SlideShare a Scribd company logo
1
1 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
KERJA KURSUS BERKUMPULAN
DOTRIN PENGASINGAN KUASA
KOS: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
KOD SUBJEK: DUB 1012
SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA
PENSYARAH: PUAN PAUZIAH BINTI JUSOH
KELAS: DAD1S1
NAMA NO. MATRIK
AHMAD FIKRI BIN ZAIDI 13DAD16F2009
MUHAMMAD ASRIMAN BIN SUKHARI 13DAD16F2003
NURUL ATIQAH BINTI ABDUL AZIS 13DAD16F2002
2
2 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Contents
1.0 PENGHARGAAN ..........................................................................................................3
2.0 PENDAHULUAN ..........................................................................................................4
3.0 CARTA ALIR: SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA..........................................6
4.0 YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) ......................................................................7
4.1 TUGAS YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) ......................................................................7
1.1.1. KETUA BADAN PENTADBIRAN.................................................................................. 7
1.1.2. KETUA BADAN PERUNDANGAN............................................................................... 7
1.1.3. KETUA BADAN KEHAKIMAN..................................................................................... 7
4.2 PERKARA YANG DILARANG SEBAGAI YDPA...................................................................7
5.0 DOTRIN PENGASINGAN KUASA .............................................................................8
5.1 BADAN PENTADBIRAN....................................................................................................8
5.1.1 SEJARAH................................................................................................................ 8
5.1.2 PERLANTIKAN KABINET / JEMAAH MENTERI KINI...................................................... 9
5.1.3 PERDANA MENTERI .............................................................................................. 10
5.2 BADAN PERUNDANGAN............................................................................................... 12
5.2.1 PERINGKAT PERSEKUTUAN.................................................................................... 14
5.2.2 PARLIMEN............................................................................................................ 15
5.2.3 DEWAN NEGARA .................................................................................................. 16
5.2.4 DEWAN RAKYAT................................................................................................... 17
5.2.5 3 PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN.......................................... 18
5.2.6 PERINGKAT NEGERI............................................................................................... 21
5.2.7 MENJALANKAN KUASA PERUNDANGAN................................................................. 22
5.3 BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)................................................................................... 23
5.3.1 KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN........................................................................... 24
5.3.2 PELANTIKAN HAKIM.............................................................................................. 25
5.3.3 SISTEMDAN CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA...................................................... 26
5.3.4 SAKSI-SAKSI KEHAKIMAN ...................................................................................... 30
6.0 PENUTUP.....................................................................................................................31
7.0 RUJUKAN ....................................................................................................................32
3
3 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
1.0 PENGHARGAAN
Assalamulaikum W.B.T dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin kurniaNya dapat juga kami menyelesaikan amanah yang dipikul untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi. Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai
pengalaman diperoleh untuk mencari ilmu yang bermanfaat bakal dibawa pada masa
hadapan.
Justeru, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat. Ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dalam meneruskan perjuangan sebagai
pelajar. Tidak lupa juga insan yang sentiasa memberi tunjuk ajar bagi subjek Pengajian
Malaysia, Puan Pauziah Binti Jusoh yang menjadi tulang belakang dalam menyiapkan
tugasan ini.
Natijahnya, tugasan ini tidak akan siap jika semua pihak tidak memberi kerjasama.
Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara lansung atau
tidak lansung. Segala yang baik datang dari Allah S.T dan yang buruk datangnya dari kami
insan yang lemah. Wallahu’allam.
4
4 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
2.0 PENDAHULUAN
Pemerintahan dan Pentadbiran Negara adalah berasaskan suatu sistem yang
telah sedia dipraktikkan oleh masyrakat melayu sebelum era kolonial lagi. Struktur
pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka. Tun Sri Lanang dalam karya agungnya, Sulatus Salatin
menggambarkan tentang tiga unsur teras yang mendasari pentadbiran kerjaan Melaka, iaitu
raja/sultan, para pembesar dan rakyat. Tiga unsur ini bertali erat dan saling memerlukan
antara satu sama lain. Malahan, ketiga-tiga unsur inilah yang menjadi piagam politik bukan
sahaja pada zaman kerajaan Melayu Melaka, malahan kerajaan-keranjaan Melayu selepasnya.
Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan
dalam hala cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Hal ini berlaku
apabila British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu dan
memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu.
Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
dengan struktur pentadbiran yang baharu diterima pakai yang dikenali sebagai Sistem
Pengasingan Kuasa. Melalui sistem ini, badan yang menggubal undang-undang
(PARLIMEN) bertindak menjalankan urusan menggubal undang-undang sahaja dan tidak
melibatkan diri dalam bidang kehakiman yang dijalankan oleh badan kehakiman dan juga
bidang kuasa badan pentadbiran.
Badan petadbiran tidak boleh melibatkan diri dalam bidang kuasa badan
kehakiman dan badan penrundangan. Dalam konteks Negara Malaysia pada hari ini, konsep
pengasingan kuasa ini dilihat melalui tiga bentuk pemerintahan yang utama:
(Placeholder1)
Badan Eksekutif (Pentadbiran) Menjalankan hal ehwal pentadbiran negara
Badan Legislatif (Perundangan) Membentuk undang-undang
Badan Judisiari (Kehakiman) Menjalankan proses kehakiman/keadilan
5
5 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Secara asas, walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud, namun pada
hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyeluruh memandangkan
setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, sebahagian
daripada badan pentadbiran juga terlibat dalam kuasa menggubal undang-undang. Dalam
bidang kehakiman pula, Perdana Menteri bertanggungjawab memberi nasihat kepada Yang
di-Pertuan Agong (YDPA) mengenai calon yang layak untuk dilantik sebagai Hakim setelah
berbincang dengan Ketua Hakim Negara.
Perdana Menteri yang juga sebahagian daripada Ahli Dewan Rakyat
bertanggungjawab membentuk undang-undang bersama menteri-menteri yang lain.
Berbanding di Amerika Syarikat, pengasingan kuasa secara teori dijalankan sepenuhnya
kerana perlembagaan Negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-undang
(Kongres) tidak boleh menjalankan pemerintahan dan tidak mempunyai kuasa kehakiman.
6
6 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
3.0 CARTA ALIR: SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
7
7 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
4.0 YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)
Yang di-Pertuan Agong dipilinh oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang
terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan Baginda dipilih dalam
kalangan Sembilan orang Raja Melayu dari Sembilan buah negeri iaitu Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan
Johor. Diatur secara bergilir-gilir dalam tempoh lima tahun sekali. YDPA
merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan. Tugas Baginda telah
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang boleh dibahagikan kepada
tugas rasmi dan kuasa budi bicara
4.1 TUGAS YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)
1.1.1. KETUA BADAN PENTADBIRAN
Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Segala
urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Selain itu, Yang di-Pertuan
Agong berhak mendapatkan maklumat berkenaan pemerintahan
Persekutuan daripada Jemaah Menteri.
1.1.2. KETUA BADAN PERUNDANGAN
Memanggil Parlimen bersidang dari semasa ke semasa. Disamping itu,
memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen. Selain itu,
memperkenalkan Rang Undang-undang.
1.1.3. KETUA BADAN KEHAKIMAN
Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi sebagai Persuruhjaya kehakiman.
Seterusnya, memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66 tahun. Yang
di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa pengampunan dan
menangguhkan hukuman seperti kesalahan yang dibicarakan di
Mahakamah Tentera. Selain, itu kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
4.2 PERKARA YANG DILARANG SEBAGAI YDPA
Antara perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA ialah Baginda tidak
boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri Baginda, kecuali tugas-tugas
Baginda sebagai ketua agama islam. Baginda juga tidak boleh mengambil
bahagian yang aktif dalam apa-apa juga perusahan khususnya yang
mendatangkan pendapatan. Disamping itu, Baginda tidak boleh memegang
sesuatu jawatan yang baginya ada apa-apa saran.
8
8 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.0 DOTRIN PENGASINGAN KUASA
5.1 BADAN PENTADBIRAN
Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat persekutuan,
kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.
5.1.1 SEJARAH
Sejarah pengenalan Jemaah Menteri bermula pada tahun 1951 melalui
penubuhan kabinet mini yang dinamakan Sistem Ahli(Member System).
Penubuhan sistem ahli ini adalah hasil usaha Dato’ Onn Ja’afar supaya orang
tempatan terlibat dalam pentadbiran koloni sebagai langkah untuk menuju
kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. Dalam sistem ahli, seseorang yang
dilantik adalah ibarat seorang menteri kerana beliau memainkan peranan yang
sama. Beberapa buah jabatan akan diletak di bawah kawalan seorang ahli.
Oleh kerana Sistem Ahli diwujudkan di bawah pemerintahan penjajah dan
bukannya bagi sebuah negara merdeka, maka semua ahli bertanggungjawab
secara langsung kepada Persuruhjaya Tinggi British. Sistem Ahli ini berakhir
pada Ogos 1955 apabila pilihanraya umum pertama diadakan pada bulan Ogos
1955. Selepas pilihanraya 1955, sebuah kerajaan baru telah dibentuk dimana
Parti Perikatan (antara UMNO, MCA, MIC) telah memenangi 51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilantik
sebagai Ketua Menteri dan seiring dengan itu lahir pula sebuah kabinet moden
pramerdeka
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku
Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kabinet
yang dibentuk pada ketika itu merupakan kabinet pertama selepas Tanah
Melayu memperolehi kemerdekaan. Seterusnya, sistem kabinet ini berlanjutan
sehingga ke hari ini.
9
9 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.1.2 PERLANTIKAN KABINET / JEMAAH MENTERI KINI
Kabinet atau Jemaah menteri adalah yang melaksanakn kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi kabinet adalah tugas
yang dilaksanakan oleh jentera pentadbirankerajaan di peringkat Persekutuan
atau Kerajaan Pusat. Kabinet ini akan mengandungi seorang Perdana Menteri
dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian
(portfolio) masing-masing.
Namun begitu, ada juga menteri-menteri yang memegang lebih daripada satu
portfolio. Misalnya Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Yang Anat Berhormat
Dato’ Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak memegang jawatan
sebagai Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang.
Dalam Perlembagaan memperuntukkan perlantikan ahli Jemaah Menteri iaitu:
 Perkara 43(1) )Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa ahli-ahli Jemaah Menteri dilantik oleh YDPA untuk
menasihati Baginda dalam menjalankan tugasnya.
 Perkara 43(2[a]) Perlembagaan Persekutuan pula
memperutukkan YDPA dikehendaki melantik terlebih dahulu
seorang Perdana Menteri yang pada pendapat baginda akan
mendapat sokongan majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat).
Perdana Menteri akan mngetuai Jemaah Menteri yang akan
dilantik oleh baginda kemudiannya.
 Perkara 43(2[b]) Perlembagaan Persekutuan juga
memperuntukkan bahawa baginda akan melantik menteri-menteri
dari kedua-dua Dewan (Rakyat dan Negara) atas nasihat Perdana
Menteri.
10
10 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.1.3 PERDANA MENTERI
5.1.3.1 KETUA JEMAAH MENTERI
Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri.Ini bermakana beliau berkuasa
mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai
ahli kabinet.
Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaaah Menteri
yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan
mengawal agenda mesyuarat (apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang
mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu). Dalam sistem demokrasi
berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan,
pilihan seorang Perdana Menteri mngenai siapa yang patut dilantik agak terbatas
kerana beliau perlu mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini.
Walau apa sekalipun cara seorang itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri,
seorang yang dilantk tetap akan setia kepada Perdana Menteri kerana perlantikan
itu merupakan hak atau prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan
bertambah dengan setiap perlantikan.
5.1.3.2 KETUA PENTADBIR UTAMA
Perdana Menteri juga memainkan peranannsebagai ketua pentadbir utama
Negara. Ini kerana dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kemeterian)
diturunkan dari pemeritahan yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri.
Sebagai ketua pentadbir Negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan
sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang agak
mendadak dan menyeluruh, yang bertujuan:
 Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam
 Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam.
 Merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta.
Antara dasar dan program yang dimasukkan adalah Dasar Penswastaan.
Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pandang ke Timur, dan Penggunaan Perakam
Waktu. Bukanlah mudah untuk meperkenalkan dasar dan program yang
ditujukan khas untuk mengubah institusi dan sikap di kalangan pegawai
perkhidmatan awam yang sudah tertanam sebelum itu. Tetapi kejayaan dan
penrimaan dasar dan program itu menunjukkan kebijaksanaan, kualiti
kempipinan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir
utama Negara.
11
11 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.1.3.3 KETUA PARTI PEMERINTAH
Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik.
Dalam sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk
menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut
kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum. Keadaan inilah yang memudahkan
tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri. Oleh itu,
baginda tidak perlu menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi konvensyen dan
amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi
Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan.
Oleh yang demikian, ketua parti UMNO (atau Perikatan yang dipimpin oleh
UMNO) dilantik sebagai Perdana Menteri dan dijemput untuk menubuhkan
kerajaan.
Semenjak tahun 1957, perlantikan seorang Perdana Menteri berjalan dengan
lancar kerana UMNO atau parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah berjaya
memenagi pilihanraya umum Parlimen dengan majoriti yang jelas. Kepelbagaian
parti yang menganggotai Barisan Nasional juga memberi batas-batas tertentu
kepada seorang Perdana Menteri. Satu
12
12 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2 BADAN PERUNDANGAN
Sistem perundangan di tanah air telah melalui satu proses yang panjang. Sebelum kedatangan
Barat lagi, masyarakat Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem perundangan sendiri.
Dalam hal ini, negeri-negeri di Tanah Melayu menggunakan Undang-undang Adat Melayu
sementara di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Udang-undang Adat Bumiputera. Pada era
tradisional, terdapat dua kategori perundagan Melayu yang berasaskan dua sistem adat, iaitu
Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
Undang-undangTradisional
Undang-undangAdatmelayu
(SemenanjungMalaysia)
AdatPerpatih
(Masyarakat
Matrilineal)
AdatTemenggung
(Masyrakat
Patrilineal)
Undang-undangAdat
Bumiputera
(Sabahdan Sarawak)
13
13 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Semasa kedatangan Islam terus memperkukuhkan hukum adat ini dan menjadi teras kepada
pembentukan undang-undang bertulis. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan kerajaan
Melayu Melaka di mana Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah
menjadi asas kepada kuasa perundangan di Melaka. Setelah kedatangan British, peranan
undang-undang tempatan telah banyak mengalami perubahan. Undang-undang Inggeris telah
digunakan secara meluas, terutama Common Law dan kaedah-kaedah Ekuiti. Secara
keseluruhannya, Undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada Lima punca
utama, iaitu:
 Ungang-undang bertulis, iaitu perlembangaan dan perundangan persekutuan dan
Negeri
 Keputusan –keputusan Mahkamah
 Undang-undang Inggeris
 Undang-undang Islam
 Undang-undang Adat
14
14 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.1 PERINGKAT PERSEKUTUAN
Hari ini, kerajaan Malaysia memberi mandat kepada parlimen sebagai badan perundangan
Negara. Prosedur atau peringkat badan perundangan persekutuan boleh difahami melalui
(carta 1.1)
Dalam melaksanaka kuasa Legislatif atau perundagan, Parlimen memainkan peranan yang
amat penting. Fungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang Undang-undang
dijalankan struktur Parlimen Malaysia mengandungi komponen seperti:
Yang di-
pertuan Agong
Majlis Raja-raja
Parlimen
Parlimen
Dewan
Negara
Dewan
Rakyat
15
15 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.2 PARLIMEN
Parlimen ialah badan perundagan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Negara. Parlimen meluluskan undang-undang
persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa
dasar-dasar kerajaan, meluluskan pembelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai
yang baru. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan
kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan parlimen menjalankan tanggujawab
sepenuhnya dan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan
pengecualian yang dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” kepada ahli parlimen.
Setiap dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa
mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar didalam
mana-mana mahkamah;dan setiap Dewan boleh mengenakan hukuman keatas perlanggaran
hak keistimewaan atau menghina (contempt) didalam Dewan tersebut. Di dalam Bahagian 4,
Bab 4, Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa Peruntukkan
kuasa perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
4 Keistimewaan Parlimen
Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen ataupun mana-mana
Jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana -mana mahkamah.tidak boleh seorang pun
didakwa bagi apa-apa yang diucapkan atau apa-apa undi yang diberikan oleh ahli Parlimen
semasa pengambilanbahagain dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlangsung
dalam sidang Parlimen. Walau bagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya, dimana Akta
Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yang berkuat kuasa mulai 10 Mac 1971
menyekat kebebasan seeorang individu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam hal ini juga, mana-mana ahli Parlimen yang cuba menimbulkan isu-isu sensitive boleh
juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan
Darurat Nombor 45, 1970.seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana
mahkamah berkaitan dengan apa-apa juga diterbitkannya dalam mana-mana Majlis Parlimen.
16
16 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.3 DEWAN NEGARA
Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada fasal (1) Perkara 45,Perlembagaan
Persekutuan, iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli (senator) pada satu-satu masa,
dengan kadarnya seperti berikut:
(a) Dua orang ahli bagi setiap Negeri yang dipilih mengikut Jadual Ketujuh.
(b) Dua orang ahli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah
Persekutuan Labuan, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(c) Empat puluh orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
(d) Empat orang ahli dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 30 tahun
(c) Sempurna akal
(d) Bukan seorang muflis
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan
pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak boleh berubah dengan
pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan
mereka yang menyumbang khimat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan
dalam profesion masing-masing dalam perdagangan, industri, pertanian,aktiviti
kebudayaan atau khimat sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun
berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah dihadapan yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah
atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Dewan
sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan Perlembagaan.
17
17 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.4 DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat hari ini dianggotai oleh seramai 222 orang ahli dan setiap ahli mewakili
satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan
raya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan
membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir kerajaan Negara. Kelayakkan menjadi
ahli Dewan Rakyat adalah seperti berkenaan:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun
(c) Sempurna akal
(d) Bukan seorang muflis
(e) Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiapnahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah
atau berjanji bahawa mereka akan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga
dan pempertahankan Perlembagaan. Dalam bidang perundagan, Parlimen berkuasa
membuat undang-undang yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
menerusi perkara 66-68, Bab 5, Bahagian 4.
Antara fungsi Parlimen ialah:
(a) Kuasa perundagan, iaitu kuasa membuat, meminda/ memansuhkan undang-undang.
(b) Mengenakan cukai-cukai baharu,tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai.
(c) Meluluskan belanjawan Negara bagi satu-satu tahun tertentu.
18
18 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.5 3 PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI
PARLIMEN
Proses penggubalan dan peringkat-peringkat kelulusan undang-undang yang dilalui pada
rajah 1.2 . Parlimen menpunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan
Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang serta yang telah
dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Segala rang undang-undang yang hendak
diluluskan perlu dimulakan dalam salah satu dewan, kecuali rang undang-undang yang
berkaitan kewangan mesti dimulakan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat berkuasa
dalam hal ehwal kewangan.
Setiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen akan melalui
empat peringkat sebelum diluluskan, iaitu:
(a) Bacaan pertama
(b) Bacaan kedua
(c) Pembincangan peringkat jawatankuasa
(d) Bacaan ketiga
19
19 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Rang undang-undng
Dewan Rakyat
Bacaan kali pertama
bacaan tajuk panjang
Bacaankali kedua
prinsip-prinsip rang
undang-undang
dibahaskan.
peringkat Jawatanuasa
perbahasanspesifik mengenai
semua fasal,jadual dan
pendahuluan rang undang-
undang
Bacaan Ketiga
Undian kali kedua
Dewan Negara
Undang-undang
Diwarta dan dicetak
Pekenan Seri Paduka
Baginda Yang di-
Pertuan Agong
Bacaan kali ketiga
Undian utkkali kedua
PeringkatJawatankuasa
perbahasanspesifik mengenai
semua fasal, jadual dan
pendahuluan rangundang-undang
Bacaan kali kedua
Prinsip-prinsip am
rang undang-undang
dibahaskan
Bacaan kali Pertama
Bacaan tajuk panjang
20
20 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Setelah undang-undang ini melalui empat peringkat, iaitu di Dewan Rakyat, yang sesuatu
rang undang-undangtersebut akan dikemukakan di Dewan Negara. Jika rang undang-undang
itu diluluskan oleh Dewan Negara , rang tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-
Pertuan Agong, Rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang atau akta setelah
mendapat pekenan Yang di-Pertuan Agong dan Baginda akan menurunkan Cop Mohor Besar.
Selepas itu, rang undang-undang tersebut akan diwartakan sebagai undang-undang dalam
Warta Kerajaan. Sekiranya sesuatu undang-undang itu tidak diperkenankan oleh Yang di-
Pertuan Agong, rang undang-undang tersebut akan dibahaskan semula dalam Dewan Rakyat
dan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua. Namun, sekiranya
Yang di-Pertuan Agong tidak juga memperkenankannya, perkara 66 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari, rang undang-undang tersebut
akan dianggap sudah diperkenan oleh Baginda
4 Keistimewaan Parlimen
Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen ataupun mana-mana
Jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana -mana mahkamah.tidak boleh seorang pun
didakwa bagi apa-apa yang diucapkan atau apa-apa undi yang diberikan oleh ahli Parlimen
semasa pengambilanbahagain dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlangsung
dalam sidang Parlimen. Walau bagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya, dimana Akta
Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yang berkuat kuasa mulai 10 Mac 1971
menyekat kebebasan seeorang individu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam hal ini juga, mana-mana ahli Parlimen yang cuba menimbulkan isu-isu sensitive boleh
juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan
Darurat Nombor 45, 1970.seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana
mahkamah berkaitan dengan apa-apa juga diterbitkannya dalam mana-mana Majlis Parlimen.
21
21 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.6 PERINGKAT NEGERI
kuasa perundagan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundagan Negeri. Badan
Perundagan Negeri mengandungi Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri dan Dewan Undangan
Negeri.
Keanggotaan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Seksyen Seksyen 4, Jadual 8, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan DUN
mestilah mengandungi sebilangan ahli yang dipilih. Peranan Raja/Sultan/Yang di-Pertua
Negeri sebagai pihak berkuasa perundangan hanya akan hadir pada masa-masa yang khas
sahaja seperti pembukaan DUN. Tugas utama Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Negeri adalah
untuk memanggil DUN, supaya bermesyuarat, memberhentikan dan membubarkannya.
Dalam hal ini, Raja/Sultan/ Yang di-Pertuan Negeri tidak boleh membiarkan jarak enam
bulan antara persidangan yang terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan
dalam mesyuarat pertamanya dalam penggal seterusnya. Selain itu, Raja/Sultan/Yang di-
Pertua Negeri juga bertindak memberikan persetujuan kepada undang-undang negeri yang
telah diluluskan oleh DUN.
Kelakyakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kelayakkan seorang ADUN ialah seeorang yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin
tetap di negeri berkenaan. Perkara ini juga terpakai untuk negeri Sabah dan Sarawak. Antara
perkara yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi ahli DUN adalah:
(a) Didapati/ diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal.
(b) Seorang yang bankrap yang belum dilepaskan.
(c) Memegang jawatan berpendapatan.
(d) Setelah dinamakan untuk pilihan raya bagi mana-mana satu, Parlimen atau bagi DUN
atau setelah bertugas sebagai ejen pilihan raya, ahli tidak menghantar apa-apa penyata
pembelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dalam
tempoh masa yang ditetapakan.
(e) Disabitkan dengan satu kesalahan oleh sesebuah mahkamah di Persekutuan dan
dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak
kurang daripada RM5000, dan tidak keampunan.
(f) Kehilangan kelayakkan dibawah mana-mana undang-undang mengenai kesalahan
berkenaan dengan pilihan raya bagi mana-mana satu Parlimen atau bagi DUN.
(g) Sengaja memperoleh kewarganegaraan Negara asing.
Seseorang tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih dari satu kawasan Pilihan Raya pada
satu masa. DUN akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya.
Selepas itu, ia akan terbubar dengan sendirinya. Apabila DUN dibubarkan, suatu pilihan
raya peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh masa 60 hari dalam masa
semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak. Dewan yang baharu hendaklah
dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat dari 120 hari daripada tarikh
pembubaran tersebut. Sesuatu kekosongan luar jangkaan juga mesti dipenuhi dalam
tempoh masa 60 hari di semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.
22
22 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.2.7 MENJALANKAN KUASA PERUNDANGAN
Kuasa DUN adalah meluluskan undang-undang dan dipersetujui oleh Raja/Sultan/Ynag di-
Pertua Negeri. Perkara 72, Fasal (1) hingga (5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia
memperuntukkan keistimewaan DUN, Seperti yang termaktub didalamnya di dalam fasal
(1),(2) dan (3):
(1) Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana DUN tidak boleh dipersoal dalam mana
-mana mahkamah.
(2) Tiada seseorang pun boleh dikenakan dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam
mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang
diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana DUN atau
mana-mana jawatankuasanya.
(3) Tiada seseorang pon boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa jua penbicaraan dalam
mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan dengan atau dibawah
kuasa mana-mana Dewan Negeri.
Pindaan Perlembagaan Negeri
Peruntukkan yang terkandung dalam perlembagaan berkenaan warisan takhta kerajaan
dan kedudukan para pembesar pemerintah dan pembesar adat Melayu tidak boleh dipinda
oleh Badan Perundagan Negeri. Peruntukan-peruntukan lain perlembagaan bagi sesebuah
negeri yang mempunyai Raja dan mempunyai mana-mana peruntukan perlembagaan
sesebuah negeri yang tidak mempunyai raja, tertakluk kepada sekatan-sekatan; boleh
dipinda dengan oleh undang-undang negeri,tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa,
cara lain sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada
perlembagaan negeri selain:
(a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang
memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundagan negeri.
(b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana
peruntukan yang perlu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Sesetengah Perlembagaan Negari berkehendakkan persetujuan daripada kumpulan orang
tertentu terhadap perkara-perkara berikut:
(a) Pelantikan dan sifat-sifat waris takhta permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-
ahli Jemaah Pemangku Raja Negari.
(b) Pemecatan, penarikkan diri dan penurunan tahkta raja/waris.
(c) Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu
serta ahli-ahli majlis penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
(d) Hal mengenakan, mengatur, mengesah, melucut pangkat, gelaran, kehormatan,
kebesaran, kurniaan adat Melayu, sifat-sifat bagi pemegangnya dan mengadakan
peraturan mengadakan peraturan mengenai balai diraja serta istana.
23
23 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.3 BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)
. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam
perkara 121 perlembagaan persekutuan Malaysia.
BADAN KEHAKIMAN MEMPUNYAI KUASA ;
. Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah.
.Menentukan kesasihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan
pelaksanaan.
. Mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri.
24
24 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.3.1 KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN
. Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan
badan perundangan kebebasan badan kehakiman dapat dilihat daripada perkara-perkara
berikut:
.Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung / Hakim Mahkamah Tinggi ) setelah dilantik
tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun kecuali
jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh
badannya uzur) atau sebab-sebab lain yang boleh memberi kesan kepada ke atas tugasnya
barulah boleh dipecat .Pemecatan ini pula perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat
perdana menteri) yang mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang
memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara komanvel.
.Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh akta parlimen dan saraan tersebut hendaklah
dibayar kepada kumpulan wang yang disatukan.
.Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.
.Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis parlimen kecuali
perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli dewan rakyat
atau dewan negara tersebut.
25
25 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.3.2 PELANTIKAN HAKIM
.Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-pertuan Agong setelah berunding dengan majlis
Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada perdana menteri .Sebelum pelantikan dibuat ,
Perdana menteri juga perlu berunding dengan ketua hakim negara.
. Dalam pelantikan hakim besar tanah Malaysia, beliau harus berunding dengan dua orang
hakim besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam sosial pelantikan hakim besar Borneo,
beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia.
. Bagi pelantikan hakim Mahkamah Agong, beliau harus berunding dengan dua orang hakim
besar manakala pelantikan hakim Mahkamah Tinggi, beliau perlu berunding dengan hakim
besar mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada ketua hakim negara.
. Hakim mahkamah seksyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan besar
hakim. Majistret kelas pertama bagi Malaysia dilantik Yang di-Pertuan Agong manakala ,
pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan hakim besar.
. Majistret kelas kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-
negeri dilantik oleh sultan/Raja/Gabenor tanpa hakim besar.
26
26 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.3.3 SISTEM DAN CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA
.Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan
. Mahkamah persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan
Mahkamah Khas.
. Mahkamah negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan mahkamah Adat (Sabah dan
Sarawak).
STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN NEGARA
MAHKAMAH
MAHKAMA
H
PERSEKUTU
AN
MAHKAMAH
NEGERI
MAHKAMA
H ATASAN
MAHKAM
AH
RENDAH
MAHKAM
AH KHAS
MAHKAM
AH
SYARIAH
MAHKAM
AH ADAT
(Sabah DAN
Sarawak)
27
27 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
1)Mahkamah Atasan -Mahkamah Agong
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo
2) Mahkamah Rendah -Mahkamah Sesyen
-Mahkamah Juvana
-Mahkamah Majistret Kelas I dan II
-Mahkamah Tuntutan Kecil
-Mahkamah Penghulu
3) Mahkamah Khas -Mahkamah Tentera
-Mahkamah Pengusahaan
-Mahkamah Buruh
-Mahkamah Khas Raja-Raja
-Mahkamah Negeri
MAHKAMAH NEGERI
1) Mahkamah Syariah -Mahkamah Syariah Rayuan
-Mahkamah Tinggi Syariah
2) Mahkamah Adat
(Sabah dan Sarawak)
-Mahkamah Adat Daerah
-Mahkamah Pegawai/Ketua Adat
-Mahkamah Penghulu
28
28 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Jenis-Jenis Mahkamah
Mahkamah Peranan
1) Mahkamah Agung -Merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia
-Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
-Mempunyai kuasa untuk pertikaian antara kerajaan Negeri dan
kerajaan Persekutuan
-Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
-Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan
dari Mahkamah Rayuan dan mahkamah Tinggi
-Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan jenayah
-Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000
tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini
2) Mahkamah Rayuan -Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
-Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan kes sivil boleh
dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000
-Kes-kes jenayah dirujuk di sini juga meliputi kes yang telah
dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tinggi
3) Mahkamah Tinggi -Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang
dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing
yang berada di Malaysia
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
-Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang
tidak siuman, wasiat,perkahwinan serta penceraian bagibukan
Muslim dan kemuflisan
-Mempunyai kuasa mendengar kes-kes rayuan sivil dari
Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM25,000
-Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah
dari Mahkamah Rendah yang nilai dendanya tidak memebihi
Rm25
-Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai
tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai
perlembagaan
4) Mahkamah Sesyen -Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah
Rendah
5) Mahkamah Juvana -Membicarakan kes-kes jenyah bagi mereka yang berumur
antara 10 tahun hingga 18 tahun
-Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar
ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21
tahun
-Perbicaraan dilakukan secara tertutup
6)Mahkamah Majistert
Kelas 1
-Membicarakan kes-kes jenayah dan sivil
-kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda
7)Mahkamah Majistret -Kes jenayah , iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan
29
29 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
Kelas 2 oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan
denda RM 1,000 atau kedua-keduanya sekali
-Kes sivil , iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihan RM 3,000
8) Mahkamah Tuntutan
Kecil
-Membicarakan kes tunturan yang tidak melebihi RM3,000
9) Mahkamah Penghulu -Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen
Mahkamah Rendah
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
-Dikendalikanoleh penghulu sesuatu mukim
-Kes sivil, iaitu tidak melibatkan tuntutan nilai tidak melebihi
RM50
-Kes jenayah, iaitu melibatkan denda sebanyak RM25 sahaja
-rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di
Mahkamah Majistret
10) Mahkamah Tentera -Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku
anggota tentera
-Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah
-Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah
tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa,
yidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa
mendapatkan kebenaran dan sebagainya
-Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati
yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
-Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan
kepada Mahkamah Tinggi
11) Mahkamah Khas
Raja-raja
-Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan
dalam kes sivil dan kes jenayah dilakukan dalam Persekutuan
-Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelelah
mendapat keizinan Peguam Negara
12) Mahkamah Syariah -Untuk mengadili umat Islam
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
-Kes sivil iaitu nafkag dan tanggungan perkahwinan,
penceraian, wasiat,wakaf,pembahagian harta dan sebagainya
-Kes jenayah iaitu berjudi, zina , tidak berpuasa, ajaran sesat,
berkhalwat , penderaan isteri atau anak , minum minuman keras
dan tidak menunaikan zakat fitrah
-Kesalahan besar akan dibicarakan di mahkamah tinggi syariah,
manakala kesalahan kecil akan dibicarakan di mahkamah
rendah syariah
13) Mahkamah Adat -Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum
di Sabah dan Sarawak
-Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum , adat
perkahwinan , undang-undang adat , adat-adat keagamaan dan
sebagainya
30
30 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
5.3.4 SAKSI-SAKSI KEHAKIMAN
31
31 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
6.0 PENUTUP
Corak pemerintahan Malaysia telah ditentukan menerusi Pelembagaan Persekutuan
dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan
Pentadbiran (eksukutif) dan Badan Kehakiman (judisiari). Pengasingan ketiga-tiga badan
dalam pemerintahan Negara disebut sebagai Doktrin Pengasingan Kuasa. Doktrin ini
dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18.
Menurut Ranjit Sigh Malhi(2000), idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang
yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang,
menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna
doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemrintahan yang jelas antara badan-badan
perundangan, eksekutif dan kehakiman tana sebarang pertindihan.
Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya
dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta
tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenarkan
menjalankan pemerintahan Negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan
menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan
melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan
kuasa pemerintahan.
Perjalan pentadbiran kerajaan bertambah lancer dan teratur dengan peranan yang
dimainkan oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik mewakili
portfolio masing-masing
32
32 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
7.0 RUJUKAN
Bibliografi
Abdullah@Razali, N. m. (2016 ). Pengajian Malaysia. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Jawan, A. A. (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Mardiana Nordin. (1972). Pengajian Malaysia. Malaysia: Oxford Fajar.
Yunus, M. S. (2002). Pengajian Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

More Related Content

Similar to Pm

Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
eowyy
 
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452Brenda Rachel Marie
 
Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPP
Rafiza Diy
 
Nota SPP Cikgu
Nota SPP CikguNota SPP Cikgu
Nota SPP Cikgu
BM80617MuhamadWafiyB
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Tuisyen Geliga
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Shaff Fx
 
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdfSJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
AminatulUzmaSamhudi
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
Siti Aisyah Saliman
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
hambadah
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Ct Hussen
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
Imsamad
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris
 

Similar to Pm (20)

Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
 
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPP
 
Nota SPP Cikgu
Nota SPP CikguNota SPP Cikgu
Nota SPP Cikgu
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
 
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdfSJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 

Pm

  • 1. 1 1 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 KERJA KURSUS BERKUMPULAN DOTRIN PENGASINGAN KUASA KOS: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF) KOD SUBJEK: DUB 1012 SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA PENSYARAH: PUAN PAUZIAH BINTI JUSOH KELAS: DAD1S1 NAMA NO. MATRIK AHMAD FIKRI BIN ZAIDI 13DAD16F2009 MUHAMMAD ASRIMAN BIN SUKHARI 13DAD16F2003 NURUL ATIQAH BINTI ABDUL AZIS 13DAD16F2002
  • 2. 2 2 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Contents 1.0 PENGHARGAAN ..........................................................................................................3 2.0 PENDAHULUAN ..........................................................................................................4 3.0 CARTA ALIR: SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA..........................................6 4.0 YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) ......................................................................7 4.1 TUGAS YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) ......................................................................7 1.1.1. KETUA BADAN PENTADBIRAN.................................................................................. 7 1.1.2. KETUA BADAN PERUNDANGAN............................................................................... 7 1.1.3. KETUA BADAN KEHAKIMAN..................................................................................... 7 4.2 PERKARA YANG DILARANG SEBAGAI YDPA...................................................................7 5.0 DOTRIN PENGASINGAN KUASA .............................................................................8 5.1 BADAN PENTADBIRAN....................................................................................................8 5.1.1 SEJARAH................................................................................................................ 8 5.1.2 PERLANTIKAN KABINET / JEMAAH MENTERI KINI...................................................... 9 5.1.3 PERDANA MENTERI .............................................................................................. 10 5.2 BADAN PERUNDANGAN............................................................................................... 12 5.2.1 PERINGKAT PERSEKUTUAN.................................................................................... 14 5.2.2 PARLIMEN............................................................................................................ 15 5.2.3 DEWAN NEGARA .................................................................................................. 16 5.2.4 DEWAN RAKYAT................................................................................................... 17 5.2.5 3 PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN.......................................... 18 5.2.6 PERINGKAT NEGERI............................................................................................... 21 5.2.7 MENJALANKAN KUASA PERUNDANGAN................................................................. 22 5.3 BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)................................................................................... 23 5.3.1 KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN........................................................................... 24 5.3.2 PELANTIKAN HAKIM.............................................................................................. 25 5.3.3 SISTEMDAN CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA...................................................... 26 5.3.4 SAKSI-SAKSI KEHAKIMAN ...................................................................................... 30 6.0 PENUTUP.....................................................................................................................31 7.0 RUJUKAN ....................................................................................................................32
  • 3. 3 3 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 1.0 PENGHARGAAN Assalamulaikum W.B.T dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga kami menyelesaikan amanah yang dipikul untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai pengalaman diperoleh untuk mencari ilmu yang bermanfaat bakal dibawa pada masa hadapan. Justeru, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dalam meneruskan perjuangan sebagai pelajar. Tidak lupa juga insan yang sentiasa memberi tunjuk ajar bagi subjek Pengajian Malaysia, Puan Pauziah Binti Jusoh yang menjadi tulang belakang dalam menyiapkan tugasan ini. Natijahnya, tugasan ini tidak akan siap jika semua pihak tidak memberi kerjasama. Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung. Segala yang baik datang dari Allah S.T dan yang buruk datangnya dari kami insan yang lemah. Wallahu’allam.
  • 4. 4 4 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 2.0 PENDAHULUAN Pemerintahan dan Pentadbiran Negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyrakat melayu sebelum era kolonial lagi. Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Tun Sri Lanang dalam karya agungnya, Sulatus Salatin menggambarkan tentang tiga unsur teras yang mendasari pentadbiran kerjaan Melaka, iaitu raja/sultan, para pembesar dan rakyat. Tiga unsur ini bertali erat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Malahan, ketiga-tiga unsur inilah yang menjadi piagam politik bukan sahaja pada zaman kerajaan Melayu Melaka, malahan kerajaan-keranjaan Melayu selepasnya. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Hal ini berlaku apabila British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu dan memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu. Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan struktur pentadbiran yang baharu diterima pakai yang dikenali sebagai Sistem Pengasingan Kuasa. Melalui sistem ini, badan yang menggubal undang-undang (PARLIMEN) bertindak menjalankan urusan menggubal undang-undang sahaja dan tidak melibatkan diri dalam bidang kehakiman yang dijalankan oleh badan kehakiman dan juga bidang kuasa badan pentadbiran. Badan petadbiran tidak boleh melibatkan diri dalam bidang kuasa badan kehakiman dan badan penrundangan. Dalam konteks Negara Malaysia pada hari ini, konsep pengasingan kuasa ini dilihat melalui tiga bentuk pemerintahan yang utama: (Placeholder1) Badan Eksekutif (Pentadbiran) Menjalankan hal ehwal pentadbiran negara Badan Legislatif (Perundangan) Membentuk undang-undang Badan Judisiari (Kehakiman) Menjalankan proses kehakiman/keadilan
  • 5. 5 5 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Secara asas, walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud, namun pada hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyeluruh memandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, sebahagian daripada badan pentadbiran juga terlibat dalam kuasa menggubal undang-undang. Dalam bidang kehakiman pula, Perdana Menteri bertanggungjawab memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengenai calon yang layak untuk dilantik sebagai Hakim setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara. Perdana Menteri yang juga sebahagian daripada Ahli Dewan Rakyat bertanggungjawab membentuk undang-undang bersama menteri-menteri yang lain. Berbanding di Amerika Syarikat, pengasingan kuasa secara teori dijalankan sepenuhnya kerana perlembagaan Negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-undang (Kongres) tidak boleh menjalankan pemerintahan dan tidak mempunyai kuasa kehakiman.
