Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Praveena julia (pantun)
1.
2.
3. RANGKAP 1 – Setiap amalan yang dilakukan akan
menerima pembalasan di akhirat kelak.Sesiapa
yang tidak melakukan amalan baik di dunia,
maka dia akan menerima balasan seksa di akhirat
kelak.
RANGKAP 2 – Kehidupan di dunia ini hanya
sementara, manakala di akhirat kelak adalah
kekal abadi.
RANGKAP 3 – Setiap manusia tidak terlepas
daripada melakukan dosa.Jika orang alim juga
mempunyai dosa, apatah lagi orang yang jahil.
4. .
RANGKAP 4 – Orang yang tidak mengerjakan ibadah
sembayang akan menyesal kemudian hari.
RANGKAP 5 – Ketinggian amalan agama dan keimanan
seseorang itu bukan terletak pada pakaian dan
kedudukan tetapi diukur dari segi amalan.
RANGKAP 6 – Kita tidak boleh melakukan sesuatu
perkara mengikut perasaan dan kata hati sebaliknya
hendaklah patuh akan segala perintah Allah.
5. Nasihat kepada manusia supaya mengerjakan
amalan ibadat kepada Tuhan kerana amalan
agama menjamin kebahagian hidup.
6. Tanggungjawab terhadap agama.
Keikhlasan mengerjakan amal ibadat.
Penampilan fizikal tidak melambangkan tahap
keimanan seseorang.
Kehidupan di dunia hanyalah sementara
sahaja, sebalik kehidupan di akhirat kekal
abadi.
Kepentingan menjunjung perintah agama.
Pembalasan di akhirat kekal.
7. o Terdiri daripada enam rangkap.
o Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama,
iaitu empat baris.
o Setiap baris mempunyai tiga hingga enam
patah kata.
o Setiap baris terdiri daripada lapan hingga
sebelas suku kata.
o Rima akhirnya abab.
8. Anafora - Di atas dunia kau tak sampai,
di dalam syurga bernantian.
Imej alam - asam gelugur, asam kandis, halia,
kemuning, padi.
Sinkope - kau, tak
Asonasi - tumbuh di pusara paduka tuan
(pengulangan vokal u).
Aliterasi - tertip di tepi kota(pengulangan
konsonan t).
Repitisi :asam kandis
Asam gelugur(pengulangan perkataan)
10. Kita hendaklah berlumba-lumba mengerjakan amal
ibadat.
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan dosa.
Kita hendaklah melakukan amal ibadat dengan ikhlas.
Kita hendaklah sentiasa patuh pada perintah Tuhan.
Kita hendaklah sedar bahawa hidup di dunia hanyalah
sementara sahaja.
Kita hendaklah menjauhi sikap suka menurut kata hati.
Kita wajar mengingati hati pembalasan Tuhan.
Kita hendaklah menginsafi setiap kesalahan yang
dilakukan.