SlideShare a Scribd company logo
MTS 3042
PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB
Tugasan Kumpulan:
Perbandingan Blog dan Laman Web
Ahli Kumpulan
Nama Nombor Matrik
Delphina Lim May Hwei D20121057672
Melissa Intrathep D20121057656
Lim Boon Yao D20131062827
Afiqah Binti Mohd Noor D20121057679
Semester : Semester 2 Sesi 2013/2014
Pensyarah:
Pn. Saira Banu Omar Khan
Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna
3. Pautan dan Label
4. Page Layout
5. Teks, Grafik, Imej & Multimedia
6. Senarai (Lists)
7. Kandungan (Content)
8. Kesimpulan
Rujukan
Muka surat
1
1
3
7
9
14
17
20
21
1
Pengenalan
Dalam era globalisasi ini, kebanyakan orang dapat capaian internet dan banyak yang
memiliki laman web atau blog sendiri. Namun bukan semua blog atau laman web adalah
berkualiti dan menarik. Blog atau laman web yang baik dan menarik terdapat kriteria-
kriteria yang tertentu yang perlu diberi perhatian.
Dalam tugasan ini, kami telah memilih satu blog dan satu laman web untuk
dibandingkan dan dibuat penilaian. Laman web yang terpilih ialah AnimeTake
(http://www.animetake.com/) yang akan dikenali sebagai laman web A dalam tugasan ini.
Laman web ini menyediakan semua siri anime semasa yang sedang disiarkan di Jepun.
Pengguna laman web A dapat memuat turun setiap episode anime yang telah disertakan
sari kata bahasa Inggeris dengan percuma.
Blog yang dipilih untuk perbandingan ialah http://honeykoyuki.blogspot.com/
yang ditulis oleh Fatin Liyana yang biasa dikenali sebagai FL. Beliau merupakan seorang
pelajar perubatan yang suka menulis blog. Beliau selalu menulis kehidupan beliau di
universiti dan pelancongan ke luar negara beserta dengan gambar-gambar. Blog tersebut
merupakan diari beliau. Blog ini akan dikenali sebagai blog B dalam tugasan ini.
Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna
Apabila pengguna melayari di laman web atau blog anda untuk mencari maklumat, dia
mahu mengimbas halaman secepat yang mungkin. Pengguna akan mengimbas senarai
kandungan anda, tulisan dan grafik di laman web ataupun blog anda. Jika dia tidak dapat
mencari apa yang dia cari, dia akan meninggalkan serta-merta dan mungkin juga tidak
pernah datang kembali. Jadi faktor mengoptimunkan pengalaman pengguna untuk
sesuatu laman web atau blog haruslah dititikberatkan untuk memudahkan pengguna
mendapatkan maklumat tertentu.
1. Mempiawaikan jujukan tugas
Jujukan tugas yang menggunakan urutan dan cara sama haruslah dilaksanakan dalam
setiap laman web atau blog untuk memudahkan pengguna mencapai apa yang
dikehendaki. Sebagai contoh, sekiranya pengguna ingin mencapai maklumat mengenai
resepi masakan tertentu, pengguna hanya perlu ke ruangan kategori yang ada resepi dan
ia tidak seharusnya dicampuradukkan dengan senarai kategori yang berlainan.
2
Laman web A menunjukkan piawaian jujukan tugas yang baik. Hal ini kerana
ruangan yang dipaparkan di tengah adalah ruangan bagi pengguna untuk memuat turun
seri anime terbaru manakala ruangan di bahagian kanan merupakan ruangan untuk
pengguna berforum di antara satu sama lain.
Blog B menunjukkan piawaian jujukan tugas seperti senarai melancong
diletakkan di kategori Travelogue, manakala untuk pengguna yang meminati resepi
masakan bolehlah klik di kategori Recipe yang telah ditetapkan.
2. Reka bentuk limitasi ingatan bekerja
3
Untuk membuat laman web atau blog yang bagus, anda haruslah meletakkan label-label
atau simbol-simbol tertentu khususnya di bahagian menu atau senarai kandungan untuk
memudahkan pengguna mendapat maklumat tertentu dengan senang dan tepat. Hal ini
kerana pengguna bolehlah melayari dengan lebih senang tanpa berasa pening dengan
halaman mana yang dilayari.
Laman web A menunjukkan label-label pada menu di bahagian atas untuk
memudahkan lagi pengguna untuk ke halaman yang dikehendaki. Dengan ini, pengguna
tidaklah sesat apabila melayari halaman laman web ini.
Blog B juga menunjukkan label-label seperti Home, About Me, As Seen On,
Contact me di bahagian menu untuk pengguna mengetahui lebih lanjut tentang penulis.
Pautan dan Label
Pautan dan label merupakan unsur-unsur yang biasa kita dapat lihat dalam sesebuah blog
ataupun web yang baik. Pautan ataupun dikenali sebagai ‘link’ dalam bahasa Inggeris
berfungsi untuk menyalur para pengguna ke lokasi yang lain untuk mendapatkan
4
informasi yang dikehendaki. Untuk label pula, lazimnya pautan-pautan yang diletakan
pada blog atau web yang baik mempunyai label yang bermakna dan jelas. Pautan yang
dilabel dengan teks yang sesuai, nama yang jelas dan membawa maksud akan dapat
memberikan kesenangan kepada pengguna untuk mencari maklumat dan informasi serta
tidak mengelirukan para pengguna. Berikut merupakan sub kiteria yang menentukan
sesebuah blog atau web berada pada tahap yang baik atau tidak.
1. Gunakan label pautan yang bermakna.
Pautan haruslah dilabel dengan bermakna, ini bermaksud pautan tersebut membawa
maksud akan dapat menunjukkan maknanya sama ada tersirat atau tersurat untuk
menyenangkan kefahaman para pengguna tentang maksud yang dibawa oleh pautan
tersebut.
Pautan tersebut pada Laman web A menunjukkan maknanya bahawa anda boleh
dapatkan episode tersebut iaitu episode One Piece 644 dengan click pautan itu (bermakna
dan berfungsi).
5
Pautan tersebut pada Blog B turut menunjukkan anda boleh dapatkan maklumat
tentang ‘Tips Menghadapi Peperiksaan’, dengan kata lain pautan tersebut memberikan
makna kepada pengguna.
2. Nama pautan mestilah sama dengan nama destinasi.
Seterusnya, nama pautan tersebut adalah sama dengan nama destinasi, dengan ini para
pengguna tidak akan keliru dengan informasi atau maklumat yang hendak dicari dan
menyenangkan penggunaan blog atau web tersebut.
Setelah ‘click’ pautan pada Laman web A tersebut, nama pautan (One Piece
Episode 644) adalah sama dengan nama destinasi pautan.
6
Setelah ‘click’ pautan pada Blog B tersebut, nama pautan (Tips Menghadapi
Peperikasaan) turut sama dengan nama destinasi pautan.
3. Gunakan teks untuk pautan dan menggunakan label kategori yang jelas.
Di samping itu, teks yang bersesuaian, mudah dibaca serta difahami haruslah digunakan
untuk melabelkan pautan. Kategori pautan yang jelas turut dapat menyenangkan
pencarian maklumat oleh para pengguna blog atau web.
Segi empat panjang di atas menunjukkan Laman web A ini menggunkan teks
(bahasa Inggeris) untuk kesemua pautan dan senang dibaca serta difahami oleh para
pengguna. Bulatan di atas pula menunjukkan Laman web A ini menggunakan label
kategori yang jelas seperti ‘The Latest Anime Episodes’ mengkategorikan episode-
episode terbaru Animasi.
7
Segi empat panjang di atas menunjukkan Blog B ini menggunkan teks (bahasa
Inggeris & bahasa Melayu) untuk kesemua pautan dan senang dibaca serta difahami oleh
para pengguna. Bulatan di atas pula menunjukkan Blog B ini menggunakan label
kategori yang jelas seperti ‘Travelogue mengkategorikan tempat-tempat yang telah
dilawati oleh penulis blog tersebut.
Page Layout
Page layout adalah proses meletakkan, mengatur, menyusun semula teks dan grafik pada
halaman untuk menampakkan ianya lebih kualiti dalam sebuah halaman. Dalam erti kata
lain, page layout juga merujuk kepada halaman dokumen sebenar dan komposisinya.
Program-program perisian utama bagi penerbitan atas meja dipanggil aplikasi page
layout.
1. Item-item penting diletakkan secara konsisten dan dibahagian atas
Item-item sangat penting untuk diletakkan secara konsisten supaya ianya nampak
tersusun dengan rapi dan mudah dilihat. Item-item juga hendaklah disusun dibahagian
atas kerana pandangan pertama pengguna perlu diutamakan.
8
Blog B mempunyai item-item yang tersusun secara konsisten dan diletakkan
dibahagian atas, namun item diketepikan sedikit. Ianya mungkin sedikit terganggu.
Laman web A kelihatan tidak tersusun dan mempunyai page layout yang sangat
hambar. Laman web A terganggu oleh lapisan iklan yang banyak dan padat. Laman web
A ini juga mempunyai item-item yang tidak konsisten dan tidak teratur. Ini agak
menyukarkan untuk pengguna melawatiya. Halaman utama yang sarat dengan gambar
telah menutupi item-item penting terutamanya dibahagian tepi. Item-item dibahagian
tengah atas kelihatan konsisten meskipun ia terlalu banyak item.
2. Susunan untuk kemudahan perbandingan, cara susunan pada muka surat atau
halaman
Susunan pages perlu disusun dengan teratur untuk kemudahan perbandingan oleh
pengguna dalam mencapainya. Selain daripada itu, item-item hendaklah disusun dalam
barisan menegak atau mendatar. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan muka
halaman web berada pada nombor yang sama.
9
Bagu halaman web A hanya tajuk dan pautan yang menjadi pilihan, dan klik di
pautan untuk pilihan seterusnya. Halaman web A disusun secara teratur membolehkan
pengguna dapat memilih ‘Anime Episodes’ yang terkini, sebelumnya atau terdahulu
selain memudahkan mereka mencapai halaman tersebut.
3. Hapuskan scrolling secara horizontal
Item-item seperti penulisan, gambar dan sebagainya perlu disusun dalam baris menegak.
Oleh itu, ianya dapat menghapuskan scrolling secara horizontal dimana pengguna hanya
perlu scrolling ke atas sahaja. Kemudahan, tidak mengganggu kosentrasi pengguna
dalam melawati halaman.
Susunan yang menegak akan menghapuskan scrolling secara horizontal. Ianya juga
menampakkan kekemasan dalam halaman web A dan blog B.
Teks, Grafik, Imej dan Multimedia
Sebuah laman web atau blog yang jelas akan memberikan anda idea tentang sesuatu
maklumat yang ingin disampaikan dan ia sangatlah mudah apabila teks yang jelas dan
berwarna hitam ataupun memasukkan grafik, imej dan multimedia yang bersesuaian
dalam penjelasan maklumat tertentu. Ini akan memudahkan lagi pembaca untuk
mendapatkan sesuatu gambaran mengenai maklumat yang ingin disampaikan dengan
lebih tepat dan jelas.
10
1. Gunakan teks warna hitam pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra
tinggi
Teks berwarna hitam atau gelap pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra
tinggi memainkan peranan yang penting untuk menonjolkan sesuatu maklumat serta
informasi dengan lebih berkesan. Sekiranya teks yang berwarna putih atau cerah
dilengkapkan dengan latarbelakang yang berkontra tinggi, ini hanyalah akan membuat
pembaca menjadi keliru dan blur.
Laman web A menggunakan teks yang berwarna hitam tetapi berpadankan
dengan latarbelakang yang berwarna kelabu di mana warnanya lebih kurang seperti
warna teks. Ini sedikit sebanyak akan membuat pembaca sukar untuk membaca
maklumat yang ada di dalam laman web ini.
Blog B pula memaparkan teks yang berwarna hitam dan dipadankan dengan
latarbelakang yang kosong dan kontra tinggi. Ini amat memudahkan pembaca untuk
membaca informasi yang ingin dikongsi.
11
2. Melabel imej yang boleh diklik
Label pada imej haruslah diletakkan untuk pembaca mendapat gambaran yang tepat atas
apa yang ingin disampaikan. Jadi, ini memudahkan pembaca untuk klik imej tersebut
dengan label yang telah dinyatakan di mana akan menambahkan lagi kefahaman
pembaca.
Laman web A meletakkan label bagi imej yang boleh diklik di mana pembaca
boleh mengerakkan mouse ke imej tertentu dan label tentang imej itu keluar maka
pembaca akan lebih jelas tentang imej itu.
Blog B meletakkan label mengenai Nona di bawah imej “Nona” untuk pembaca
tahu apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
3. Pastikan imej tidak melambatkan proses muat turun
Paparan imej di dalam sesuatu laman web atau blog dengan masa yang paling singkat
menjadi salah satu faktor tarikan untuk pengguna melawat laman web atau blog tertentu.
Jikalau imej di dalam sesuatu laman web atau blog mengambil masa yang lama untuk
proses muat turun, maka pengguna akan menjadi boring dan berkemungkinan tidak akan
melawat laman web itu lagi.
12
Laman web A memaparkan imej ataupun grafik dalam masa yang sangat singkat
iaitu dalam kira-kira 2 saat. Ini menarik perhatian pengguna untuk melawat laman web
anime ini kerana ianya mudah dan mengambil masa yang singkat.
Blog B pula mengambil masa yang agak lama untuk proses muat turun imej-imej
yang terdapat di dalam blog ini. Penulis sepatutnya merubah saiz gambar dahulu sebelum
memuat turun di dalam blog, jadi masa untuk proses muat turun akan menjadi lebih
singkat.
4. Konsistensi Visual
Konsistensi Visual merujuk kepada penggunaan yang konsisten daripada elemen-elemen
reka bentuk visual seperti warna dan susun atur ruang. Font hendaklah digunakan secara
konsisten untuk tajuk dan teks badan gaya, saiz dan warna. Jika aplikasi atau laman web
adalah yang bersifat formal ia akan membingungkan bagi pengguna jika separuh ke
bawah halaman maklumat, fon berubah dari Times New Roman kepada Comic Sans.
Kedudukan konsisten elemen visual dan penggunaan simbol dan ikon juga penting.
13
Laman web A menunjukkan grafik-grafik dan font yang kurang konsisten dan ini
sangat memeningkan pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak berapa memahami tulisan
yang mempunyai pelbagai bahasa dan konsistensi saiz juga berlainan serta grafik yang
berada di kiri, kanan atas dan bawah. Sepatutnya penulis hanya menggunakan satu
bahasa atau dua bahasa yang difahami ramai contohnya bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris.
Blog B menunjukkan paparan imej yang kurang konsisten di mana imej menegak
dan mendatar diletakkan sekali. Penulis sepatutnya meletakkan imej-imej menegak
sekali, imej-imej mendatar di ruangan yang lain. Ini akan nampak lebih kemas.
5. Saiz banner tidak terlalu besar
14
Banner dalam laman web atau blog anda sangat penting kerana ia merupakan perkara
yang pertama kebanyakan orang melihat apabila mereka melawat mana-mana halaman di
laman anda. Banner yang lebih kecil adalah lebih baik. Hal ini kerana apabila membuka
sesuatu laman web dan blog yang mempunyai banner yang bersaiz kecil, pengguna akan
tahu secara ringkas dan cepat mengenai laman web dan blog tersebut dengan ruangan
lebih banyak untuk paparan tulisan.
Laman web A memaparkan banner yang bersaiz kecil. Ini memudahkan
pengguna untuk membaca sepintas lalu apa yang terdapat di dalam laman web ini kerana
saiz banner yang kecil tidak mengambil banyak ruangan di dalam laman web ini.
Blog B memaparkan banner yang sederhana besar di mana setengah daripada
muka laman web ini hanya dipenuhi dengan banner. Sepatutnya penulis menggunakan
banner yang lebih kecil saiznya untuk memudahkan pembaca baca maklumat seterusnya
yang ada di dalam blog ini.
Senarai
Senarai merupakan unsur yang mengkategorikan item-item atau pautan-pautan yang
