SlideShare a Scribd company logo
SIRAH
Disusun Oleh:
Wan Salsa Biila bt Wan Norudin
Pensyarah IPGKPT
ISI
KANDUNGAN
•Pengertian Sirah
• - Sirah VS Sejarah
•Kepentingan mempelajari sirah saw. :
• - Cinta Rasul
• - Memahami Islam secara
menyeluruh
• Penghayatan sunah Rasulullah saw.
• - Berdakwah
• - Kehidupan peribadi
• Penghayatan sunah Rasulullah saw.
• - Kehidupan berkeluarga
• - Bernegara
2
PENGENALAN SIRAH
3
SIRAH
4
• Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As
Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah
laku. Menurut istilah umum pula, ianya membawa maksud perincian
hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang.
• Para ulama pula bersepakat menyatakan bahawa apa yang
dimaksudkan dengan as-Sirah an-Nabawiyah ialah rakaman sejarah
hidup Rasulullah S.A.W yang komprehensif dan kini sudah menjadi
satu nama atau istilah daripada disiplin ilmu yang tersendiri.
SIRAH
5
• Pada dasarnya sirah memperbahaskan 3 keadaan utama iaitu :
• 1. Sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W sejak tanda-tanda kenabian
(sejak lahir) sampai wafatnya.
• 2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad
bersama beliau.
• 3. Sejarah penyebaran cahaya Islam yang dimulai turunnya Al ‘Alaq di
Gua Hira sampai berduyun-duyun umat manusia di Jazirah Arab
memasuki Islam.
SIRAH
6
• Sirah dalam konteks kehidupan Rasulullah S.A.W bermaksud perincian
perjalanan hidup Rasulullah S.A.W itu sendiri bermula dari baginda
dikandung oleh ibunda baginda sehingga saat kewafatan baginda
S.A.W.
• Kata kunci yang boleh dipegang ialah pengajian sirah bukan sahaja
mengkaji peristiwa dan mengabaikan pengajaran yang terdapat di
dalamnya sebaliknya pengajian ini lebih kepada meletakkannya
sebagai asas dan panduan dalam hidup.
SIRAH VS SEJARAH
• Saraha bermaksud
perjalanan hidup.
• Kajian tertumpu kepada
perjalanan dan kisah
hidup Nabi Muhammad
SAW. Kajian juga
menekankan sifat
peribadi dan akhlak
junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW serta
cara baginda menjalani
kehidupan seharian
yang boleh diteladani
• Syajarah ataupun
syajaratun bermaksud
pokok.
• Kajian mengenai
peristiwa-peristiwa
yang dianggap penting
yang berlaku pada masa
lampau. Lebih
berfokuskan kepada
perkembangan
peradaban ataupun
tamadun sesuatu zaman
yang boleh dijadikan
iktibar dan pengajaran
7
Takrif
Bidang kajian
SIRAH VS SEJARAH
• Al-Quran, as-Sunnah.
• Khusus mengenai
kajian seseorang
individu iaitu
Rasulullah SAW.
• Tidak boleh berubah
kerana terdapat
peristiwa yang telah
tercatat di dalam al-
Quran dan as-Sunnah
• Primer, Sekunder,
Lisan.
• Umum mengenai
peristiwa-peristiwa
penting masa lampau.
• Fakta boleh berubah
dengan adanya
sumber ataupun bukti
yang lebih awal atau
jelas dari sumber
sebelumnya.
8
Sumber kajian
Sifat
Kedudukan fakta
Kenapa perlu mempelajari
sirah SAW ?
CINTA RASUL
10
❑ Cinta Rasulullah adalah kasih
sayang dan penghormatan
yang diberikan kepada Nabi
Muhammad SAW.
❑ Cinta Rasulullah juga dapat
diertikan sebagai mencintai
seseorang karena Allah SWT.
❑ Dalam Islam, cinta Rasulullah
merupakan bagian dari iman
dan merupakan tanda
kecintaan kepada Allah SWT.
❑ Cinta Rasulullah adalah kasih
sayang dan penghormatan
yang diberikan kepada Nabi
Muhammad SAW.
❑ Cinta Rasulullah juga dapat
diartikan sebagai mencintai
seseorang karena Allah SWT.
❑ Dalam Islam, cinta Rasulullah
merupakan bagian dari iman
dan merupakan tanda
kecintaan kepada Allah SWT.
DALIL CINTA RASUL
11
Allah turut berfirman: “Katakanlah
(wahai Muhammad), jika benar
kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi
kamu serta mengampunkan dosa-
dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”. (Surah Ali-Imran,
ayat 31).
Dalam hal ini, Rasulullah SAW
bersabda: “Tidak sempurna
keimanan seseorang antara kalian
hingga dia lebih mencintai aku
daripada kedua-dua orang tuanya,
anaknya dan manusia semuanya.”
(Hadis riwayat Bukhari)
MEMAHAMI ISLAM SECARA
MENYELURUH
12
❑ ISLAM merupakan agama atau sistem
hidup yang menyeluruh.
❑ Setiap aturan berkaitan dengan
semua aspek dan bidang kehidupan
umat manusia, daripada sebesar-
besar perkara hinggalah sekecil-
kecilnya.
❑ Kehidupan manusia lengkap meliputi
aspek akidah, ibadat, akhlak,
ekonomi, politik, kemasyarakatan,
kesihatan, kebudayaan, bahasa, seni,
pengetahuan, hubungan
antarabangsa, alam sekitar, falsafah,
sains, undang-undang dan
sebagainya.
❑ Dalil Islam sebagai agama yang kekal,
bersifat umum dan menyeluruh :
"Dan kami tidak mengutuskan kamu
melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita
dan sebagai pemberi peringatan."
(Saba: 28)
❑ Dalil al-Quran yang diturunkan
kepada manusia sebagai pelengkap
dan penerang atas sesuatu perkara
yang menjadi kemusykilan.
"Dan Kami turunkan kepadamu al-
Quran untuk menjelaskan tiap-tiap
sesuatu." (Al-Nahl: 89)
PENGHAYATAN SUNNAH
BERDAKWAH
KEHIDUPAN
PERIBADI
KEHIDUPAN
BERKELUARGA
BERNEGARA
13
BERDAKWAH
14
• Allah SWT menciptakan Muhammad sebagai seorang lelaki yang
dipelihara iman dan akhlaknya.
• Wahyu mengarahkan Baginda Rasulullah SAW dan sahabat supaya terus
bertahan dan bersabar dengan segala tindakan orang kafir Quraisy.
Kesabaran yang dituntut hanya semata-mata meyakini lafaz 'La Ilaha
Illallah,' bermaksud 'Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad
Pesuruh Allah.’
BERDAKWAH
15
• Selepas tamat fasa Islam di Makkah akibat pembatalan perjanjian
pemulauan oleh orang kafir dan wahyu Allah SWT yang mengarahkan
orang Islam Makkah berhijrah, bermulalah fasa Islam seterusnya di
Madinah.
• Di Madinah, Rasulullah SAW membentuk masyarakat Madinah supaya
cinta kepada tanah air sendiri dan menghalang segala usaha penjajahan
luar melalui perisytiharan Piagam Madinah.
BERDAKWAH
16
• Antara kandungan piagam ini tidak lain menyatukan orang Islam yang
berhijrah dari Makkah (dipanggil Muhajirin) dan orang Islam Madinah
(dipanggil Ansar), mengisytiharkan hak orang Yahudi dan penyembah
berhala di Madinah sebagai warganegara Madinah serta larangan
mengadakan sebarang hubungan dengan orang Makkah.
• Islam di Madinah tidak mampu tertegak melalui Piagam Madinah
semata-mata apabila orang Yahudi yang memusuhi Islam mewujudkan
kelompok munafik daripada kalangan orang Islam setelah kejayaan
umat Islam dalam pertempuran Badar.
BERDAKWAH
17
• Kelompok munafik yang penuh kepura-puraan sentiasa mencari jalan
menimbulkan permusuhan sesama umat Islam melalui khabar fitnah,
berita palsu dan mengadu domba.
• Perlakuan buruk Yahudi Madinah sampai ke kemuncaknya apabila
mereka mencabul kehormatan seorang wanita Madinah secara tidak
langsung melanggar Piagam Madinah.
• Maka, orang Yahudi ini dihalau dari Madinah dan diperangi dalam
Perang Khaibar.
BERDAKWAH
18
• Dakwah ertinya menyampaikan dan dakwah Islamiah mesti disampaikan
selagi adanya manusia. Rasulullah SAW mengutus sahabat
menyampaikan risalah dakwah mengandungi pengenalan wujudnya
Allah SWT, kemestian tunduk kepada kekuasaan-Nya dan pengakuan
Muhammad sebagai pesuruh Allah.
• Tunjang utama dakwah Islamiah yang diajar oleh Rasulullah SAW dan
diikuti sahabat ialah penegakan akidah yang sahih, iaitu tunduk kepada
kekuasaan Allah SWT dan keyakinan bahawa Muhammad adalah
pesuruh Allah SWT.
BERDAKWAH
19
Daripada Ibn Abbas r.a.: Bahawasanya ketika mengutuskan Mu’az
bin Jabal r.a. ke Yaman, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
engkau akan mendatangi suatu kaum yang memiliki pengetahuan
tentang al-Kitab. Maka hendaklah, yang pertama engkau seru
kepada mereka agar beribadah kepada Allah. Apabila mereka
telah mengenal Allah, maka beritahukanlah kepada mereka
bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu
sehari semalam. Apabila mereka telah mengerjakannya, maka
beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan
kepada mereka zakat yang diambil daripada orang-orang kaya di
antara mereka dan dikembalikan kepada orang-orang miskin di
antara mereka. Apabila mereka telah mentaatinya, maka ambillah
zakat daripada mereka dan hindarilah harta benda yang paling
dicintai oleh mereka.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
KEHIDUPAN PERIBADI
20
• Perkara sunat hanyalah sebahagian kecil daripada sunah Nabi.
• Antaranya, galakan memberikan senyuman ketika bertemu orang lain
kerana ia juga satu sedekah yang memasukkan kegembiraan dalam hati
dan mengeratkan ukhuwah.
• Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya pada (diri)
Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah." (Surah al-Ahzab,
ayat 21)
KEHIDUPAN PERIBADI
21
• Rahsia dan kunci kejayaan Rasulullah SAW
• * Keperibadian yang unggul
• * Akhlak dan perwatakan yang terpuji
• * Pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan
• * Mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan.
KEHIDUPAN BERKELUARGA
22
• Baginda adalah insan yang paling menyantuni ahli keluarganya.
Rasulullah SAW bergurau senda, berlemah lembut dan sentiasa
bertolak ansur dengan mereka.
• Rasulullah SAW menunjukkan kebijaksanaan dan sifat yang baik serta
keindahan akhlak dan kelembutan budi pekerti dalam pergaulan. Sifat-
sifat tersebut telah menimbulkan perasaan cinta sahabat dan ahli
keluarga kepada baginda.
KEHIDUPAN BERKELUARGA
23
• Sa'ad bin Hisyam RA bertanya yang bermaksud: "Wahai Ummul Mukminin,
beritahukanlah kepadaku tentang akhlak Rasulullah SAW! Aisyah
menjawab: "Bukankah engkau telah membaca al-Quran?" Sa'ad menjawab,
'Benar'. Aisyah berkata: "Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah al-Quran."
(Hadis Riwayat Muslim)
• Seseorang perlu meneladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam segenap
aspek kehidupan. Antara aspek paling penting ialah akhlak yang ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW bersama ahli keluarga kerana perkara tersebut
menjadi asas dalam membangunkan masyarakat dan negara.
KEHIDUPAN BERKELUARGA
24
• Rasulullah SAW tidak mengasari ahli keluarga dan menegah, memukul isteri
sebaliknya bertutur dan menegur mereka dengan perkataan yang baik. Di
dalam sebuah hadis daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya maksudnya:
Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: "Apakah pandanganmu
tentang isteri-isteri kami?" Rasulullah SAW menjawab: "Berilah mereka
makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama
seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka." (Hadis
Riwayat Abu Daud)
KEHIDUPAN BERKELUARGA
25
• Rasulullah SAW sangat menyantuni isteri-isteri baginda seperti diceritakan
oleh Anas bin Malik, beliau pernah melihat Rasulullah SAW menyediakan
tempat duduk (lapik tunggangan) buat Safiyyah supaya beliau dapat duduk
dalam keadaan yang selesa. Baginda SAW juga duduk sedikit supaya
Safiyyah boleh memijak lutut (kaki) baginda untuk dia naik ke atas
tunggangannya.
KEHIDUPAN BERKELUARGA
26
• Rasulullah SAW bermain-main dan bergurau senda dengan isteri-isteri dan
cucu-cucu baginda. Aisyah RA berkata: "Aku keluar bersama Nabi sallallahu
'alaihi wasallam dalam sebahagian musafirnya. Ketika itu aku seorang gadis
yang tidak gemuk. Baginda berkata kepada sahabat-sahabat lain: Pergi
dahulu, lalu sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata
kepada ku: "Mari ke sini (baginda mengajak untuk berlumba lari). Aku akan
menewaskanmu. Aisyah berkata: "Lalu aku telah menewaskan baginda. Lalu
baginda mendiamkan diri. Hinggalah tiba pada masa aku sudah menjadi
gemuk dan aku pun sudah terlupa akan hal itu.
KEHIDUPAN BERKELUARGA
27
• Aku telah keluar lagi bersama baginda dalam sebahagian musafirnya. Lalu
baginda berkata kepada orang ramai: Pergi dahulu, lalu sahabat pun
bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata: "Mari ke sini. Aku akan
menewaskanmu." Kali ini, baginda telah menewaskan aku. Baginda pun
ketawa dan berkata: Ini merupakan untuk itu (iaitu balasan untuk kekalahan
sebelum itu)." (Musnad Ahmad)
KEHIDUPAN BERKELUARGA
28
• Di dalam suatu kisah yang lain Imam al-Tabarani menyebut sebuah riwayat
daripada Al-Barra' Bin 'Azin bahawa beliau pernah melihat Saidina Hasan
menunggang Rasulullah SAW semasa solat lalu beliau berkata maksudnya:
"Sebaik-baik tunggangan ialah 'haiwan tunggangan' kalian." Selain itu,
berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah Al-Ansari RA beliau berkata
maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menunaikan solat dalam
keadaan baginda memikul atau mendukung Umamah binti Zainab binti
Rasulillah SAW dan dia merupakan anak kepada Abu Al-'Ash bin Rabi'ah bin
'Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila
baginda berdiri, baginda mendukungnya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
KEHIDUPAN BERKELUARGA
29
• Rasulullah SAW sentiasa bersifat belas kasihan dan prihatin dengan keadaan
insan lain walaupun ketika baginda sedang beribadah. Suatu ketika baginda
hendak memanjangkan bacaan dalam solat, lalu mendengar tangisan anak
kecil, baginda mempercepatkan solat agar tidak menyukarkan ibunya.
Berdasarkan pelbagai kisah yang dinyatakan, jelas kelihatan ketinggian sifat
rahmat dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada cucu, kaum keluarga serta
anak-anak kecil. Sifat tersebut bertepatan dengan matlamat pengutusan
baginda yang menjadi rahmat bagi sekalian alam sebagaimana dinyatakan di
dalam al-Quran surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam."
KEHIDUPAN BERKELUARGA
30
• Seruan agar berbuat baik kepada ahli keluarga ditegaskan dalam hadis
daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sebaik-
baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya dan aku adalah
orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang
daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia
(tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya." (Hadis
Riwayat al-Tirmizi)
BERNEGARA
31
• Michael H. Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential
Persons in History dengan tidak ragu-ragu telah meletakkan Nabi
Muhammad SAW sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah
ketamadunan manusia sejak zaman berzaman.
• “Demi Sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diriRasulullah SAW itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-
Ahzab:21).
BERNEGARA
32
• Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang sangat
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
• Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau perintah
Allah SWT.
• Baginda SAW tidak mengikut gerak hati dalam membuat keputusan untuk
satu-satu perkara bahkan mengikut wahyu Allah SWT.
• Kepimpinan Rasulullah SAW sebagai ketua negara terserlah dan berjaya
ketika memimpin negara Islam Madinah.
BERNEGARA
33
• Baginda SAW telah Berjaya mengubah corak pemerintahan sedia ada kepada
sebuah pemerintahan Islam yang sistematik dan berperlembagaan.
• Antara perkara awal yang dibuat oleh Rasulullah SAW dalam memulakan
negara Islam Madinah ialah mendirikan masjid yang di kenali sebagai Masjid
Nabawi.
• Baginda SAW telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, pusat
pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak
kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan
pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan
Allah SWT dan hubungan manusia sesama manusia
BERNEGARA
34
• Baginda SAW telah mencanangkan perpaduan sebagai agenda dengan
mengambil beberapa langkah penting bagi mengatur masyarakat Madinah
pada ketika itu.
• Baginda SAW telah menyatukan puak-puak Aus dan Khazraj di Madinah yang
sekian lama bersengketa yang kemudiannya dikenali sebagai golongan Ansar.
• Selanjutnya Baginda SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin yang berhijrah
dari Mekah dan Ansar, membuat perjanjian dengan kaum Yahudi Madinah
dan beberapa kaum lagi untuk memastikan persefahaman antara semua ahli
masyarakat terjalin tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama.
BERNEGARA
35
• Sama-sama berganding bahu mentaati Baginda SAW sebagai langkah
membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di negara Islam
Madinah.
• Transformasi negara Islam Madinah dikuatkan lagi dengan termeterainya
Piagam Madinah yang dianggap sebagai perlembagaan pertama
seumpamanya yang membentuk dasar-dasar penting sebuah negara Islam
yang menempatkan penduduk dari pelbagai bangsa dan agama.
BERNEGARA
36
• Piagam ini secara umumnya bertujuan untuk menyusun kehidupan
masyarakat Madinah supaya lebih tersusun aturan hidupnya, bertambah
kukuh perpaduannya dan mampu menghadapi ancaman atau tentangan
dari luar Madinah.
• Piagam ini menampakkan kewibawaan Rasulullah SAW sebagai negarawan
yang bijaksana.
BERNEGARA
37
• Fasa-fasa dalam piagam tersebut telah dirangka sedemikian rupa bagi
menunjukkan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah,
perundangan, pentadbiran keadilan, susunan pertahanan, kedudukan
ketua negara, layanan terhadap orang bukan Islam, jaminan
kemasyarakatan dan pembentukan ummah.
• Rasulullah SAW mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan
kepimpinannya.
BERNEGARA
38
• Abu Hurairah pernah berkata:“Belum pernah ku lihat orang yang paling
banyak melakukan musyawarah dengan teman-temannya sebagaimana
Rasulullah SAW.” Rasulullah SAW mengutamakan mesyuarat dalam setiap
keputusan kepimpinannya.
• Rasulullah SAW telah mengadakan mesyuarat mengenai cara tindakan yang
akan diambil terhadap 70 orang tawanan perang Badar, Saidina Abu Bakar
as-Siddiq mencadangkan supaya tawanan dikenakan tebusan.
BERNEGARA
39
• Saidina ‘Umar al-Khattab pula menyatakan supaya tawanan dibunuh.
Akhirnya Rasulullah SAW mengambil keputusan sesuai dengan pendapat
Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
• Hasil daripada tindakan tersebut, Rasulullah SAW telah memanfaatkan
banyak perkara antaranya menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam
kalangan tawanan perang Badar selain menggunakan al-Qur’an sebagai
sumber pendidikan yang utama dan hadith sebagai sumber pendidikan
kedua.
BERNEGARA
40
• Rasulullah SAW juga seorang pemimpin yang dinamik dan juga sebagai
pemimpin tidak hanya tahu mengarah, tetapi turun padang bersama-sama
para sahabat RA dan masyarakat Madinah yang lain.
• Baginda juga turut serta dalam pelbagai peperangan bersama-sama para
sahabat RA dan bukan hanya menjadi orang yang memerintah sahaja malah
sebagai ketua panglima angkatan tentera Islam.
• Sebagai contoh Baginda SAW memimpin tentera Islam dalam peperangan
Uhud, sehingga menyebabkan Baginda SAW mendapat kecederaan dalam
peperangan tersebut.
BERNEGARA
41
• Sikap pemaaf Baginda SAW juga menjadi tarikan kepada orang bukan Islam.
Abu Sufian selaku ketua kaum Quraisy ketika peristiwa pembukaan Kota
Mekah beliau ditangkap oleh al-Abbas ketika sedang mengintip tentera Islam
di Marr al-Zahran, beliau terus dibawa bertemu dengan Rasulullah SAW,
kemudian Baginda meminta beliau memeluk Islam.
• Abu Sufian berkata kepada Rasulullah SAW: “Engkau memang seorang yang
sopan, mulia dan suka menghubungkan persaudaraan. Tetapi tentang ini
jiwaku masih bersimpang siur.” Atas nasihat al-Abbas beliau akhirnya memeluk
Islam, begitulah kebijaksanaan Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan
pihak musuh.
RUJUKAN
42
• Zulfaqar Mamat. Transformasi Nadi Transformasi Negara. 2015. Malaysia :
JAKIM.

