SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
MTS 3042 PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
NURUL SYUHADA BINTI ZAINAL
ABIDIN
D20121058683 ISMP SENI
UMI KALSOM BINTI JAMIL D20121058688 ISMP SENI
NURUL SYAZWANI BINTI YAAKUB D20121058685 ISMP SENI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN
SUHAIMI
D20131064025 ISMP
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
DISEMAK OLEH : PN. SAIRA BANU BINTI OMAR KHAN
Pengenalan
Facebook adalah satu rangkaian sosial dimana ia membolehkan anda untuk membuat profil,
berhubung dengan rakan-rakan, menghantar mesej, berkongsi foto dan permainan bermain.
Iarangkaian terbesar jenisnya di dunia, dengan beratus-ratus juta pengguna aktif.Facebook ialah
sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook,
Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh
menjadi pengguna Facebook.Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding
dewasa.Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil
peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan.Selain itu, pengguna juga boleh menyertai
rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.Nama Facebook berasal daripada
timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada
para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling
mengenali.Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-
rakan satu kursus iaitu sains computer.Rakan – rakannya iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz
dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi
kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan
Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar
universiti.Kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke
atas.Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.Blog (singkatan
untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya
ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik,
atau berita tempatan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam
talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media
lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka
dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya
adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog),
muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang
lebih luas.
Kami membuat perbandingan antara laman sosial facebook dan laman web “blog”.Terdapat pelbagai
perbezaan antara kedua – duanya.Perbezaannya dapat dilihat seperti dibawah.
1.Teks
Dari segi penggunaaan teks dalam laman sosial iaitu muka buku “facebook” mempunyai ciri –
ciri teks yang dititikberatkan.Sekiranya diperhatikan dalam laman sosial ini penggunaan dari segi saiz
font yang digunakan sangat bersesuaian.Hal ini kerana, saiz font yang digunakan dpat dibaca dan
dilihat oleh pengguna.Saiz fontnya tidak terlalu kecil atau besar.Saiz yang digunakan dalam sesuatu
laman sosial perlulah bersesuaian dengan fungsinya.Sebagai contoh, facebook digunakan sebagai alat
komunikasi yang sangat popular di negara kita mahupun luar negara.Oleh demikian, saiz font juga
merupakan salah satu kriteria yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu penulisan di Facebook.Jenis
font yang digunakan tidak terlalu banyak.Sebagai contoh, jenis font yang digunakan dalam laman
sosial ialah “Helvetica”.Dimana dalam paparan ini, teks yang digunakan tidak terlalu dekoratif atau
sarat.Font yang digunakan jelas dan ringkas merupakan salah satu kemudahan kepada penguna untuk
membaca. Namun begitu, jenis font yang digunakan sememangnya sama, namun berbeza dari segi
saiz. Dimana saiz yang digunakan bersesuaian dengan fungsinya.Sebagai contoh, gambar di bawah.
Pengunaan untuk tajuk utama “main tittle” digunakan saiz yang sedikit besar berbanding dengan sub
topiknya.
Sekiranya kita perhatikan, font yang digunakan jelas atau masih tetap boleh dibaca walaupun gambar
tersebut “print screen”.Ini bermakna font yang digunakan bersesuaian.
Jika kita perhatikan kebanyakan pengguna facebook adalah golongan remaja.Mereka
merupakan golongan pengguna facebook yang paling tinggi.Oleh demikian paparan teks yang
digunakan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.Hal ini kerana, pada peringkat umur ini tahap
penglihatan mereka masih lagi dalam keadaan baik.Namun begitu, dalam era moden ini kebanyakan
peringkat umur turut menggunakan laman sosial ini. Sekiranya saiz font yang digunakan terlalu besar
juga akan menyebabkan paparan teks yang tidak sesuai dengan laman sosial tersebut.
Dalam laman sosial ini, keseluruhan warna teks yang digunakan adalah berwarna biru dan
hitam sahaja.Warna teks yang digunakan tidaklah terlalu terang dan ianya memudahkan pengguna
untuk membaca.Hal ini kerana ianya mudah dibaca disebabkan latar belakang laman ini tidak
mempunyai kontra yang tinggi. Latar belakang ini cerah dan menggunakan tulisan hitam merupakan
salah satu kesesuaian yang membolehkan pengguna membaca dengna jelas
Manakala penggunaan teks dalam blogger pula mempunyai pelbagai saiz dan jenis font.Penggunaan