  • 6. 6 6 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 3.0 CARTA ALIR: SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
  • 7. 7 7 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 4.0 YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) Yang di-Pertuan Agong dipilinh oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan Baginda dipilih dalam kalangan Sembilan orang Raja Melayu dari Sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Diatur secara bergilir-gilir dalam tempoh lima tahun sekali. YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan. Tugas Baginda telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang boleh dibahagikan kepada tugas rasmi dan kuasa budi bicara 4.1 TUGAS YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) 1.1.1. KETUA BADAN PENTADBIRAN Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong berhak mendapatkan maklumat berkenaan pemerintahan Persekutuan daripada Jemaah Menteri. 1.1.2. KETUA BADAN PERUNDANGAN Memanggil Parlimen bersidang dari semasa ke semasa. Disamping itu, memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen. Selain itu, memperkenalkan Rang Undang-undang. 1.1.3. KETUA BADAN KEHAKIMAN Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi sebagai Persuruhjaya kehakiman. Seterusnya, memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66 tahun. Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa pengampunan dan menangguhkan hukuman seperti kesalahan yang dibicarakan di Mahakamah Tentera. Selain, itu kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. 4.2 PERKARA YANG DILARANG SEBAGAI YDPA Antara perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA ialah Baginda tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri Baginda, kecuali tugas-tugas Baginda sebagai ketua agama islam. Baginda juga tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa-apa juga perusahan khususnya yang mendatangkan pendapatan. Disamping itu, Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginya ada apa-apa saran.
  • 8. 8 8 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.0 DOTRIN PENGASINGAN KUASA 5.1 BADAN PENTADBIRAN Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. 5.1.1 SEJARAH Sejarah pengenalan Jemaah Menteri bermula pada tahun 1951 melalui penubuhan kabinet mini yang dinamakan Sistem Ahli(Member System). Penubuhan sistem ahli ini adalah hasil usaha Dato’ Onn Ja’afar supaya orang tempatan terlibat dalam pentadbiran koloni sebagai langkah untuk menuju kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. Dalam sistem ahli, seseorang yang dilantik adalah ibarat seorang menteri kerana beliau memainkan peranan yang sama. Beberapa buah jabatan akan diletak di bawah kawalan seorang ahli. Oleh kerana Sistem Ahli diwujudkan di bawah pemerintahan penjajah dan bukannya bagi sebuah negara merdeka, maka semua ahli bertanggungjawab secara langsung kepada Persuruhjaya Tinggi British. Sistem Ahli ini berakhir pada Ogos 1955 apabila pilihanraya umum pertama diadakan pada bulan Ogos 1955. Selepas pilihanraya 1955, sebuah kerajaan baru telah dibentuk dimana Parti Perikatan (antara UMNO, MCA, MIC) telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan seiring dengan itu lahir pula sebuah kabinet moden pramerdeka Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kabinet yang dibentuk pada ketika itu merupakan kabinet pertama selepas Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan. Seterusnya, sistem kabinet ini berlanjutan sehingga ke hari ini.
  • 9. 9 9 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.1.2 PERLANTIKAN KABINET / JEMAAH MENTERI KINI Kabinet atau Jemaah menteri adalah yang melaksanakn kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi kabinet adalah tugas yang dilaksanakan oleh jentera pentadbirankerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan Pusat. Kabinet ini akan mengandungi seorang Perdana Menteri dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian (portfolio) masing-masing. Namun begitu, ada juga menteri-menteri yang memegang lebih daripada satu portfolio. Misalnya Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Yang Anat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Dalam Perlembagaan memperuntukkan perlantikan ahli Jemaah Menteri iaitu:  Perkara 43(1) )Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ahli-ahli Jemaah Menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati Baginda dalam menjalankan tugasnya.  Perkara 43(2[a]) Perlembagaan Persekutuan pula memperutukkan YDPA dikehendaki melantik terlebih dahulu seorang Perdana Menteri yang pada pendapat baginda akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat). Perdana Menteri akan mngetuai Jemaah Menteri yang akan dilantik oleh baginda kemudiannya.  Perkara 43(2[b]) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa baginda akan melantik menteri-menteri dari kedua-dua Dewan (Rakyat dan Negara) atas nasihat Perdana Menteri.
  • 10. 10 10 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.1.3 PERDANA MENTERI 5.1.3.1 KETUA JEMAAH MENTERI Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri.Ini bermakana beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli kabinet. Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaaah Menteri yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat (apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu). Dalam sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan, pilihan seorang Perdana Menteri mngenai siapa yang patut dilantik agak terbatas kerana beliau perlu mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini. Walau apa sekalipun cara seorang itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri, seorang yang dilantk tetap akan setia kepada Perdana Menteri kerana perlantikan itu merupakan hak atau prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan bertambah dengan setiap perlantikan. 5.1.3.2 KETUA PENTADBIR UTAMA Perdana Menteri juga memainkan peranannsebagai ketua pentadbir utama Negara. Ini kerana dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kemeterian) diturunkan dari pemeritahan yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir Negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang agak mendadak dan menyeluruh, yang bertujuan:  Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam  Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam.  Merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta. Antara dasar dan program yang dimasukkan adalah Dasar Penswastaan. Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pandang ke Timur, dan Penggunaan Perakam Waktu. Bukanlah mudah untuk meperkenalkan dasar dan program yang ditujukan khas untuk mengubah institusi dan sikap di kalangan pegawai perkhidmatan awam yang sudah tertanam sebelum itu. Tetapi kejayaan dan penrimaan dasar dan program itu menunjukkan kebijaksanaan, kualiti kempipinan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir utama Negara.
  • 11. 11 11 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.1.3.3 KETUA PARTI PEMERINTAH Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik. Dalam sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Oleh yang demikian, ketua parti UMNO (atau Perikatan yang dipimpin oleh UMNO) dilantik sebagai Perdana Menteri dan dijemput untuk menubuhkan kerajaan. Semenjak tahun 1957, perlantikan seorang Perdana Menteri berjalan dengan lancar kerana UMNO atau parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah berjaya memenagi pilihanraya umum Parlimen dengan majoriti yang jelas. Kepelbagaian parti yang menganggotai Barisan Nasional juga memberi batas-batas tertentu kepada seorang Perdana Menteri. Satu
  • 12. 12 12 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2 BADAN PERUNDANGAN Sistem perundangan di tanah air telah melalui satu proses yang panjang. Sebelum kedatangan Barat lagi, masyarakat Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem perundangan sendiri. Dalam hal ini, negeri-negeri di Tanah Melayu menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Udang-undang Adat Bumiputera. Pada era tradisional, terdapat dua kategori perundagan Melayu yang berasaskan dua sistem adat, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Undang-undangTradisional Undang-undangAdatmelayu (SemenanjungMalaysia) AdatPerpatih (Masyarakat Matrilineal) AdatTemenggung (Masyrakat Patrilineal) Undang-undangAdat Bumiputera (Sabahdan Sarawak)
  • 13. 13 13 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Semasa kedatangan Islam terus memperkukuhkan hukum adat ini dan menjadi teras kepada pembentukan undang-undang bertulis. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka di mana Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah menjadi asas kepada kuasa perundangan di Melaka. Setelah kedatangan British, peranan undang-undang tempatan telah banyak mengalami perubahan. Undang-undang Inggeris telah digunakan secara meluas, terutama Common Law dan kaedah-kaedah Ekuiti. Secara keseluruhannya, Undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada Lima punca utama, iaitu:  Ungang-undang bertulis, iaitu perlembangaan dan perundangan persekutuan dan Negeri  Keputusan –keputusan Mahkamah  Undang-undang Inggeris  Undang-undang Islam  Undang-undang Adat
  • 14. 14 14 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.1 PERINGKAT PERSEKUTUAN Hari ini, kerajaan Malaysia memberi mandat kepada parlimen sebagai badan perundangan Negara. Prosedur atau peringkat badan perundangan persekutuan boleh difahami melalui (carta 1.1) Dalam melaksanaka kuasa Legislatif atau perundagan, Parlimen memainkan peranan yang amat penting. Fungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang Undang-undang dijalankan struktur Parlimen Malaysia mengandungi komponen seperti: Yang di- pertuan Agong Majlis Raja-raja Parlimen Parlimen Dewan Negara Dewan Rakyat
  • 15. 15 15 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.2 PARLIMEN Parlimen ialah badan perundagan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang- undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan pembelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan parlimen menjalankan tanggujawab sepenuhnya dan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” kepada ahli parlimen. Setiap dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar didalam mana-mana mahkamah;dan setiap Dewan boleh mengenakan hukuman keatas perlanggaran hak keistimewaan atau menghina (contempt) didalam Dewan tersebut. Di dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa Peruntukkan kuasa perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 4 Keistimewaan Parlimen Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen ataupun mana-mana Jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana -mana mahkamah.tidak boleh seorang pun didakwa bagi apa-apa yang diucapkan atau apa-apa undi yang diberikan oleh ahli Parlimen semasa pengambilanbahagain dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlangsung dalam sidang Parlimen. Walau bagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya, dimana Akta Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yang berkuat kuasa mulai 10 Mac 1971 menyekat kebebasan seeorang individu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam hal ini juga, mana-mana ahli Parlimen yang cuba menimbulkan isu-isu sensitive boleh juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat Nombor 45, 1970.seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa juga diterbitkannya dalam mana-mana Majlis Parlimen.
  • 16. 16 16 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.3 DEWAN NEGARA Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada fasal (1) Perkara 45,Perlembagaan Persekutuan, iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli (senator) pada satu-satu masa, dengan kadarnya seperti berikut: (a) Dua orang ahli bagi setiap Negeri yang dipilih mengikut Jadual Ketujuh. (b) Dua orang ahli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. (c) Empat puluh orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. (d) Empat orang ahli dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah: (a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 30 tahun (c) Sempurna akal (d) Bukan seorang muflis Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak boleh berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khimat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing dalam perdagangan, industri, pertanian,aktiviti kebudayaan atau khimat sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah dihadapan yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
  • 17. 17 17 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.4 DEWAN RAKYAT Dewan Rakyat hari ini dianggotai oleh seramai 222 orang ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir kerajaan Negara. Kelayakkan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berkenaan: (a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun (c) Sempurna akal (d) Bukan seorang muflis (e) Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiapnahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan pempertahankan Perlembagaan. Dalam bidang perundagan, Parlimen berkuasa membuat undang-undang yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia menerusi perkara 66-68, Bab 5, Bahagian 4. Antara fungsi Parlimen ialah: (a) Kuasa perundagan, iaitu kuasa membuat, meminda/ memansuhkan undang-undang. (b) Mengenakan cukai-cukai baharu,tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai. (c) Meluluskan belanjawan Negara bagi satu-satu tahun tertentu.
  • 18. 18 18 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.5 3 PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN Proses penggubalan dan peringkat-peringkat kelulusan undang-undang yang dilalui pada rajah 1.2 . Parlimen menpunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang serta yang telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Segala rang undang-undang yang hendak diluluskan perlu dimulakan dalam salah satu dewan, kecuali rang undang-undang yang berkaitan kewangan mesti dimulakan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat berkuasa dalam hal ehwal kewangan. Setiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen akan melalui empat peringkat sebelum diluluskan, iaitu: (a) Bacaan pertama (b) Bacaan kedua (c) Pembincangan peringkat jawatankuasa (d) Bacaan ketiga
  • 19. 19 19 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Rang undang-undng Dewan Rakyat Bacaan kali pertama bacaan tajuk panjang Bacaankali kedua prinsip-prinsip rang undang-undang dibahaskan. peringkat Jawatanuasa perbahasanspesifik mengenai semua fasal,jadual dan pendahuluan rang undang- undang Bacaan Ketiga Undian kali kedua Dewan Negara Undang-undang Diwarta dan dicetak Pekenan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Bacaan kali ketiga Undian utkkali kedua PeringkatJawatankuasa perbahasanspesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rangundang-undang Bacaan kali kedua Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan Bacaan kali Pertama Bacaan tajuk panjang
  • 20. 20 20 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Setelah undang-undang ini melalui empat peringkat, iaitu di Dewan Rakyat, yang sesuatu rang undang-undangtersebut akan dikemukakan di Dewan Negara. Jika rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara , rang tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di- Pertuan Agong, Rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang atau akta setelah mendapat pekenan Yang di-Pertuan Agong dan Baginda akan menurunkan Cop Mohor Besar. Selepas itu, rang undang-undang tersebut akan diwartakan sebagai undang-undang dalam Warta Kerajaan. Sekiranya sesuatu undang-undang itu tidak diperkenankan oleh Yang di- Pertuan Agong, rang undang-undang tersebut akan dibahaskan semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua. Namun, sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak juga memperkenankannya, perkara 66 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari, rang undang-undang tersebut akan dianggap sudah diperkenan oleh Baginda 4 Keistimewaan Parlimen Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen ataupun mana-mana Jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana -mana mahkamah.tidak boleh seorang pun didakwa bagi apa-apa yang diucapkan atau apa-apa undi yang diberikan oleh ahli Parlimen semasa pengambilanbahagain dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlangsung dalam sidang Parlimen. Walau bagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya, dimana Akta Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yang berkuat kuasa mulai 10 Mac 1971 menyekat kebebasan seeorang individu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam hal ini juga, mana-mana ahli Parlimen yang cuba menimbulkan isu-isu sensitive boleh juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat Nombor 45, 1970.seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa juga diterbitkannya dalam mana-mana Majlis Parlimen.
  • 21. 21 21 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.6 PERINGKAT NEGERI kuasa perundagan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundagan Negeri. Badan Perundagan Negeri mengandungi Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri. Keanggotaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seksyen Seksyen 4, Jadual 8, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan DUN mestilah mengandungi sebilangan ahli yang dipilih. Peranan Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri sebagai pihak berkuasa perundangan hanya akan hadir pada masa-masa yang khas sahaja seperti pembukaan DUN. Tugas utama Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Negeri adalah untuk memanggil DUN, supaya bermesyuarat, memberhentikan dan membubarkannya. Dalam hal ini, Raja/Sultan/ Yang di-Pertuan Negeri tidak boleh membiarkan jarak enam bulan antara persidangan yang terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan dalam mesyuarat pertamanya dalam penggal seterusnya. Selain itu, Raja/Sultan/Yang di- Pertua Negeri juga bertindak memberikan persetujuan kepada undang-undang negeri yang telah diluluskan oleh DUN. Kelakyakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelayakkan seorang ADUN ialah seeorang yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin tetap di negeri berkenaan. Perkara ini juga terpakai untuk negeri Sabah dan Sarawak. Antara perkara yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi ahli DUN adalah: (a) Didapati/ diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal. (b) Seorang yang bankrap yang belum dilepaskan. (c) Memegang jawatan berpendapatan. (d) Setelah dinamakan untuk pilihan raya bagi mana-mana satu, Parlimen atau bagi DUN atau setelah bertugas sebagai ejen pilihan raya, ahli tidak menghantar apa-apa penyata pembelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dalam tempoh masa yang ditetapakan. (e) Disabitkan dengan satu kesalahan oleh sesebuah mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM5000, dan tidak keampunan. (f) Kehilangan kelayakkan dibawah mana-mana undang-undang mengenai kesalahan berkenaan dengan pilihan raya bagi mana-mana satu Parlimen atau bagi DUN. (g) Sengaja memperoleh kewarganegaraan Negara asing. Seseorang tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih dari satu kawasan Pilihan Raya pada satu masa. DUN akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya. Selepas itu, ia akan terbubar dengan sendirinya. Apabila DUN dibubarkan, suatu pilihan raya peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh masa 60 hari dalam masa semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak. Dewan yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat dari 120 hari daripada tarikh pembubaran tersebut. Sesuatu kekosongan luar jangkaan juga mesti dipenuhi dalam tempoh masa 60 hari di semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.
  • 22. 22 22 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.2.7 MENJALANKAN KUASA PERUNDANGAN Kuasa DUN adalah meluluskan undang-undang dan dipersetujui oleh Raja/Sultan/Ynag di- Pertua Negeri. Perkara 72, Fasal (1) hingga (5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan keistimewaan DUN, Seperti yang termaktub didalamnya di dalam fasal (1),(2) dan (3): (1) Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana DUN tidak boleh dipersoal dalam mana -mana mahkamah. (2) Tiada seseorang pun boleh dikenakan dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana DUN atau mana-mana jawatankuasanya. (3) Tiada seseorang pon boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa jua penbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan dengan atau dibawah kuasa mana-mana Dewan Negeri. Pindaan Perlembagaan Negeri Peruntukkan yang terkandung dalam perlembagaan berkenaan warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar pemerintah dan pembesar adat Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundagan Negeri. Peruntukan-peruntukan lain perlembagaan bagi sesebuah negeri yang mempunyai Raja dan mempunyai mana-mana peruntukan perlembagaan sesebuah negeri yang tidak mempunyai raja, tertakluk kepada sekatan-sekatan; boleh dipinda dengan oleh undang-undang negeri,tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa, cara lain sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada perlembagaan negeri selain: (a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundagan negeri. (b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukan yang perlu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sesetengah Perlembagaan Negari berkehendakkan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap perkara-perkara berikut: (a) Pelantikan dan sifat-sifat waris takhta permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli- ahli Jemaah Pemangku Raja Negari. (b) Pemecatan, penarikkan diri dan penurunan tahkta raja/waris. (c) Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu serta ahli-ahli majlis penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya. (d) Hal mengenakan, mengatur, mengesah, melucut pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran, kurniaan adat Melayu, sifat-sifat bagi pemegangnya dan mengadakan peraturan mengadakan peraturan mengenai balai diraja serta istana.
  • 23. 23 23 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.3 BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI) . Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam perkara 121 perlembagaan persekutuan Malaysia. BADAN KEHAKIMAN MEMPUNYAI KUASA ; . Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. .Menentukan kesasihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksanaan. . Mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri.
  • 24. 24 24 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.3.1 KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN . Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan badan perundangan kebebasan badan kehakiman dapat dilihat daripada perkara-perkara berikut: .Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung / Hakim Mahkamah Tinggi ) setelah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badannya uzur) atau sebab-sebab lain yang boleh memberi kesan kepada ke atas tugasnya barulah boleh dipecat .Pemecatan ini pula perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat perdana menteri) yang mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara komanvel. .Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh akta parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada kumpulan wang yang disatukan. .Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah. .Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis parlimen kecuali perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli dewan rakyat atau dewan negara tersebut.
  • 25. 25 25 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.3.2 PELANTIKAN HAKIM .Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-pertuan Agong setelah berunding dengan majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada perdana menteri .Sebelum pelantikan dibuat , Perdana menteri juga perlu berunding dengan ketua hakim negara. . Dalam pelantikan hakim besar tanah Malaysia, beliau harus berunding dengan dua orang hakim besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam sosial pelantikan hakim besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia. . Bagi pelantikan hakim Mahkamah Agong, beliau harus berunding dengan dua orang hakim besar manakala pelantikan hakim Mahkamah Tinggi, beliau perlu berunding dengan hakim besar mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada ketua hakim negara. . Hakim mahkamah seksyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan besar hakim. Majistret kelas pertama bagi Malaysia dilantik Yang di-Pertuan Agong manakala , pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan hakim besar. . Majistret kelas kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri- negeri dilantik oleh sultan/Raja/Gabenor tanpa hakim besar.
  • 26. 26 26 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.3.3 SISTEM DAN CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA .Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan . Mahkamah persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas. . Mahkamah negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak). STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN NEGARA MAHKAMAH MAHKAMA H PERSEKUTU AN MAHKAMAH NEGERI MAHKAMA H ATASAN MAHKAM AH RENDAH MAHKAM AH KHAS MAHKAM AH SYARIAH MAHKAM AH ADAT (Sabah DAN Sarawak)
  • 27. 27 27 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 MAHKAMAH PERSEKUTUAN 1)Mahkamah Atasan -Mahkamah Agong - Mahkamah Rayuan - Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo 2) Mahkamah Rendah -Mahkamah Sesyen -Mahkamah Juvana -Mahkamah Majistret Kelas I dan II -Mahkamah Tuntutan Kecil -Mahkamah Penghulu 3) Mahkamah Khas -Mahkamah Tentera -Mahkamah Pengusahaan -Mahkamah Buruh -Mahkamah Khas Raja-Raja -Mahkamah Negeri MAHKAMAH NEGERI 1) Mahkamah Syariah -Mahkamah Syariah Rayuan -Mahkamah Tinggi Syariah 2) Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak) -Mahkamah Adat Daerah -Mahkamah Pegawai/Ketua Adat -Mahkamah Penghulu
  • 28. 28 28 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Jenis-Jenis Mahkamah Mahkamah Peranan 1) Mahkamah Agung -Merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia -Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan -Mempunyai kuasa untuk pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan -Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri -Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan mahkamah Tinggi -Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan jenayah -Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini 2) Mahkamah Rayuan -Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja -Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000 -Kes-kes jenayah dirujuk di sini juga meliputi kes yang telah dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tinggi 3) Mahkamah Tinggi -Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia -Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah -Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat,perkahwinan serta penceraian bagibukan Muslim dan kemuflisan -Mempunyai kuasa mendengar kes-kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM25,000 -Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai dendanya tidak memebihi Rm25 -Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan 4) Mahkamah Sesyen -Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah 5) Mahkamah Juvana -Membicarakan kes-kes jenyah bagi mereka yang berumur antara 10 tahun hingga 18 tahun -Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun -Perbicaraan dilakukan secara tertutup 6)Mahkamah Majistert Kelas 1 -Membicarakan kes-kes jenayah dan sivil -kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda 7)Mahkamah Majistret -Kes jenayah , iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan
  • 29. 29 29 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Kelas 2 oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM 1,000 atau kedua-keduanya sekali -Kes sivil , iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihan RM 3,000 8) Mahkamah Tuntutan Kecil -Membicarakan kes tunturan yang tidak melebihi RM3,000 9) Mahkamah Penghulu -Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah -Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah -Dikendalikanoleh penghulu sesuatu mukim -Kes sivil, iaitu tidak melibatkan tuntutan nilai tidak melebihi RM50 -Kes jenayah, iaitu melibatkan denda sebanyak RM25 sahaja -rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret 10) Mahkamah Tentera -Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera -Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah -Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, yidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya -Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong -Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi 11) Mahkamah Khas Raja-raja -Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah dilakukan dalam Persekutuan -Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelelah mendapat keizinan Peguam Negara 12) Mahkamah Syariah -Untuk mengadili umat Islam -Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah -Kes sivil iaitu nafkag dan tanggungan perkahwinan, penceraian, wasiat,wakaf,pembahagian harta dan sebagainya -Kes jenayah iaitu berjudi, zina , tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat , penderaan isteri atau anak , minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat fitrah -Kesalahan besar akan dibicarakan di mahkamah tinggi syariah, manakala kesalahan kecil akan dibicarakan di mahkamah rendah syariah 13) Mahkamah Adat -Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak -Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum , adat perkahwinan , undang-undang adat , adat-adat keagamaan dan sebagainya
  • 30. 30 30 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 5.3.4 SAKSI-SAKSI KEHAKIMAN
  • 31. 31 31 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 6.0 PENUTUP Corak pemerintahan Malaysia telah ditentukan menerusi Pelembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pentadbiran (eksukutif) dan Badan Kehakiman (judisiari). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan Negara disebut sebagai Doktrin Pengasingan Kuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18. Menurut Ranjit Sigh Malhi(2000), idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemrintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tana sebarang pertindihan. Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenarkan menjalankan pemerintahan Negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Perjalan pentadbiran kerajaan bertambah lancer dan teratur dengan peranan yang dimainkan oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik mewakili portfolio masing-masing
  • 32. 32 32 PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 7.0 RUJUKAN Bibliografi Abdullah@Razali, N. m. (2016 ). Pengajian Malaysia. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd. Jawan, A. A. (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Mardiana Nordin. (1972). Pengajian Malaysia. Malaysia: Oxford Fajar. Yunus, M. S. (2002). Pengajian Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.