SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Pendahuluan
Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran
dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti
Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok
bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan
tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu
sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah
ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di
samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan
sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu
sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri
ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu.
Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu
belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran,
perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang
lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-
2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.
PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG
Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa
yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam pelbagai bidang
kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah baru akan menjadikan
sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah
digubal dan dibentuk dalam pelbagai bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam
menggubal dan membentuk istilah dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan
membantu seseorang dalam proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain
menjadi rujukan dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut
bidang-bidang tertentu.
Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama
mengapa diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah. Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu.
Contohnya audioconferencing(Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa
Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian berorientasikan
sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris) manakala pengarau
data (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital
Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Cursor
Data base
Capaian
Tanda aras
Kursor
Pangkalan data
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat
Istilah Undang-undang.
Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi penerangan tentang
sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh mengetahui
dan memahami apa yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang-
undang tidak kira samaada di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat.
Contohnya, administrative order (Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa
Melayu), fugitive offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu). Dalam
Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa Inggeris
yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu, akan
menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan komputer pada era
globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access(Bahasa Inggeris)
manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa
Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi
Istilah Ekonomi atau Pentadbiran
Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan
mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu
memudahkan orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang
berkaitan dengan ekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance
sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris)
manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris)
manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak ketinggalan dalam
pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-istilah yang biasanya digunakan
dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah
hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris)
manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik
mewah (Bahasa Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet Kunci kira-kira
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu
Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Business centre
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Pusat khidmat urusan
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji
Istilah Fotografi
Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan
jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera untuk
melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract
photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera
angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa Melayu) dan half-length
potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa Melayu). Manakala dalam Istilah
Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang
sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik.
Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)
manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa
Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa
Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography Fotografi abstrak
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Reflect camera
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Kamera reflex
Matematik dan Sains
Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang
sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik.
Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)
manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa
Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa
Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Aerial cable Kabel arial
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
Analisis Pembentukan Istilah
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu
hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
 kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
 kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
 kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
 gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
 nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
 engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
 dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
 dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun
dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa
asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber
(perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.
Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan
sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa
Inggeris.
Contoh – contoh seperti:
Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
 Atom
 Electron
 Professional
 Psychology
 Structure
 Radio
 Television
 Radiography
 Atom
 Elektron
 Profesional
 Psikologi
 Struktur
 Radio
 Televisyen
 Radiografi
7.6.3 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
 Sesuai maknanya;
 Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
 Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa
Melayunya mempunyai banyak sinonim.
7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini
bergantung pada:
 Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
 Kemudahan belajar bahasa; dan
 Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk
jamaknya yang lebih biasa dipakai.
7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan
kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu
 Campaign
 Custom
 Dengue
 Grant
 Pension
 Kempen
 Kastam
 Denggi
 Geran
 Pencen
LAMPIRAN
RENCANA
ARKIB : 07/11/2011
Bahasa Melayu terbukti bolehdijadikansebagai
bahasa ilmu
Oleh HASHIM YAACOB
PROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya
SAYA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin kerana yakin untuk memartabatkan bahasa Malaysia, di samping memperkasakan bahasa
Inggeris.
Beliau mahukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Saya yakin bahawa bahasa Melayu
boleh dijadikan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa kerana bahasa itu mempunyai gedung kata
yang luas dan dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Asia Tenggara.
Pernyataan ini boleh dibuat berlandaskan hujah bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan
pesatnya sejak zaman kegemilangan Melaka dan sebelumnya.
Bahasa Melayu pada masa itu banyak digunakan bukan hanya oleh keturunan Melayu tetapi juga
orang asing yang datang berurusan di negara-negara Melayu.
Sekiranya pernyataan berkenaan hendak mendapat kepercayaan orang ramai apatah lagi
kepercayaan orang asing maka kita hendaklah menunjukkan bukti nyata bagi menyokong bahawa
bahasa ini benar-benar mampu berbuat demikian.
Bukti-buktinya memang ada di dalam banyak bidang tetapi kita jarang menelitinya sehinggakan kita
sendiri tidak menyedarinya.
Sewaktu saya menjadi Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) pada 1997, saya dan
kakitangan fakulti itu membuktikan bahawa bahasa Melayu memang boleh menjadi bahasa ilmu
yang diakui oleh masyarakat antarabangsa.
Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila kami dianugerahkan
pengiktirafan oleh United Kingdom (UK) kepada ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
(SMPP) yang kami hasilkan daripada Fakulti Pergigian UM.
Fakulti pergigian ditubuhkan pada 1972 dan mula mengeluarkan doktor-doktor pergigian pada 1976
sehinggalah sekarang. Kursus ijazah SMPP ini memakan masa selama lima tahun iaitu tempoh yang
sama panjangnya dengan ijazah yang serupa daripada universiti-universiti di negara Barat.
Bezanya hanya dari segi bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran dalam kursusnya sahaja.
Kursus ijazah SMPP dari Fakulti Pergigian UM diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, manakala
kursus ijazah yang sama dari UK diajar dalam bahasa Inggeris.
Ijazah-ijazah pergigian dari Perancis, Jerman, Netherland, Sepanyol, Itali dan lain-lainnya di
negara-negara Barat diajar dalam bahasa negara masing-masing.
UK mengiktiraf ijazah-ijazah di negara-negara Barat ini walaupun diajar dalam bahasa bukan
Inggeris. UK dan dunia menganggap bahawa bahasa-bahasa Barat itu adalah bahasa ilmu.
Apabila UK memberikan pengiktirafannya kepada ijazah SMPP dari UM pada 1997, pihak berkuasa
negara itu yang bertanggungjawab dalam pemberian pengiktirafan itu telah membuat kenyataan
mengenai nilai taraf kursus ijazah SMPP keluaran UM sebagai mencapai satu tahap kecemerlangan
setanding dengan yang terbaik di dunia.
Pengiktirafan ini juga bermakna pemegang ijazah SMPP dari UM diiktiraf oleh UK untuk bekerja di
negara berkenaan.
Pengiktirafan tersebut dibuat atas sebab-sebab bahawa kursus ijazah SMPP keluaran UM itu
dijalankan dengan cemerlang mengikut piawaian yang ditentukan oleh UK sendiri, termasuklah
kewujudan infrastruktur dan kelengkapan moden, struktur kurikulum pengajaran yang mantap,
kewibawaan kakitangan akademik dan professional, penyelidikan penerbitan yang dihasilkan, dan
tatacara pengajaran yang dijalankan dalam bahasa Melayu.
Pihak pemeriksa UK sedia maklum bahawa kursus ijazah SMPP dari UM ini dijalankan sepenuhnya
dalam bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa kursus ijazah SMPP itu dapat dijalankan dengan
sempurna walaupun melalui penggunaan bahasa Melayu.
Mereka mengakui bahawa sudah terdapat cukup istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang
kedoktoran pergigian dan juga perbendaharaan kata am yang luas.
Pengiktirafan kepada ijazah SMPP dari UM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar sepenuhnya membawa makna bahawa bahasa Melayu sudahpun menjadi bahasa ilmu
dalam bidang kedoktoran pergigian, sehingga membolehkannya mencapai tahap kecemerlangan
dunia yang diakui oleh UK.
Kalau bahasa Melayu sudah terbukti sekurang-kurangnya boleh menjadi bahasa ilmu dalam bidang
kedoktoran pergigian, maka kita boleh bina keyakinan bahawa bahasa ini boleh juga menjadi bahasa
ilmu di dalam bidang-bidang lain.
Kita hanya perlu menggunakan bahasa ini dengan lebih luas dan membina istilah serta
perbendaharaan kata yang bersangkutan dengan bidang-bidang ilmu yang hendak kita terokai.
Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berjaya dan bahasa Melayu akan terbukti sepenuhnya
untuk menjadi bahasa ilmu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

