Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Peralatan
1. PERALATAN
Peralatan utama ialah sebuah meja yang dijadikan gelanggang atau
tempat bermain.
Selain itu, permainan ini memerlukan sebiji bola ping pong, bet, 2
atau 4 orang pemain dan jaring.
MEJA
1. Permukaan meja hendaklah berbentuk segiempat tepat dengan
ukuran 2.74m panjang dan 1.525m lebar serta berada pada kedudukan
76cm daripada lantai yang mendatar.
2. Permukaan permainan termasuk semua sempadan pada
permukaan atas tetapi tidak termasuk bahagian tepi meja di
bawah aras permukaan permainan.
3. Permukaan permainan boleh diperbuat daipada sebarang bahan
yang dapat menghasilkan lantunan purata setinggi 23cm apabila
bola ping pong dijatuhkan daripada setinggi 30cm di atasnya.
4. Permukaan permainan hendaklah dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama saiznya oleh sebuah jaring.
5. Untuk permainan beregu, setiap gelanggang hendaklah
dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiz antara tepid an
kanan oleh garis tengah setebal 3cm. Ia juga hendaklah selari
dengan garis tepi. Garis tengah ini termasuk sebagai sebahagian
daripada kanan gelanggang.
JARING
1. Jaring diletakkan pada pembahagi tengah meja memisahkan
permukaan permainan kepada dua bahagian sama selari dengan
garis belakang.
2. Permukaan permainan hendaklah dibahagikan menjadi dua
gelanggang yang sama saiznya oleh yang dipasang selari
dengan garis belakang
2. 3. Jaring disokong oleh penyokong pada kedua-dua hujungnya pada
ketinggian 15.25cm.
BOLA PING PONG
1. Bola ping pong hendaklah berdiameter 38mm dan beratny 2.5g.
2. Hendaklah diperbuat daripada bahan seluloid atau bahan plastic
yang sama serta berwarna putih, kuning atau oren.
3. Harus tercatat grednya yang dilambangkan menerusi jumlah
bintang.
BET
1. Penggunaannya adalah mengikut kesesuaian saiz, berat dan bentuk.
2. Bahagian pemukul hendaklah keras dan leper.
3. Bahagian yang berdekatan dengan pemegang dibiarkan kosong
tanpa pelalpik.
4. Pada bahagian pemukul bet, sekurang-kurangnya 85% hendaklah
diperbuat daripada kayu asli. Terdapat lapisan yang dilekatkan
pada bahagian ini yang diperbuat daripada bahan-bahan fiber
seperti karbon atau gelas fiber.