Artikel ini membincangkan caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957, merangkumi kerjasama antara Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action (AMJCA) yang dihasilkan setelah Perang Dunia Kedua. Melalui pelbagai usaha kerjasama, rakyat Tanah Melayu dari pelbagai kaum berusaha mencapai kemerdekaan, walaupun melalui pandangan British mereka dilabel sebagai golongan radikal. Keberhasilan dan kegagalan kerjasama politik ini membuka jalan bagi pemahaman bahawa Melayu dan bukan Melayu mampu bekerjasama dan bertoleransi demi mencapai cita-cita kemerdekaan.