2. PENGENALAN
Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia
bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah
barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di
sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau
590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut, Baling merupakan daerah yang kedua
terbesar di Negeri Kedah selepas daerah Sik. Setakat Februari 2011, jumlah penduduk
daerah Baling ialah 159,487 orang.
4. KEMUDAHAN AWAM DAN PENGANGKUTAN
Di daerah Baling, hanya terdapat dua pengangkutan awam iaitu bas dan teksi.
Terdapat juga laluan pejalan kaki yang disediakan bagi memudahkan para pejalan kaki
untuk berjalan dan melintas jalan.
Stesen Bas Baling Stesen Teksi Baling Laluan pejalan kaki
5. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Antara masalah yang dihadapi adalah kurangnya pengangkutan awam iaitu pengangkutan kereta
api. Para penduduk yang ingin ke bandar lain seperti Sungai Petani dan Alor Setar masih perlu
menaiki bas atau teksi. Hal ini memberi sedikit kekurangan kerana pengangkutan bas dan teksi
adalah lebih lambat berbanding kereta api.
Selain itu, di Baling juga masih tidak terdapat laluan basikal. Para penunggang basikal masih
perlu menggunakan laluan jalan raya untuk berbasikal. Hal ini akan mengundang bahaya dan
risiko kepada para penunggang. Laluan pejalan kaki juga masih kurang. Hanya terdapat satu
atau dua sahaja lintasan dan lampu isyarat pejalan kaki yang disediakan.
6. CADANGAN
Pada pendapat saya, daerah Baling perlu meningkatkan kemudahan pengangkutan awam seperti
kereta api. Laluan basikal juga perlu disediakan bagi memudahkan para pengguna.