SlideShare a Scribd company logo
1
Kesediaan Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 Terhadap Teknologi Hijau
Nor Dalila Binti Abd Rahman*, Norhazlina Binti Sahari, Siti Nurr Hidayah Binti Mohd Sanif
Kolej Komuniti Segamat 2, Segamat, Johor
*Pengarang bersama: nordalila@kksegamat2.edu.my
ABSTRAK
Teknologi hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang telah digunakan dalam kebanyakan negara
bagi menangani isu alam sekitar yang semakin meruncing tika ini. Antaranya isu pemanasan global,
perubahan iklim, kekurangan sumber air bersih, penjimatan tenaga, penggunaan bahan kitar semula dan
sebagainya. Teknologi ini membolehkan kita bertambah maju dan dalam masa yang sama meminimumkan
kesan negatif kepada alam sekitar. Bertepatan dengan itu, satu kajian kesediaan telah dilaksanakan kepada
para pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap, amalan dan
kesediaan mereka berkaitan teknologi hijau berikutan pihak pengurusan Kolej Komuniti Segamat 2 telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk menerapkan teknologi hijau di kawasan kampus. Kajian ini telah
dijalankan kepada seramai 106 orang pelajar semasa Sesi 2 2022/2023 Kolej Komuniti Segamat 2
menggunakan kajian deskriptif. Data kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis
menggunakan perisian IBM SPSS Statistics v22. Dapatan yang diterima menunjukkan pelajar mempunyai
pengetahuan, sikap, amalan dan kesedaran yang tinggi terhadap teknologi hijau. Ini menunjukkan pelajar
Kolej Komuniti Segamat 2 telah bersedia untuk menghadapi dan mengamalkan teknologi hijau di kawasan
kampus khususnya dan persekitaran mereka umumnya.
Kata kunci: Pengetahuan, Sikap, Amalan, Kesedaran; Alam Sekitar; Pelajar Kolej Komuniti
1. PENGENALAN
Teknologi hijau juga dikenali sebagai teknologi mesra alam yang merujuk pada penggunaan
inovasi dan penyelesaian teknologi yang berfokus pada kelestarian dan perlindungan kitaran
kehidupan. Tujuannya adalah untuk mengurangi kesan negatif terhadap ekosistem dan
mempromosikan kesinambungan dalam berbagai sektor seperti tenaga, pengangkutan, limbah,
pertanian dan industri. Malaysia telah merancang strategi mengurangkan kesan negatif teknologi
kepada alam sekitar dengan melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di Pejabat Tenaga Hijau
(GEO), Pusat Tenaga Malaysia (PTM), Bangi pada 24 Julai 2009.
Salah satu aspek utama dari teknologi hijau adalah penggunaan sumber yang boleh diperbaharui
dan mesra alam. Ini termasuk tenaga yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, angin,
hidro, geoterma dan biojisim. Teknologi hijau juga berfokus pada kecekapan tenaga iaitu
mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan teknologi yang lebih cekap atau
mengoptimumkan proses sedia ada. Selain itu, teknologi hijau juga melibatkan pengurusan sisa
yang lebih baik, seperti kitar semula dan pengurangan sisa. Proses kitar semula membolehkan
bahan terpakai ditukar kepada produk baharu, mengurangkan keperluan untuk menggunakan
bahan mentah baharu. Teknologi hijau juga menggalakkan pengurangan pelepasan gas rumah
hijau dan bahan pencemar lain yang memudaratkan alam sekitar. Dalam sektor pengangkutan,
teknologi hijau merangkumi pembangunan kenderaan elektrik atau kenderaan berkuasa hibrid
2
yang mengurangkan pelepasan ekzos. Selain itu, terdapat juga konsep pengangkutan yang dikongsi
seperti carpooling atau ride-sharing yang boleh mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya
dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Peranan teknologi hijau dalam pertanian melibatkan
pembangunan kaedah pertanian mampan seperti pertanian organik atau hidroponik. Kaedah ini
mengurangkan penggunaan racun perosak dan baja kimia yang berpotensi merosakkan alam
sekitar dan kesihatan manusia. Teknologi juga digunakan untuk mengoptimumkan pengairan dan
pemantauan tanaman contohnya seperti kaedah pertanian tepat atau precision agriculture yang
tercetus daripada fenomena internet kebendaan (IoT) yang mana semua data yang diperlukan
untuk menyelesaikan permasalahan pertanian dapat dijana secara automatik. Dalam sektor
perindustrian, teknologi hijau melibatkan pembangunan proses pengeluaran yang lebih mesra alam
dan menggunakan bahan mentah yang mampan. Contohnya, penggunaan tenaga boleh
diperbaharui dalam proses pembuatan atau penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan
barangan.
Tuntas dengan perubahan yang dibawa oleh penggunaan teknologi hijau, maka kesedaran tentang
kepentingan alam sekitar dan perlindungannya perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi.
Malah kajian mengenai pendedahan dan didikan awal amalan kelestarian teknologi hijau telah
dilaksanakan ke atas murid di peringkat pra persekolahan, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Malah terdapat banyak kajian mengenai teknologi hijau di peringkat lebih lagi. Namun dapatan di
semua peringkat pendidikan menunjukkan responden mempunyai pengetahuan tentang teknologi
hijau namun tidak mempraktikkan di dalam kehidupan sebenar (Hafizah, 2013, Siti Rohani, 2013,
Hanifah et. al, 2015, Nurul Hafizah & Abdul Aziz, 2016, Hanifah et al, 2017, Junaidah & Hanim,
2020, Zullyadini & Asyirah, 2021).
Rentetan itu, satu kajian kepada pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dijalankan bagi melihat
kesediaan pelajar terhadap teknologi hijau. Ini kerana pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak
kolej bagi melestarikan teknologi hijau di kampus. Namun usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya
pemegang taruh sendiri tidak memahami atau menghayati usaha yang telah dilaksanakan oleh
pihak pengurusan kolej.
2. OBJEKTIF KAJIAN
I. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau
dari aspek pengetahuan.
II. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau
dari aspek sikap.
III. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau
dari aspek amalan.
IV. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau
dari aspek kesedaran.
3. PERSOALAN KAJIAN
I. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek pengetahuan?
II. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek sikap?
3
III. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek amalan?
IV. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek kesedaran?
4. KAJIAN LITERATUR
Perubahan iklim dunia memberikan impak kepada manusia dan ekosistem. Bermula daripada
penggunaan sumber alam semulajadi sedia ada yang telah digunapakai sehingga ke tahap
maksimum. Dianggarkan sebanyak 6 billion penduduk dunia telah menggunakan sumber asli bumi
secara berlebihan dan tidak terkawal. Natijahnya, pelbagai insiden bencana alam melanda dunia.
Ramalan saintifik menunjukkan peningkatan paras laut sebanyak 7.0 meter, lantas kejadian seperti
banjir di Johor pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 dan kawasan rendah seperti
Segamat dan Labis mudah ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada Februari 2011 yang
mencatatkan sejarah banjir yang terburuk pernah dialami oleh negeri Johor (Berita Harian, Julai
2011).
Pada dasarnya, untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia, khususnya rakyat
Malaysia adalah sukar. Secara purata, hanya 3 daripada 10 orang rakyat Malaysia yang prihatin
tentang isu-isu alam sekitar. Kejadian-kejadian bencana alam yang besar dan meragut nyawa
ribuan manusia seperti Tsunami, gempa bumi dan banjir adalah pengajaran yang terbaik untuk
mendidik manusia supaya lebih bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam
sekitar. Mendidik bukan sahaja untuk memberikan mereka kesedaran tentang kepentingan
menjaga alam sekitar tetapi juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertindak secara tepat dan
betul sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini (Jabatan Penerangan, 2011).
Saban hari alam sekitar kita mengalami pencemaran pelbagai bentuk dan dimensi - daripada
pencemaran udara, air, bunyi bising sehinggalah pencemaran sampah sarap yang seolah-olah tiada
penghujungnya, walaupun sudah banyak kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam
pelbagai bentuk penerangan, bahan bacaan, media cetak dan sosial diusahakan pelbagai pihak
bertanggungjawab. Namun, usaha murni dijalankan itu seperti mencurahkan air ke daun keladi,
walaupun jutaan ringgit dilaburkan untuk kempen berkenaan. Tahap kesedaran masyarakat
mengenai kepentingan menjaga alam sekitar masih pada tahap begitu rendah dan hampir
mengecewakan (Berita Harian: Shaharudin Idrus - Jun 5, 2015)
Laporan Penilaian Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) juga menjangkakan
impak perubahan iklim akan lebih agresif dalam 20 tahun akan datang seperti bencana alam lebih
kerap dan ekstrem, kekurangan sumber air akibat peningkatan suhu mendadak, kemusnahan
berganda akibat banjir dan peningkatan kadar kepupusan spesies haiwan (Berita Harian Disember
23, 2022 @ 12:08pm)
Peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” dan “mencegah lebih baik daripada mengubati”
merujuk kepada langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesan-kesan bencana
supaya kejadian yang menimpa tidak memburukkan pembangunan negara dan komuniti. Justeru
pendidikan alam sekitar perlu dimulakan dari rumah, peringkat sekolah rendah seterusnya ke
peringkat yang lebih tinggi dalam memupuk kesedaran mengenai fenomena alam dan kesan-
4
kesannya (Utusan Malaysia, April 2011). Berdasarkan model awal tingkah laku pro-alam sekitar
Kollmus & Agyeman, 2002 yang telah dikupas oleh Jamilah et al, (2011), di mana terdapat
hubungan linear di antara pengetahuan, kesedaran dan sikap serta tingkah laku terhadap alam
sekitar. Maka kajian berkenaan empat pembolehubah tersebut dilaksanakan bagi melihat kesediaan
pelajar di Kolej Komuniti Segamat 2 berkenaan teknologi hijau yang telah dilaksanakan di
kampus.
5. METODOLOGI
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan bagi
mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap penggunaan teknologi
hijau daripada empat aspek utama iaitu pengetahuan, sikap, amalan dan kesedaran.
Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik berskala likert 5 mata yang telah diubahsuai
daripada kajian terdahulu dan bacaan literatur. Soal selidik telah diedarkan secara atas talian
kepada pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dan telah dijawab oleh 106 pelajar daripada jumlah
keseluruhan 141 orang pelajar semasa sesi 2 2022/2023. Jumlah pensampelan yang diterima adalah
mencukupi berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).
Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics v22. Jadual
menunjukkan kaedah analisis data yang dijalankan mengikut lima bahagian utama dalam soal
selidik.
Jadual 1: Kaedah Analisis Data
Bil Persoalan Kajian Kaedah Analisis
1 Demografi Responden Peratus dan kekerapan
2 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej
Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau
daripada aspek pengetahuan.
Kecenderungan Memusat
3 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej
Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau
daripada aspek sikap.
Kecenderungan Memusat
4 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej
Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau
daripada aspek amalan.
Kecenderungan Memusat
5 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej
Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau
daripada aspek kesedaran
Kecenderungan Memusat
Untuk mengukur tahap refleksi bagi skor min, dapatan telah dikelaskan kepada lima tahap refleksi
iaitu:
5
Jadual 2: Interpretasi Skor Min
Julat Interpretasi Skor Min
1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
(Sumber : Nunnally dan Bernstein 1994)
6. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
6.1 Bahagian A: Analisis Demografi Responden
Jadual 3: Demografi Responden
Item Kekerapan (f) Peratus (%)
Jantina:
Lelaki 57 53.8
Perempuan 49 46.2
Program:
Diploma Teknologi Solar Fotovoltan 14 13.2
Sijil Teknologi Senibina 34 32.1
Sijil Teknologi Maklumat 29 27.4
Sijil Teknologi Elektrik 29 27.4
Data menunjukkan bahawa seramai 57 orang pelajar lelaki (53.8%) dan 49 orang pelajar
perempuan (746.2%) terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan responden terdiri daripada pelajar
daripada program Sijil Teknologi Senibina iaitu 34 orang (32.1%), diikuti oleh program Sijil
Teknologi Maklumat dan Sijil Teknologi Elektrik seramai 29 orang (27.4%) dan Diploma
Teknologi Solar Fotovoltan seramai 14 orang (13.2%).
6
6.2 Bahagian B: Analisis Persoalan Kajian
6.2.1 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau
daripada aspek pengetahuan?
Jadual 4: Pengetahuan Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau
No Item Item Min Interpretasi
A1 Saya mempunyai tahap pengetahuan teknologi hijau
yang luas.
3.68 Tinggi
A2 Saya mendapat ilmu pengetahuan tentang teknologi
hijau dari sekolah atau institusi-institusi pendidikan.
4.02 Tinggi
A3 Saya mengetahui tentang teknologi hijau dari media
sosaial/ kempen/ program yang telah diadakan.
3.84 Tinggi
A4 Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar
semula iaitu biru, coklat dan jingga.
4.03 Tinggi
Nilai Skor Min Keseluruhan 3.89 Tinggi
Jadual 4 menunjukkan respons terhadap empat item berkaitan pengetahuan pelajar berkenaan
teknologi hijau. Nilai min keseluruhan yang dicatatkan ialah 3.89 dengan interpretasi min berada
di tahap tinggi. Keseluruhan empat item juga mempunyai interpretasi min berada di tahap tinggi.
Nilai min tertinggi ialah 4.03 di mana responden bersetuju dengan item “Saya mengetahui maksud
setiap warna bagi tong kitar semula iaitu biru, coklat dan jingga.”. Nilai min kedua tertinggi ialah
4.02 di mana responden bersetuju dengan penyataan item kedua di mana mereka mendapat ilmu
pengetahuan tentang teknologi hijau dari sekolah atau institusi-institusi pendidikan. Seterusnya,
item ketiga merupakan nilai ketiga tertinggi dengan nilai min sebanyak 3.84 dan diikuti item
pertama dengan nilai min 3.68.
6.2.2 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek sikap?
Jadual 5: Sikap Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau
No Item Item Min Interpretasi
B1 Saya menyokong kempen alam sekitar atau teknologi
hijau.
4.25 Sangat Tinggi
B2 Saya sanggup menyumbang wang saya untuk
teknologi hijau.
3.66 Tinggi
7
B3 Saya sanggup menyumbang lebih bagi tujuan
membeli produk-produk yang mesra alam sekitar
seperti pembungkus makanan (paper bag).
3.66 Tinggi
B4 Saya akan memaklumkan kepada organisasi alam
sekitar atau agensi kerajaan yang terdekat sekiranya
berlaku masalah alam sekitar.
3.86 Tinggi
B5 Saya menggunakan sumber tenaga (air, elektrik, sisa
pepejal) dengan cermat dalam kehidupan harian.
3.99 Tinggi
Nilai Skor Min Keseluruhan 3.88 Tinggi
Hasil analisis daripada segi sikap pelajar ditunjukkan dalam Jadual 5 jelas menunjukkan nilai min
berada di tahap tinggi iaitu sebanyak 3.88. Responden bersetuju untuk menyokong kempen alam
sekitar atau teknologi hijau dengan nilai min tertinggi iaitu 4.25 dengan interpretasi sangat tinggi.
Seterusnya item kelima mendapat nilai min kedua tertinggi iaitu 3.88 dengan interpretasi berada
di tahap tinggi diikuti item keempat dengan nilai min sebanyak 3.86. Item kedua dan ketiga
masing-masing mendapat kedudukan terendah dengan nilai min sebanyak 3.66 namun masih
berada di tahap tinggi.
6.2.3 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek amalan?
Jadual 6: Amalan Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau
No Item Item Min Interpretasi
C1 Saya menggunakan konsep 3R (reduce, reuse,
recycle) dalam aktiviti harian.
3.63 Tinggi
C2 Saya membawa bekas sendiri apabila membeli
makanan.
3.29 Sederhana
C3 Saya memilih barang keperluan harian yang memberi
kebaikan kepada alam sekitar.
3.71 Tinggi
C4 Saya menukar produk atas keprihatinan terhadap alam
sekitar.
3.62 Tinggi
Nilai Skor Min Keseluruhan 3.56 Tinggi
Jadual 6 menunjukkan dapatan berkaitan amalan pelajar terhadap teknologi hijau. Nilai min
keseluruhan yang dicatatkan ialah 3.56. Terdapat tiga item mempunyai min melebihi min
keseluruhan. Nilai min tertinggi adalah 3.71 di mana responden bersetuju untuk memilih barang
8
keperluan harian yang memberi kebaikan kepada alam sekitar. Nilai min kedua tertinggi sebanyak
3.63 bagi item pertama dan diikuti item keempat dengan nilai min 3.62. Seterusnya, item kedua
mendapat nilai terendah iaitu 3.29 dengan interpretasi min sederhana di mana responden kurang
bersetuju untuk membawa bekas sendiri apabila membeli makanan.
6.2.4 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari
aspek kesedaran?
Jadual 6: Kesedaran Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau
No Item Item Min Interpretasi
D1 Saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan
yang saya lakukan akan memberi kesan kepada
teknologi hijau.
3.80 Tinggi
D2 Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan
untuk diri saya.
3.98 Tinggi
D3 Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan
kepada persekitaran saya.
4.05 Tinggi
D4 Saya memberi kesedaran kepada keluarga dan juga
rakan-rakan saya tentang penggunaan produk hijau.
3.69 Tinggi
Nilai Skor Min Keseluruhan 3.88 Tinggi
Dapatan mengenai kesedaran pelajar berkenaan teknologi hijau berada di tahap tinggi dengan nilai
skor min keseluruhan sebanyak 3.88. Responden bersetuju dengan item ketiga di mana “Saya sedar
menjaga alam sekitar adalah kepentingan kepada persekitaran saya.” mendapat skor min tertinggi
sebanyak 4.05. Nilai min kedua tertinggi adalah sebanyak 3.98 bagi item kedua manakala item
pertama merupakan item ketiga tertinggi iaitu 3.80. Nilai min terendah ialah 3.69 di mana pelajar
kurang pasti untuk memberi kesedaran kepada keluarga dan juga rakan-rakan tentang penggunaan
produk hijau.
Perbincangan
Berdasarkan dapatan yang diperolehi telah menjawab kesemua persoalan kajian iaitu pelajar Kolej
Komuniti Segamat 2 dilihat mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap teknologi hijau. Pelajar
bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan teknologi hijau, malah amalan dan
sikap yang ditunjukkan turut menjurus kepada perubahan ke arah pengamalan teknologi hijau.
Selain itu, pelajar turut sedar kepentingan teknologi hijau dalam membawa kebaikan bukan sahaja
kepada diri mereka sendiri malah komuniti dan alam sekitar.
Berdasarkan komen yang diberikan oleh responden menunjukkan usaha pihak pengurusan yang
telah melaksanakan program-program berteraskan teknologi hijau telah membuahkan hasil. Antara
9
program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti Segamat 2 bagi
memberikan kesedaran kepada pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap kepentingan teknologi
hijau iaitu:
1. Program Jom Tapau
Program ini dijalankan kepada semua warga Kolej Komuniti Segamat 2 bagi mengurangkan
penggunaan plastik dan bekas makanan polisterin. Pelajar dan kakitangan digalakkan
membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan bekas makanan biodegradasi semasa
membeli makanan di kafeteria. Bagi menggalakkan pelajar dan kakitangan menggunakan
bekas makanan sendiri, Jawatankuasa SmartGreen telah menyediakan dan memberi setiap
warga Kolej Komuniti Segamat 2 bekas makanan dan botol air untuk kegunaan harian mereka
di kafeteria. Hasil daripada program ini, penggunaan plastik dapat dikurangkan di dalam
kampus Kolej Komuniti Segamat 2.
2. Program Jom Jimat Elektrik
Program Jom Jimat Elektrik ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pengurangan
penggunaan tenaga elektrik dan impak buruk pencemaran kepada bumi di kampus Kolej
Komuniti Segamat 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memastikan suis peralatan elektrik
ditutup apabila tidak digunakan, memastikan semua suis komputer dan mesin pencetak
dimatikan sebelum meninggalkan pejabat, memastikan semua suis lampu dan penyaman
udara sentiasa ditutup apabila tidak digunakan, memastikan suhu penghawa dingin disetkan
pada kadar 24’c, dan menutup suis lampu dan penghawa dingin pada waktu rehat diantara
jam 1.00 tengahari sehingga 2.15 petang. Kesan program ini telah dapat menjimatkan dan
mengurangkan bil utiliti kolej setiap bulan dalam jangka masa panjang.
3. Kempen 3R (Reuse, Reduce, Recycle)
Kempen 3R ini dimulakan dengan pengedaran poster amalan baik berkaitan konsep 3R.
Antara amalan reuse yang boleh dipraktikkan ialah menggunakan semula beg membeli belah
untuk penyimpanan barang di rumah, menggunakan semula sampul surat yang telah dipakai
dengan menampal semula alamat sedia ada, baju dan seluar lama digunakan untuk membuat
alas kusyen, alas meja dan cenderahati, tayar lama boleh digunakan semula untuk
mencantikkan lanskap sekitar rumah. Bagi amalan reduce pula, warga Kolej Komuniti
Segamat 2 disarankan untuk membeli produk yang tidak bertoksik dengan mencari bahan
alternatif yang tidak bertoksik, membeli produk yang boleh digunakan semula, membeli
pencuci serbaguna dan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Manakala bagi
amalan recycle pula ialah dengan membeli barangan hasil kitar semula seperti kertas dan buku
kitar semula, menggunakan baja kompos, membeli barangan yang boleh dikitar semula dan
menjalankan aktiviti-aktiviti kreatif seperti membaiki peralatan rosak untuk digunakan
semula. Program ini diteruskan dengan Pertandingan Mencipta Produk dari Bahan Kitar
Semula, Program Waste To Wealth dan Pertandingan Anugerah Rakan Kampus Hijau yang
boleh disertai oleh semua warga Kolej Komuniti Segamat 2. Program ini berlangsung
sepanjang tahun dan akan berakhir pada Oktober 2023.
4. Projek Mega Solar dan Pit Stop
10
Projek tenaga diperbaharui dengan menggunakan teknologi solar di beberapa kawasan di
kampus di mana lokasi projek tidak memerlukan tenaga elektrik bagi penggunaan lampu
tetapi hanya menggunakan tenaga solar.
Kolej Komuniti Segamat 2 komited mengarus perdanakan amalan hijau dan aplikasi teknologi
hijau ke arah melestarikan Kolej Komuniti Segamat 2 dan menyumbang secara signifikan kepada
kesejahteraan masyarakat dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial. Oleh yang demikian
antara kepentingan memupuk teknologi hijau dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Kolej
Komuniti Segamat 2 adalah dengan:
1. Tingkatkan kesedaran alam sekitar
Teknologi hijau boleh membantu belia meningkatkan kesedaran dan pemahaman mereka
tentang isu alam sekitar. Melalui pendekatan yang inovatif dan interaktif, teknologi hijau
boleh memberikan maklumat tentang kesan alam sekitar daripada tingkah laku harian dan
cara untuk mengurangkan jejak ekologi mereka. Ini membolehkan belia menjadi agen
perubahan yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.
2. Galakkan penyertaan aktif
Teknologi hijau memberi peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam amalan
lestari. Contohnya, mereka boleh menggunakan aplikasi dan platform dalam talian untuk
memantau penggunaan tenaga mereka, memilih produk mesra alam atau mengambil
bahagian dalam program kitar semula. Dengan menyertai teknologi hijau, belia dapat
merasakan mereka mempunyai peranan penting dalam melindungi alam sekitar.
3. Pendidikan dan pembangunan kemahiran
Teknologi hijau boleh bertindak sebagai alat pendidikan yang berkesan untuk belia.
Melalui penggunaan aplikasi, permainan pendidikan atau platform pembelajaran dalam
talian, belia boleh mempelajari konsep saintifik dan teknologi yang berkaitan dengan
kelestarian. Mereka juga boleh membangunkan kemahiran kritikal, kreativiti, penyelesaian
masalah dan kerjasama yang diperlukan dalam mencipta penyelesaian inovatif kepada
cabaran alam sekitar.
4. Peluang kerjaya
Teknologi hijau mencipta peluang kerjaya yang menarik untuk belia yang berminat dalam
isu alam sekitar dan kelestarian. Dalam tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa, reka
bentuk produk mesra alam atau industri pemuliharaan sumber semula jadi, belia boleh
meneroka pelbagai bidang berkaitan teknologi hijau dan membina kerjaya yang bermakna
pada masa hadapan.
5. Menyumbang kepada perubahan positif
Remaja mempunyai kuasa untuk memacu perubahan positif dalam masyarakat. Dengan
menggunakan teknologi hijau, mereka boleh mengambil langkah kecil dalam kehidupan
seharian mereka, seperti mengurangkan penggunaan tenaga, mengamalkan gaya hidup
mampan, atau berkongsi pengetahuan mereka dengan orang lain melalui media sosial atau
platform dalam talian. Dalam jumlah yang besar, tindakan ini boleh memberi kesan yang
besar terhadap kelestarian alam sekitar.
11
Dengan menggunakan teknologi hijau, belia boleh memainkan peranan penting dalam
menggalakkan kemapanan dan melindungi alam sekitar. Mereka boleh menjadi agen perubahan
yang memberi inspirasi kepada orang lain, baik dalam kalangan rakan sebaya dan dalam komuniti
mereka, untuk mengamalkan amalan mampan dan mencipta masa depan yang lebih baik.
7. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 bagi sesi 2 2022/2023 telah bersedia
sepenuhnya terhadap penggunaan teknologi hijau. Dapatan yang diperolehi menunjukkan pelajar
mempunyai pengetahuan yang tinggi, sentiasa melakukan dan mengamalkan tindakan yang
membawa kepada pengamalan teknologi hijau dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi
mengenai alam sekitar.
Pihak pengurusan Kolej Komuniti Segamat 2 sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran
yang kondusif melalui pembangunan teknologi hijau kepada warga Kolej Komuniti Segamat 2.
Selain itu, pembangunan modal insan dengan menjalankan latihan dan program pendidikan
berkaitan teknologi hijau seperti mengadakan kempen-kempen kitar semula dan pertandingan
untuk menarik minat pelajar. Warga akademik juga turut digalakkan untuk membuat penyelidikan
dan inovasi teknologi hijau dan seterusnya mempromosi dan meningkatkan kesedaran warga
terhadap teknologi hijau. Semua usaha yang dilaksanakan bagi memperkenalkan dan seterusnya
mengamalkan teknologi hijau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sama ada
daripada pelajar atau kakitangan kolej ini sendiri. Hasil dari usaha gigih ini juga telah mendapat
pengiktirafan dimana Kolej Komuniti Segamat 2 telah mendapat Anugerah Khas Inovasi Dan
Kreativiti di bawah Program Local Agenda (LA21) sempena Program Inovasi Pengurusan Sisa
Dan Tenaga Diperbaharui (Innovation In Waste Management & Renewable Energy) peringkat
Daerah Segamat yang telah diadakan pada 5 Jun 2023.
RUJUKAN
1. Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis
Norkhaidi (2017). Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah
Rendah, Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1): 41-49
2. Hanifah Mahat, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Nurul Izza Ahmad (2015). Kajian
Tahap Amalan Kelestarian dalam Kalangan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Daerah Hulu Langat, Selangor. Geografi Vol. 3 No. 1. 25 -36
3. Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif,
Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai (2013). Kajian Perhubungan Antara
Kesedaran Alam Sekitar Dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan
Pelajar Universiti; Kajian Kes: Pelajar Tahun Satu Universiti Putra Malaysia (UPM).
https://www.researchgate.net/publication/297713074
4. Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab
(2011). Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar.
Akademika 81(3) 2011: 103-115
12
5. Junainah Idris & Hanim Basir (2020). Pengetahuan dan Pengamalan Amalan Hijau dalam
Kalangan Mahasiswa. Proceeding of the 7th International Conference on Management and
Muamalah 2020 (ICoMM 2020):51-62. e-ISSN:2756-8938
6. Karmilah Abdullah & Jamilah Ahmad (2014). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau
terhadap Amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysian Green Technology
Corporation (GreenTech Malaysia). Pulau Pinang : USM
7. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (2009). Dasar Teknologi Hijau Negara.
Putrajaya : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air.
8. Nurul Hafizah Md Nor1 & Abdul Aziz Othman (2016). Tahap Pengetahuan dan Amalan
Berkaitan Alam Sekitar di Kalangan Pelajar Inasis BSN, UUM:1277-1286.Proceedings of
Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016. ISBN 978-
967-0910-37-6
9. Siti Rohani Binti Johar (2013). Tesis Kesedaran Teknologi Hijau dalam Kalangan Warga
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Parit Raja : UTHM
10. Zullyadini A. Rahaman & Asyirah Abdul Rahim. Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula
dalam Kalangan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Journal Of Tourism,
Hospitality And Environment Management. Volume 6 Issue 25 (October 2021) PP. 207-
218
11. Berita Harian: Shaharudin Idrus - Jun 5, 2015 @ 7:00am)
12. Berita Harian : Mogesh Sababathy, Universiti Putra Malaysia Disember 23, 2022 @
12:08pm)

More Related Content

Similar to Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH BAIK.pdf

Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_maklumaKepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
ainzd78
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Kay Aniza
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Bahagian 5
Bahagian 5Bahagian 5
Bahagian 5
intan_aisha
 
Hilmi
HilmiHilmi
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmAthirah Amalina
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
RubinaKhan69
 
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptx
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptxDasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptx
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptx
Nasihin Azmi
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
MumtazHanna
 
Enviromental saftey and health.pdf
Enviromental saftey and health.pdfEnviromental saftey and health.pdf
Enviromental saftey and health.pdf
Mohammed Najib Kamarolzaman
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
ADIRAHZULKAPLE
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Engku Fatin
 
Bahagian 4
Bahagian 4Bahagian 4
Bahagian 4
intan_aisha
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)nurrasyiqah
 
Lmcp1532 pemanasan global
Lmcp1532 pemanasan globalLmcp1532 pemanasan global
Lmcp1532 pemanasan global
Erin Rosli
 
Kitar semual
Kitar semualKitar semual
Kitar semual
KamariahShafii1
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Sandhrigah Krishnan
 
A163728 Pemanasan Global
A163728 Pemanasan GlobalA163728 Pemanasan Global
A163728 Pemanasan Global
RazinRamly
 

Similar to Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH BAIK.pdf (20)

Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_maklumaKepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Bahagian 5
Bahagian 5Bahagian 5
Bahagian 5
 
Hilmi
HilmiHilmi
Hilmi
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
 
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptx
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptxDasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptx
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.pptx
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
 
Enviromental saftey and health.pdf
Enviromental saftey and health.pdfEnviromental saftey and health.pdf
Enviromental saftey and health.pdf
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 
Bahagian 4
Bahagian 4Bahagian 4
Bahagian 4
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Lmcp1532 pemanasan global
Lmcp1532 pemanasan globalLmcp1532 pemanasan global
Lmcp1532 pemanasan global
 
Kitar semual
Kitar semualKitar semual
Kitar semual
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
A163728 Pemanasan Global
A163728 Pemanasan GlobalA163728 Pemanasan Global
A163728 Pemanasan Global
 

Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH BAIK.pdf

  • 1. 1 Kesediaan Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 Terhadap Teknologi Hijau Nor Dalila Binti Abd Rahman*, Norhazlina Binti Sahari, Siti Nurr Hidayah Binti Mohd Sanif Kolej Komuniti Segamat 2, Segamat, Johor *Pengarang bersama: nordalila@kksegamat2.edu.my ABSTRAK Teknologi hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang telah digunakan dalam kebanyakan negara bagi menangani isu alam sekitar yang semakin meruncing tika ini. Antaranya isu pemanasan global, perubahan iklim, kekurangan sumber air bersih, penjimatan tenaga, penggunaan bahan kitar semula dan sebagainya. Teknologi ini membolehkan kita bertambah maju dan dalam masa yang sama meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar. Bertepatan dengan itu, satu kajian kesediaan telah dilaksanakan kepada para pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap, amalan dan kesediaan mereka berkaitan teknologi hijau berikutan pihak pengurusan Kolej Komuniti Segamat 2 telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menerapkan teknologi hijau di kawasan kampus. Kajian ini telah dijalankan kepada seramai 106 orang pelajar semasa Sesi 2 2022/2023 Kolej Komuniti Segamat 2 menggunakan kajian deskriptif. Data kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics v22. Dapatan yang diterima menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan, sikap, amalan dan kesedaran yang tinggi terhadap teknologi hijau. Ini menunjukkan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 telah bersedia untuk menghadapi dan mengamalkan teknologi hijau di kawasan kampus khususnya dan persekitaran mereka umumnya. Kata kunci: Pengetahuan, Sikap, Amalan, Kesedaran; Alam Sekitar; Pelajar Kolej Komuniti 1. PENGENALAN Teknologi hijau juga dikenali sebagai teknologi mesra alam yang merujuk pada penggunaan inovasi dan penyelesaian teknologi yang berfokus pada kelestarian dan perlindungan kitaran kehidupan. Tujuannya adalah untuk mengurangi kesan negatif terhadap ekosistem dan mempromosikan kesinambungan dalam berbagai sektor seperti tenaga, pengangkutan, limbah, pertanian dan industri. Malaysia telah merancang strategi mengurangkan kesan negatif teknologi kepada alam sekitar dengan melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di Pejabat Tenaga Hijau (GEO), Pusat Tenaga Malaysia (PTM), Bangi pada 24 Julai 2009. Salah satu aspek utama dari teknologi hijau adalah penggunaan sumber yang boleh diperbaharui dan mesra alam. Ini termasuk tenaga yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, angin, hidro, geoterma dan biojisim. Teknologi hijau juga berfokus pada kecekapan tenaga iaitu mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan teknologi yang lebih cekap atau mengoptimumkan proses sedia ada. Selain itu, teknologi hijau juga melibatkan pengurusan sisa yang lebih baik, seperti kitar semula dan pengurangan sisa. Proses kitar semula membolehkan bahan terpakai ditukar kepada produk baharu, mengurangkan keperluan untuk menggunakan bahan mentah baharu. Teknologi hijau juga menggalakkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan bahan pencemar lain yang memudaratkan alam sekitar. Dalam sektor pengangkutan, teknologi hijau merangkumi pembangunan kenderaan elektrik atau kenderaan berkuasa hibrid
  • 2. 2 yang mengurangkan pelepasan ekzos. Selain itu, terdapat juga konsep pengangkutan yang dikongsi seperti carpooling atau ride-sharing yang boleh mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Peranan teknologi hijau dalam pertanian melibatkan pembangunan kaedah pertanian mampan seperti pertanian organik atau hidroponik. Kaedah ini mengurangkan penggunaan racun perosak dan baja kimia yang berpotensi merosakkan alam sekitar dan kesihatan manusia. Teknologi juga digunakan untuk mengoptimumkan pengairan dan pemantauan tanaman contohnya seperti kaedah pertanian tepat atau precision agriculture yang tercetus daripada fenomena internet kebendaan (IoT) yang mana semua data yang diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan pertanian dapat dijana secara automatik. Dalam sektor perindustrian, teknologi hijau melibatkan pembangunan proses pengeluaran yang lebih mesra alam dan menggunakan bahan mentah yang mampan. Contohnya, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam proses pembuatan atau penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan barangan. Tuntas dengan perubahan yang dibawa oleh penggunaan teknologi hijau, maka kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan perlindungannya perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi. Malah kajian mengenai pendedahan dan didikan awal amalan kelestarian teknologi hijau telah dilaksanakan ke atas murid di peringkat pra persekolahan, sekolah rendah dan sekolah menengah. Malah terdapat banyak kajian mengenai teknologi hijau di peringkat lebih lagi. Namun dapatan di semua peringkat pendidikan menunjukkan responden mempunyai pengetahuan tentang teknologi hijau namun tidak mempraktikkan di dalam kehidupan sebenar (Hafizah, 2013, Siti Rohani, 2013, Hanifah et. al, 2015, Nurul Hafizah & Abdul Aziz, 2016, Hanifah et al, 2017, Junaidah & Hanim, 2020, Zullyadini & Asyirah, 2021). Rentetan itu, satu kajian kepada pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar terhadap teknologi hijau. Ini kerana pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kolej bagi melestarikan teknologi hijau di kampus. Namun usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya pemegang taruh sendiri tidak memahami atau menghayati usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej. 2. OBJEKTIF KAJIAN I. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek pengetahuan. II. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek sikap. III. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek amalan. IV. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek kesedaran. 3. PERSOALAN KAJIAN I. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek pengetahuan? II. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek sikap?
  • 3. 3 III. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek amalan? IV. Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek kesedaran? 4. KAJIAN LITERATUR Perubahan iklim dunia memberikan impak kepada manusia dan ekosistem. Bermula daripada penggunaan sumber alam semulajadi sedia ada yang telah digunapakai sehingga ke tahap maksimum. Dianggarkan sebanyak 6 billion penduduk dunia telah menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal. Natijahnya, pelbagai insiden bencana alam melanda dunia. Ramalan saintifik menunjukkan peningkatan paras laut sebanyak 7.0 meter, lantas kejadian seperti banjir di Johor pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 dan kawasan rendah seperti Segamat dan Labis mudah ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada Februari 2011 yang mencatatkan sejarah banjir yang terburuk pernah dialami oleh negeri Johor (Berita Harian, Julai 2011). Pada dasarnya, untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia, khususnya rakyat Malaysia adalah sukar. Secara purata, hanya 3 daripada 10 orang rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu-isu alam sekitar. Kejadian-kejadian bencana alam yang besar dan meragut nyawa ribuan manusia seperti Tsunami, gempa bumi dan banjir adalah pengajaran yang terbaik untuk mendidik manusia supaya lebih bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Mendidik bukan sahaja untuk memberikan mereka kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar tetapi juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertindak secara tepat dan betul sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini (Jabatan Penerangan, 2011). Saban hari alam sekitar kita mengalami pencemaran pelbagai bentuk dan dimensi - daripada pencemaran udara, air, bunyi bising sehinggalah pencemaran sampah sarap yang seolah-olah tiada penghujungnya, walaupun sudah banyak kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam pelbagai bentuk penerangan, bahan bacaan, media cetak dan sosial diusahakan pelbagai pihak bertanggungjawab. Namun, usaha murni dijalankan itu seperti mencurahkan air ke daun keladi, walaupun jutaan ringgit dilaburkan untuk kempen berkenaan. Tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar masih pada tahap begitu rendah dan hampir mengecewakan (Berita Harian: Shaharudin Idrus - Jun 5, 2015) Laporan Penilaian Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) juga menjangkakan impak perubahan iklim akan lebih agresif dalam 20 tahun akan datang seperti bencana alam lebih kerap dan ekstrem, kekurangan sumber air akibat peningkatan suhu mendadak, kemusnahan berganda akibat banjir dan peningkatan kadar kepupusan spesies haiwan (Berita Harian Disember 23, 2022 @ 12:08pm) Peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” dan “mencegah lebih baik daripada mengubati” merujuk kepada langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesan-kesan bencana supaya kejadian yang menimpa tidak memburukkan pembangunan negara dan komuniti. Justeru pendidikan alam sekitar perlu dimulakan dari rumah, peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi dalam memupuk kesedaran mengenai fenomena alam dan kesan-
  • 4. 4 kesannya (Utusan Malaysia, April 2011). Berdasarkan model awal tingkah laku pro-alam sekitar Kollmus & Agyeman, 2002 yang telah dikupas oleh Jamilah et al, (2011), di mana terdapat hubungan linear di antara pengetahuan, kesedaran dan sikap serta tingkah laku terhadap alam sekitar. Maka kajian berkenaan empat pembolehubah tersebut dilaksanakan bagi melihat kesediaan pelajar di Kolej Komuniti Segamat 2 berkenaan teknologi hijau yang telah dilaksanakan di kampus. 5. METODOLOGI Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan bagi mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap penggunaan teknologi hijau daripada empat aspek utama iaitu pengetahuan, sikap, amalan dan kesedaran. Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik berskala likert 5 mata yang telah diubahsuai daripada kajian terdahulu dan bacaan literatur. Soal selidik telah diedarkan secara atas talian kepada pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dan telah dijawab oleh 106 pelajar daripada jumlah keseluruhan 141 orang pelajar semasa sesi 2 2022/2023. Jumlah pensampelan yang diterima adalah mencukupi berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics v22. Jadual menunjukkan kaedah analisis data yang dijalankan mengikut lima bahagian utama dalam soal selidik. Jadual 1: Kaedah Analisis Data Bil Persoalan Kajian Kaedah Analisis 1 Demografi Responden Peratus dan kekerapan 2 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau daripada aspek pengetahuan. Kecenderungan Memusat 3 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau daripada aspek sikap. Kecenderungan Memusat 4 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau daripada aspek amalan. Kecenderungan Memusat 5 Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap teknologi hijau daripada aspek kesedaran Kecenderungan Memusat Untuk mengukur tahap refleksi bagi skor min, dapatan telah dikelaskan kepada lima tahap refleksi iaitu:
  • 5. 5 Jadual 2: Interpretasi Skor Min Julat Interpretasi Skor Min 1.00 – 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat Tinggi (Sumber : Nunnally dan Bernstein 1994) 6. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 6.1 Bahagian A: Analisis Demografi Responden Jadual 3: Demografi Responden Item Kekerapan (f) Peratus (%) Jantina: Lelaki 57 53.8 Perempuan 49 46.2 Program: Diploma Teknologi Solar Fotovoltan 14 13.2 Sijil Teknologi Senibina 34 32.1 Sijil Teknologi Maklumat 29 27.4 Sijil Teknologi Elektrik 29 27.4 Data menunjukkan bahawa seramai 57 orang pelajar lelaki (53.8%) dan 49 orang pelajar perempuan (746.2%) terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan responden terdiri daripada pelajar daripada program Sijil Teknologi Senibina iaitu 34 orang (32.1%), diikuti oleh program Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Teknologi Elektrik seramai 29 orang (27.4%) dan Diploma Teknologi Solar Fotovoltan seramai 14 orang (13.2%).
  • 6. 6 6.2 Bahagian B: Analisis Persoalan Kajian 6.2.1 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau daripada aspek pengetahuan? Jadual 4: Pengetahuan Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau No Item Item Min Interpretasi A1 Saya mempunyai tahap pengetahuan teknologi hijau yang luas. 3.68 Tinggi A2 Saya mendapat ilmu pengetahuan tentang teknologi hijau dari sekolah atau institusi-institusi pendidikan. 4.02 Tinggi A3 Saya mengetahui tentang teknologi hijau dari media sosaial/ kempen/ program yang telah diadakan. 3.84 Tinggi A4 Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar semula iaitu biru, coklat dan jingga. 4.03 Tinggi Nilai Skor Min Keseluruhan 3.89 Tinggi Jadual 4 menunjukkan respons terhadap empat item berkaitan pengetahuan pelajar berkenaan teknologi hijau. Nilai min keseluruhan yang dicatatkan ialah 3.89 dengan interpretasi min berada di tahap tinggi. Keseluruhan empat item juga mempunyai interpretasi min berada di tahap tinggi. Nilai min tertinggi ialah 4.03 di mana responden bersetuju dengan item “Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar semula iaitu biru, coklat dan jingga.”. Nilai min kedua tertinggi ialah 4.02 di mana responden bersetuju dengan penyataan item kedua di mana mereka mendapat ilmu pengetahuan tentang teknologi hijau dari sekolah atau institusi-institusi pendidikan. Seterusnya, item ketiga merupakan nilai ketiga tertinggi dengan nilai min sebanyak 3.84 dan diikuti item pertama dengan nilai min 3.68. 6.2.2 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek sikap? Jadual 5: Sikap Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau No Item Item Min Interpretasi B1 Saya menyokong kempen alam sekitar atau teknologi hijau. 4.25 Sangat Tinggi B2 Saya sanggup menyumbang wang saya untuk teknologi hijau. 3.66 Tinggi
  • 7. 7 B3 Saya sanggup menyumbang lebih bagi tujuan membeli produk-produk yang mesra alam sekitar seperti pembungkus makanan (paper bag). 3.66 Tinggi B4 Saya akan memaklumkan kepada organisasi alam sekitar atau agensi kerajaan yang terdekat sekiranya berlaku masalah alam sekitar. 3.86 Tinggi B5 Saya menggunakan sumber tenaga (air, elektrik, sisa pepejal) dengan cermat dalam kehidupan harian. 3.99 Tinggi Nilai Skor Min Keseluruhan 3.88 Tinggi Hasil analisis daripada segi sikap pelajar ditunjukkan dalam Jadual 5 jelas menunjukkan nilai min berada di tahap tinggi iaitu sebanyak 3.88. Responden bersetuju untuk menyokong kempen alam sekitar atau teknologi hijau dengan nilai min tertinggi iaitu 4.25 dengan interpretasi sangat tinggi. Seterusnya item kelima mendapat nilai min kedua tertinggi iaitu 3.88 dengan interpretasi berada di tahap tinggi diikuti item keempat dengan nilai min sebanyak 3.86. Item kedua dan ketiga masing-masing mendapat kedudukan terendah dengan nilai min sebanyak 3.66 namun masih berada di tahap tinggi. 6.2.3 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek amalan? Jadual 6: Amalan Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau No Item Item Min Interpretasi C1 Saya menggunakan konsep 3R (reduce, reuse, recycle) dalam aktiviti harian. 3.63 Tinggi C2 Saya membawa bekas sendiri apabila membeli makanan. 3.29 Sederhana C3 Saya memilih barang keperluan harian yang memberi kebaikan kepada alam sekitar. 3.71 Tinggi C4 Saya menukar produk atas keprihatinan terhadap alam sekitar. 3.62 Tinggi Nilai Skor Min Keseluruhan 3.56 Tinggi Jadual 6 menunjukkan dapatan berkaitan amalan pelajar terhadap teknologi hijau. Nilai min keseluruhan yang dicatatkan ialah 3.56. Terdapat tiga item mempunyai min melebihi min keseluruhan. Nilai min tertinggi adalah 3.71 di mana responden bersetuju untuk memilih barang
  • 8. 8 keperluan harian yang memberi kebaikan kepada alam sekitar. Nilai min kedua tertinggi sebanyak 3.63 bagi item pertama dan diikuti item keempat dengan nilai min 3.62. Seterusnya, item kedua mendapat nilai terendah iaitu 3.29 dengan interpretasi min sederhana di mana responden kurang bersetuju untuk membawa bekas sendiri apabila membeli makanan. 6.2.4 Apakah tahap kesediaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 tentang teknologi hijau dari aspek kesedaran? Jadual 6: Kesedaran Pelajar Berkenaan Teknologi Hijau No Item Item Min Interpretasi D1 Saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada teknologi hijau. 3.80 Tinggi D2 Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan untuk diri saya. 3.98 Tinggi D3 Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan kepada persekitaran saya. 4.05 Tinggi D4 Saya memberi kesedaran kepada keluarga dan juga rakan-rakan saya tentang penggunaan produk hijau. 3.69 Tinggi Nilai Skor Min Keseluruhan 3.88 Tinggi Dapatan mengenai kesedaran pelajar berkenaan teknologi hijau berada di tahap tinggi dengan nilai skor min keseluruhan sebanyak 3.88. Responden bersetuju dengan item ketiga di mana “Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan kepada persekitaran saya.” mendapat skor min tertinggi sebanyak 4.05. Nilai min kedua tertinggi adalah sebanyak 3.98 bagi item kedua manakala item pertama merupakan item ketiga tertinggi iaitu 3.80. Nilai min terendah ialah 3.69 di mana pelajar kurang pasti untuk memberi kesedaran kepada keluarga dan juga rakan-rakan tentang penggunaan produk hijau. Perbincangan Berdasarkan dapatan yang diperolehi telah menjawab kesemua persoalan kajian iaitu pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dilihat mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap teknologi hijau. Pelajar bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan teknologi hijau, malah amalan dan sikap yang ditunjukkan turut menjurus kepada perubahan ke arah pengamalan teknologi hijau. Selain itu, pelajar turut sedar kepentingan teknologi hijau dalam membawa kebaikan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri malah komuniti dan alam sekitar. Berdasarkan komen yang diberikan oleh responden menunjukkan usaha pihak pengurusan yang telah melaksanakan program-program berteraskan teknologi hijau telah membuahkan hasil. Antara
  • 9. 9 program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti Segamat 2 bagi memberikan kesedaran kepada pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 terhadap kepentingan teknologi hijau iaitu: 1. Program Jom Tapau Program ini dijalankan kepada semua warga Kolej Komuniti Segamat 2 bagi mengurangkan penggunaan plastik dan bekas makanan polisterin. Pelajar dan kakitangan digalakkan membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan bekas makanan biodegradasi semasa membeli makanan di kafeteria. Bagi menggalakkan pelajar dan kakitangan menggunakan bekas makanan sendiri, Jawatankuasa SmartGreen telah menyediakan dan memberi setiap warga Kolej Komuniti Segamat 2 bekas makanan dan botol air untuk kegunaan harian mereka di kafeteria. Hasil daripada program ini, penggunaan plastik dapat dikurangkan di dalam kampus Kolej Komuniti Segamat 2. 2. Program Jom Jimat Elektrik Program Jom Jimat Elektrik ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pengurangan penggunaan tenaga elektrik dan impak buruk pencemaran kepada bumi di kampus Kolej Komuniti Segamat 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memastikan suis peralatan elektrik ditutup apabila tidak digunakan, memastikan semua suis komputer dan mesin pencetak dimatikan sebelum meninggalkan pejabat, memastikan semua suis lampu dan penyaman udara sentiasa ditutup apabila tidak digunakan, memastikan suhu penghawa dingin disetkan pada kadar 24’c, dan menutup suis lampu dan penghawa dingin pada waktu rehat diantara jam 1.00 tengahari sehingga 2.15 petang. Kesan program ini telah dapat menjimatkan dan mengurangkan bil utiliti kolej setiap bulan dalam jangka masa panjang. 3. Kempen 3R (Reuse, Reduce, Recycle) Kempen 3R ini dimulakan dengan pengedaran poster amalan baik berkaitan konsep 3R. Antara amalan reuse yang boleh dipraktikkan ialah menggunakan semula beg membeli belah untuk penyimpanan barang di rumah, menggunakan semula sampul surat yang telah dipakai dengan menampal semula alamat sedia ada, baju dan seluar lama digunakan untuk membuat alas kusyen, alas meja dan cenderahati, tayar lama boleh digunakan semula untuk mencantikkan lanskap sekitar rumah. Bagi amalan reduce pula, warga Kolej Komuniti Segamat 2 disarankan untuk membeli produk yang tidak bertoksik dengan mencari bahan alternatif yang tidak bertoksik, membeli produk yang boleh digunakan semula, membeli pencuci serbaguna dan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Manakala bagi amalan recycle pula ialah dengan membeli barangan hasil kitar semula seperti kertas dan buku kitar semula, menggunakan baja kompos, membeli barangan yang boleh dikitar semula dan menjalankan aktiviti-aktiviti kreatif seperti membaiki peralatan rosak untuk digunakan semula. Program ini diteruskan dengan Pertandingan Mencipta Produk dari Bahan Kitar Semula, Program Waste To Wealth dan Pertandingan Anugerah Rakan Kampus Hijau yang boleh disertai oleh semua warga Kolej Komuniti Segamat 2. Program ini berlangsung sepanjang tahun dan akan berakhir pada Oktober 2023. 4. Projek Mega Solar dan Pit Stop
  • 10. 10 Projek tenaga diperbaharui dengan menggunakan teknologi solar di beberapa kawasan di kampus di mana lokasi projek tidak memerlukan tenaga elektrik bagi penggunaan lampu tetapi hanya menggunakan tenaga solar. Kolej Komuniti Segamat 2 komited mengarus perdanakan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau ke arah melestarikan Kolej Komuniti Segamat 2 dan menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan masyarakat dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial. Oleh yang demikian antara kepentingan memupuk teknologi hijau dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 adalah dengan: 1. Tingkatkan kesedaran alam sekitar Teknologi hijau boleh membantu belia meningkatkan kesedaran dan pemahaman mereka tentang isu alam sekitar. Melalui pendekatan yang inovatif dan interaktif, teknologi hijau boleh memberikan maklumat tentang kesan alam sekitar daripada tingkah laku harian dan cara untuk mengurangkan jejak ekologi mereka. Ini membolehkan belia menjadi agen perubahan yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. 2. Galakkan penyertaan aktif Teknologi hijau memberi peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam amalan lestari. Contohnya, mereka boleh menggunakan aplikasi dan platform dalam talian untuk memantau penggunaan tenaga mereka, memilih produk mesra alam atau mengambil bahagian dalam program kitar semula. Dengan menyertai teknologi hijau, belia dapat merasakan mereka mempunyai peranan penting dalam melindungi alam sekitar. 3. Pendidikan dan pembangunan kemahiran Teknologi hijau boleh bertindak sebagai alat pendidikan yang berkesan untuk belia. Melalui penggunaan aplikasi, permainan pendidikan atau platform pembelajaran dalam talian, belia boleh mempelajari konsep saintifik dan teknologi yang berkaitan dengan kelestarian. Mereka juga boleh membangunkan kemahiran kritikal, kreativiti, penyelesaian masalah dan kerjasama yang diperlukan dalam mencipta penyelesaian inovatif kepada cabaran alam sekitar. 4. Peluang kerjaya Teknologi hijau mencipta peluang kerjaya yang menarik untuk belia yang berminat dalam isu alam sekitar dan kelestarian. Dalam tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa, reka bentuk produk mesra alam atau industri pemuliharaan sumber semula jadi, belia boleh meneroka pelbagai bidang berkaitan teknologi hijau dan membina kerjaya yang bermakna pada masa hadapan. 5. Menyumbang kepada perubahan positif Remaja mempunyai kuasa untuk memacu perubahan positif dalam masyarakat. Dengan menggunakan teknologi hijau, mereka boleh mengambil langkah kecil dalam kehidupan seharian mereka, seperti mengurangkan penggunaan tenaga, mengamalkan gaya hidup mampan, atau berkongsi pengetahuan mereka dengan orang lain melalui media sosial atau platform dalam talian. Dalam jumlah yang besar, tindakan ini boleh memberi kesan yang besar terhadap kelestarian alam sekitar.
  • 11. 11 Dengan menggunakan teknologi hijau, belia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemapanan dan melindungi alam sekitar. Mereka boleh menjadi agen perubahan yang memberi inspirasi kepada orang lain, baik dalam kalangan rakan sebaya dan dalam komuniti mereka, untuk mengamalkan amalan mampan dan mencipta masa depan yang lebih baik. 7. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 bagi sesi 2 2022/2023 telah bersedia sepenuhnya terhadap penggunaan teknologi hijau. Dapatan yang diperolehi menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi, sentiasa melakukan dan mengamalkan tindakan yang membawa kepada pengamalan teknologi hijau dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi mengenai alam sekitar. Pihak pengurusan Kolej Komuniti Segamat 2 sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif melalui pembangunan teknologi hijau kepada warga Kolej Komuniti Segamat 2. Selain itu, pembangunan modal insan dengan menjalankan latihan dan program pendidikan berkaitan teknologi hijau seperti mengadakan kempen-kempen kitar semula dan pertandingan untuk menarik minat pelajar. Warga akademik juga turut digalakkan untuk membuat penyelidikan dan inovasi teknologi hijau dan seterusnya mempromosi dan meningkatkan kesedaran warga terhadap teknologi hijau. Semua usaha yang dilaksanakan bagi memperkenalkan dan seterusnya mengamalkan teknologi hijau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sama ada daripada pelajar atau kakitangan kolej ini sendiri. Hasil dari usaha gigih ini juga telah mendapat pengiktirafan dimana Kolej Komuniti Segamat 2 telah mendapat Anugerah Khas Inovasi Dan Kreativiti di bawah Program Local Agenda (LA21) sempena Program Inovasi Pengurusan Sisa Dan Tenaga Diperbaharui (Innovation In Waste Management & Renewable Energy) peringkat Daerah Segamat yang telah diadakan pada 5 Jun 2023. RUJUKAN 1. Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi (2017). Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah, Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1): 41-49 2. Hanifah Mahat, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Nurul Izza Ahmad (2015). Kajian Tahap Amalan Kelestarian dalam Kalangan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Hulu Langat, Selangor. Geografi Vol. 3 No. 1. 25 -36 3. Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif, Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai (2013). Kajian Perhubungan Antara Kesedaran Alam Sekitar Dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Universiti; Kajian Kes: Pelajar Tahun Satu Universiti Putra Malaysia (UPM). https://www.researchgate.net/publication/297713074 4. Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab (2011). Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar. Akademika 81(3) 2011: 103-115
  • 12. 12 5. Junainah Idris & Hanim Basir (2020). Pengetahuan dan Pengamalan Amalan Hijau dalam Kalangan Mahasiswa. Proceeding of the 7th International Conference on Management and Muamalah 2020 (ICoMM 2020):51-62. e-ISSN:2756-8938 6. Karmilah Abdullah & Jamilah Ahmad (2014). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau terhadap Amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia). Pulau Pinang : USM 7. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (2009). Dasar Teknologi Hijau Negara. Putrajaya : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air. 8. Nurul Hafizah Md Nor1 & Abdul Aziz Othman (2016). Tahap Pengetahuan dan Amalan Berkaitan Alam Sekitar di Kalangan Pelajar Inasis BSN, UUM:1277-1286.Proceedings of Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016. ISBN 978- 967-0910-37-6 9. Siti Rohani Binti Johar (2013). Tesis Kesedaran Teknologi Hijau dalam Kalangan Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Parit Raja : UTHM 10. Zullyadini A. Rahaman & Asyirah Abdul Rahim. Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula dalam Kalangan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Journal Of Tourism, Hospitality And Environment Management. Volume 6 Issue 25 (October 2021) PP. 207- 218 11. Berita Harian: Shaharudin Idrus - Jun 5, 2015 @ 7:00am) 12. Berita Harian : Mogesh Sababathy, Universiti Putra Malaysia Disember 23, 2022 @ 12:08pm)