More Related Content

Featured

Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 

Featured (20)

Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 

Semantik soalan 3

  • 1. Pendahuluan Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu. Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999- 2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi. PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam pelbagai bidang kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah baru akan menjadikan sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk dalam pelbagai bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam menggubal dan membentuk istilah dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan membantu seseorang dalam proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain menjadi rujukan dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut bidang-bidang tertentu. Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah
  • 2. menengah. Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu. Contohnya audioconferencing(Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian berorientasikan sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris) manakala pengarau data (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital Istilah Komputer Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Access Bench mark Cursor Data base Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data
  • 3. Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat Istilah Undang-undang. Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi penerangan tentang sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh mengetahui dan memahami apa yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang- undang tidak kira samaada di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya, administrative order (Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu). Dalam Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa Inggeris yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan komputer pada era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access(Bahasa Inggeris) manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik
  • 4. Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi Istilah Ekonomi atau Pentadbiran Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu memudahkan orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang berkaitan dengan ekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris) manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris) manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-istilah yang biasanya digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris) manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Balance sheet Kunci kira-kira
  • 5. Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan
  • 6. Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P) Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji Istilah Fotografi Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera untuk melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa Melayu) dan half-length potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa Melayu). Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Abstract photography Fotografi abstrak
  • 7. Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex Matematik dan Sains Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Aerial cable Kabel arial
  • 8. Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat Analisis Pembentukan Istilah Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;  kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.  kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi  kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh – contoh seperti:  gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
  • 9.  nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain  engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut  dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf  dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh – contoh seperti: Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu  Atom  Electron  Professional  Psychology  Structure  Radio  Television  Radiography  Atom  Elektron  Profesional  Psikologi  Struktur  Radio  Televisyen  Radiografi 7.6.3 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
  • 10.  Sesuai maknanya;  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;  Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:  Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;  Kemudahan belajar bahasa; dan  Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh – contoh seperti : Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu  Campaign  Custom  Dengue  Grant  Pension  Kempen  Kastam  Denggi  Geran  Pencen
  • 11. LAMPIRAN RENCANA ARKIB : 07/11/2011 Bahasa Melayu terbukti bolehdijadikansebagai bahasa ilmu Oleh HASHIM YAACOB PROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya
  • 12. SAYA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin untuk memartabatkan bahasa Malaysia, di samping memperkasakan bahasa Inggeris. Beliau mahukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Saya yakin bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa kerana bahasa itu mempunyai gedung kata yang luas dan dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Asia Tenggara. Pernyataan ini boleh dibuat berlandaskan hujah bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya sejak zaman kegemilangan Melaka dan sebelumnya. Bahasa Melayu pada masa itu banyak digunakan bukan hanya oleh keturunan Melayu tetapi juga orang asing yang datang berurusan di negara-negara Melayu. Sekiranya pernyataan berkenaan hendak mendapat kepercayaan orang ramai apatah lagi kepercayaan orang asing maka kita hendaklah menunjukkan bukti nyata bagi menyokong bahawa bahasa ini benar-benar mampu berbuat demikian. Bukti-buktinya memang ada di dalam banyak bidang tetapi kita jarang menelitinya sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Sewaktu saya menjadi Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) pada 1997, saya dan kakitangan fakulti itu membuktikan bahawa bahasa Melayu memang boleh menjadi bahasa ilmu yang diakui oleh masyarakat antarabangsa. Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila kami dianugerahkan pengiktirafan oleh United Kingdom (UK) kepada ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) yang kami hasilkan daripada Fakulti Pergigian UM. Fakulti pergigian ditubuhkan pada 1972 dan mula mengeluarkan doktor-doktor pergigian pada 1976 sehinggalah sekarang. Kursus ijazah SMPP ini memakan masa selama lima tahun iaitu tempoh yang sama panjangnya dengan ijazah yang serupa daripada universiti-universiti di negara Barat. Bezanya hanya dari segi bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran dalam kursusnya sahaja. Kursus ijazah SMPP dari Fakulti Pergigian UM diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, manakala kursus ijazah yang sama dari UK diajar dalam bahasa Inggeris. Ijazah-ijazah pergigian dari Perancis, Jerman, Netherland, Sepanyol, Itali dan lain-lainnya di negara-negara Barat diajar dalam bahasa negara masing-masing. UK mengiktiraf ijazah-ijazah di negara-negara Barat ini walaupun diajar dalam bahasa bukan Inggeris. UK dan dunia menganggap bahawa bahasa-bahasa Barat itu adalah bahasa ilmu. Apabila UK memberikan pengiktirafannya kepada ijazah SMPP dari UM pada 1997, pihak berkuasa negara itu yang bertanggungjawab dalam pemberian pengiktirafan itu telah membuat kenyataan mengenai nilai taraf kursus ijazah SMPP keluaran UM sebagai mencapai satu tahap kecemerlangan setanding dengan yang terbaik di dunia. Pengiktirafan ini juga bermakna pemegang ijazah SMPP dari UM diiktiraf oleh UK untuk bekerja di negara berkenaan.
  • 13. Pengiktirafan tersebut dibuat atas sebab-sebab bahawa kursus ijazah SMPP keluaran UM itu dijalankan dengan cemerlang mengikut piawaian yang ditentukan oleh UK sendiri, termasuklah kewujudan infrastruktur dan kelengkapan moden, struktur kurikulum pengajaran yang mantap, kewibawaan kakitangan akademik dan professional, penyelidikan penerbitan yang dihasilkan, dan tatacara pengajaran yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Pihak pemeriksa UK sedia maklum bahawa kursus ijazah SMPP dari UM ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa kursus ijazah SMPP itu dapat dijalankan dengan sempurna walaupun melalui penggunaan bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa sudah terdapat cukup istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang kedoktoran pergigian dan juga perbendaharaan kata am yang luas. Pengiktirafan kepada ijazah SMPP dari UM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya membawa makna bahawa bahasa Melayu sudahpun menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, sehingga membolehkannya mencapai tahap kecemerlangan dunia yang diakui oleh UK. Kalau bahasa Melayu sudah terbukti sekurang-kurangnya boleh menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, maka kita boleh bina keyakinan bahawa bahasa ini boleh juga menjadi bahasa ilmu di dalam bidang-bidang lain. Kita hanya perlu menggunakan bahasa ini dengan lebih luas dan membina istilah serta perbendaharaan kata yang bersangkutan dengan bidang-bidang ilmu yang hendak kita terokai. Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berjaya dan bahasa Melayu akan terbukti sepenuhnya untuk menjadi bahasa ilmu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm