SlideShare a Scribd company logo
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cetakan Pertama 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
PENDAHULUAN ix
1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1
2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 2
3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 6
4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8
5 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 9
6 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 11
7 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 12
8 PENYALAHGUNAAN BAHAN 13
9 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 15
10 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 17
11 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 22
12 KEKELUARGAAN 23
13 KEKELUARGAAN 25
14 PERHUBUNGAN 26
15 PERHUBUNGAN 29
16 PERHUBUNGAN 30
17 PENYAKIT 32
18 PENYAKIT 34
19 KESELAMATAN 37
20 KESELAMATAN 39
21 KESELAMATAN 41
22 PEMAKANAN 42
23 PEMAKANAN 44
24 PERTOLONGAN CEMAS 46
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid
dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi,
sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan
optimum.
Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1 ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan) serta melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi 24 contoh
pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid.
Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta menambah baik
contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan pengajaran ini amat
digalakkan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran,
masa serta tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.1
Bahan Bantu Belajar : Set puzzle
Set suku kata
Cadangan Aktiviti :
1. Nyanyian lagu ‘Head, Shoulder, Knee and Toe’.
2. Puzzle
i. Mencantumkan kad-kad sehingga menjadi anggota tubuh lelaki
dan perempuan yang sempurna.
ii. Melabelkan bahagian anggota tubuh dengan menyusun suku
kata sehingga menjadi perkataan yang dikehendaki.
3. Setiap kumpulan menceritakan hasil kerja masing-masing.
4. Rumusan.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
1
Kepala : Rambut, mata, telinga, hidung, mulut,
bibir, dan gigi
Badan : Payu dara, dada, bahu, dan punggung
Organ genital : Zakar, dan faraj
Anggota lain : Tangan, paha, kaki, kuku, dan dubur
NOTA
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.2
Bahan Bantu Belajar : Lembaran Kerja 1
Lembaran Kerja 2
Lampiran 1
Cadangan Aktiviti :
1. Nyanyian lagu ‘Jaga Kebersihan’ mengikut melodi lagu ‘Anak Itik Tok
Wi’ (Lampiran 1).
2. Bersoal jawab tentang kebersihan diri.
i. Fizikal
ii. Pakaian
iii. Alatan keperluan diri
3. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Kesihatan Diri dan
Reproduktif
Kesihatan Diri dan Reproduktif
2
Contoh soalan:
i. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
ii. Apakah yang terjadi jika kuman menjadi kawan?
iii. Bolehkah sabun digantikan dengan bahan lain?
NOTA
Lampiran 1
Jaga Kebersihan
Ayuh kawan-kawan jaga kebersihan,
Jaga kebersihan, jaga keterampilan,
Mesti guna sabun bila kita mandi,
Kawan pasti suka bila kita wangi,
Mesti berus gigi dua kali sehari,
Bila gigi putih senyuman berseri,
Ingat basuh tangan sebelum makan,
Bila tangan kotor kuman jadi kawan,
Bila berpakaian mesti nampak segak,
Biar nampak cantik dan bertambah kacak,
Oleh itu rakan ingatlah semua
Kebersihan itu amalan mulia.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
3
Lembaran Kerja 1
Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan amalan menjaga
kebersihan diri.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
4
Lembaran Kerja 2
Mencari Perkataan Tersembunyi
Baca ayat di bawah. Kemudian warnakan perkataan yang betul.
c v g u h k l p t c w c i t a n g a n
a a r f v b h j m k a s w t h n j u i
g t m a n d i q a s s d f r t g h n r
r r t w y q w p e n d e k q h s i f v
f e y r h d s o i f a s y s h a h e g
g f k g t y d h a g s g g d p e y g j
e d s i h u t y b b l i t d o d f v k
r f t u r i u g o v l g r e i t r i x
f t y j k o g f l c j i d s i a d u d
g t u a l a h r e c j t d y h e e y f
f h f p l h l d r l y i s y a m p u w
1. Kita mesti _____________ dengan menggunakan sabun.
2. Gosok _________ sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Cuci _____________________ sebelum dan selepas makan.
4. Kuku sentiasa dipotong ______________ dan bersih.
5. Cuci rambut dengan menggunakan ____________________.
6. Gunakan ___________ yang bersih selepas mandi.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
5
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.3 dan 1.1.4
Bahan Bantu Belajar : Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada enam kumpulan untuk ‘Permainan Boom’.
2. Setiap kumpulan diberikan nama
i. Mandi
ii. Cuci Tangan
iii. Lap Badan
iv. Sikat Rambut
v. Gosok Gigi
vi. Potong Kuku
3. Setiap murid di dalam kumpulan akan menentukan satu gaya yang
perlu dilakukan berdasarkan nama kumpulan yang diberi dan
melakukan aksi tersebut apabila nama kumpulan mereka disebut.
4. Berdasarkan gambar di Lampiran 1, setiap murid akan menunjukkan
kad traffic light untuk menentukan sama ada gambar yang
dipamerkan
i. Bersih (Kad Hijau)
ii. Tidak Bersih (Kad Merah)
Kesihatan Diri dan Reproduktif
6
Permainan ‘Boom’
1. Ahli kumpulan akan menyebut:
Mandi boom! Mandi boom! Mandi boom...Gosok Gigi
boom!
2. Kumpulan yang dibom akan melakukan gaya kumpulan
yang telah dibincang sebelum permainan bermula.
3. Kreativiti lakuan bergantung kepada ahli dalam setiap
kumpulan.
NOTA
Lampiran 1
Kesihatan Diri dan Reproduktif
7
Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.1
Bahan Bantu Belajar : 4 buah kotak
Kad warna hijau, kuning dan merah
(4 Set)
Kad nama bahagian tubuh badan
Cadangan Aktiviti :
1. Aktiviti ‘Identification Card’
i. Murid membentuk satu bulatan berlapis.
ii. Seorang murid dipilih sebagai model (berdiri di tengah-tengah
bulatan) dan memegang gambar-gambar situasi pelbagai
sentuhan yang diterbalikkan.
iii. 4 buah kotak yang mengandungi kad warna hijau, kuning dan
merah bersedia untuk diedarkan.
iv. Kotak-kotak tersebut bergerak serentak apabila lagu dimainkan.
v. Pemegang kotak berdiri apabila lagu dihentikan.
2. Model menunjukkan gambar situasi pelbagai sentuhan.
3. Pemegang kotak akan mengeluarkan kad warna yang bersesuaian
dan jelaskan sebab kad warna itu dipilih.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Tidak
Selamat Selamat
Tidak
Selesa
8
Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.2
Bahan Bantu Belajar : Kad peranan
Kad soalan
Cadangan Aktiviti :
1. Aktiviti ‘Boleh Saya Sentuh’
i. Seorang murid dipilih untuk memegang kad peranan.
ii. Murid yang memegang kad peranan akan bertanya kepada
murid-murid lain di dalam kelas, “Boleh saya sentuh?”
iii. Murid-murid lain akan menjawab soalan tersebut dengan
jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
2. Sekiranya jawapan ‘Ya’
i. Murid yang memegang kad peranan akan memilih satu kad
soalan yang disediakan.
ii. Soalan seterusnya akan dikemukakan berdasarkan kad soalan,
“Boleh saya sentuh tangan?”
iii. Murid-murid lain akan menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
iv. Guru akan bertanya, “Mengapa ya?” atau “Mengapa tidak?”.
3. Sekiranya jawapan ‘Tidak’, giliran murid yang memegang kad
peranan akan tamat dan digantikan dengan murid lain.
4. Setelah semua kad peranan telah dijawab, permainan akan dikira
tamat.
5. Perbincangan dan rumusan.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
9
Permainan ini boleh dimainkan dalam kumpulan kecil atau
mengikut kesesuaian.
NOTA
Lampiran 1
Contoh Kad Peranan
Contoh Kad Soalan
Boleh saya sentuh
tangan?
Boleh saya sentuh
bahu?
Boleh saya sentuh
punggung?
Boleh saya sentuh
dada?
Boleh saya sentuh
kaki?
Boleh saya sentuh
organ genital?
Ibu Ayah Guru
Kawan Doktor Pakcik
Kesihatan Diri dan Reproduktif
10
Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.3 dan 2.1.4
Bahan Bantu Belajar : Klip video
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video yang mempunyai kaitan dengan kes penculikan.
i. Bersoal jawab berkaitan kisah yang ditunjukkan dalam klip
video.
ii. Melakonkan dan menilai situasi yang memerlukan kemahiran
berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat dan sentuhan
tidak selesa.
2. Perbincangan dan rumusan.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Murid menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK kepada
sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa dengan
kreativiti sendiri.
.
NOTA
11
Standard Kandungan : 3.1
Standard Pembelajaran : 3.1.1 dan 3.1.2
Bahan Bantu Belajar : Botol ubat
Sarung ubat
Label preskripsi doktor
Cadangan Aktiviti :
1. Bercerita tentang pengalaman demam atau sakit dan pengambilan
ubat.
2. Bersoal jawab tentang ubat, kepentingan ubat dan kepentingan
mematuhi preskripsi doktor.
3. Perbincangan tentang kotak atau botol yang mengandungi label
preskripsi doktor.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
12
Contoh maklumat pada label preskripsi doktor:
 Nama pesakit
 Sukatan yang perlu diambil
 Kekerapan pengambilan ubat
 Tarikh luput
NOTA
Standard Kandungan : 3.1
Standard Pembelajaran : 3.1.3, 3.1.4 dan 3.1.5
Bahan Bantu Belajar : Risalah
Cadangan Aktiviti :
1. Permainan ‘Siapa Cepat Dia Menang’
i. Beberapa murid akan dipilih sebagai ketua dan diberi kad
gambar yang berlainan.
ii. Ketua akan disusun mengikut kedudukan seperti di Lampiran 1.
iii. Murid yang lain akan berada di tengah-tengah ruang dan
dibekalkan dengan kad pernyataan.
2. Apabila arahan mula diberikan, murid di tengah-tengah ruang akan
bergerak dan memadankan kad pernyataan dengan gambar yang
dipegang oleh ketua di sekeliling.
3. Ketua kumpulan akan mengangkat kad hijau menunjukkan
kumpulannya telah lengkap.
Penyalahgunaan Bahan
13
Ketua yang mendapat ahli paling cepat dan tepat
dikira sebagai pemenang.
NOTA
Lampiran 1
Kad gambar dan pernyataan ‘Siapa Cepat Dia Menang’.
Penyalahgunaan Bahan
14
Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.1 dan 4.1.2
Bahan Bantu Belajar : Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Secara berkumpulan murid berbincang untuk memilih ekspresi muka
bagi kumpulan masing-masing.
2. Permainan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan mengikut
arahan guru secara spontan.
3. Bersoal jawab.
Contoh soalan:
i. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih?
ii. Bagaimanakah anda menunjukkan ekspresi sedih selain
daripada menangis?
iii. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa gembira?
iv. Bagaimanakan anda menunjukkan ekspresi gembira selain
daripada tersenyum dan ketawa?
4. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan jelaskan mengapa anda memilih gambar
tersebut.
5. Rumusan.
Pengurusan Mental dan Emosi
15
Lembaran Kerja 1
Tandakan () pada ruang yang menunjukkan emosi bersesuaian dengan
gambar.
Bil. Gambar
Emosi
Gembira Malu Sedih Takut Marah
1.
2.
3.
4.
16
Pengurusan Mental dan Emosi
Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.3
Bahan Bantu Belajar : Kad gambar
Kotak misteri
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang keperluan dan kehendak.
2. Murid mengambil kad gambar (Lampiran 1) daripada kotak misteri.
3. Murid melekatkan gambar mengikut kumpulan kehendak dan
keperluan.
4. Perbincangan murid dalam kumpulan tentang gambar-gambar yang
telah diklasifikasikan.
5. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
Pengurusan Mental dan Emosi
17
Lampiran 1
Kad Gambar
18
Pengurusan Mental dan Emosi
Lampiran 2
Gunting dan tampal gambar mengikut kumpulan kehendak dan keperluan
dalam lembaran kerja yang diberikan.
Pengurusan Mental dan Emosi
19
Lembaran Kerja 1
Tampalkan gambar mengikut kumpulan kehendak.
KEHENDAK
Pengurusan Mental dan Emosi
20
Lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 2
Tampalkan gambar mengikut kumpulan keperluan.
KEPERLUAN
Pengurusan Mental dan Emosi
21
Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.4
Bahan Bantu Belajar : Kad situasi
Cadangan Aktiviti :
1. Murid melakukan cara meminta keperluan dan kehendak dalam
kumpulan.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang. Murid memainkan
peranan sebagai ‘anak’, ‘ibu’ dan ‘bapa’.
3. Murid akan melakonkan watak yang diberi iaitu watak anak yang
akan menyuarakan keperluan dan kehendak diri kepada ibu dan
bapa.
4. Guru menetapkan pilihan keperluan dan kehendak setiap kumpulan
supaya tidak berlaku pertindihan pilihan yang sama antara kumpulan.
Contoh:
i. Hendak membeli buku
ii. Hendak permainan video
5. Perbincangan dan rumusan.
22
Pengurusan Mental dan Emosi
Standard Kandungan : 5.1
Standard Pembelajaran : 5.1.1 dan 5.1.2
Bahan Bantu Belajar : Poster
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan.
i. Kumpulan ayah
ii. Kumpulan ibu
iii. Kumpulan adik
iv. Kumpulan kakak
v. Kumpulan abang
2. Setiap kumpulan diberi satu kad berwarna yang berlabel ‘ayah’, ‘ibu’,
‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.
