1. SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR,
09010 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN
______________________________________________________________________________
Tarikh : 15 Julai 2014
Kepada
Ibu bapa/ Penjaga Murid Tahun 6
SK Labu Besar
Tuan/ Puan,
BENGKEL SAINS (TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2014)
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Bengkel Sains
( Teknik Menjawab Soalan UPSR 2014) seperti butiran berikut :
Tarikh : 17 Julai 2014
Hari : Khamis
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Tayangan SKLB
Sasaran : Murid-murid tahun 6
3. Objektif :
i. Memantapkan kemahiran dalam menjawab soalan Sains.
ii. Memfokuskan dan membaiki kelemahan murid dalam Bahagian B.
iii. Mencapai target 100% lulus Sains.
4. Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”