diletak pada sesebuah blog atau web. Senarai boleh dibina secara melintang ataupun
menegak bergantung kepada lokasi dan item yang dipilih untuk diletakkan senarai
tersebut. Senarai untuk item atau pautan lazimnya diletak secara menegak pada sisi kiri
atau kanan untuk menjimatkan tempat blog atau web. Senarai untuk item penting
15
lazimnya diletak secara menlintang pada kedudukan atas di mana senarai tersebut dapat
dipapar dengan cepat dan mendedahkan item itu kepada pengguna secara berkesan.
Selain itu, format yang sesuai turut perlu digunakan dalam senarai dan paparan item-item
dalam senarai haruslah mempunyai perkaitannya. Kesemua sub kiteria dalam senarai
dapat menyenangkan penggunaan blog atau web dan menjadikan informasi yang
dipaparkan senang dicari oleh para pengguna.
1. Meletakkan item penting pada kedudukan atas.
Item-item yang penting dalam blog atau web haruslah diletak pada kedudukan atas untuk
menyenangkan penggunaan blog atau web tersebut. Ini kerana apabila para pengguna
melayar blog atau web, paparan pertama blog atau web adalah mengenai item yang
diletak pada atas dan itu, para pengguna lebih senang dan cepat untuk mencari maklumat
yang dikehendaki.
Item-item penting seperti ‘Muat Turun Animasi’, ‘Manga’, ‘Genre Animasi’ dan
lain-lain lagi diletak pada kedudukan paling atas dalam Laman web A. Ini sememangnya
dapat memberikan kesenangan kepada para pengguna dalam proses mencari maklumat
yang dikehendaki.
Terdapat item-item penting dan kurang penting telah diletak pada kedudukan
paling atas dalam Blog B, item ‘Home’ dan ‘About me’ merupakan item penting,
manakala bagi pendapat kami, item seperti ‘As Seen On’ merupakan item yang kurang
penting. Item lain seperti ‘Travelogue’ dan ‘Recipe’ boleh diletak di atas menggantikan
16
item ‘As Seen On’. Kami merasakan pengguna lebih berminat untuk mendapatkan
maklumat lanjut atau perkara yang dikongsi oleh penulis blog, dengan meletakkan item
tersbut pada kedudukan teratas dapat menpercepatkan pencarian maklumat oleh
pengguna.
2. Format yang bersesuaian untuk senarai dan paparkan item-item yang mempunyai
perkaitan dalam satu senarai.
Format yang sesuai sama ada menegak atau melintang perlulah dipilih dan digunakan
secara bersesuaian dengan kategori item yang dipaparkan. Item-item dalam senarai
perlulah berkait antara satu sama lain supaya maklumat yang dipaparkan tidak
mengelirukan para pengguna.
Senarai pada Laman web A di atas menggunakan format yang sesuai iaitu secara
menegak. Item-item dipaparkan mempunyai perkaitan dalam satu senarai di mana
kesemua item tersebut menunjukkan Siri Animasi Terbaru yang telah ditambah.
Senarai Blog B di atas juga menggunakan format yang sesuai iaitu secara
menegak. Item-item dipaparkan mempunyai perkaitan dalam satu senarai di mana
kesemua item tersebut menunjukkan Resipi makanan yang dikongsi oleh penulis blog
tersebut.
17
Kandungan
Kandungan adalah sesuatu yang membawa makna dalam sebuah subjek. Ianya
merupakan subjek yang ingin dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesebuah konteks.
Kandungan yang boleh diterima di dalam sesuatu konteks yang terpendam berbanding
kandungan yang nyata.
1. Gunakan tajuk yang jelas, susunan kandungan yang jelas dan teratur.
Penggunaan tajuk yang jelas disetiap halaman sangat penting utuk menarik perhatian
pembaca. Ini juga bertujuan supaya pengguna dapat mengenal pasti isi yang terkandung
dan akan membayangkan olahan yang bakal diolah. Susunan kandungan yang teratur dan
jelas memberi peranan penting untuk menaikkan kualiti sesebuah halaman web dan blog.
Blog B ini mempunyai susunan item kandungan yang teratur dibahagian sebelah
kiri. Kami juga dapati blogger menggunakan tajuk yang jelas di semua halaman seperti
yang tersedia dibahagian kiri blog. Menyusun tajuk item mengikut kategori seperti
travelogue, recipe dan tips and inspirations. Susunan kandungan juga mempunyai
turutan yang jelas dan teratur. Manakala Laman web A tidak menyediakan susunan item
kandungan yang teratur.
2. Elakkan penggunaan istilah jargon/pelik
Dalam sebuah penulisan atau penyampaian seharusnya dielakkan penggunaan istilah
jargon atau pelik. Untuk menarik minat dan menyampaikan maklumat, kandungan
sepatutnya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tepat. Istilah pelik akan
mengelirukan pengguna, malah kemungkinan akan menimbulkan salah faham.
18
Blog B sangat banyak menggunakan istilah jargon yang rata-rata pengguna
dewasa atau kanak-kanak sukar untuk memahaminya. Bahasa yang digunakan terlalu
selamba dan sempoi serta mewujudkan istilah pelik seperti ‘iolls, kose, siot, mengagau,
omjeee, ngeng’ dan banyak lagi. Manakala Laman web A tidak ada masalah sebegitu.
3. Melimitkan bilangan perkataan dan kemudahan pembacaan.
Bilangan perkataan yang terlalu padat dan banyak menyebabkan pengguna mudah berasa
bosan dan hilang tumpuan dalam pembacaan. Hal ini memberi kesan dalam kepantasan
pengguna dalam pembacaan kerana perkataan yang melebihi limit standard. Kemudahan
pembacaan bermaksud bahawa pengguna dapat menghabiskan kandungan dalam masa
yang sesuai dengan limit perkataan.
Blog B tidak melimitkan bilangan perkataan dan ayat. Manakala laman web A
pula sangat limit bilangan ayat dan perkataannya. Setiap isi kandungan dalam blog ini
sederhana dalam penggunaan tajuk utama, jadi ia melambatkan pembacaan. Ini adalah
kerana bahasa yang digunakan bercampur Inggeris dan Melayu. Manakala nama tempat
pula terdiri pelbagai bahasa.
19
Perenggan yang digunakan juga ada yang pendek dan ada yang panjang. Namun
demikian, kami dapati panjang atau pendek perenggan masih lagi senang dibaca. Pada
penggunaan bahasa Inggeris, perenggan pendek lagi mudah dibaca.
Demikian pula, kami hanya dapat mengkritik blog berkenaan dengan criteria ini
berbanding laman web A, kerana ianya adalah laman web video, forum dan pautan lain.
Kandungan dalam halaman ini disusun secara kemas, tetapi ianya mempunyai
kepelbagaian video dan episode.
4. Mengurangkan masa pencarian atau scanning
Item-item, pautan dan tajuk yang penting telah diletakkan secara konsisten dan teratur
memudahkan para pengguna untuk mencari halaman yang ingin dicapai Hal ini dapat
mengurangkan masa pencarian, selain daripada untuk menampakkan ianya lebih kemas.
20
Blog B menyediakan maklumat dan fungsi berkaitan mengikut kategori tertentu
untuk mengurangkan masa pencarian atau scanning. Ini adalah seperti yang telah
diterangkan dan seperti gambar di atas. Manakala Laman web A menyediakan kotak
“search” untuk memudahkan pencarian maklumat oleh pengguna.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, blog dan laman web yang berkualiti hendaklah memilik kriteria
yang disebutkan. Dengan kriteria yang sempurna, pembaca akan tertarik dengan blog
atau laman web dan akan berkunjung selalu.
Kedua-dua blog dan laman web yang dibandingkan dalam tugasan ini merupakan
blog dan laman web yang agak berkualiti. Hal yang demikian kerana ia memiliki hampir
semua kriteria yang diperlukan. Namun masih terdapat kekurangan yang boleh
disempurnakan lagi.
21
Rujukan
Animetake (n.d.). Dilayari pada 02 Mei 2014 di http://www.animetake.com/
Fatin Liyana (n.d.). Dilayari pada 02 Mei 2014 di http://honeykoyuki.blogspot.com/

More Related Content

What's hot

Search Engine Optimization
Search Engine OptimizationSearch Engine Optimization
Search Engine Optimization
iwan setiawan
 
Mengelola isi halaman web 2
Mengelola isi halaman web 2Mengelola isi halaman web 2
Mengelola isi halaman web 2Eko Supriyadi
 

What's hot (6)

Makalah html5
Makalah html5Makalah html5
Makalah html5
 
Pembangunan blog
Pembangunan blogPembangunan blog
Pembangunan blog
 
Search Engine Optimization
Search Engine OptimizationSearch Engine Optimization
Search Engine Optimization
 
Makalah html5
Makalah html5Makalah html5
Makalah html5
 
Mengelola isi halaman web 2
Mengelola isi halaman web 2Mengelola isi halaman web 2
Mengelola isi halaman web 2
 
tugas kelompok
tugas kelompoktugas kelompok
tugas kelompok
 

Similar to Webblog

Bab2 konsep dasar
Bab2 konsep dasarBab2 konsep dasar
Bab2 konsep dasar
Ahmad Munawir
 
Tutorialwebdesign
TutorialwebdesignTutorialwebdesign
Tutorialwebdesignerick1024
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesignTria_Tifunny
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesignxarenina
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesignTria_Tifunny
 
Web usability - Tips mendesain web yang mudah dipahami
Web usability - Tips mendesain web yang mudah dipahamiWeb usability - Tips mendesain web yang mudah dipahami
Web usability - Tips mendesain web yang mudah dipahami
harsantiputri
 
Layout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web Desain
Layout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web DesainLayout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web Desain
Layout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web Desain
Suparno20
 
14 - Komponen UI user interface okk.pptx
14 - Komponen UI user interface okk.pptx14 - Komponen UI user interface okk.pptx
14 - Komponen UI user interface okk.pptx
NadyaChitayae2
 
Konsep Dasar Desain Web
Konsep Dasar Desain WebKonsep Dasar Desain Web
Konsep Dasar Desain Web
Achmad Solichin
 
Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...
Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...
Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...
PT. SUDUT DESA
 
Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017
Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017
Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017
Putra Firmansyah
 
perancangan web 1
perancangan web 1perancangan web 1
perancangan web 1
Mohamad Heryansyah
 
Tugas Myicourse kelompok 4
Tugas Myicourse kelompok 4Tugas Myicourse kelompok 4
Tugas Myicourse kelompok 4F Ashter
 
