SlideShare a Scribd company logo
MODUL SOALAN PAST YEAR EKONOMI SEMESTER 1
BAB 4 : STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
1. Terangkan 3 ciri pasaran persaingan sempurna
i. Ramai pembeli dan penjual
- Pembeli dan penjual secara individu adalah relatif kecil berbanding dengan seluruh
pasaran. Kesannya tindakan setiap firma atau pembeli tidak mempengaruhi pasaran
ii. Keluaran homogen
- Barang-barang yang dikeluarkan oleh setiap firma adalah bersifat homogen iaitu
sama seperti dari segi bentuk dan bahan-bahan yang digunakan. Barang-barang
tidak dapat dibezakan
iii. Firma sebagai penerima harga
- Harga pasaran ditentukan oleh mekanisme harga. Oleh sebab firma terlalu ramai
dan relatif kecil maka firma tidak dapat mempengaruhi harga. Maka firma menurut
sahaja harga yang ditetapkan oleh pasaran iaitu sebagai penerima atau pengambil
harga
2. Huraikan 3 kebaikan dan 2 kelemahan pasaran persaingan sempurna
Kebaikan pasaran persaingan sempurna ialah :
- Mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan output pada harga yang
sama dengan kos sut barang
- Mencapai kecekapan pengeluaran kerana barang dikeluarkan pada harga sama
dengan kos purata minimum
- Harga barang adalah rendah dan kuantitinya banyak. Ini meningkatkan kebajikan
pengguna
Firma dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu melakukan iklan kerana barang
homogen
Kelemahan pasaran persaingan sempurna ialah :
- Tidak menggalakkan R&D kerana dalam jangka panjang firma mendapat untung
normal sahaja
- Pilihan pengguna terhad kerana barang adalah homogen
3. Huraikan 5 perbezaan antara pasaran persaingan sempurna ( PPS ) dengan
pasaran persaingan tak sempurna
- Bilangan firma PPS ramai sebaliknya PPTS iaitu tunggal ( monopoli ) tunggal dan
sedikit ( bermonopoli )
- Jenis barang yang dihasilkan oleh PPS homogen manakala PPTS tiada pengganti
( monopoli ) dan pengganti hampir ( bermonopoli )
- Dalam PPS firma adalah penerima harga manakala PPTS penentu harga
- Dalam PPS tiada persaingan bukan harga manakal PPTS ada persaingan bukan
harga ( bermonopoli )
- Dalam PPS ada kebebasan keluar masuk pasaran sedangkan PPTS tiada
kebebasan keluar masuk ( monopoli )
- Harga barang dalam PPS lebih rendah berbanding harga dalam PPTS
4. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan keadaan keseimbangan firma
pasaran persaingan sempurna yang boleh memperoleh untung kurang normal
@ rugi dalam jangka pendek
- Firma mencapai keseimbangan pada titik E0 apabila MC sama dengan MR
Harga dan kuantiti keseimbangan ialah P0 dan Q0
- Jumlah hasil ialah 0P0E0Q0 dan Jumlah kos ialah 0P1AQ0
- Firma memperoleh untung kurang normal kerana kerana jumlah kos lebih besar
daripada jumlah hasil iaitu padaP0P1AE0
5. (a) Terangkan 2 ciri yang membezakan pasaran persaingan sempurna dengan
monopoli
i. Bilangan firma
Pasaran persaingan sempurna ( PPS ) mempunyai banyak firma manakala pasaran
monopoli ( PM ) mempunyai satu firma tunggal sahaja
ii. Jenis barang yang dikeluarkan
PPS mengeluarkan barang yang homogen dan pengganti sempurna manakala PM
mengeluarkan barang yang tiada pengganti hampir
iii. Kebebasan keluar masuk industri
PPS bebas keluar masuk pasaran kerana tiada sebarang sekatan manakala pasaran
monopoli tiada kebebasan keluar masuk pasaran kerana wujud sekatan
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan penentuan output keseimbangan
firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek [6]
- Firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan pada titik E dan
keluaran keseimbangan ialah Q0 apabila kos sut ( MC ) menyamai hasil sut ( MR )
- Pada tingkat keluaran Q1 MR melebihi MC
- Setiap tambahan unit keluaran akan menyebabkan hasil sut meningkat lebih besar
daripada kos sut
- Firma perlu menambahkan keluaran sehinggalah mencapai keseimbangan di Q0
apabila MR=MC
- Pada tingkat keluaran Q2, MC lebih besar daripada MR
- Setiap tambahan unit keluaran akan menyebabkan kos sut meningkat lebih besar
daripada hasil sut
- Maka firma perlu mengurangkan keluaran sehinggalah ke Q0 apabila MR=MC
- Oleh kerana itu, keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dicapai pada
tingkat keluaran Q0 apabila MR=MC
6. (a) Takrifkan pasaran monopoli dan terangkan 2 ciri pasaran itu [4]
Pasaran Monopoli ialah satu pasaran yang terdapat sebuah firma tunggal sahaja yang
mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai pengganti hampir
2 ciri pasaran monopoli ialah :
i. Terdapat satu firma sahaja dalam pasaran
- Firma merupakan pengeluar tunggal untuk sesuatu keluaran. Maka firma juga
merupakan industri
ii. Tidak kebebasan keluar masuk
- Kebebasan keluar masuk tidak berlaku kerana terdapat pelbagai sekatan seperti
keperluan modal dan teknologi yang tinggi
(b) Huraikan 3 faktor yang boleh mewujudkan monopoli [6]
i. Halangan undang-undang
- Perlindungan undang-undang terhadap keluaran firma seperti hak paten menghalang
firma lain daripada mengeluarkan barang yang sama
ii. Kawalan ke atas faktor pengeluaran
- Firma monopoli mengawal atau memiliki sebahagian besar faktor pengeluaran yang
diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang. Ini menghalang firma lain
mengeluarkan barang yang sama kerana kekurangan faktor pengeluaran
iii. Saiz modal yang besar dan teknologi yang tinggi
- Dalam industri tertentu firma perlukan modal yang besar dan teknologi yang tinggi
untuk menjalankan operasi dengan cekap. Contoh : industri pengangkutan udara
7. (a) Apakah maksud monopoli semula jadi ? Mengapakah monopoli sedemikian
wujud dalam pasaran ? [4]
- Monopoli semula jadi ialah firma tunggal yang mengeluarkan keluaran untuk
memenuhi permintaan pasaran keseluruhan pada kos purata yang lebih rendah.
Biasanya ia merupakan monopoli kerajaan yang mengeluarkan barang atau
perkhidmatan yang penting kepada rakyat.
- Monopoli semula jadi wujud kerana keperluan teknologi dan kos pengeluaran yang
tinggi dan barang yang dihasilkan adalah secara besar-besaran.
Contoh : pembekalan elektrik
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan penentuan output dan harga
keseimbangan semula jadi [6]
- Keluk kos purata jangka panjang ( LAC ) dan keluk kos sut jangka panjang ( LMC )
mencerun kebawah kerana firma beroperasi secara besar-besaran dan menikmati
faedah ekonomi bidangan
- Keseimbangan berlaku pada titik E apabila MR=MC iaitu persilangan keluk MR
dengan LMC. Output keseimbangan sebanyak Q dan harga adalah P. Firma
mendapat untung lebih normal yang ditunjukkan PCBA
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan perbezaan antara pasaran
persaingan semupurna dengan firma monopoli dalam keadaan keseimbangan jangka
panjang berdasarkan:
(a) Harga keseimbangan
(b) Kuantiti keseimbangan
(c) Keuntungan
(d) Kecekapan pengeluaran
(a) Harga keseimbangan firma PPS ialah Ps lebih rendah daripada harga keseimbangan
firma monopoli iaitu Pm
(b) Kuantiti keseimbangan firma PPS ialah Qs melebihi kuantiti keseimbangan firma
monopoli iaitu Qm
(c) Firma PPS memperoleh untung normal kerana jumlah hasil=jumlah kos iaitu
0PsEsQs. Manakala firma monopoli mendapat untung lebih normal iaitu sebesar
PmP1AB
(d) Firma PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada output keseimbangan
harga=kos purata minimum. Firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran
kerana pada output keseimbangan harga melebihi kos purata
**** tambahan perbezaan ****
Firma PPS Firma Monopoli
Kecekapan Peruntukan : tercapai sebab
( Ps= LMC )
Kecekapan Peruntukan : tak tercapai
sebab ( Pm > LMC )
Lebihan Pengguna : PsP2Es Lebihan Pengguna : PmP2A
Lebihan Pengeluar : PsP3Es Lebihan Pengeluar : PmP3EmA
9. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan 4 kebaikan pasaran persaingan
sempurna berbanding dengan monopoli
4 kebaikan pasaran persaingan sempurna ( PPS ) berbanding dengan pasaran
monopoli ialah :
- Harga
Harga PPS iaitu OPS lebih rendah daripada monopoli iaitu OPM
- Output
Output PPS lebih banyak berbanding monopoli iaiti 0QS melebihi 0QM
- Kecekapan pengeluaran
PPS mencapai kecekapan pengeluaran, iaitu kos purata minimum pada tingkat output 0QS.
Sebaliknya, monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana kos purata menurun
pada tingkat output 0QM
- Kecekapan peruntukan
PPS mencapai kecekapan peruntukan kerana harga sama dengan kos sut ( Ps=LMS ).
Sebaliknya monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana harga melebihi kos sut
( Pm melebihi LMC )
10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan dasar kawalan monopoli yang
berikut :
(a) Dasar peletakan harga sama dengan kos purata ( harga pulangan adil )
- Keseimbangan monopoli sebelum kawalan kerajaan tercapai di E0 pada kuantiti Q0
dan harga P0. Firma mendapat untung lebih normal sebanyak P0ABP2
- Apabila kerajaan menetapkan harga sama dengan kos purata ( P=AC ) maka harga
turun ke P1 dan output bertambah kepada Q1. Firma mendapat untung normal
- Kebajikan pengguna meningkat kerana harga lebih rendah dan kuantiti lebih banyak
(b) Dasar peletakan harga sama dengan kos sut ( harga optimum sosial )
- Keseimbangan monopoli sebelum kawalan kerajaan di E0 pada kuantiti Q0 dan
harga P0. Firma mendapat untung lebih normal sebanyak P0ABP1
- Apabila kerajaan menetapkan harga sama dengan kos sut ( P=MC ) maka harga
turun ke P1 dan output meningkat kepada Q1. Untung lebih normal firma berkurang
- Kebajikan pengguna meningkat kerana dapat menikmati harga barang yang lebih
rendah dan kuantiti lebih banyak
11. Berbantukan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna
meneruskan operasi dalam jangka pendek walaupun rugi [10]
- Firma mencapai keseimbangan pada E0 apabila kos sut ( MC ) sama dengan hasil
sut ( MR ). Harga P0 dan kuantiti Q0. Firma rugi sebesar P2P0E0A
- Untuk meneruskan operasi, walau rugi syaratnya ialah jumlah hasil ( TR ) melebihi
jumlah kos berubah ( TVC ) yang ditunjukkan oleh harga yang melebihi AVC
- Jumlah hasil firma 0P0E0Q0 dapat menampung semua kos berubah ( VC ) 0P1BQ0
dan sebahagian kos tetap ( FC ) iaitu P0P1E0B
- Jika tutup firma rugi lebih besar iaitu sebanyak kos tetap ( FC ) P1P2AB
12. Huraikan 3 ciri pasaran persaingan bermonopoli [6]
i) Bilangan firma yang banyak
- Bilangan firma yang banyak menyebabkan setiap firma hanya menyumbang
sebahagian kecil daripada jumlah output di pasaran. Jadi kuasa firma agak terhad
ii) Pembezaan keluaran
- Mengamalkan perbezaan keluaran kerana setiap firma mengeluarkan barang yang
berbeza sedikit dengan satu sama lain yang merupakan pengganti hampir
iii) Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran
- Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran yang agak mudah menyebabkan semua
firma hanya memperoleh untung normal dalam jangka panjang
13. Terangkan 5 bentuk persaingan bukan harga yang dijalankan oleh firma
bermonopoli untuk meningkatkan jualannya @ bagaimana cara firma bermonopoli
membezakan keluarannya di pasaran [10]
i) Pengiklanan
Pengiklanan membantu firma memaklumkan pengguna tentang kewujudan keluaran baru
serta kelebihan keluarannya berbanding dengan keluaran firma yang lain
ii) Galakan jualan
Firma memberikan sampel percuma kepada pengguna untuk memperkenalkan keluaran
baharu. Selain itu, firma memberikan baucer dan tawaran pembelian untuk meningkatkan
jualan.
iii) Khidmat selepas jualan
Firma memberi perkhidmatan percuma kepada pembeli selepas pembelian. Contoh : servis
percuma, penghantaran percuma
iv) Penjenamaan
Nama yang baik, unik atau reputasi tinggi di pasaran
v) Jaminan terhadap penggunaan barang
Contoh : Waranti setahun, cop SIRIM

More Related Content

What's hot

keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaranmus31
 
05 teori pengeluaran
05  teori pengeluaran 05  teori pengeluaran
05 teori pengeluaran ram charan
 
6 struktur pasaran (pps & monopoli)
6  struktur pasaran (pps & monopoli)6  struktur pasaran (pps & monopoli)
6 struktur pasaran (pps & monopoli)Nur Az
 
Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan PasaranKeseimbangan Pasaran
Keseimbangan PasaranNuril Ekma
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
ZAINON BINTI MOHAMED
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
kawaiis
 
2 permintaan dan penawaran
2  permintaan dan penawaran2  permintaan dan penawaran
2 permintaan dan penawaranNur Az
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasiNur Az
 
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaranBab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Syahira Md Desa
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
callmeboring
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
Nursaudah SaidSalleh
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Nur Az
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
grace anzelletha
 
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Mashithah Khalid
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
Rodiyah Sulaiman
 
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Dr. Vignes Gopal
 
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTATModul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
hasnirusli
 
Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2WanBK Leo
 

What's hot (20)

keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaran
 
05 teori pengeluaran
05  teori pengeluaran 05  teori pengeluaran
05 teori pengeluaran
 
6 struktur pasaran (pps & monopoli)
6  struktur pasaran (pps & monopoli)6  struktur pasaran (pps & monopoli)
6 struktur pasaran (pps & monopoli)
 
makroekonomi kdnk
makroekonomi kdnkmakroekonomi kdnk
makroekonomi kdnk
 
Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan PasaranKeseimbangan Pasaran
Keseimbangan Pasaran
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
2 permintaan dan penawaran
2  permintaan dan penawaran2  permintaan dan penawaran
2 permintaan dan penawaran
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
 
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaranBab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
 
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTATModul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
 
Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2
 

Similar to STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT

Chapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoliChapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoli
kim rae KI
 
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
frays default
 
Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)WanBK Leo
 
JKE 101 Perbezaan Struktur Pasaran
JKE 101 Perbezaan Struktur PasaranJKE 101 Perbezaan Struktur Pasaran
JKE 101 Perbezaan Struktur Pasaran
Radziah Adam
 
Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6WanBK Leo
 
Topik 1 tambahan
Topik 1 tambahanTopik 1 tambahan
Topik 1 tambahan
kim rae KI
 

Similar to STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT (7)

Chapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoliChapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoli
 
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
 
Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)
 
JKE 101 Perbezaan Struktur Pasaran
JKE 101 Perbezaan Struktur PasaranJKE 101 Perbezaan Struktur Pasaran
JKE 101 Perbezaan Struktur Pasaran
 
Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Topik 1 tambahan
Topik 1 tambahanTopik 1 tambahan
Topik 1 tambahan
 

Recently uploaded

FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 

Recently uploaded (10)

FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 

STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT

  • 1. MODUL SOALAN PAST YEAR EKONOMI SEMESTER 1 BAB 4 : STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT 1. Terangkan 3 ciri pasaran persaingan sempurna i. Ramai pembeli dan penjual - Pembeli dan penjual secara individu adalah relatif kecil berbanding dengan seluruh pasaran. Kesannya tindakan setiap firma atau pembeli tidak mempengaruhi pasaran ii. Keluaran homogen - Barang-barang yang dikeluarkan oleh setiap firma adalah bersifat homogen iaitu sama seperti dari segi bentuk dan bahan-bahan yang digunakan. Barang-barang tidak dapat dibezakan iii. Firma sebagai penerima harga - Harga pasaran ditentukan oleh mekanisme harga. Oleh sebab firma terlalu ramai dan relatif kecil maka firma tidak dapat mempengaruhi harga. Maka firma menurut sahaja harga yang ditetapkan oleh pasaran iaitu sebagai penerima atau pengambil harga 2. Huraikan 3 kebaikan dan 2 kelemahan pasaran persaingan sempurna Kebaikan pasaran persaingan sempurna ialah : - Mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan output pada harga yang sama dengan kos sut barang - Mencapai kecekapan pengeluaran kerana barang dikeluarkan pada harga sama dengan kos purata minimum - Harga barang adalah rendah dan kuantitinya banyak. Ini meningkatkan kebajikan pengguna Firma dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu melakukan iklan kerana barang homogen Kelemahan pasaran persaingan sempurna ialah : - Tidak menggalakkan R&D kerana dalam jangka panjang firma mendapat untung normal sahaja - Pilihan pengguna terhad kerana barang adalah homogen
  • 2. 3. Huraikan 5 perbezaan antara pasaran persaingan sempurna ( PPS ) dengan pasaran persaingan tak sempurna - Bilangan firma PPS ramai sebaliknya PPTS iaitu tunggal ( monopoli ) tunggal dan sedikit ( bermonopoli ) - Jenis barang yang dihasilkan oleh PPS homogen manakala PPTS tiada pengganti ( monopoli ) dan pengganti hampir ( bermonopoli ) - Dalam PPS firma adalah penerima harga manakala PPTS penentu harga - Dalam PPS tiada persaingan bukan harga manakal PPTS ada persaingan bukan harga ( bermonopoli ) - Dalam PPS ada kebebasan keluar masuk pasaran sedangkan PPTS tiada kebebasan keluar masuk ( monopoli ) - Harga barang dalam PPS lebih rendah berbanding harga dalam PPTS 4. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan keadaan keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna yang boleh memperoleh untung kurang normal @ rugi dalam jangka pendek - Firma mencapai keseimbangan pada titik E0 apabila MC sama dengan MR Harga dan kuantiti keseimbangan ialah P0 dan Q0 - Jumlah hasil ialah 0P0E0Q0 dan Jumlah kos ialah 0P1AQ0 - Firma memperoleh untung kurang normal kerana kerana jumlah kos lebih besar daripada jumlah hasil iaitu padaP0P1AE0 5. (a) Terangkan 2 ciri yang membezakan pasaran persaingan sempurna dengan monopoli i. Bilangan firma Pasaran persaingan sempurna ( PPS ) mempunyai banyak firma manakala pasaran monopoli ( PM ) mempunyai satu firma tunggal sahaja ii. Jenis barang yang dikeluarkan PPS mengeluarkan barang yang homogen dan pengganti sempurna manakala PM mengeluarkan barang yang tiada pengganti hampir iii. Kebebasan keluar masuk industri PPS bebas keluar masuk pasaran kerana tiada sebarang sekatan manakala pasaran monopoli tiada kebebasan keluar masuk pasaran kerana wujud sekatan
  • 3. (b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan penentuan output keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek [6] - Firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan pada titik E dan keluaran keseimbangan ialah Q0 apabila kos sut ( MC ) menyamai hasil sut ( MR ) - Pada tingkat keluaran Q1 MR melebihi MC - Setiap tambahan unit keluaran akan menyebabkan hasil sut meningkat lebih besar daripada kos sut - Firma perlu menambahkan keluaran sehinggalah mencapai keseimbangan di Q0 apabila MR=MC - Pada tingkat keluaran Q2, MC lebih besar daripada MR - Setiap tambahan unit keluaran akan menyebabkan kos sut meningkat lebih besar daripada hasil sut - Maka firma perlu mengurangkan keluaran sehinggalah ke Q0 apabila MR=MC - Oleh kerana itu, keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dicapai pada tingkat keluaran Q0 apabila MR=MC 6. (a) Takrifkan pasaran monopoli dan terangkan 2 ciri pasaran itu [4] Pasaran Monopoli ialah satu pasaran yang terdapat sebuah firma tunggal sahaja yang mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai pengganti hampir 2 ciri pasaran monopoli ialah : i. Terdapat satu firma sahaja dalam pasaran - Firma merupakan pengeluar tunggal untuk sesuatu keluaran. Maka firma juga merupakan industri ii. Tidak kebebasan keluar masuk - Kebebasan keluar masuk tidak berlaku kerana terdapat pelbagai sekatan seperti keperluan modal dan teknologi yang tinggi
  • 4. (b) Huraikan 3 faktor yang boleh mewujudkan monopoli [6] i. Halangan undang-undang - Perlindungan undang-undang terhadap keluaran firma seperti hak paten menghalang firma lain daripada mengeluarkan barang yang sama ii. Kawalan ke atas faktor pengeluaran - Firma monopoli mengawal atau memiliki sebahagian besar faktor pengeluaran yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang. Ini menghalang firma lain mengeluarkan barang yang sama kerana kekurangan faktor pengeluaran iii. Saiz modal yang besar dan teknologi yang tinggi - Dalam industri tertentu firma perlukan modal yang besar dan teknologi yang tinggi untuk menjalankan operasi dengan cekap. Contoh : industri pengangkutan udara 7. (a) Apakah maksud monopoli semula jadi ? Mengapakah monopoli sedemikian wujud dalam pasaran ? [4] - Monopoli semula jadi ialah firma tunggal yang mengeluarkan keluaran untuk memenuhi permintaan pasaran keseluruhan pada kos purata yang lebih rendah. Biasanya ia merupakan monopoli kerajaan yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang penting kepada rakyat. - Monopoli semula jadi wujud kerana keperluan teknologi dan kos pengeluaran yang tinggi dan barang yang dihasilkan adalah secara besar-besaran. Contoh : pembekalan elektrik (b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan penentuan output dan harga keseimbangan semula jadi [6] - Keluk kos purata jangka panjang ( LAC ) dan keluk kos sut jangka panjang ( LMC ) mencerun kebawah kerana firma beroperasi secara besar-besaran dan menikmati faedah ekonomi bidangan - Keseimbangan berlaku pada titik E apabila MR=MC iaitu persilangan keluk MR dengan LMC. Output keseimbangan sebanyak Q dan harga adalah P. Firma mendapat untung lebih normal yang ditunjukkan PCBA
  • 5. (b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan perbezaan antara pasaran persaingan semupurna dengan firma monopoli dalam keadaan keseimbangan jangka panjang berdasarkan: (a) Harga keseimbangan (b) Kuantiti keseimbangan (c) Keuntungan (d) Kecekapan pengeluaran (a) Harga keseimbangan firma PPS ialah Ps lebih rendah daripada harga keseimbangan firma monopoli iaitu Pm (b) Kuantiti keseimbangan firma PPS ialah Qs melebihi kuantiti keseimbangan firma monopoli iaitu Qm (c) Firma PPS memperoleh untung normal kerana jumlah hasil=jumlah kos iaitu 0PsEsQs. Manakala firma monopoli mendapat untung lebih normal iaitu sebesar PmP1AB (d) Firma PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada output keseimbangan harga=kos purata minimum. Firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada output keseimbangan harga melebihi kos purata **** tambahan perbezaan **** Firma PPS Firma Monopoli Kecekapan Peruntukan : tercapai sebab ( Ps= LMC ) Kecekapan Peruntukan : tak tercapai sebab ( Pm > LMC ) Lebihan Pengguna : PsP2Es Lebihan Pengguna : PmP2A Lebihan Pengeluar : PsP3Es Lebihan Pengeluar : PmP3EmA
  • 6. 9. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan 4 kebaikan pasaran persaingan sempurna berbanding dengan monopoli 4 kebaikan pasaran persaingan sempurna ( PPS ) berbanding dengan pasaran monopoli ialah : - Harga Harga PPS iaitu OPS lebih rendah daripada monopoli iaitu OPM - Output Output PPS lebih banyak berbanding monopoli iaiti 0QS melebihi 0QM - Kecekapan pengeluaran PPS mencapai kecekapan pengeluaran, iaitu kos purata minimum pada tingkat output 0QS. Sebaliknya, monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana kos purata menurun pada tingkat output 0QM - Kecekapan peruntukan PPS mencapai kecekapan peruntukan kerana harga sama dengan kos sut ( Ps=LMS ). Sebaliknya monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana harga melebihi kos sut ( Pm melebihi LMC )
  • 7. 10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan dasar kawalan monopoli yang berikut : (a) Dasar peletakan harga sama dengan kos purata ( harga pulangan adil ) - Keseimbangan monopoli sebelum kawalan kerajaan tercapai di E0 pada kuantiti Q0 dan harga P0. Firma mendapat untung lebih normal sebanyak P0ABP2 - Apabila kerajaan menetapkan harga sama dengan kos purata ( P=AC ) maka harga turun ke P1 dan output bertambah kepada Q1. Firma mendapat untung normal - Kebajikan pengguna meningkat kerana harga lebih rendah dan kuantiti lebih banyak (b) Dasar peletakan harga sama dengan kos sut ( harga optimum sosial ) - Keseimbangan monopoli sebelum kawalan kerajaan di E0 pada kuantiti Q0 dan harga P0. Firma mendapat untung lebih normal sebanyak P0ABP1 - Apabila kerajaan menetapkan harga sama dengan kos sut ( P=MC ) maka harga turun ke P1 dan output meningkat kepada Q1. Untung lebih normal firma berkurang - Kebajikan pengguna meningkat kerana dapat menikmati harga barang yang lebih rendah dan kuantiti lebih banyak
  • 8. 11. Berbantukan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna meneruskan operasi dalam jangka pendek walaupun rugi [10] - Firma mencapai keseimbangan pada E0 apabila kos sut ( MC ) sama dengan hasil sut ( MR ). Harga P0 dan kuantiti Q0. Firma rugi sebesar P2P0E0A - Untuk meneruskan operasi, walau rugi syaratnya ialah jumlah hasil ( TR ) melebihi jumlah kos berubah ( TVC ) yang ditunjukkan oleh harga yang melebihi AVC - Jumlah hasil firma 0P0E0Q0 dapat menampung semua kos berubah ( VC ) 0P1BQ0 dan sebahagian kos tetap ( FC ) iaitu P0P1E0B - Jika tutup firma rugi lebih besar iaitu sebanyak kos tetap ( FC ) P1P2AB 12. Huraikan 3 ciri pasaran persaingan bermonopoli [6] i) Bilangan firma yang banyak - Bilangan firma yang banyak menyebabkan setiap firma hanya menyumbang sebahagian kecil daripada jumlah output di pasaran. Jadi kuasa firma agak terhad ii) Pembezaan keluaran - Mengamalkan perbezaan keluaran kerana setiap firma mengeluarkan barang yang berbeza sedikit dengan satu sama lain yang merupakan pengganti hampir iii) Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran - Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran yang agak mudah menyebabkan semua firma hanya memperoleh untung normal dalam jangka panjang
  • 9. 13. Terangkan 5 bentuk persaingan bukan harga yang dijalankan oleh firma bermonopoli untuk meningkatkan jualannya @ bagaimana cara firma bermonopoli membezakan keluarannya di pasaran [10] i) Pengiklanan Pengiklanan membantu firma memaklumkan pengguna tentang kewujudan keluaran baru serta kelebihan keluarannya berbanding dengan keluaran firma yang lain ii) Galakan jualan Firma memberikan sampel percuma kepada pengguna untuk memperkenalkan keluaran baharu. Selain itu, firma memberikan baucer dan tawaran pembelian untuk meningkatkan jualan. iii) Khidmat selepas jualan Firma memberi perkhidmatan percuma kepada pembeli selepas pembelian. Contoh : servis percuma, penghantaran percuma iv) Penjenamaan Nama yang baik, unik atau reputasi tinggi di pasaran v) Jaminan terhadap penggunaan barang Contoh : Waranti setahun, cop SIRIM