More Related Content

Similar to Pendidikan Islam_Penghayatan Sirah _IPG.pdf

PERJUANGAN_DI_MADINAH.ppt
PERJUANGAN_DI_MADINAH.pptPERJUANGAN_DI_MADINAH.ppt
PERJUANGAN_DI_MADINAH.ppt
MukhlisMukhlis25
 
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)Nurul Ashwad
 
Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2
yuniaistiqomah
 
Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2
cahyaningsihlilis
 
PPT Bab 12
PPT Bab 12PPT Bab 12
PPT Bab 12
wildiaekafutikha
 
Strategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas x
Strategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas xStrategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas x
Strategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas x
Marsellya Crissantie
 
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptxMateri Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
MayArkoun
 
sejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.ppt
sejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.pptsejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.ppt
sejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.ppt
DikiHermawan18
 
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawKisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Septian Muna Barakati
 
Makalah keteladanan rasulullah saw periode mekah
Makalah keteladanan rasulullah saw periode mekahMakalah keteladanan rasulullah saw periode mekah
Makalah keteladanan rasulullah saw periode mekah
Photo Setudio Planet solo grand mall
 
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Mahasiswa
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Nor Fadzilah Md Ehwan
 
Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022
WahibahHTahir
 
Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022
WahibahHTahir
 
1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah
1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah
1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah
Muhammad Jamhuri
 
6 da'wah nrosululloh preode makkah
6 da'wah nrosululloh preode makkah6 da'wah nrosululloh preode makkah
6 da'wah nrosululloh preode makkah
adulcharli
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]akmalmustafakamal
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaieAzmi Mohd Zain
 

Similar to Pendidikan Islam_Penghayatan Sirah _IPG.pdf (20)

PERJUANGAN_DI_MADINAH.ppt
PERJUANGAN_DI_MADINAH.pptPERJUANGAN_DI_MADINAH.ppt
PERJUANGAN_DI_MADINAH.ppt
 
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
 
Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2
 
Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2
 
PPT Bab 12
PPT Bab 12PPT Bab 12
PPT Bab 12
 
Strategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas x
Strategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas xStrategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas x
Strategi dakwah rasulullah periode mekkah kelas x
 
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptxMateri Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
 
sejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.ppt
sejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.pptsejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.ppt
sejarah peradaban islam Dakwah perode Madinah 2.ppt
 
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawKisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
 
Makalah keteladanan rasulullah saw periode mekah
Makalah keteladanan rasulullah saw periode mekahMakalah keteladanan rasulullah saw periode mekah
Makalah keteladanan rasulullah saw periode mekah
 
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
 
Jundullah said hawwa
Jundullah  said hawwaJundullah  said hawwa
Jundullah said hawwa
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 
Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022
 
Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022Seri kandi islam 7 jan 2022
Seri kandi islam 7 jan 2022
 
1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah
1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah
1. Sirah Nabawiyah: mukoddimah
 
6 da'wah nrosululloh preode makkah
6 da'wah nrosululloh preode makkah6 da'wah nrosululloh preode makkah
6 da'wah nrosululloh preode makkah
 
Prinsip01
Prinsip01Prinsip01
Prinsip01
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
 

Recently uploaded

Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 

Recently uploaded (20)

Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 

Pendidikan Islam_Penghayatan Sirah _IPG.pdf

  • 1. SIRAH Disusun Oleh: Wan Salsa Biila bt Wan Norudin Pensyarah IPGKPT
  • 2. ISI KANDUNGAN •Pengertian Sirah • - Sirah VS Sejarah •Kepentingan mempelajari sirah saw. : • - Cinta Rasul • - Memahami Islam secara menyeluruh • Penghayatan sunah Rasulullah saw. • - Berdakwah • - Kehidupan peribadi • Penghayatan sunah Rasulullah saw. • - Kehidupan berkeluarga • - Bernegara 2
  • 4. SIRAH 4 • Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku. Menurut istilah umum pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang. • Para ulama pula bersepakat menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan as-Sirah an-Nabawiyah ialah rakaman sejarah hidup Rasulullah S.A.W yang komprehensif dan kini sudah menjadi satu nama atau istilah daripada disiplin ilmu yang tersendiri.
  • 5. SIRAH 5 • Pada dasarnya sirah memperbahaskan 3 keadaan utama iaitu : • 1. Sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W sejak tanda-tanda kenabian (sejak lahir) sampai wafatnya. • 2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad bersama beliau. • 3. Sejarah penyebaran cahaya Islam yang dimulai turunnya Al ‘Alaq di Gua Hira sampai berduyun-duyun umat manusia di Jazirah Arab memasuki Islam.
  • 6. SIRAH 6 • Sirah dalam konteks kehidupan Rasulullah S.A.W bermaksud perincian perjalanan hidup Rasulullah S.A.W itu sendiri bermula dari baginda dikandung oleh ibunda baginda sehingga saat kewafatan baginda S.A.W. • Kata kunci yang boleh dipegang ialah pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaikan pengajaran yang terdapat di dalamnya sebaliknya pengajian ini lebih kepada meletakkannya sebagai asas dan panduan dalam hidup.
  • 7. SIRAH VS SEJARAH • Saraha bermaksud perjalanan hidup. • Kajian tertumpu kepada perjalanan dan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Kajian juga menekankan sifat peribadi dan akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta cara baginda menjalani kehidupan seharian yang boleh diteladani • Syajarah ataupun syajaratun bermaksud pokok. • Kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang dianggap penting yang berlaku pada masa lampau. Lebih berfokuskan kepada perkembangan peradaban ataupun tamadun sesuatu zaman yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran 7 Takrif Bidang kajian
  • 8. SIRAH VS SEJARAH • Al-Quran, as-Sunnah. • Khusus mengenai kajian seseorang individu iaitu Rasulullah SAW. • Tidak boleh berubah kerana terdapat peristiwa yang telah tercatat di dalam al- Quran dan as-Sunnah • Primer, Sekunder, Lisan. • Umum mengenai peristiwa-peristiwa penting masa lampau. • Fakta boleh berubah dengan adanya sumber ataupun bukti yang lebih awal atau jelas dari sumber sebelumnya. 8 Sumber kajian Sifat Kedudukan fakta
  • 10. CINTA RASUL 10 ❑ Cinta Rasulullah adalah kasih sayang dan penghormatan yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. ❑ Cinta Rasulullah juga dapat diertikan sebagai mencintai seseorang karena Allah SWT. ❑ Dalam Islam, cinta Rasulullah merupakan bagian dari iman dan merupakan tanda kecintaan kepada Allah SWT. ❑ Cinta Rasulullah adalah kasih sayang dan penghormatan yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. ❑ Cinta Rasulullah juga dapat diartikan sebagai mencintai seseorang karena Allah SWT. ❑ Dalam Islam, cinta Rasulullah merupakan bagian dari iman dan merupakan tanda kecintaan kepada Allah SWT.
  • 11. DALIL CINTA RASUL 11 Allah turut berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa- dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Ali-Imran, ayat 31). Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna keimanan seseorang antara kalian hingga dia lebih mencintai aku daripada kedua-dua orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
  • 12. MEMAHAMI ISLAM SECARA MENYELURUH 12 ❑ ISLAM merupakan agama atau sistem hidup yang menyeluruh. ❑ Setiap aturan berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat manusia, daripada sebesar- besar perkara hinggalah sekecil- kecilnya. ❑ Kehidupan manusia lengkap meliputi aspek akidah, ibadat, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebudayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya. ❑ Dalil Islam sebagai agama yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh : "Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan." (Saba: 28) ❑ Dalil al-Quran yang diturunkan kepada manusia sebagai pelengkap dan penerang atas sesuatu perkara yang menjadi kemusykilan. "Dan Kami turunkan kepadamu al- Quran untuk menjelaskan tiap-tiap sesuatu." (Al-Nahl: 89)
  • 14. BERDAKWAH 14 • Allah SWT menciptakan Muhammad sebagai seorang lelaki yang dipelihara iman dan akhlaknya. • Wahyu mengarahkan Baginda Rasulullah SAW dan sahabat supaya terus bertahan dan bersabar dengan segala tindakan orang kafir Quraisy. Kesabaran yang dituntut hanya semata-mata meyakini lafaz 'La Ilaha Illallah,' bermaksud 'Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah.’
  • 15. BERDAKWAH 15 • Selepas tamat fasa Islam di Makkah akibat pembatalan perjanjian pemulauan oleh orang kafir dan wahyu Allah SWT yang mengarahkan orang Islam Makkah berhijrah, bermulalah fasa Islam seterusnya di Madinah. • Di Madinah, Rasulullah SAW membentuk masyarakat Madinah supaya cinta kepada tanah air sendiri dan menghalang segala usaha penjajahan luar melalui perisytiharan Piagam Madinah.
  • 16. BERDAKWAH 16 • Antara kandungan piagam ini tidak lain menyatukan orang Islam yang berhijrah dari Makkah (dipanggil Muhajirin) dan orang Islam Madinah (dipanggil Ansar), mengisytiharkan hak orang Yahudi dan penyembah berhala di Madinah sebagai warganegara Madinah serta larangan mengadakan sebarang hubungan dengan orang Makkah. • Islam di Madinah tidak mampu tertegak melalui Piagam Madinah semata-mata apabila orang Yahudi yang memusuhi Islam mewujudkan kelompok munafik daripada kalangan orang Islam setelah kejayaan umat Islam dalam pertempuran Badar.
  • 17. BERDAKWAH 17 • Kelompok munafik yang penuh kepura-puraan sentiasa mencari jalan menimbulkan permusuhan sesama umat Islam melalui khabar fitnah, berita palsu dan mengadu domba. • Perlakuan buruk Yahudi Madinah sampai ke kemuncaknya apabila mereka mencabul kehormatan seorang wanita Madinah secara tidak langsung melanggar Piagam Madinah. • Maka, orang Yahudi ini dihalau dari Madinah dan diperangi dalam Perang Khaibar.
  • 18. BERDAKWAH 18 • Dakwah ertinya menyampaikan dan dakwah Islamiah mesti disampaikan selagi adanya manusia. Rasulullah SAW mengutus sahabat menyampaikan risalah dakwah mengandungi pengenalan wujudnya Allah SWT, kemestian tunduk kepada kekuasaan-Nya dan pengakuan Muhammad sebagai pesuruh Allah. • Tunjang utama dakwah Islamiah yang diajar oleh Rasulullah SAW dan diikuti sahabat ialah penegakan akidah yang sahih, iaitu tunduk kepada kekuasaan Allah SWT dan keyakinan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah SWT.
  • 19. BERDAKWAH 19 Daripada Ibn Abbas r.a.: Bahawasanya ketika mengutuskan Mu’az bin Jabal r.a. ke Yaman, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum yang memiliki pengetahuan tentang al-Kitab. Maka hendaklah, yang pertama engkau seru kepada mereka agar beribadah kepada Allah. Apabila mereka telah mengenal Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila mereka telah mengerjakannya, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang-orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang-orang miskin di antara mereka. Apabila mereka telah mentaatinya, maka ambillah zakat daripada mereka dan hindarilah harta benda yang paling dicintai oleh mereka. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
  • 20. KEHIDUPAN PERIBADI 20 • Perkara sunat hanyalah sebahagian kecil daripada sunah Nabi. • Antaranya, galakan memberikan senyuman ketika bertemu orang lain kerana ia juga satu sedekah yang memasukkan kegembiraan dalam hati dan mengeratkan ukhuwah. • Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah." (Surah al-Ahzab, ayat 21)
  • 21. KEHIDUPAN PERIBADI 21 • Rahsia dan kunci kejayaan Rasulullah SAW • * Keperibadian yang unggul • * Akhlak dan perwatakan yang terpuji • * Pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan • * Mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan.
  • 22. KEHIDUPAN BERKELUARGA 22 • Baginda adalah insan yang paling menyantuni ahli keluarganya. Rasulullah SAW bergurau senda, berlemah lembut dan sentiasa bertolak ansur dengan mereka. • Rasulullah SAW menunjukkan kebijaksanaan dan sifat yang baik serta keindahan akhlak dan kelembutan budi pekerti dalam pergaulan. Sifat- sifat tersebut telah menimbulkan perasaan cinta sahabat dan ahli keluarga kepada baginda.
  • 23. KEHIDUPAN BERKELUARGA 23 • Sa'ad bin Hisyam RA bertanya yang bermaksud: "Wahai Ummul Mukminin, beritahukanlah kepadaku tentang akhlak Rasulullah SAW! Aisyah menjawab: "Bukankah engkau telah membaca al-Quran?" Sa'ad menjawab, 'Benar'. Aisyah berkata: "Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah al-Quran." (Hadis Riwayat Muslim) • Seseorang perlu meneladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam segenap aspek kehidupan. Antara aspek paling penting ialah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bersama ahli keluarga kerana perkara tersebut menjadi asas dalam membangunkan masyarakat dan negara.
  • 24. KEHIDUPAN BERKELUARGA 24 • Rasulullah SAW tidak mengasari ahli keluarga dan menegah, memukul isteri sebaliknya bertutur dan menegur mereka dengan perkataan yang baik. Di dalam sebuah hadis daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya maksudnya: Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: "Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?" Rasulullah SAW menjawab: "Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud)
  • 25. KEHIDUPAN BERKELUARGA 25 • Rasulullah SAW sangat menyantuni isteri-isteri baginda seperti diceritakan oleh Anas bin Malik, beliau pernah melihat Rasulullah SAW menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat Safiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda SAW juga duduk sedikit supaya Safiyyah boleh memijak lutut (kaki) baginda untuk dia naik ke atas tunggangannya.
  • 26. KEHIDUPAN BERKELUARGA 26 • Rasulullah SAW bermain-main dan bergurau senda dengan isteri-isteri dan cucu-cucu baginda. Aisyah RA berkata: "Aku keluar bersama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam sebahagian musafirnya. Ketika itu aku seorang gadis yang tidak gemuk. Baginda berkata kepada sahabat-sahabat lain: Pergi dahulu, lalu sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata kepada ku: "Mari ke sini (baginda mengajak untuk berlumba lari). Aku akan menewaskanmu. Aisyah berkata: "Lalu aku telah menewaskan baginda. Lalu baginda mendiamkan diri. Hinggalah tiba pada masa aku sudah menjadi gemuk dan aku pun sudah terlupa akan hal itu.
  • 27. KEHIDUPAN BERKELUARGA 27 • Aku telah keluar lagi bersama baginda dalam sebahagian musafirnya. Lalu baginda berkata kepada orang ramai: Pergi dahulu, lalu sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata: "Mari ke sini. Aku akan menewaskanmu." Kali ini, baginda telah menewaskan aku. Baginda pun ketawa dan berkata: Ini merupakan untuk itu (iaitu balasan untuk kekalahan sebelum itu)." (Musnad Ahmad)
  • 28. KEHIDUPAN BERKELUARGA 28 • Di dalam suatu kisah yang lain Imam al-Tabarani menyebut sebuah riwayat daripada Al-Barra' Bin 'Azin bahawa beliau pernah melihat Saidina Hasan menunggang Rasulullah SAW semasa solat lalu beliau berkata maksudnya: "Sebaik-baik tunggangan ialah 'haiwan tunggangan' kalian." Selain itu, berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah Al-Ansari RA beliau berkata maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul atau mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah SAW dan dia merupakan anak kepada Abu Al-'Ash bin Rabi'ah bin 'Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
  • 29. KEHIDUPAN BERKELUARGA 29 • Rasulullah SAW sentiasa bersifat belas kasihan dan prihatin dengan keadaan insan lain walaupun ketika baginda sedang beribadah. Suatu ketika baginda hendak memanjangkan bacaan dalam solat, lalu mendengar tangisan anak kecil, baginda mempercepatkan solat agar tidak menyukarkan ibunya. Berdasarkan pelbagai kisah yang dinyatakan, jelas kelihatan ketinggian sifat rahmat dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada cucu, kaum keluarga serta anak-anak kecil. Sifat tersebut bertepatan dengan matlamat pengutusan baginda yang menjadi rahmat bagi sekalian alam sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
  • 30. KEHIDUPAN BERKELUARGA 30 • Seruan agar berbuat baik kepada ahli keluarga ditegaskan dalam hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sebaik- baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
  • 31. BERNEGARA 31 • Michael H. Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History dengan tidak ragu-ragu telah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan manusia sejak zaman berzaman. • “Demi Sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diriRasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al- Ahzab:21).
  • 32. BERNEGARA 32 • Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. • Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau perintah Allah SWT. • Baginda SAW tidak mengikut gerak hati dalam membuat keputusan untuk satu-satu perkara bahkan mengikut wahyu Allah SWT. • Kepimpinan Rasulullah SAW sebagai ketua negara terserlah dan berjaya ketika memimpin negara Islam Madinah.
  • 33. BERNEGARA 33 • Baginda SAW telah Berjaya mengubah corak pemerintahan sedia ada kepada sebuah pemerintahan Islam yang sistematik dan berperlembagaan. • Antara perkara awal yang dibuat oleh Rasulullah SAW dalam memulakan negara Islam Madinah ialah mendirikan masjid yang di kenali sebagai Masjid Nabawi. • Baginda SAW telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan hubungan manusia sesama manusia
  • 34. BERNEGARA 34 • Baginda SAW telah mencanangkan perpaduan sebagai agenda dengan mengambil beberapa langkah penting bagi mengatur masyarakat Madinah pada ketika itu. • Baginda SAW telah menyatukan puak-puak Aus dan Khazraj di Madinah yang sekian lama bersengketa yang kemudiannya dikenali sebagai golongan Ansar. • Selanjutnya Baginda SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah dan Ansar, membuat perjanjian dengan kaum Yahudi Madinah dan beberapa kaum lagi untuk memastikan persefahaman antara semua ahli masyarakat terjalin tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama.
  • 35. BERNEGARA 35 • Sama-sama berganding bahu mentaati Baginda SAW sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di negara Islam Madinah. • Transformasi negara Islam Madinah dikuatkan lagi dengan termeterainya Piagam Madinah yang dianggap sebagai perlembagaan pertama seumpamanya yang membentuk dasar-dasar penting sebuah negara Islam yang menempatkan penduduk dari pelbagai bangsa dan agama.
  • 36. BERNEGARA 36 • Piagam ini secara umumnya bertujuan untuk menyusun kehidupan masyarakat Madinah supaya lebih tersusun aturan hidupnya, bertambah kukuh perpaduannya dan mampu menghadapi ancaman atau tentangan dari luar Madinah. • Piagam ini menampakkan kewibawaan Rasulullah SAW sebagai negarawan yang bijaksana.
  • 37. BERNEGARA 37 • Fasa-fasa dalam piagam tersebut telah dirangka sedemikian rupa bagi menunjukkan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah, perundangan, pentadbiran keadilan, susunan pertahanan, kedudukan ketua negara, layanan terhadap orang bukan Islam, jaminan kemasyarakatan dan pembentukan ummah. • Rasulullah SAW mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan kepimpinannya.
  • 38. BERNEGARA 38 • Abu Hurairah pernah berkata:“Belum pernah ku lihat orang yang paling banyak melakukan musyawarah dengan teman-temannya sebagaimana Rasulullah SAW.” Rasulullah SAW mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan kepimpinannya. • Rasulullah SAW telah mengadakan mesyuarat mengenai cara tindakan yang akan diambil terhadap 70 orang tawanan perang Badar, Saidina Abu Bakar as-Siddiq mencadangkan supaya tawanan dikenakan tebusan.
  • 39. BERNEGARA 39 • Saidina ‘Umar al-Khattab pula menyatakan supaya tawanan dibunuh. Akhirnya Rasulullah SAW mengambil keputusan sesuai dengan pendapat Saidina Abu Bakar as-Siddiq. • Hasil daripada tindakan tersebut, Rasulullah SAW telah memanfaatkan banyak perkara antaranya menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam kalangan tawanan perang Badar selain menggunakan al-Qur’an sebagai sumber pendidikan yang utama dan hadith sebagai sumber pendidikan kedua.
  • 40. BERNEGARA 40 • Rasulullah SAW juga seorang pemimpin yang dinamik dan juga sebagai pemimpin tidak hanya tahu mengarah, tetapi turun padang bersama-sama para sahabat RA dan masyarakat Madinah yang lain. • Baginda juga turut serta dalam pelbagai peperangan bersama-sama para sahabat RA dan bukan hanya menjadi orang yang memerintah sahaja malah sebagai ketua panglima angkatan tentera Islam. • Sebagai contoh Baginda SAW memimpin tentera Islam dalam peperangan Uhud, sehingga menyebabkan Baginda SAW mendapat kecederaan dalam peperangan tersebut.
  • 41. BERNEGARA 41 • Sikap pemaaf Baginda SAW juga menjadi tarikan kepada orang bukan Islam. Abu Sufian selaku ketua kaum Quraisy ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah beliau ditangkap oleh al-Abbas ketika sedang mengintip tentera Islam di Marr al-Zahran, beliau terus dibawa bertemu dengan Rasulullah SAW, kemudian Baginda meminta beliau memeluk Islam. • Abu Sufian berkata kepada Rasulullah SAW: “Engkau memang seorang yang sopan, mulia dan suka menghubungkan persaudaraan. Tetapi tentang ini jiwaku masih bersimpang siur.” Atas nasihat al-Abbas beliau akhirnya memeluk Islam, begitulah kebijaksanaan Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan pihak musuh.
  • 42. RUJUKAN 42 • Zulfaqar Mamat. Transformasi Nadi Transformasi Negara. 2015. Malaysia : JAKIM.