SlideShare a Scribd company logo
koleksi Pantun Majlis 
PANTUN PEMBUKA ACARA 
Melati kuntum tumbuh melata, 
Sayang merbah di pohon cemara; 
Assalamualaikum mulanya kata, 
Saya sembah pembuka bicara. 
Ingin rasa memakan kari, 
Kari cendawan batang keladi; 
Girang rasa tidak terperi, 
Bertemu tuan yang baik budi. 
Mencari timba si anak dara, 
Di bawah sarang burung tempua; 
Salam sembah pembuka bicara, 
Selamat datang untuk semua. 
Sayang kumbang mencari makan, 
Terbang seiring di tepi kali; 
Selamat datang kami ucapkan, 
Moga diiring restu Ilahi. 
Ke Pekan Kuala membeli bingka, 
Sayang pesanan terlupa sudah; 
Majlis bermula tirai dibuka, 
Dengan alunan madah yang indah. 
Indah berbalam si awan petang, 
Berarak di celah pepohon ara; 
Pemanis kalam selamat datang, 
Awal bismillah pembuka bicara. 
Mega berarak indah berbalam, 
Dipuput bayu ke pohon ara; 
Pemanis kalam selamat malam, 
Awal bismillah pembuka bicara. 
PANTUN BACAAN DOA 
Kalau pergi Tanjung Keramat, 
Anak manis jangan diangkat; 
Bersama kita memohon rahmat, 
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh, 
Laksana dititing kias ibarat; 
Angkat tangan jemari sepuluh, 
Doa di pohon biar selamat 
. 
Garam ada kicap pun ada, 
Sayang lada terlupa bagi; 
Pantun ada ucapan ada, 
Sayang tiada berdoa lagi. 
Lebat kemiri pohonnya rendah, 
Dahan terikat tali perkasa; 
Sepuluh jari kami menadah, 
Mohon berkat yang Maha Esa. 
Tetak buluh kajang sepuluh, 
Mari jolok sarang penyengat; 
Angkat tangan jemari sepuluh, 
Doa di pohon biar selamat. 
PANTUN JEMPUT MAKAN 
Lebat rumbia di Sungai Kedah, 
Sayang senduduk di tepi muara; 
Penganan mulia terletak sudah, 
Samalah duduk menjamu selera. 
Terbang sekawan si burung merbuk, 
Batang selasih di Tanjung Dara; 
Padamu tuan kami persembah, 
Santapan kasih juadah mesra 
. 
Kalau tuan pikat cemara, 
Buatlah bara bakar selasih; 
Sudilah tuan jamu selera, 
Hidangan mesra pengikat kasih. 
Sungguh indah bunga kemboja, 
Di bawah atap tepi halaman; 
Juadah sudah letak di meja, 
Sudilah santap tuan budiman. 
PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN 
Bukan rumput sebarang rumpun, 
Rumput penghias tepi halaman; 
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan. 
Duduk sekawan gadis jelita, 
Buat santapan untuk pahlawan; 
Tampillah tuan kami meminta, 
Madah ucapan kata aluan. 
Sudilah tuan jalan berlapan, 
Jalan berlapan di malam kelam; 
Sudilah tuan beri ucapan, 
Kata aluan pemanis kalam. 
Emas tempawan buatmu puteri, 
Busana indah buat rupawan; 
Sudilah tuan tampilkan diri, 
Bersama madah kata aluan. 
PANTUN JEMPUTAN UCAPAN 
Terbang di awan burung jentayu, 
Di atas papan batang selisih; 
Tampillah tuan kami merayu, 
Bersama ucapan pengikat kasih. 
Besar langit di tepi busut, 
Besar tak muat di dalam peti; 
Besar hajat kami menjemput, 
Besar niat di dalam hati. 
Duduk sekawan si burung unta, 
Tepi keramat di waktu malam; 
Pada mu tuan kami meminta, 
Kata azimat penutup kalam. 
Terbang di awan burung jentayu, 
Kerana penat gugur ke bumi; 
Tampillah tuan kami merayu, 
Bersama amanat bekalan kami. 
Pergi ke kota beli selasih, 
Sayang si dara buat halwa; 
Berilah kata simpulan kasih, 
Sulamkan mesra satukan jiwa. 
PANTUN UCAPAN PERASMIAN 
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami; 
Tampillah tuan kami merayu, 
Bersama ucapan kata perasmi. 
Daun semulur di pekan sari, 
Batang jerami rebah ke bumi; 
Madah dihulur sembah diberi, 
Kata perasmi hajatnya kami. 
Jangan tertawan alpa duniawi, 
Hanya indah serupa mimpi; 
Duhai pahlawan ksatria pertiwi, 
Hulurkan madah kata perasmi 
. 
Kalau tuan pikat kenari, 
Jangan patahkan batang jerami; 
Kepada tuan sembah diberi, 
Mohon rasmikan majlis kami. 
PANTUN DI AKHIR MAJLIS 
Banyak keluk ke penarik, 
Keluk tumbuh pohon kuini; 
Nan elok bawalah balik, 
Nan tak elok tinggallah di sini. 
Bunga dedap di atas para, 
Anak dusun pasang pelita; 
Kalau tersilap tutur bicara, 
Jemari disusun maaf dipinta 
. 
Pohon berangan tempat bertemu, 
Girangnya rasa si anak dara; 
Baliklah tuan membawa ilmu, 
Binalah bangsa bangunkan negara. 
Di atas dahan burung tempua, 
Melihat rusa tepi perigi; 
Salam perpisahan untuk semua, 
Dilain masa bersua lagi. 
Bunga seroja di atas para, 
Jatuh ditimpa buah berangan; 
Andai kata tersilap bicara, 
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Rokan ke Indragiri, 
Membawa tinta ke Kuala Linggi; 
Baliklah tuan rehatkan diri, 
Esok kita bersua lagi. 
Dari Kedah ke pekan sari, 
Beli suasa di Kota Tinggi; 
Selesai sudah tugas diberi, 
Di lain masa bersua lagi. 
PANTUN BUAT WARGA EMAS 
Bulan purnama ke pekan Kuah, 
Di tengah hari membeli ragi; 
Dirimu umpama nyiur bertuah, 
Padat sari harum mewangi. 
Curah serbat di atas lantai, 
Basah tikar lupa disidai; 
Dikau ibarat karang di pantai, 
Tak pernah gentar dipukul badai. 
Pohon sena tepi perigi, 
Tepi paya si pohon jambu; 
Hadirmu laksana suria pagi, 
Menyinar maya tak pernah jemu 
. 
Anak dara ke Tanjung Batu, 
Janji bertemu di Teluk Bayu; 
Walau usia dimamah waktu, 
Cekal hatimu tak pernah layu. 
Bukan gua sebarang gua, 
Gua penuh pusaka bonda; 
Bukan tua sebarang tua, 
Tua penuh ilmu di dada. 
Pergi ke Nilai membeli jamu, 
Jamu rasa dari tenggara; 
Tidak ternilai jasa baktimu, 
Kepada bangsa juga negara. 
Tidak goyah pancang seribu, 
Tika masih badai menderu; 
Engkau ayah engkaulah ibu, 
Menumpang kasih mengubat rindu.
Pohon beringin tepi keramat, 
Dengar siulan diufuk barat; 
Kalau ingin hidup selamat, 
Buat bekalan untuk akhirat. 
Beli keladi di Pekan Lidup, 
Sayang rasa lemaknya kurang; 
Taburlah budi ketika hidup, 
Kelak jasa dikenang orang. 
Pintal kapas menjadi benang, 
Tenun benang menjadi sari; 
Barang yang lepas jangan dikenang, 
Kalau dikenang meracun diri. 
Pohon senduduk baru di tanam, 
Sayang mati di pijak pak tani; 
Dari duduk baik bersenam, 
Senang hati sihat jasmani. 
Apa guna siparang panjang, 
Kalau tidak dengan tujuan; 
Apa guna berumur panjang, 
Kalau tidak dengan amalan. 
Timba suasa ditepi kali, 
Buat menyimbah si tuan puteri; 
Berputus asa jangan sekali, 
Jadikan tabah pakaian diri. 
Betik muda buat halwa, 
Kelapa muda santan dirasa; 
Biar muda di dalam jiwa, 
Dari tua sebelum masa.
Pohon beringin tepi keramat, 
Dengar siulan diufuk barat; 
Kalau ingin hidup selamat, 
Buat bekalan untuk akhirat. 
Beli keladi di Pekan Lidup, 
Sayang rasa lemaknya kurang; 
Taburlah budi ketika hidup, 
Kelak jasa dikenang orang. 
Pintal kapas menjadi benang, 
Tenun benang menjadi sari; 
Barang yang lepas jangan dikenang, 
Kalau dikenang meracun diri. 
Pohon senduduk baru di tanam, 
Sayang mati di pijak pak tani; 
Dari duduk baik bersenam, 
Senang hati sihat jasmani. 
Apa guna siparang panjang, 
Kalau tidak dengan tujuan; 
Apa guna berumur panjang, 
Kalau tidak dengan amalan. 
Timba suasa ditepi kali, 
Buat menyimbah si tuan puteri; 
Berputus asa jangan sekali, 
Jadikan tabah pakaian diri. 
Betik muda buat halwa, 
Kelapa muda santan dirasa; 
Biar muda di dalam jiwa, 
Dari tua sebelum masa.

More Related Content

What's hot

Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
 
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguanTeks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Azizah Aziz
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
puteracho
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
syazwan bazli
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
mazelismail
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
Suhaida Anior
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Nurulhuda Sharif
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiSalahhuddin Salleh
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Sanusi Mohd
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Norazelin Mat Isa
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaanMEA2088
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasa
rozitaawang1
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
Mohamed Naim Daipi
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
NawalNordin
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaAidah Rabu
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Laila Wati Johari
 
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Zatil Nabilah
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Razah Dollah
 
What's hot (20)

Sajak guru
Sajak guruSajak guru
Sajak guru
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguanTeks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasa
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
 
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Similar to Pantun majlis

Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
sifusains
 
koleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdfkoleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdf
fadilahabwahab
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
aini ahmad
 
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataPantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataNazmi Weng
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1oumkamil
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1zuliana2473
 
Pantun
Pantun Pantun
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
syahmimi91
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihatmesol80
 
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
hus kher
 
Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
Ida Bagus Anom Sanjaya
 
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
gayong1
 
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Ariefiandra Ariefiandra
 
ceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsaceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsa
imam1407
 
Similar to Pantun majlis (20)

Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
 
koleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdfkoleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdf
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataPantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1
 
Pantun
Pantun Pantun
Pantun
 
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Puisi
PuisiPuisi
Puisi
 
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
 
Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
 
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
 
ceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsaceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsa
 
Wawangsalan sunda
Wawangsalan sundaWawangsalan sunda
Wawangsalan sunda
 
Dodoi anak1
Dodoi anak1Dodoi anak1
Dodoi anak1
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Recently uploaded

PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Recently uploaded (20)

  • 1. koleksi Pantun Majlis PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara. PANTUN BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.
  • 2. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat . Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra . Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput,
  • 3. Jemput memohon kata aluan. Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. PANTUN JEMPUTAN UCAPAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PANTUN UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu,
  • 4. Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi . Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta . Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.
  • 5. Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harum mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai. Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tak pernah jemu . Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu.
  • 6. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan; Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa.
  • 7. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan; Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa.