Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
7.0 Analisis Ketaksaan / Ambiguiti
Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan.
Me...
letak kereta bermaksud kawasan khas meletakkan kereta. Ketaksaan tersebut boleh diperbaiki
dengan mengubah frasa “tempat l...
pada gaya bacaan ayat tersebut. Secara jelas ayat tersebut menyatakan terlupa untuk
mengunci keretanya. Tetapi jika melalu...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Semantik soalan 2

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Semantik soalan 2

  1. 1. 7.0 Analisis Ketaksaan / Ambiguiti Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan. Menurut Abdullah Hassan ( 2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat yang lebih daripada satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami oleh masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan makna, ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan pertentangan pada penentuan makna item. Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan 'Ketaksaan' bermaksud kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul. Ketaksaan yang mungkin berkaitan dengan maksud yang berganda atau mendua makna berpunca pada sebutan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza akan dianalisis pada ayat dibawah. “Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”. Ketaksaan yang wujud pada ayat tersebut amat jelas dan mempunyai lebih daripada satu maksud jika disebut. Antara punca kesamaran dalam ayat tersebut adalah kerana kurangnya maklumat kontekstual. Ketaksaan ayat tersebut terjadi apabila kurang maklumat kontekstual kerana tidak diketahui konteks penggunaannya. Ini kerana terdapat kemungkinan- kemungkinan yang terdapat pada maksud ayat tersebut sama ada mahu menyatakan si pelaku iaitu “saya” telah terlupa membawa kunci keretanya atau terlupa untuk mengunci keretanya ataupun seseorang yang berada di depan pintu rumah tetapi tidak dapat masuk ke dalam rumahnya yang terkunci kerana kunci rumah tertinggal di dalam kereta yang terletak di tempat letak kereta. Wittgenstein (1953) menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Jelas sekali beliau menyatakan konteks membawa maksud untuk pemahaman sesuatu ujaran. Ayat tersebut juga menimbulkan lewah dalam makna apabila frasa/ perkataan kereta disebut dua kali dalam ayat yang sama sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pembaca walaupun membawa makna yang berbeza iaitu kereta bermaksud kenderaan, manakala tempat
  2. 2. letak kereta bermaksud kawasan khas meletakkan kereta. Ketaksaan tersebut boleh diperbaiki dengan mengubah frasa “tempat letak kereta” kepada “parkir” yang juga mendukung maksud yang sama. Secara tidak langsung memberi pemahaman yang jelas dan lebih gramatis. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Ketaksaan ayat tersebut tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Nahu yang tidak tepat menjadikan ayat tersebut lebih keliru. Ayat tersebut boleh dimaksudkan seperti berikut: Ayat asal: “Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”. Andaian maksud: i. Terlupa untuk mengunci kereta.Kereta berada di tempat letak kereta. ii. Terlupa membawa kunci kereta. Kereta berada di tempat letak kereta. Jika maksud ayat tersebut adalah seperti maksud yang pertama. Maka, struktur ayat boleh dibetulkan seperti: “Saya terlupa mengunci kereta di tempat letak kereta” Jelas sekali maksud yang hendak disampaikan dengan mengubah struktur dan menambah imbuhan meN+ pada frasa kunci untuk mewujudkan kata kerja iaitu perbuatan mengunci kereta. Seperti yang telah dimaklumkan bahawa ayat yang diberi mempunyai ketaksaan dan mempunyai banyak maksud. Ketaksaan ayat tersebut akan lebih ketara jika diucapkan atau dilafazkan dengan intonasi dan jeda yang berbeza mengikut maksud yang hendak disampaikan. Ayat 1 : Kereta di tempat letak kereta itu; saya terlupa kunci. Ayat 2 : Kereta; ditempat letak kereta itu terlupa; saya kunci. Andaian ayat 1 membawa maksud terlupa untuk mengunci kereta yang berada di tempat letak kereta. Maksud ayat tersebut dapat ditentukan dengan membubuh tanda koma bertitik (;) selepas perkataan “itu” , menghasilkan maksud yang jelas lebih-lebih lagi jika diikuti dengan konteks. Ini kerana tanda koma bertitik (;) selepas frasa “itu”, menjadikan jeda dan intonasi
  3. 3. pada gaya bacaan ayat tersebut. Secara jelas ayat tersebut menyatakan terlupa untuk mengunci keretanya. Tetapi jika melalui pembacaan masih lagi menimbulkan ketaksaan antara terlupa untuk mengunci kereta atau terlupa kunci kereta atau terlupa kunci rumah ataupun terlupa kunci almari. Dalam hal ini saya berpegang pada maksud yang telah dijelaskan pada ayat 1. Manakala ayat 2 pula membawa maksud yang jelas berbeza daripada ayat ayat 1 secara keseluruhannya jika dilafaz dengan intonasi yang betul. Setelah dibubuh tanda koma bertitik (;) selepas frasa “kereta” dan “terlupa”, ayat tersebut membawa maksud bahawa terlupa dimana kereta telah diletak tetapi kereta tersebut sudah dikunci. Pembawakan ujaran lebih bersifat seperti terkejut kerana terlupa sesuatu. Perhatikan betapa luas jurang perbezaan makna oleh ketaksaan pada ayat tersebut jika diujar berlainan jeda ,intonasi dan tekanan dalam bacaan. Terdapat banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dalam ketaksaan makna seperti homonim, sinonim, polisem dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang dapat saya kaitkan lagi adalah faktor sosiologis.Faktor sosiologis itu merujuk kepada masyarakat. Masyarakat dikatakan menjadi peneraju utama dalam mentafsir sendiri makna. Dalam erti kata lain, bukan sahaja bahasa yang diakibatkan oleh faktor sosiologis (Yayat Sudaryat, 2004) tetapi ambiguiti dalam gambar atau imej juga diakibatkan oleh faktor sosiologis. Ini bermakna, makna dalam bahasa bukan sahaja bergantung kepada masyarakat (Semantik leksikal, 2008) tetapi makna juga bergantung kepada masyarakat. Contohnya masyarakat berbangsa Cina dan India di Malaysia kurang fasih berbahasa Melayu. Dalam erti kata lain penggunaan bahasa melayu mereka ketika bertutur dengan penutur jati berbangsa melayu pastinya berlainan seperti “ Itu orang baik punya orang”. Maksud yang hendak disampaikan adalah hendak mengatakan “Orang itu sangat baik”. Apa yang dapat dikaitkan disini, penggunaan struktur ayat mereka selalunya akan terbalik daripada penutur jati kerana mereka menterjemah bahasa melayu mengikut struktur bahasa jati mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat bukan sahaja sewenang-wenangnya dalam memberikan kata/leksem pada sesuatu rujukan sehingga menjadikannya semakin kompleks (Palmer, F.R., 1981/6) tetapi masyarakat/pengguna juga mempunyai kelebihan dalam mentafsir dan menilai sesuatu itu.

×