Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Konsep-Dan-Definisi-Operasi-Matematik.doc
1. Konsep dan Definisi
Matematik? Bila ternampak perkataan matematik, fikiran kita terlintas kepada nombor,
mengira, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dan berbagai -bagai lagi.
Menurut wikipedia Bahasa melayu, ensiklopedia bebas. Matematik ialah satu bidang
ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari
pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi
rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
Perkataan "matematik" dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu
"mathematics" sebenarnya berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang bermaksud
mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang
lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman
klasik. Kata adjektifnya adalah μαθηματικός (mathēmatikós), berhubung dengan
pembelajaran, atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal. Dalam
perkara tertentu, μαθηματικὴ τέχνη (mathēmatikḗ tékhnē), dalam bahasa Latin ars
mathematica, bermaksud seni matematik.
2. Definisi operasi asas matematik.
1. Operasi Tambah
Mengumpulkan dua atau lebih kumpulan objek atau nombor menjadi satu kumpulan
yang besar.
2. Operasi Tolak
Satu kumpulan objek atau nombor dikeluarkan satu bilangan objek daripada kumpulan
tersebut. Terdapat tiga model operasi tolak
a) Take away subtraction ( keluarkan)
b) Comparative subtraction ( perbandingan dan perbezaan)
c) Missing addend subtraction ( mencari nombor yang perlu ditambahkan)
3. Operasi Darab
Satu kumpulan objek ditambah berulang –ulang.Terdapat tiga model operasi darab.
a) Repeated addition of multiplication (penambahan berulang)
b) Cartesian product multiplication ( mengumpulkan objek)
c) Array multiplication (tatasusunan)
3. Operasi Bahagi
Satu kumpulan objek diagih –agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Terdapat tiga
model operasi bahagi
a) Repeated subtraction division ( penolakkan berulang)
b) Partitioning division ( Agih mengikut kumpulan yang sama banyak)
c) Array Division ( tatasusunan)
3. Keempat –empat operasi ini saling berkait.
1. Operasi songsangan tambah dan tolak
Tambah ialah songsangan tolak dan sebaliknya Contoh :
tambah 3+4 = 7 Tolak 7-4 = 3
2. Operasi songsangan darab dan bahagi
Darab ialah songsangan bahagi dan sebaliknya
darab 4 X 5 =20 Bahagi 20 ÷ 5 =4