jenis font dalam blogger bergantung kepada penulisnya. Hal ini kerana, cara persembahan blog
tersebut bergantung kepada kreativiti penulis tersebut. Pada umumnya, penulisan dalam blogger
mempunyai pelbagai jenis font.Terdapat penggunaan font yang serif dan san serif.Ianya bergantung
kepada kehendak penulisnya bagaimana beliau hendak mempersembahkan blog tersebut.Sebagai
contoh, kami membuat rujukan kami melalui http://pusaka01.blogspot.com/ iaitu blog dimana beliau
merupakan salah seorang pensyarah UPSI.Melalui blog beliau, penggunaan teks yang digunakan
memudahkan pengguna untuk membaca.Saiz font yang digunakan tidak terlalu besar dan terlalu
kecil.
Berbeza pula facebook dan blogger, blog digunakan pelbagai peringkat umur, dimana ia bergantung
kepada kandungan blog tersebut. Sebagai contoh, melalui blog yang dirujuk blog ini kebanyakan
peringkat umur yang sudah dewasa.Oleh demikian, paparan teks sesuai digunakan dalam blog
ini.Tetapi melalui teks ini, penulis tidak banyak menggunakan teks – teks yang kreatif atau
mempunyai serif.Jenis font yang digunakan ialah Arial.Namun ianya hanya berbeza melalui saiz
font.Misalnya tajuk atau tarikh digunakan font yang lebih besar berbanding huraian – huraian. Hal ini
akanmewujudkan kontra diantara tajuk dan huraian. Jenis font yang digunakan hanya menampakkan
ciri – ciri normal sahaja.Ianya tidak wujud ciri – ciri kreatif dan menarik.
Jika diperhatikan penggunaan warna latar belakang yang digunakan oleh penulis dalam blognya
adalah warnanya yang gelap iaitu hitam.Oleh demikian, beliau menyesuaikan teks tersebut dengan
latar belakang agar teks yang dipaparkan jelas kelihatan dan memudahkan pembaca untuk
membaca.Penulis menggunakan latar belakang yang mempunyai kontra yang tinggi supaya beliau
dapat menggunakan warna teks yang lebih cerah agar memudahkan pembaca untuk membaca.
2. Pautan dan Label
Untuk memenuhi kriteria Laman web atau Blog yang berkualiti, laman sesawang tersebut
perlu menjaga kriteria berkenaan dengan pautan dan label. Pautan dan label bertujuan untuk
membenarkan pengguna-pengguna mengikuti sifat ingin tahu atau penyelidikan mereka dengan
mudah ke rencana lain. Pautan-pautan harus dicipta jika terdapat kemungkinan bahawa pembaca
ingin mengikutnya ke rencana lain. Sebagai contoh, pautan yang diletakkan di dalam laman tersebut
seharusnya bermanfaat kepada orang lain dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Di laman
sesawang sosial Facebook, kita boleh lihat terdapat pelbagai pautan dan label yang tidak bermanfaat
seperti perniagaan dalam talian, jualan baju dan sebagainya.
Perkara yang kita boleh lihat di dalam gambar di atas, pelbagai iklan yang digunakan oleh
pihak Facebook sendiri sebagai pautan dan label untuk pengguna mengakses ke laman web yang lain.
Laman web yang berkualti seharusnya menggunakan label pautan yang bermakna bagi memenuhi
kriteria yang disukai pengguna. Selain itu, nama pautan juga mestilah sama dengan nama destinasi
apabila pengguna mengklik pautan tersebut. Laman web Facebook juga telah menggunakan teks
sebagai pautan dan menggunakan label berbentuk gambar untuk menjadi pautan kategori lebih jelas
dan nyata.
Manakala pautan dan label pula berbeza dengan Blog iaitu penulis blog kerana ia mempunyai
gaya yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis blog itu sendiri mempunyai hak
sendiri untuk memasukkan pautan dan label yang disukainya. Penulis blog juga boleh memasukkan
pautan dan label yang bermanfaat kepada pengunjungnya. Selain itu, Blogger juga dapat memastikan
setiap pautan (link) dalam blognya berfungsi dengan baik.Pautan seperti tukaran RSS, bloglist dan
pautan sumber mestilah pautan yang berfungsi dan berkualiti.Sebagai contoh, kami telah memilih lagi
salah satu blog untuk dirujuk dan dibandingkan dengan laman web Facebook iaitu blog
http://senivisual1.blogspot.com.Melalui blog ini, penulis blog tersebut telah menggunakan label
pautan yang bermakna dan nama pautan yang ditunjukkan olehnya sama dengan nama destinasi.
Penulis blog tersebut juga telah menggunakan teks sebagai pautan.
Sebagai contoh, kami telah memilih lagi salah satu blog untuk dirujuk dan dibandingkan
dengan laman web Facebook iaitu blog http://senivisual1.blogspot.com.Melalui blog ini, blogger
tersebut telah menggunakan label pautan yang bermakna dan nama pautan yang ditunjukkan oleh
bloger tersebut sama dengan nama destinasi. Blogger tersebut juga telah menggunakan teks sebagai
pautan selain menggunakan label kategori yang jelas untuk pengunjungnya. Di dalam blog ini juga,
kami dapati blogger tidak menggunakan gambar sebagai pautan.
3. Page layout
Page layout (paparan laman) juga merupakan salah satu kriteria yang patut diambil kira dalam
sesuatu penulisan di dalam Laman Web atau Blog. Laman Web atau Blog yang berkualiti perlu
menyusun item-item yang penting dan diletakkan secara konsisten. Selain itu, item-item yang penting
perlu diletakkan di bahagian tengah atas untuk memudahkan pengguna mencari maklumat.Di
samping itu, page (halaman) web juga perlu disusun untuk memudahkan pengguna membuat
perbandingan.Tambahan pula, item-item yang penting juga perlu disusun dalam baris menegak atau
mendatar pada mukasurat halaman web.Akhir sekali, Laman Web atau Blog yang berkualiti perlu
menghapuskan scrolling secara horizontal.
Daripada hasil kajian yang telah kami selidik, perkara yang kami dapati di laman Facebook ini
ialah laman web sosial ini telah menggunakan page layout yang mudah dan ringkas. Hal ini dikatakan
demikian kerana Facebook mengehadkan pengguna untuk menukar page layout mereka daripada
gambar yang lain dan menggunakan page layout yang bersesuaian seperti warna yang kontra antara
page layout dengan teks untuk tontonan pengguna seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.
Selain itu, item-item yang penting seperti latar belakang pengguna, post, dan gambar pengguna juga
telah disusun secara konsisten dan teratur.Selain itu, laman web sosial Facebook ini juga tidak
menggunakan scorilling secara horizontal kepada penggunanya.
Perkara ini berbeza dengan Blog kerana blogger itu sendiri perlu menyusun item-item yang
dimasukkannya. Blogger juga perlu letakkan item-item yang penting di bahagian tengah atas untuk
memudahkan pengunjung mencari maklumat yang penting.
Sebagai contoh, blog di atas telah menggunakan warna latar belakang gelap dan teks yang
digunakan pula kontra dengan page layout blog tersebut iaitu warna putih. Item-item yang penting di
dalam blog tersebut juga telah diletakkan dan disusun secara rapi bagi memudahkan pengunjung
untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dengan blog yang lain. Selain itu, penulis blog
juga telah menyusun item-item yang penting dengan meletakkannya di bahagian tengah atas bagi
mudah diakses oleh pengunjung.Tambahan pula, penulis blog juga telah menyusun item-item yang
dimasukkannya secara menegak di dalam halaman tersebut.
4. Paparan grafik
Dalam penggunaan paparan grafik dalam media sosial seperti blog dan muka buku “facebook”
haruslah mempunyai kesesuaian warna paparan yang tertentu. Berdasarkan kepada kriteria ini,
sekiranya dilihat dari perbezaan antara kedua-dua pengunaan laman sosial ini cara penyesuiannya
warna latar belakangnya amatlah bersesuian dengan paparan yang hendak ditayangkan. Sebagai
contoh melalui muka buku “facebook”,penggunaan warna yang lembut pada latar belakang dan
warna hitam dan warna biru pada teks membuatkan pengguna mudah menggunakan mencari
aplikasi atau apa yang diperlukan.
Manakala dari segi penggunaan dalam blog pula, kesesuian warna yang digunakan adalah
menarik kerana pengguna menggunakan warna hitam pada latar belakang dan bercorak serta
penggunaan warna pada teks pula menggunakan warna yang terang. Ini membuatkan
pengguna lebih tertarik untuk melawati laman sosial tersebut.
Dari segi ketajaman paparan grafik pula, pengguna boleh melihat pada laman muka buku
“facebook” grafik yang hendak dipaparkan jelas menunjukkan gambar kain dengan kesesuian tajuk
yang dikemukakan.
Manakala pada laman blog pula, pengguna juga dapat melihat ketajaman paparan grafik ini
pada gambar yang disiarkan.Gambar yang ditayangkan menceritakan tentang pekara yang telah
dilakukan oleh pembuat blog itu sendiri.
Dari segi penggunaan masa dalam memaparkan sesuatu bahan grafik amat dititik beratkan.
Hal ini kerana sekiranya terdapat bahan yang hendak ditayangkan memerlukan masa yang lama akan
membuatkan penonton berasa bosan dan akan menaikkan perasaan marah pengguna. Selaian itu,
pastikan imej yang hendak ditayangkan tidak melambatkan proses muatturun pengguna. Jika dilihat
pada muka buku “facebook”, video yang di muat turun hendaklah tidak memerlukan masa yang
lama.Masa yang diperlukan hanya dalam satu minit atau tiga minit sahaja. Malah imej yang
ditayangkan juga tidak memakan nasa yang lama untuk dibuka atau didownload.
Melalui laman blog pula, masa yang diperlukan untuk memapar grafik juga perlulah sama dan
bersesuian dengan tajuk dan apa yang hendak disampaikan supaya pengguna tidak berasa bosan
untuk menunggu. Penggunaan imej yang tidak keterlaluan juga perlu di ambil kira supaya pengguna
dapat melihat dengan mudah dan cepat.Jika kita lihat dalam blog, pengguna sering kali memberi
komen yang tidak bersesuian kerana pada mereka imej yang ditayangkan tidak begitu jelas dan
memerlukan masa yang lama untuk membukanya. Pekara ini tidak sewajarnya berlaku dan setiap
pembuat blog haruslah mengambil kisah tentang apa yang hendak mereka paparkan kepada penonton.
Contohnya seperti gambar dibawah :
5. Audio, video dan animasi
Apabila kita melihat pada laman sosial sekarang terutama muka buku “facebook” dan blog,
penggunaan video, animasi, dan audio haruslah mempunyai maksud atau kesannya. Selain itu juga,
perlulah mengikut kesesuian dengan isi kandungan yang hendak disampaikan.Terdapat juga mereka
yang tidak mengambil berat tentang pekara sebegini dengan memaparkan video yang tidak berkenaan
dengan tajuk yang dikemukakan.Penggunaan animasi yang terlalu padat juga membuatkan penonton
berasa tidak senanag hati untuk melihat. Animasi yang digunakan haruslah bersesuian dengan tema
atau apa yang hendak diceritakan. Disamping itu, penggunaan audio dalam laman blog seharusnya
diberi perhatian kerana terdapat audio yang kurang jelas dan akan membuatkan penonton kurang
mengemari audio yng ditayangkan. Masa memainkan (playback) adalah sesuai (tidak perlu panjang
atau terlalu pendek) samaada laman sosial “facebook” atau blog.
Penggunaan animasi
yang bersesuian
dengan tajuk
Video yang dimainkan tidak
terlalu lama atau terlalu
pendek
6. Kandungan
Dari segi kriteria kandungan sesuatu blog kebiasaannya idea yang disampaikan ada kesinambungan
Antara satu sama lain. Contohnya tajuk besar blog ada kesinambungan Antara tajuk-tajuk kecil.
Sebagai contoh blog budak seni, nama blog dia adalah berkaitan dengan seni dan post-post yng dia
tunjukkan mempuanyai kesinambungan dengan tajuknya. Papara dan animasi pada blognya juga
mempunyai kesinambungan.Berbeza pula dengan laman muka buku. Idea-idea yang ada pada laman
muka buku seseorang tidak mempunyai kesinambungan Antara satu ama lain. Ianya tidak secara
berterusan. Idea-idea yang dibuat berdasarkan keinginan seseorang yang tidak memikirkan apa yang
telah dipostkan. Hal ini kerana, laman muka buka ini jenis yang umum.
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam blog ini jelas bagi perkara yang ingin disampaikan.Ianya mestilah
sesuai Antara tajuk dengan isi yang dipost.Maknanya disini ialah, sekiranya isi kandungannya
berkaitan dengan seni arca, tajuk yang diletakkan mestilah berkaitan seperti definisi, jenis dan
sebagainya. Ini bermaksud ianya jelas dengan apa yang ingin disampaikan. Ia sesuai dan tidak
mengelirukan pembaca. Manakala dalam laman muka buku ini tidak menitik berat mengenai tajuk
bagi pos kerana setiap post dalam laman muka buku ini tidak khusus. Selalunya pengguna laman
muka buku akan post mengenai kehidupan mereka, putus cinta, keinsafan dan sebagainya. Mereka
tidak menulis tajuk kerana mereka terus tulis apa yang merek ingin katakan.
Dari segi ayat pula, kebiasaan dalam blog lebih senang difahami oleh pembaca berbandig dengan
laman muka buku.Hal ini kerana, dalam blog kebiasaannya mereka menggunakan Bahasa Malaysia
atau Bahasa Inggeris.Oleh itu, pembaca boleh faham dan senang untuk dibaca.Bahasa-bahasa ini
telah diketahui oleh ramai orang, dan disebabkan itulah post yang diberikan boleh difahami dengan
mudah.Tetapi berbeza dengan laman muka buku.Bahasa yang digunakan bercampur dengan Bahasa
dialek masing-masing contohnya Bahasa dialek Kelantan. Tidak semua orang faham dialek Kelantan,
oleh itu post yng dismpaikan didak dapat difahami oleh pembaca. Kadang-kadang dalam laman muka
buku, post yang ditulis mempunyai perkataan singkatan yang akan mengelirukan pembaca.
Di dalam blog, maklumat-maklumat disusun mengikut kategori tertentu bagi memudahkan pengguna
untuk mencari maklumat disampin menjumatkan masa pengguna. Kategori-kategori disusun
berdasarkan kesinambungan antara tajuk-tajuk kecil. Contohnya kategori bidang seni iaitu arca,
cetakan, lukisan, catan dan sebagainya. Ianya kebiasaannya tidak diletakkan didalam kategori yang
sama kerana ia akan mengelirukan pembaca dan menyukarkan pencarian. Berbeza dengan laman
muka buku yang maklumatnya tidak disusun mengikut kategori.Tetapi tidak semua tidak susun
mengikut kategori. Ada sesetengah pengguna laman muk buku ini teliti yang membuat kategori dari
segi gambar atau album yag mereka letak. Mereka meletak gambar-gambar ke dalam album yang
sesuai dengan masa dan peristiwa.Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat.
Isi kandungan dalam blog biasanya mudah dibaca kerana ianya menggunakan ayat yang pendek tetapi
jelas dan tepat.Penggunaan ayat yang pendek ini memudahkan pembaca untuk mencari maklumat
yang mereka inginkan.mereka tidak perlu membaca karangan yang panjang untuk mencari maklumat
kerana dalam blog penulis telah meringkaskan asuk kedalam isi kandungan. Pembaca boleh
mengetahui sama ada daam blog yang mereka buka ada maklumat yang mereka inginkan atau tiada.
Manakala didalam laman muka muka tiada penggunaan isi kandungan kerana ia bukan untuk
menyampaikan maklumat secara khusus. Ia sebenarnya bergantung kepada pengguna laman muka
buku tersebut.
Penutup
Oleh demikian, terdapat perbezaan yang dapat dilihat melalui perbandingan di atas.Ciri – ciri
blogger yang berkualaiti perlulah mempunyai kriteria – kriteria seperti teks, kandungan, paparan
grafik, navigasi, audio, video dan sebagainya.Blog yang berkualiti dapat memberikan manfaat dan
dijadikan sumber rujukan kepada pengguna dan pembaca.Selain itu, kandungan atau isu yang kita
utarakan itu mestilah mempunyai fakta dak kesahihannya supaya pengguna berasa yakin dengan
perkara yang kita kongsikan. Kemudahan capaian atau pautan pada label menjadikan salah satu
perkara yang dapat menjadikan blog kita dikunjungi oleh pembaca. Walaubagaimanapun, setiap
blogger mempunyai kreativiti yang tersendiri untuk menarik minat pembaca dan pengguna untuk
mengunjungi sesuatu blog.

More Related Content

Similar to Mengoptimumkan untuk dokumen blog dan laman web MTS 3042

What is blogging
What is bloggingWhat is blogging
What is bloggingMohd Kasman
 
Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog Drs. HM. Yunus
 
Pemanfaatan facebook bagi organisasi lgbt
Pemanfaatan facebook bagi organisasi lgbtPemanfaatan facebook bagi organisasi lgbt
Pemanfaatan facebook bagi organisasi lgbtictpena
 
Bersosialiasi di internet
Bersosialiasi di internetBersosialiasi di internet
Bersosialiasi di internetTeguh Nugraha
 
Pelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger Community
Pelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger CommunityPelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger Community
Pelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger CommunitySaylow Alrite
 
CARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOGCARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOG12345farif
 
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...wandasoraya
 
Gaya Penulisan Naskah Digital
Gaya Penulisan Naskah DigitalGaya Penulisan Naskah Digital
Gaya Penulisan Naskah Digitaliwan setiawan
 
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...Marini Khalishah Khansa
 

Similar to Mengoptimumkan untuk dokumen blog dan laman web MTS 3042 (20)

Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
What is blogging
What is bloggingWhat is blogging
What is blogging
 
Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog
 
Pemanfaatan facebook bagi organisasi lgbt
Pemanfaatan facebook bagi organisasi lgbtPemanfaatan facebook bagi organisasi lgbt
Pemanfaatan facebook bagi organisasi lgbt
 
Ebook future teacher
Ebook future teacherEbook future teacher
Ebook future teacher
 
Sosial Network
Sosial NetworkSosial Network
Sosial Network
 
Sosial Network
Sosial NetworkSosial Network
Sosial Network
 
Sosial Network
Sosial NetworkSosial Network
Sosial Network
 
ebook Java desktop application
ebook Java desktop applicationebook Java desktop application
ebook Java desktop application
 
Bersosialiasi di internet
Bersosialiasi di internetBersosialiasi di internet
Bersosialiasi di internet
 
Instagram Basic
Instagram BasicInstagram Basic
Instagram Basic
 
Pelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger Community
Pelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger CommunityPelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger Community
Pelatihan membuat blog di wordpress.com oleh Bali Blogger Community
 
Nge – Blog !
Nge –  Blog !Nge –  Blog !
Nge – Blog !
 
Blog
BlogBlog
Blog
 
CARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOGCARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOG
 
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
 
Blogging
BloggingBlogging
Blogging
 
Tugas sim blog dan database
Tugas sim   blog dan databaseTugas sim   blog dan database
Tugas sim blog dan database
 
Gaya Penulisan Naskah Digital
Gaya Penulisan Naskah DigitalGaya Penulisan Naskah Digital
Gaya Penulisan Naskah Digital
 
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
 

Mengoptimumkan untuk dokumen blog dan laman web MTS 3042

  • 1. MTS 3042 PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB NAMA NO. MATRIK PROGRAM NURUL SYUHADA BINTI ZAINAL ABIDIN D20121058683 ISMP SENI UMI KALSOM BINTI JAMIL D20121058688 ISMP SENI NURUL SYAZWANI BINTI YAAKUB D20121058685 ISMP SENI MUHAMMAD FIRDAUS BIN SUHAIMI D20131064025 ISMP TEKNOLOGI MAKLUMAT DISEMAK OLEH : PN. SAIRA BANU BINTI OMAR KHAN
  • 2. Pengenalan Facebook adalah satu rangkaian sosial dimana ia membolehkan anda untuk membuat profil, berhubung dengan rakan-rakan, menghantar mesej, berkongsi foto dan permainan bermain. Iarangkaian terbesar jenisnya di dunia, dengan beratus-ratus juta pengguna aktif.Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook.Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan.Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan- rakan satu kursus iaitu sains computer.Rakan – rakannya iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti.Kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas.Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
  • 3. Kami membuat perbandingan antara laman sosial facebook dan laman web “blog”.Terdapat pelbagai perbezaan antara kedua – duanya.Perbezaannya dapat dilihat seperti dibawah. 1.Teks Dari segi penggunaaan teks dalam laman sosial iaitu muka buku “facebook” mempunyai ciri – ciri teks yang dititikberatkan.Sekiranya diperhatikan dalam laman sosial ini penggunaan dari segi saiz font yang digunakan sangat bersesuaian.Hal ini kerana, saiz font yang digunakan dpat dibaca dan dilihat oleh pengguna.Saiz fontnya tidak terlalu kecil atau besar.Saiz yang digunakan dalam sesuatu laman sosial perlulah bersesuaian dengan fungsinya.Sebagai contoh, facebook digunakan sebagai alat komunikasi yang sangat popular di negara kita mahupun luar negara.Oleh demikian, saiz font juga merupakan salah satu kriteria yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu penulisan di Facebook.Jenis font yang digunakan tidak terlalu banyak.Sebagai contoh, jenis font yang digunakan dalam laman sosial ialah “Helvetica”.Dimana dalam paparan ini, teks yang digunakan tidak terlalu dekoratif atau sarat.Font yang digunakan jelas dan ringkas merupakan salah satu kemudahan kepada penguna untuk membaca. Namun begitu, jenis font yang digunakan sememangnya sama, namun berbeza dari segi saiz. Dimana saiz yang digunakan bersesuaian dengan fungsinya.Sebagai contoh, gambar di bawah. Pengunaan untuk tajuk utama “main tittle” digunakan saiz yang sedikit besar berbanding dengan sub topiknya.
  • 4. Sekiranya kita perhatikan, font yang digunakan jelas atau masih tetap boleh dibaca walaupun gambar tersebut “print screen”.Ini bermakna font yang digunakan bersesuaian. Jika kita perhatikan kebanyakan pengguna facebook adalah golongan remaja.Mereka merupakan golongan pengguna facebook yang paling tinggi.Oleh demikian paparan teks yang digunakan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.Hal ini kerana, pada peringkat umur ini tahap penglihatan mereka masih lagi dalam keadaan baik.Namun begitu, dalam era moden ini kebanyakan peringkat umur turut menggunakan laman sosial ini. Sekiranya saiz font yang digunakan terlalu besar juga akan menyebabkan paparan teks yang tidak sesuai dengan laman sosial tersebut. Dalam laman sosial ini, keseluruhan warna teks yang digunakan adalah berwarna biru dan hitam sahaja.Warna teks yang digunakan tidaklah terlalu terang dan ianya memudahkan pengguna untuk membaca.Hal ini kerana ianya mudah dibaca disebabkan latar belakang laman ini tidak mempunyai kontra yang tinggi. Latar belakang ini cerah dan menggunakan tulisan hitam merupakan salah satu kesesuaian yang membolehkan pengguna membaca dengna jelas
  • 5. Manakala penggunaan teks dalam blogger pula mempunyai pelbagai saiz dan jenis font.Penggunaan jenis font dalam blogger bergantung kepada penulisnya. Hal ini kerana, cara persembahan blog tersebut bergantung kepada kreativiti penulis tersebut. Pada umumnya, penulisan dalam blogger mempunyai pelbagai jenis font.Terdapat penggunaan font yang serif dan san serif.Ianya bergantung kepada kehendak penulisnya bagaimana beliau hendak mempersembahkan blog tersebut.Sebagai contoh, kami membuat rujukan kami melalui http://pusaka01.blogspot.com/ iaitu blog dimana beliau merupakan salah seorang pensyarah UPSI.Melalui blog beliau, penggunaan teks yang digunakan memudahkan pengguna untuk membaca.Saiz font yang digunakan tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Berbeza pula facebook dan blogger, blog digunakan pelbagai peringkat umur, dimana ia bergantung kepada kandungan blog tersebut. Sebagai contoh, melalui blog yang dirujuk blog ini kebanyakan peringkat umur yang sudah dewasa.Oleh demikian, paparan teks sesuai digunakan dalam blog ini.Tetapi melalui teks ini, penulis tidak banyak menggunakan teks – teks yang kreatif atau mempunyai serif.Jenis font yang digunakan ialah Arial.Namun ianya hanya berbeza melalui saiz font.Misalnya tajuk atau tarikh digunakan font yang lebih besar berbanding huraian – huraian. Hal ini
  • 6. akanmewujudkan kontra diantara tajuk dan huraian. Jenis font yang digunakan hanya menampakkan ciri – ciri normal sahaja.Ianya tidak wujud ciri – ciri kreatif dan menarik. Jika diperhatikan penggunaan warna latar belakang yang digunakan oleh penulis dalam blognya adalah warnanya yang gelap iaitu hitam.Oleh demikian, beliau menyesuaikan teks tersebut dengan latar belakang agar teks yang dipaparkan jelas kelihatan dan memudahkan pembaca untuk membaca.Penulis menggunakan latar belakang yang mempunyai kontra yang tinggi supaya beliau dapat menggunakan warna teks yang lebih cerah agar memudahkan pembaca untuk membaca.
  • 7. 2. Pautan dan Label Untuk memenuhi kriteria Laman web atau Blog yang berkualiti, laman sesawang tersebut perlu menjaga kriteria berkenaan dengan pautan dan label. Pautan dan label bertujuan untuk membenarkan pengguna-pengguna mengikuti sifat ingin tahu atau penyelidikan mereka dengan mudah ke rencana lain. Pautan-pautan harus dicipta jika terdapat kemungkinan bahawa pembaca ingin mengikutnya ke rencana lain. Sebagai contoh, pautan yang diletakkan di dalam laman tersebut seharusnya bermanfaat kepada orang lain dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Di laman sesawang sosial Facebook, kita boleh lihat terdapat pelbagai pautan dan label yang tidak bermanfaat seperti perniagaan dalam talian, jualan baju dan sebagainya. Perkara yang kita boleh lihat di dalam gambar di atas, pelbagai iklan yang digunakan oleh pihak Facebook sendiri sebagai pautan dan label untuk pengguna mengakses ke laman web yang lain. Laman web yang berkualti seharusnya menggunakan label pautan yang bermakna bagi memenuhi kriteria yang disukai pengguna. Selain itu, nama pautan juga mestilah sama dengan nama destinasi apabila pengguna mengklik pautan tersebut. Laman web Facebook juga telah menggunakan teks
