SlideShare a Scribd company logo
ARTIKEL:PENGLIBATAN MASYARAKAT AWAM DI MALAYSIA DALAM
                        ISU BERKAITAN PERSEKITARAN.



Isu berkaitan alam sekitar seringkali menjadi topik perbualan dalam kalangan
masyarakat      di   setiap   tempat   sama   ada   di   kampung    mahupun     di
bandar.Permasalahan alam sekitar semakin meruncing dan terlalu kompleks untuk
diselesaikan secara eksklusif melalui pendekatan sains,teknikal dan perundangan
semata-mata.Hal ini kerana,setiap golongan masyarakat seharusnya melibatkan diri
dalam secara langsung dalam setiap projek pembangunan yang dijalankan di
kawasan mereka dalam usaha mencapai matlamat pembangunan yang mampan.

Secara umumnya,orang awam merupakan majority yang merupakan kuasa besar
dalam menyumbangkan pandangan,idea, dan tindakan secara sebulat suara dalam
membuat sebarang keputusan mengenai sesuatu dasar dan perancangan yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pemerhatian dan kajian telah dijalankan mengenai
isu ini dan pelbagai inisiatif telah dilaksnakan bagi menangani permasalahan alam
sekitar   yang semakin serius ini.Justeru itu,setiap golongan masyarakat mestilah
menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menangani isu alam sekitar di
Negara kita .

Setiap individu yang tinggal di Malaysia khususnya mestilah menjalankan
tanggungjawab awam serta terlibat dalam proses pembangunan bagi merealisasikan
matlamat kearah pembangunan yang mampan.Penglibatan awam biasanya dianggap
sebagai keperluan sampingan dan diperkenalkan dalam bentuk inisiatif individu atau
kelompok sesesbuah organisasi.Di peringkat global permasalahan berkaitan alam
sekitar ini telah diberikan perhatian yang serius oleh segenap lapisan masyarakat
terutamanya berkaitan dengan perubahan iklim global.Peningkatan suhu global
boleh memberi impak terhadap perubahan tabiat alam seperti peningkatan paras air
laut dan cuaca yang tidak menentu.Semua ini menuntut masyarakat dunia amnya
dan Malaysia khususnya agr lebih berwaspada dan prihatin dalam setiap tindakan
mereka terhadap alam sekitar serta terlibat secara aktif dalam usaha memelihara
dan memulihara alam sekitar.
Di samping itu,penglibatan orang awam dalam isu ini bermula daripada kesedaran
dan keperihatinan masyarakat terhadap perubahan ekosistem alam kesan daripada
aktiviti-aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.Penglibatan orang awam
dalam menangani masalah alam sekitar ini bermula secara berperingkat-peringkat
mengikut peredaran zaman.Pada mulanya,penglibatan awam mengenai isu alam
sekitar ini melalui aduan-aduan yang dibuat bagi menyelesaikan masalah di kawasn
mereka.Kemudian,timbul kesedaran terhadap alam sekitar yan g mula meresap dan
kumpulan-kumpulan orang ramai mula ditubuhkan maka minat terhadap alam
sekitar juga semakin jelas.Hal ini jelas terbukti apabila terdapat individu yang terlibat
dalam penulisan akhbar tempatan berhubung isu alam sekitar ini.Pada masa yang
sama,persatuan-persatuan mula ditubuhkan yang melibatkan orang ramai dan
Organisasi-organisasi    Bukan Kerajaan(NGO) yang mengembleng tenaga dalam
usaha untuk menyelesaikan masalah alam sekitar. Selain itu,kerajaan sebagai unit
pentadbiran Negara berperanan dalam menggubal undang-undang dan melaksakan
dasar-dasar yang berkaitan dengan isu ini. Namun begitu,terdapat kekangan
daripada segelintir masyarakat yang enggan berkerjasama dan turut serta dalam
persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti      yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
mahupun pihak swasta.Bahkan terdapat masyarakat yang memandang negatif
mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini.Walaupun terdapat tanda-tanda
kesedaran alam sekitar dalam kalangan orang awam di Malaysia semakin meningkat
tetapi sokongan mereka terhadap persatuan alam sekitar masih rendah.

Pada era globalisasi ini, senario dan trend penglibatan masyarakat awam di Malaysia
dalam      isu    persekitaran    menjadikan      manusia        tidak   peduli      kepada
persekitarannya.Pada masa yang sama nilai-nilai moral dan agama juga telah
terhakis   oleh   arus   kemodenan.Justeru      itu,     dalam   penggubalan      sesebuah
dasar,penglibatan     orang      awam   sebagai        satu   kumpulan    penting     demi
mempertingkatkan      keupayaan    keputusan      penggubalan      dasar.Hal   ini   kerana
kepekaan terhadap pemuliharaan alam harus memerlukan kepekaan yang mendalam
dalam kalangan masyarakat.

Tambahan pula,pelbagai langkah telah diambil bagi meningkatkan tahap penyertaan
dan penglibatan masyarakat awam daripada golongan yang tidak aktif kepada
golongan yang betul-betul berminat dan prihatin dalam melibatkan diri dalam isu
alam sekitar ini. Antaranya ialah dengan menggunakan dan memperluaskan peranan
media massa berbentuk elektronik dan bukan elektronik dalam program dan kempen
kesedaran awam agar matlamat dan aktiviti masyarakat dalam isu persekitaran lebih
berkesan dan terarah.Pihak kerajaan juga harus menghebahkan semua dasar dan
peraturan   sama    ada   baru   atau   perubahannya,perancanagn       serta   aktiviti
pembangunan Negara secara meluas dan menyeluruh melalui semua salauran media
massa supaya masyarakat awam lebih berpeluang melibatkan diri dalam isu
persekitaran.

Pertubuhan Bukan Kerajaan telah mewujudkan kaedah yang lebih berkesan dan
tersusun seperti menganjurkan forum dan seminar untuk masyarakat awam bagi
mendidik dan memberi pendedahan,pengetahuan dan maklumat serta kesedaran
kepada mereka mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

Secara ironinya,penglibatan awam hanya merupakan keperluan sampingan dan
selalunya diperkenalkan dalam bentuk inisiatif individu atau kelompok dalam
sesebuah organisasi.Hakikatnya,kesedaran dan penglibatan masyarakat awam
terhadap isu persekitaran ini sanagat penting.Hal ini adalah untuk memastikan
ekosistem alam terjaga denagan sempurna.

Konklusinya,masyarakat awam di Malaysia seolah-olah memandang enteng terhadap
isu alam sekitar ini dan tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan.Kepincangan
ini masih berada pada tahap yang amat membimbangkan perlu diberikan perhatian
yang khusus.Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menarik minat dan
memupuk semangat cintakan alam sekitar terhadap orang awam secara lebih dekat
lagi agar rakyat Malaysia dapat mencapai matlamat dalam melestarikan alam sekitar.

More Related Content

Similar to Artikel puan rozita2

Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21
Erin Rosli
 
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
NORHAZLINABINTISAHAR
 
Amalan kesejahteraan sosial
Amalan kesejahteraan sosialAmalan kesejahteraan sosial
Amalan kesejahteraan sosial
NurFatehahMatSaad
 
Amalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili Sambathu
Amalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili SambathuAmalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili Sambathu
Amalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili Sambathu
Veelvili Sambathu
 
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
wannurqamarina25
 
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)
wannurqamarina25
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Heather Strinden
 
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~Nurul Atikah
 
Ayat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royong
Ayat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royongAyat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royong
Ayat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royongDanish Khan
 
Soalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjunSoalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjun
kathir resan
 
PENGURUSAN MASALAH SOSIAL
PENGURUSAN MASALAH SOSIALPENGURUSAN MASALAH SOSIAL
PENGURUSAN MASALAH SOSIAL
BabaUmeir
 
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Sisubalan Selvan
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
afiqhazman811
 
Kempen Demam Denggi (Media Baru)
Kempen Demam Denggi (Media Baru)Kempen Demam Denggi (Media Baru)
Kempen Demam Denggi (Media Baru)
IzzuwanIsmail
 
Lmcp1532 tugasan 5
Lmcp1532 tugasan 5Lmcp1532 tugasan 5
Lmcp1532 tugasan 5
NUR IDAYU TAJUDIN
 
Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan
Anea 3306  alam sekitar dan kesihatanAnea 3306  alam sekitar dan kesihatan
Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan
Cik Aiin Adha Binti Roslan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Rosli Dol Haji
 
Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21
rajaintansuhana
 

Similar to Artikel puan rozita2 (20)

Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21
 
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
 
Amalan kesejahteraan sosial
Amalan kesejahteraan sosialAmalan kesejahteraan sosial
Amalan kesejahteraan sosial
 
Amalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili Sambathu
Amalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili SambathuAmalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili Sambathu
Amalan terbaik kesejahteraan sosial A169091 Veelvili Sambathu
 
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan (Agenda 21)
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsis
 
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
 
Ayat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royong
Ayat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royongAyat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royong
Ayat 2 gramatis ina spm n huraian gotong royong
 
Soalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjunSoalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjun
 
PENGURUSAN MASALAH SOSIAL
PENGURUSAN MASALAH SOSIALPENGURUSAN MASALAH SOSIAL
PENGURUSAN MASALAH SOSIAL
 
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Kempen Demam Denggi (Media Baru)
Kempen Demam Denggi (Media Baru)Kempen Demam Denggi (Media Baru)
Kempen Demam Denggi (Media Baru)
 
Lmcp1532 tugasan 5
Lmcp1532 tugasan 5Lmcp1532 tugasan 5
Lmcp1532 tugasan 5
 
Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan
Anea 3306  alam sekitar dan kesihatanAnea 3306  alam sekitar dan kesihatan
Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21
 

Artikel puan rozita2

  • 1. ARTIKEL:PENGLIBATAN MASYARAKAT AWAM DI MALAYSIA DALAM ISU BERKAITAN PERSEKITARAN. Isu berkaitan alam sekitar seringkali menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat di setiap tempat sama ada di kampung mahupun di bandar.Permasalahan alam sekitar semakin meruncing dan terlalu kompleks untuk diselesaikan secara eksklusif melalui pendekatan sains,teknikal dan perundangan semata-mata.Hal ini kerana,setiap golongan masyarakat seharusnya melibatkan diri dalam secara langsung dalam setiap projek pembangunan yang dijalankan di kawasan mereka dalam usaha mencapai matlamat pembangunan yang mampan. Secara umumnya,orang awam merupakan majority yang merupakan kuasa besar dalam menyumbangkan pandangan,idea, dan tindakan secara sebulat suara dalam membuat sebarang keputusan mengenai sesuatu dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pemerhatian dan kajian telah dijalankan mengenai isu ini dan pelbagai inisiatif telah dilaksnakan bagi menangani permasalahan alam sekitar yang semakin serius ini.Justeru itu,setiap golongan masyarakat mestilah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menangani isu alam sekitar di Negara kita . Setiap individu yang tinggal di Malaysia khususnya mestilah menjalankan tanggungjawab awam serta terlibat dalam proses pembangunan bagi merealisasikan matlamat kearah pembangunan yang mampan.Penglibatan awam biasanya dianggap sebagai keperluan sampingan dan diperkenalkan dalam bentuk inisiatif individu atau kelompok sesesbuah organisasi.Di peringkat global permasalahan berkaitan alam sekitar ini telah diberikan perhatian yang serius oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya berkaitan dengan perubahan iklim global.Peningkatan suhu global boleh memberi impak terhadap perubahan tabiat alam seperti peningkatan paras air laut dan cuaca yang tidak menentu.Semua ini menuntut masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya agr lebih berwaspada dan prihatin dalam setiap tindakan mereka terhadap alam sekitar serta terlibat secara aktif dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
  • 2. Di samping itu,penglibatan orang awam dalam isu ini bermula daripada kesedaran dan keperihatinan masyarakat terhadap perubahan ekosistem alam kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.Penglibatan orang awam dalam menangani masalah alam sekitar ini bermula secara berperingkat-peringkat mengikut peredaran zaman.Pada mulanya,penglibatan awam mengenai isu alam sekitar ini melalui aduan-aduan yang dibuat bagi menyelesaikan masalah di kawasn mereka.Kemudian,timbul kesedaran terhadap alam sekitar yan g mula meresap dan kumpulan-kumpulan orang ramai mula ditubuhkan maka minat terhadap alam sekitar juga semakin jelas.Hal ini jelas terbukti apabila terdapat individu yang terlibat dalam penulisan akhbar tempatan berhubung isu alam sekitar ini.Pada masa yang sama,persatuan-persatuan mula ditubuhkan yang melibatkan orang ramai dan Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan(NGO) yang mengembleng tenaga dalam usaha untuk menyelesaikan masalah alam sekitar. Selain itu,kerajaan sebagai unit pentadbiran Negara berperanan dalam menggubal undang-undang dan melaksakan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu ini. Namun begitu,terdapat kekangan daripada segelintir masyarakat yang enggan berkerjasama dan turut serta dalam persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta.Bahkan terdapat masyarakat yang memandang negatif mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini.Walaupun terdapat tanda-tanda kesedaran alam sekitar dalam kalangan orang awam di Malaysia semakin meningkat tetapi sokongan mereka terhadap persatuan alam sekitar masih rendah. Pada era globalisasi ini, senario dan trend penglibatan masyarakat awam di Malaysia dalam isu persekitaran menjadikan manusia tidak peduli kepada persekitarannya.Pada masa yang sama nilai-nilai moral dan agama juga telah terhakis oleh arus kemodenan.Justeru itu, dalam penggubalan sesebuah dasar,penglibatan orang awam sebagai satu kumpulan penting demi mempertingkatkan keupayaan keputusan penggubalan dasar.Hal ini kerana kepekaan terhadap pemuliharaan alam harus memerlukan kepekaan yang mendalam dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula,pelbagai langkah telah diambil bagi meningkatkan tahap penyertaan dan penglibatan masyarakat awam daripada golongan yang tidak aktif kepada
  • 3. golongan yang betul-betul berminat dan prihatin dalam melibatkan diri dalam isu alam sekitar ini. Antaranya ialah dengan menggunakan dan memperluaskan peranan media massa berbentuk elektronik dan bukan elektronik dalam program dan kempen kesedaran awam agar matlamat dan aktiviti masyarakat dalam isu persekitaran lebih berkesan dan terarah.Pihak kerajaan juga harus menghebahkan semua dasar dan peraturan sama ada baru atau perubahannya,perancanagn serta aktiviti pembangunan Negara secara meluas dan menyeluruh melalui semua salauran media massa supaya masyarakat awam lebih berpeluang melibatkan diri dalam isu persekitaran. Pertubuhan Bukan Kerajaan telah mewujudkan kaedah yang lebih berkesan dan tersusun seperti menganjurkan forum dan seminar untuk masyarakat awam bagi mendidik dan memberi pendedahan,pengetahuan dan maklumat serta kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Secara ironinya,penglibatan awam hanya merupakan keperluan sampingan dan selalunya diperkenalkan dalam bentuk inisiatif individu atau kelompok dalam sesebuah organisasi.Hakikatnya,kesedaran dan penglibatan masyarakat awam terhadap isu persekitaran ini sanagat penting.Hal ini adalah untuk memastikan ekosistem alam terjaga denagan sempurna. Konklusinya,masyarakat awam di Malaysia seolah-olah memandang enteng terhadap isu alam sekitar ini dan tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan.Kepincangan ini masih berada pada tahap yang amat membimbangkan perlu diberikan perhatian yang khusus.Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menarik minat dan memupuk semangat cintakan alam sekitar terhadap orang awam secara lebih dekat lagi agar rakyat Malaysia dapat mencapai matlamat dalam melestarikan alam sekitar.