Tutorial ini menjelaskan bagaimana untuk berpindah antara mod ikon (pembangunan) dan mod paparan (persembahan) dalam Authorware. Ia juga menjelaskan konsep Step Over dan Step Into untuk melihat persembahan ikon secara teratur. Tutorial ini mengajar cara menambah ikon paparan, memasukkan teks ke dalamnya, dan melihat bagaimana teks dari beberapa ikon paparan dipaparkan secara serentak.
Tutorial ini berupa hal hal yang harus dipersiapkan sebelum menjalankan program AKSI For School berupa modul berbasis Komputer yaitu MOTIVASI (modul tes inovasi Siswa Indonesia).
Tutorial ini berupa hal hal yang harus dipersiapkan sebelum menjalankan program AKSI For School berupa modul berbasis Komputer yaitu MOTIVASI (modul tes inovasi Siswa Indonesia).
Materi yang ada pada slide ini berisi :
DEFINISI GUI
SWING
HIRARKI JAVA SWING CLASS
KOMPONEN SWING
CONTAINER CLASS
JAVA LAYOUT MANAGER
JAVA SWING COMPONENT
DRAG N DROP
TUGAS INDIVIDU
----------------------------------------------------------------------
Keep in touch with me in :
Email : rizkiadamunikom@gmail.com
Materi yang ada pada slide ini berisi :
DEFINISI GUI
SWING
HIRARKI JAVA SWING CLASS
KOMPONEN SWING
CONTAINER CLASS
JAVA LAYOUT MANAGER
JAVA SWING COMPONENT
DRAG N DROP
TUGAS INDIVIDU
----------------------------------------------------------------------
Keep in touch with me in :
Email : rizkiadamunikom@gmail.com
1. Tutorial 4
Memain dan Memberhentikan Aplikasi
Video: Melancarkan aplikasi yang anda bina
Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh :
Memahami konsep mod ikon dan mode paparan
Menggunakan arahan Play dan Stop untuk berpindah antara mod
ikon (pembangunan) dengan mod paparan (persembahan)
Menggunakan arahan pantas (short cut) bagi tujuan di atas
Memahami konsep Step Over dan Step Into.
2. Pengenalan
Sekiranya anda melakukan latihan-latihan di dalam tutorial yang
sebelumnya, pastinya anda telah menyedari beberapa konsep asas
semasa memain atau melaksanakan sesuatu aplikasi yang sedang
anda bangunkan.
Semasa anda meletakkan ikon pada garis aliran, anda sebenarnya
berada di dalam mod ikon iaitu mod pembangunan sesebuah aplikasi.
Secara amnya semasa berada di dalam mod ikon, anda menyusun
logik sesebuah aplikasi.
Semasa anda memasukkan teks ke dalam ikon paparan anda
sebenarnya berada di dalam mod paparan iaitu paparan bagaimana
sesebuah aplikasi akan dipersembahkan kepada pengguna.
Di dalam latihan seterusnya, anda akan belajar bagaimana untuk
bergerak di antara 2 mod tersebut.
3. 1. Sekiranya perlu, lancarkan program Authorware dan buka fail
tutor1 anda. Mainkan (Play) aplikasi tersebut. (Sama ada dengan
menggunakan arahan Play dari menu Control, atau kombinasi
kekunci Control dan R, atau pun menggunakan Control Panel atau
Restart dari ToolBar)
4. 2. Laksanakan arahan Stop dari menu Control. Perhatikan anda akan
kembali ke Mod Ikon. Anda boleh juga menggunakan arahan pantas
dengan kombinasi kekunci Control dan kekunci J serentak.
3. Semasa berada di dalam ikon mod, laksanakan arahan Step Into dan Step
Over dari menu Control berulang kali. Perhatikan apa yang berlaku papa
paparan persembahan anda.
Nota
Step Into
Digunakan bagi melaksanakan item yang berikutnya yang berada pada
garis aliran termasuk apa juga yang berada di dalam ikon kumpulan
(Map) atau yang berada di dalam struktur cabangan.
Step Over
Digunakan bagi melaksanakan item yang berikutnya yang berada pada
garis aliran dan mengabaikan apa yang berada di dalam ikon
kumpulan (Map) atau yang berada di dalam struktur cabangan. Arahan
ini membolehkan anda untuk melihat paparan setiap ikon satu persatu
secara teratur.
5. 4. Semasa berada di dalam mod ikon,
tambahkan satu lagi ikon paparan pada
garis aliran (dibawah ikon Paparan 1)
dan namakan ikon tersebut sebagai
Paparan 2.
5 Klik berganda pada ikon Paparan 2
untuk membukanya. (Perhatikan nama
ikon tersebut dipaparkan pada titlebar
Toolbox.
6. 6. Taipkan teks yang berikut di bahagian bawah penjuru kanan skrin
paparan.
"Anda kini berada di dalam Ikon paparan yang kedua
7. Mainkan (Play) aplikasi anda.
Perhatikan kedua-dua medan teks dari ikon paparan 1 dan ikon
paparan 2 dipaparkan secara serentak.
7. 8. Save fail anda (sebagai langkah keselamatan adalah di galakkan
anda save aplikasi anda setiap 10 – 15 minit bekerja).
9. Tambahkan satu lagi ikon paparan di bawah ikon paparan 2 ke garis
aliran. Dan namakan ia Paparan 3.
10. Masukkan teks berikut di bahagian penjuru atas kiri tetingkap
persembahan.
"Anda kini berada di dalam Ikon paparan yang ketiga"
11. Mainkan aplikasi anda dan lihat apa yang berlaku. Berikut
merupakan apa yang sepatutnya anda dapat perhatikan paparan
tetingkap persembahan. Tiga medan teks dari tiga ikon paparan
dipaparkan serentak. Fahami apa yang berlaku….
8. 12. Lancarkan arahan Step Over atau Step To serta cuba
juga menggunakan arahan Play dan Stop bagi
memahirkan diri anda menggunakan konsep asas di dalam
persembahan sesebuah program Authorware