  • 8. sebagai pautan dan menggunakan label berbentuk gambar untuk menjadi pautan kategori lebih jelas dan nyata. Manakala pautan dan label pula berbeza dengan Blog iaitu penulis blog kerana ia mempunyai gaya yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis blog itu sendiri mempunyai hak sendiri untuk memasukkan pautan dan label yang disukainya. Penulis blog juga boleh memasukkan pautan dan label yang bermanfaat kepada pengunjungnya. Selain itu, Blogger juga dapat memastikan setiap pautan (link) dalam blognya berfungsi dengan baik.Pautan seperti tukaran RSS, bloglist dan pautan sumber mestilah pautan yang berfungsi dan berkualiti.Sebagai contoh, kami telah memilih lagi salah satu blog untuk dirujuk dan dibandingkan dengan laman web Facebook iaitu blog http://senivisual1.blogspot.com.Melalui blog ini, penulis blog tersebut telah menggunakan label pautan yang bermakna dan nama pautan yang ditunjukkan olehnya sama dengan nama destinasi. Penulis blog tersebut juga telah menggunakan teks sebagai pautan. Sebagai contoh, kami telah memilih lagi salah satu blog untuk dirujuk dan dibandingkan dengan laman web Facebook iaitu blog http://senivisual1.blogspot.com.Melalui blog ini, blogger tersebut telah menggunakan label pautan yang bermakna dan nama pautan yang ditunjukkan oleh
  • 9. bloger tersebut sama dengan nama destinasi. Blogger tersebut juga telah menggunakan teks sebagai pautan selain menggunakan label kategori yang jelas untuk pengunjungnya. Di dalam blog ini juga, kami dapati blogger tidak menggunakan gambar sebagai pautan. 3. Page layout Page layout (paparan laman) juga merupakan salah satu kriteria yang patut diambil kira dalam sesuatu penulisan di dalam Laman Web atau Blog. Laman Web atau Blog yang berkualiti perlu menyusun item-item yang penting dan diletakkan secara konsisten. Selain itu, item-item yang penting perlu diletakkan di bahagian tengah atas untuk memudahkan pengguna mencari maklumat.Di samping itu, page (halaman) web juga perlu disusun untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan.Tambahan pula, item-item yang penting juga perlu disusun dalam baris menegak atau mendatar pada mukasurat halaman web.Akhir sekali, Laman Web atau Blog yang berkualiti perlu menghapuskan scrolling secara horizontal. Daripada hasil kajian yang telah kami selidik, perkara yang kami dapati di laman Facebook ini ialah laman web sosial ini telah menggunakan page layout yang mudah dan ringkas. Hal ini dikatakan demikian kerana Facebook mengehadkan pengguna untuk menukar page layout mereka daripada
  • 10. gambar yang lain dan menggunakan page layout yang bersesuaian seperti warna yang kontra antara page layout dengan teks untuk tontonan pengguna seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Selain itu, item-item yang penting seperti latar belakang pengguna, post, dan gambar pengguna juga telah disusun secara konsisten dan teratur.Selain itu, laman web sosial Facebook ini juga tidak menggunakan scorilling secara horizontal kepada penggunanya. Perkara ini berbeza dengan Blog kerana blogger itu sendiri perlu menyusun item-item yang dimasukkannya. Blogger juga perlu letakkan item-item yang penting di bahagian tengah atas untuk memudahkan pengunjung mencari maklumat yang penting. Sebagai contoh, blog di atas telah menggunakan warna latar belakang gelap dan teks yang digunakan pula kontra dengan page layout blog tersebut iaitu warna putih. Item-item yang penting di dalam blog tersebut juga telah diletakkan dan disusun secara rapi bagi memudahkan pengunjung untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dengan blog yang lain. Selain itu, penulis blog juga telah menyusun item-item yang penting dengan meletakkannya di bahagian tengah atas bagi mudah diakses oleh pengunjung.Tambahan pula, penulis blog juga telah menyusun item-item yang dimasukkannya secara menegak di dalam halaman tersebut.
  • 11. 4. Paparan grafik Dalam penggunaan paparan grafik dalam media sosial seperti blog dan muka buku “facebook” haruslah mempunyai kesesuaian warna paparan yang tertentu. Berdasarkan kepada kriteria ini, sekiranya dilihat dari perbezaan antara kedua-dua pengunaan laman sosial ini cara penyesuiannya warna latar belakangnya amatlah bersesuian dengan paparan yang hendak ditayangkan. Sebagai contoh melalui muka buku “facebook”,penggunaan warna yang lembut pada latar belakang dan warna hitam dan warna biru pada teks membuatkan pengguna mudah menggunakan mencari aplikasi atau apa yang diperlukan. Manakala dari segi penggunaan dalam blog pula, kesesuian warna yang digunakan adalah menarik kerana pengguna menggunakan warna hitam pada latar belakang dan bercorak serta penggunaan warna pada teks pula menggunakan warna yang terang. Ini membuatkan pengguna lebih tertarik untuk melawati laman sosial tersebut.
  • 12. Dari segi ketajaman paparan grafik pula, pengguna boleh melihat pada laman muka buku “facebook” grafik yang hendak dipaparkan jelas menunjukkan gambar kain dengan kesesuian tajuk yang dikemukakan. Manakala pada laman blog pula, pengguna juga dapat melihat ketajaman paparan grafik ini pada gambar yang disiarkan.Gambar yang ditayangkan menceritakan tentang pekara yang telah dilakukan oleh pembuat blog itu sendiri.
  • 13. Dari segi penggunaan masa dalam memaparkan sesuatu bahan grafik amat dititik beratkan. Hal ini kerana sekiranya terdapat bahan yang hendak ditayangkan memerlukan masa yang lama akan membuatkan penonton berasa bosan dan akan menaikkan perasaan marah pengguna. Selaian itu, pastikan imej yang hendak ditayangkan tidak melambatkan proses muatturun pengguna. Jika dilihat pada muka buku “facebook”, video yang di muat turun hendaklah tidak memerlukan masa yang lama.Masa yang diperlukan hanya dalam satu minit atau tiga minit sahaja. Malah imej yang ditayangkan juga tidak memakan nasa yang lama untuk dibuka atau didownload.
