Bersuci bermaksud membersihkan diri dari kekotoran seperti najis yang boleh menghalang ibadat agama seperti sembahyang. Najis dibahagikan kepada dua jenis iaitu najis yang dapat dilihat dan najis yang hanya wujud pada hukum sahaja. Hukum bersuci daripada najis adalah wajib bagi mengerjakan ibadat.