Skip to main content
NOTA
TA-011-1:2012 LADIES DRESSMAKING
(CUSTOM MADE)
C02 TRADITIONAL WEAR MAKING
MALAY TRADITIONAL WEAR
BAJU KURUNG
WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT:
IDENTIFY TRADITIONAL WEAR MAKING REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS
TAJUK/TITLE : PENGENALAN KEPADA PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT
MELAYU – BAJU KURUNG
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang pakaian
Tradisional Masyarakat Melayu – Baju Kurung, Lakaran fesyen Baju Kurung, jenis
bentuk badan, langkah kerja membuat sepasang Baju Kurung, kajian fabrik dan
pemilihan fabrik dan bahan dan langkah keselamatan dalam semasa membuat
sepasang Baju Kurung.
PENERANGAN/INFORMATION :
Rajah 1: Baju Kurung tradisional
Pengenalan kepada Baju Kurung Tradisional
Baju Kurung adalah Baju tradisional Melayu yang bolehlah ditafsirkan sebagai baju
longgar atau tertutup. Ini bersesuaian dengan konsep islam yang mengkehendaki
Wanita menutup aurat mereka. Baju Kurung adalah baju yang selesa dan longgar,
labuh atau panjang. Pakaian ini juga adalah pakaian rasmi Di Malaysia dan juga di
Brunei.
Baju Kurung Tradisional juga dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belangga. Ia
berasal dari negeri Johor. Baju yang longgar ini dipadankan dengan sarung yang
disusun secara ombak beralun. Baju kurung tradisional boleh dipakai dalam situasi.
Ini bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan yang digunakan.
Baju Tradisional Lain Masyarakat Melayu
Baju Kurung
Pahang/Pesak Gantung
Baju Kebaya
Baju Kurung Kedah
Rajah 2: Pakaian-Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu
1. Jenis- jenis baju tradisional masyarakat melayu
I. Baju Kurung Pesak Buluh / Baju Kurung Teluk Belanga
II. Baju kurung Kedah
III. Baju kurung Pahang / Pesak Gantung
IV. Kebaya/ Kebarung
2. Ciri-ciri pada
2.1 Baju Kurung Tradisional
I. Garis leher bentuk bulat
II. Garis leher dihias dengan jahitan mata lalat atau tulang belut
III. Lengan Magyar panjang
IV. Pesak dan kekek pada bahagian kiri dan kanan badan
V. Cantuman menggunakan kelim papan mesin
VI. Kelepet di hujung lengan dan di hujung baju dijahit sembat halus
VII. Butang dan rumah butang di pangkal belah hadapan garis leher
2.2 Sarung susun
I. Lisu susun dikiri sarung
II. Belah zip dikiri sarung
III. Ikatan pinggang getah kenyal
IV. Cangkuk dan palang dihujung ikatan pinggang
V. Sarung labuh
VI. Kelepet dijahit mesin
Rajah 3: Baju Kurung Tradisional
3. Jenis bentuk badan dan pemilihan fabrik
Bentuk badan
Fabrik
Corak warna Tekstur / Rupa
1.Kurus dan tinggi Corak seluruh
Motif besar
Warna lembut
seperti biru muda
Warna terang
seperni warna
merah dan oren
Berkilat
Jegang
Sederhana tebal
2. Kurus dan
rendah
Corak seluruh
Motif sederhana
besar
Warna lembut
Warna terang
Berkilat
Sederhana tebal
3. Gempal dan
tinggi
Corak seluruh
Motif kecil
Warna gelap
Warna sejuk
seperti warna biru
Kuasm
Lembut
Sederhana tebal
4. Gempal dan
rendah
Corak seluruh
Motif kecil
Gelap
Warna sejuk
seperti biru
Kusam
Lembut
Sederhana tebal
Jadual 1: Keterangan bentuk badan dan pemilihan fabrik
4. Langkah kerja membuat Baju Kurung Tradisional
4.1 a) Mengambil ukuran yang telah dicatat- pada bahagian yang diperlukan.
 Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan/ buku catatan (rujuk Jadual 1)
b) Melakukan kerja mendraf di meja yang telah dikhaskan – menggunakan
bahan dan peralatan yang sesuai untuk mendraf.
c) Memilih dan menggunakan peralatan yang sesuai dengan teknik yang betul
dan mengikut prosedur
BORANG TEMPAHAN PELANGGAN
Nama Pelanggan: __________________________ No. Resit: ________
No. Tel.: _________________________________ Tarikh: __________
UKURAN LAKARAN PAKAIAN
BIL BAHAGIAN UKURAN
1 Leher
2 Bahu
3. Labuh lengan
4 Keliling hujung lengan
5 Keliling pangkal lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
9 Keliling pinggang
10 Keliling pinggul
11 Labuh tengah belakang
12 Labuh baju
13 Labuh sarung/skirt
14 Bidang hadapan
15 Bidang belakang
16 Jarak pinggang ke pinggul
17 Labuh duduk
18 Kelengkang
19 Keliling lutut
20 Keliling peha
21 Keliling hujung kaki
22 Labuh slek
Bayaran:
Tarikh Siap : ______________________
Jumlah : RM ___________________
Deposit : RM___________________
Baki : RM___________________
Contoh fabrik
Jadual 2: Borang tempahan pelanggan
4.2. Mendraf pola sepasang baju kurung tradisional dimulai dengan membuat
garis asas seperti berikut:
I. Bahagian badan
a) Garisan asas bahu
b) Garis labuh baju
c) Garisan lengan baju
d) Garis leher
II. Bahagian sarung
a) Garisan asas pinggang
b) Garisan asas pinggul
c) Garisan asas labuh sarung
*lengkapkan poladengan tanda dan simbol pola
4.3 Menggunting fabrik
 Merujuk kepada susun atur pola
Rajah 2: susun atur baju
Rajah 3: Susun atur sarung
4.4 Proses menjahit
a) Kumpul bahagian-bahagian fabrik yang talah digunting
 Pastikan kepingan fabrik dipotong mencukupi
 Pastikan tanda-tanda basi jahitan jelas supaya memudahkan kerja-
kerja menjahit
 Jahit kemas tepi semua bahagian kecuali ikatan pinggang dan
kelepet hujung sarung
b) Baju
I. Cantum dan jahit pesak denagn kekek
II. Cantum dan jahit lapik digaris leher serta belah digaris tengah hadapan
III. Kemaskan garis leher dengan jahitan tulang belut atau jahit mata lalat
IV. cantum dan jahit lengan / pesak dengan fabric badan dikelim sisi
V. kemaskan kelepet dihujung lengan dan hujung baju dengan sembat
halus.
VI. Jhait butang dan rumah butang dipangkal belah hadapan
VII. tekan dengan seterika semua bahagian baju supaya kemas dan rata
c) Sarung
I. Cantum dan jahit fabrik kepingan lisu bersusun
II. Sediakan belah untuk zip
III. Cantumdan jahit zip disebelah kiri sarung
IV. Lipat lisu susun disebelah kiri sarung
V. Sediakan ikatan pinggang getah kenyal
VI. Jahit kelepet
VII. Jahit cangkuk dan palang dihujung ikatan pinggang
VII. Tekan dengan seterika semua bahagian sarung terutama pada lisu
bersusun supaya kemas dan rata
4.5 Acu pakaian
 Untuk kepadanan yang baik, cubaan pertama sangat penting. Apa jua
kesilapan boleh diperbetulkan.
4.6 Kemasan akhir
 Lakukan kerja-kerja menekan semasa proses menjahit dan pada
semua bahagian skirt supaya rata dan kemas
5. Fabrik dan bahan
5.1 Fabrik
I. Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam
II. Periksa kecacatan fabrik
III. Pastiakn corak fabrik
5.2 Pemilihan fabrik untuk membuat baju kurung bergantung kepada situasi
I. fabrik polister – pakaian harian
II. fabrik eksklusif – sebagai contoh sutera dan renda prancis sesuai dipakai
ke
majlis rasmi.
5.2 Bahan
I. Benang – berpadanan warna
II. Grtah kenyal
III. Butang cendawan
IV. Zip
 Pilih zip yang sesuai dari jenis fabrik
 Zip berpadanan warna
- Sekiranya tiada warna yang sama, pilih warna yang lebih
gelap
dari warna fabrik
 Panjang zip 8”
V. Cangkuk dan palang
 Pilih yang berkualiti
6. Langkah keselamatan
I. Peralatan dikendalikan mengikut teknik yang betul dan selamat serta disusun
kemas selepas digunakan.
II. Persekitaran kerja dibersih dan dikemaskan selepas kerja dilaksanakan.
III. Etika kerja diaplikasikan.