSS akan lebih terancang dan sistematik. KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini. PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum. Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut. PROFIL PUSAT SUMBER SEKOLAH - Sejarah - Kemudahan fizikal - Kemudahan sumber manusia - Bilangan pelanggan VISI PSS Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara MISI PSS Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat MOTTO PSS * Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu MATLAMAT PSS * · Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. · Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • 2. · Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. · Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer. OBJEKTIF PSS · Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar. · Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran · Meningkatkan profesionalisme guru · Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat. · Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran. · Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya. 2. Menentukan sumber kewangan PSS. 3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar. 4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja. 5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain 6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan- kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya. 7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan. 2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber. 3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk. 4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah. 5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan. 6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
  • 3. 8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber. SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPK 1) 1. Bertanggungjawab kepada Pengetua 2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk PSS 3. Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS 4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini 5. Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja 6. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS 7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua 8. Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha SENARAI TUGAS SETIAUSAHA 1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan 2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS 3. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS 4. Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS 5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar 6. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun 7. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS 8. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS 9. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS 10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS 11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS 12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1 14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS 15. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan GURU PERPUSTAKAAN 1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS 2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan 3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan 4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan 5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan 6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS 7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas 8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul 9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar 10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah 11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
  • 4. 12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan 13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli. 14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan. 15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun CONTOH AKTIVITI PSS AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (DI BAWAH PROGRAM NILAM) 1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’. 2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca. 3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi. 4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri. 5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca. 6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah. 7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu. 8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik. 9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah. 10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri. 11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian. 12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya. 13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian. 14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya. 15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
  • 5. 16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya. 17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak. 18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas. 19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya. 20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita. 21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya. 22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah. 23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku. 24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka. 25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca. 26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi. 27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu. 28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya. 29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita. 30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada. 31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti. 32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran. 33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus. 34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
  • 6. 35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca. 36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan. 37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar. 38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan. 39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran. 40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih). 41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca. 42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat. 43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya. 44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku. 45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan. KARYA-KARYA AGUNG Atas perminataan banyak pihak terutamanya Guru Media dan Perpustakaan yang inginkan senarai Karya-karya Agung Nusantara, di bawah ini saya poskan 15 tajuk karya-karya agung tersebut sebagai panduan. Sebahagian daripada buku tersebut boleh dibeli di pasaran terbuka dan di kedai-kedai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1. Bustan al-Katibin: Bustan al-Katibin merupakan sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya,
  • 7. kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar. 2. Cerita Jenaka Melayu: Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita. Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya. 3. Cerita Lipur Lara: Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang Melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipur lara dengan iringan gesekan rebab dan ketukan belanga atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20. 4. Hikayat Abdullah: Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik & budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran & kepercayaan lama yg tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan genre autobiografi & genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting. 5. Hikayat Aceh: Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah & kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar & kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu- Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa- kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan & pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi. 6. Hikayat Hang Tuah: Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”v
  • 8. 7. Hikayat Inderaputra: Sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran Ilahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan. 8. Hikayat Merong Mahawangsa: Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain. 9. Hikayat Panji Jayeng Kusuma: Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya. 10. Hikayat Raja Pasai: Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang. 11. Pantun Melayu – Bingkisan Permata: Karya ini menghimpunkan 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis & bentuk pantun, yang meliputi tema & isi yang luas & pelbagai. Edisi ini juga menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan. 12. Sulalat as-Salatin: Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang “diperbuatkan perteturun segala raja- raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya” . Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. 13. Syair Ken Tambuhan: Selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makasar. Sebuah Cerita Panji yang dikarang dalam bentuk syair
  • 9. ini mengisahkan kisah percintaan & pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan Raden Galuh Candera Kirana. Walaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa, temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan tahun lamanya. 14. Tuhfat an-Nafis: Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi. 15. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: Dipercayai sebagai naskhah undang-undang Melayu tertua setakat ini dan belum pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Dipercayai digubah pada zaman pemerintahan sultan Melaka pada abad ke-15 sebagai usaha mensistematikkan segala peraturan yang diamalkan kerajaan Melaka. Undang- undang ini menjadi acuan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain untuk menggubal undang-undang negeri masing-masing, misalnya Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Patani, Undang-undang Johor & Hukum Kanun Brunei. SISTEM FAIL PSS FAIL-FAIL PUSAT SUMBER. 1. Fail Jawantankuasa Induk - Carta Organisasi 2. Fail Jawatankuasa Kerja - Senarai AJK 3. Fail Jawatankuasa Pengawas - Minit Mesyuarat 4. Fail Meja - SenaraiTugas - Senarai Semak - Prosedur Kerja - Buku Catatan Tugas Seharian 5. Fail Invois 6. Fail Aktiviti - Laporan aktiviti yang dijalankan - Perancangan 7. Fail PSPN / PKG - Surat keluar/masuk PSPN/PKG 8. Fail Perkhidmatan Komputer ( Jika Perlu ) 9. Fail Surat-surat Rasmi PSS 10. Fail Program NILAM
  • 10. 11. Fail Jadual Waktu Siaran TV. Pendidikan 12. Fail Maklumat J/K PSS 13. Fail Rancangan Tahunan - Rancangan untuk 1 Tahun yang telah dipersetujui oleh AJK - Carta Gantt. Setiap fail ini perlu mengikut Sistem Fail setiap sekolah