SINTAKSIS BAHASA MELAYU              Oleh :    Salasiah binti Mohd Taib
• SINTAKSIS: POLA, JENIS, RAGAM, SUSUNAN,  BENTUK, DAN PROSES PENERBITAN AYAT• Aspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tet...
Subjek                    Predikat1. Dr. Sheikh Muszaphar   angkasawan pertamaShukor                    negara kita.2. Pel...
Pola   Jenis Pola         Subjek      Predikat 1.     FN + FN     Encik Shaari   ejen insurans. 2.     FN + FK     Dia    ...
• Frasa: Frasa ialah suatu susunan yang  mengandungi sekurang-kurangnya dua  perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh ...
• Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak  ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang  demikian, ayat akan dapat di...
Pola                            Contoh           Subjek + Predikat                  Subjek / Predikat1. Frasa Nama + Frasa...
• Rumusannya, semua subjek ayat terdiri  daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat  ayat pula boleh terdiri daripada Fra...
• Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak  ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang  demikian, ayat akan dapat di...
• Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan  bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama  (FN), manakala predikat ayat pula t...
• Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan  bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama  (FN), manakala predikat ayat pula t...
Subjek Frasa Nama     Predikat        Pola Encik Ningkan      usahawan tani.   FN + FN Cikgu Saziman      mengajar saya.  ...
• Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah  binaan yang terdiri daripada satu perkataan  atau       lebih dan kata intin...
Subjek              Frasa Kerja        Kata kerja1. Aminah    membaca buku.                  KKT2. Fatimah   bernyanyi di ...
• Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah  susunan perkataan yang terdiri daripada satu  atau beberapa perkataan ...
Subjek            Frasa Kerja           Kata kerja1. Aminah           membaca buku.       KKT2. Fatimah          bernyanyi...
• Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah  susunan perkataan yang terdiri daripada satu  atau beberapa perkataan ...
Subjek (FN)       Predikat      Fungsi Frasa Adjektif1. Dia         rajin.           FA sebagai predikat.2. Rosli       be...
• Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi  nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri  daripada satu kata sendi nama...
Subjek    Predikat1. Ahmad            ke bandar.2. Surat itu       daripada ibu.3. Hadiah ini      untuk ayah.
• Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa  nama terbentuk daripada satu atau sederetan  perkataan, sama ada terdiri dari...
Frasa Nama              Predikat          Inti              Penerang1. Guru               Bahasa Melayu      sungguh kreat...
Frasa Nama              Predikat    Inti       Inti1.Ibu         bapa    dipersilakan hadir.2.Hutan      rimba    perlu di...
• Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja  dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:  (i) frasa kerja yang tidak mengan...
Frasa Sendi Nama   Subjek             Kata Sendi    Kata Nama        Frasa Nama    Keterangan               Nama          ...
Frasa Kerja   Subjek          Kata Kerja      Objek           Keterangan1. Adik        tidur.2. Hujan       turun         ...
Pembentukan Frasa Adjektif (FA):Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataanadjektif sahaja atau deretan perkataan yangm...
Subjek                  Frasa Adjektif             Kata Bantu   Penguat      Kata      Penguat                            ...
Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS):•   Frasa sendi nama terbentuk daripada salah    satu binaan yang berikut:•   Kata sendi...
• Klausa: Klausa ialah satu unit rangkaian  perkataan yang mengandungi subjek dan  predikat yang menjadi konstituen kepada...
• Awak pandai kerana awak rajin belajar.• Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.• Mereka akan datang walaupun tanpa ...
• Jenis Ayat:  Penjenisan ayat dibuat berdasarkan lagu  bahasa dan tujuan pengucapan/penulisan ayat  berkenaan dalam pelba...
1. Datuk Akim ketua kami.Ayat Penyata    2. Harga susu itu mahal.                3. Adik saya pegawai di Kor Risik Tentera...
• Ayat mempunyai nilai komunikatif atau makna  dalam komunikasi, misalnya:             Makna/Nilai                Ayat1.pe...
6.positif (suruhan)   6. Pergi dari sini!7.permintaan          7. Tolong senyap sedikit!8.silaan              8. Silalah i...
• Bentuk Ayat: Secara sedar atau tidak, kita  mengucapkan atau menulis ayat untuk  berkomunikasi dengan ahli keluarga, rak...
Ayat Tunggal                  Ayat Majmuk1. Saya guru.                  1a. Saya guru tetapi rakan saya                   ...
• Ayat Tunggal: Ayat tunggal ialah ayat yang  mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang  mempunyai satu konstituen subjek...
Subjek                Predikati. Ibu Ahmad        ustazah.ii. Dia             rajin membaca.iii. Pelari itu     sungguh pa...
• Binaan predikat ayat tunggal boleh terbentuk  daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.          Subjek            Predik...
• Ragam Ayat: Ragam ayat tunggal bahasa  Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat  pasif. Ayat aktif ialah ayat yang me...
• Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang  mengandungi kata kerja yang tak transitif,  iaitu yang tidak diikuti oleh obje...
• Ayat Aktif Transitif                                  Predikat         Subjek                     Kata Kerja            ...
• Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan  yang Boleh Digugurkan      Subjek               Predikat                 Kat...
• Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan  yang Tidak Boleh Digugurkan      Subjek                    Predikat         ...
• Ayat Pasif: Ayat pasif pula ialah ayat yang  asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang  mengandungi kata kerja t...
• Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif   Subjek     Kata Kerja     Oleh + Frasa Keterangan                Pasif     ...
• Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri  Pertama dan Kedua      Subjek         Frasa Kerja Pasif dengan     Keterangan   ...
• Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang  Hadir Sebelum Kata Kerja      Subjek         Kena   Kata Kerja   Oleh + Frasa N...
• Ayat Majmuk: Ayat majmuk ialah ayat  terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal  atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal ter...
• Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri  daripada dua ayat tunggal atau lebih yang  dijadikan satu dengan cara menggabun...
• b. Faktanya bertentangan (kata hubung:  tetapi, sebaliknya, dan padahal)• 3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke  peja...
• d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir.• 7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafeteria  setiap hari.• 8. An...
• Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri  daripada satu ayat induk/utama dan satu atau  beberapa ayat kecil yang lain ya...
• Ayat Komplemen (menggunakan kata  komplemen bahawa , supaya dan untuk atau  demi)• 2. Bahawa saya benar memanglah perlu ...
• Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan  ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan,  sungguhpun, walaupun, semoga, da...
• Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang  mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,  iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ...
• 8. Apabila kita berusaha untuk mendapat  kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita  hendaklah selalu menilai kekuatan d...
• Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk  aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif.• 1. Kami dinasihati o...
• Proses Penerbitan Ayat: Penerbitan ayat ialah  suatu proses terbina atau terbentuknya ayat  melalui proses pertukaran be...
• Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang  berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan   pengguguran unsur-unsur...
• Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek:  Pengguguran subjek ganti nama diri orang  kedua dalam ayat perintah.• Contoh: i....
• Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat  majmuk.• Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar•          Dia sanga...
• Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa  predikat atau bahagian-bahagian daripadanya  boleh digugurkan. Jikalau terdap...
Frasa Predikat                    Contoh Ayat                 Adik Ahmad belajar di Seremban.a. Frasa kerja   Sepupunya be...
Encik Ali guru sekolah. Puan Aminah gurub.Frasa nama sekolah.  yang serupa              i. Encik Ali guru sekolah dan Puan...
Frasa Predikat       Contoh Ayat                 Dia masih berada di kampung. Isterinya masihd. Frasa sendi   berada di ka...
• Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului   Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan   dengan satu ayat yang dipancangka...
• Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi  sebagai Inti dalam Frasa Nama: Kata nama  yang terkandung dalam binaan frasa nama ...
• Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan   dalam ayat asal diubah susunannya dan  diterbitkan semula dalam satu strukt...
• Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula,  iaitu:• Penyusunan semula frasa nama sebagai  subjek.• Penyusunan semula ...
Ayat Asal                   Penyusunan SemulaAbang menendang bola itu.    Bola itu ditendang oleh abang.                  ...
• Proses Peluasan:  Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila  terdapat penambahan unsur-unsur dalam  ayat yang baharu, i...
Lelaki itu abang saya. Lelaki itu             Lelaki yang membacamembaca buku                          buku itu abang saya...
SEKIAN,TERIMA KASIH
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

1.sintaksis mbm4 m mei 2012

3,296 views

Published on

1.sintaksis mbm4 m mei 2012

  1. 1. SINTAKSIS BAHASA MELAYU Oleh : Salasiah binti Mohd Taib
  2. 2. • SINTAKSIS: POLA, JENIS, RAGAM, SUSUNAN, BENTUK, DAN PROSES PENERBITAN AYAT• Aspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tetapi pada masa yang sama, banyak pengguna bahasa gagal menulis ayat yang betul, misalnya dalam surat rasmi atau dalam minit mesyuarat. Secara ilmiahnya, ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan. Ayat juga terbina daripada dua bahagian utama iaitu subjek (hal atau judul) dan predikat (cerita).
  3. 3. Subjek Predikat1. Dr. Sheikh Muszaphar angkasawan pertamaShukor negara kita.2. Pelajar-pelajar KPLI menganjurkan programBahasa Melayu. khemah bahasa.3. Sungai yang bersejarah sedang dimajukan.itu
  4. 4. Pola Jenis Pola Subjek Predikat 1. FN + FN Encik Shaari ejen insurans. 2. FN + FK Dia menjerit kesakitan. 3. FN + FA Budak itu sangat nakal. 4. FN + FS Pejabat saya di Kota Kinabalu.
  5. 5. • Frasa: Frasa ialah suatu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Contoh Frasa Contoh Frasa Lain kertas sehelai kertas sehelai kertas edaran sehelai kertas edaran mesyuarat
  6. 6. • Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
  7. 7. Pola Contoh Subjek + Predikat Subjek / Predikat1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Likas.2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-Guru Besar sedang bermesyuarat.3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya.4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Samarahan.
  8. 8. • Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
  9. 9. • Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS. Pola Contoh Subjek + Predikat Subjek + Predikat 1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Seri Puteri. 2. Frasa Nama + Frasa Kerja Ketua Panitia sedang bermesyuarat. 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya. 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Kami dari Simunjan, Sarawak.
  10. 10. • Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
  11. 11. • Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
  12. 12. Subjek Frasa Nama Predikat Pola Encik Ningkan usahawan tani. FN + FN Cikgu Saziman mengajar saya. FN + FK Kucing itu sangat manja. FN + FA Ayah ke Labuan. FN + FS
  13. 13. • Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain, sebagaimana dalam contoh yang berikut:
  14. 14. Subjek Frasa Kerja Kata kerja1. Aminah membaca buku. KKT2. Fatimah bernyanyi di atas pentas. KKTT3. Adik menangis tersedu-sedu. KKTT4. Ayam membuat sarang di atas KKThutan itu dahan.
  15. 15. • Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:
  16. 16. Subjek Frasa Kerja Kata kerja1. Aminah membaca buku. KKT2. Fatimah bernyanyi di atas pentas. KKTT1. Adik menangis tersedu- sedu. KKTT1. Ayam hutan itu membuat sarang KKT di atas dahan.
  17. 17. • Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:
  18. 18. Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif1. Dia rajin. FA sebagai predikat.2. Rosli berlari sangat FA sebagai unsur laju. keterangan.3. Kucing binatang jinak. FA sebagai unsur penerang.
  19. 19. • Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
  20. 20. Subjek Predikat1. Ahmad ke bandar.2. Surat itu daripada ibu.3. Hadiah ini untuk ayah.
  21. 21. • Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur penumpuan makna yang mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, dan penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
  22. 22. Frasa Nama Predikat Inti Penerang1. Guru Bahasa Melayu sungguh kreatif. itu1. Kakak budak lelaki itu sudah berpunya.