  • 14. Melalui laman blog pula, masa yang diperlukan untuk memapar grafik juga perlulah sama dan bersesuian dengan tajuk dan apa yang hendak disampaikan supaya pengguna tidak berasa bosan untuk menunggu. Penggunaan imej yang tidak keterlaluan juga perlu di ambil kira supaya pengguna dapat melihat dengan mudah dan cepat.Jika kita lihat dalam blog, pengguna sering kali memberi komen yang tidak bersesuian kerana pada mereka imej yang ditayangkan tidak begitu jelas dan memerlukan masa yang lama untuk membukanya. Pekara ini tidak sewajarnya berlaku dan setiap pembuat blog haruslah mengambil kisah tentang apa yang hendak mereka paparkan kepada penonton. Contohnya seperti gambar dibawah : 5. Audio, video dan animasi Apabila kita melihat pada laman sosial sekarang terutama muka buku “facebook” dan blog, penggunaan video, animasi, dan audio haruslah mempunyai maksud atau kesannya. Selain itu juga, perlulah mengikut kesesuian dengan isi kandungan yang hendak disampaikan.Terdapat juga mereka yang tidak mengambil berat tentang pekara sebegini dengan memaparkan video yang tidak berkenaan dengan tajuk yang dikemukakan.Penggunaan animasi yang terlalu padat juga membuatkan penonton berasa tidak senanag hati untuk melihat. Animasi yang digunakan haruslah bersesuian dengan tema
  • 15. atau apa yang hendak diceritakan. Disamping itu, penggunaan audio dalam laman blog seharusnya diberi perhatian kerana terdapat audio yang kurang jelas dan akan membuatkan penonton kurang mengemari audio yng ditayangkan. Masa memainkan (playback) adalah sesuai (tidak perlu panjang atau terlalu pendek) samaada laman sosial “facebook” atau blog. Penggunaan animasi yang bersesuian dengan tajuk Video yang dimainkan tidak terlalu lama atau terlalu pendek
  • 16. 6. Kandungan Dari segi kriteria kandungan sesuatu blog kebiasaannya idea yang disampaikan ada kesinambungan Antara satu sama lain. Contohnya tajuk besar blog ada kesinambungan Antara tajuk-tajuk kecil. Sebagai contoh blog budak seni, nama blog dia adalah berkaitan dengan seni dan post-post yng dia tunjukkan mempuanyai kesinambungan dengan tajuknya. Papara dan animasi pada blognya juga mempunyai kesinambungan.Berbeza pula dengan laman muka buku. Idea-idea yang ada pada laman muka buku seseorang tidak mempunyai kesinambungan Antara satu ama lain. Ianya tidak secara berterusan. Idea-idea yang dibuat berdasarkan keinginan seseorang yang tidak memikirkan apa yang telah dipostkan. Hal ini kerana, laman muka buka ini jenis yang umum. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam blog ini jelas bagi perkara yang ingin disampaikan.Ianya mestilah sesuai Antara tajuk dengan isi yang dipost.Maknanya disini ialah, sekiranya isi kandungannya berkaitan dengan seni arca, tajuk yang diletakkan mestilah berkaitan seperti definisi, jenis dan sebagainya. Ini bermaksud ianya jelas dengan apa yang ingin disampaikan. Ia sesuai dan tidak mengelirukan pembaca. Manakala dalam laman muka buku ini tidak menitik berat mengenai tajuk bagi pos kerana setiap post dalam laman muka buku ini tidak khusus. Selalunya pengguna laman muka buku akan post mengenai kehidupan mereka, putus cinta, keinsafan dan sebagainya. Mereka tidak menulis tajuk kerana mereka terus tulis apa yang merek ingin katakan. Dari segi ayat pula, kebiasaan dalam blog lebih senang difahami oleh pembaca berbandig dengan laman muka buku.Hal ini kerana, dalam blog kebiasaannya mereka menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.Oleh itu, pembaca boleh faham dan senang untuk dibaca.Bahasa-bahasa ini telah diketahui oleh ramai orang, dan disebabkan itulah post yang diberikan boleh difahami dengan mudah.Tetapi berbeza dengan laman muka buku.Bahasa yang digunakan bercampur dengan Bahasa dialek masing-masing contohnya Bahasa dialek Kelantan. Tidak semua orang faham dialek Kelantan, oleh itu post yng dismpaikan didak dapat difahami oleh pembaca. Kadang-kadang dalam laman muka buku, post yang ditulis mempunyai perkataan singkatan yang akan mengelirukan pembaca. Di dalam blog, maklumat-maklumat disusun mengikut kategori tertentu bagi memudahkan pengguna untuk mencari maklumat disampin menjumatkan masa pengguna. Kategori-kategori disusun berdasarkan kesinambungan antara tajuk-tajuk kecil. Contohnya kategori bidang seni iaitu arca, cetakan, lukisan, catan dan sebagainya. Ianya kebiasaannya tidak diletakkan didalam kategori yang
  • 17. sama kerana ia akan mengelirukan pembaca dan menyukarkan pencarian. Berbeza dengan laman muka buku yang maklumatnya tidak disusun mengikut kategori.Tetapi tidak semua tidak susun mengikut kategori. Ada sesetengah pengguna laman muk buku ini teliti yang membuat kategori dari segi gambar atau album yag mereka letak. Mereka meletak gambar-gambar ke dalam album yang sesuai dengan masa dan peristiwa.Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat. Isi kandungan dalam blog biasanya mudah dibaca kerana ianya menggunakan ayat yang pendek tetapi jelas dan tepat.Penggunaan ayat yang pendek ini memudahkan pembaca untuk mencari maklumat yang mereka inginkan.mereka tidak perlu membaca karangan yang panjang untuk mencari maklumat kerana dalam blog penulis telah meringkaskan asuk kedalam isi kandungan. Pembaca boleh mengetahui sama ada daam blog yang mereka buka ada maklumat yang mereka inginkan atau tiada. Manakala didalam laman muka muka tiada penggunaan isi kandungan kerana ia bukan untuk menyampaikan maklumat secara khusus. Ia sebenarnya bergantung kepada pengguna laman muka buku tersebut. Penutup Oleh demikian, terdapat perbezaan yang dapat dilihat melalui perbandingan di atas.Ciri – ciri blogger yang berkualaiti perlulah mempunyai kriteria – kriteria seperti teks, kandungan, paparan grafik, navigasi, audio, video dan sebagainya.Blog yang berkualiti dapat memberikan manfaat dan dijadikan sumber rujukan kepada pengguna dan pembaca.Selain itu, kandungan atau isu yang kita utarakan itu mestilah mempunyai fakta dak kesahihannya supaya pengguna berasa yakin dengan perkara yang kita kongsikan. Kemudahan capaian atau pautan pada label menjadikan salah satu perkara yang dapat menjadikan blog kita dikunjungi oleh pembaca. Walaubagaimanapun, setiap blogger mempunyai kreativiti yang tersendiri untuk menarik minat pembaca dan pengguna untuk mengunjungi sesuatu blog.