3. Semua murid menyanyikan lagu ‘Sayang Semuanya’ (Lampiran 1).
4. Semasa menyanyikan lagu, apabila watak ‘ibu’ disebut salah seorang
murid yang memegang label ‘ibu’ dalam kumpulan itu tampil ke
depan dan diikuti oleh murid yang memegang kad warna yang sama
dengan label ‘ayah’, ‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.
5. Setelah semua murid berada dalam ‘keluarga’ masing-masing, setiap
keluarga menceritakan peranan dan keistimewaan diri serta ahli
keluarga.
Kekeluargaan
23
Lampiran 1
Sayang Semuanya
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya
24
Kekeluargaan
Lembaran Kerja 1
Padankan peranan ahli keluarga.
Bapa
Ibu
Abang
Kakak
Kekeluargaan
Mengurus kerja rumah
Ketua keluarga
Membantu bapa
Mengasuh anak
Membantu ibu menjaga
rumah
Mengawasi keluarga
Membantu ibu membuat
kerja rumah
25
Standard Kandungan : 5.1
Standard Pembelajaran : 5.1.3 dan 5.1.4
Bahan Bantu Belajar : Poster
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Aktiviti main peranan berdasarkan gambar.
2. Murid berada dalam kumpulan kecil (mengikut kesesuaian).
3. Setiap kumpulan diberi gambar yang berlainan dan diminta membuat
perbincangan.
4. Setiap kumpulan melakonkan situasi berdasarkan gambar
(Lampiran 1) yang diberi.
5. Soal jawab.
Contoh soalan:
Bagaimanakah cara menghormati diri, ahli keluarga dan penjaga?
i. Memberi salam
ii. Bersalaman
iii. Membongkokkan badan semasa melintasi di hadapan orang
yang lebih tua
iv. Menghulurkan bantuan.
26
Kekeluargaan
Lampiran 1
27
Kekeluargaan
Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.1 dan 6.1.2
Bahan Bantu Belajar : CD Lagu
Radio
Cadangan Aktiviti :
1. Edarkan lirik lagu “Keluarga Bahagia” (Lampiran1) dan menyanyi
bersama-sama.
2. Murid bercerita tentang kepentingan hubungan berkekalan dalam
kalangan ahli keluarga berpandukan kad perkataan (Lampiran 2 atau
gambar lain yang sesuai).
3. Edarkan Lembaran Kerja 1.
4. Gunting perkataan pada Lampiran 2 dan tampalkan pada Lembaran
Kerja 1.
28
Perhubungan
Lampiran 1
Keluarga Bahagia
Kasih pada ibu,
Taat pada bapa,
Hormat pada guru,
Keluarga bahagia.
Ibu dan bapa,
Serta keluarga,
Bimbinglah kami,
Dengan penuh kasih sayang.
Korus:
Masa tidak menunggu kita,
Oleh itu janganlah leka,
Jangan menderhaka,
Pada orang tua.
(ulang korus)
Perhubungan
29
Lampiran 2
Bapa Ibu
Abang
Adik Kakak
30
Perhubungan
Lembaran Kerja 2
Tampal perkataan yang sesuai (Lampiran 2) pada ruangan yang disediakan.
31
Perhubungan
Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.3
Bahan Bantu Belajar : CD Lagu
Radio
Cadangan Aktiviti :
1. Menyanyikan lagu “Trek Tok Tok” mengikut melodi lagu “Trek Tek Tek”.
(Lampiran 1)
2. Bincangkan etiket perhubungan antara diri dengan ibu, bapa,
penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.
3. Rumusan.
32
Perhubungan
Lampiran 1
Trek Tok Tok
Bila masuk ke bilik ibu,
Trek Tok Tok...
Ketuk pintu terlebih dahulu,
Trek Tok Tok...
Jangan terus masuk melulu,
Minta izin daripada ibu,
Trek Tok Tok...
Abang saya ada basikal
Trek Tok Tok...
Mohon izin sebelum guna
Trek Tok Tok...
Kalau kita sentiasa berakal
Baru jadi insan berguna
Trek Tok Tok...
Jika kita pergi bermain
Trek Tok Tok...
Main bersama-sama rakan
Trek Tok Tok...
Jaga adab dalam pergaulan
Agar tidak sesal kemudian
Trek Tok Tok...
Ikut ayah ke pasar malam
Trek Tok Tok...
Pegang tangan jangan lepaskan
Trek Tok Tok...
Jangan ikut orang sembarangan
Nanti hilang tidak ketahuan
Trek Tok Tok...
