SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Download to read offline
SKOP: Perindustrian
Jenis-jenis Perindustrian
(a) Industri primer – menyediakan bahan mentah untuk kegunaan industri lain; contohnya kayu balak
disediakan untuk diproses menjadi papan, papan lapis, dan sebagainya
(b) Industri sekunder – menukarkan hasil keluaran daripada industri primer menjadi barang untuk
kegunaan manusia – industri ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Industri ringan; contohnya industri yang mengeluarkan barang pengguna seperti makanan, minuman,
pakaian, dan sebagainya
b. Industri berat; contohnya industri yang mengeluarkan besi, keluli, kereta, dan sebagainya
(c) Industri tertier – menyediakan perkhidmatan seperti kewangan, insurans, pengangkutan,
perhubungan, dan sebagainya
Kebaikan dan Keburukan Perindustrian
(a) Kebaikan
a. Mengurangkan import barangan industri
b. Mengurangkan pertukaran wang asing
c. Mewujudkan peluang pekerjaan
d. Meningkatkan kemahiran pekerja setempat
e. Meningkatkan penggunaan bahan mentah setempah
f. Menambah pendapatan negara
(b) Keburukan
a. Mengurangkan keluaran pertanian
b. Mempercepat penerokaan dan kemusnahan hutan
c. Menyebabkan pencemaran yang teruk
d. Menyebabkan kesesakan
Penggunaan Teknologi Moden dalam Perindustrian
- Masih belum meluas; mengutamakan kaedah intensif buruh daripada kaedah intensif modal
- Dipengaruhi oleh buruh yang banyak dan kosnya yang murah
- Diutamakan penggunaan buruh kerana hendak memperbanyak peluang pekerjaan
- Memerlukan kemahiran dan kos yang tinggi untuk mengendalikan peralatan yang canggih
- Digunakan hanya dalam industri yang tertentu seperti industri automotif
SKOP: Industri Desa
Jenis-jenis Industri Desa
(a) Industri desa ditakrifkan sebagai perusahaan yang bertempat di desa, berskala kecil,
menggunakan bahan-bahan semula jadi setempat, dan menggunakan kemahiran yang tradisional
(b) Jenis/contoh hasil keluaran industri ini ialah:
a. Barangan seramik, misalnya lelabu sayung, pasu bunga, dan sebagainya
b. Barangan daripada logam, misalnya tembaga dan perak
c. Barangan lain, misalnya batik, songket, dan ukiran kayu
d. Barangan makanan, misalnya cencaluk, budu, keropok, dan sebagainya
Usaha-usaha dan Tujuan Memajukan Industri Desa
(a) Usaha-usaha memajukan industri desa
a. Membantu memasarkan hasil kraf tangan di dalam dan di luar negara
b. Mempergiat usaha promosi dan kempen di dalam dan di luar negeri untuk mempopularkan
hasil keluaran
c. Meningkatkan kemahiran pembuatan dengan penggunaan alat-alat moden melalui kursus-
kursus yang dianjurkan
d. Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil kraf tangan
e. Menggalakkan rakyat menggunakan hasil kraf tangan setempat
f. Memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha yang terlibat dalam industri desa
g. Menubuhkan agensi-agensi seperti MARA, KEMAS, Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan
Malaysia (PKMM) untuk memberikan dan menyelaraskan bantuan yang dinyatakan di atas
(b) Tujuan memajukan industri desa
a. Menambah pendapatan penduduk di desa dan mengurangkan kadar kemiskinan di desa
b. Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di desa
c. Meninggikan produktiviti daripada hasil kerja tangan yang boleh mendapat pasaran
d. Mewujudkan pengusaha-pengusaha di desa dalam aktiviti ekonomi dan perusahaan yang
berpotensi
e. Menggalakkan penduduk desa menggunakan masa untuk menjalankan usaha-usaha yang
menguntungkan
f. Membantu industri pelancongan yang sedang dipergiat oleh kerajaan
g. Mempopularkan barangan hasil kemahiran penduduk setempat dan mengelakkan
kepupusan
Sambutan terhadap Hasil Keluaran Industri Desa
- Mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat untuk digunakan sebagai hiasan atau
untuk kegunaan sehari-hari
- Menarik minat para pelancong asing yang merupakan antara pembeli utama
- Mula mendapat pasaran yang baik di dalam negeri dan ada yang dipasarkan di pasar raya dan
di pusat-pusat beli-belah
- Mula meluas pasarannya di luar negeri seperti di Belanda, Jerman, United Kingdom, dan
sebagainya
SKOP: Isu pembalakan
Kesan Pembalakan
(a) Kebaikan
a. Memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
b. Menyediakan peluang pekerjaan
c. Membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan
(b) Keburukan
a. Musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
b. Pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
c. Musnahnya habitat hidupan liar
d. Hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir
kilat, dan sebagainya
e. Perubahan arah angin dan cuaca berlaku – bekalan oksigen berkurang
f. Kawansan tadahan air negara terjejas
g. Kesuburan tanah semakin kurang
Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan
- Pengeluaran balak dikurangkan dengan mengehadkan kawasan pembalakan
- Kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Perhutanan
- Penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
- Penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
- Kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai
peringkat
- Penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram
Isu Pembalakan Haram
(a) Cara dijalankan
a. Secara sulit, yakni jauh di dalam hutan/ kawasan pedalaman
b. Di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
c. Di kawasan hutan simpanan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
d. Secara penipuan dan penyelewengan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan
berpengaruh
(b) Kesan
a. Merugikan negara dari segi pendapatan cukai
b. Membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman –
ancaman tanah runtuh
c. Menyebabkan banjir kilat – kerugian harta benda dan nyawa
d. Mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik
e. Menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpanan dan kawasan tadahan
hujan
SKOP: Tempat rekreasi
Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi
-Sebagai tempat unutk beristirahat/ menenangkan fikiran – lari dari kesibukan, khususnya di kota
-Sebagai tempat beriadah/ bersenam – ke arah masyarakat yang cergas dan sihat
-Sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang
ke arah keluarga bahagia
-Untuk menghijaukan/ mengindahkan kawasan sekitar – menimbulkan suasana yang nyaman
Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi
-Amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan,
pekan, bandar, dan kota
-Mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan
taman rekreasi
-Mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat – dipenuhi oleh mereka yang bersenam
atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga
Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi
(a) Kemudahan yang disediakan
a. Alat-alat permainan untuk kanak-kanak
b. Alat-alat untuk senaman ringan
c. Tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki/ joging
d. Bakul sampah, lampu, dan pondok telefon
e. Gerai makanan dan minuman
(b) Keadaan kemudahan di taman rekreasi
a. Masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu
b. Ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti
c. Ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak
d. Ada yang tidak diberi penyelenggaran yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan
SKOP: Penswastaan
Faedah-faedah Penswastaan
-Menjimatkan belanjawan kerajaan, khususnya dari segi perbelanjaan mengurus
-Menambah pendapatan kerajaan, yakni daripada cukai yang dikenakan
-Meningkatkan keberkesanan dan kelancaran tugas serta prestasi agensi yang diswastakan
-Menawarkan insentif yang lebih baik kepada pekerja dan hal ini dapat meningkatkan produktiviti
mereka
-Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk kepuasan pengguna
Perkembangan Penswastaan di Malaysia
-Merangkum bidang perhubungan, pengangkutan, dan sebagainya
-Berkembang dengan lancar dan baik
-Kejayaan penswastaan di negara kita dikagumi banyak negara
-Banyak agensi kerajaan yang sudah diswastakan – contohnya Telekom Malaysia Bhd., Tenaga
Nasional Bhd., dan sebagainya
-Agensi yang diswastakan berkembang dengan lebih pesat dan memperoleh keuntungan yang besar
-Lebih banyak agensi yang dijangka akan diswastakan
Penglibatan Pihak Swasta dalam Bidang Tertentu
-Kerjasama pihak swasta disaran oleh kerajaan
-Bidang yang dapat diberi kerjasama ialah bidang teknikal yang memerlukan kemahiran yang tinggi
dan penggunaan teknologi yang canggih
-Pihak swasta dapat juga membekalkan peralatan canggih yang diperlukan serta memberikan
bantuan kepada agensi yang diswastakan
-Contohnya dalam bidang tenaga elektrik, kekurangan bekalannya tidak lama dahulu ditampung
melalui kerjasama antara pihak Tenaga Nasional dengan pihak swasta
- Pihak swasta menjual tenaga elektrik dari janakuasa mereka kepada pihak Tenaga Nasional
dengan harga yang tertentu dan dalam tempoh tertentu; Tenaga Nasional kemudiannya
menyalurkan tenaga elektrik kepada pengguna
SKOP: Industri perikanan
Masalah yang Dihadapi oleh Nelayan
-Kekurangan modal untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan yang moden bagi meneroka
laut dalam – kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)
-Ditindas oleh orang tengah – membeli ikan dengan harga yang murah – nelayan terpaksa akur
kerana terbelenggu oleh hutang
-Pencerobohan nelayan asing di kawasan ZEE – menjejaskan mata pencarian mereka
-Sikap agensi-agensi yang lebih tertarik untuk memajukan perusahaan menernak ikan air tawar
daripada memajukan perusahaan menangkap ikan di laut dalam
-Pencemaran air laut di kawasan pinggir pantai, sikap tidak mementingkan kebersihan –
mengurangkan tangkapan nelayan
Penggunaan Teknologi Moden dalam Industri Perikanan
(a) Kebaikan
a. Memungkinkan nelayan bertumpu pada perikanan laut dalam – permintaan terhadap ikan
yang kian meningkat dapat dipenuhi
b. Dapat meningkatkan hasil tangkapan ikan dan sumber-sumber perikanan yang lain –
menambah pendapatan nelayan serta mengatasi kemiskinan
c. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara – menambah pendapatan negara
d. Dapat mempelbagaikan hasil perikanan – pemprosesan ikan untuk dijadikan bahan makanan
yang lain
e. Dapat mengeksport ikan yang segar dan tinggi kualitinya – teknik dingin beku yang moden
(b) Keburukan
a. Berlakunya kepupusan sumber perikanan – sukar dipulihan dalam jangka masa yang singkat
b. Membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi – nelayan tidak mampu
c. Memerlukan kemahiran dan latihan yang intensif, misalnya dalam pengendalian bot yang
moden – nelayan yang rendah taraf pendidikannya mungkin menghadapi masalah
d. Memungkinkan timbulnya kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan – nelayan laut dalam
biasanya menghabiskan masa yang lama di laut – terpaksa berpisah daripada keluarga
Perkembangan dan Sumbangan Industri Perikanan
- Dari segi permintaan terhadap ikan, terdapat peningkatan dari setahun ke setahun sejajar
dengan pertambahan penduduk – permintaan melebihi penawaran
- Potensi permintaan di pasaran setempat dan luar negeri adalah baik, tetapi penangkapan ikan
di perairan pantai tidak dapat ditingkatkan – kemerosotan sumber-sumber perikanan
- Sumbangan industri perikanan – sebagai punca utama bekalan makanan berprotein serta
mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
- Sumbangannya kepada KDNK masih rendah – menunjukkan bahawa produktivitinya masih
rendah
- Kerajaan perlu terlibat secara langsung dalam usaha memodenkan dan membangunkan
inudstri perikanan
SKOP: Agensi kerajaan
Jenis-jenis Agensi Kerajaan
-Terbahagi kepada dua jenis, iaitu agensi pusat dan agensi pelaksana (agensi mengurus)
-Agensi pusat – agensi kerajaan yang bertanggungjawab membantu, menyeleras, dan mengawal
perjalanan agensi pelaksana
-Agensi pelaksana – agensi kerajaan (kementerian dan jabatan) yang melaksanakan kerja-kerja
pembangunan serta yang memberikan berbagai-bagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai
-Contoh agensi pusat – Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancang Ekonomi,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Pemodenan Pentadbiran Malaysia, dan Unit Penyelidikan
Sosioekonomi
-Contoh agensi pelaksana – Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian
Pendidikan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan Air, dan sebagainya
Peranan dan Fungsi Agensi Kerajaan Berkenaan
-Menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, kenaikan pangkat, dan hal-
hal yang berkaitan dengan disiplin dalam perkhidmatan awam
-Menyelesaikan masalah kakitangan kerajaan yang tidak puas hati tentang skim gaji, elaun dan
pencen, dan ketidakwajaran yang timbul melalui rundingan
-Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan [melalui Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN)] dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian
tinggi di dalam atau di luar negeri
Keberkesanan Agensi Kerajaan
-Dari segi pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, kenaikan pangkat, dan tindakan disiplin –
JPA memainkan peranannya secara berterusan – apabila terdapat kekosongan jawatan di jabatan-
jabatan kerajaan, JPA mengiklankan jawatan tersebut dalam surat khabar
-Dari segi dasar gaji dan elaun pekerja – dari setahun ke setahun terdapat perubahan yang
membanggakan
-Dari segi perasaan tidak puas hati kakitangan perkhidmatan awam terhadap skim gaji dan elaun,
JPA menyelesaikannya melalui Skim Saraan Baru (SSB) – gaji ditingkatkan dan pelbagai faedah
lain diperoleh daripada skim tersebut
-Dari segi kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan, JPA banyak menyediakan kursus yang
bermanfaat bagi meningkatkan kualiti kerja mereka
-Dari segi pemberian biasiswa – banyak pelajar tajaan JPA yang menikmati kemudahan tersebut –
ada yang telah menamatkan pengajian mereka dan kini berkhidmat dengan jabatan tersebut
SKOP: Kempen
Tujuan Diadakan Kempen
- Untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kerajaan kepada rakyat – contohnya: “Kempen
Belilah Barang Buatan Malaysia”
- Untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong usaha kerajaan – contohnya: kempen semasa
pilihan raya
- Untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat – contohnya: kempen berkongsi
kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota
- Untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan
– contohnya: kempen antidadah
- Untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selsesa seperti kempen bederma darah
Sambutan Masyarakat terhadap Kempen
- Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat
Malaysia
- Buktinya – buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar – harganya
meningkat
- Air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
- Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan
tanaman komersial
- Ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama
juga
Keberkesanan Kempen
- Ada kempen yang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan
daripada masyarakat
- Contoh kempen yang berjaya:
o “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia” – contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga
kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
o “Kempen Jantung Hatiku” – sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang
perseorangan, badan korporat, dan sebaginya banyak sekali – sumbangan tersebut dapat membantu
pesakit-pesakit janutng yang tidak berkemampuan
-Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:
o Kempen menggunakan bahasa baku – tidak banyak pihak termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM)
yang melaksanakan kempen ini
o Kempen keselamatan jalan raya – banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian
pemandu; pengguna van masih melanggar masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
o Kempen berkongsi kereta – masih banyak pemandu yang lebih senang menggunakan keretanya
sendiri – kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
SKOP: Industri pelancongan
Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan
- Mengedarkan risalah tentang keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-
tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum,
makanan masyarakat setempat, dan sebagainya
- Memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara
- Memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi, perhubungan,
pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan, dan sebagainya
- Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga
kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong
- Menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar
mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita
Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara
(a) Kesan positif
a. Dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita
b. Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat –
mengurangkan pengangguran
c. Dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraf tangan,
seramik, dan sebagainya
d. Dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
e. Dapat menyemaikan perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat
f. Dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara
Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia
g. Dapat meningkatkan imej negara di mata dunia
(b) Kesan Negatif
a. Mencemarkan kebudayaan masyarakat setempat – pelancong menyebarkan budaya kuning
yang mudah mempengaruhi golongan remaja
b. Penduduk setempat mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang – contohnya:
penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana
pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih
mahal
c. Menularnya penyakit AIDS – penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990
d. Beban perbelanjaan kerajaan meningkat – berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan
terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan
menampung kos hidup penagih dan pesakit
e. Membazirkan wang – untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan
promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya
f. Masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan
berhibur – dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan
- Industri pelancongan berkembang pesat sejak beberapa tahun belakangan ini berikutan
pengisytiharan “Tahun Melawat Malaysia 1990” – pada tahun 1990, sebanyak 6892000 orang
pelancong luar datang ke Malaysia
- Industri pelancongan turut menyumbangkan pendapatan yang banyak kepada negara, iaitu
melalui pertukaran wang asing misalnya, pertukaran wang asing meningkat daripada RM 2.5
bilion pada tahun 1989 kepada RM 4.1 bilion pada tahun 1990
- Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri ini –
kesungguhan kerajaan terbukti apabila tertubuhnya Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Pelancongan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Musa Hitam
- Kemudahan infrastruktur ditambah – misalnya lapangan terbang dan kedai bebas cukai – tempat
penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
- Kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong –
contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang
bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang
bersejarah kepada pelancong
- Menjelang tahun 2020, industri pelancongan dijangka menjadi industri yang paling
menguntungkan Malaysia – harus mendapat kerjasama pelbagai pihak
SKOP: Perumahan
Masalah Perumahan pada Hari Ini
- Golongan yang berpendapatan rendah masih tidak mampu memiliki rumah sendiri – bekalan
rumah kos rendah oleh kerajaan tidak memenuhi sasaran asal
- Pemaju-pemaju perumahan gagal menyiapkan rumah mengikut tempoh yang ditetapkan – projek
perumahan terbengkalai – membebankan pembeli rumah
- Pembinaan rumah-rumah mewah di kawasan kaki bukit terpaksa dihentikan berikutan kejadian
kondominium runtuh suatu ketika dulu
- Rumah yang siap dibina oleh pemaju perumahan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan
Isu yang Berkaitan dengan Pemaju Perumahan
- Tidak menyiapkan projek perumahan mengikut jadual
- Tidak menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti kemudahan rekreasi untuk
penduduk di kawasan perumahan
- Mengenakan faedah yang tinggi terhadap pembeli rumah kerana kelewatan mengurus
pembayaran
- Pembinaan rumah tidak menepati pelan asalnya – misalnya, sistem pembentungan yang tidak
sempurna, keluasan yang tidak tepat, dan sebagainya
- Mengenakan bayaran terhadap penyelenggaraan sampah sarap, longkang, dan sebagainya
tetapi penyelenggaraan yang dijalankan tidak memuaskan penduduk
- Bahan-bahan binaan yang digunakan bermutu rendah – menyebabkan berlakunya keretakan
pada rumah
Usaha-usaha Mengatasi Masalah Perumahan
- Menswastakan projek-projek perumahan kos rendah dan kos sederhana yang dimajukan oleh
Perbadanan Kemajuan Ekonomi setiap negeri sebelum ini
- Mempercepat proses pertukaran syarat pecah sempadan/syarat hak milik atau status tanah
untuk projek perumahan dan kelulusan pelan bangunan
- Meneruskan pemberian kemudahan pinjaman pada kadar yang lebih rendah daripada kadar
faedah pasaran
- Membina rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana dengan lebih banyak dan menghentikan
projek pembinaan rumah mewah
- Menghidupkan projek perumahan yang tergendala melalui perundingan atau melalui
penswastaan
- Kerajaan negeri hendaklah memberikan galakan-galakan yang berpatutan kepada pemaju
perumahan
SKOP: Lebuh raya
Perkembangan Lebuh Raya pada Hari Ini
(a) Sejarah
a. Sebelum pembinaan lebuh raya, jalan utama di negara kita ialah jalan dua hala yang sempit
b. Jalannya bengkang-bengkok dan berbahaya – sesak
c. Jalan utama yang menghubungkan Perlis dengan Singapura dibina pada tahun 1928 –
banyak bahagian yang rosak
d. Jalan yang menghubungkan pantai timur dengan pantai barat dibina selepas tahun 1945
(b) Perkembangan pembinaan lebuh raya
a. Berkembang pesat secara berperingkat-peringkat
b. Kebanyakan lebuh raya tertumpu di kaki bukit dan di dataran pantai
c. Banyak lebuh raya dari pantai Semenanjung Malaysia yang merentas kawasan pergunungan
melalui terowong dan lembah bukit
d. Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang kira-kira 900 kilometer siap dibina pada tahun 1994
(c) Antara lebuh raya yang terdapat di Semenanjung Malaysia termasuklah:
a. Lebuh Raya Timur-Barat
b. Lebuh Raya Kuala Lumpur – Petaling Jaya – Klang (Lebuh Raya Persekutuan)
c. Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang
(d) Antara lebuh raya yang terdapat di Sabah termasuklah:
a. Lebuh Raya Tamparuli – Ranau
b. Lebuh Raya Lahad Datu – Semporna
(e) Antara lebuh raya yang terdapat di Sarawak termasuklah:
a. Jalan Raya Bintulu – Tanjung Kidurung
b. Jalan Raya Bako
c. Jalan Lubuk Antu – Batang Ai
Fungsi Lebuh Raya
- Memendekkan masa perjalanan dan menjimatkan penggunaan bahan api
- Memudahkan kawasan-kawasan terpencil dimajukan
- Menjadi jalan utama untuk mengangkut hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan,
perikanan, dan perkilangan
- Menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar dan pelabuhan
- Memudahkan perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat
- Mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan selamat
Isu-isu yang Berkaitan dengan Lebuh Raya
- Kadar bayaran tol yang tinggi
- Terdapat perangkap had laju di sepanjang lebuh raya
- Kerja membaiki dan mempelebar jalan masih dilakukan
- Terdapat pemandu yang tidak mengikut peraturan – meletakkan kereta di bahu-bahu jalan tanpa
memikirkan keselamatan
- Terdapat segelintir golongan muda yang menganjurkan perlumbaan kereta dan motosikal haram
pada waktu malam
SKOP: Pengiklanan
Isu-isu tentang Pengiklanan
(a) Maksud iklan – cara memberitahukan maklumat mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan
kepada pengguna
(b) Isu tentang iklan:
a. Pencemaran bahasa dalam iklan – khususnya pada papan tanda dan iklan dalam media
massa
b. Eksploitasi peranan wanita dalam iklan – wanita digambarkan seperti hanya layak melakukan
kerja-kerja cuci-mencuci, dikaitkan dengan barangan tertentu, tidak intelek
c. Eksploitasi tubuh wanita – tubuh wanita dalam keadaan mencolok mata digambarkan dalam
iklan biarpun tiada kaitan dengan barang yang diiklankan – misalnya barang-barang alat ganti
kereta dan kalendar
d. Eksploitasi pemikiran kanak-kanak – kanak-kanak digambarkan terlalu asyik, leka atau ingin
akan sesuatu barang yang diiklankan
Pengaruh Iklan
(a) Kebaikan iklan
a. Pengguna dapat mengetahui maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan dan tempat
untuk mendapatkannya
b. Membantu pengguna membuat pilihan
c. Membantu pengguna merancang perbelanjaan
d. Pendapatan daripada iklan menurunkan kos majalah dan surat khabar – pengguna tidak perlu
berbelanja lebih
e. Pendapatan daripada iklan memungkinkan stesen televisyen menyiarkan rancangan yang
lebih baik kepada pengguna
(b) Keburukan iklan
a. Mempengaruhi pengguna supaya berbelanja lebih – pembaziran – membeli sesuatu yang
mungkin tidak penting dan tidak diperlukan – misalnya alat-alat solek, wangi-wangian,
aksesori kecantikan yang mahal-mahal
b. Merosakkan pemikiran kanak-kanak – mendesak ibu bapa membeli sesuatu yang diiklankan
biarpun tidak mampu
c. Menggalakkan pemakanan makanan ringan yang tidak berkhasiat atau yang berbahaya
kepada kesihatan
d. Memperdaya pengguna – membeli sesuatu yang mungkin indah khabar daripada rupa; yang
mahal tetapi tidak berkualiti
e. Mempengaruhi pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan – lebih suka bergaya atau
berlagak kaya
f. Mempengaruhi pengguna mengambil sesuatu yang berbahaya – misalnya rokok dan arak
Kesesuaian Iklan
(a) Tujuan iklan
a. Untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna dengan jujur
b. Untuk memujuk dan menggalakkan pengguna membeli sesuatu barangan atau menggunakan
membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang baik/ berkualiti
c. Memberikan pengetahuan tentang maklumat penting kepada orang ramai
d. Tidak berunsurkan penipuan, eksploitasi wanita, kanak-kanak, dan sebagainya
e. Tidak mengelirukan
f. Tidak menyebabkan pengguna mementingkan jenama
g. Tidak menyebabkan pengguna berbelanja lebih kerana membeli barangan dan perkhidmatan
yang tidak perlu
(b) Ketidaksesuaian iklan
Banyak iklan yang bertentangan dengan maksud iklan yang sebenarnya misalnya:
i. Iklan roko seperti Dunhill – menaja rancangan sukan – bertentangan dengan mesej yang
hendak disampaikan – rokok memudaratkan kesihatan – sukan pula adalah untuk kesihatan
ii. Iklan kereta – tidak menonjolkan kecanggihan kereta tetapi lebih menonjolkan kecantikan
bentuk tubuh wanita
iii. Iklan makanan ringan – lebih banyak mendatangkan kkemudaratan kepada kesihatan
kanak-kanak daripada mendatangkan kebaikan – mengganggu selera kanak-kanak atau
kanak-kanak mungkin mengalami sakit perut apabila memakan makanan tersebut
SKOP: sukan
Perkembangan Sukan di Malaysia
- Perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis
Sukan Negeri
- Banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu
- Banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan
- Biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan
pencapaian dalam sukan
- Banyak institusi sukan yang dibina – jurulatih asing diambil
- Beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
- Peningkatan taraf semi-pro – bola sepak
Faedah-faedah Bersukan
- Membina kesihatan tubuh dan mental
- Menawarkan satu peluang niaga iaitu pengeluaran alat-alat sukan
- Peluang pekerjaan dapat diwujudkan/ mengurangkan masalah pengangguran
- Mengeratkan hubungan dengan negara lain
- Mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan
- Mengeratkan silaturahim dan persaudaraan
Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara
- Program latihan sukan yang lebih teratur – misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola
sepak MILO, projek sekolah menengah
- Menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa – misalnya untuk badminton, olahraga, bola
sepak, dan sebagainya
- Menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasya atau acara sukan – misalnya
Badminton Piala Thomas, Skuasy Remaja Dunia, Bola Sepak Remaja Piala Dunia, Sukan
Komanwel (SUKOM) 1998, dan lain-lain
- Menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan
- Memajukan sukan di sekolah-sekolah
- Menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa
SKOP: Isu kependudukan
Isu Rakyat Termiskin
(a) Siapa mereka?
a. Kebanyakan keluarga yang miskin di luar bandar ialah penduduk Melayu
b. Garis kemiskinan pada tahun 1989 ialah RM 350 sebulan untuk isi rumah yang terdiri
daripada 5.14 orang
c. Isi rumah termiskin ialah isi rumah yang pendapatannya separuh daripada purata
pendapatan bulanan keluarga miskin, iaitu RM 175 sebulan
(b) Keadaan mereka
a. Tempat tinggal yang tidak sempurna
b. Pakaian, makanan, kesihatan, dan pelajaran mereka pada tahap yang kurang memuaskan
c. Memerlukan perhatian dan bantuan
(c) Program dan rancangan untuk rakyat termiskin
Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu rakyat termiskin:
i. Badan-badan kerajaan seperti UDA dan MARA ditugasi menyusun semula masyarakat dan
membasmi kemiskinan
ii. Agensi kerajaan membentuk suatu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan
luar bandar
iii. Pelancaran Tabung Ikhtiar 1993 merupakan usaha pihak swasta untuk membantu rakyat termiskin
iv. Projek Sang Kancil berjaya menambah pendapatan keluarga termiskin serta meningkatkan
kesedaran mereka
v. Bantuan dalam bentuk kewangan diagihkan kepada rakyat termiskin mengikut purata pendapatan
mereka
vi. Pusat Pungutan Zakat negeri menyalurkan sumbangan kepada golongan ini
Migrasi dan Perpindahan Penduduk
(a) Terdapat dua jenis migrasi
a. Migrasi dalaman
i. Melibatkan perpindahan penduduk antara kawasan atau negeri dalam sesebuah negara yang
sama
ii. Mempunyai beberapa jenis aliran seperti:
1. Dari luar bandar (desa) ke bandar
2. Dari bandar ke luar bandar
3. Dari luar bandar ke luar bandar (desa)
4. Dari bandar ke bandar
b. Migrasi antarabangsa
i. Melibatkan penghijrahan dari suatu negara ke negara yang lain
(b) Faktor-faktor migrasi
a. Faktor tolakan
i. Wujud sikap memilih pekerjaan
ii. Faktor kemiskinan
iii. Bencana alam
b. Faktor tarikan
i. Pendapatan yang lumayan
ii. Banyak peluang pekerjaan
iii. Taraf hidup yang tinggi
Isu Kepadatan Penduduk
- Kurang pengetahuan mengenai perancangan keluarga di kalangan penduduk termiskin
- Migrasi
- Tempat tinggai yang tidak sempurna
- Tarikan ekonomi di kawasan tertentu
- Jaminan hidup yang sempurna
- Berhijrah kerana pertukaran tempat kerja
- Saranan kerajaan untuk mencapat matlamat 70 juta penduduk
- Wujud pelbagai masalah sosial dan masalah jenayah
SKOP: Badan kebajikan
Penglibatan Masyarakat dalam Badan Sukarela/ Kebajikan
(a) Beberapa jenis badan sukarela/ kebajikan
a. RELA – ditubuhkan untuk mewujudkan keamanan dan mengawal keselamatan penduduk
b. Rukun Tetangga – ditubuhkan di kawasan-kawasan perumahan untuk menjaga keselamatan
dan kebajikan sosial penduduk
c. PEMADAM – untuk membantu memulihkan keadaan penagih-penagih dadah
d. Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans – bantuan rawatan dan pertolongan cemas
e. KEMAS (Kebajikan Masyarakat) – membangkitkan kesedaran dan memajukan pemikiran
serta keadaan hidup penduduk
f. Persatuan Pengguna – menjaga kebajikan dan hak pengguna
(b) Sokongan masyarakat
a. Mendapat sokongan serta bantuan daripada agensi kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat
b. Banyak ditubuhkan di sekolah-sekolah
c. Guru-guru dan ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyertai pertubuhan sukarela
d. Masyarakat sedar akan pentingnya pertubuhan ini
Sumbangan dan Peranan Badan Kebajikan/ Sukarela Secara Umum
- Membantu meringankan kesengsaraan masyarakat
- Memupuk kesejahteraan di kalangan masyarakat
- Bukan bertujuan mengaut keuntungan
- Memelihara dan menjaga kebajikan awam atau golongan tertentu dalam masyarakat
- Memberikan pelbagai bentuk kerjasama dan khidmat bakti
- Pertubuhan ini peka terhadap golongan yang kurang bernasib baik
- Menolong mengurangkan beban kerajaan
- Menyediakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah
Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Badan Kebajikan/ Sukarela
- Masalah kewangan untuk bergiat lebih cergas dan aktif
- Kurang kerjasama daripada masyarakat untuk membantu dan menjayakan aktiviti yang
dilaksanakan
- Kurang alat kelengkapan – misalnya kekurangan peralatan perubatan bagi Bulan Sabit Merah
dan St. John Ambulans
- Kekurangan pakar dan kakitangan untuk mengendalikan sesuatu aktiviti
SKOP: Pencemaran alam
Punca-punca Pencemaran Alam
(a) Kegiatan perusahaan atau perkilangan
a. Asap-asap kilang menyebabkan pencemaran udara
b. Pembuangan sisa-sisa toksik menyebabkan pencemaran air
(b) Kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan
a. Mengganggu sistem ekologi bumi
b. Mengakibatkan hakisan tanah
c. Menyebabkan bumi tiada kawasan tadahan hujan; menyebabkan banjir
(c) Kegiatan pengangkutan
a. Asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun)
b. Tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut
(d) Kegiatan perladangan dan di rumah
a. Pembuangan sampah yang tidak bersistem
b. Penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara dan air tercemar
Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam
- Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat pada semua peringkat
- Mengadakan undang-undang yang lebih ketat dan mengenakan hukuman yang berat kepada
orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar
- Membina kilang jauh dari kawasan kediaman
- Memelihara hutan dengan mengehadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan
- Usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan
secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah
Kesan daripada Pencemaran Alam
- Apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita
terganggu
- Lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan
- Menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya
- Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh akan berlaku yang mengakibatkan kehilangan
nyawa dan harta benda
- Hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan
- Hidupan liar terancam dan akhirnya pupus
- Air tidak selamat digunakan – bumi tidak selamat didiami
SKOP: Gotong -royong
Kebaikan Amalan Gotong-royong
- Mewujudkan perpaduan
- Sesuatu pekerjaan yang besar dan sukar akan menjadi lebih mudah dan ringan untuk
dilaksanakan
- Menjimatkan masa dan tenaga
- Mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat
- Mewujudkan suasana yang harmoni dan hormat-menghormati
- Pertahanan negara menjadi kukuh
Amalan Gotong-royong pada Hari Ini
(a) Di kampung
a. Amalan gotong-royong masih teguh di kalangan masyarakat di kampung masih diamalkan –
mementingkan perpaduan dan perkongsian (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)
b. Memang lumrah masyarakat kampung yang hidup tolong-menolong secara sukarela
c. Hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan antara jiran masih terjalin
d. Beberapa contoh amalan gotong-royong di kalangan masyarakat kampung ialah ketika
bersawah padi, mendirikan rumah, surau atau masjid, membina jalan raya dan jambatan,
mengadakan kenduri-kendara
(b) Di bandar
a. Amalan gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat di bandar kerana
i. Masyarakat di bandar sibuk dan lebih mengutamakan urusan dan kepentingan masing-masing
ii. Masyarakat bandar bersikap individualistik dan suka berlumba-lumba atau menunjuk-nunjuk
kelebihan masing-masing
iii. Kemewahan menyebabkan mereka menganggap bahawa pertolongan orang lain tidak
diperlukan
iv. Contohnya majlis perkahwinan diadakan di dewan-dewan atau hotel-hotel dan penyediaan
makanan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha makanan dan bukan lagi jiran tetangga
Cara-cara Menggalakkan Gotong-royong
(a) Di peringkat sekolah
a. Mengadakan kegiatan pertanian untuk menggalakkan pelajar-pelajar bertani secara bergotong-
royong
b. Membiasakan pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan secara bekerjasama seperti
membersihkan dan menghiaskan kawasan sekolah
c. Menggalakkan pelajar menghayati mata pelajaran Pengetahuan Moral untuk menggalakkan
gotong-royong di kalangan pelajar
(b) Di peringkat institusi pengajian tinggi
a. Mengadakan projek anak angkat – para siswazah bergotong-royong membersihkan kawasan
kampung
b. Bersama-sama bergabung tenaga dan fikiran untuk memajukan kawasan kampung yang
mengadakan projek anak angkat
(c) Di kawasan-kawasan perumahan
a. Melalui kegiatan Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan penduduk kawasan tersebut
b. Melalui kegiatan membersihkan kawasan perumahan yang melibatkan pembersihan longkang,
surau, dan padang permainan untuk keselesaan hidup
c. Menganjurkan sukan/ hari keluarga di kalangan penduduk
d. Mengadakan ceramah di masjid, surau, atau dewan tentang pentingnya kerjasama/ gotong-
royong
(d) Di peringkat negeri atau negara
a. Kerajaan hendaklah memperbanyak projek dan aktiviti gotong-royong terutamanya oleh belia-
belia pelbagai kaum
b. Galakan kerjasama di kementerian dan jabatan kerajaan
SKOP: Adat resam
Adat Resam Pelbagai Kaum
- Adat resam adalah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi
kebiasaan dan menjadi amalan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat
- Adat resam ini adalah warisan yang menjadi tradisi kehidupan sesuatu kaum
- Adat resam berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain kerana
o Berlainan kepercayaan agama
o Dipengaruhi oleh cara hidup dan budaya
o Dipengaruhi oleh latar belakang sesebuah masyarakat
o Adat resam terdapat dalam cara hidup kita seperti dalam perkahwinan, ketika melahirkan bayi,
berpindah rumah, keluar rumah, dan lain-lain sebagainya
Fungsi dan Peranan Adat Resam
- Adat resam dapat mengekalkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan dapat dikenal oleh
generasi baru dan masyarakat dari luar negara
- Berfungsi menjaga tatacara hidup sesuatu kaum, bersesuaian dengan agama dan budaya
mereka
- Contohnya masyarakat Melayu diajar supaya membongkokkan badan mereka apabila berjalan
di hadapan orang tua sebagai tanda hormat – agama menggalakkan kita supaya menghormati
orang tua – menjadi warisan supaya yang muda menghormati yang tua
- Mewujudkan nilai-nilai yang murni dan hormat-menghormati dalam kehidupan
- Dapat memperkaya budaya bangsa dan negara
Amalan Adat Resam pada Hari Ini
- Amalan adat resam masih kuat diamalkan oleh masyarakat luar bandar dan semakin kurang
diamalkan oleh masyarakat bandar
- Masyarakat luar bandar masih mengamalkan adat resam kerana mereka masih berpegang kuat
pada warisan nenek moyang dan masih lagi mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut
tentang kuasa ghaib
- Masyarakat di bandar lebih berfikiran terbuka
- Ada adat resam pada hari ini yang baik untuk diikuti dan ada yang harus ditinggalkan
- Antara amalan adat resam yang harus diteruskan adalah amalan:
o Yang bersesuaian dengan ajaran agama
o Yang melambangkan peradaban yang tinggi
o Yang baik untuk dijadikan panduan dan pengajaran dalam hidup
o Yang dapat mendidik masyarakat tentang nilai-nilai moral yang mulia
- Amalan yang harus ditinggalkan adalah amalan:
o Yang menjadikan masyarakat berfikiran pasif dan kolot
o Yang menyusahkan kehidupan sesebuah masyarakat
o Yang negatif yang merugikan sesebuah masyarakat
SKOP: Sambutan Hari perayaan
Cara-cara Menyambut Hari Perayaan/ Kebesaran
(a) Sebelum (persiapan)
a. Membersihkan dan menghiaskan rumah
b. Membuat kuih-muih
c. Menyediakan pakaian yang baru, bersih, dan cantik
d. Saling berkirim kad-kad ucapan
(b) Semasa
a. Berkunjung ke rumah orang tua (ibu bapa), keluarga, saudara, rakan taulan, dan jiran tetangga
b. Mengadakan jamuan rumah terbuka dengan menghidangkan juadah yang enak untuk sahabat
handai, jiran tetangga, dan tetamu
c. Memberikan bantuan dan sumbangan seperti wang kepada golongan yang kurang bernasib
baik seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, dan fakir miskin
d. Memohon restu dan kemaafan daripada orang yang lebih tua daripada kita
e. Bersembahyang dan beribadat di rumah-rumah ibadat
Kesan-kesan Mengadakan Sambutan Hari Perayaan/ Kebesaran
(a) Kesan baik
a. Mengeratkan perhubungan dan menambah kemesraan sesama keluarga, sanak saudara,
sahabat handai, dan anggota masyarakat
b. Memupuk perpaduan di kalangan kaum
c. Dapat membantu mengingatkan kita tentang orang yang kurang bernasib baik
d. Dapat menambah amal kebajikan
e. Sesuatu kaum itu dapat mengenal budaya dan tradisi sesuatu kaum yang lain ketika
menyambut hari perayaan
(b) Kesan buruk
a. Pembaziran, yakni apabila sesuatu perayaan itu disambut secara keterlaluan
b. Kemalangan jalan raya sebagai akibat terlalu ghairah untuk pulang ke kampung bagi
menyambut hari perayaan
c. Berbelanja lebih daripada kemampuan hingga menyebabkan seseorang itu berhutang
Suasana Sambutan Hari Perayaan
- Suasana yang meriah dengan kesibukan melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah
dan dengan ucapan-ucapan selamat yang diucapkan
- Riuh-rendah dengan suara kanak-kanak yang bermain bunga api dan berkejar-kejaran
keriangan menyambut hari raya
- Suasana ceria dan penuh warna-warni dengan orang yang berpakaian cantik dan berwarna-
warni
- Mewujudkan suasana kemesraan dan muhibah
- Kesesakan lalu lintas oleh kenderaan mereka yang ingin pulang ke kampung
SKOP: Isu pengangguran
Punca-punca Berlakunya Pengangguran
- Penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di
bandar-bandar
- Kelulusan akademik yang rendah
- Penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer
- Penggunaan tanah yang tidak ekonomik terutamanya di desa
- Belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
- Sikap terlalu memilih pekerjaan di kalangan belia
Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran
- Menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga, dan beternak
- Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
- Menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
- Menyemaikan sikap berdikari di kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
- Menyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
- Melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan
perkembangan sains dan teknologi yang canggih
- Memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran, dan teknologi kepada belia yang
ingin berusaha sendiri
Kesan daripada Pengangguran
- Belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral
- Jenayah, terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan,
pembunuhan, peras ugut, dan sebagainya
- Bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa
rumah yang terlalu mahal
- Banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
- Ekonomi negara terbantut
SKOP: Isu tenaga kerja asing
Faktor-faktor Kedatangan Tenaga Kerja Asing
- Masalah kemiskinan/ tekanan hidup di negara asal mereka
- Kekurangan tenaga buruh setempat yang serius dalam sektor perladangan dan pembinaan
- Peluang pekerjaan yang lebih baik
- Kadar upah yang tinggi
- Kelonggaran dasar kerajaan terhadap pekerja asing
- Taraf hidup, latar belakang sejarah, dan budaya negara kita yang lebih baik
- Sikap pihak majikan yang lebih cenderung untuk mengambil buruh asing
Usaha-usaha Pengawalan Tenaga Kerja Asing
- Kerajaan menguatkuasakan peraturan pendaftaran tenaga kerja asing
- Memastikan tenaga kerja asing yang diambil bekerja menjalani pemeriksaan kesihatan,
memiliki permit kerja, dan bekerja di sektor yang telah ditetapkan
- Mengadakan kawalan yang ketat bagi memastikan tenaga kerja asing tidak masuk ke negara
kita secara haram
- Menahan tenaga kerja asing yang tidak memiliki permit kerja atau dokumen yang sah
- Menghantar pulang tenaga kerja asing yang tidak memiliki dokumen yang sah
Kebaikan dan Keburukan Tenaga Kerja Asing
(a) Kebaikan
a. Membantu mengembangkan ekonomi negara
b. Mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perkilangan, perladangan, dan
pembinaan
c. Mengadakan persaingan yang sihat antara pekerja setempat dengan tenaga asing
d. Mengurangkan kos buruh kepada majikan
(b) Keburukan
a. Mengakibatkan masalah pengangguran di kalangan rakyat di negara ini
b. Menyebabkan kadar uah pekerja setempat menjadi rendah dan seterusnya menjejaskan taraf
hidup penduduk setempat
c. Membelanjakan wang yang banyak untuk urusan penyelenggaraan tenaga kerja asing yang
ditahan
d. Menjalankan kegiatan perniagaan kecil-kecilan tanpa lesen – menimbulkan kemarahan peniaga
kecil setempat
e. Masalah sosial seperti jenayah, rompakan, pergaduhan, dan sebagainya meningkat
SKOP: Kesedaran sivik
Usaha-usaha Memupuk Kesedaran Sivik
- Menerapkan nilai-nilai moral yang baik di kalangan anak-anak
- Mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Moral/ Pengetahuan Moral di sekolah
- Memperbanyak kegiatan yang berunsur kemasyarakatan
- Mengadakan kempen yang berkaitan dengan pemupukan akhlak yang baik
- Mengadakan ceramah-ceramah di sekolah-sekolah
- Mempergiat kegiatan-kegiatan kokurikulum
- Memperbanayk sekolah-sekolah agama
Kebaikan Mempunyai Kesedaran Sivik
- Dapat mengekalkan kebersihan dan keindahan
- Mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan yang lain dan seterusnya hubungan
antara kaum dapat dipererat
- Menjamin keselamatan dan kesejahteraan
- Mewujudkan semangat kekitaan dan sikap lebih bertanggungjawab
- Mempermudah usaha mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin
- Dapat membentuk disiplin diri di kalangan masyarakat
Sikap Masyarakat pada Hari Ini
(a) Sikap positif
a. Mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan seperti
bergotong-royong
b. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
c. Memiliki nilai-nilai murni seperti berdisiplin, berhemah tinggi, dan sebagainya
(b) Sikap negatif
a. Terlalu mementingkan diri sendiri
b. Menganggap bahawa kerja-kerja kebajikan yang dilakukan tidak mendatangkan faedah
c. Suka memencilkan diri dan mencuba mengelakkan diri daripada bergaul dengan masyarakat
d. Tidak mempedulikan hal atau keadaan dalam masyarakat
SKOP: Perpaduan kaum
Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum
- Rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
- Rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
- Negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh
- Keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita;
dapat meningkatkan ekonomi negara
- Menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat
yang berbilang bangsa, agama, dan budaya
Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum
- Menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi, dan sosial
- Mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum
- Mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
- Memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasama, dan sebagainya
- Menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemaysarakatan
- Mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum
- Menggalakkan penduduk bersama-sama menyambut hari perayaan, hari kebesaran, dan
sebaginya
Perpaduan Kaum pada Hari Ini
- Masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum
- Masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya, dan agama kaum lain
- Masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu
kawasan
- Konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru – masyarakat pelbagai kaum
mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
- Masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara
SKOP: Kepungganaan
Kepentingan Pendidikan Kepenggunaan
- Sedar akan hak-hak pengguna, seperti hak mendapat keperluan asas dan keselamatan serta
menentukan pilihan, dan sebagainya
- Supaya kita mempunyai kesedaran untuk mengkritik
- Tahu tentang cara bertindak atau membuat aduan mengikut saluran tertentu
- Memastikan orang ramai tidak ditindas oleh peniaga dan pengeluar
- Bertanggungjawab terhadap alam semula jadi di sekeliling kita
- Bekerjasama dengan persatuan pengguna bagi menjamin kepentingan mereka sebagai
pengguna
Peranan dan Fungsi Persatuan Pengguna
- Melindungi pengguna daripada sebarang bahaya kepada keselamatan dan kesihatan mereka
- Memberikan penerangan yang cukup kepada pengguna tentang hak-hak pengguna
- Memastikan bahawa pengguna mendapat ganti rugi atau pampasan
- Membantu mengatasi masalah pengguna melalui saluran-saluran tertentu
- Memelihara kepentingan pengguna
- Mendidik pengguna tentang hak-hak mereka
- Memberantas sikap tidak bertanggungjawab peniaga kepada pengguna
Masalah yang Dihadapi oleh Pengguna
- Harga barang diletakkan sesuka hati oleh penjual/ peniaga
- Barang tiruan semakin banyak di pasaran
- Keselamatan pengguna tidak terjamin
- Ubat-ubatan yang tidak dibenarkan di negara-negara lain masih terdapat di negara ini
- Pencemaran alam sekitar
SKOP: Hobi
Jenis-jenis Hobi/ Kegiatan Masa Lapang
- Kerja tangan seperti menjahit, menyulam, mengukir, dan sebagainya
- Bersukan seperti bermain bola sepak, berenang, berjoging, dan sebagainya
- Berbentuk pengetahuan seperti membaca, mengumpulkan setem, mengumpulkan lencana,
dan sebagainya
- Berbentuk hiburan seperti memancing, mendengar lagu, bernyanyi, menonton, dan
sebagainya
- Kegiatan lasak seperti mengembara, mendaki bukit atau gunung, dan sebagainya
Fungsi dan Tujuan Bergiat dalam Sesuatu Hobi/ Kegiatan Masa Lapang
- Memanfaatkan masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah
- Menenangkan dan melapangkan fikiran kerana melakukan sesuatu yang menyenangkan dan
yang di luar lingkungan tugas seharian
- Menggerakkan otot-otot dan secara tidak langsung menjadi suatu bentuk senaman ringan
- Menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mungkin memberikan manfaat pada masa
akan datang
- Mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain dan mewujudkan suasana yang harmonis
- Dapat menambah hasil pendapatan atau menjadi suatu kerjaya
- Melahirkan ketahanan, keyakinan diri, ketabahan, dan kesabaran
Usaha-usaha Menggalakkan Masyarakat Mempunyai Hobi/ Kegiatan Masa Lapang
- Menyediakan kemudahan atau tempat rekreasi lebih banyak bagi memudahkan masyarakat
menjalankan kegiatannya
- Menubuhkan kelab-kelab supaya masyarakat dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran
- Mengadakan pertandingan-pertandingan dan menggalakkan masyarakat untuk turut serta
- Memperkenalkan sesuatu hobi melalui media massa seperti di akhbar-akhbar, majalah,
televisyen, dan sebagainya
- Pemimpin, guru, atau ibu bapa harus memberikan teladan yang baik supaya rakyat, pelajar,
atau anak-anak turut bergiat dalam sesuatu hobi
SKOP: Isu warga tua
Sikap Masyarakat Terhadap Warga Tua
- Ada golongan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua
- Ada juga golongan masyarakat yang bersikap sebaliknya
- Ada kalangan masyarakat moden hari ini yang sanggup menghantar ibu bapa ke Rumah
Orang-orang tua
- Ibu bapa dianggap sebagai beban – mereka tidak menghiraukan nasihat dan teguran ibu bapa
- Anak-anak tidak menghormati ibu bapa atau warga tua
- Masyarakat sewajarnya memberikan perhatian kepada warga tua terutamanya kepada warga
tua yang tidak bernasib baik
Usaha-usaha Membantu Warga Tua
- Memperbanyak Rumah Orang-orang Tua supaya nasib warga tua yang melarat dapat dibela
- Melengkapkan Rumah Orang-orang Tua dengan pelbagai kemudahan seperti klinik,
perpustakaan tempat rekreasi, dan lain-lain sebagainya
- Mengadakan kegiatan-kegiatan amal untuk mengutip derma bagi membantu warga tua yang
kurang bernasib baik
- Menggalakkan perkhidmatan awam seperti bas, kereta api, komuter, kapal terbang, dan teksi
supaya mengadakan kadar tambang istimewa bagi warga tua
- Mengenakan bayaran perubatan istimewa terhadap warga tua yang memerlukan rawatan
sama ada di hospital, di klinik kerajaan, atau di klinik swasta
- Mempergiat kempen bagi menggalakkan masyarakat memberikan perhatian dan penghargaan
kepada warga tua
- Mengadakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan warga tua agar mereka dapat memenuhi
masa yang terluang
Kebaikan Membantu Warga Tua
- Memungkinkan warga tua berasa bahawa mereka masih disayangi dan dihargai oleh
masyarakat
- Dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka
- Mengeratkan perhubungan antara masyarakat terutamanya golongan muda dengan warga tua
- Mewujudkan suasana harmoni di kalangan masyarakat
- Menimbulkan kesedaran dan rasa insaf pada golongan muda bahawa suatu masa kelak
mereka akan menjadi tua juga
SKOP: Isu kanak-kanak
Isu Kanak-kanak Terbiar
(a) Faktor-faktor
a. Perpecahan keluarga – perceraian, kematian ibu atau bapa
b. Tekanan ekonomi
c. Ibu bapa atau penjaga terpengaruh oleh dadah dan arak
d. Kurang pengawasan daripada ibu bapa – ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan
e. Anak-anak dipelihara oleh orang lain
f. Kurangnya pendidikan agama
(b) Kesan
a. Perkembangan mental kanak-kanak itu terjejas
b. Kanak-kanak itu tidak yakin kepada diri sendiri
c. Kanak-kanak itu mudah terpengaruh oleh gejala-gejala sosial
d. Kanak-kanak itu mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan pelajaran
e. Dapat menyebabkan penganiayaan atau penderaan fizikal dan mental
f. Menjejaskan keharmonian masyarakat sekiranya kanak-kanak itu terlibat dalam kegiatan yang
kurang sihat
Penggunaan Tenaga Kerja di Kalangan Kanak-kanak
- Berlaku terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang
miskin
- Terpaksa bekerja kerana kesempitan hidup
- Ada juga kes yang melibatkan kanak-kanak terutamanya dari negara asing yang
dieksploitasikan oleh orang-orang atau sindiket yang tertentu – contohnya menjadi pengemis
- Penggunaan tenaga kanak-kanak ini berlaku di tiga sektor, iaitu:
o Pertanian – sebagai buruh atau pekerja di ladang
o Pembinaan – sebagai pekerja binaan
o Perkhidmatan – sebagai pembantu rumah, kedai, dan restoran
- Penggunaan tenaga kerja kanak-kanak ini merupakan suatu kesalahan besar dari segi
undang-undang
- Kanak-kanak ini sering diberi layanan yang buruk sama ada dari segi gaji atau kemudahan
yang lain
- Kerajaan harus bertindak tegas bagi membendung masalah ini
Tanggungjawab Masyarakat terhadap Kanak-kanak
- Memberikan kasih sayang, perhatian, dan pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak
- Melaporkan kegiatan orang-orang atau sindiket yang tertentu yang dipercayai menggunakan
tenaga kerja kanak-kanak
- Memastikan bahawa golongan kanak-kanak mendapat perlindungan yang sewajarnya
- Mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan keluarga dan masyarakat
- Menyediakan tempat tinggal, tempat belajar, dan tempat bermain yang selamat dan bersih
untuk kanak-kanak
- Menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak
SKOP: Kesihatan
Kepentingan Kesihatan
- Konsep kesihatan merangkum aspek fizikal, mental, sosial, emosi, dan rohani
- Membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
- Mengekalkan kecergasan tubuh badan
- Menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
- Menjadikan otak lebih cerdas
- Menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
- Melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang
Cara-cara Menjaga Kesihatan
- Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
- Melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
- Mempunyai waktu rehat yang cukup
- Melakukan pemeriksaan kesihatan
- Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
- Tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebihan-lebihan
seperti gula, makanan yang berlemak, dan sebagainya
- Menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum
minuman keras, dan sebagainya
Tahap Kesihatan Rakyat
- Cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik di kalangan kanak-kanak
mahupun di kalangan orang-orang dewasa dan orang-orang tua
- Dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
- Jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
- Kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di kalangan rakyat begitu tinggi
- Kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
- Perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
- Mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai
kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
- Mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diiktiraf hingga peringkat antarabangsa
SKOP: Majikan / pekerja
Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja
- Bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jatina, bangsa, dan agama
- Menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja
- Menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih, serta lengkap dengan kemudahan seperti
surau, kantin, dan sebagainya
- Membayar kadar upah, elaun, dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab
yang diberikan kepada pekerja
- Menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja menyediakan latihan
kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang
Kualiti Kerja dan Produktiviti
- Rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja
- Kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tinggi; misalnya mempunyai
kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi, dan sebagainya
- Kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi pendedahan tentang pengetahuan terbaru
yang berkaitan dengan tugasnya melalui kursus, seminar, bengkel, dan sebagainya
- Kualiti kerja ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang selesa dan sempurna serta
layanan yang memuaskan daripada majikan
Etika Kerja
- Bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang dijadikan pengangan
semasa menjalankan tugas
- Antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur,
dan sebagainya
- Penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai kualiti
yang dikehendaki
- Penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk antara pekerja dengan
pekerja dan antara pekerja dengan majikan
SKOP: Televisyen/video/filem
Pengaruhnya terhadap Masyarakat
- Merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat
- Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan, yang memberikan ilmu pengetahuan, yang
memaparkan berita dan ehwal semasa, rancangan kanak-kanak, dan rancangan agama
banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat
- Cerita-cerita yang berunsur keganasan, seks, tahayul, dan sebagainya pula membawa
keburukan
- Kanak-kanak dan golongan remaja begitu mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang ditonton
- Mereka akan terikut-ikut oleh sesuatu yang dilihat tanpa berfikir dan tanpa menyedari aspek
negatifnya; contohnya meniru aksi, pakaian, atau cara kehidupan artis pujaan mereka,
melakukan adegan-adegan ‘stunt’ yang berbahaya, dan lain-lain sebagainya
- Secara tidak langsung pengaruh buruk ini akan menjejaskan moral atau akhlak golongan muda
di negara kita – harapan tinggi diletakkan di bahu mereka akan berkecai
- Kerajaan perlu prihatan terhadap pengaruh dan kesan tayangan-tayangan filem atau bahan-
bahan yang disiarkan di televisyen, video, dan filem terhadap masyarakat
Kesesuaian Rancangan kepada Masyarakat
- Cerita-cerita yang ditayangkan harus sesuai kepada sesuatu golongan masyarakat atau
peringkat umur
- Masa tayangan harus juga disesuaikan
- Cerita-cerita yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan para pelajar sewajarnya disiarkan
pada sebelah siang atau awal malam
- Cerita-cerita yang hanya sesuai ditonton oleh orang dewasa pula harus disiarkan pada lewat
malam
- Cerita-cerita yang diimport, khasnya dari negara Barat haruslah ditapis dengan teliti atau
dikurangkan kerana kebanyakan cerita ini mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai dengan
adat dan budaya masyarakat kita
- Badan penyiaran setempat RTM, TV3, Metrovision, dan NTV7, Mega TV, dan ASTRO perlu
memperbanyak rancangan tempatan yang menekankan unsur-unsur moral dan hiburan yang
sesuai dengan kebudayaan kita
Fungsi dan Peranannya
- Sebagai alat untuk menyebarkan berita atau maklumat yang penting dan yang terkini dari
dalam atau luar negeri
- Sebagai alat untuk menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya masyarakat
pelajar – contohnya TV Pendidikan
- Sebagai alat hiburan kepada masyarakat
- Dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa melalui penyiaran bahan-bahan yang
bertemakan integrasi nasional
- Dapat memperkenalkan kebudayaan kaum-kaum yang berlainan
SKOP: Pasar tani
Perkembangannya di Malaysia
- Dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Tujuan diadakan Pasar Tani adalah untuk menyediakan tapak pasar dan peluang kepada para
petani memasarkan hasil keluaran
- Banyak terdapat di kawasan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan perumahan
- Tempat menjual berbagai-bagai hasil keluaran pertanian
- Semakin berkembang
- Memerlukan sokongan masyarakat
Kebaikan dan Keburukannya
(a) Kebaikan
a. Menyediakan tapak pasar dan peluang kepada petani menjual hasil keluaran
b. Memberikan kemudahan kepada petani untuk menjual hasil pertanian mereka tanpa melalui
orang tengah yang biasanya mengambil kesempatan terhadap usaha petani
c. Meningkatkan pendapatan petani
d. Menggalakkan perniagaan di kalangan masyarakat
e. Memajukan sistem pemasaran hasil pertanian
f. Memudahkan pengguna membeli hasil pertanian – dekat dengan kawasan perumahan
g. Menyediakan berbagai-bagai hasil pertanian
h. Harga jualan yang lebih murah dan berpatutan
i. Hasil pertanian yang segar
(b) Keburukan
a. Kekurangan kawasan dan tempat meletakkan kereta
b. Menyebabkan kesesakan lalu lintas
c. Diadakan seminggu sekali
d. Masalah pengangkutan yang dihadapi oleh petani
e. Kemudahan di pasar tani diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab
Sebab-sebab Pasar Tani Menjadi Tumpuan
- Berbagai-bagai hasil keluaran pertanian dapat dibeli
- Harga barang-barang yang dijual lebih murah dan berpatutan
- Hasil pertanian yang lebih segar
- Hasil pertanian dapat dibeli dengan jumlah yang banyak
- Pengguna dapat tawar-menawar harga dengan penjual
- Dekat dengan kawasan perumahan
SKOP: Amalan membaca
Sikap Membaca di Kalangan Masyarakat Malaysia
(a) Sikap membaca
a. Tidak menggalakkan – amat membimbangkan
b. Secara purata setiap rakyat Malaysia membaca satu halaman buku setiap tahun (sumber:
Dewan Masyarakat, Julai 1992)
c. Tahap pembacaan masyarakat negara ini masih rendah, khususnya terhadap bahan bacaan
dalam bahasa Melayu
d. Yang merunsingkan kini bukanlah semata-mata kurangnya minat membaca buku dalam
bahasa Melayu tetapi yang nyata ialah kurangnya tabiat membaca di kalangan masyarakat
yang dikatakan terpelajar
e. Banyak pelajar yang membaca kerana peperiksaan – tabiat membaca tidak diteruskan selepas
tamat pengajian
(b) Beberapa sebab utama kurangnya minat membaca
a. Belum wujud tradisi membaca di kalangan masyarakat untuk dijadikan ikutan – tidak ada
contoh atau suasana “membaca” untuk merangsang minat individu, baik dalam keluarganya,
mahupun dalam masyarakat
b. Media elektronik mengalih minat dan tabiat mengisi masa lapang di kalangan masyarakat –
lebih banyak yang gemar menonton daripada yang gemar membaca
c. Sikap ambil mudah terhadap pembacaan – tidak mahu membebankan fikiran dan
menumpukan perhatian yang padu terhadap sesuatu yang dibaca
d. Lain-lain – tidak ada galakan daripaada ibu bapa – sistem pendidikan yang mengongkong,
bahan bacaan berat dan sukar difahami, kurangnya tempat untuk bacaan, dan harga buku
yang mahal
Usaha Memupuk Minat Membaca di Kalangan Masyarakat
(a) Peranan ibu bapa
a. Perilu menggalakkan anak-anak membaca
b. Perlu menunjukkan contoh – amalkan tabiat gemar membaca
c. Menyediakan kemudahan untuk anak-anak membaca – menyediakan ruang bacaan di rumah
– membelikan anak-anak buku atau majalah yang bermutu – membawa anak-anak ke pameran
buku
d. Berbincang dengan anak-anak tentang buku yang dibaca
e. Memaksa anak-anak membaca sehingga tradisi membaca menjadi suatu hobi
(b) Peranan guru/ sekolah
a. Menyediakan bahan bacaan yang sesuai di perpustakaan
b. Menyediakan program, kegiatan, kempen untuk menggalakkan pelajar meminjam dan
membaca buku
c. Menganjurkan Hari Buku sekali atau dua kali setahun
d. Menganjurkan pertandingan yang berkaitan dan memberikan insentif
e. Bersikap kreatif supaya pelajar merasakan bahawa membaca itu menyeronokkan,
memuaskan, dan bermanfaat
(c) Peranan kerajaan dan swasta
a. Perlu menggiatkan kempen – menggalakkan pesta buku, pameran buku, ekspo buku
b. Perlu membanyakkan perpustakaan – perpustakaan bergerak
c. Pihak perpustakaan harus menggiatkan peranan mereka – menggalakkan pembacaan
d. Perlu mengurangkan cukai import terhadap bahan bacaan yang bermutu yang diterbitkan di
luar negeri – harga buku ini perlu dikurangkan
e. Perlu mewajibkan kakitangan kerajaan dan swasta membaca khususnya untuk penilaian
prestasi tahunan dengan berasaskan piawaian yang dicadangkan
f. Memberikan subsidi bahan bacaan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang
berkemampuan
g. Perlu menggalakkan penerbitan buku-buku bermutu oleh syarikat penerbitan
Faedah Membaca
- Membaca jambatan ilmu – pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan mengamalkan
tabiat membaca – memperkaya khazanah ilmu
- Meningkatkan daya fikir seseorang – dapat mengenal sesuatu yang tidak difahami atau tidak
diketahui
- Memajukan diri dan meningkatkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang
diceburi
- Dapat dijadikan tabiat untuk mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah
- Dapat memperoleh keseronokan, hiburan, kepuasan, dan ilmu pengetahuan
- Dapat menyampaikan ilmu yang dibaca/ pengetahuan yang diperoleh daripada bahan bacaan
kepada orang lain
- Cara atau kaedah untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan terhadap fikiran
SKOP: Perubatan moden
Perkembangan Perubatan Moden
(a) Secara umum
a. Maksud perubatan moden
i. Kaedah perubatan yang berdasarkan kajian dan penyelidikan secara saintifik
b. Sejarah
i. Bermula sekitar abad ke-16 apabila William Harvey membuat kajian tentang peredaran darah
ii. Terus berkembang apabila muncul tokoh-tokoh penting dalam perubatan seperti
1. Sir Alexander Fleming (1881 -1955) yang menemukan penisilin untuk membunuh kuman
2. Louis Pasteur (1882 – 1895) yang menemukan cara mencegah penyakit daripada merebak
3. Joseph Lister (1827 – 1912) yang menggunakan antisepik semasa melakukan pembedahan
4. Marie dan Pierre Curie yang menggunakan radium untuk merawat barah
iii. Abad ke-19 bermulanya revolusi perubatan moden
iv. Berbagai-bagai ubat untuk pelbagai penyakit dicipta dan ditemukan – pelbagai alat perubatan
direka dan digunakan dalam perubatan
v. Untuk mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit serta membetulkan kecacatan
vi. Berbagai-bagai teknik untuk menyelamatkan nyawa
vii. Diamalkan oleh pakar bedah, khususnya dalam hal pembedahan jantung, pemindahan tisu,
dan pembedahan plastik dengan menggunakan komputer
viii. Perubatan moden menjadi suatu industri yang sangat penting dalam kehidupan manusia –
terdapat berjuta-juta klinik, berjuta-juta doktor dan ahli perubatan di seluruh dunia – alat-alat
perubatan ada juga yang berjuta-juta ringgit harganya
(b) Di Malaysia
a. Hospital yang pertama di negara kita dibina di Taiping pada tahun 1878
b. Bidang perubatan moden semakin maju selepas merdeka
c. Kini hospital terdapat di seluruh negara dan lengkap dengan kemudahan dan peralatan
perubatan moden
d. Universiti setempat menyediakan kursus perubatan
e. Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1900 untuk menjalankan
pelbagai penyelidikan perubatan
Kesan Penggunaan Ubat-ubatan Moden
(a) Fungsi penggunaan ubat-ubatan moden
a. Untuk mencegah penyakit
b. Untuk melegakan penyakit
c. Untuk mengubati penyakit
d. Untuk menyihatkan badan, misalnya vitamin
e. Untuk kecantikan, misalnya pil untuk mengurangkan berat badan
(b) Kaedah pembuatannya
a. Berasaskan kajian yang saintifik
b. Berasaskan eksperimen
c. Banyak menggunakan dadah
d. Banyak menggunakan kimia
(c) Cara penggunaannya
a. Mesti mematuhi peraturan dan cara yang ditetapkan
b. Mesti mematuhi panduan dan nasihat doktor
c. Tidak boleh diambil secara berlebihan
(d) Kesan penggunaan ubat-ubatan moden
a. Lebih mujarab kerana berasaskan penyelidikan dan diagnosis yang teliti
b. Dapat menunjukkan kesan yang segera
c. Lebih selamat kerana kebersihannya terjamin dan keberkesanannya sudah terbukti
d. Dapat meninggalkan kesan yang negatif jika digunakan tanpa mengikut panduan atau
peraturan misalnya, pening-pening, loya, ketagihan, atau mabuk
Kemudahan Perubatan di Malaysia
- Kemudahan yang disebabkan dianggap antara yang terbaik di kalangan negara-negara
membangun
- Kemudahan atau perkhidmatan perubatan moden di negara kita disediakan oleh pihak kerajaan
dan swasta
- Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan perubatan dengan bayaran yang sangat murah
kepada semua rakyat Malaysia
- Pihak swasta menyediakan perkhidmatan perubatan dengan bayaran yang lebih tinggi
- Hospital dan pusat kesihatan umum terdapat di seluruh negara
- Kemudahan perubatan kerajaan disediakan oleh Kementerian Kesihatan
- Antara kemudahan perubatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan rawatan perubatan,
perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, pencegahan penyakit berjangkit, perkhidmatan doktor
udara, perkhidmatan pakar runding perubatan, dan perkhidmatan pakar pembedahan
- Beberapa masalah yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan – kekurangan doktor dan pakar
perubatan; kekurangan alat perubatan yang canggih; kekurangan wad dan bilik rawatan
SKOP: Perubatan tradisional
Maksud Perubatan Tradisional
(a) Cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang saintifik dan teknik-teknik moden –
diamalkan dengan penggunaan jampi, serapah, atau mantera, akar dan daun-daun kayu, dan ramuan
herba
(b) Pengamal perubatan tradisional di Malaysia
a. Melayu – dukun, pawang, bomoh
b. Cina – singse
c. India – “ayuveda”
(c) Peranan dan pengaruh dukun/ bomoh/ pawang
a. Dukun, bomoh, dan pawang adalah pengamal perubatan tradisional orang Melayu
b. Peranan dukun, bomoh, dan pawang dalam masyarakat ini menjadi semakin popular dan
penting apabila kerajaan mengiktiraf Persatuan Perubatan Tradisional
c. Dukun, bomoh, dan pawang memang terkenal di kawasan pedalaman di negara kita
d. Menjadi kerjaya yang memberikan pendapatan yang lumayan, khususnya bomoh urut
e. Bergiat secara komersial – penjualan ubat-ubatan dan minyak urut
f. Antara beberapa sebab semakin pentingnya peranan dukun, bomoh, dan pawang ialah
i. Pengiktirafan pada Persatuan Perubatan Tradisional oleh kerajaan
ii. Kemujarabannya dalam pengubatan berberapa jenis penyakit seperti patah tulang,
penagihan dadah, sengal-sengal oto, dan penyakit karang bernanah
iii. Keberkesannya dalam pengubatan penyakit yang mistik yang tidak dapat diubati melalui
perubatan moden seperti histeria dan beberapa jenis penyakit kronik, perubatan sihir, dan
gangguan makhluk halus
Perbandingan antara Perubatan Tradisional dengan Perubatan Moden
(a) Dari segi definisi
a. Perubatan tradisional bermaksud cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang
saintifik dan teknik-teknik moden
b. Perubatan moden adalah perubatan yang menggunakan kaedah, kajian, dan penyelidikan
secara saintifik
(b) Cara perubatan
a. Perubatan tradisional diamalkan dengan penggunaan jampi, serapah, atau mantera, akar dan
daun-daun kayu, ramuan herba, dan bahan-bahan semula jadi dalam alam ini – kebersihan
dan keselamatannya dapat diragui – pengambilan ubat mestilah berdasarkan pantang larang
yang tertentu
b. Perubatan moden menggunakan ubat-ubatan daripada dadah dan kimia yang diproses dengan
berdasarkan kajian dan penyelidikan saintifik yang teliti – lebih bersih dan lebih selamat –
pengambilan ubat tidak terikat pada pantang larang tetapi berdasarkan panduan dan nasihat
doktor
(c) Kesan perubatan
a. Perubatan tradisional tidak menunjukkan kemujaraban yang dapat diyakini atau berasaskan
bukti yang nyata – penyembuhan penyakit mengambil masa yang lama dan mungkin juga
secara kebetulan – dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang tidak dapat
diubati melalui perubatan moden
b. Perubatan moden dapat menunjukkan kesan yang segera – penyembuhannya berasaskan
bukti dan diagnosis yang sudah dijalankan – tidak dapat mengubati penyakit yang mistik yang
mungkin dapat diubati melalui perubatan tradisional
(d) Bayaran dan belanja
a. Kadar bayaran untuk perubatan tradisional lazimnya lebih murah
b. Kadar bayaran untuk perubatan moden lebih mahal kerana menggunakan peralatan yang
canggih
Keberkesanan Mengamalkan Perubatan Tradisional
- Perubatan tradisional lebih berkesan khususnya dalam pengubatan sakit tulang, patah, salah
urat, urut-mengurut, dan ketagihan dadah
- Perubatan tradisional dikatakan berkesan juga untuk mengubati penyakit yang mistik seperti
orang yang histeria, terkena sihir, atau gangguan orang halus
- Kaedah perubatan ini dikatakan berkesan juga untuk merawat penyakit kencing manis, karang
bernanah, dan darah tinggi
- Keberkesanan perubatan tradisional sukar dibuktikan atau dinyatakan kerana belum dibuat
kajian secara saintifik terhadap kaedah ini
SKOP: Sains dan teknologi
Kemajuan dan Perkembangannya
(a) Sejarah
a. Kaedah sains untuk memudahkan kehidupan sudah digunakan orang sejak baratus-ratus
tahun dahulu
b. Aristotles – ahli falsafah Greek memelajari pelbagai bidang sains, khususnya tentang struktur
dan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
i. Memudahkan kerja yang sukar dilakukan oleh manusia 0 penciptaan pelbagai alat
berkomputer
ii. Menjadikan hidup manusia lebih menyeronokkan – penciptaan pelbagai alat hiburan
iii. Meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian, perindustrian, perdagangan,
pelajaran – meningkatkan taraf hidup dan ekonomi
iv. Memajukan pemikiran dan daya fikir manusia – memungkinkan manusia menjelajah ke
angkasa lepas dan mengenali alam ini dengan lebih jelas
v. Memungkinkan manusia membaiki kerosakan-kerosakan yang berlaku terhadap alam
sekitar
c. Archimedes – memperkenalkan takal dan tuas untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat
benda yang berat
d. Orang-orang Mesir menggunakan alas guling untuk menggerakkan bongkah-bongkah batu
semasa pembinaan Piramid
e. Penciptaan/ penemuan sains bermula sekitar abad ke-16
i. Galileo mencipta jam bandul yang pertama
ii. Samuel Finlay mencipta telegraf
iii. John Logie Baird mencipta televisyen
iv. Wilbur dan Orville Wright mencipta kapal terbang
v. Gottlieb Daimler, Karl Benz, dan Henry Ford mencipta kereta
(b) Sains dan teknologi masa kini
a. Revolusi kemajuan sains dan teknologi bermula pada abad ke-20
b. Perkembangannya pesat – pelbagai penyelidikan dijalankan dan pelbagai penemuan diperoleh
c. Merangkum pelbagai bidang – perubatan, kejuruteraan, teknologi makanan, ketenteraan,
pengangkutan, perhubungan, nuklear, penjelajahan ke angkasa lepas, teknologi komputer
d. Beribu-ribu pakar sains menjalankan penyelidikan dan beratus-ratus juta ringgit digunakan
untuk memajukan sains dan teknologi – menjadi suatu industri yang sangat penting
Ciptaan-ciptaan Baru
(a) Ketenteraan
a. Senjata nuklear, laser, dan teknik peperangan angkasa lepas
(b) Perhubungan
a. Telefon bergambar, telefon selular, mesin faksimile
(c) Pengangkutan
a. Kereta tenaga solar, kereta tenaga elektrik (LRT, komuter)
(d) Mesin dan jentera
a. Mesin berkawalan komputer, mesin pengumpulan data dan maklumat berkomputer, mesin
sinaran laser, optik gentian kaca
(e) Hiburan
a. Alat permainan video, cakera laser, cakera padat
Kesan daripada Kemajuan Sains dan Teknologi
(a) Kesan positif
a. Kemajuan dalam bidang perubatan dapat menjamin kesihatan manusia – perubatan moden
memungkinkan banyak nyawa yang dapat diselamatkan daripada penderitaan sebagai akibat
pelbagai penyakit – pelbagai penyakit dapat didiagnosis, dirawat, dan diubati
b. Memudahkan sesuatu kerja dilaksanakan serta dapat menjimatkan masa
(b) Kesan negatif
a. Kemajuannya yang pesat mengurangkan keperluan tenaga manusia – mewujudkan
pengangguran
b. Penciptaan senjata nuklear menggalakkan peperangan – manusia semakin kejam –
memusnahkan pembangunan/ tamadun, membunuh berjuta-juta nyawa – merosakkan lapisan
ozon
c. Manusia semakin malas – kurang menggunakan tenaga – malas memanjat tangga kerana
adanya lif/ eskalator – gemar bermalas-malas dengan mendengar radio, televisyen – leka
bermain video – jarang-jarang kunjung-mengunjung kerana adanya telefon – malas berfikir
kerana adanya mesin kira
d. Memusnahan alam sekitar dan lapisan ozon – penciptaan alat yang menggunakan
klorofluorokarbon (CFC) seperti peti sejuk, penyembur aerosol, pendingin hawa, dan polistirena
menipiskan lapisan ozon
e. Menggalakkan pembangunan yang pesat dan berleluasa hingga merosakkan alam sekitar
SKOP: Isu pendidikan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia
(a) Sebelum merdeka
a. Tidak mempunyai satu dasar pendidikan yang umum bagi semua kaum kerana British
berpegang pada dasar pecah dan perintah
b. Pihak swasta dan pertubuhan mubaligh memberikan sumbangan terhadap pendidikan
c. Terdapat lima sistem persekolahan
i. Sistem persekolahan Melayu – dikendalikan oleh kerajaan British
ii. Sistem persekolahan Inggeris – dikendalikan oleh kerajaan British dan pertubuhan
mubaligh Kristian
iii. Sistem persekolahan Cina – dikendalikan oleh masyarakat Cina
iv. Sistem persekolahan Tamil – dikendalikan oleh masyarakat India
v. Sistem persekolahan pondok – dikendalikan oleh para ulama
(b) Selepas merdeka
a. Terbentuknya satu sistem Pendidikan Kebangsaan – pendidikan dianggap sebagai alat untuk
mencapai perpaduan dan semua kaum diberi peluang pendidikan yang seimbang
i. Laporan Razak 1956
1. Dasar Pelajaran Kebangsaan – bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar –
bertujuan menyatukan murid-murid dari semua kaum menerusi suatu sistem
pendidikan yang sama
2. Kementerian Pendidikan – bertanggungjawab terhadap kawalan dan pentadbiran
pendidikan
3. Sukatan Pelajaran – digunakan sukatan yang sama di semua sekolah
4. Perkhidmatan Perguruan – para guru diberi latihan yang sama di Maktab
Perguruan
ii. Penyata Rahman Talib 1960
1. Satu jawatankuasa untuk menyemak semula dasar pendidikan kebangsaan
2. Membuat syor-syor dengan tujuan memperbaiki pelaksanaan pendidikan
3. Pendidikan peringkat rendah diberikan kepada semua murid dan terbahagi kepada
sekolah berpengantar bahasa Melayu (Sekolah Rendah Kebangsaan) dan sekolah
berpengantar bukan bahasa Melayu (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan)
4. Pendidikan peringkat menengah – sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah
persendirian
iii. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983
1. Menegaskan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira)
2. Menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima dengan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)
iv. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989
1. Digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mengusahakan pembinaan
insan yang seimbang dan harmonis
2. Menegaskan kesepaduan unsur rohani/ emosi/ jasmani/ intelek
3. Menyediakan pendidikan umum tanpa pengkhususan
4. Menggantikan SRP dengan PMR
Masalah Pendidikan di Malaysia
(a) Masalah rumitnya proses mentadbirkan dan merancang pendidikan sebagai kesan perkembangan
pesat pendidikan – pendidikan adalah suatu proses yang berkembang dan dipengaruhi oleh
unsur-unsur luar – apabila timbul teknik-teknik pengajaran yang baru maka guru harus diberi
pendedahan dan latihan
(b) Masalah disiplin di kalangan pelajar – mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah
(c) Masalah memperseimbangkan pendidikan yang bercorak vokasional dan teknikal dengan
pendidikan yang bercorak akademik
(d) Masalah pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan – seharusnya membekalkan ilmu
pengetahuan yang secukupnya dan melengkapkan individu, sesuai dengan alam pekerjaan
(e) Masalah kekurangan pendidik yang berwibawa, khususnya di institusi pengajian tinggi sehingga
memaksa pengambilan pensyarah dari luar negeri
(f) Masalah kekurangan institusi pengajian tinggi untuk menampung permintaan pelajar yang kian
meningkat – menyebabkan banyak pelajar yang ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran
(g) Masalah kekurangan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu, khasnya pada peringkat pengajian
tinggi
(h) Masalah kewangan untuk menanggung perbelanjaan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah
dan di institusi pengajian tinggi
Pentingnya Pendidikan
(a) Mewujudkan perpaduan kaum dan menghapuskan polarisasi kaum – semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, termasuk aktiviti kokurikulum menekankan unsur-unsur perpaduan dan mengikis
prasangka perkauman yang dapat menyebabkan perpecahan
(b) Menyemai perasaan cinta akan negara melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum, dan budaya sekolah
(c) Membentuk manusia yang berdisiplin dan beradab sopan melalui penerapan nilai-nilai yang murni
dan mulia – menghindarkan diri daripada gejala negatif
(d) Memungkinkan lahirnya insan dan masyarakat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, dan
berkebolehan untuk mencapai kebahagiaan diri sendiri serta memberikan sumbangan kepada
pembangunan dan kemakmuran negara
(e) Menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara – semakin banyak yang mendapat
pendidikan, kemahiran dan produktiviti
SKOP: Kokurikulum
Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
(a) Berpakaian seragam – contohnya Pergerakan Pandu Puteri, Pergerakan Pengakap, Persatuan
Bulan Sabit Merah, dan sebagainya
(b) Kelab – contohnya Kelab Muzik, Kelab Fotografi, Kelab Catur, dan sebagainya
(c) Persatuan – contohnya Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan
Geografi, Persatuan Sejarah, dan sebagainya
(d) Sukan – contohnya badminton, hoki, bola jaring, bola sepak, bola keranjang, dan sebagainya
Kebaikan dan Faedah Menyertai Kokurikulum
(a) Mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan sia-sia di kompleks beli-belah, di
pusat permainan video, di panggung wayang, dan lain-lain
(b) Mengelakkan diri daripada tercebur dalam gejala yang dapat merosakkan akhlak
(c) Mewujudkan semangat kerjasama, sikap saling membantu, dan semangat perpaduan di kalangan
pelajar
(d) Menyemai, memupuk, dan menanam semangat kekitaan antara pelajar yang berlainan keturunan
dan yang berlatarbelakangkan cara hidup yang berbeza
(e) Memupuk dan menyemai sikap berdisiplin
(f) Menambah pengetahuan pelajar
(g) Memupuk semangat kesukanan dan sikap berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan
(h) Mencungkil bakat-bakat baru dan membentuk ciri-ciri kepemimpinan
(i) Menjalin hubungan mesra di antara guru dengan pelajar
(j) Melatih pelajar supaya lebih cekal dan tabah untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum
(a) Sambutan pelajar masih kurang membanggakan – masih banyak yang tidak mengendahkannya
dan sebaliknya gemar “melepak” serta melakukan perkara lain yang tidak berfaedah
(b) Sesetengah pelajar terlalu menitikberatkan kegiatan kokurikulum hinggi pelajarannya terabai
(c) Terdapat pelajar yang bijak membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum dan masa
pelajarannya – memperoleh kejayaan dalam bidang kokurikulum dan akademik
(d) Terdapat pelajar yang aktif dan berjaya dalam bidang kokurikulum di sekolah serta terus
menjadikan bidang tersebut sebagai kariernya – contohnya Rashid Sidek, Shalin Zulklfli, K.N. Lai,
Ong Beng Hee, dan lain-lain
SKOP: Kebudayaan
Kebudayaan Pelbagai Kaum di Malaysia
(a) Kebudayaan termasuk dalam erti peradaban yang meliputi segala kebiasaan atau adat resam,
tradisi, nilai, kehalusan, budi atau tata susila, perkembangan ilmu pengetahuan, dan kesinian yang
dipengaruhi serta mempengaruhi kehidupan manusia
(b) Kebudayaan kaum Melayu
a. Berbahasa Melayu dan beragama Islam
b. Kebanyakannya mendiami kawasan luar bandar dan banyak melibatkan diri dalam kegiatan
pertanian – kini mulai berubah dengan berhijrah ke bandar dan terlibat dalam kegiatan
perniagaan, perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya
c. Hari-hari perayaannya ada hubungannya dengan agama Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Raya Aidiladha, dan sebagainya
d. Antara beberapa tariannya ialah tarian inang, zapin, ronggeng, dan sebagainya
(c) Kebudayaan kaum Cina
a. Berbahasa Tionghua yang terdiri daripada beberapa loghat seperti Kanton, Hakka, Hokkien,
Teochew, dan sebagainya
b. Mempercayai ajaran Kung-fu-tze (Confucius) dan Lao-tse dan ada yang menganut agama
Buddha serta Kristian
c. Kebanyakannya mendiami kawasan bandar dan banyak terlibat dalam kegiatan perniagaan,
perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya
d. Antara hari perayaannya ialah Tahun Baru Cina, Ceng Beng, perayaan Kuih Bulan, perayaan
Tanglung, dan sebagainya
e. Antara beberapa tariannya ialah tarian singa, tarian naga, dan sebagainya
(d) Kebudayaan kaum India
a. Berbahasa Tamil dan ada juga yang berbahasa Malayalam dan Telegu
b. Kebanyakannya beragama Hindu tetapi ada juga yang beragama Kristian dan Islam
c. Antara hari perayaannya ialah Deepavali, Thaipusam, dan sebagainya
d. Banyak terlibat dalam kerja-kerja perladangan, perniagaan, perundangan, dan sebagainya
Konsep Kebudayaan Kebangsaan
(a) Kebudayaan mempunyai kemungkinan untuk berubah corak menurut sesuatu kebiasaan yang
mempengaruhi corak kebudayaan itu
(b) Perubahan corak kebudayaan ini dapat dirancang dan berlaku perlahan-lahan menurut kemahuan
seluruh anggota masyarakat tanpa dipaksa-paksakan
(c) Kebudayaan kebangsaan berlaku apabila proses asimilasi secara pengaruh-mempengaruhi terjadi
di antara kebudayaan-kebudayaan yang berlainan di negara ini
(d) Proses asimilasi ini boleh berlaku dalam kesenian, pergaulan hidup, dan sebagainya
(e) Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi batu asas untuk tapak dan tempat tegaknya kebudayaan
kebangsaan
(f) Bahasa Melayu pula menjadi teras pada pertumbuhan kebudayaan kebangsaan – segala unsur
dalam pelbagai kebudayaan yang berbeza-beza dapat berpadu dalam kebudayaan kebangsaan
melalui bahasa kebangsaan, yakni bahasa Melayu
(g) Sesuatu yang diterima sebagai kebudayaan kebangsaan mestilah tidak bercanggah dengan
ajaran Islam
Pengaruh Luar dalam Kebudayaan
(a) Secara jelas dipengaruhi oleh agama dan kepercayaan Hindu, agama Islam, dan pengaruh Barat
(b) Pengaruh penjajah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris serta kaum-kaum pendatang turut
dapat dikesan
(c) Pengaruh agama Hindu dan kemudiannya pengaruh agama Islam ternyata sekali dalam pelbagai
amalan dan pantang larang, adat istiadat, bidang kebahasaan dan kesusasteraan, dan
sebagainya
(d) Bahasa yang digunakan telah berkembang pesat dengan kemasukan kata-kata asing sejajar
dengan perkembangan ilmu, sains, dan teknologi
(e) Cara berpakaian yang tradisi diubahsuaikan; begitu juga cara berpakaian sehari-hari yang
dipengaruhi oleh pelbagai fesyen semasa
(f) Corak pergaulan semakin bebas, antara kaum dengan kaum yang lain, antara lelaki dengan
wanita
(g) Aspek hiburan turut mengalami perubahan kerana dipengaruhi pelbagai unsur luar – alat-alat
untuk persembahan muzik dan nyanyian ditambahkan, tarian-tarian diubahsuaikan, dan
sebagainya
SKOP: Nilai-nilai murni
Usaha Memupuk Nilai-nilai Murni
(a) Di peringkat sekolah, usahanya kian teratur dan terancang – sistem pendidikan negara kini
mengutamakan nilai-nilai murni dengan mengubah kurikulum dalam KBSR dan KBSM
(b) 16 nilai murni diperkenalkan di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di alam
persekolahan – nilai-nilai murni tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat
bermasyarakat
(c) Di peringkat umum, kerajaan menganggap serius terhadap pemupukan nilai-nilai murni –
melancarkan kempen “Masyarakat Penyayang” untuk membangkitkan kesedaran masyarakat
(d) Agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, termasuk pihak media, turut berperanan –
menganjurkan kegiatan seperti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman,
menganjurkan majlis keramaian seperti Hari Keluarga, dan sebagainya untuk memupuk dan
menyemai nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat
Pentingnya Mempunyai Nilai-nilai Murni
(a) Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang
mulia dan akan dihormati
(b) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni memungkinkan individu membuat pertimbangan sendiri
secara rasional – senantiasa melakukan sesuatu berlandaskan prinsip-prinsip moral dan peraturan
(c) Pelbagai gejala sosial yang negatif dan menyesatkan dapat dihindarkan atau dikurangkan –
kehidupan masyarakat menjadi lebih tenteram dan sentosa
(d) Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberikan sumbangan yang lebih
bermakna dalam usaha-usaha pembangunan – negara dapat mencapai kemajuan dan
kemakmuran dengan cepat
(e) Imej negara di mata dunia meningkat – negara akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara-
negara lain
Nilai Murni di Kalangan Masyarakat Hari Ini
(a) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni belum mencapai tahap yang dihendaki – meliputi pelbagai
golongan dalam masyarakat
(b) Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak – berlakunya gejala keruntuhan
akhlak seperti penyalahgunaan dadah, kegiatan maksiat dan jenayah, melepak, dan sebagainya
(c) Ada pula ibu bapa dan anggota-anggota keluarga yang bertindak kejam terhadap anak-anak serta
sanak-saudara – berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak, perogolan, dan sebagainya
(d) Muda-mudi lemah pegangan agamanya – keruntuhan moral berlaku di kalangan mereka – mudah
terpengaruh oleh gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas tanpa batas,
dan sebagainya
(e) Pemimpin-pemimpin masyarakat menyalahgunakan kuasa, melakukan pecah amanah dan
rasuah, terlibat dalam skandal yang memalukan, dan sebagainya – menggambarkan betapa
lemahnya pegangan mereka terhadap nilai-nilai murni
(f) Kesedaran tentang pentingnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan
anggota-anggota masyarakat memang wajar ditingkatkan
SKOP: Khazanah bumi
Jenis-Jenis Hutan
(a) Hutan khaltulistiwa/ hutan hujan tropika
a. Terdapat di kawasan tanah pamah yang tingginya kurang daripada 1000 meter
b. Hutannya malar hijau
c. Pohon-pohonnya tumbuh rapat-rapat dan terbahagi kepada tiga lapisan tumbuhan, yakni:
i. Lapisan atas; pohon-pohonnya besar, berbatang lurus, berbanir, dan tumbuh sehingga 50
meter tinggi
ii. Lapisan tengah; pohon-pohonnya tumbuh antara 15m hingga 45m tinggi manakala daun-
daunnya membentuk kanopi
iii. Lapisan bawah; tumbuhannya jarang dan terdiri daripada tumbuhan yang menjalar seperti
rotan dan tumbuhan yang hidup menumpang seperti pandan, orkid, paku pakis, kulat,
cendawan, dan sebagainya
(b) Hutan paya
a. Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu hutan paya bakau, hutan paya air tawar, dan hutan paya gambut
b. Hutan paya bakau
i. Terdapat di kawasan yang berlumpur di pinggir laut dan di muara sungai
ii. Tumbuhannya terdiri daripada pohon bakau, paku laut, merbau laut, nipah, dan nibung
c. Hutan paya air tawar
i. Terdapat di tebing sungai dan di sekitar tasik
ii. Tumbuhannya terdiri daripada pohon gelam, nibung, resak, pandan, rotan, dan salak
d. Hutan paya gambut
i. Terdapat di tepi sungai
ii. Lantainya dilitupi tanah gambut yang berwarna hitam, senantiasa digenangi ait yang berwarna
coklat, dan tumbuhannya terdiri daripada pohon ramin, punah, dan kempas
(c) Hutan pantai
a. Terdapat di kawasan pinggir pantai yang berpasir
b. Tumbuhannya terdiri daripada pohon ru, mengkuang laut, kelapa, lalang, dan pelbagai jenis rumput
(d) Hutan gunung
a. Terdapat di kawasan pergunungan yang tingginya melebihi 1000 meter
b. Tumbuhan yang tumbuh berbeza-beza mengikut ketinggian
i. Pada ketinggian antara 1000m hingga 2000m, tumbuhannya tumbuh agak jarang dan terdiri
daripada pohon seraya, berangan, paku pakis gergasi, dan pelbagai jenis tumbuhan yang hidup
menumpang serta yang hidup memanjat
ii. Pada ketinggian 2001m hingga 3001m, tumbuhannya tumbuh semakin jarang dan terdiri
daripada pohon pain, maple, dan sprus
iii. Pada ketinggian 3001m hingga 4000m, rumput alpain tumbuh; selepas ketinggian tersebut
tumbuh pula lumut dan kulampair
(e) Hutan berlukar atau hutan sekunder
a. Tumbuh di dalam hutan asal yang telah ditebang
b. Tumbuhannya terdiri daripada semak-samun, pohon renek, herba, dan pohon yang menjalar
Usaha-usaha Mengekalkan Khazanah Tersebut
(a) Menubuhkan agensi yang khusus mengurus dan mentadbirkan hal-hal yang berkaitan dengan
hutan
(b) Melancarkan kempen-kempen mencintai hutan dan alam sekitar di peringkat sekolah dan di sektor
awam serta di sektor swasta
(c) Menggalakkan penubuhan kelab, persatuan, dan pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan
hutan
(d) Mewujudkan Dasar Perhutanan Negara
(e) Menggubal dan melaksanakan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia
yang lebih efektif
(f) Menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan
tentang perhutanan
(g) Menggiatkan usaha-usaha pemuliharaan hutan dan penanaman semula hutan selepas
pembalakan
(h) Mewartakan kawasan hutan yang luas seperti di Pahang Utara, Kelantan, dan Terengganu
sebagai Taman Negara seperti kawasan Endau-Rompin
(i) Menubuhkan Jabatan Perhutanan yang berkesan sebagai pelaksana dasar di setiap negeri dan
daerah
(j) Mengawal kegiatan penerokaan hutan dan mengurangkan kegiatan pembalakan
(k) Menjatuhkan hukuman yang berat dan setimpal kepada peneroka-peneroka hutan secara haram
Sumbangan kepada Negara
(a) Ekologi/ sosial
a. Penyerap unsur karbon dioksida dan penambah isipadu oksigen di atmosfera
b. Pembiakan pelbagai jenis flora dan fauna
c. Memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat – terlibat dalam kegiatan membalak dan
pelbagai kegiatan di kilang papan
(b) Ekonomi
a. Hasil kayu-kayu keras tropika menyumbangkan kira-kira 7% daripada eksport negara
b. Menjadi daya tarikan pelancong yang memberikan pendapatan yang besar kerana hutan kita adalah
antara yang tertua di dunia yang masih terpelihara keasliannya
c. Menyumbangkan pendapatan kepada masyarakat luar bandar hasil daripada penjualan buluh, rotan,
mengkuang, dan ramuan ubatan tradisional
d. Mengembangkan industri pembinaan dan industri perabot setempat
SKOP: Perladangan
Isu Tenaga Kerja di Bidang Perladangan
(a) Menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, terutamanya mulai dekad 1980-an
(b) Tenaga pekerja berpindah ke sektor perkilangan yang berkembang pesat dan menawarkan
pendapatan yang lebih lumayan
(c) Pengusaha ladang dibenarkan mengambil tenaga kerja asing demi menampung kekurangan
tenaga pekerja
(d) Kemasukan pekerja asing tanpa permit telah disahkan supaya mereka dapat bekerja di ladang
(e) Pekerja asing kini memberikan sumbangan yang besar kepada sektor perladangan
Perkembangan dan Sumbangan kepada Negara
(a) Membekalkan sumber pendapatan kepada negara melalui cukai yang dikenakan terhadap
pengusaha ladang
(b) Menyebabkan kawasan sekitarnya bertambah maju – contohnya tempat yang dahulunya
terpencil akhirnya menjadi bandar baru dan menerima pelbagai kemudahan apabila wujudnya
ladang di kawasan tersebut
(c) Kegiatan perladangan dapat dipelbagaikan – dahulu usaha tertumpu pada penanaman getah,
nanas, dan kelapa – kini ladang-ladang kelapa sawit, koko, buah-buahan, tebu, dan sebagainya
semakin giat diusahakan
(d) Peluang pekerjaan dalam bidang-bidang yang menuntut kemahiran yang tinggi di sektor
perladangan dapat diisi oleh penduduk setempat
(e) Syarikat-syarikat yang menjalankan kegiatan perladangan turut mendirikan sekolah, klinik,
kemudahan rekreasi, dan kemudahan-kemudahan yang lain untuk para pekerjanya dan dapat
dinikmati juga oleh penduduk setempat
Usaha Memajukan Sektor Perladangan
(a) Menubuhkan pelbagai agensi untuk memberikan bantuan kepada sektor perladangan
(b) Mengesyorkan perubahan dalam cara pengurusan ladang daripada intensif buruh kepada intensif
modal
(c) Menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam sektor perladangan
(d) Mempergiat usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi meningkatkan
penghasilan dan kualiti hasil-hasil perladangan
(e) Memperbaiki, memodenkan, dan menambah prasarana untuk kemudahan sektor perladangan
(f) Mengurangkan kadar cukai pada syarikat-syarikat yang baru mengusahakan kegiatan
perladangan
(g) Meneroka pasaran baru selain memantapkan kedudukan pasaran yang sedia ada melalui misi-
misi perdagangan ke luar negeri
(h) Menggalakkan pelaburan dalam sektor perladangan, baik oleh pelabur asing mahupun pelabur
setempat
SKOP: Isu perundangan
Peranan dan Fungsi Undang-undang
(a) Mempertahankan Perlembagaan
(b) Memelihara hak warga negara
(c) Mengawal atau mengimbangi kuasa kerajaan
(d) Menegakkan dan menjamin keadilan
(e) Membentuk individu serta masyarakat yang berdisiplin dan bertanggungjawab
(f) Memungkinkan kehidupan menjadi lebih teratur
(g) Memelihara keamanan dan ketenteraman awam
(h) Mencegah berlakunya keadaan huru-hara
(i) Memastikan segala usaha dan projek kerajaan untuk membangunkan negara berjalan lancar
Keberkesanan Undang-undang
(a) Undang-undang negara berkesan kerana tidak terpengaruh oleh sebarang tekanan luar
(b) Penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan sistematik – melibatkan pelbagai institusi
seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Narkotik Negara,
serta Jabatan Kastam dan Eksais
(c) Institusi yang menguatkuasakan undang-undang bertindak dengan tegas dan cekap – pelbagai
dakwaan dan tangkapan dibuat – hal ini menjamin keberkesanan undang-undang
(d) Sistem pengadilan pun dibentuk dengan teratur untuk menjamin keberkesanan undang-undang –
menubuhkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah, Mahkamah
Sesyen, Mahkamah Majistret, dan sebagainya
(e) Kebebasan sistem kehakiman sudah terbukti – mereka yang melakukan kesalahan tanpa mengira
keturunan, pangkat, dan kedudukan pernah didakwa dan dijatuhi hukuman
Jenayah di Negara Kita
(a) Jenayah perdagangan
a. Berlaku di bidang perdagangan dan kewangan
b. Biasanya melibatkan penipuan kepada pelanggan atau penyelewengan akaun, pecah amanah, dan
lain-lain
c. Keadaannya di negara kita agak serius – contohnya skandal BMF, penipuan di syarikat broker
saham, Skim Cepat Kaya, dan sebagainya
(b) Jenayah Sosial
a. Melibatkan semua golongan masyarakat dan biasanya menyebabkan kecederaan dan kematian
b. Contohnya: pembunuhan, rompakan, peras ugut, perogolan, pelacuran, dan sebagainya
c. Keadaannya di Malaysia semakin serius
(c) Jenayah juvana
a. Dilakukan oleh golongan remaja yang masih di bawah umur 18 tahun
b. Antara kesalahannya termasuklah mencuri, memeras ugut, merosakkan harta benda awam, dan
sebagainya
SKOP: Pertanian tradisional
Kebaikan dan Keburukan Pertanian Tradisional
(a) Kebaikan
a. Tidak memerlukan kos dan modal yang besar
b. Tidak memerlukan penjagaan yang rapi
c. Hasil pertaniannya tidak dicemari bahan kimia yang dapat menjejaskan kesihatan
d. Dapat menghasilkan pelbagai hasil pertanian, misalnya pisang, ubi kayu, ubi keladi, keledek,
dan sebagainya – sesuai dengan kemahuan dan keperluan pengusahanya
e. Mewujudkan suasana mesra di kalangan mereka yang mengusahakannya
f. Dapat mengekalkan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun
(b) Keburukan
a. Tidak memberikan hasil yang banyak dan hasilnya kurang bermutu, misalnya dari segi saiz,
rasa, dan sebagainya
b. Tidak dapat dijadikan sumber pendapatan tambahan – jika adapun tidaklah lumayan
c. Mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit dan serangan makhluk perosak
d. Kerja-kerja yang dilakukan memakan masa yang lama kerana menggunakan peralatan
tradisional
e. Mewujudkan petani yang kurang kreatif dan yang sukar menerima perubahan untuk kemajuan
f. Memberikan kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (merujuk kepada pertanian pindah)
Mengapa Pertanian Tradisional Masih Diamalkan
(a) Mudah dikerjakan tanpa memerlukan usaha yang banyak
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf
ULBS BAHASA MELAYU.pdf

More Related Content

Similar to ULBS BAHASA MELAYU.pdf

Pertanian di malaysia
Pertanian di malaysiaPertanian di malaysia
Pertanian di malaysia
hasmahali
 
3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...
3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...
3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...
najmul190693
 
rpt Kajian tempatan t6
rpt Kajian tempatan t6rpt Kajian tempatan t6
rpt Kajian tempatan t6
iyatieku ayune
 
Kajian tempatan-tahun-6 rpt
Kajian tempatan-tahun-6 rptKajian tempatan-tahun-6 rpt
Kajian tempatan-tahun-6 rpt
Mashi Laoshi
 
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alamKearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
deviarsel
 
Risalah pertemuan managing our nation ppm manajemen
Risalah pertemuan managing our nation ppm manajemenRisalah pertemuan managing our nation ppm manajemen
Risalah pertemuan managing our nation ppm manajemen
pdatarawa
 

Similar to ULBS BAHASA MELAYU.pdf (20)

Pertanian di malaysia
Pertanian di malaysiaPertanian di malaysia
Pertanian di malaysia
 
Pertanian di malaysia
Pertanian di malaysiaPertanian di malaysia
Pertanian di malaysia
 
3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...
3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...
3401411182 pengembangan wirausaha donesa rumput laut untuk meningkatkan ekono...
 
Puji 3
Puji 3Puji 3
Puji 3
 
Puji 3
Puji 3Puji 3
Puji 3
 
Industri
IndustriIndustri
Industri
 
Rtktthn6
Rtktthn6Rtktthn6
Rtktthn6
 
RPT Kajian tempatan
RPT Kajian tempatanRPT Kajian tempatan
RPT Kajian tempatan
 
Rpt kajian tempatan thn 6
Rpt kajian tempatan thn 6Rpt kajian tempatan thn 6
Rpt kajian tempatan thn 6
 
Perusahaan asing (kamis_08_oktober_020)
Perusahaan asing (kamis_08_oktober_020)Perusahaan asing (kamis_08_oktober_020)
Perusahaan asing (kamis_08_oktober_020)
 
Industri dan pertanian
Industri dan pertanianIndustri dan pertanian
Industri dan pertanian
 
rpt Kajian tempatan t6
rpt Kajian tempatan t6rpt Kajian tempatan t6
rpt Kajian tempatan t6
 
Negara kaya penduduk miskin
Negara kaya penduduk miskinNegara kaya penduduk miskin
Negara kaya penduduk miskin
 
Kajian tempatan-tahun-6 rpt
Kajian tempatan-tahun-6 rptKajian tempatan-tahun-6 rpt
Kajian tempatan-tahun-6 rpt
 
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alamKearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
 
Profil indagkop kab.humbahas
Profil indagkop kab.humbahasProfil indagkop kab.humbahas
Profil indagkop kab.humbahas
 
Proposal edupark asparagus
Proposal edupark asparagusProposal edupark asparagus
Proposal edupark asparagus
 
Inspirasi Tentang Teknologi Tepat Guna (TTG)
Inspirasi Tentang Teknologi Tepat Guna (TTG)Inspirasi Tentang Teknologi Tepat Guna (TTG)
Inspirasi Tentang Teknologi Tepat Guna (TTG)
 
PROJEK BANDAR MAPAN
PROJEK BANDAR MAPAN PROJEK BANDAR MAPAN
PROJEK BANDAR MAPAN
 
Risalah pertemuan managing our nation ppm manajemen
Risalah pertemuan managing our nation ppm manajemenRisalah pertemuan managing our nation ppm manajemen
Risalah pertemuan managing our nation ppm manajemen
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 

ULBS BAHASA MELAYU.pdf

  • 1. SKOP: Perindustrian Jenis-jenis Perindustrian (a) Industri primer – menyediakan bahan mentah untuk kegunaan industri lain; contohnya kayu balak disediakan untuk diproses menjadi papan, papan lapis, dan sebagainya (b) Industri sekunder – menukarkan hasil keluaran daripada industri primer menjadi barang untuk kegunaan manusia – industri ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu: a. Industri ringan; contohnya industri yang mengeluarkan barang pengguna seperti makanan, minuman, pakaian, dan sebagainya b. Industri berat; contohnya industri yang mengeluarkan besi, keluli, kereta, dan sebagainya (c) Industri tertier – menyediakan perkhidmatan seperti kewangan, insurans, pengangkutan, perhubungan, dan sebagainya Kebaikan dan Keburukan Perindustrian (a) Kebaikan a. Mengurangkan import barangan industri b. Mengurangkan pertukaran wang asing c. Mewujudkan peluang pekerjaan d. Meningkatkan kemahiran pekerja setempat e. Meningkatkan penggunaan bahan mentah setempah f. Menambah pendapatan negara (b) Keburukan a. Mengurangkan keluaran pertanian b. Mempercepat penerokaan dan kemusnahan hutan c. Menyebabkan pencemaran yang teruk d. Menyebabkan kesesakan Penggunaan Teknologi Moden dalam Perindustrian - Masih belum meluas; mengutamakan kaedah intensif buruh daripada kaedah intensif modal - Dipengaruhi oleh buruh yang banyak dan kosnya yang murah - Diutamakan penggunaan buruh kerana hendak memperbanyak peluang pekerjaan - Memerlukan kemahiran dan kos yang tinggi untuk mengendalikan peralatan yang canggih - Digunakan hanya dalam industri yang tertentu seperti industri automotif SKOP: Industri Desa Jenis-jenis Industri Desa (a) Industri desa ditakrifkan sebagai perusahaan yang bertempat di desa, berskala kecil, menggunakan bahan-bahan semula jadi setempat, dan menggunakan kemahiran yang tradisional (b) Jenis/contoh hasil keluaran industri ini ialah: a. Barangan seramik, misalnya lelabu sayung, pasu bunga, dan sebagainya b. Barangan daripada logam, misalnya tembaga dan perak c. Barangan lain, misalnya batik, songket, dan ukiran kayu d. Barangan makanan, misalnya cencaluk, budu, keropok, dan sebagainya Usaha-usaha dan Tujuan Memajukan Industri Desa (a) Usaha-usaha memajukan industri desa a. Membantu memasarkan hasil kraf tangan di dalam dan di luar negara b. Mempergiat usaha promosi dan kempen di dalam dan di luar negeri untuk mempopularkan hasil keluaran c. Meningkatkan kemahiran pembuatan dengan penggunaan alat-alat moden melalui kursus- kursus yang dianjurkan d. Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil kraf tangan e. Menggalakkan rakyat menggunakan hasil kraf tangan setempat f. Memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha yang terlibat dalam industri desa g. Menubuhkan agensi-agensi seperti MARA, KEMAS, Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia (PKMM) untuk memberikan dan menyelaraskan bantuan yang dinyatakan di atas (b) Tujuan memajukan industri desa a. Menambah pendapatan penduduk di desa dan mengurangkan kadar kemiskinan di desa b. Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di desa c. Meninggikan produktiviti daripada hasil kerja tangan yang boleh mendapat pasaran d. Mewujudkan pengusaha-pengusaha di desa dalam aktiviti ekonomi dan perusahaan yang berpotensi e. Menggalakkan penduduk desa menggunakan masa untuk menjalankan usaha-usaha yang menguntungkan f. Membantu industri pelancongan yang sedang dipergiat oleh kerajaan g. Mempopularkan barangan hasil kemahiran penduduk setempat dan mengelakkan kepupusan Sambutan terhadap Hasil Keluaran Industri Desa - Mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat untuk digunakan sebagai hiasan atau untuk kegunaan sehari-hari - Menarik minat para pelancong asing yang merupakan antara pembeli utama - Mula mendapat pasaran yang baik di dalam negeri dan ada yang dipasarkan di pasar raya dan di pusat-pusat beli-belah - Mula meluas pasarannya di luar negeri seperti di Belanda, Jerman, United Kingdom, dan sebagainya SKOP: Isu pembalakan Kesan Pembalakan (a) Kebaikan a. Memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara b. Menyediakan peluang pekerjaan c. Membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan (b) Keburukan a. Musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai b. Pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan c. Musnahnya habitat hidupan liar d. Hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dan sebagainya e. Perubahan arah angin dan cuaca berlaku – bekalan oksigen berkurang f. Kawansan tadahan air negara terjejas g. Kesuburan tanah semakin kurang Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan - Pengeluaran balak dikurangkan dengan mengehadkan kawasan pembalakan - Kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Perhutanan - Penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan - Penebangan pohon yang matang saja dibenarkan - Kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat - Penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - Hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram Isu Pembalakan Haram (a) Cara dijalankan a. Secara sulit, yakni jauh di dalam hutan/ kawasan pedalaman b. Di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan c. Di kawasan hutan simpanan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan d. Secara penipuan dan penyelewengan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh (b) Kesan a. Merugikan negara dari segi pendapatan cukai b. Membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman – ancaman tanah runtuh c. Menyebabkan banjir kilat – kerugian harta benda dan nyawa
  • 2. d. Mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik e. Menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpanan dan kawasan tadahan hujan SKOP: Tempat rekreasi Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi -Sebagai tempat unutk beristirahat/ menenangkan fikiran – lari dari kesibukan, khususnya di kota -Sebagai tempat beriadah/ bersenam – ke arah masyarakat yang cergas dan sihat -Sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia -Untuk menghijaukan/ mengindahkan kawasan sekitar – menimbulkan suasana yang nyaman Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi -Amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota -Mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi -Mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat – dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi (a) Kemudahan yang disediakan a. Alat-alat permainan untuk kanak-kanak b. Alat-alat untuk senaman ringan c. Tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki/ joging d. Bakul sampah, lampu, dan pondok telefon e. Gerai makanan dan minuman (b) Keadaan kemudahan di taman rekreasi a. Masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu b. Ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti c. Ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak d. Ada yang tidak diberi penyelenggaran yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan SKOP: Penswastaan Faedah-faedah Penswastaan -Menjimatkan belanjawan kerajaan, khususnya dari segi perbelanjaan mengurus -Menambah pendapatan kerajaan, yakni daripada cukai yang dikenakan -Meningkatkan keberkesanan dan kelancaran tugas serta prestasi agensi yang diswastakan -Menawarkan insentif yang lebih baik kepada pekerja dan hal ini dapat meningkatkan produktiviti mereka -Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk kepuasan pengguna Perkembangan Penswastaan di Malaysia -Merangkum bidang perhubungan, pengangkutan, dan sebagainya -Berkembang dengan lancar dan baik -Kejayaan penswastaan di negara kita dikagumi banyak negara -Banyak agensi kerajaan yang sudah diswastakan – contohnya Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd., dan sebagainya -Agensi yang diswastakan berkembang dengan lebih pesat dan memperoleh keuntungan yang besar -Lebih banyak agensi yang dijangka akan diswastakan Penglibatan Pihak Swasta dalam Bidang Tertentu -Kerjasama pihak swasta disaran oleh kerajaan -Bidang yang dapat diberi kerjasama ialah bidang teknikal yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih -Pihak swasta dapat juga membekalkan peralatan canggih yang diperlukan serta memberikan bantuan kepada agensi yang diswastakan -Contohnya dalam bidang tenaga elektrik, kekurangan bekalannya tidak lama dahulu ditampung melalui kerjasama antara pihak Tenaga Nasional dengan pihak swasta - Pihak swasta menjual tenaga elektrik dari janakuasa mereka kepada pihak Tenaga Nasional dengan harga yang tertentu dan dalam tempoh tertentu; Tenaga Nasional kemudiannya menyalurkan tenaga elektrik kepada pengguna SKOP: Industri perikanan Masalah yang Dihadapi oleh Nelayan -Kekurangan modal untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan yang moden bagi meneroka laut dalam – kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) -Ditindas oleh orang tengah – membeli ikan dengan harga yang murah – nelayan terpaksa akur kerana terbelenggu oleh hutang -Pencerobohan nelayan asing di kawasan ZEE – menjejaskan mata pencarian mereka -Sikap agensi-agensi yang lebih tertarik untuk memajukan perusahaan menernak ikan air tawar daripada memajukan perusahaan menangkap ikan di laut dalam -Pencemaran air laut di kawasan pinggir pantai, sikap tidak mementingkan kebersihan – mengurangkan tangkapan nelayan Penggunaan Teknologi Moden dalam Industri Perikanan (a) Kebaikan a. Memungkinkan nelayan bertumpu pada perikanan laut dalam – permintaan terhadap ikan yang kian meningkat dapat dipenuhi b. Dapat meningkatkan hasil tangkapan ikan dan sumber-sumber perikanan yang lain – menambah pendapatan nelayan serta mengatasi kemiskinan c. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara – menambah pendapatan negara d. Dapat mempelbagaikan hasil perikanan – pemprosesan ikan untuk dijadikan bahan makanan yang lain e. Dapat mengeksport ikan yang segar dan tinggi kualitinya – teknik dingin beku yang moden (b) Keburukan a. Berlakunya kepupusan sumber perikanan – sukar dipulihan dalam jangka masa yang singkat b. Membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi – nelayan tidak mampu c. Memerlukan kemahiran dan latihan yang intensif, misalnya dalam pengendalian bot yang moden – nelayan yang rendah taraf pendidikannya mungkin menghadapi masalah d. Memungkinkan timbulnya kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan – nelayan laut dalam biasanya menghabiskan masa yang lama di laut – terpaksa berpisah daripada keluarga Perkembangan dan Sumbangan Industri Perikanan - Dari segi permintaan terhadap ikan, terdapat peningkatan dari setahun ke setahun sejajar dengan pertambahan penduduk – permintaan melebihi penawaran - Potensi permintaan di pasaran setempat dan luar negeri adalah baik, tetapi penangkapan ikan di perairan pantai tidak dapat ditingkatkan – kemerosotan sumber-sumber perikanan - Sumbangan industri perikanan – sebagai punca utama bekalan makanan berprotein serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat - Sumbangannya kepada KDNK masih rendah – menunjukkan bahawa produktivitinya masih rendah - Kerajaan perlu terlibat secara langsung dalam usaha memodenkan dan membangunkan inudstri perikanan
  • 3. SKOP: Agensi kerajaan Jenis-jenis Agensi Kerajaan -Terbahagi kepada dua jenis, iaitu agensi pusat dan agensi pelaksana (agensi mengurus) -Agensi pusat – agensi kerajaan yang bertanggungjawab membantu, menyeleras, dan mengawal perjalanan agensi pelaksana -Agensi pelaksana – agensi kerajaan (kementerian dan jabatan) yang melaksanakan kerja-kerja pembangunan serta yang memberikan berbagai-bagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai -Contoh agensi pusat – Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Pemodenan Pentadbiran Malaysia, dan Unit Penyelidikan Sosioekonomi -Contoh agensi pelaksana – Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan Air, dan sebagainya Peranan dan Fungsi Agensi Kerajaan Berkenaan -Menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, kenaikan pangkat, dan hal- hal yang berkaitan dengan disiplin dalam perkhidmatan awam -Menyelesaikan masalah kakitangan kerajaan yang tidak puas hati tentang skim gaji, elaun dan pencen, dan ketidakwajaran yang timbul melalui rundingan -Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan [melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)] dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri Keberkesanan Agensi Kerajaan -Dari segi pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, kenaikan pangkat, dan tindakan disiplin – JPA memainkan peranannya secara berterusan – apabila terdapat kekosongan jawatan di jabatan- jabatan kerajaan, JPA mengiklankan jawatan tersebut dalam surat khabar -Dari segi dasar gaji dan elaun pekerja – dari setahun ke setahun terdapat perubahan yang membanggakan -Dari segi perasaan tidak puas hati kakitangan perkhidmatan awam terhadap skim gaji dan elaun, JPA menyelesaikannya melalui Skim Saraan Baru (SSB) – gaji ditingkatkan dan pelbagai faedah lain diperoleh daripada skim tersebut -Dari segi kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan, JPA banyak menyediakan kursus yang bermanfaat bagi meningkatkan kualiti kerja mereka -Dari segi pemberian biasiswa – banyak pelajar tajaan JPA yang menikmati kemudahan tersebut – ada yang telah menamatkan pengajian mereka dan kini berkhidmat dengan jabatan tersebut SKOP: Kempen Tujuan Diadakan Kempen - Untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kerajaan kepada rakyat – contohnya: “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia” - Untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong usaha kerajaan – contohnya: kempen semasa pilihan raya - Untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat – contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota - Untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan – contohnya: kempen antidadah - Untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selsesa seperti kempen bederma darah Sambutan Masyarakat terhadap Kempen - Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia - Buktinya – buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar – harganya meningkat - Air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga - Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial - Ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga Keberkesanan Kempen - Ada kempen yang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat - Contoh kempen yang berjaya: o “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia” – contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun o “Kempen Jantung Hatiku” – sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan, badan korporat, dan sebaginya banyak sekali – sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit janutng yang tidak berkemampuan -Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan: o Kempen menggunakan bahasa baku – tidak banyak pihak termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang melaksanakan kempen ini o Kempen keselamatan jalan raya – banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya o Kempen berkongsi kereta – masih banyak pemandu yang lebih senang menggunakan keretanya sendiri – kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan SKOP: Industri pelancongan Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan - Mengedarkan risalah tentang keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat- tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya - Memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara - Memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi, perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan, dan sebagainya - Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong - Menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara (a) Kesan positif a. Dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita b. Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat – mengurangkan pengangguran c. Dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraf tangan, seramik, dan sebagainya d. Dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat e. Dapat menyemaikan perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat f. Dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia g. Dapat meningkatkan imej negara di mata dunia (b) Kesan Negatif a. Mencemarkan kebudayaan masyarakat setempat – pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja b. Penduduk setempat mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang – contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal c. Menularnya penyakit AIDS – penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990
  • 4. d. Beban perbelanjaan kerajaan meningkat – berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit e. Membazirkan wang – untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya f. Masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur – dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia Perkembangan Industri Pelancongan - Industri pelancongan berkembang pesat sejak beberapa tahun belakangan ini berikutan pengisytiharan “Tahun Melawat Malaysia 1990” – pada tahun 1990, sebanyak 6892000 orang pelancong luar datang ke Malaysia - Industri pelancongan turut menyumbangkan pendapatan yang banyak kepada negara, iaitu melalui pertukaran wang asing misalnya, pertukaran wang asing meningkat daripada RM 2.5 bilion pada tahun 1989 kepada RM 4.1 bilion pada tahun 1990 - Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri ini – kesungguhan kerajaan terbukti apabila tertubuhnya Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Musa Hitam - Kemudahan infrastruktur ditambah – misalnya lapangan terbang dan kedai bebas cukai – tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan - Kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong – contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang bersejarah kepada pelancong - Menjelang tahun 2020, industri pelancongan dijangka menjadi industri yang paling menguntungkan Malaysia – harus mendapat kerjasama pelbagai pihak SKOP: Perumahan Masalah Perumahan pada Hari Ini - Golongan yang berpendapatan rendah masih tidak mampu memiliki rumah sendiri – bekalan rumah kos rendah oleh kerajaan tidak memenuhi sasaran asal - Pemaju-pemaju perumahan gagal menyiapkan rumah mengikut tempoh yang ditetapkan – projek perumahan terbengkalai – membebankan pembeli rumah - Pembinaan rumah-rumah mewah di kawasan kaki bukit terpaksa dihentikan berikutan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dulu - Rumah yang siap dibina oleh pemaju perumahan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan Isu yang Berkaitan dengan Pemaju Perumahan - Tidak menyiapkan projek perumahan mengikut jadual - Tidak menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti kemudahan rekreasi untuk penduduk di kawasan perumahan - Mengenakan faedah yang tinggi terhadap pembeli rumah kerana kelewatan mengurus pembayaran - Pembinaan rumah tidak menepati pelan asalnya – misalnya, sistem pembentungan yang tidak sempurna, keluasan yang tidak tepat, dan sebagainya - Mengenakan bayaran terhadap penyelenggaraan sampah sarap, longkang, dan sebagainya tetapi penyelenggaraan yang dijalankan tidak memuaskan penduduk - Bahan-bahan binaan yang digunakan bermutu rendah – menyebabkan berlakunya keretakan pada rumah Usaha-usaha Mengatasi Masalah Perumahan - Menswastakan projek-projek perumahan kos rendah dan kos sederhana yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi setiap negeri sebelum ini - Mempercepat proses pertukaran syarat pecah sempadan/syarat hak milik atau status tanah untuk projek perumahan dan kelulusan pelan bangunan - Meneruskan pemberian kemudahan pinjaman pada kadar yang lebih rendah daripada kadar faedah pasaran - Membina rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana dengan lebih banyak dan menghentikan projek pembinaan rumah mewah - Menghidupkan projek perumahan yang tergendala melalui perundingan atau melalui penswastaan - Kerajaan negeri hendaklah memberikan galakan-galakan yang berpatutan kepada pemaju perumahan SKOP: Lebuh raya Perkembangan Lebuh Raya pada Hari Ini (a) Sejarah a. Sebelum pembinaan lebuh raya, jalan utama di negara kita ialah jalan dua hala yang sempit b. Jalannya bengkang-bengkok dan berbahaya – sesak c. Jalan utama yang menghubungkan Perlis dengan Singapura dibina pada tahun 1928 – banyak bahagian yang rosak d. Jalan yang menghubungkan pantai timur dengan pantai barat dibina selepas tahun 1945 (b) Perkembangan pembinaan lebuh raya a. Berkembang pesat secara berperingkat-peringkat b. Kebanyakan lebuh raya tertumpu di kaki bukit dan di dataran pantai c. Banyak lebuh raya dari pantai Semenanjung Malaysia yang merentas kawasan pergunungan melalui terowong dan lembah bukit d. Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang kira-kira 900 kilometer siap dibina pada tahun 1994 (c) Antara lebuh raya yang terdapat di Semenanjung Malaysia termasuklah: a. Lebuh Raya Timur-Barat b. Lebuh Raya Kuala Lumpur – Petaling Jaya – Klang (Lebuh Raya Persekutuan) c. Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang (d) Antara lebuh raya yang terdapat di Sabah termasuklah: a. Lebuh Raya Tamparuli – Ranau b. Lebuh Raya Lahad Datu – Semporna (e) Antara lebuh raya yang terdapat di Sarawak termasuklah: a. Jalan Raya Bintulu – Tanjung Kidurung b. Jalan Raya Bako c. Jalan Lubuk Antu – Batang Ai Fungsi Lebuh Raya - Memendekkan masa perjalanan dan menjimatkan penggunaan bahan api - Memudahkan kawasan-kawasan terpencil dimajukan - Menjadi jalan utama untuk mengangkut hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan, dan perkilangan
  • 5. - Menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar dan pelabuhan - Memudahkan perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat - Mengurangkan kesesakan lalu lintas - Menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan selamat Isu-isu yang Berkaitan dengan Lebuh Raya - Kadar bayaran tol yang tinggi - Terdapat perangkap had laju di sepanjang lebuh raya - Kerja membaiki dan mempelebar jalan masih dilakukan - Terdapat pemandu yang tidak mengikut peraturan – meletakkan kereta di bahu-bahu jalan tanpa memikirkan keselamatan - Terdapat segelintir golongan muda yang menganjurkan perlumbaan kereta dan motosikal haram pada waktu malam SKOP: Pengiklanan Isu-isu tentang Pengiklanan (a) Maksud iklan – cara memberitahukan maklumat mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengguna (b) Isu tentang iklan: a. Pencemaran bahasa dalam iklan – khususnya pada papan tanda dan iklan dalam media massa b. Eksploitasi peranan wanita dalam iklan – wanita digambarkan seperti hanya layak melakukan kerja-kerja cuci-mencuci, dikaitkan dengan barangan tertentu, tidak intelek c. Eksploitasi tubuh wanita – tubuh wanita dalam keadaan mencolok mata digambarkan dalam iklan biarpun tiada kaitan dengan barang yang diiklankan – misalnya barang-barang alat ganti kereta dan kalendar d. Eksploitasi pemikiran kanak-kanak – kanak-kanak digambarkan terlalu asyik, leka atau ingin akan sesuatu barang yang diiklankan Pengaruh Iklan (a) Kebaikan iklan a. Pengguna dapat mengetahui maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan dan tempat untuk mendapatkannya b. Membantu pengguna membuat pilihan c. Membantu pengguna merancang perbelanjaan d. Pendapatan daripada iklan menurunkan kos majalah dan surat khabar – pengguna tidak perlu berbelanja lebih e. Pendapatan daripada iklan memungkinkan stesen televisyen menyiarkan rancangan yang lebih baik kepada pengguna (b) Keburukan iklan a. Mempengaruhi pengguna supaya berbelanja lebih – pembaziran – membeli sesuatu yang mungkin tidak penting dan tidak diperlukan – misalnya alat-alat solek, wangi-wangian, aksesori kecantikan yang mahal-mahal b. Merosakkan pemikiran kanak-kanak – mendesak ibu bapa membeli sesuatu yang diiklankan biarpun tidak mampu c. Menggalakkan pemakanan makanan ringan yang tidak berkhasiat atau yang berbahaya kepada kesihatan d. Memperdaya pengguna – membeli sesuatu yang mungkin indah khabar daripada rupa; yang mahal tetapi tidak berkualiti e. Mempengaruhi pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan – lebih suka bergaya atau berlagak kaya f. Mempengaruhi pengguna mengambil sesuatu yang berbahaya – misalnya rokok dan arak Kesesuaian Iklan (a) Tujuan iklan a. Untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna dengan jujur b. Untuk memujuk dan menggalakkan pengguna membeli sesuatu barangan atau menggunakan membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang baik/ berkualiti c. Memberikan pengetahuan tentang maklumat penting kepada orang ramai d. Tidak berunsurkan penipuan, eksploitasi wanita, kanak-kanak, dan sebagainya e. Tidak mengelirukan f. Tidak menyebabkan pengguna mementingkan jenama g. Tidak menyebabkan pengguna berbelanja lebih kerana membeli barangan dan perkhidmatan yang tidak perlu (b) Ketidaksesuaian iklan Banyak iklan yang bertentangan dengan maksud iklan yang sebenarnya misalnya: i. Iklan roko seperti Dunhill – menaja rancangan sukan – bertentangan dengan mesej yang hendak disampaikan – rokok memudaratkan kesihatan – sukan pula adalah untuk kesihatan ii. Iklan kereta – tidak menonjolkan kecanggihan kereta tetapi lebih menonjolkan kecantikan bentuk tubuh wanita iii. Iklan makanan ringan – lebih banyak mendatangkan kkemudaratan kepada kesihatan kanak-kanak daripada mendatangkan kebaikan – mengganggu selera kanak-kanak atau kanak-kanak mungkin mengalami sakit perut apabila memakan makanan tersebut SKOP: sukan Perkembangan Sukan di Malaysia - Perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri - Banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu - Banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan - Biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam sukan - Banyak institusi sukan yang dibina – jurulatih asing diambil - Beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia - Peningkatan taraf semi-pro – bola sepak Faedah-faedah Bersukan - Membina kesihatan tubuh dan mental - Menawarkan satu peluang niaga iaitu pengeluaran alat-alat sukan - Peluang pekerjaan dapat diwujudkan/ mengurangkan masalah pengangguran - Mengeratkan hubungan dengan negara lain - Mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan - Mengeratkan silaturahim dan persaudaraan Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara - Program latihan sukan yang lebih teratur – misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah - Menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa – misalnya untuk badminton, olahraga, bola sepak, dan sebagainya - Menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasya atau acara sukan – misalnya Badminton Piala Thomas, Skuasy Remaja Dunia, Bola Sepak Remaja Piala Dunia, Sukan Komanwel (SUKOM) 1998, dan lain-lain - Menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan - Memajukan sukan di sekolah-sekolah - Menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa
  • 6. SKOP: Isu kependudukan Isu Rakyat Termiskin (a) Siapa mereka? a. Kebanyakan keluarga yang miskin di luar bandar ialah penduduk Melayu b. Garis kemiskinan pada tahun 1989 ialah RM 350 sebulan untuk isi rumah yang terdiri daripada 5.14 orang c. Isi rumah termiskin ialah isi rumah yang pendapatannya separuh daripada purata pendapatan bulanan keluarga miskin, iaitu RM 175 sebulan (b) Keadaan mereka a. Tempat tinggal yang tidak sempurna b. Pakaian, makanan, kesihatan, dan pelajaran mereka pada tahap yang kurang memuaskan c. Memerlukan perhatian dan bantuan (c) Program dan rancangan untuk rakyat termiskin Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu rakyat termiskin: i. Badan-badan kerajaan seperti UDA dan MARA ditugasi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan ii. Agensi kerajaan membentuk suatu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan luar bandar iii. Pelancaran Tabung Ikhtiar 1993 merupakan usaha pihak swasta untuk membantu rakyat termiskin iv. Projek Sang Kancil berjaya menambah pendapatan keluarga termiskin serta meningkatkan kesedaran mereka v. Bantuan dalam bentuk kewangan diagihkan kepada rakyat termiskin mengikut purata pendapatan mereka vi. Pusat Pungutan Zakat negeri menyalurkan sumbangan kepada golongan ini Migrasi dan Perpindahan Penduduk (a) Terdapat dua jenis migrasi a. Migrasi dalaman i. Melibatkan perpindahan penduduk antara kawasan atau negeri dalam sesebuah negara yang sama ii. Mempunyai beberapa jenis aliran seperti: 1. Dari luar bandar (desa) ke bandar 2. Dari bandar ke luar bandar 3. Dari luar bandar ke luar bandar (desa) 4. Dari bandar ke bandar b. Migrasi antarabangsa i. Melibatkan penghijrahan dari suatu negara ke negara yang lain (b) Faktor-faktor migrasi a. Faktor tolakan i. Wujud sikap memilih pekerjaan ii. Faktor kemiskinan iii. Bencana alam b. Faktor tarikan i. Pendapatan yang lumayan ii. Banyak peluang pekerjaan iii. Taraf hidup yang tinggi Isu Kepadatan Penduduk - Kurang pengetahuan mengenai perancangan keluarga di kalangan penduduk termiskin - Migrasi - Tempat tinggai yang tidak sempurna - Tarikan ekonomi di kawasan tertentu - Jaminan hidup yang sempurna - Berhijrah kerana pertukaran tempat kerja - Saranan kerajaan untuk mencapat matlamat 70 juta penduduk - Wujud pelbagai masalah sosial dan masalah jenayah SKOP: Badan kebajikan Penglibatan Masyarakat dalam Badan Sukarela/ Kebajikan (a) Beberapa jenis badan sukarela/ kebajikan a. RELA – ditubuhkan untuk mewujudkan keamanan dan mengawal keselamatan penduduk b. Rukun Tetangga – ditubuhkan di kawasan-kawasan perumahan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan sosial penduduk c. PEMADAM – untuk membantu memulihkan keadaan penagih-penagih dadah d. Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans – bantuan rawatan dan pertolongan cemas e. KEMAS (Kebajikan Masyarakat) – membangkitkan kesedaran dan memajukan pemikiran serta keadaan hidup penduduk f. Persatuan Pengguna – menjaga kebajikan dan hak pengguna (b) Sokongan masyarakat a. Mendapat sokongan serta bantuan daripada agensi kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat b. Banyak ditubuhkan di sekolah-sekolah c. Guru-guru dan ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyertai pertubuhan sukarela d. Masyarakat sedar akan pentingnya pertubuhan ini Sumbangan dan Peranan Badan Kebajikan/ Sukarela Secara Umum - Membantu meringankan kesengsaraan masyarakat - Memupuk kesejahteraan di kalangan masyarakat - Bukan bertujuan mengaut keuntungan - Memelihara dan menjaga kebajikan awam atau golongan tertentu dalam masyarakat - Memberikan pelbagai bentuk kerjasama dan khidmat bakti - Pertubuhan ini peka terhadap golongan yang kurang bernasib baik - Menolong mengurangkan beban kerajaan - Menyediakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Badan Kebajikan/ Sukarela - Masalah kewangan untuk bergiat lebih cergas dan aktif - Kurang kerjasama daripada masyarakat untuk membantu dan menjayakan aktiviti yang dilaksanakan - Kurang alat kelengkapan – misalnya kekurangan peralatan perubatan bagi Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans - Kekurangan pakar dan kakitangan untuk mengendalikan sesuatu aktiviti SKOP: Pencemaran alam Punca-punca Pencemaran Alam (a) Kegiatan perusahaan atau perkilangan a. Asap-asap kilang menyebabkan pencemaran udara b. Pembuangan sisa-sisa toksik menyebabkan pencemaran air (b) Kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan a. Mengganggu sistem ekologi bumi b. Mengakibatkan hakisan tanah c. Menyebabkan bumi tiada kawasan tadahan hujan; menyebabkan banjir (c) Kegiatan pengangkutan a. Asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun) b. Tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut (d) Kegiatan perladangan dan di rumah a. Pembuangan sampah yang tidak bersistem b. Penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara dan air tercemar Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam - Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat pada semua peringkat - Mengadakan undang-undang yang lebih ketat dan mengenakan hukuman yang berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar - Membina kilang jauh dari kawasan kediaman
  • 7. - Memelihara hutan dengan mengehadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan - Usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah Kesan daripada Pencemaran Alam - Apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita terganggu - Lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan - Menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya - Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh akan berlaku yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda - Hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan - Hidupan liar terancam dan akhirnya pupus - Air tidak selamat digunakan – bumi tidak selamat didiami SKOP: Gotong -royong Kebaikan Amalan Gotong-royong - Mewujudkan perpaduan - Sesuatu pekerjaan yang besar dan sukar akan menjadi lebih mudah dan ringan untuk dilaksanakan - Menjimatkan masa dan tenaga - Mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat - Mewujudkan suasana yang harmoni dan hormat-menghormati - Pertahanan negara menjadi kukuh Amalan Gotong-royong pada Hari Ini (a) Di kampung a. Amalan gotong-royong masih teguh di kalangan masyarakat di kampung masih diamalkan – mementingkan perpaduan dan perkongsian (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing) b. Memang lumrah masyarakat kampung yang hidup tolong-menolong secara sukarela c. Hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan antara jiran masih terjalin d. Beberapa contoh amalan gotong-royong di kalangan masyarakat kampung ialah ketika bersawah padi, mendirikan rumah, surau atau masjid, membina jalan raya dan jambatan, mengadakan kenduri-kendara (b) Di bandar a. Amalan gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat di bandar kerana i. Masyarakat di bandar sibuk dan lebih mengutamakan urusan dan kepentingan masing-masing ii. Masyarakat bandar bersikap individualistik dan suka berlumba-lumba atau menunjuk-nunjuk kelebihan masing-masing iii. Kemewahan menyebabkan mereka menganggap bahawa pertolongan orang lain tidak diperlukan iv. Contohnya majlis perkahwinan diadakan di dewan-dewan atau hotel-hotel dan penyediaan makanan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha makanan dan bukan lagi jiran tetangga Cara-cara Menggalakkan Gotong-royong (a) Di peringkat sekolah a. Mengadakan kegiatan pertanian untuk menggalakkan pelajar-pelajar bertani secara bergotong- royong b. Membiasakan pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan secara bekerjasama seperti membersihkan dan menghiaskan kawasan sekolah c. Menggalakkan pelajar menghayati mata pelajaran Pengetahuan Moral untuk menggalakkan gotong-royong di kalangan pelajar (b) Di peringkat institusi pengajian tinggi a. Mengadakan projek anak angkat – para siswazah bergotong-royong membersihkan kawasan kampung b. Bersama-sama bergabung tenaga dan fikiran untuk memajukan kawasan kampung yang mengadakan projek anak angkat (c) Di kawasan-kawasan perumahan a. Melalui kegiatan Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan penduduk kawasan tersebut b. Melalui kegiatan membersihkan kawasan perumahan yang melibatkan pembersihan longkang, surau, dan padang permainan untuk keselesaan hidup c. Menganjurkan sukan/ hari keluarga di kalangan penduduk d. Mengadakan ceramah di masjid, surau, atau dewan tentang pentingnya kerjasama/ gotong- royong (d) Di peringkat negeri atau negara a. Kerajaan hendaklah memperbanyak projek dan aktiviti gotong-royong terutamanya oleh belia- belia pelbagai kaum b. Galakan kerjasama di kementerian dan jabatan kerajaan SKOP: Adat resam Adat Resam Pelbagai Kaum - Adat resam adalah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi amalan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat - Adat resam ini adalah warisan yang menjadi tradisi kehidupan sesuatu kaum - Adat resam berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain kerana o Berlainan kepercayaan agama o Dipengaruhi oleh cara hidup dan budaya o Dipengaruhi oleh latar belakang sesebuah masyarakat o Adat resam terdapat dalam cara hidup kita seperti dalam perkahwinan, ketika melahirkan bayi, berpindah rumah, keluar rumah, dan lain-lain sebagainya Fungsi dan Peranan Adat Resam - Adat resam dapat mengekalkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan dapat dikenal oleh generasi baru dan masyarakat dari luar negara - Berfungsi menjaga tatacara hidup sesuatu kaum, bersesuaian dengan agama dan budaya mereka - Contohnya masyarakat Melayu diajar supaya membongkokkan badan mereka apabila berjalan di hadapan orang tua sebagai tanda hormat – agama menggalakkan kita supaya menghormati orang tua – menjadi warisan supaya yang muda menghormati yang tua - Mewujudkan nilai-nilai yang murni dan hormat-menghormati dalam kehidupan - Dapat memperkaya budaya bangsa dan negara Amalan Adat Resam pada Hari Ini - Amalan adat resam masih kuat diamalkan oleh masyarakat luar bandar dan semakin kurang diamalkan oleh masyarakat bandar - Masyarakat luar bandar masih mengamalkan adat resam kerana mereka masih berpegang kuat pada warisan nenek moyang dan masih lagi mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut tentang kuasa ghaib - Masyarakat di bandar lebih berfikiran terbuka - Ada adat resam pada hari ini yang baik untuk diikuti dan ada yang harus ditinggalkan - Antara amalan adat resam yang harus diteruskan adalah amalan: o Yang bersesuaian dengan ajaran agama o Yang melambangkan peradaban yang tinggi o Yang baik untuk dijadikan panduan dan pengajaran dalam hidup o Yang dapat mendidik masyarakat tentang nilai-nilai moral yang mulia - Amalan yang harus ditinggalkan adalah amalan: o Yang menjadikan masyarakat berfikiran pasif dan kolot o Yang menyusahkan kehidupan sesebuah masyarakat o Yang negatif yang merugikan sesebuah masyarakat
  • 8. SKOP: Sambutan Hari perayaan Cara-cara Menyambut Hari Perayaan/ Kebesaran (a) Sebelum (persiapan) a. Membersihkan dan menghiaskan rumah b. Membuat kuih-muih c. Menyediakan pakaian yang baru, bersih, dan cantik d. Saling berkirim kad-kad ucapan (b) Semasa a. Berkunjung ke rumah orang tua (ibu bapa), keluarga, saudara, rakan taulan, dan jiran tetangga b. Mengadakan jamuan rumah terbuka dengan menghidangkan juadah yang enak untuk sahabat handai, jiran tetangga, dan tetamu c. Memberikan bantuan dan sumbangan seperti wang kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, dan fakir miskin d. Memohon restu dan kemaafan daripada orang yang lebih tua daripada kita e. Bersembahyang dan beribadat di rumah-rumah ibadat Kesan-kesan Mengadakan Sambutan Hari Perayaan/ Kebesaran (a) Kesan baik a. Mengeratkan perhubungan dan menambah kemesraan sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, dan anggota masyarakat b. Memupuk perpaduan di kalangan kaum c. Dapat membantu mengingatkan kita tentang orang yang kurang bernasib baik d. Dapat menambah amal kebajikan e. Sesuatu kaum itu dapat mengenal budaya dan tradisi sesuatu kaum yang lain ketika menyambut hari perayaan (b) Kesan buruk a. Pembaziran, yakni apabila sesuatu perayaan itu disambut secara keterlaluan b. Kemalangan jalan raya sebagai akibat terlalu ghairah untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari perayaan c. Berbelanja lebih daripada kemampuan hingga menyebabkan seseorang itu berhutang Suasana Sambutan Hari Perayaan - Suasana yang meriah dengan kesibukan melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah dan dengan ucapan-ucapan selamat yang diucapkan - Riuh-rendah dengan suara kanak-kanak yang bermain bunga api dan berkejar-kejaran keriangan menyambut hari raya - Suasana ceria dan penuh warna-warni dengan orang yang berpakaian cantik dan berwarna- warni - Mewujudkan suasana kemesraan dan muhibah - Kesesakan lalu lintas oleh kenderaan mereka yang ingin pulang ke kampung SKOP: Isu pengangguran Punca-punca Berlakunya Pengangguran - Penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar - Kelulusan akademik yang rendah - Penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer - Penggunaan tanah yang tidak ekonomik terutamanya di desa - Belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional - Sikap terlalu memilih pekerjaan di kalangan belia Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran - Menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga, dan beternak - Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar - Menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik - Menyemaikan sikap berdikari di kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi - Menyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan - Melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih - Memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran, dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri Kesan daripada Pengangguran - Belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral - Jenayah, terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut, dan sebagainya - Bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal - Banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan - Ekonomi negara terbantut SKOP: Isu tenaga kerja asing Faktor-faktor Kedatangan Tenaga Kerja Asing - Masalah kemiskinan/ tekanan hidup di negara asal mereka - Kekurangan tenaga buruh setempat yang serius dalam sektor perladangan dan pembinaan - Peluang pekerjaan yang lebih baik - Kadar upah yang tinggi - Kelonggaran dasar kerajaan terhadap pekerja asing - Taraf hidup, latar belakang sejarah, dan budaya negara kita yang lebih baik - Sikap pihak majikan yang lebih cenderung untuk mengambil buruh asing Usaha-usaha Pengawalan Tenaga Kerja Asing - Kerajaan menguatkuasakan peraturan pendaftaran tenaga kerja asing - Memastikan tenaga kerja asing yang diambil bekerja menjalani pemeriksaan kesihatan, memiliki permit kerja, dan bekerja di sektor yang telah ditetapkan - Mengadakan kawalan yang ketat bagi memastikan tenaga kerja asing tidak masuk ke negara kita secara haram - Menahan tenaga kerja asing yang tidak memiliki permit kerja atau dokumen yang sah - Menghantar pulang tenaga kerja asing yang tidak memiliki dokumen yang sah Kebaikan dan Keburukan Tenaga Kerja Asing (a) Kebaikan a. Membantu mengembangkan ekonomi negara b. Mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perkilangan, perladangan, dan pembinaan c. Mengadakan persaingan yang sihat antara pekerja setempat dengan tenaga asing d. Mengurangkan kos buruh kepada majikan (b) Keburukan a. Mengakibatkan masalah pengangguran di kalangan rakyat di negara ini b. Menyebabkan kadar uah pekerja setempat menjadi rendah dan seterusnya menjejaskan taraf hidup penduduk setempat c. Membelanjakan wang yang banyak untuk urusan penyelenggaraan tenaga kerja asing yang ditahan d. Menjalankan kegiatan perniagaan kecil-kecilan tanpa lesen – menimbulkan kemarahan peniaga kecil setempat e. Masalah sosial seperti jenayah, rompakan, pergaduhan, dan sebagainya meningkat
  • 9. SKOP: Kesedaran sivik Usaha-usaha Memupuk Kesedaran Sivik - Menerapkan nilai-nilai moral yang baik di kalangan anak-anak - Mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Moral/ Pengetahuan Moral di sekolah - Memperbanyak kegiatan yang berunsur kemasyarakatan - Mengadakan kempen yang berkaitan dengan pemupukan akhlak yang baik - Mengadakan ceramah-ceramah di sekolah-sekolah - Mempergiat kegiatan-kegiatan kokurikulum - Memperbanayk sekolah-sekolah agama Kebaikan Mempunyai Kesedaran Sivik - Dapat mengekalkan kebersihan dan keindahan - Mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan yang lain dan seterusnya hubungan antara kaum dapat dipererat - Menjamin keselamatan dan kesejahteraan - Mewujudkan semangat kekitaan dan sikap lebih bertanggungjawab - Mempermudah usaha mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin - Dapat membentuk disiplin diri di kalangan masyarakat Sikap Masyarakat pada Hari Ini (a) Sikap positif a. Mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan seperti bergotong-royong b. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan c. Memiliki nilai-nilai murni seperti berdisiplin, berhemah tinggi, dan sebagainya (b) Sikap negatif a. Terlalu mementingkan diri sendiri b. Menganggap bahawa kerja-kerja kebajikan yang dilakukan tidak mendatangkan faedah c. Suka memencilkan diri dan mencuba mengelakkan diri daripada bergaul dengan masyarakat d. Tidak mempedulikan hal atau keadaan dalam masyarakat SKOP: Perpaduan kaum Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum - Rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara - Rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis - Negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh - Keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara - Menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama, dan budaya Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum - Menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi, dan sosial - Mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum - Mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum - Memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasama, dan sebagainya - Menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemaysarakatan - Mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum - Menggalakkan penduduk bersama-sama menyambut hari perayaan, hari kebesaran, dan sebaginya Perpaduan Kaum pada Hari Ini - Masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum - Masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya, dan agama kaum lain - Masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan - Konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru – masyarakat pelbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung - Masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara SKOP: Kepungganaan Kepentingan Pendidikan Kepenggunaan - Sedar akan hak-hak pengguna, seperti hak mendapat keperluan asas dan keselamatan serta menentukan pilihan, dan sebagainya - Supaya kita mempunyai kesedaran untuk mengkritik - Tahu tentang cara bertindak atau membuat aduan mengikut saluran tertentu - Memastikan orang ramai tidak ditindas oleh peniaga dan pengeluar - Bertanggungjawab terhadap alam semula jadi di sekeliling kita - Bekerjasama dengan persatuan pengguna bagi menjamin kepentingan mereka sebagai pengguna Peranan dan Fungsi Persatuan Pengguna - Melindungi pengguna daripada sebarang bahaya kepada keselamatan dan kesihatan mereka - Memberikan penerangan yang cukup kepada pengguna tentang hak-hak pengguna - Memastikan bahawa pengguna mendapat ganti rugi atau pampasan - Membantu mengatasi masalah pengguna melalui saluran-saluran tertentu - Memelihara kepentingan pengguna - Mendidik pengguna tentang hak-hak mereka - Memberantas sikap tidak bertanggungjawab peniaga kepada pengguna Masalah yang Dihadapi oleh Pengguna - Harga barang diletakkan sesuka hati oleh penjual/ peniaga - Barang tiruan semakin banyak di pasaran - Keselamatan pengguna tidak terjamin - Ubat-ubatan yang tidak dibenarkan di negara-negara lain masih terdapat di negara ini - Pencemaran alam sekitar SKOP: Hobi Jenis-jenis Hobi/ Kegiatan Masa Lapang - Kerja tangan seperti menjahit, menyulam, mengukir, dan sebagainya - Bersukan seperti bermain bola sepak, berenang, berjoging, dan sebagainya - Berbentuk pengetahuan seperti membaca, mengumpulkan setem, mengumpulkan lencana, dan sebagainya - Berbentuk hiburan seperti memancing, mendengar lagu, bernyanyi, menonton, dan sebagainya - Kegiatan lasak seperti mengembara, mendaki bukit atau gunung, dan sebagainya Fungsi dan Tujuan Bergiat dalam Sesuatu Hobi/ Kegiatan Masa Lapang - Memanfaatkan masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah - Menenangkan dan melapangkan fikiran kerana melakukan sesuatu yang menyenangkan dan yang di luar lingkungan tugas seharian - Menggerakkan otot-otot dan secara tidak langsung menjadi suatu bentuk senaman ringan - Menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mungkin memberikan manfaat pada masa akan datang - Mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain dan mewujudkan suasana yang harmonis - Dapat menambah hasil pendapatan atau menjadi suatu kerjaya - Melahirkan ketahanan, keyakinan diri, ketabahan, dan kesabaran Usaha-usaha Menggalakkan Masyarakat Mempunyai Hobi/ Kegiatan Masa Lapang - Menyediakan kemudahan atau tempat rekreasi lebih banyak bagi memudahkan masyarakat menjalankan kegiatannya - Menubuhkan kelab-kelab supaya masyarakat dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran - Mengadakan pertandingan-pertandingan dan menggalakkan masyarakat untuk turut serta - Memperkenalkan sesuatu hobi melalui media massa seperti di akhbar-akhbar, majalah, televisyen, dan sebagainya - Pemimpin, guru, atau ibu bapa harus memberikan teladan yang baik supaya rakyat, pelajar, atau anak-anak turut bergiat dalam sesuatu hobi
  • 10. SKOP: Isu warga tua Sikap Masyarakat Terhadap Warga Tua - Ada golongan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua - Ada juga golongan masyarakat yang bersikap sebaliknya - Ada kalangan masyarakat moden hari ini yang sanggup menghantar ibu bapa ke Rumah Orang-orang tua - Ibu bapa dianggap sebagai beban – mereka tidak menghiraukan nasihat dan teguran ibu bapa - Anak-anak tidak menghormati ibu bapa atau warga tua - Masyarakat sewajarnya memberikan perhatian kepada warga tua terutamanya kepada warga tua yang tidak bernasib baik Usaha-usaha Membantu Warga Tua - Memperbanyak Rumah Orang-orang Tua supaya nasib warga tua yang melarat dapat dibela - Melengkapkan Rumah Orang-orang Tua dengan pelbagai kemudahan seperti klinik, perpustakaan tempat rekreasi, dan lain-lain sebagainya - Mengadakan kegiatan-kegiatan amal untuk mengutip derma bagi membantu warga tua yang kurang bernasib baik - Menggalakkan perkhidmatan awam seperti bas, kereta api, komuter, kapal terbang, dan teksi supaya mengadakan kadar tambang istimewa bagi warga tua - Mengenakan bayaran perubatan istimewa terhadap warga tua yang memerlukan rawatan sama ada di hospital, di klinik kerajaan, atau di klinik swasta - Mempergiat kempen bagi menggalakkan masyarakat memberikan perhatian dan penghargaan kepada warga tua - Mengadakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan warga tua agar mereka dapat memenuhi masa yang terluang Kebaikan Membantu Warga Tua - Memungkinkan warga tua berasa bahawa mereka masih disayangi dan dihargai oleh masyarakat - Dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka - Mengeratkan perhubungan antara masyarakat terutamanya golongan muda dengan warga tua - Mewujudkan suasana harmoni di kalangan masyarakat - Menimbulkan kesedaran dan rasa insaf pada golongan muda bahawa suatu masa kelak mereka akan menjadi tua juga SKOP: Isu kanak-kanak Isu Kanak-kanak Terbiar (a) Faktor-faktor a. Perpecahan keluarga – perceraian, kematian ibu atau bapa b. Tekanan ekonomi c. Ibu bapa atau penjaga terpengaruh oleh dadah dan arak d. Kurang pengawasan daripada ibu bapa – ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan e. Anak-anak dipelihara oleh orang lain f. Kurangnya pendidikan agama (b) Kesan a. Perkembangan mental kanak-kanak itu terjejas b. Kanak-kanak itu tidak yakin kepada diri sendiri c. Kanak-kanak itu mudah terpengaruh oleh gejala-gejala sosial d. Kanak-kanak itu mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan pelajaran e. Dapat menyebabkan penganiayaan atau penderaan fizikal dan mental f. Menjejaskan keharmonian masyarakat sekiranya kanak-kanak itu terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat Penggunaan Tenaga Kerja di Kalangan Kanak-kanak - Berlaku terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin - Terpaksa bekerja kerana kesempitan hidup - Ada juga kes yang melibatkan kanak-kanak terutamanya dari negara asing yang dieksploitasikan oleh orang-orang atau sindiket yang tertentu – contohnya menjadi pengemis - Penggunaan tenaga kanak-kanak ini berlaku di tiga sektor, iaitu: o Pertanian – sebagai buruh atau pekerja di ladang o Pembinaan – sebagai pekerja binaan o Perkhidmatan – sebagai pembantu rumah, kedai, dan restoran - Penggunaan tenaga kerja kanak-kanak ini merupakan suatu kesalahan besar dari segi undang-undang - Kanak-kanak ini sering diberi layanan yang buruk sama ada dari segi gaji atau kemudahan yang lain - Kerajaan harus bertindak tegas bagi membendung masalah ini Tanggungjawab Masyarakat terhadap Kanak-kanak - Memberikan kasih sayang, perhatian, dan pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak - Melaporkan kegiatan orang-orang atau sindiket yang tertentu yang dipercayai menggunakan tenaga kerja kanak-kanak - Memastikan bahawa golongan kanak-kanak mendapat perlindungan yang sewajarnya - Mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan keluarga dan masyarakat - Menyediakan tempat tinggal, tempat belajar, dan tempat bermain yang selamat dan bersih untuk kanak-kanak - Menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak SKOP: Kesihatan Kepentingan Kesihatan - Konsep kesihatan merangkum aspek fizikal, mental, sosial, emosi, dan rohani - Membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif - Mengekalkan kecergasan tubuh badan - Menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit - Menjadikan otak lebih cerdas - Menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia - Melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang Cara-cara Menjaga Kesihatan - Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat - Melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi - Mempunyai waktu rehat yang cukup - Melakukan pemeriksaan kesihatan - Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling - Tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebihan-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak, dan sebagainya - Menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya Tahap Kesihatan Rakyat - Cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik di kalangan kanak-kanak mahupun di kalangan orang-orang dewasa dan orang-orang tua - Dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju - Jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius - Kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di kalangan rakyat begitu tinggi - Kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan - Perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara - Mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih - Mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diiktiraf hingga peringkat antarabangsa
  • 11. SKOP: Majikan / pekerja Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja - Bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jatina, bangsa, dan agama - Menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja - Menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih, serta lengkap dengan kemudahan seperti surau, kantin, dan sebagainya - Membayar kadar upah, elaun, dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja - Menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang Kualiti Kerja dan Produktiviti - Rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja - Kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tinggi; misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi, dan sebagainya - Kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi pendedahan tentang pengetahuan terbaru yang berkaitan dengan tugasnya melalui kursus, seminar, bengkel, dan sebagainya - Kualiti kerja ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang selesa dan sempurna serta layanan yang memuaskan daripada majikan Etika Kerja - Bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang dijadikan pengangan semasa menjalankan tugas - Antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur, dan sebagainya - Penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai kualiti yang dikehendaki - Penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk antara pekerja dengan pekerja dan antara pekerja dengan majikan SKOP: Televisyen/video/filem Pengaruhnya terhadap Masyarakat - Merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat - Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan, yang memberikan ilmu pengetahuan, yang memaparkan berita dan ehwal semasa, rancangan kanak-kanak, dan rancangan agama banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat - Cerita-cerita yang berunsur keganasan, seks, tahayul, dan sebagainya pula membawa keburukan - Kanak-kanak dan golongan remaja begitu mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang ditonton - Mereka akan terikut-ikut oleh sesuatu yang dilihat tanpa berfikir dan tanpa menyedari aspek negatifnya; contohnya meniru aksi, pakaian, atau cara kehidupan artis pujaan mereka, melakukan adegan-adegan ‘stunt’ yang berbahaya, dan lain-lain sebagainya - Secara tidak langsung pengaruh buruk ini akan menjejaskan moral atau akhlak golongan muda di negara kita – harapan tinggi diletakkan di bahu mereka akan berkecai - Kerajaan perlu prihatan terhadap pengaruh dan kesan tayangan-tayangan filem atau bahan- bahan yang disiarkan di televisyen, video, dan filem terhadap masyarakat Kesesuaian Rancangan kepada Masyarakat - Cerita-cerita yang ditayangkan harus sesuai kepada sesuatu golongan masyarakat atau peringkat umur - Masa tayangan harus juga disesuaikan - Cerita-cerita yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan para pelajar sewajarnya disiarkan pada sebelah siang atau awal malam - Cerita-cerita yang hanya sesuai ditonton oleh orang dewasa pula harus disiarkan pada lewat malam - Cerita-cerita yang diimport, khasnya dari negara Barat haruslah ditapis dengan teliti atau dikurangkan kerana kebanyakan cerita ini mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai dengan adat dan budaya masyarakat kita - Badan penyiaran setempat RTM, TV3, Metrovision, dan NTV7, Mega TV, dan ASTRO perlu memperbanyak rancangan tempatan yang menekankan unsur-unsur moral dan hiburan yang sesuai dengan kebudayaan kita Fungsi dan Peranannya - Sebagai alat untuk menyebarkan berita atau maklumat yang penting dan yang terkini dari dalam atau luar negeri - Sebagai alat untuk menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya masyarakat pelajar – contohnya TV Pendidikan - Sebagai alat hiburan kepada masyarakat - Dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa melalui penyiaran bahan-bahan yang bertemakan integrasi nasional - Dapat memperkenalkan kebudayaan kaum-kaum yang berlainan SKOP: Pasar tani Perkembangannya di Malaysia - Dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - Tujuan diadakan Pasar Tani adalah untuk menyediakan tapak pasar dan peluang kepada para petani memasarkan hasil keluaran - Banyak terdapat di kawasan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan perumahan - Tempat menjual berbagai-bagai hasil keluaran pertanian - Semakin berkembang - Memerlukan sokongan masyarakat Kebaikan dan Keburukannya (a) Kebaikan a. Menyediakan tapak pasar dan peluang kepada petani menjual hasil keluaran b. Memberikan kemudahan kepada petani untuk menjual hasil pertanian mereka tanpa melalui orang tengah yang biasanya mengambil kesempatan terhadap usaha petani c. Meningkatkan pendapatan petani d. Menggalakkan perniagaan di kalangan masyarakat e. Memajukan sistem pemasaran hasil pertanian f. Memudahkan pengguna membeli hasil pertanian – dekat dengan kawasan perumahan g. Menyediakan berbagai-bagai hasil pertanian h. Harga jualan yang lebih murah dan berpatutan i. Hasil pertanian yang segar (b) Keburukan a. Kekurangan kawasan dan tempat meletakkan kereta b. Menyebabkan kesesakan lalu lintas c. Diadakan seminggu sekali d. Masalah pengangkutan yang dihadapi oleh petani e. Kemudahan di pasar tani diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab Sebab-sebab Pasar Tani Menjadi Tumpuan - Berbagai-bagai hasil keluaran pertanian dapat dibeli - Harga barang-barang yang dijual lebih murah dan berpatutan - Hasil pertanian yang lebih segar - Hasil pertanian dapat dibeli dengan jumlah yang banyak - Pengguna dapat tawar-menawar harga dengan penjual - Dekat dengan kawasan perumahan
  • 12. SKOP: Amalan membaca Sikap Membaca di Kalangan Masyarakat Malaysia (a) Sikap membaca a. Tidak menggalakkan – amat membimbangkan b. Secara purata setiap rakyat Malaysia membaca satu halaman buku setiap tahun (sumber: Dewan Masyarakat, Julai 1992) c. Tahap pembacaan masyarakat negara ini masih rendah, khususnya terhadap bahan bacaan dalam bahasa Melayu d. Yang merunsingkan kini bukanlah semata-mata kurangnya minat membaca buku dalam bahasa Melayu tetapi yang nyata ialah kurangnya tabiat membaca di kalangan masyarakat yang dikatakan terpelajar e. Banyak pelajar yang membaca kerana peperiksaan – tabiat membaca tidak diteruskan selepas tamat pengajian (b) Beberapa sebab utama kurangnya minat membaca a. Belum wujud tradisi membaca di kalangan masyarakat untuk dijadikan ikutan – tidak ada contoh atau suasana “membaca” untuk merangsang minat individu, baik dalam keluarganya, mahupun dalam masyarakat b. Media elektronik mengalih minat dan tabiat mengisi masa lapang di kalangan masyarakat – lebih banyak yang gemar menonton daripada yang gemar membaca c. Sikap ambil mudah terhadap pembacaan – tidak mahu membebankan fikiran dan menumpukan perhatian yang padu terhadap sesuatu yang dibaca d. Lain-lain – tidak ada galakan daripaada ibu bapa – sistem pendidikan yang mengongkong, bahan bacaan berat dan sukar difahami, kurangnya tempat untuk bacaan, dan harga buku yang mahal Usaha Memupuk Minat Membaca di Kalangan Masyarakat (a) Peranan ibu bapa a. Perilu menggalakkan anak-anak membaca b. Perlu menunjukkan contoh – amalkan tabiat gemar membaca c. Menyediakan kemudahan untuk anak-anak membaca – menyediakan ruang bacaan di rumah – membelikan anak-anak buku atau majalah yang bermutu – membawa anak-anak ke pameran buku d. Berbincang dengan anak-anak tentang buku yang dibaca e. Memaksa anak-anak membaca sehingga tradisi membaca menjadi suatu hobi (b) Peranan guru/ sekolah a. Menyediakan bahan bacaan yang sesuai di perpustakaan b. Menyediakan program, kegiatan, kempen untuk menggalakkan pelajar meminjam dan membaca buku c. Menganjurkan Hari Buku sekali atau dua kali setahun d. Menganjurkan pertandingan yang berkaitan dan memberikan insentif e. Bersikap kreatif supaya pelajar merasakan bahawa membaca itu menyeronokkan, memuaskan, dan bermanfaat (c) Peranan kerajaan dan swasta a. Perlu menggiatkan kempen – menggalakkan pesta buku, pameran buku, ekspo buku b. Perlu membanyakkan perpustakaan – perpustakaan bergerak c. Pihak perpustakaan harus menggiatkan peranan mereka – menggalakkan pembacaan d. Perlu mengurangkan cukai import terhadap bahan bacaan yang bermutu yang diterbitkan di luar negeri – harga buku ini perlu dikurangkan e. Perlu mewajibkan kakitangan kerajaan dan swasta membaca khususnya untuk penilaian prestasi tahunan dengan berasaskan piawaian yang dicadangkan f. Memberikan subsidi bahan bacaan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan g. Perlu menggalakkan penerbitan buku-buku bermutu oleh syarikat penerbitan Faedah Membaca - Membaca jambatan ilmu – pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan mengamalkan tabiat membaca – memperkaya khazanah ilmu - Meningkatkan daya fikir seseorang – dapat mengenal sesuatu yang tidak difahami atau tidak diketahui - Memajukan diri dan meningkatkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi - Dapat dijadikan tabiat untuk mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah - Dapat memperoleh keseronokan, hiburan, kepuasan, dan ilmu pengetahuan - Dapat menyampaikan ilmu yang dibaca/ pengetahuan yang diperoleh daripada bahan bacaan kepada orang lain - Cara atau kaedah untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan terhadap fikiran SKOP: Perubatan moden Perkembangan Perubatan Moden (a) Secara umum a. Maksud perubatan moden i. Kaedah perubatan yang berdasarkan kajian dan penyelidikan secara saintifik b. Sejarah i. Bermula sekitar abad ke-16 apabila William Harvey membuat kajian tentang peredaran darah ii. Terus berkembang apabila muncul tokoh-tokoh penting dalam perubatan seperti 1. Sir Alexander Fleming (1881 -1955) yang menemukan penisilin untuk membunuh kuman 2. Louis Pasteur (1882 – 1895) yang menemukan cara mencegah penyakit daripada merebak 3. Joseph Lister (1827 – 1912) yang menggunakan antisepik semasa melakukan pembedahan 4. Marie dan Pierre Curie yang menggunakan radium untuk merawat barah iii. Abad ke-19 bermulanya revolusi perubatan moden iv. Berbagai-bagai ubat untuk pelbagai penyakit dicipta dan ditemukan – pelbagai alat perubatan direka dan digunakan dalam perubatan v. Untuk mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit serta membetulkan kecacatan vi. Berbagai-bagai teknik untuk menyelamatkan nyawa vii. Diamalkan oleh pakar bedah, khususnya dalam hal pembedahan jantung, pemindahan tisu, dan pembedahan plastik dengan menggunakan komputer viii. Perubatan moden menjadi suatu industri yang sangat penting dalam kehidupan manusia – terdapat berjuta-juta klinik, berjuta-juta doktor dan ahli perubatan di seluruh dunia – alat-alat perubatan ada juga yang berjuta-juta ringgit harganya (b) Di Malaysia a. Hospital yang pertama di negara kita dibina di Taiping pada tahun 1878 b. Bidang perubatan moden semakin maju selepas merdeka c. Kini hospital terdapat di seluruh negara dan lengkap dengan kemudahan dan peralatan perubatan moden d. Universiti setempat menyediakan kursus perubatan e. Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1900 untuk menjalankan pelbagai penyelidikan perubatan Kesan Penggunaan Ubat-ubatan Moden (a) Fungsi penggunaan ubat-ubatan moden a. Untuk mencegah penyakit b. Untuk melegakan penyakit c. Untuk mengubati penyakit d. Untuk menyihatkan badan, misalnya vitamin e. Untuk kecantikan, misalnya pil untuk mengurangkan berat badan (b) Kaedah pembuatannya a. Berasaskan kajian yang saintifik b. Berasaskan eksperimen c. Banyak menggunakan dadah d. Banyak menggunakan kimia (c) Cara penggunaannya a. Mesti mematuhi peraturan dan cara yang ditetapkan b. Mesti mematuhi panduan dan nasihat doktor c. Tidak boleh diambil secara berlebihan (d) Kesan penggunaan ubat-ubatan moden a. Lebih mujarab kerana berasaskan penyelidikan dan diagnosis yang teliti b. Dapat menunjukkan kesan yang segera
  • 13. c. Lebih selamat kerana kebersihannya terjamin dan keberkesanannya sudah terbukti d. Dapat meninggalkan kesan yang negatif jika digunakan tanpa mengikut panduan atau peraturan misalnya, pening-pening, loya, ketagihan, atau mabuk Kemudahan Perubatan di Malaysia - Kemudahan yang disebabkan dianggap antara yang terbaik di kalangan negara-negara membangun - Kemudahan atau perkhidmatan perubatan moden di negara kita disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta - Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan perubatan dengan bayaran yang sangat murah kepada semua rakyat Malaysia - Pihak swasta menyediakan perkhidmatan perubatan dengan bayaran yang lebih tinggi - Hospital dan pusat kesihatan umum terdapat di seluruh negara - Kemudahan perubatan kerajaan disediakan oleh Kementerian Kesihatan - Antara kemudahan perubatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan rawatan perubatan, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, pencegahan penyakit berjangkit, perkhidmatan doktor udara, perkhidmatan pakar runding perubatan, dan perkhidmatan pakar pembedahan - Beberapa masalah yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan – kekurangan doktor dan pakar perubatan; kekurangan alat perubatan yang canggih; kekurangan wad dan bilik rawatan SKOP: Perubatan tradisional Maksud Perubatan Tradisional (a) Cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang saintifik dan teknik-teknik moden – diamalkan dengan penggunaan jampi, serapah, atau mantera, akar dan daun-daun kayu, dan ramuan herba (b) Pengamal perubatan tradisional di Malaysia a. Melayu – dukun, pawang, bomoh b. Cina – singse c. India – “ayuveda” (c) Peranan dan pengaruh dukun/ bomoh/ pawang a. Dukun, bomoh, dan pawang adalah pengamal perubatan tradisional orang Melayu b. Peranan dukun, bomoh, dan pawang dalam masyarakat ini menjadi semakin popular dan penting apabila kerajaan mengiktiraf Persatuan Perubatan Tradisional c. Dukun, bomoh, dan pawang memang terkenal di kawasan pedalaman di negara kita d. Menjadi kerjaya yang memberikan pendapatan yang lumayan, khususnya bomoh urut e. Bergiat secara komersial – penjualan ubat-ubatan dan minyak urut f. Antara beberapa sebab semakin pentingnya peranan dukun, bomoh, dan pawang ialah i. Pengiktirafan pada Persatuan Perubatan Tradisional oleh kerajaan ii. Kemujarabannya dalam pengubatan berberapa jenis penyakit seperti patah tulang, penagihan dadah, sengal-sengal oto, dan penyakit karang bernanah iii. Keberkesannya dalam pengubatan penyakit yang mistik yang tidak dapat diubati melalui perubatan moden seperti histeria dan beberapa jenis penyakit kronik, perubatan sihir, dan gangguan makhluk halus Perbandingan antara Perubatan Tradisional dengan Perubatan Moden (a) Dari segi definisi a. Perubatan tradisional bermaksud cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang saintifik dan teknik-teknik moden b. Perubatan moden adalah perubatan yang menggunakan kaedah, kajian, dan penyelidikan secara saintifik (b) Cara perubatan a. Perubatan tradisional diamalkan dengan penggunaan jampi, serapah, atau mantera, akar dan daun-daun kayu, ramuan herba, dan bahan-bahan semula jadi dalam alam ini – kebersihan dan keselamatannya dapat diragui – pengambilan ubat mestilah berdasarkan pantang larang yang tertentu b. Perubatan moden menggunakan ubat-ubatan daripada dadah dan kimia yang diproses dengan berdasarkan kajian dan penyelidikan saintifik yang teliti – lebih bersih dan lebih selamat – pengambilan ubat tidak terikat pada pantang larang tetapi berdasarkan panduan dan nasihat doktor (c) Kesan perubatan a. Perubatan tradisional tidak menunjukkan kemujaraban yang dapat diyakini atau berasaskan bukti yang nyata – penyembuhan penyakit mengambil masa yang lama dan mungkin juga secara kebetulan – dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang tidak dapat diubati melalui perubatan moden b. Perubatan moden dapat menunjukkan kesan yang segera – penyembuhannya berasaskan bukti dan diagnosis yang sudah dijalankan – tidak dapat mengubati penyakit yang mistik yang mungkin dapat diubati melalui perubatan tradisional (d) Bayaran dan belanja a. Kadar bayaran untuk perubatan tradisional lazimnya lebih murah b. Kadar bayaran untuk perubatan moden lebih mahal kerana menggunakan peralatan yang canggih Keberkesanan Mengamalkan Perubatan Tradisional - Perubatan tradisional lebih berkesan khususnya dalam pengubatan sakit tulang, patah, salah urat, urut-mengurut, dan ketagihan dadah - Perubatan tradisional dikatakan berkesan juga untuk mengubati penyakit yang mistik seperti orang yang histeria, terkena sihir, atau gangguan orang halus - Kaedah perubatan ini dikatakan berkesan juga untuk merawat penyakit kencing manis, karang bernanah, dan darah tinggi - Keberkesanan perubatan tradisional sukar dibuktikan atau dinyatakan kerana belum dibuat kajian secara saintifik terhadap kaedah ini SKOP: Sains dan teknologi Kemajuan dan Perkembangannya (a) Sejarah a. Kaedah sains untuk memudahkan kehidupan sudah digunakan orang sejak baratus-ratus tahun dahulu b. Aristotles – ahli falsafah Greek memelajari pelbagai bidang sains, khususnya tentang struktur dan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan i. Memudahkan kerja yang sukar dilakukan oleh manusia 0 penciptaan pelbagai alat berkomputer ii. Menjadikan hidup manusia lebih menyeronokkan – penciptaan pelbagai alat hiburan iii. Meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian, perindustrian, perdagangan, pelajaran – meningkatkan taraf hidup dan ekonomi iv. Memajukan pemikiran dan daya fikir manusia – memungkinkan manusia menjelajah ke angkasa lepas dan mengenali alam ini dengan lebih jelas v. Memungkinkan manusia membaiki kerosakan-kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar c. Archimedes – memperkenalkan takal dan tuas untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat benda yang berat d. Orang-orang Mesir menggunakan alas guling untuk menggerakkan bongkah-bongkah batu semasa pembinaan Piramid e. Penciptaan/ penemuan sains bermula sekitar abad ke-16 i. Galileo mencipta jam bandul yang pertama ii. Samuel Finlay mencipta telegraf iii. John Logie Baird mencipta televisyen iv. Wilbur dan Orville Wright mencipta kapal terbang v. Gottlieb Daimler, Karl Benz, dan Henry Ford mencipta kereta (b) Sains dan teknologi masa kini a. Revolusi kemajuan sains dan teknologi bermula pada abad ke-20 b. Perkembangannya pesat – pelbagai penyelidikan dijalankan dan pelbagai penemuan diperoleh c. Merangkum pelbagai bidang – perubatan, kejuruteraan, teknologi makanan, ketenteraan, pengangkutan, perhubungan, nuklear, penjelajahan ke angkasa lepas, teknologi komputer d. Beribu-ribu pakar sains menjalankan penyelidikan dan beratus-ratus juta ringgit digunakan untuk memajukan sains dan teknologi – menjadi suatu industri yang sangat penting
  • 14. Ciptaan-ciptaan Baru (a) Ketenteraan a. Senjata nuklear, laser, dan teknik peperangan angkasa lepas (b) Perhubungan a. Telefon bergambar, telefon selular, mesin faksimile (c) Pengangkutan a. Kereta tenaga solar, kereta tenaga elektrik (LRT, komuter) (d) Mesin dan jentera a. Mesin berkawalan komputer, mesin pengumpulan data dan maklumat berkomputer, mesin sinaran laser, optik gentian kaca (e) Hiburan a. Alat permainan video, cakera laser, cakera padat Kesan daripada Kemajuan Sains dan Teknologi (a) Kesan positif a. Kemajuan dalam bidang perubatan dapat menjamin kesihatan manusia – perubatan moden memungkinkan banyak nyawa yang dapat diselamatkan daripada penderitaan sebagai akibat pelbagai penyakit – pelbagai penyakit dapat didiagnosis, dirawat, dan diubati b. Memudahkan sesuatu kerja dilaksanakan serta dapat menjimatkan masa (b) Kesan negatif a. Kemajuannya yang pesat mengurangkan keperluan tenaga manusia – mewujudkan pengangguran b. Penciptaan senjata nuklear menggalakkan peperangan – manusia semakin kejam – memusnahkan pembangunan/ tamadun, membunuh berjuta-juta nyawa – merosakkan lapisan ozon c. Manusia semakin malas – kurang menggunakan tenaga – malas memanjat tangga kerana adanya lif/ eskalator – gemar bermalas-malas dengan mendengar radio, televisyen – leka bermain video – jarang-jarang kunjung-mengunjung kerana adanya telefon – malas berfikir kerana adanya mesin kira d. Memusnahan alam sekitar dan lapisan ozon – penciptaan alat yang menggunakan klorofluorokarbon (CFC) seperti peti sejuk, penyembur aerosol, pendingin hawa, dan polistirena menipiskan lapisan ozon e. Menggalakkan pembangunan yang pesat dan berleluasa hingga merosakkan alam sekitar SKOP: Isu pendidikan Perkembangan Pendidikan di Malaysia (a) Sebelum merdeka a. Tidak mempunyai satu dasar pendidikan yang umum bagi semua kaum kerana British berpegang pada dasar pecah dan perintah b. Pihak swasta dan pertubuhan mubaligh memberikan sumbangan terhadap pendidikan c. Terdapat lima sistem persekolahan i. Sistem persekolahan Melayu – dikendalikan oleh kerajaan British ii. Sistem persekolahan Inggeris – dikendalikan oleh kerajaan British dan pertubuhan mubaligh Kristian iii. Sistem persekolahan Cina – dikendalikan oleh masyarakat Cina iv. Sistem persekolahan Tamil – dikendalikan oleh masyarakat India v. Sistem persekolahan pondok – dikendalikan oleh para ulama (b) Selepas merdeka a. Terbentuknya satu sistem Pendidikan Kebangsaan – pendidikan dianggap sebagai alat untuk mencapai perpaduan dan semua kaum diberi peluang pendidikan yang seimbang i. Laporan Razak 1956 1. Dasar Pelajaran Kebangsaan – bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar – bertujuan menyatukan murid-murid dari semua kaum menerusi suatu sistem pendidikan yang sama 2. Kementerian Pendidikan – bertanggungjawab terhadap kawalan dan pentadbiran pendidikan 3. Sukatan Pelajaran – digunakan sukatan yang sama di semua sekolah 4. Perkhidmatan Perguruan – para guru diberi latihan yang sama di Maktab Perguruan ii. Penyata Rahman Talib 1960 1. Satu jawatankuasa untuk menyemak semula dasar pendidikan kebangsaan 2. Membuat syor-syor dengan tujuan memperbaiki pelaksanaan pendidikan 3. Pendidikan peringkat rendah diberikan kepada semua murid dan terbahagi kepada sekolah berpengantar bahasa Melayu (Sekolah Rendah Kebangsaan) dan sekolah berpengantar bukan bahasa Melayu (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan) 4. Pendidikan peringkat menengah – sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah persendirian iii. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983 1. Menegaskan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira) 2. Menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iv. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989 1. Digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mengusahakan pembinaan insan yang seimbang dan harmonis 2. Menegaskan kesepaduan unsur rohani/ emosi/ jasmani/ intelek 3. Menyediakan pendidikan umum tanpa pengkhususan 4. Menggantikan SRP dengan PMR Masalah Pendidikan di Malaysia (a) Masalah rumitnya proses mentadbirkan dan merancang pendidikan sebagai kesan perkembangan pesat pendidikan – pendidikan adalah suatu proses yang berkembang dan dipengaruhi oleh unsur-unsur luar – apabila timbul teknik-teknik pengajaran yang baru maka guru harus diberi pendedahan dan latihan (b) Masalah disiplin di kalangan pelajar – mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (c) Masalah memperseimbangkan pendidikan yang bercorak vokasional dan teknikal dengan pendidikan yang bercorak akademik (d) Masalah pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan – seharusnya membekalkan ilmu pengetahuan yang secukupnya dan melengkapkan individu, sesuai dengan alam pekerjaan (e) Masalah kekurangan pendidik yang berwibawa, khususnya di institusi pengajian tinggi sehingga memaksa pengambilan pensyarah dari luar negeri (f) Masalah kekurangan institusi pengajian tinggi untuk menampung permintaan pelajar yang kian meningkat – menyebabkan banyak pelajar yang ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran (g) Masalah kekurangan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu, khasnya pada peringkat pengajian tinggi (h) Masalah kewangan untuk menanggung perbelanjaan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah dan di institusi pengajian tinggi Pentingnya Pendidikan (a) Mewujudkan perpaduan kaum dan menghapuskan polarisasi kaum – semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran, termasuk aktiviti kokurikulum menekankan unsur-unsur perpaduan dan mengikis prasangka perkauman yang dapat menyebabkan perpecahan (b) Menyemai perasaan cinta akan negara melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum, dan budaya sekolah (c) Membentuk manusia yang berdisiplin dan beradab sopan melalui penerapan nilai-nilai yang murni dan mulia – menghindarkan diri daripada gejala negatif (d) Memungkinkan lahirnya insan dan masyarakat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, dan berkebolehan untuk mencapai kebahagiaan diri sendiri serta memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara (e) Menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara – semakin banyak yang mendapat pendidikan, kemahiran dan produktiviti SKOP: Kokurikulum Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
  • 15. (a) Berpakaian seragam – contohnya Pergerakan Pandu Puteri, Pergerakan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan sebagainya (b) Kelab – contohnya Kelab Muzik, Kelab Fotografi, Kelab Catur, dan sebagainya (c) Persatuan – contohnya Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, dan sebagainya (d) Sukan – contohnya badminton, hoki, bola jaring, bola sepak, bola keranjang, dan sebagainya Kebaikan dan Faedah Menyertai Kokurikulum (a) Mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan sia-sia di kompleks beli-belah, di pusat permainan video, di panggung wayang, dan lain-lain (b) Mengelakkan diri daripada tercebur dalam gejala yang dapat merosakkan akhlak (c) Mewujudkan semangat kerjasama, sikap saling membantu, dan semangat perpaduan di kalangan pelajar (d) Menyemai, memupuk, dan menanam semangat kekitaan antara pelajar yang berlainan keturunan dan yang berlatarbelakangkan cara hidup yang berbeza (e) Memupuk dan menyemai sikap berdisiplin (f) Menambah pengetahuan pelajar (g) Memupuk semangat kesukanan dan sikap berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan (h) Mencungkil bakat-bakat baru dan membentuk ciri-ciri kepemimpinan (i) Menjalin hubungan mesra di antara guru dengan pelajar (j) Melatih pelajar supaya lebih cekal dan tabah untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum (a) Sambutan pelajar masih kurang membanggakan – masih banyak yang tidak mengendahkannya dan sebaliknya gemar “melepak” serta melakukan perkara lain yang tidak berfaedah (b) Sesetengah pelajar terlalu menitikberatkan kegiatan kokurikulum hinggi pelajarannya terabai (c) Terdapat pelajar yang bijak membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum dan masa pelajarannya – memperoleh kejayaan dalam bidang kokurikulum dan akademik (d) Terdapat pelajar yang aktif dan berjaya dalam bidang kokurikulum di sekolah serta terus menjadikan bidang tersebut sebagai kariernya – contohnya Rashid Sidek, Shalin Zulklfli, K.N. Lai, Ong Beng Hee, dan lain-lain SKOP: Kebudayaan Kebudayaan Pelbagai Kaum di Malaysia (a) Kebudayaan termasuk dalam erti peradaban yang meliputi segala kebiasaan atau adat resam, tradisi, nilai, kehalusan, budi atau tata susila, perkembangan ilmu pengetahuan, dan kesinian yang dipengaruhi serta mempengaruhi kehidupan manusia (b) Kebudayaan kaum Melayu a. Berbahasa Melayu dan beragama Islam b. Kebanyakannya mendiami kawasan luar bandar dan banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian – kini mulai berubah dengan berhijrah ke bandar dan terlibat dalam kegiatan perniagaan, perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya c. Hari-hari perayaannya ada hubungannya dengan agama Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, dan sebagainya d. Antara beberapa tariannya ialah tarian inang, zapin, ronggeng, dan sebagainya (c) Kebudayaan kaum Cina a. Berbahasa Tionghua yang terdiri daripada beberapa loghat seperti Kanton, Hakka, Hokkien, Teochew, dan sebagainya b. Mempercayai ajaran Kung-fu-tze (Confucius) dan Lao-tse dan ada yang menganut agama Buddha serta Kristian c. Kebanyakannya mendiami kawasan bandar dan banyak terlibat dalam kegiatan perniagaan, perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya d. Antara hari perayaannya ialah Tahun Baru Cina, Ceng Beng, perayaan Kuih Bulan, perayaan Tanglung, dan sebagainya e. Antara beberapa tariannya ialah tarian singa, tarian naga, dan sebagainya (d) Kebudayaan kaum India a. Berbahasa Tamil dan ada juga yang berbahasa Malayalam dan Telegu b. Kebanyakannya beragama Hindu tetapi ada juga yang beragama Kristian dan Islam c. Antara hari perayaannya ialah Deepavali, Thaipusam, dan sebagainya d. Banyak terlibat dalam kerja-kerja perladangan, perniagaan, perundangan, dan sebagainya Konsep Kebudayaan Kebangsaan (a) Kebudayaan mempunyai kemungkinan untuk berubah corak menurut sesuatu kebiasaan yang mempengaruhi corak kebudayaan itu (b) Perubahan corak kebudayaan ini dapat dirancang dan berlaku perlahan-lahan menurut kemahuan seluruh anggota masyarakat tanpa dipaksa-paksakan (c) Kebudayaan kebangsaan berlaku apabila proses asimilasi secara pengaruh-mempengaruhi terjadi di antara kebudayaan-kebudayaan yang berlainan di negara ini (d) Proses asimilasi ini boleh berlaku dalam kesenian, pergaulan hidup, dan sebagainya (e) Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi batu asas untuk tapak dan tempat tegaknya kebudayaan kebangsaan (f) Bahasa Melayu pula menjadi teras pada pertumbuhan kebudayaan kebangsaan – segala unsur dalam pelbagai kebudayaan yang berbeza-beza dapat berpadu dalam kebudayaan kebangsaan melalui bahasa kebangsaan, yakni bahasa Melayu (g) Sesuatu yang diterima sebagai kebudayaan kebangsaan mestilah tidak bercanggah dengan ajaran Islam Pengaruh Luar dalam Kebudayaan (a) Secara jelas dipengaruhi oleh agama dan kepercayaan Hindu, agama Islam, dan pengaruh Barat (b) Pengaruh penjajah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris serta kaum-kaum pendatang turut dapat dikesan (c) Pengaruh agama Hindu dan kemudiannya pengaruh agama Islam ternyata sekali dalam pelbagai amalan dan pantang larang, adat istiadat, bidang kebahasaan dan kesusasteraan, dan sebagainya (d) Bahasa yang digunakan telah berkembang pesat dengan kemasukan kata-kata asing sejajar dengan perkembangan ilmu, sains, dan teknologi (e) Cara berpakaian yang tradisi diubahsuaikan; begitu juga cara berpakaian sehari-hari yang dipengaruhi oleh pelbagai fesyen semasa (f) Corak pergaulan semakin bebas, antara kaum dengan kaum yang lain, antara lelaki dengan wanita (g) Aspek hiburan turut mengalami perubahan kerana dipengaruhi pelbagai unsur luar – alat-alat untuk persembahan muzik dan nyanyian ditambahkan, tarian-tarian diubahsuaikan, dan sebagainya SKOP: Nilai-nilai murni Usaha Memupuk Nilai-nilai Murni (a) Di peringkat sekolah, usahanya kian teratur dan terancang – sistem pendidikan negara kini mengutamakan nilai-nilai murni dengan mengubah kurikulum dalam KBSR dan KBSM (b) 16 nilai murni diperkenalkan di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di alam persekolahan – nilai-nilai murni tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat- menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat (c) Di peringkat umum, kerajaan menganggap serius terhadap pemupukan nilai-nilai murni – melancarkan kempen “Masyarakat Penyayang” untuk membangkitkan kesedaran masyarakat (d) Agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, termasuk pihak media, turut berperanan – menganjurkan kegiatan seperti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman, menganjurkan majlis keramaian seperti Hari Keluarga, dan sebagainya untuk memupuk dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat Pentingnya Mempunyai Nilai-nilai Murni (a) Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati (b) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni memungkinkan individu membuat pertimbangan sendiri secara rasional – senantiasa melakukan sesuatu berlandaskan prinsip-prinsip moral dan peraturan
  • 16. (c) Pelbagai gejala sosial yang negatif dan menyesatkan dapat dihindarkan atau dikurangkan – kehidupan masyarakat menjadi lebih tenteram dan sentosa (d) Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha-usaha pembangunan – negara dapat mencapai kemajuan dan kemakmuran dengan cepat (e) Imej negara di mata dunia meningkat – negara akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara- negara lain Nilai Murni di Kalangan Masyarakat Hari Ini (a) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni belum mencapai tahap yang dihendaki – meliputi pelbagai golongan dalam masyarakat (b) Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak – berlakunya gejala keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan dadah, kegiatan maksiat dan jenayah, melepak, dan sebagainya (c) Ada pula ibu bapa dan anggota-anggota keluarga yang bertindak kejam terhadap anak-anak serta sanak-saudara – berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak, perogolan, dan sebagainya (d) Muda-mudi lemah pegangan agamanya – keruntuhan moral berlaku di kalangan mereka – mudah terpengaruh oleh gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas tanpa batas, dan sebagainya (e) Pemimpin-pemimpin masyarakat menyalahgunakan kuasa, melakukan pecah amanah dan rasuah, terlibat dalam skandal yang memalukan, dan sebagainya – menggambarkan betapa lemahnya pegangan mereka terhadap nilai-nilai murni (f) Kesedaran tentang pentingnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota-anggota masyarakat memang wajar ditingkatkan SKOP: Khazanah bumi Jenis-Jenis Hutan (a) Hutan khaltulistiwa/ hutan hujan tropika a. Terdapat di kawasan tanah pamah yang tingginya kurang daripada 1000 meter b. Hutannya malar hijau c. Pohon-pohonnya tumbuh rapat-rapat dan terbahagi kepada tiga lapisan tumbuhan, yakni: i. Lapisan atas; pohon-pohonnya besar, berbatang lurus, berbanir, dan tumbuh sehingga 50 meter tinggi ii. Lapisan tengah; pohon-pohonnya tumbuh antara 15m hingga 45m tinggi manakala daun- daunnya membentuk kanopi iii. Lapisan bawah; tumbuhannya jarang dan terdiri daripada tumbuhan yang menjalar seperti rotan dan tumbuhan yang hidup menumpang seperti pandan, orkid, paku pakis, kulat, cendawan, dan sebagainya (b) Hutan paya a. Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu hutan paya bakau, hutan paya air tawar, dan hutan paya gambut b. Hutan paya bakau i. Terdapat di kawasan yang berlumpur di pinggir laut dan di muara sungai ii. Tumbuhannya terdiri daripada pohon bakau, paku laut, merbau laut, nipah, dan nibung c. Hutan paya air tawar i. Terdapat di tebing sungai dan di sekitar tasik ii. Tumbuhannya terdiri daripada pohon gelam, nibung, resak, pandan, rotan, dan salak d. Hutan paya gambut i. Terdapat di tepi sungai ii. Lantainya dilitupi tanah gambut yang berwarna hitam, senantiasa digenangi ait yang berwarna coklat, dan tumbuhannya terdiri daripada pohon ramin, punah, dan kempas (c) Hutan pantai a. Terdapat di kawasan pinggir pantai yang berpasir b. Tumbuhannya terdiri daripada pohon ru, mengkuang laut, kelapa, lalang, dan pelbagai jenis rumput (d) Hutan gunung a. Terdapat di kawasan pergunungan yang tingginya melebihi 1000 meter b. Tumbuhan yang tumbuh berbeza-beza mengikut ketinggian i. Pada ketinggian antara 1000m hingga 2000m, tumbuhannya tumbuh agak jarang dan terdiri daripada pohon seraya, berangan, paku pakis gergasi, dan pelbagai jenis tumbuhan yang hidup menumpang serta yang hidup memanjat ii. Pada ketinggian 2001m hingga 3001m, tumbuhannya tumbuh semakin jarang dan terdiri daripada pohon pain, maple, dan sprus iii. Pada ketinggian 3001m hingga 4000m, rumput alpain tumbuh; selepas ketinggian tersebut tumbuh pula lumut dan kulampair (e) Hutan berlukar atau hutan sekunder a. Tumbuh di dalam hutan asal yang telah ditebang b. Tumbuhannya terdiri daripada semak-samun, pohon renek, herba, dan pohon yang menjalar Usaha-usaha Mengekalkan Khazanah Tersebut (a) Menubuhkan agensi yang khusus mengurus dan mentadbirkan hal-hal yang berkaitan dengan hutan (b) Melancarkan kempen-kempen mencintai hutan dan alam sekitar di peringkat sekolah dan di sektor awam serta di sektor swasta (c) Menggalakkan penubuhan kelab, persatuan, dan pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan hutan (d) Mewujudkan Dasar Perhutanan Negara (e) Menggubal dan melaksanakan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia yang lebih efektif (f) Menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan tentang perhutanan (g) Menggiatkan usaha-usaha pemuliharaan hutan dan penanaman semula hutan selepas pembalakan (h) Mewartakan kawasan hutan yang luas seperti di Pahang Utara, Kelantan, dan Terengganu sebagai Taman Negara seperti kawasan Endau-Rompin (i) Menubuhkan Jabatan Perhutanan yang berkesan sebagai pelaksana dasar di setiap negeri dan daerah (j) Mengawal kegiatan penerokaan hutan dan mengurangkan kegiatan pembalakan (k) Menjatuhkan hukuman yang berat dan setimpal kepada peneroka-peneroka hutan secara haram Sumbangan kepada Negara (a) Ekologi/ sosial a. Penyerap unsur karbon dioksida dan penambah isipadu oksigen di atmosfera b. Pembiakan pelbagai jenis flora dan fauna c. Memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat – terlibat dalam kegiatan membalak dan pelbagai kegiatan di kilang papan (b) Ekonomi a. Hasil kayu-kayu keras tropika menyumbangkan kira-kira 7% daripada eksport negara b. Menjadi daya tarikan pelancong yang memberikan pendapatan yang besar kerana hutan kita adalah antara yang tertua di dunia yang masih terpelihara keasliannya c. Menyumbangkan pendapatan kepada masyarakat luar bandar hasil daripada penjualan buluh, rotan, mengkuang, dan ramuan ubatan tradisional d. Mengembangkan industri pembinaan dan industri perabot setempat SKOP: Perladangan Isu Tenaga Kerja di Bidang Perladangan (a) Menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, terutamanya mulai dekad 1980-an (b) Tenaga pekerja berpindah ke sektor perkilangan yang berkembang pesat dan menawarkan pendapatan yang lebih lumayan (c) Pengusaha ladang dibenarkan mengambil tenaga kerja asing demi menampung kekurangan tenaga pekerja (d) Kemasukan pekerja asing tanpa permit telah disahkan supaya mereka dapat bekerja di ladang (e) Pekerja asing kini memberikan sumbangan yang besar kepada sektor perladangan
  • 17. Perkembangan dan Sumbangan kepada Negara (a) Membekalkan sumber pendapatan kepada negara melalui cukai yang dikenakan terhadap pengusaha ladang (b) Menyebabkan kawasan sekitarnya bertambah maju – contohnya tempat yang dahulunya terpencil akhirnya menjadi bandar baru dan menerima pelbagai kemudahan apabila wujudnya ladang di kawasan tersebut (c) Kegiatan perladangan dapat dipelbagaikan – dahulu usaha tertumpu pada penanaman getah, nanas, dan kelapa – kini ladang-ladang kelapa sawit, koko, buah-buahan, tebu, dan sebagainya semakin giat diusahakan (d) Peluang pekerjaan dalam bidang-bidang yang menuntut kemahiran yang tinggi di sektor perladangan dapat diisi oleh penduduk setempat (e) Syarikat-syarikat yang menjalankan kegiatan perladangan turut mendirikan sekolah, klinik, kemudahan rekreasi, dan kemudahan-kemudahan yang lain untuk para pekerjanya dan dapat dinikmati juga oleh penduduk setempat Usaha Memajukan Sektor Perladangan (a) Menubuhkan pelbagai agensi untuk memberikan bantuan kepada sektor perladangan (b) Mengesyorkan perubahan dalam cara pengurusan ladang daripada intensif buruh kepada intensif modal (c) Menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam sektor perladangan (d) Mempergiat usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi meningkatkan penghasilan dan kualiti hasil-hasil perladangan (e) Memperbaiki, memodenkan, dan menambah prasarana untuk kemudahan sektor perladangan (f) Mengurangkan kadar cukai pada syarikat-syarikat yang baru mengusahakan kegiatan perladangan (g) Meneroka pasaran baru selain memantapkan kedudukan pasaran yang sedia ada melalui misi- misi perdagangan ke luar negeri (h) Menggalakkan pelaburan dalam sektor perladangan, baik oleh pelabur asing mahupun pelabur setempat SKOP: Isu perundangan Peranan dan Fungsi Undang-undang (a) Mempertahankan Perlembagaan (b) Memelihara hak warga negara (c) Mengawal atau mengimbangi kuasa kerajaan (d) Menegakkan dan menjamin keadilan (e) Membentuk individu serta masyarakat yang berdisiplin dan bertanggungjawab (f) Memungkinkan kehidupan menjadi lebih teratur (g) Memelihara keamanan dan ketenteraman awam (h) Mencegah berlakunya keadaan huru-hara (i) Memastikan segala usaha dan projek kerajaan untuk membangunkan negara berjalan lancar Keberkesanan Undang-undang (a) Undang-undang negara berkesan kerana tidak terpengaruh oleh sebarang tekanan luar (b) Penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan sistematik – melibatkan pelbagai institusi seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Narkotik Negara, serta Jabatan Kastam dan Eksais (c) Institusi yang menguatkuasakan undang-undang bertindak dengan tegas dan cekap – pelbagai dakwaan dan tangkapan dibuat – hal ini menjamin keberkesanan undang-undang (d) Sistem pengadilan pun dibentuk dengan teratur untuk menjamin keberkesanan undang-undang – menubuhkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, dan sebagainya (e) Kebebasan sistem kehakiman sudah terbukti – mereka yang melakukan kesalahan tanpa mengira keturunan, pangkat, dan kedudukan pernah didakwa dan dijatuhi hukuman Jenayah di Negara Kita (a) Jenayah perdagangan a. Berlaku di bidang perdagangan dan kewangan b. Biasanya melibatkan penipuan kepada pelanggan atau penyelewengan akaun, pecah amanah, dan lain-lain c. Keadaannya di negara kita agak serius – contohnya skandal BMF, penipuan di syarikat broker saham, Skim Cepat Kaya, dan sebagainya (b) Jenayah Sosial a. Melibatkan semua golongan masyarakat dan biasanya menyebabkan kecederaan dan kematian b. Contohnya: pembunuhan, rompakan, peras ugut, perogolan, pelacuran, dan sebagainya c. Keadaannya di Malaysia semakin serius (c) Jenayah juvana a. Dilakukan oleh golongan remaja yang masih di bawah umur 18 tahun b. Antara kesalahannya termasuklah mencuri, memeras ugut, merosakkan harta benda awam, dan sebagainya SKOP: Pertanian tradisional Kebaikan dan Keburukan Pertanian Tradisional (a) Kebaikan a. Tidak memerlukan kos dan modal yang besar b. Tidak memerlukan penjagaan yang rapi c. Hasil pertaniannya tidak dicemari bahan kimia yang dapat menjejaskan kesihatan d. Dapat menghasilkan pelbagai hasil pertanian, misalnya pisang, ubi kayu, ubi keladi, keledek, dan sebagainya – sesuai dengan kemahuan dan keperluan pengusahanya e. Mewujudkan suasana mesra di kalangan mereka yang mengusahakannya f. Dapat mengekalkan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun (b) Keburukan a. Tidak memberikan hasil yang banyak dan hasilnya kurang bermutu, misalnya dari segi saiz, rasa, dan sebagainya b. Tidak dapat dijadikan sumber pendapatan tambahan – jika adapun tidaklah lumayan c. Mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit dan serangan makhluk perosak d. Kerja-kerja yang dilakukan memakan masa yang lama kerana menggunakan peralatan tradisional e. Mewujudkan petani yang kurang kreatif dan yang sukar menerima perubahan untuk kemajuan f. Memberikan kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (merujuk kepada pertanian pindah) Mengapa Pertanian Tradisional Masih Diamalkan (a) Mudah dikerjakan tanpa memerlukan usaha yang banyak