SlideShare a Scribd company logo
PANTUN MAJLIS
PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

More Related Content

What's hot

Pantun
PantunPantun
Pantun
aini ahmad
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
sifusains
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaanMEA2088
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
BalqisAbdul
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
sklunyingsebuyau
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
syazwan bazli
 
Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun
NADZIRAH ABU BAKAR
 
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Iswan Basro
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
Mohamed Naim Daipi
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Suryadi Lagga
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
ssuser83ab23
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Nurulhuda Sharif
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
baitimustafa1
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Norazelin Mat Isa
 
Teks ucapan program sejarah
Teks ucapan program sejarahTeks ucapan program sejarah
Teks ucapan program sejarah
bakoe
 
Aturcara perhimpunan rasmi sekolah
Aturcara perhimpunan rasmi sekolahAturcara perhimpunan rasmi sekolah
Aturcara perhimpunan rasmi sekolah
583132
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Azmi Bokhari
 
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Wmr Ridza
 
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerisPengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
suhaimesuleiman
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Nor Azlina
 
What's hot (20)

Similar to Pantun majlis

koleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdfkoleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdf
fadilahabwahab
 
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataPantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataNazmi Weng
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1oumkamil
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1zuliana2473
 
Kumpulan puisi nedi suryadi
Kumpulan puisi nedi suryadiKumpulan puisi nedi suryadi
Kumpulan puisi nedi suryadi
Kampung Baca
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihatmesol80
 
Pantun
Pantun Pantun
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
syahmimi91
 
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
hus kher
 
ceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsaceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsa
imam1407
 
Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
Ida Bagus Anom Sanjaya
 
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
gayong1
 
Bahan sastera
Bahan sasteraBahan sastera
Bahan sastera
NineZero
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikSalmah Md Amin
 
Selamat malam indonesia
Selamat malam indonesiaSelamat malam indonesia
Selamat malam indonesia
Lindung Ratwiawan
 
Similar to Pantun majlis (20)

koleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdfkoleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdf
 
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataPantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1
 
Kumpulan puisi nedi suryadi
Kumpulan puisi nedi suryadiKumpulan puisi nedi suryadi
Kumpulan puisi nedi suryadi
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Puisi
PuisiPuisi
Puisi
 
Pantun
Pantun Pantun
Pantun
 
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
 
Wawangsalan sunda
Wawangsalan sundaWawangsalan sunda
Wawangsalan sunda
 
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
 
ceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsaceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsa
 
Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
 
Dodoi anak1
Dodoi anak1Dodoi anak1
Dodoi anak1
 
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Bahan sastera
Bahan sasteraBahan sastera
Bahan sastera
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Selamat malam indonesia
Selamat malam indonesiaSelamat malam indonesia
Selamat malam indonesia
 
Pantun majlis

  • 1. PANTUN MAJLIS PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara. PANTUN BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.
  • 2. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. PANTUN JEMPUTAN UCAPAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.
  • 3. Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PANTUN UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi. Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi.
  • 4. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harum mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai. Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tak pernah jemu. Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup,
  • 5. Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan; Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa.