SlideShare a Scribd company logo
Sinopsis

Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki
geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa.
Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu
tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi
kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan
hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung
menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya
Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil
alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru
geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.

Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air
tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan
mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama
berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor
ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang
telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua
percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama
tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa
sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda
iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan
Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh
Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak
mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil
batang nipah. Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi
di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang
Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin
yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal
memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku
Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun,
dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun
jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-
lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk
jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang
lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya
sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina
memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan
memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang
sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan
menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung,
lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan
hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah
dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung
berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan
mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan
puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu
tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta
memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-
lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan
geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah
selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan
Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram
dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku
Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya
dengan tuan puteri.

Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau
sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja
negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka
membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke
Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan
seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam.
Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung
ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang
Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.

Tema

Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan
geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih,
menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak
Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi
kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung
sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .

Persoalan

1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki
oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.

2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam
tempurung berbulu kepada Awang Sulung.

3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila
mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.

4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung
daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan
keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.

5. Persoalan menghormati tetamu
Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke
balairung seri.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Awang Sulung Merah Muda
 Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
 Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
 Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
 Menyamar sebagai budak hita m yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi
terserlahlah ketampanannya .
 Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
 Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
 Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Ditakuti lanun
 Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin
menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.
 Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum
menyabung ayam.
 Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia
mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau
tukang sapu rumah .

Watak Sampingan

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Anak Tuanku Nakhoda Tua
 Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan
 Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan
kehebatan Awang Sulung
 Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air
 Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika
jurumudi dengki kepada Awang Sulung
 Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak
kembali ke Bandar Mengkalih.

Jurumudi
 Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan
menunjukkan keris berdarah
 Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung
 Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun

Tuanku Nakhoda Tua
 Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung
Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya
menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun.

Si Kembang Cina
 Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung

Latar

Latar Tempat

Geliung panjang
 Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri
Semarang di Tanah Jawa.
Pulau Tapai
 Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak
boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan
tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan
geliung dapat berlabuh.
Pulau Salah Nama
 Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri
termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun.

Negeri Pati Talak Terangganu
Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .

Latar Masa
 Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.
 Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.

Latar Masyarakat
 Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan
Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.
 Golongan bawahan – anak-anak kapal
 Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut
 Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.
 Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan
geliung dengan menunjukkan keris berdarah
 Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat
Negeri Pati Talak Terengganu

Gaya Bahasa

 Bahasa klasik – geliung
 Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda
 Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati
 Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat
sembur-menyembur
 Puisi : Pantun :
Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh satu ke Gunung Daik;
Bercahayalah sepuh hilang senam
Itulah tanda emas yang baik.

Seloka:
Nobat merpati di gunung,
Memberi salam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambang denak,
Membalas kinantan suci,
Bertutu ketitir jantan,
Berkokok balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.

Nilai

 Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai
budak hitam yang comot
 Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal
sewaktu jurumudi pengsan
 Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan
Tuan puteri Dayang Seri Jawa.
 Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi
selepas berkahwin.
 Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi
geliung.
 Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang
Sulung.
 Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak
terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.
 Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung
berada di atas geliung tersebut.

Pengajaran

 Kita hendaklah   sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.
 Kita hendaklah   berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
 Kita hendaklah   bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
 Kita hendaklah   bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
 Kita hendaklah   berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa
hadapan.

More Related Content

What's hot

Kisah teladan sunan muria
Kisah teladan sunan muriaKisah teladan sunan muria
Kisah teladan sunan muria
Dadang Furqon
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
Normarjana Ibrahim
 
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping HooKisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Sariyanti Palembang
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
Rozaiman Makmun
 
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Rozaiman Makmun
 
Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Yasir Partomo
 
Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Yasir Partomo
 
09. kisah sepasang rajawali
09. kisah sepasang rajawali09. kisah sepasang rajawali
09. kisah sepasang rajawaliDody Irawan
 
Legenda cerita rakyat sumatra barat legenda puti juilan kabupaten agam
Legenda cerita rakyat sumatra barat   legenda puti juilan kabupaten agamLegenda cerita rakyat sumatra barat   legenda puti juilan kabupaten agam
Legenda cerita rakyat sumatra barat legenda puti juilan kabupaten agam
Chia Ie
 
Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)
Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)
Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)
Lianita Dian
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunAzwira Ariwana
 
Cerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa baratCerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa barat
Agus Maulana
 
Cerita rakyat nusantara 3
Cerita rakyat nusantara 3Cerita rakyat nusantara 3
Cerita rakyat nusantara 3Yasir Partomo
 
Legenda ikan patin
Legenda ikan patinLegenda ikan patin
Legenda ikan patinEvelyn Hong
 
Hikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinHikayat Si Miskin
Hikayat Si Miskin
Satria
 
Bu Kek Siansu Jilid 8
Bu Kek Siansu Jilid 8Bu Kek Siansu Jilid 8
Bu Kek Siansu Jilid 8
Wibowo Kusuma
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.manjaiqbal257
 
What's hot (20)

Kisah teladan sunan muria
Kisah teladan sunan muriaKisah teladan sunan muria
Kisah teladan sunan muria
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
 
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping HooKisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
 
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
 
Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1
 
Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2
 
09. kisah sepasang rajawali
09. kisah sepasang rajawali09. kisah sepasang rajawali
09. kisah sepasang rajawali
 
Keong emas
Keong emasKeong emas
Keong emas
 
Legenda cerita rakyat sumatra barat legenda puti juilan kabupaten agam
Legenda cerita rakyat sumatra barat   legenda puti juilan kabupaten agamLegenda cerita rakyat sumatra barat   legenda puti juilan kabupaten agam
Legenda cerita rakyat sumatra barat legenda puti juilan kabupaten agam
 
Syair Misa Gumitar
Syair Misa GumitarSyair Misa Gumitar
Syair Misa Gumitar
 
Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)
Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)
Legenda Ciung Wanara dan Unsur Intrinsiknya (Bahasa Indonesia & Sunda)
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Cerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa baratCerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa barat
 
Cerita rakyat nusantara 3
Cerita rakyat nusantara 3Cerita rakyat nusantara 3
Cerita rakyat nusantara 3
 
Hikayat si miski1
Hikayat si miski1Hikayat si miski1
Hikayat si miski1
 
Legenda ikan patin
Legenda ikan patinLegenda ikan patin
Legenda ikan patin
 
Hikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinHikayat Si Miskin
Hikayat Si Miskin
 
Bu Kek Siansu Jilid 8
Bu Kek Siansu Jilid 8Bu Kek Siansu Jilid 8
Bu Kek Siansu Jilid 8
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
 
Similar to Sinopsis

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
abidin1961
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbRajawali Kilat
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
Normarjana Ibrahim
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Mas
nadiamunasalma
 
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelKumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelFirdika Arini
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantan
NaddyAmmy
 
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docxKUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
NandaMaulia200211258
 
Asal usul gunung tangkuban
Asal usul gunung tangkubanAsal usul gunung tangkuban
Asal usul gunung tangkubanCySmart Na
 
Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19NanaAsyi
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
FakrulHamka
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buaya
Gaya Mahmud
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
sitizhakiyah1
 
Legenda aceh asal usul tari guel
Legenda aceh   asal usul tari guelLegenda aceh   asal usul tari guel
Legenda aceh asal usul tari guel
Chia Ie
 
Similar to Sinopsis (15)

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Mas
 
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelKumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantan
 
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docxKUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
 
Asal usul gunung tangkuban
Asal usul gunung tangkubanAsal usul gunung tangkuban
Asal usul gunung tangkuban
 
Merah Silu
Merah SiluMerah Silu
Merah Silu
 
Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buaya
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
 
Legenda aceh asal usul tari guel
Legenda aceh   asal usul tari guelLegenda aceh   asal usul tari guel
Legenda aceh asal usul tari guel
 
Recently uploaded

METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptxMETODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptxMETODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.pptCost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
meincha1152
 
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
hoiriyono
 
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptxSesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
bidakara2016
 
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdfPengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
fadilahsaleh427
 
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUPDJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
adjhe17ks1
 
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptxPPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
f4hmizakaria123
 
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
IndahMeilani2
 
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptxPendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
LidyaManuelia1
 
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
EnforceA Real Solution
 
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Anisa Rizki Rahmawati
 
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.pptPpt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
mariapasaribu13
 
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniahreksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
AhmadVikriKhoirulAna
 
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplinEKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
anthoniusaldolemauk
 
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.pptKonsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
AchmadHasanHafidzi
 
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptxModul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
MarkusPiyusmanZebua
 
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di IndonesiaPenghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
FachrulAchast
 
Recently uploaded (18)

  • 1. Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis. Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun- lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah
  • 2. dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun- lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. Tema Kelebihan dan kehebatan anak raja Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak . Persoalan 1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. 2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. 3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. 4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan
  • 3. keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 5. Persoalan menghormati tetamu Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri. Watak dan Perwatakan Watak Utama Awang Sulung Merah Muda Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih Anak kepada Tuanku Si Helang Laut Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai Menyamar sebagai budak hita m yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah ketampanannya . Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Ditakuti lanun Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung. Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam. Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah . Watak Sampingan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Anak Tuanku Nakhoda Tua Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan Awang Sulung Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali ke Bandar Mengkalih. Jurumudi Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun Tuanku Nakhoda Tua Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
  • 4. Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun. Si Kembang Cina Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung Latar Latar Tempat Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Pulau Tapai Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh. Pulau Salah Nama Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. Negeri Pati Talak Terangganu Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci . Latar Masa Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai. Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau. Latar Masyarakat Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu. Golongan bawahan – anak-anak kapal Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda. Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu Gaya Bahasa Bahasa klasik – geliung Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat sembur-menyembur Puisi : Pantun : Bintang tujuh tinggal enam,
  • 5. Jatuh satu ke Gunung Daik; Bercahayalah sepuh hilang senam Itulah tanda emas yang baik. Seloka: Nobat merpati di gunung, Memberi salam murai di pintu, Berbega burung di bumbungan, Berkokok si tambang denak, Membalas kinantan suci, Bertutu ketitir jantan, Berkokok balam tembaga tiga gaya, Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. Nilai Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa. Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin. Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung. Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung. Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi. Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung berada di atas geliung tersebut. Pengajaran Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat. Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan. Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan.