SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
SULIT*
2
Bahagian A [15 markah ]
Jawab semua soalan.
1. Huraikan dua cara bagaimana kita dapat menerapkan prinsip Keluhuran Perlembagaan
dalam Rukun Negara dalam kehidupan seharian kita [4]
(i) ………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
(ii) ………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
2. Nyatakan tiga dasar yang digubal oleh kerajaan Malaysia untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum. [3]
(i) ………………………………………………………………………………….
(ii) ………………………………………………………………………………….
(iii)………………………………………………………………………………….
3. Nyatakan kaedah bagaimana Malaysia mampu menjana ekonomi berpendapatan
tinggi. [4]
(i) ………………………………………………………………………………….
(ii) ………………………………………………………………………………….
(iii)………………………………………………………………………………….
(iv)………………………………………………………………………………….
4. Nyatakan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan atau sistem dalam
Dasar Teknologi Hijau [4]
(i) ………………………………………………………………………………….
(ii) ………………………………………………………………………………….
(iii)………………………………………………………………………………….
(iv)………………………………………………………………………………….
SULIT*
3
Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan penduduk tidak bekerja mengikut sebab tidak mencari
kerja antara tahun 2016 dengan tahun 2017 di Malaysia
Kebanyakan penduduk tidak bekerja berpunca daripada pelbagai sebab tertentu.
Antaranya ialah masih belajar, melakukan kerja-kerja rumah, akan melanjutkan pelajaran,
hilang upaya, tidak berminat dan sudah bersara.
Majoriti penduduk tidak bekerja pada tahun 2016 dan 2017 kerana masih belajar.
Pada tahun 2016 mereka yang masih belajar ini adalah seramai 3 002.8 ribu orang dan
meningkat seramai 17.2 ribu orang setahun kemudiannya. Seterusnya, melakukan kerja-
kerja rumah merupakan sebab kedua ramai penduduk tidak bekerja iaitu seramai 2 906.5
ribu orang pada tahun 2016. Bagaimanapun, bilangan ini berkurangan seramai 26.5 ribu
orang pada tahun 2017.
Pada tahun 2016, bilangan penduduk tidak bekerja iaitu seramai 155.3 ribu orang
kerana melanjutkan pelajaran. Kelompok ini sedang menunggu peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas menduduki peperiksaan awam
seperti Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, selain baru
menghabiskan pengajian di peringkat matrikulasi ataupun diploma. Tahun 2017,
menyaksikan pengurangan kumpulan yang tidak bekerja ini seramai 2 ribu orang.
Hilang upaya mencatatkan bilangan tidak bekerja seramai 274.1 ribu orang pada
tahun 2016 dan meningkat kepada 303.2 ribu orang setahun kemudian. Seterusnya,
bilangan penduduk yang paling kurang tidak bekerja bagi kedua-dua tahun ini disebabkan
oleh tidak berminat. Hal ini demikian kerana kerja tersebut didapati tidak setaraf dengan
kelulusan yang dimiliki, tawaran gaji yang rendah atau mereka tidak mahu melakukan
kerja yang berat. Pada tahun 2017, punca ini menyebabkan seramai 84.1 ribu orang tidak
bekerja iaitu penyusutan sebanyak 4.1 ribu orang berbanding tahun 2016.
Pada tahun 2016, bilangan penduduk tidak bekerja kerana sudah bersara adalah
seramai 560.7 ribu orang dan meningkat kepada 597.7 ribu orang pada tahun 2017.
Peningkatan ini kerana ramai dalam kalangan penduduk yang bersara memilih untuk
menghabiskan masa selepas bersara untuk berehat, melancong dan beribadat. Namun
terdapat juga penduduk yang sudah bersara tetapi masih bekerja kerana menghadapi
masalah kewangan atau khidmat mereka masih diperlukan dalam sektor pekerjaan
tertentu.
(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, April 2008)
SULIT*
4
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah
perlindungan PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaan yang telah dilaporkan
dan diselesaikan dari tahun 2007 hingga 2009.
Pelbagai perlindungan telah diwujudkan untuk membantu golongan pekerja di
Malaysia. Salah satunya adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
PERKESO ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja-
pekerja daripada kejadian luar jangka, seperti kemalangan perusahaan, keilatan dan
kematian. Dalam hal ini, pihak majikan akan membayar caruman bulanan bagi setiap
pekerjanya yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam jadual caruman
PERKESO.
Bilangan majikan yang berdaftar menunjukkan peningkatan sepanjang tahun
2007 hingga tahun 2009. Pada tahun 2007, seramai 649 603 orang majikan telah didaftar
dalam PERKESO. Jumlah ini telah bertambah seramai 74 689 orang pada tahun 2009.
Pada tahun sebelumnya, jumlah ini telah mengalami pengurangan seramai 39 827 orang
berbanding dengan tahun 2009. Golongan majikan merupakan pelindung utama kepada
para pekerja di bawah jagaannya.
Bagi kumpulan penerima faedah perlindungan PERKESO pula, bilangan mereka
juga mengalami pertambahan. Pada tahun 2007, seramai 290 463 orang pekerja telah
menerima faedah melalui PERKESO, manakala pada tahun 2008, jumlah ini telah
meningkat kira-kira 2.62% daripada tahun 2007. Jumlah ini terus bertambah menjadi
324 784 orang pada tahun 2009.
PERKESO juga merekodkan bilangan kes kemalangan perusahaan yang
dilaporkan di bawah Akta Pampasan Pekerja. Sebanyak 56 339 kes telah dilaporkan
kepada PERKESO pada tahun 2007. Jumlah ini mengalami penurunan sebanyak 2206
kes pada tahun berikutnya dan mengalami peningkatan sebanyak 1075 kes pada tahun
2009.
Keadaan yang tidak kekal juga berlaku pada bilangan kes kemalangan perusahaan
yang berjaya diselesaikan. Pada tahun 2007, sebanyak 44 688 kes telah diselesaikan
dengan bantuan PERKESO. Pada tahun 2008 pula, kes ini mencatat peningkatan
sebanyak 9445 kes. Pada tahun 2009, kes kemalangan perusahaan yang telah
diselesaikan telah mencatat penurunan sebanyak 6.6% berbanding tahun 2008.
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2010
Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)
SULIT*
5
Bahagian C [25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.
7. Keperluan untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik telah menjadi agenda yang
penting bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang. Pelbagai inisiatif yang
telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk memacu perkembangan pelaburan
domestik tersebut. Bincangkan.
8. Penghasilan pelbagai gajet telah memberi banyak manfaat kepada kehidupan harian
namun ia juga mempunyai risikonya tersendiri. Bincangkan
KERTAS SOALAN TAMAT

More Related Content

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Trial sem2 19

  • 1. SULIT* 2 Bahagian A [15 markah ] Jawab semua soalan. 1. Huraikan dua cara bagaimana kita dapat menerapkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara dalam kehidupan seharian kita [4] (i) …………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………. (ii) …………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………. 2. Nyatakan tiga dasar yang digubal oleh kerajaan Malaysia untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. [3] (i) …………………………………………………………………………………. (ii) …………………………………………………………………………………. (iii)…………………………………………………………………………………. 3. Nyatakan kaedah bagaimana Malaysia mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi. [4] (i) …………………………………………………………………………………. (ii) …………………………………………………………………………………. (iii)…………………………………………………………………………………. (iv)…………………………………………………………………………………. 4. Nyatakan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan atau sistem dalam Dasar Teknologi Hijau [4] (i) …………………………………………………………………………………. (ii) …………………………………………………………………………………. (iii)…………………………………………………………………………………. (iv)………………………………………………………………………………….
  • 2. SULIT* 3 Bahagian B [20 markah] Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. 5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan penduduk tidak bekerja mengikut sebab tidak mencari kerja antara tahun 2016 dengan tahun 2017 di Malaysia Kebanyakan penduduk tidak bekerja berpunca daripada pelbagai sebab tertentu. Antaranya ialah masih belajar, melakukan kerja-kerja rumah, akan melanjutkan pelajaran, hilang upaya, tidak berminat dan sudah bersara. Majoriti penduduk tidak bekerja pada tahun 2016 dan 2017 kerana masih belajar. Pada tahun 2016 mereka yang masih belajar ini adalah seramai 3 002.8 ribu orang dan meningkat seramai 17.2 ribu orang setahun kemudiannya. Seterusnya, melakukan kerja- kerja rumah merupakan sebab kedua ramai penduduk tidak bekerja iaitu seramai 2 906.5 ribu orang pada tahun 2016. Bagaimanapun, bilangan ini berkurangan seramai 26.5 ribu orang pada tahun 2017. Pada tahun 2016, bilangan penduduk tidak bekerja iaitu seramai 155.3 ribu orang kerana melanjutkan pelajaran. Kelompok ini sedang menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, selain baru menghabiskan pengajian di peringkat matrikulasi ataupun diploma. Tahun 2017, menyaksikan pengurangan kumpulan yang tidak bekerja ini seramai 2 ribu orang. Hilang upaya mencatatkan bilangan tidak bekerja seramai 274.1 ribu orang pada tahun 2016 dan meningkat kepada 303.2 ribu orang setahun kemudian. Seterusnya, bilangan penduduk yang paling kurang tidak bekerja bagi kedua-dua tahun ini disebabkan oleh tidak berminat. Hal ini demikian kerana kerja tersebut didapati tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki, tawaran gaji yang rendah atau mereka tidak mahu melakukan kerja yang berat. Pada tahun 2017, punca ini menyebabkan seramai 84.1 ribu orang tidak bekerja iaitu penyusutan sebanyak 4.1 ribu orang berbanding tahun 2016. Pada tahun 2016, bilangan penduduk tidak bekerja kerana sudah bersara adalah seramai 560.7 ribu orang dan meningkat kepada 597.7 ribu orang pada tahun 2017. Peningkatan ini kerana ramai dalam kalangan penduduk yang bersara memilih untuk menghabiskan masa selepas bersara untuk berehat, melancong dan beribadat. Namun terdapat juga penduduk yang sudah bersara tetapi masih bekerja kerana menghadapi masalah kewangan atau khidmat mereka masih diperlukan dalam sektor pekerjaan tertentu. (Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, April 2008)
  • 3. SULIT* 4 6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah perlindungan PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaan yang telah dilaporkan dan diselesaikan dari tahun 2007 hingga 2009. Pelbagai perlindungan telah diwujudkan untuk membantu golongan pekerja di Malaysia. Salah satunya adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). PERKESO ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja- pekerja daripada kejadian luar jangka, seperti kemalangan perusahaan, keilatan dan kematian. Dalam hal ini, pihak majikan akan membayar caruman bulanan bagi setiap pekerjanya yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam jadual caruman PERKESO. Bilangan majikan yang berdaftar menunjukkan peningkatan sepanjang tahun 2007 hingga tahun 2009. Pada tahun 2007, seramai 649 603 orang majikan telah didaftar dalam PERKESO. Jumlah ini telah bertambah seramai 74 689 orang pada tahun 2009. Pada tahun sebelumnya, jumlah ini telah mengalami pengurangan seramai 39 827 orang berbanding dengan tahun 2009. Golongan majikan merupakan pelindung utama kepada para pekerja di bawah jagaannya. Bagi kumpulan penerima faedah perlindungan PERKESO pula, bilangan mereka juga mengalami pertambahan. Pada tahun 2007, seramai 290 463 orang pekerja telah menerima faedah melalui PERKESO, manakala pada tahun 2008, jumlah ini telah meningkat kira-kira 2.62% daripada tahun 2007. Jumlah ini terus bertambah menjadi 324 784 orang pada tahun 2009. PERKESO juga merekodkan bilangan kes kemalangan perusahaan yang dilaporkan di bawah Akta Pampasan Pekerja. Sebanyak 56 339 kes telah dilaporkan kepada PERKESO pada tahun 2007. Jumlah ini mengalami penurunan sebanyak 2206 kes pada tahun berikutnya dan mengalami peningkatan sebanyak 1075 kes pada tahun 2009. Keadaan yang tidak kekal juga berlaku pada bilangan kes kemalangan perusahaan yang berjaya diselesaikan. Pada tahun 2007, sebanyak 44 688 kes telah diselesaikan dengan bantuan PERKESO. Pada tahun 2008 pula, kes ini mencatat peningkatan sebanyak 9445 kes. Pada tahun 2009, kes kemalangan perusahaan yang telah diselesaikan telah mencatat penurunan sebanyak 6.6% berbanding tahun 2008. (Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2010 Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)
  • 4. SULIT* 5 Bahagian C [25 markah] Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. 7. Keperluan untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik telah menjadi agenda yang penting bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang. Pelbagai inisiatif yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk memacu perkembangan pelaburan domestik tersebut. Bincangkan. 8. Penghasilan pelbagai gajet telah memberi banyak manfaat kepada kehidupan harian namun ia juga mempunyai risikonya tersendiri. Bincangkan KERTAS SOALAN TAMAT