10 isu kewangan anda

1,897 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,897
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
85
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

10 isu kewangan anda

  1. 1. Perancangan dan pengurusan kewangan adalah kritikal bagi kesejahteraankewangan.Terlalu ramai pengguna, terutama sekali golongan pekerja muda,telah terjerumus dengan pelbagai masalah dan isu yang berkaitan kewangan.Masalah-masalah ini boleh mengakibatkan kebankrapan, masalah kewanganyang serius, tekanan hidup dan tekanan dalam keluarga.Di antara isu terpenting dalam pengurusan kewangan adalah caramengendalikan kredit, terutama sekali kad kredit, mempunyai tabungan yangcukup untuk menghadapi sebarang kecemasan atau membiayai satu-satuperbelanjaan penting seperti berkahwin atau melanjutkan pelajaran, membeliaset penting seperti rumah, melabur, membeli insurans dan persiapan untukpersaraan. Isu kewangan lain yang juga sangat penting adalah semakin ramaipengguna tertipu dengan pelbagai bentuk penipuan atau scam. Sebagaipengguna, anda harus tahu untuk kenal pasti penawaran yang tulen ataupenipuan.Buku ini memberikan panduan tentang cara-cara untuk mengendalikan isu-isutersebut dengan bijak.Akan tetapi pengetahuan sahaja tidak mencukupi.Andamesti mempraktikkan pengetahuan ini. Sebagai contoh, jika perlu andahendaklah mengawasi perbelanjaan anda secara teratur dan bertulis untukmengenal pasti corak perbelanjaan sebenar anda.Ataupun anda mesti sanggupuntuk menyediakan anggaran perbelanjaan untuk mengawal perbelanjaansecara lebih berkesan.Seterusnya, anda juga perlu sanggup untuk mengubah corak perbelanjaananda. Sebagai contoh, bagi mengurangkan perbelanjaan anda, maka andabolehlah menggantikan barang jenama dengan barang tempatan atau generikyang lebih murah, tetapi mempunyai kualiti yang sama.Maklumat dalam buku ini memberikan panduan tentang tingkah laku kewanganyang sewajarnya.Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan idea ini kepadacara hidup yang dapat memberikan kesejahteraan kepada hidup anda.Buku ini diterbitkan sempena Bulan Kewangan Berhemat pada tahun 2012.Untuk maklumat lanjut tentang Bulan Kewangan Berhemat, sila layariwww.fomca.org.my/kewanganGabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)Prakata
  2. 2. 01. Pengurusan Kewangan 302. Pengurusan Hutang dan Tabungan 703. Perbankan 1004. Pembelian Aset 1305. PerlindunganAset 1506. Pelaburan 1707. Persaraan 1808. Penipuan 2109. Panduan Membuat Aduan 2210. Kewangan dan Kerajaan 23Isi Kandungan[1]
  3. 3. ‘Bajet hanya akan memberimanfaat jika andamematuhinya’[2]
  4. 4. Pengurusan kewangan dapat menyediakan diri anda untuk menghadapipeluang dan cabaran hidup dan juga mencapai matlamat kewangan anda.Sebelum merancang kewangan anda perlu mengetahui kedudukan kewangansemasa anda dengan menilai jumlah yang anda miliki dan jumlah hutanganda.Wang mempunyai nilai masa yang nilainya biasanya susut mengikut masa.Wang yang sama pada masa sekarang dan masa dulu mempunyai nilaiyang tidak sama, ini disebabkan oleh inflasi.Dengan menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan, anda bolehmendapat faedah yang dibayar. Ini lebih baik daripada duit anda dibiarkansusut. Jadi semakin awal anda melabur wang anda, semakin besarfaedahnya.Dalam merancang kewangan, anda perlu menetapkan matlamat kewangananda dahulu dengan mengambil kira keperluan dan kehendak anda, danseterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang lebih‘penting’.Kemudian sediakan bajet peribadi anda. Penyediaan bajet yang baik perlumengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat.Bersikap realistik dan jangan mengidamkan sesuatu yang di luar kemampuananda dalam jangka masa pendek.Anda juga perlu bersikap fleksibel. Kemungkinan terdapat perbelanjaan yangtidak diduga dalam perancangan kewangan anda, seperti perbelanjaanubatan yang lebih, maka kaji semula bajet apabila perlu.Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannyamudah dan senang untuk dibuat.Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telahcatatkan supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.Info perbankan mengandungi pelbagai maklumat,nasihat dan panduan untuk memenuhi keperluanperbankan anda.http://www.bankinginfo.com.my/Pengurusan Kewangan01[3]
  5. 5. ‘Sebelum membeli sesuatubarangan, anda perlu menilaisama ada ia keperluan ataukemahuan’[4]
  6. 6. Perbelanjaan berhemat ialah kesedaran pengguna untuk berbelanja secaraberhemat mengikut keperluan diri sendiri, dan bukannya kemahuan denganmengambil kira kedudukan kewangan diri, kesan kepada alam sekitar,kesihatan, dan masyarakat.Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhisenarai tersebut.Jangan mudah terpengaruhi dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual.Anda perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai samaada anda memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi olehiklannya yang menarik.Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih.Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika membeli barang generik ataujenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barangberjenama tidak banyak perbezaannya.Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belahyang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualitiadalah sama.Kurangkan perbelanjaan yang mewah dan barang yang memang anda tidakperlukan, terutamanya apabila ia memakan perbelanjaan yang besar.Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) menggalakkan parapengguna untuk berbelanja secara berhemat.http://www.kkk.org.my/Perbelanjaan Berhemat[5]
  7. 7. ‘Bayar bil kad kredit andasebelum tarikh tamat untukmengelakkan caj faedah yangdisebabkan oleh kelewatan’[6]
  8. 8. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit membantuanda dalam menguruskan semula pinjaman peribadi.Ibu Pejabat Level 8, Maju Junction Mall1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala LumpurTel : 603 2616 7766 Fax : 603 2616 7601Khidmat Pelanggan: 1800 88 2575Laman Sesawang: http://www.akpk.org.my/Menguruskan Hutang AndaApabila anda ingin meminjam, anda dinasihatkan supaya meminjammengikut kemampuan / gaji anda untuk membayarnya semula.Hutang tetap anda (pinjaman rumah, kereta dan lain-lain) tidak sepatutnyamelebihi 30% daripada jumlah gaji bersih anda.Jika anda membuat pembayaran bagi sesuatu barangan yang mahal, andaboleh memilih untuk membayar melalui skim bayaran mudah yang disediakanoleh pengeluar kad kredit anda. Skim tersebut membantu anda untukmembahagikan kos belian dalam satu jangka masa, contohnya tanpadikenakan sebarang kos kewangan jika anda membayar mengikut jadual.Anda boleh kurangkan baki pinjaman anda jika anda mempunyai wang lebihan,contohnya daripada bayaran bonus. Ini bagi mengurangkan caj kewanganyang dikenakan ke atas baki hutang anda.Sediakan satu pelan belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.Dengan cara ini, anda boleh mengetahui perbelanjaan anda danmengelakkan daripada terlebih belanja.Mulakan simpanan anda dengan mempunyai satu pelan simpanan keranaini akan mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi pembelian kecil.Anda juga perlu mengumpul dana kecemasan perlulah yang cukup untukmembiayai perbelanjaan tetap anda bagi tempoh 3 hingga 6 bulan.Beringatlah sebelum anda terjebak dalam hutang. Berbelanjalah mengikutkemampuan bukan kemahuan.Pengurusan Hutang dan Tabungan02[7]
  9. 9. Kad KreditCajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkanberbelanja melebihi pendapatan anda.Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran perkhidmatanyang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali).Semak penyata bulanan anda untuk mengelakkan sebarang salah guna kadkredit anda.Waspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah.Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikhluput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumattersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atauInternet.Jangan guna kad kredit anda untuk mengeluarkan wang pendahuluan, keranakadar faedah ke atasnya adalah amat tinggi, biasanya 3% – 5% daripadajumlah pendahuluan wang tunai yang diambil.Selesaikan pembayaran anda sebelum tarikh akhir penyata anda untukmengelakkan sebarang caj faedah yang disebabkan oleh kelewatan.Mengehadkan bilangan kad kredit anda berdasarkan keperluan anda dankeupayaan anda untuk membayar balik.Cuba menyelesaikan bil kad kredit anda dengan membayar semua bayaranuntuk mengelakkan caj faedah. Berhati-hati jika anda sentiasa membayarbayaran minimum sahaja.Membayar secara terus dengan wang tunai dapat mengurangkanperbelanjaan anda.Semak semua butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum me-nandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga.Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapatsebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran.Fahamilah caj-caj yang akan dikenakan, seperti caj bayaran lewat, cajkewangan, cukai perkhidmatan, atau yuran pendahuluan wang tunai. Andajuga hendak memahami cara pengiraan dan bagaimana caj-caj tersebutdikenakan atas bil anda.Untuk memudahkan pengguna dalam membuat perbandingan dankeputusan, pengeluar kad dikehendaki menyediakan Lembaran PenzahiranProduk (Product Disclosure Sheet) yang mengandungi maklumat utamakepada ciri-ciri, yuran kad dan obligasi pemegang kad.BNM TELELINKLaman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)Bank Negara Malaysia, P.O. Box 10922, 50929 Kuala LumpurTel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) Faks: +603-2174-1515E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.myLaman Sesawang: http://www.bnm.gov.my/bnmlink/[8]Bank Negara Malaysia LINK berperanan sebagai pusatperhubungan untuk memudahkan maklum balas kepada orangramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubungdengan perkara-perkara berkaitan dengan sektor kewangan.
  10. 10. TabunganMenabung membantu mencapai matlamat kewangan anda.Menabung di bank adalah lebih selamat dan boleh mendapat bayaran faedahdaripada bank.Semasa mendapat pendapatan bulanan anda, anda dinasihatkan untuk me-nyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda.Selain daripada simpanan tetap yang dibuat setiap bulan, anda juga perluuntuk mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan.Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan.Untuk meningkatkan simpanan anda, anda boleh mencari jalan untukmendapat pendapatan yang lebih atau kurang berbelanja.Merancang untuk persaraan anda. KWSP atau pencen mungkin tidakmencukupi untuk menghadapi cabaran hidup masa depan atau menikmatihidup yang lebih selesa.Mendidik anak anda untuk menabung dari kecil supaya amalan tersebutmenjadi tabiat mereka.[9]
  11. 11. Hak & Tanggungjawab Anda sebagai Pelanggan Bank:Hak anda sebagai pelanggan bank, anda berhak untuk dilayan dengan adil. Sila:Dapatkan salinan piagam pelanggan bankDapatkan maklumat tentang akaun deposit atau pinjaman / pembiayaanpilihan andaBuku akaun perbankan asas pada kos minimum atau percumaDapatkan maklumat tentang fi dan cajMinta bank anda untuk melindungi butiran peribadi andaMinta bank anda maklumkan sebarang perubahan terma dan syaratMinta bank anda selesaikan sebarang pertanyaan atau aduan anda dengansegeraTanggungjawab anda sebagai pelanggan bank, anda hendaklah:Membuat perbandingan sebelum memilih akaun atau pinjaman/pembiayaanMeneliti dan memahami terma dan syaratMemaklumkan pihak bank sebarang pertukaran butiran peribadi (alamat,nombor telefon)Tidak mendedahkan butiran kad kredit dan PIN anda kepada orang lainTidak menggunakan akaun atau pinjaman / pembiayaan anda untuk aktivitiyang menyalahi undang-undangBerbincang dengan pihak bank sekiranya anda menghadapi masalah tentangakaun atau pinjaman / pembiayaanMengetahui hak dan perkara yang perlu dielak sebagai seorang penjaminTidak menandatangani borang kosong03 PerbankanPIDM mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagimelindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagianatau kesemua deposit sekiranya berlaku kegagalan institusiahli.Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala LumpurTel: 603-2173 7436 Faks: 603- 2260 7432 / 2173 7527Talian-bebas: 1-800-88-1266Laman sesawang: http://www.pidm.gov.my[10]
  12. 12. ‘Jangan mendedahkan butir-butir seperti nama penggunaatau kata laluan kepadasesiapa pun’[11]
  13. 13. Perbankan InternetMembaca dan memahami terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelummendaftar untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Internet.Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN.Sentiasa menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda untukmemastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan dan tiada tambahan kepadasenarai penerima bayaran yang berdaftar.Semasa anda login, sila semak alamat http:// pada URL supaya memastikananda berada di laman sesawang yang tulen.Jangan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN andadalam komputer ataupun telefon bimbit.Jangan melayan sebarang permintaan untuk mendapatkan ID log masukdan kata laluan, nombor PIN atau butiran akaun perbankan anda melaluitelefon, faks, e-mel ataupun SMS, walaupun ia kelihatan seperti urusan rasmiatau penting kerana institusi perbankan tidak akan meminta maklumatperbankan daripada pelanggan melalui cara tersebut.Pastikan anda berada di laman sesawang yang betul sebelummengendalikan transaksi dalam talian atau menghantar maklumat peribadi.Sentiasa ingat untuk log keluar.Jangan mendedahkan butir-butir seperti nama pengguna atau kata laluankepada sesiapa pun.Jangan meninggalkan komputer anda terbiar semasa masih bersambungke perkhidmatan Perbankan Internet.Memasang atau naik taraf perisian sekuriti komputer anda. Pastikan komputeranda mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan selamat.Berhati-hati dengan e-mel yang mengancam untuk menutup akaun anda jikaanda tidak membalas e-mel tersebut. Ini ialah e-mel phishing.Laporkan sebarang kes penipuan kepada pihak bank anda.Malaysian Computer Emergency ResponseTeam (MyCERT)CyberSecurity MalaysiaLevel 7, SAPURA@MINES7, Jalan Tasik, The Mines Resort City43300 Seri Kembangan, Selangor Darul EhsanCyber999 Hotline: 1300 88 2999Faks: 03-8945 3442E-mel: cyber999@cybersecurity.myLaman Sesawang http://www.mycert.org.my/[12]Cyber999 adalahperkhidmatan yang disediakanuntuk pengguna internetuntuk melaporkan insidenkeselamatan komputer.
  14. 14. Membeli KeretaMembuat anggaran perbelanjaan yang layak dan sesuai dengan bajet bulananbagi memilih kereta yang sesuai dengan pendapatan.Lawati beberapa bilik pameran kereta untuk meninjau harga yang ditawarkan.Lazimnya, harga yang ditawarkan tidak banyak beza, tetapi kadang-kala adajuga pengedar yang menawarkan harga istimewa dan pakej menarik.Rajin untuk mengunjungi beberapa bank untuk mendapatkan maklumatmengenai kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman kereta. Tetapiselalunya, pengedar akan membantu menguruskannya bagi pihak pelanggan,cuma anda boleh membandingkan kadar faedah dengan beberapa bank.Ada kala penjual kereta akan menawarkan bayaran pendahuluan yang rendah.Bagaimanapun, di sebalik bayaran pendahuluan yang rendah, sebenarnyajumlah selebihnya dimasukkan ke dalam pinjaman.Bawalah rakan atau ahli keluarga anda yang tahu selok belok mengenaikereta untuk menemani anda memilih kereta.Pastikan anda mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli.Pastikan anda mengetahui tanggungjawab anda di bawah perjanjian SewaBeli untuk memastikan anda tidak melakukan sebarang tindakan yangmelanggar perjanjianSegala dokumen yang berkaitan perjanjian Sewa Beli seperti surat perjanjian,resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat.Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa olehinstitusi perbankan.04 Pembelian Aset[13]
  15. 15. Membeli RumahAnda perlu menilai kemampuan berdasarkan simpanan dan pendapatansemasa memilih rumah yang hendak dibeli.Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan sama ada dari aspekprasarana yang menghubung lokasi dengan tempat kerja dan jalinan lebuhraya paling hampir.Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan.Dapatkan maklumat dari masyarakat setempat mengenai aspek keselamatandan kejiranannya, selain keperluan setempat yang penting seperti sekolahyang berdekatan untuk anak anda.Sekiranya anda berminat membeli rumah yang bakal dibina, pastikan andamemilih pemaju yang berwibawa dan tidak mempunyai sejarah pembinaanterbengkalai atau pembinaan perumahan yang tidak memuaskan.Pastikan pemaju mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan, mempunyai permit sah pengiklanandan jualan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Sekiranya,anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, siladapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.Anda perlu mengetahui ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu dibayardan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan.Pastikan anda membuat perbandingan kadar faedah,mengetahui yuran dancaj serta kualiti perkhidmataninstitusi perbankan berkenaansebelum membuat keputusan.Pastikan anda mempunyaitabungan persendirian yangmencukupi bagi menjelaskanbayaran muka ataupendahuluan itu, iaitu dalamanggaran 10–20% daripadaharga rumah.Pastikan juga andamempunyai wang yangmencukupi untuk membayarkos sampingan lain, sepertiyuran guaman dan duti setem,iaitu anggaran tambahan 3–5% daripada harga rumah.Jika anda tidak mempunyaitabungan persendirian, andajuga boleh mengeluarkan duitdaripada akaun 2 KWSP anda.[14]
  16. 16. InsuransSebelum membeli sesuatu polisi insurans, pastikan anda mengetahui jenispolisi dan apa yang diliputi dalam polisi insurans yang anda merancanguntuk membeli.Pilih syarikat insurans yang stabil dari segi kewangan, adil dan cepat dalammemproses tuntutan serta cekap dan sedia untuk memberikan perkhidmatansebelum dan selepas sesuatu kerugian.Memahami sebarang syarat-syarat dan perjanjian, termasuk perjanjian yangsedia ada sebelum menandatangani kontrak insurans.Memahami jumlah premium yang hendak dibayar – jumlah nilai yang diliputidan jangka masa liputan.Mengenal pasti keadaan yang membolehkan anda membuat sesuatu tuntutan.Bertanya tentang prosedur untuk membuat sesuatu tuntutan serta dokumenyang diperlukan.Cari agen insurans yang berlesen dan mempunyai pengetahuan yang baiktentang produk dan perkhidmatan yang diperkenalkannya, contoh: syarikatinsurans yang diwakilinya.Buatlah catatan tentang tarikh premium yang perlu dibayar. Sekiranya pre-mium tidak dibayar mengikut tarikhnya, polisi insurans anda mungkin akanluput.Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti bayaran. Ini akanmembantu penyiasatan sekiranya ejen anda gagal menyampaikan premiumitu kepada syarikat insurans.Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda untuk memastikankeperluan itu dilindungi secukupnya oleh polisi yang sedia ada.Catatkan maklumat asas seperti nama syarikat insurans, jenis polisi, nomborpolisi serta nama penama dan simpan maklumat tersebut di tempat selamat.Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai polisi insurans hayat,anda digalakkan untuk bertanya kepada syarikat insurans hayat anda.Anda perlu menyatakan secara penuh segala fakta yang penting dalam borangpermohonan seperti kesihatan, pekerjaan, nombor polisi yang anda miliki.Ini membolehkan syarikat insurans untuk mempertimbangkan permohonananda dengan baik. Jika anda gagal menyatakan fakta-fakta ini, syarikat insuransakan menolak tuntutan anda.05 Perlindungan AsetMendidik dan membantu pengguna lebih bijakdalam membuat keputusan apabila membeliinsurans.http://www.insuranceinfo.com.my/[15]
  17. 17. ‘Berhati-hati dengan skimyang menjanjikankeuntungan cepat padatahap risiko yang minimumatau tanpa risiko’[16]
  18. 18. Cukupkan tabung kecemasan (3-6 bulan) sebelum membuat sebarangpelaburan.Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat.Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan.Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahaprisiko yang minimum atau tanpa risiko.Pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya.Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan danpastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandanganpihak kedua jika anda masih berasa ragu.Membuat perbandingan tentang pulangan bagi pelaburan lain yang sama.Membuat pemantauan tentang prestasi pelaburan anda secara berterusan,berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah.Mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketikaanda terdesak.Pelbagaikan jenis pelaburan dapat meminimumkan risiko dan melindungianda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri.Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagianda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu.Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza.Jangan meminjam untuk melabur.Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi, kecuali anda sudahbersedia.Jangan melabur berdasarkan ‘hot tips’ dan khabar angin.Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporansyarikat, media, kursus dan seminar.Berhati-hati dengan syarikat yang memberikan jaminan pembelian balik (buyback guarantee).Suruhanjaya Sekuriti mengendalikan isu pelaburan.Pengguna boleh menyalurkan sebarang pertanyaan danaduan berkenaan pelaburan kepada Suruhanjaya Sekuriti.Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan 3,Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur.Tel: 03-6204 8999 Faks: 03-6204 8991E-mel: aduan@seccom.com.myLaman Sesawang: http://www.sc.com.my/06 Pelaburan[17]
  19. 19. Lebih awal anda menyimpan duitpersaraan anda, maka lebih banyakmasa bagi wang anda bertambah.Tetapkan masa yang diperlukan.Tetapkan matlamat persaraan. Buatdan patuhi perancangan persaraan.Jangka hayat purata rakyat Malaysiaadalah 73 tahun. Pastikan keperluananda akan meliputi jangkaan usiatersebut, walaupun sekiranya usiaanda lebih panjang daripada apa yanganda jangkakan.Wujudkan tabung kecemasan yangtersedia wang di dalamnya, sekiranyaanda memerlukan wang dengansegera. Ini bagi mengelak daripadaanda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluanyang mendesak.Elakkan daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan,seperti membuat pelaburan yang berisiko tinggi dengan wang tersebut.Anda perlu merancang untuk menghadapi “kerugian bukan pasaran”, yangdisebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangkapanjang.Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkarapenting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidakmengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulanganpelaburan.Apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalamtabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untukperbelanjaan yang lain.Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya,kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak andatelah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama denganpembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba membuathubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja.Tingkatkan tahap pengetahuan anda tentang pelaburan. Ini dapat membantuanda untuk meningkatkan pendapatan anda selepas bersara.Amalkan cara hidup yang sihat dan sentiasa bersenam untuk memastikantubuh badan anda berada dalam keadaan yang sihat. Ini dapat mengurangkankos perubatan yang tinggi apabila anda tua nanti.07 Persaraan[18]
  20. 20. Skim Persaraan Yang Sedia Adaa. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Selain daripada beberapa pengecualian, semuaindividu yang bekerja dan dibayar upah adalahwajib untuk mencarum kepada KWSP.Manfaat sebagai ahli dan mempunyai simpananKWSP ialah:o Faedah persaraan iaitu sumbangandaripada majikan dan pekerjao Dividen tahunan ke atas simpanano Bantuan Kematian / Hilang Upayao Pelepasan cukai sehingga maksimumRM6,000 (termasuk premium insurans nyawa) dan pelepasan cukai keatas simpanan yang dikeluarkan.Kadar semasa caruman pekerja ialah 11% dan caruman majikan (sekurang-kurangnya) 12% daripada upah yang diterima. (pada Ogos 2012).Anda digalakkan untuk membuat penamaan bagi memudahkan danmempercepat urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penamatersebut.Sebagai pekerja, anda turut bertanggungjawab untuk memastikan majikananda membuat caruman bulanan KWSP bagi pihak anda. Untuk tujuan ini,KWSP menghantar Penyata Kira-kiraAhli, satu kali setahun, kepada pencarumyang aktif.Ahli-ahli perlu menyemak penyata ini dan melaporkan kepada KWSPdengan segera jika terdapat sebarang percanggahan. Penyata ini juga bolehdidapati di mana-mana Pejabat KWSP, pada bila-bila masa.b. Skim Simpanan Persaraan 1MalaysiaSkim ini disediakan untuk mereka yang tidak berpendapatan tetap dangolongan bekerja sendiri, seperti suri rumah, nelayan, petani, pemandu teksidan peniaga.Mereka boleh mencarum secara sukarela dalam tabung persaraan inimengikut kemampuan masing-masing, dengan pencaruman minimum RM50sebulan dan tiada had maksimum.Simpanan di bawah skim ini akan menikmati dividen tahunan mengikut kadardividen yang diumumkan oleh KWSP.Pencarum juga akan menerima sumbangan daripada kerajaan sebanyak5% dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun.Sumbangan ini diberi sehingga tahun 2014.c. Pencen KerajaanIni merupakan skim persaraan yang disediakan untuk penjawat awam.Pencen ini dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.www.kwsp.gov.my[19]
  21. 21. Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemakdan mengesahkan bahawa semua maklumat yangdikemukakan kepada JPA adalah betul, tepat, terkinidan lengkap.Umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58kepada 60 tahun. (pada Ogos 2012)Pesara penjawat awam diberi pilihan untuk memilihSkim Pencen atau Skim KWSP.Anggota perkhidmatan awam boleh bersara secarapilihan (“optional retirement”) sekiranya berumursekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon, dan beliaumempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurangdaripada 10 tahun.Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesaramemperoleh kemudahan perubatan di Klinik / Hospital Kerajaan. KemudahanKad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara / penerima pencen, juga kepadaisteri / suami penerima pencen dan anak yang berumur 21 tahun (yang belumberkahwin).d. Skim Persaraan Swasta (PRS)PRS adalah skim pelaburan jangka panjang sukarelayang direka untuk membantu individu menyimpan untukpersaraan. Ia melengkapkan sumbangan wajib yangdibuat kepada KWSP.Setiap PRS akan merangkumi pelbagai danapersaraan bahawa individu boleh memilih untukmelabur dalam berdasarkan keperluan persaraan,matlamat dan tahap risiko mengikut keselesaan dirisendiri.PRS dapat meningkatkan pilihan tersedia untukmereka yang bekerja atau bekerja sendiri, untuk menambah simpananpersaraan mereka di bawah persekitaran yang tersusun dan terkawal.Suruhanjaya Sekuriti (SC) mempunyai kuasa untuk mengawal dan menyeliaindustri PRS, yang termasuk Skim, Pembekal PRS, Pengedar dan PerundingPRS, Pemegang Amanah Skim, Pemegang Amanah Majikan dan PentadbirPencen Swasta.SC telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai PRS yang menetapkankeperluan pengawalseliaan dan operasi yang perlu dipatuhi oleh PembekalPRS, Pemegang Amanah Skim PRS dan pelaburan PRS Skim.PPA (Private Pension Administrator) ialah agensi yang bertanggungjawabuntuk memudahkan dan mengekalkan semua transaksi PRS berkaitan yangdibuat oleh penyumbang dan ahli.Ahli-ahli dapat menyemak pelaburan PRS dalam talian melalui laman webPPA, atau menghubungi Pembekal PRS yang bersesuaian.Ahli akan menerima penyata secara berkala daripada Pembekal PRS danpenyata ke atas pelaburan mereka daripada PPA. Ini juga termasuksumbangan yang dipegang oleh setiap Pembekal PRS.www.ppa.mywww.jpapencen.gov.my[20]
  22. 22. 08PenipuanTanda-tanda penipuanTawaran yang ditawarkan adalah lebih menarik daripada apa yang biasadiketahui – tawaran yang jelas terdapat unsur-unsur penipuan. Sebagaicontoh, bank menawarkan dividen sebanyak 5% apabila anda menyimpandengan mereka, tetapi syarikat persendirian ini menawarkan dividen sebanyak10% untuk menarik anda melabur dengan mereka.Jurujual bukannya orang tempatan, dan tidak memberikan nombor telefondan alamat penuh bagi membolehkan anda menghubunginya.Jurujual yang mempamerkan logo dan / atau nama yang begitu mirip dengansyarikat yang memang dikenali ramai.Menggunakan kata-kata mendesak atau kata-kata yang menunjukkan hadmasa pada iklan atau promosi produk, seperti ‘jualan hari terakhir’ atau‘perhatian segera’.Menggunakan pendekatan berbentuk tekanan, ancaman atau gangguan, baiksecara bertulis, melalui e-mel, semasa panggilan telefon, mahupun ketikaperjumpaan secara peribadi.Memberikan jawapan yang samar-samar, berdolak-dalik ataupun tidakmemberikan jawapan langsung apabila ditanyakan tentang maklumat lanjuttawaran tersebut.Mendesak anda untuk memberikan maklumat-maklumat kewangan peribadi,seperti nombor kredit kad anda atau nombor PIN, tanpa memberikan sebarangkenyataan bertulis atau dokumen-dokumen berkaitan dan tidak mahumemberikan sebarang dokumen secara bertulis.Memberikan kenyataan bahawa anda boleh mendapat kekayaan dengansegera tanpa perlu bersusah-payah atau pengalaman, contohnya skim cepatkaya.Gunakan promosi seperti: “Anda telah memenangi percutian percuma, hadiahpercuma, wang tunai sebanyak RMxxx, tetapi anda perlu membayar untukbayaran-bayaran lain, bayaran perkhidmatan pos dan penghantaran”.Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) memberikhidmat nasihat dan menerima aduan pengguna secarapercuma.No. 1D, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, Sungai Way,47300 Petaling Jaya, Selangor.Tel: 03-7877 9000 / 7874 8096 Faks: 03-7874 8097E-mel: myaduan@nccc.org.myLaman Sesawang: http://www.nccc.org.my/[21]
  23. 23. Segala maklumat yang penting dan berkaitan hendaklah disimpan agar dapatmembantu anda semasa membuat aduan. Antara dokumen tersebut ialahresit, surat jaminan, tarikh, nama penjual dan surat-surat yang berkaitan.Semua dokumen ini amat berguna apabila anda ingin membuat aduan.Apabila anda menyedari berlakunya sesuatu masalah, cuba dapatkan buktiyang boleh membantu dalam membuat aduan. Contohnya mengambil gambarbarangan yang rosak tersebut untuk dijadikan bukti. Lihat sama ada penggunalain turut menghadapi masalah yang sama untuk mengambil tindakan secarakolektif.Cuba kawal emosi anda ketika membuat aduan. Sekiranya anda tidak dapatmengawal perasaan, anda tidak akan dapat mengemukakan aduan secaraberkesan. Bertenang dan susun strategi yang berkesan ketika membuataduan.Anda boleh mengumpul data dan statistik berkaitan dengan perkara yangdiadu untuk membuktikan kesahihan aduan anda.Buat aduan secara bertulis. Pastikan perkara yang diadu dinyatakan denganjelas. Surat tersebut hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Sekiranyaperlu, lampirkan salinan dokumen asal.Rujuk kepada undang-undang yang berkaitan dengan perkara yang diadu.Nyatakan peruntukan undang-undang yang berkaitan di dalam surat anda.Sentiasa ikuti dan catatkan perkembangan aduan mengikut kronologi,termasuk panggilan telefon dan temu janji.Anda juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untukmembuat aduan.Anda juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untukmembuat aduan.09 Panduan Membuat AduanBiro Pengantaraan Kewangan menguruskan aduanperbankan, kewangan dan insurans.Tingkat 25 Dataran Kewangan Darul TakafulNo. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.Tel: 03-2272 2811Faks: 03-2274 5752E-mel: enquiry@fmb.org.myLaman Sesawang: http://www.fmb.org.my/[22]
  24. 24. 10 Kewangan dan KerajaanLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan. Tarikhakhir penghantaran borang adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayarcukai. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima bayaran balik, andabolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Unit Pungutan di cawanganyang mengendalikan fail anda.Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohonuntuk mendapatkannya dengan menghubungi Unit Pungutan yangmengendalikan fail anda.Sila layari laman web sesawang LHDNM untuk mengetahui pelepasan cukaiindividu pemastautin.Dokumen-dokumen seperti resit premium insurans, resit pembelian buku,atau resit derma yang digunakan dalam potongan dan rebat cukai hendaklahdisimpan selama 7 tahun untuk tujuan pengauditan.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalahsalah satu agensi utama memungut Hasil di bawahKementerian Kewangan.Pusat Khidmat Pelanggan,Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ,Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.Tel: 1-300-88-3010 Faks: 03-4289 3400E-mel: callcentre@hasil.gov.myLaman Sesawang: http://www.hasil.gov.my/ [23]
  25. 25. PERKESOPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan di bawahKementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skimKeselamatan Sosial.Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencanapekerjaan, termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakitkhidmat, keilatan dan kematian.Antara fungsi PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutipcaruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedahkepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya.PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasionalserta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarumuntuk anda dengan PERKESO.PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial, iaitu SkimInsurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada parapekerja daripada bencana pekerjaan, termasuk penyakit khidmat dankemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadapkeilatan atau kematian akibat sebarang sebab.Kedua-dua skim keselamatan sosial ini menjamin pembayaran faedah tunaikepada pekerja dan orang tanggungannya apabila berlaku kejadian luarjangka menimpa pekerja berkenaan.Pertubuhan Keselamatan Sosial memproses tuntutan danmembayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang.Menara PERKESO, 281,Jalan Ampang, 50538 Kuala LumpurKhidmat Pelanggan : 03 - 4257 5755Faks : 03 - 4256 7798E-mel : perkeso@perkeso.gov.myLaman Sesawang: http://www.perkeso.gov.my/[24]
  26. 26. Latar BelakangPusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional(NCCC) telah dirasmikan oleh YangBerhormat Datuk Hj. Mohd Shafie Apdal,Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna pada 13 Julai 2004 sebagaisatu inisiatif FOMCA. NCCC diperbadankanpada 17 September 2008.NCCC bertujuan menjadi pusat aduansetempat bagi membantu para penggunamenyelesaikan masalah dan aduan mereka.NCCC turut bertindak sebagai perantaramempertemukan pengguna dan peniagauntuk menyelesaikan pertikaian. Berdasarkanaduan-aduan yang diterima, didapati parapengguna menghadapi masalah untukmencari badan yang sesuai untuk membantumenyelesaikan masalah mereka. Di sampingitu, pengguna juga tidak mempunyai maklumattentang agensi yang sepatutnya dihubungiberkaitan masalah mereka.NCCC ditubuhkan untuk mengisi ruangkeperluan ini. NCCC bekerjasama rapatdengan pihak berkuasa yang berkaitanseperti Bahagian Penguatkuasa,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepengunaan, TribunalTuntutan Pengguna Malaysia, TribunalTuntutan Pembeli Rumah Malaysia, MajlisPeguam, Biro Pengantaraan Kewangan danagensi kawal selia lain untuk menyelesaikanaduan-aduan pengguna yang diterima.Pusat Khidmat AduanPengguna Nasional(National Consumer ComplaintsCentre atau NCCC)VisiMembentuk mekanisme kendiri dalamkalangan pengguna yang berkebolehan dalammenyelesaikan masalah dengan adil, mudahdan efisyen melalui sistem pengantaraan.MisiBerfungsi sebagai badan pengantara antarapihak kerajaan, swasta dan pengguna dalammengenal pasti penyelesaian terhadapsebarang aduan pengguna.Fungsi• Menerima dan merekodkan aduan• Memberi khidmat nasihat• Membantu menyalurkan aduan kepadapihak yang bersesuaian seperti agensikerajaan, pengeluar, pengedar ataupenjual• Menjalankan perundingan antara pihakpengadu dengan pihak dituntut• Membuat analisis dan penilaianterhadap aduan yang diterima• Menyalurkan maklumat analisis danpenilaian kepada pihak kerajaan danumumSekiranya anda ada sebarang aduan, silahubungi:e-aduan : www.nccc.org.mytel : 03-7877 9000 / 7874 8096faks : 03-7874 8097e-mel : myaduan@nccc.org.my

×