Mengoptimalkan kata kunci dalam artikel
Mengoptimalkan kata kunci dalam artikelMengoptimalkan kata kunci dalam artikel
Mengoptimalkan kata kunci dalam artikel
boijos
 
Interaksi Manusia Dan Komputer 9
Interaksi Manusia Dan Komputer 9Interaksi Manusia Dan Komputer 9
Interaksi Manusia Dan Komputer 9
Hide Maru
 
PPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptx
PPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptxPPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptx
PPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptx
WilsonLamanepa
 

Similar to Webblog (20)

Bab2 konsep dasar
Bab2 konsep dasarBab2 konsep dasar
Bab2 konsep dasar
 
Tutorialwebdesign
TutorialwebdesignTutorialwebdesign
Tutorialwebdesign
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign
 
Web usability - Tips mendesain web yang mudah dipahami
Web usability - Tips mendesain web yang mudah dipahamiWeb usability - Tips mendesain web yang mudah dipahami
Web usability - Tips mendesain web yang mudah dipahami
 
Layout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web Desain
Layout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web DesainLayout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web Desain
Layout dan Kriteria Situs Web pada Matakuliah Pemrograan Web Desain
 
14 - Komponen UI user interface okk.pptx
14 - Komponen UI user interface okk.pptx14 - Komponen UI user interface okk.pptx
14 - Komponen UI user interface okk.pptx
 
Konsep Dasar Desain Web
Konsep Dasar Desain WebKonsep Dasar Desain Web
Konsep Dasar Desain Web
 
Jawapan minggu 5
Jawapan minggu 5Jawapan minggu 5
Jawapan minggu 5
 
Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...
Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...
Pakar SEO Jawa Timur: Panduan Lengkap tentang SEO Pengertian, Cara Kerja, dan...
 
Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017
Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017
Belajar Seo untuk pemula Terbaru 2017
 
perancangan web 1
perancangan web 1perancangan web 1
perancangan web 1
 
Myicourse
MyicourseMyicourse
Myicourse
 
Myicourse
MyicourseMyicourse
Myicourse
 
Tugas Myicourse kelompok 4
Tugas Myicourse kelompok 4Tugas Myicourse kelompok 4
Tugas Myicourse kelompok 4
 
Mengoptimalkan kata kunci dalam artikel
Mengoptimalkan kata kunci dalam artikelMengoptimalkan kata kunci dalam artikel
Mengoptimalkan kata kunci dalam artikel
 
Interaksi Manusia Dan Komputer 9
Interaksi Manusia Dan Komputer 9Interaksi Manusia Dan Komputer 9
Interaksi Manusia Dan Komputer 9
 
PPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptx
PPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptxPPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptx
PPT PRESENTASI IMK KELOMPOK.pptx
 

Webblog

  • 1. MTS 3042 PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB Tugasan Kumpulan: Perbandingan Blog dan Laman Web Ahli Kumpulan Nama Nombor Matrik Delphina Lim May Hwei D20121057672 Melissa Intrathep D20121057656 Lim Boon Yao D20131062827 Afiqah Binti Mohd Noor D20121057679 Semester : Semester 2 Sesi 2013/2014 Pensyarah: Pn. Saira Banu Omar Khan
  • 2. Isi Kandungan 1. Pengenalan 2. Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna 3. Pautan dan Label 4. Page Layout 5. Teks, Grafik, Imej & Multimedia 6. Senarai (Lists) 7. Kandungan (Content) 8. Kesimpulan Rujukan Muka surat 1 1 3 7 9 14 17 20 21
  • 3. 1 Pengenalan Dalam era globalisasi ini, kebanyakan orang dapat capaian internet dan banyak yang memiliki laman web atau blog sendiri. Namun bukan semua blog atau laman web adalah berkualiti dan menarik. Blog atau laman web yang baik dan menarik terdapat kriteria- kriteria yang tertentu yang perlu diberi perhatian. Dalam tugasan ini, kami telah memilih satu blog dan satu laman web untuk dibandingkan dan dibuat penilaian. Laman web yang terpilih ialah AnimeTake (http://www.animetake.com/) yang akan dikenali sebagai laman web A dalam tugasan ini. Laman web ini menyediakan semua siri anime semasa yang sedang disiarkan di Jepun. Pengguna laman web A dapat memuat turun setiap episode anime yang telah disertakan sari kata bahasa Inggeris dengan percuma. Blog yang dipilih untuk perbandingan ialah http://honeykoyuki.blogspot.com/ yang ditulis oleh Fatin Liyana yang biasa dikenali sebagai FL. Beliau merupakan seorang pelajar perubatan yang suka menulis blog. Beliau selalu menulis kehidupan beliau di universiti dan pelancongan ke luar negara beserta dengan gambar-gambar. Blog tersebut merupakan diari beliau. Blog ini akan dikenali sebagai blog B dalam tugasan ini. Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna Apabila pengguna melayari di laman web atau blog anda untuk mencari maklumat, dia mahu mengimbas halaman secepat yang mungkin. Pengguna akan mengimbas senarai kandungan anda, tulisan dan grafik di laman web ataupun blog anda. Jika dia tidak dapat mencari apa yang dia cari, dia akan meninggalkan serta-merta dan mungkin juga tidak pernah datang kembali. Jadi faktor mengoptimunkan pengalaman pengguna untuk sesuatu laman web atau blog haruslah dititikberatkan untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat tertentu. 1. Mempiawaikan jujukan tugas Jujukan tugas yang menggunakan urutan dan cara sama haruslah dilaksanakan dalam setiap laman web atau blog untuk memudahkan pengguna mencapai apa yang dikehendaki. Sebagai contoh, sekiranya pengguna ingin mencapai maklumat mengenai resepi masakan tertentu, pengguna hanya perlu ke ruangan kategori yang ada resepi dan ia tidak seharusnya dicampuradukkan dengan senarai kategori yang berlainan.
  • 4. 2 Laman web A menunjukkan piawaian jujukan tugas yang baik. Hal ini kerana ruangan yang dipaparkan di tengah adalah ruangan bagi pengguna untuk memuat turun seri anime terbaru manakala ruangan di bahagian kanan merupakan ruangan untuk pengguna berforum di antara satu sama lain. Blog B menunjukkan piawaian jujukan tugas seperti senarai melancong diletakkan di kategori Travelogue, manakala untuk pengguna yang meminati resepi masakan bolehlah klik di kategori Recipe yang telah ditetapkan. 2. Reka bentuk limitasi ingatan bekerja
  • 5. 3 Untuk membuat laman web atau blog yang bagus, anda haruslah meletakkan label-label atau simbol-simbol tertentu khususnya di bahagian menu atau senarai kandungan untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat tertentu dengan senang dan tepat. Hal ini kerana pengguna bolehlah melayari dengan lebih senang tanpa berasa pening dengan halaman mana yang dilayari. Laman web A menunjukkan label-label pada menu di bahagian atas untuk memudahkan lagi pengguna untuk ke halaman yang dikehendaki. Dengan ini, pengguna tidaklah sesat apabila melayari halaman laman web ini. Blog B juga menunjukkan label-label seperti Home, About Me, As Seen On, Contact me di bahagian menu untuk pengguna mengetahui lebih lanjut tentang penulis. Pautan dan Label Pautan dan label merupakan unsur-unsur yang biasa kita dapat lihat dalam sesebuah blog ataupun web yang baik. Pautan ataupun dikenali sebagai ‘link’ dalam bahasa Inggeris berfungsi untuk menyalur para pengguna ke lokasi yang lain untuk mendapatkan
  • 6. 4 informasi yang dikehendaki. Untuk label pula, lazimnya pautan-pautan yang diletakan pada blog atau web yang baik mempunyai label yang bermakna dan jelas. Pautan yang dilabel dengan teks yang sesuai, nama yang jelas dan membawa maksud akan dapat memberikan kesenangan kepada pengguna untuk mencari maklumat dan informasi serta tidak mengelirukan para pengguna. Berikut merupakan sub kiteria yang menentukan sesebuah blog atau web berada pada tahap yang baik atau tidak. 1. Gunakan label pautan yang bermakna. Pautan haruslah dilabel dengan bermakna, ini bermaksud pautan tersebut membawa maksud akan dapat menunjukkan maknanya sama ada tersirat atau tersurat untuk menyenangkan kefahaman para pengguna tentang maksud yang dibawa oleh pautan tersebut. Pautan tersebut pada Laman web A menunjukkan maknanya bahawa anda boleh dapatkan episode tersebut iaitu episode One Piece 644 dengan click pautan itu (bermakna dan berfungsi).
  • 7. 5 Pautan tersebut pada Blog B turut menunjukkan anda boleh dapatkan maklumat tentang ‘Tips Menghadapi Peperiksaan’, dengan kata lain pautan tersebut memberikan makna kepada pengguna. 2. Nama pautan mestilah sama dengan nama destinasi. Seterusnya, nama pautan tersebut adalah sama dengan nama destinasi, dengan ini para pengguna tidak akan keliru dengan informasi atau maklumat yang hendak dicari dan menyenangkan penggunaan blog atau web tersebut. Setelah ‘click’ pautan pada Laman web A tersebut, nama pautan (One Piece Episode 644) adalah sama dengan nama destinasi pautan.
  • 8. 6 Setelah ‘click’ pautan pada Blog B tersebut, nama pautan (Tips Menghadapi Peperikasaan) turut sama dengan nama destinasi pautan. 3. Gunakan teks untuk pautan dan menggunakan label kategori yang jelas. Di samping itu, teks yang bersesuaian, mudah dibaca serta difahami haruslah digunakan untuk melabelkan pautan. Kategori pautan yang jelas turut dapat menyenangkan pencarian maklumat oleh para pengguna blog atau web. Segi empat panjang di atas menunjukkan Laman web A ini menggunkan teks (bahasa Inggeris) untuk kesemua pautan dan senang dibaca serta difahami oleh para pengguna. Bulatan di atas pula menunjukkan Laman web A ini menggunakan label kategori yang jelas seperti ‘The Latest Anime Episodes’ mengkategorikan episode- episode terbaru Animasi.
  • 9. 7 Segi empat panjang di atas menunjukkan Blog B ini menggunkan teks (bahasa Inggeris & bahasa Melayu) untuk kesemua pautan dan senang dibaca serta difahami oleh para pengguna. Bulatan di atas pula menunjukkan Blog B ini menggunakan label kategori yang jelas seperti ‘Travelogue mengkategorikan tempat-tempat yang telah dilawati oleh penulis blog tersebut. Page Layout Page layout adalah proses meletakkan, mengatur, menyusun semula teks dan grafik pada halaman untuk menampakkan ianya lebih kualiti dalam sebuah halaman. Dalam erti kata lain, page layout juga merujuk kepada halaman dokumen sebenar dan komposisinya. Program-program perisian utama bagi penerbitan atas meja dipanggil aplikasi page layout. 1. Item-item penting diletakkan secara konsisten dan dibahagian atas Item-item sangat penting untuk diletakkan secara konsisten supaya ianya nampak tersusun dengan rapi dan mudah dilihat. Item-item juga hendaklah disusun dibahagian atas kerana pandangan pertama pengguna perlu diutamakan.
  • 10. 8 Blog B mempunyai item-item yang tersusun secara konsisten dan diletakkan dibahagian atas, namun item diketepikan sedikit. Ianya mungkin sedikit terganggu. Laman web A kelihatan tidak tersusun dan mempunyai page layout yang sangat hambar. Laman web A terganggu oleh lapisan iklan yang banyak dan padat. Laman web A ini juga mempunyai item-item yang tidak konsisten dan tidak teratur. Ini agak menyukarkan untuk pengguna melawatiya. Halaman utama yang sarat dengan gambar telah menutupi item-item penting terutamanya dibahagian tepi. Item-item dibahagian tengah atas kelihatan konsisten meskipun ia terlalu banyak item. 2. Susunan untuk kemudahan perbandingan, cara susunan pada muka surat atau halaman Susunan pages perlu disusun dengan teratur untuk kemudahan perbandingan oleh pengguna dalam mencapainya. Selain daripada itu, item-item hendaklah disusun dalam barisan menegak atau mendatar. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan muka halaman web berada pada nombor yang sama.
  • 11. 9 Bagu halaman web A hanya tajuk dan pautan yang menjadi pilihan, dan klik di pautan untuk pilihan seterusnya. Halaman web A disusun secara teratur membolehkan pengguna dapat memilih ‘Anime Episodes’ yang terkini, sebelumnya atau terdahulu selain memudahkan mereka mencapai halaman tersebut. 3. Hapuskan scrolling secara horizontal Item-item seperti penulisan, gambar dan sebagainya perlu disusun dalam baris menegak. Oleh itu, ianya dapat menghapuskan scrolling secara horizontal dimana pengguna hanya perlu scrolling ke atas sahaja. Kemudahan, tidak mengganggu kosentrasi pengguna dalam melawati halaman. Susunan yang menegak akan menghapuskan scrolling secara horizontal. Ianya juga menampakkan kekemasan dalam halaman web A dan blog B. Teks, Grafik, Imej dan Multimedia Sebuah laman web atau blog yang jelas akan memberikan anda idea tentang sesuatu maklumat yang ingin disampaikan dan ia sangatlah mudah apabila teks yang jelas dan berwarna hitam ataupun memasukkan grafik, imej dan multimedia yang bersesuaian dalam penjelasan maklumat tertentu. Ini akan memudahkan lagi pembaca untuk mendapatkan sesuatu gambaran mengenai maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih tepat dan jelas.
  • 12. 10 1. Gunakan teks warna hitam pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra tinggi Teks berwarna hitam atau gelap pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra tinggi memainkan peranan yang penting untuk menonjolkan sesuatu maklumat serta informasi dengan lebih berkesan. Sekiranya teks yang berwarna putih atau cerah dilengkapkan dengan latarbelakang yang berkontra tinggi, ini hanyalah akan membuat pembaca menjadi keliru dan blur. Laman web A menggunakan teks yang berwarna hitam tetapi berpadankan dengan latarbelakang yang berwarna kelabu di mana warnanya lebih kurang seperti warna teks. Ini sedikit sebanyak akan membuat pembaca sukar untuk membaca maklumat yang ada di dalam laman web ini. Blog B pula memaparkan teks yang berwarna hitam dan dipadankan dengan latarbelakang yang kosong dan kontra tinggi. Ini amat memudahkan pembaca untuk membaca informasi yang ingin dikongsi.
  • 13. 11 2. Melabel imej yang boleh diklik Label pada imej haruslah diletakkan untuk pembaca mendapat gambaran yang tepat atas apa yang ingin disampaikan. Jadi, ini memudahkan pembaca untuk klik imej tersebut dengan label yang telah dinyatakan di mana akan menambahkan lagi kefahaman pembaca. Laman web A meletakkan label bagi imej yang boleh diklik di mana pembaca boleh mengerakkan mouse ke imej tertentu dan label tentang imej itu keluar maka pembaca akan lebih jelas tentang imej itu. Blog B meletakkan label mengenai Nona di bawah imej “Nona” untuk pembaca tahu apa yang cuba disampaikan oleh penulis. 3. Pastikan imej tidak melambatkan proses muat turun Paparan imej di dalam sesuatu laman web atau blog dengan masa yang paling singkat menjadi salah satu faktor tarikan untuk pengguna melawat laman web atau blog tertentu. Jikalau imej di dalam sesuatu laman web atau blog mengambil masa yang lama untuk proses muat turun, maka pengguna akan menjadi boring dan berkemungkinan tidak akan melawat laman web itu lagi.
  • 14. 12 Laman web A memaparkan imej ataupun grafik dalam masa yang sangat singkat iaitu dalam kira-kira 2 saat. Ini menarik perhatian pengguna untuk melawat laman web anime ini kerana ianya mudah dan mengambil masa yang singkat. Blog B pula mengambil masa yang agak lama untuk proses muat turun imej-imej yang terdapat di dalam blog ini. Penulis sepatutnya merubah saiz gambar dahulu sebelum memuat turun di dalam blog, jadi masa untuk proses muat turun akan menjadi lebih singkat. 4. Konsistensi Visual Konsistensi Visual merujuk kepada penggunaan yang konsisten daripada elemen-elemen reka bentuk visual seperti warna dan susun atur ruang. Font hendaklah digunakan secara konsisten untuk tajuk dan teks badan gaya, saiz dan warna. Jika aplikasi atau laman web adalah yang bersifat formal ia akan membingungkan bagi pengguna jika separuh ke bawah halaman maklumat, fon berubah dari Times New Roman kepada Comic Sans. Kedudukan konsisten elemen visual dan penggunaan simbol dan ikon juga penting.
  • 15. 13 Laman web A menunjukkan grafik-grafik dan font yang kurang konsisten dan ini sangat memeningkan pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak berapa memahami tulisan yang mempunyai pelbagai bahasa dan konsistensi saiz juga berlainan serta grafik yang berada di kiri, kanan atas dan bawah. Sepatutnya penulis hanya menggunakan satu bahasa atau dua bahasa yang difahami ramai contohnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Blog B menunjukkan paparan imej yang kurang konsisten di mana imej menegak dan mendatar diletakkan sekali. Penulis sepatutnya meletakkan imej-imej menegak sekali, imej-imej mendatar di ruangan yang lain. Ini akan nampak lebih kemas. 5. Saiz banner tidak terlalu besar
  • 16. 14 Banner dalam laman web atau blog anda sangat penting kerana ia merupakan perkara yang pertama kebanyakan orang melihat apabila mereka melawat mana-mana halaman di laman anda. Banner yang lebih kecil adalah lebih baik. Hal ini kerana apabila membuka sesuatu laman web dan blog yang mempunyai banner yang bersaiz kecil, pengguna akan tahu secara ringkas dan cepat mengenai laman web dan blog tersebut dengan ruangan lebih banyak untuk paparan tulisan. Laman web A memaparkan banner yang bersaiz kecil. Ini memudahkan pengguna untuk membaca sepintas lalu apa yang terdapat di dalam laman web ini kerana saiz banner yang kecil tidak mengambil banyak ruangan di dalam laman web ini. Blog B memaparkan banner yang sederhana besar di mana setengah daripada muka laman web ini hanya dipenuhi dengan banner. Sepatutnya penulis menggunakan banner yang lebih kecil saiznya untuk memudahkan pembaca baca maklumat seterusnya yang ada di dalam blog ini. Senarai Senarai merupakan unsur yang mengkategorikan item-item atau pautan-pautan yang diletak pada sesebuah blog atau web. Senarai boleh dibina secara melintang ataupun menegak bergantung kepada lokasi dan item yang dipilih untuk diletakkan senarai tersebut. Senarai untuk item atau pautan lazimnya diletak secara menegak pada sisi kiri atau kanan untuk menjimatkan tempat blog atau web. Senarai untuk item penting
  • 17. 15 lazimnya diletak secara menlintang pada kedudukan atas di mana senarai tersebut dapat dipapar dengan cepat dan mendedahkan item itu kepada pengguna secara berkesan. Selain itu, format yang sesuai turut perlu digunakan dalam senarai dan paparan item-item dalam senarai haruslah mempunyai perkaitannya. Kesemua sub kiteria dalam senarai dapat menyenangkan penggunaan blog atau web dan menjadikan informasi yang dipaparkan senang dicari oleh para pengguna. 1. Meletakkan item penting pada kedudukan atas. Item-item yang penting dalam blog atau web haruslah diletak pada kedudukan atas untuk menyenangkan penggunaan blog atau web tersebut. Ini kerana apabila para pengguna melayar blog atau web, paparan pertama blog atau web adalah mengenai item yang diletak pada atas dan itu, para pengguna lebih senang dan cepat untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Item-item penting seperti ‘Muat Turun Animasi’, ‘Manga’, ‘Genre Animasi’ dan lain-lain lagi diletak pada kedudukan paling atas dalam Laman web A. Ini sememangnya dapat memberikan kesenangan kepada para pengguna dalam proses mencari maklumat yang dikehendaki. Terdapat item-item penting dan kurang penting telah diletak pada kedudukan paling atas dalam Blog B, item ‘Home’ dan ‘About me’ merupakan item penting, manakala bagi pendapat kami, item seperti ‘As Seen On’ merupakan item yang kurang penting. Item lain seperti ‘Travelogue’ dan ‘Recipe’ boleh diletak di atas menggantikan
  • 18. 16 item ‘As Seen On’. Kami merasakan pengguna lebih berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau perkara yang dikongsi oleh penulis blog, dengan meletakkan item tersbut pada kedudukan teratas dapat menpercepatkan pencarian maklumat oleh pengguna. 2. Format yang bersesuaian untuk senarai dan paparkan item-item yang mempunyai perkaitan dalam satu senarai. Format yang sesuai sama ada menegak atau melintang perlulah dipilih dan digunakan secara bersesuaian dengan kategori item yang dipaparkan. Item-item dalam senarai perlulah berkait antara satu sama lain supaya maklumat yang dipaparkan tidak mengelirukan para pengguna. Senarai pada Laman web A di atas menggunakan format yang sesuai iaitu secara menegak. Item-item dipaparkan mempunyai perkaitan dalam satu senarai di mana kesemua item tersebut menunjukkan Siri Animasi Terbaru yang telah ditambah. Senarai Blog B di atas juga menggunakan format yang sesuai iaitu secara menegak. Item-item dipaparkan mempunyai perkaitan dalam satu senarai di mana kesemua item tersebut menunjukkan Resipi makanan yang dikongsi oleh penulis blog tersebut.
  • 19. 17 Kandungan Kandungan adalah sesuatu yang membawa makna dalam sebuah subjek. Ianya merupakan subjek yang ingin dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesebuah konteks. Kandungan yang boleh diterima di dalam sesuatu konteks yang terpendam berbanding kandungan yang nyata. 1. Gunakan tajuk yang jelas, susunan kandungan yang jelas dan teratur. Penggunaan tajuk yang jelas disetiap halaman sangat penting utuk menarik perhatian pembaca. Ini juga bertujuan supaya pengguna dapat mengenal pasti isi yang terkandung dan akan membayangkan olahan yang bakal diolah. Susunan kandungan yang teratur dan jelas memberi peranan penting untuk menaikkan kualiti sesebuah halaman web dan blog. Blog B ini mempunyai susunan item kandungan yang teratur dibahagian sebelah kiri. Kami juga dapati blogger menggunakan tajuk yang jelas di semua halaman seperti yang tersedia dibahagian kiri blog. Menyusun tajuk item mengikut kategori seperti travelogue, recipe dan tips and inspirations. Susunan kandungan juga mempunyai turutan yang jelas dan teratur. Manakala Laman web A tidak menyediakan susunan item kandungan yang teratur. 2. Elakkan penggunaan istilah jargon/pelik Dalam sebuah penulisan atau penyampaian seharusnya dielakkan penggunaan istilah jargon atau pelik. Untuk menarik minat dan menyampaikan maklumat, kandungan sepatutnya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tepat. Istilah pelik akan mengelirukan pengguna, malah kemungkinan akan menimbulkan salah faham.
  • 20. 18 Blog B sangat banyak menggunakan istilah jargon yang rata-rata pengguna dewasa atau kanak-kanak sukar untuk memahaminya. Bahasa yang digunakan terlalu selamba dan sempoi serta mewujudkan istilah pelik seperti ‘iolls, kose, siot, mengagau, omjeee, ngeng’ dan banyak lagi. Manakala Laman web A tidak ada masalah sebegitu. 3. Melimitkan bilangan perkataan dan kemudahan pembacaan. Bilangan perkataan yang terlalu padat dan banyak menyebabkan pengguna mudah berasa bosan dan hilang tumpuan dalam pembacaan. Hal ini memberi kesan dalam kepantasan pengguna dalam pembacaan kerana perkataan yang melebihi limit standard. Kemudahan pembacaan bermaksud bahawa pengguna dapat menghabiskan kandungan dalam masa yang sesuai dengan limit perkataan. Blog B tidak melimitkan bilangan perkataan dan ayat. Manakala laman web A pula sangat limit bilangan ayat dan perkataannya. Setiap isi kandungan dalam blog ini sederhana dalam penggunaan tajuk utama, jadi ia melambatkan pembacaan. Ini adalah kerana bahasa yang digunakan bercampur Inggeris dan Melayu. Manakala nama tempat pula terdiri pelbagai bahasa.
  • 21. 19 Perenggan yang digunakan juga ada yang pendek dan ada yang panjang. Namun demikian, kami dapati panjang atau pendek perenggan masih lagi senang dibaca. Pada penggunaan bahasa Inggeris, perenggan pendek lagi mudah dibaca. Demikian pula, kami hanya dapat mengkritik blog berkenaan dengan criteria ini berbanding laman web A, kerana ianya adalah laman web video, forum dan pautan lain. Kandungan dalam halaman ini disusun secara kemas, tetapi ianya mempunyai kepelbagaian video dan episode. 4. Mengurangkan masa pencarian atau scanning Item-item, pautan dan tajuk yang penting telah diletakkan secara konsisten dan teratur memudahkan para pengguna untuk mencari halaman yang ingin dicapai Hal ini dapat mengurangkan masa pencarian, selain daripada untuk menampakkan ianya lebih kemas.
  • 22. 20 Blog B menyediakan maklumat dan fungsi berkaitan mengikut kategori tertentu untuk mengurangkan masa pencarian atau scanning. Ini adalah seperti yang telah diterangkan dan seperti gambar di atas. Manakala Laman web A menyediakan kotak “search” untuk memudahkan pencarian maklumat oleh pengguna. Kesimpulan Secara kesimpulannya, blog dan laman web yang berkualiti hendaklah memilik kriteria yang disebutkan. Dengan kriteria yang sempurna, pembaca akan tertarik dengan blog atau laman web dan akan berkunjung selalu. Kedua-dua blog dan laman web yang dibandingkan dalam tugasan ini merupakan blog dan laman web yang agak berkualiti. Hal yang demikian kerana ia memiliki hampir semua kriteria yang diperlukan. Namun masih terdapat kekurangan yang boleh disempurnakan lagi.
  • 23. 21 Rujukan Animetake (n.d.). Dilayari pada 02 Mei 2014 di http://www.animetake.com/ Fatin Liyana (n.d.). Dilayari pada 02 Mei 2014 di http://honeykoyuki.blogspot.com/