Perumpamaan Maksud
Bagai air titik ke batu Sukar memberikan nasihat kepada orang yang
degil
Bagai aur dengan tebing Saling bekerjasama
Bagai Belanda meminta tanah Orang yang tamak
Bagai dihiris dengan sembilu Sangat pedih rasa hati
Bagai enau dalam belukar Orang yang mementingkan diri sendiri
Bagai inai dengan kuku Persahabatan yang erat
Bagai kucing kehilangan anak Keadaan yang tidak tentu arah
Bagai lebah menghimpun madu Amat rajin
Bagai lidah biawak Kata-kata yang tidak boleh dipercayai
Bagai melepaskan batuk di tangga. Membuat kerja dengan sambalewa
Bagai pinang dibelah dua. Pasangan yang sepadan
Ibarat abu di atas tunggul Kedudukan yang tidak tetap dan pada bila-
bila masa akan dipecat
Ibarat anak ayam kehilangan ibu Rakyat menjadi susah kerana kehilangan
pemimpin
Ibarat anjing kepala buruk Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat
Ibarat burung, mata lepas badan terkurung Tiada kebebasan walaupun mengecap
kemewahan
Ibarat mencurah air ke daun keladi Perbuatan yang tidak berfaedah
Ibarat telur semangkuk, pecah sebiji pecah
semua
Jika seorang ahli kumpulan mendapat susah,
yang lain turut merasainya
Laksana bulan dipagar bintang Sangat cantik
Laksana bunga dedap, merah ada berbau
tidak
Seseorang yang elok rupa parasnya tetapi
tidak berbudi bahasa.
Laksana kapur dengan kunyit Serasi atau rapat sekali
Laksana menatang minyak yang penuh Melayan dengan sangat baik
Laksana pokok kayu tidak berbuah Ilmu yang tidak diamalkan
Seperti anjing dengan bayang-bayang Bersikap tamak
Seperti anjing dengan kucing Dua orang yang akan bergaduh apabila
bertemu
Seperti api dalam sekam Perbuatan jahat secara tersembunyi
Seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang
Kehidupan yang miskin
Seperti cincin dengan permata Pasangan atau sesuatu yang amat sepadan
Seperti katak di bawah tempurung Orang yang cetek pengetahuan
Seperti rusa masuk kampung Tercengang-cengang
Umpama isi dengan kuku Hubungan yang rapat
Umpama kacang lupakan kulit Tidak mengenang jasa
Umpama kumbang putus tali Bebas daripada kesulitan
Umpama tebu, habis manis sepah dibuang. Seseorang yang ditinggalkan akibat
kecantikan atau keistimewaannya telah
hilang.

Perumpamaan.pdf

  • 1.
    Perumpamaan Maksud Bagai airtitik ke batu Sukar memberikan nasihat kepada orang yang degil Bagai aur dengan tebing Saling bekerjasama Bagai Belanda meminta tanah Orang yang tamak Bagai dihiris dengan sembilu Sangat pedih rasa hati Bagai enau dalam belukar Orang yang mementingkan diri sendiri Bagai inai dengan kuku Persahabatan yang erat Bagai kucing kehilangan anak Keadaan yang tidak tentu arah Bagai lebah menghimpun madu Amat rajin Bagai lidah biawak Kata-kata yang tidak boleh dipercayai Bagai melepaskan batuk di tangga. Membuat kerja dengan sambalewa Bagai pinang dibelah dua. Pasangan yang sepadan Ibarat abu di atas tunggul Kedudukan yang tidak tetap dan pada bila- bila masa akan dipecat Ibarat anak ayam kehilangan ibu Rakyat menjadi susah kerana kehilangan pemimpin Ibarat anjing kepala buruk Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat Ibarat burung, mata lepas badan terkurung Tiada kebebasan walaupun mengecap kemewahan Ibarat mencurah air ke daun keladi Perbuatan yang tidak berfaedah Ibarat telur semangkuk, pecah sebiji pecah semua Jika seorang ahli kumpulan mendapat susah, yang lain turut merasainya Laksana bulan dipagar bintang Sangat cantik Laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak Seseorang yang elok rupa parasnya tetapi tidak berbudi bahasa. Laksana kapur dengan kunyit Serasi atau rapat sekali Laksana menatang minyak yang penuh Melayan dengan sangat baik Laksana pokok kayu tidak berbuah Ilmu yang tidak diamalkan Seperti anjing dengan bayang-bayang Bersikap tamak Seperti anjing dengan kucing Dua orang yang akan bergaduh apabila bertemu Seperti api dalam sekam Perbuatan jahat secara tersembunyi Seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Kehidupan yang miskin Seperti cincin dengan permata Pasangan atau sesuatu yang amat sepadan Seperti katak di bawah tempurung Orang yang cetek pengetahuan Seperti rusa masuk kampung Tercengang-cengang Umpama isi dengan kuku Hubungan yang rapat Umpama kacang lupakan kulit Tidak mengenang jasa Umpama kumbang putus tali Bebas daripada kesulitan Umpama tebu, habis manis sepah dibuang. Seseorang yang ditinggalkan akibat kecantikan atau keistimewaannya telah hilang.