  23. 23. Frasa Nama Predikat Inti Inti1.Ibu bapa dipersilakan hadir.2.Hutan rimba perlu dijaga.
  24. 24. • Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (i) frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif; (ii) frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti oleh bahagian keterangan.
  25. 25. Frasa Sendi Nama Subjek Kata Sendi Kata Nama Frasa Nama Keterangan Nama Arah1. Saya dari - Simanggang -2. Adik ke - sekolah -3. Ayah di belakang rumah -4. Pemburu dari dalam hutan -5. Nenek ke dalam belukar mencari herba.6. Pemandu ke belakang keretanya mengambil itu sesuatu.
  26. 26. Frasa Kerja Subjek Kata Kerja Objek Keterangan1. Adik tidur.2. Hujan turun - dengan lebatnya.1. Ayah membaca manuskrip.2. Pemburu menembak rusa.3. Ibu menghidangkan makanan.4. Jurulatih menyuruh murid berlari pantas.
  27. 27. Pembentukan Frasa Adjektif (FA):Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataanadjektif sahaja atau deretan perkataan yangmengandungi kata adjektif dengan kata bantudan penguat, sama ada di hadapan atau dibelakangnya.
  28. 28. Subjek Frasa Adjektif Kata Bantu Penguat Kata Penguat Adjektif1. Abang sudah - pandai. -2. Hujan masih - lebat. -3. Ibu - amat gembira. -4. Pemburu - sangat cekap. -5. Nenek masih - cantik amat.6. Hari masih - gelap benar.
  29. 29. Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS):• Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut:• Kata sendi nama + frasa nama• Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama• Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
  30. 30. • Klausa: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.• Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.• Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.
  31. 31. • Awak pandai kerana awak rajin belajar.• Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.• Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.• klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas• Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama
  32. 32. • Jenis Ayat: Penjenisan ayat dibuat berdasarkan lagu bahasa dan tujuan pengucapan/penulisan ayat berkenaan dalam pelbagai situasi berbahasa.
  33. 33. 1. Datuk Akim ketua kami.Ayat Penyata 2. Harga susu itu mahal. 3. Adik saya pegawai di Kor Risik Tentera Darat Malaysia. 1. Encik Nabil pengurus di sini? Ayat Tanya 2. Dia penyelenggara stor? 3. Ke sekolahkah anak awak? 1. Keluar dari bilik saya!Ayat Perintah 2. Kutip sampah itu! 3. Jemput masuk. 4. Sila lengkapkan borang pendaftaran ini. 1. Amboi, garangnya!Ayat Seruan 2. Nah, ambillah wang ini! 3. Syabas, saudara juara sebenar!
  34. 34. • Ayat mempunyai nilai komunikatif atau makna dalam komunikasi, misalnya: Makna/Nilai Ayat1.penyataan biasa 1. Datuk kami pandai bercerita. 2. ASEAN ialah zon aman,2.pentakrifan bebas, dan berkecuali. 3. Awas, jangan meniru!3.amaran4.tertutup 4. Ustaz itu suaminya?5.terbuka 5. Suaminya siapa?
  35. 35. 6.positif (suruhan) 6. Pergi dari sini!7.permintaan 7. Tolong senyap sedikit!8.silaan 8. Silalah istirahat!9.larangan 9. Usahlah merajuk!10.harapan 10. Semoga kita bahagia!11.ajakan 11. Ayuh kita pergi!12.penyerahan 12. Biarkan dia sendirian!13.vokatif (biasa) 13. Pak Lebai!14.doa 14. Tuhanku!15.bukan vokatif 15. Cantiknya!16.penegasan (lah) 16. Dialah memulainya.17.penegasan (yang) 17. Kamilah yang memulainya.
  36. 36. • Bentuk Ayat: Secara sedar atau tidak, kita mengucapkan atau menulis ayat untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan sekelas, atau pegawai di jabatan kerajaan. Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah), seperti tiga contoh di atas. Apabila kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang lebih sukar, misalnya membuat laporan kajian, kita secara spontan terdorong untuk membina ayat majmuk atau ayat kompleks.
  37. 37. Ayat Tunggal Ayat Majmuk1. Saya guru. 1a. Saya guru tetapi rakan saya juruteknik di sebuah syarikat petroleum.2. Pengetua sedang 2a. Para pelajar bercakap walaupun berucap. pengetua sedang berucap.3. Staf sekolah ini rajin. 3a. Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.4. Kajian ini telah selesai. 4a. Kajian tentang kelemahan membaca dalam kalangan murid itu telah selesai dalam masa enam bulan.
  38. 38. • Ayat Tunggal: Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Binaan subjek dalam ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut, iaitu (i) kata nama; (ii) kata ganti nama; (iii) kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama; (iv) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Perhatikan contoh-contoh ayat tunggal yang berikut:
  39. 39. Subjek Predikati. Ibu Ahmad ustazah.ii. Dia rajin membaca.iii. Pelari itu sungguh pantas.iv. Seluar itu sangat mahal.v. Buku itu di atas meja.vi. Ke bandar dia pagi tadi.vii.Membaca menjadi kegemarannya.viii.Merompak satu amalan hina.ix. Sabar sifat terpuji.x. Gemuk tidak semestinya hodoh.
  40. 40. • Binaan predikat ayat tunggal boleh terbentuk daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS. Subjek Predikat Binaan Predikati. Pemuda itu pengarah syarikat. Frasa namaii. Ayam serama itu berkokok. Frasa kerjaiii. Cikgu Aminah sangat rajin. Frasa Adjektifiv. Ibu ke Kuala Lumpur. Frasa Sendi Nama
  41. 41. • Ragam Ayat: Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.• Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.• Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
  42. 42. • Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.• Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
  43. 43. • Ayat Aktif Transitif Predikat Subjek Kata Kerja Objek Transitif1. Ribut melanda kampung kami.2. Ali mengarang buku cerita.3. Pengarah merasmikan seminar itu.
  44. 44. • Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan Subjek Predikat Kata Kerja Tak Keterangan yang Transitif Boleh Digugurkan 1. Budak itu sedang mandi di sungai itu. 2. Amin menangis sepanjang hari. 3. Kakak tidur di bilik adik.
  45. 45. • Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan Subjek Predikat Kata Kerja Keterangan yang Tak Transitif Tidak Boleh Digugurkan1. Dia berada di Kuala Lumpur.2. Bas itu menuju ke Kota Baharu.3. Penyakitnya beransur sembuh.
  46. 46. • Ayat Pasif: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu:• Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;• Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan• Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
  47. 47. • Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Keterangan Pasif Nama1.Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi.2.Kucing terlanggar oleh basikal.3.Sampah dipungut oleh pekerja setiap hari.
  48. 48. • Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Keterangan Ganti Nama Diri Pertama atau Kedua1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi.2. Hutang itu akan kami jelaskan segera.3.Masakan itu belum engkau makan lagi.4.Perkara tersebut harus awak putuskan segera.
  49. 49. • Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang Hadir Sebelum Kata Kerja Subjek Kena Kata Kerja Oleh + Frasa Nama Dasar1.Penagih itu kena tangkap oleh polis.2.Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam.3.Budak itu kena kejar oleh orang jahat.4.Harimau itu kena tembak oleh pemburu.
  50. 50. • Ayat Majmuk: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung seperti dan, kata fakta ’bahawa’, kata relatif ’yang’, selain penggunaan tanda koma, dan tambahan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
  51. 51. • Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung.• a. Faktanya seragam (kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil)• 1. Dia duduk lalu menaip.• 2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.
  52. 52. • b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal)• 3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke pejabat.• 4. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.• c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat penyata dengan ayat penyata.• 5. Adik sudah mandi dan berpakaian.• 6. Urus setia masih menyemak dan membetulkan draf minit mesyuarat itu.
  53. 53. • d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir.• 7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafeteria setiap hari.• 8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Srikandi sedang dibaik pulih.• e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan kata hubung. (Dalam laras bahasa lisan, ayat majmuk ditandai oleh hentian suara yang sejenak.)• 9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak pinggang, merenung ke suatu arah.10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir, menjawab pertanyaan pelajar baharu itu.
  54. 54. • Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk/utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:• Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)• 1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu sudah ditemu duga.• (Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.)• (Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.)
  55. 55. • Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa , supaya dan untuk atau demi)• 2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.• 3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguh- sungguh demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara.
  56. 56. • Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, semoga, dan sekiranya)• 4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan. (keterangan sebab)• 5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang dengan kedua-dua ibu bapa saya. (keterangan syarat)• 6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)• 7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)
  57. 57. • Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.
  58. 58. • 8. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri kita.• 9. Jika perlawanan bola sepak yang akan menemukan dua pasukan gergasi dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan memperoleh keuntungan yang besar.
  59. 59. • Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif.• 1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan kepada kami.• 2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di kawasan pedalaman Negeri Perak Darul Ridzuan.• 3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan barang-barang yang dipesan setelah pesanan diperakukan oleh ketua jabatan.• 4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan datang.• 5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.
  60. 60. • Proses Penerbitan Ayat: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.
  61. 61. • Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran:• a) frasa nama sebagai subjek• b) frasa predikat• c) frasa nama yang mendahului frasa relatif• d) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama
  62. 62. • Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.• Contoh: i. Kamu keluar keluar!• ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!
  63. 63. • Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.• Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar• Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar• Dia sangat pandai kerana rajin belajar• ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu• Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu• Adik saya cerdik tetapi pemalu.
  64. 64. • Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Contoh:
  65. 65. Frasa Predikat Contoh Ayat Adik Ahmad belajar di Seremban.a. Frasa kerja Sepupunya belajar di Seramban. yang i. Adik Ahmad belajar di Serembanserupa dan sepupunya belajar di Seremban. ii. Adik Ahmad dan sepupunya belajar di Seremban.
  66. 66. Encik Ali guru sekolah. Puan Aminah gurub.Frasa nama sekolah. yang serupa i. Encik Ali guru sekolah dan Puan Aminah guru sekolah. ii. Encik Ali dan Puan Aminah guru sekolah. Abang saya sangat rajin. Abang Abu sangat rajin.c. Frasa i. Abang saya sangat rajin dan abang Abu adjektif sangat rajin. yang serupa ii. Abang saya dan abang Abu sangat rajin.
  67. 67. Frasa Predikat Contoh Ayat Dia masih berada di kampung. Isterinya masihd. Frasa sendi berada di kampung. nama yang i. Dia masih berada di kampung dan isterinya serupa masih berada di kampung. ii. Dia dan isterinya masih berada di kampung.
  68. 68. • Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh:1. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.• Kereta yang kuning itu pilihan saya.• Yang kuning itu pilihan saya.2. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.• Dia membeli baju yang cantik itu.• Dia membeli yang cantik itu.
  69. 69. • Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama: Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh:• i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.• Bersenam boleh menyihatkan badan.• ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.• Merokok membahayakan kesihatan.
  70. 70. • Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.• Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata- kata lain pada ayat yang diterbitkan.• Namun demikian, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.
  71. 71. • Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:• Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.• Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.• Penyusunan semula melalui ayat songsang.
  72. 72. Ayat Asal Penyusunan SemulaAbang menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh abang. (frasa nama sebagai subjek)Allah mengurniai kita Allah mengurniakan rahmatrahmat. kepada kita. (frasa nama sebagai objek)Lelaki itu pergi ke kedai. Ke kedai lelaki itu pergi. (ayat songsang)
  73. 73. • Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.
  74. 74. Lelaki itu abang saya. Lelaki itu Lelaki yang membacamembaca buku buku itu abang saya. (Frasa nama sebagai subjek )Ahmad mengusik budak itu. Budak itu Ahmad mengusik budakmenangis. yang menangis itu. (Frasa predikat)Ibu tidak bekerja. Ibu tidak bekerja keranaIbu sakit perut. sakit perut. (kata hubung)Mereka melaporkan (sesuatu). Mereka melaporkan bahawaGuru kelas tidak hadir. guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)
  75. 75. SEKIAN,TERIMA KASIH

×