33
Perhubungan
Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.4
Bahan Bantu Belajar : Klip video
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video “Ajar Anak Anda Menjerit” atau bersesuaian
dengan topik situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK
kepada sentuhan tidak Selamat dan sentuhan tidak selesa.
2. Membuat sumbang saran berdasarkan situasi
i. individu yang tidak dikenali
ii. individu yang dikenali
iii. sentuhan Selamat
iv. sentuhan tidak Selamat
v. sentuhan tidak selesa
3. Melaporkan sentuhan yang tidak selemat dan sentuhan yang tidak
selesa kepada ibu, bapa, penjaga atau individu yang dipercayai.
34
Perhubungan
 Hanya ibu dan doktor sahaja yang boleh menyentuh organ
genital untuk tujuan kebersihan, kesihatan dan
keselamatan.
 Apabila melakukan pemeriksaan doktor, seseorang itu perlu
ditemani ibu atau jururawat yang bertugas.
 Penerangan topik ini juga hendaklah mengambil kira aspek
sosiobudaya setempat.
NOTA
Lembaran Kerja 1
Tandakan (√) bagi situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK.
35
Perhubungan
Standard Kandungan : 7.1
Standard Pembelajaran : 7.1.1 dan 7.1.2
Bahan Bantu Belajar : Stiker
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab tentang keadaan kesihatan murid.
2. Permainan ‘Antikuman’ (permainan seperti ‘Belatuk dan Belalang’).
3. Murid berada dalam 2 kumpulan
i. Merah (stiker penyakit batuk)
ii. Hijau (stiker penyakit selesema)
4. Murid yang dipilih akan memberi arahan dengan mengangkat kad
traffic light merah atau hijau.
5. Apabila kad merah diangkat, kumpulan hijau akan berlari dan
sebaliknya.
6. Murid yang mengejar akan cuba melekatkan stikernya pada pihak
lawan.
7. Murid yang berjaya melekatkan stiker pada rakan lain dikira sihat dan
akan keluar daripada permainan.
8. Di akhir permainan, murid yang mendapat stiker yang banyak
dianggap telah dijangkiti kuman.
9. Pemain yang mendapat paling banyak stiker akan melakonkan aksi
orang yang dijangkiti selesema dan batuk.
10. Perbincangan tentang maksud ‘kuman’ dan contoh cara kuman
merebak melalui air, udara, sentuhan, dan jarum suntikan.
11. Rumusan.
36
Penyakit
 Sediakan kad-kad perkataan bagi menerangkan maksud
kuman.
 Murid menyusun kad-kad menjadi ayat. (Lampiran 1)
i. Organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
ii. Kuman menyebabkan pelbagai penyakit
NOTA
Lampiran 1
a) Kuman adalah organisma halus yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
b) Kuman hanya dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop.
c) Kuman adalah organisma yang berbahaya.
d) Jika kita dijangkiti kuman, kita akan jatuh sakit.
37
Penyakit
Standard Kandungan : 7.1
Standard Pembelajaran : 7.1.3, 7.1.4 dan 7.1.5
Bahan Bantu Belajar : Jigsaw puzzle
Kad imbasan
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab tentang cara kuman merebak.
i. Air
ii. Udara
iii. Makanan yang terdedah
iv. Sentuhan
v. Jarum suntikan
2. Edarkan jigsaw puzzle (Lampiran 1) kepada setiap kumpulan.
3. Berdasarkan gambar jigsaw puzzle, murid menceritakan tentang cara
mengelak kuman merebak.
4. Padankan kad imbasan (Lampiran 2) yang mengandungi kesan
kepentingan mencegah kuman pada papan tulis.
5. Rumusan.
38
Penyakit
Lampiran 1
39
Penyakit
Lampiran 2
40
Penyakit
Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.1
Bahan Bantu Belajar : Klip video
Kad situasi
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video atau tunjuk kad situasi berkaitan keselamatan diri.
2. Perbincangan tentang situasi selamat dan situasi tidak selamat
berdasarkan tayangan klip video atau kad situasi yang ditunjukkan.
3. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.
4. Perbincangan dan rumusan.
Keselamatan
41
 Borang kaji selidik akan dibawa pulang oleh setiap murid
untuk dilengkapkan di rumah dengan bantuan ibu bapa.
 Perbincangan dalam kumpulan selepas dapatan kaji
selidik dikumpulkan.
NOTA
Lampiran 1
Contoh Kad Situasi
42
Orang yang tidak dikenali
memperkenalkan diri sebagai
rakan ibu atau bapa.
Orang itu ingin menghantar anda
pulang ke rumah dengan alasan
berlaku kemalangan di rumah.
Guru membimbing murid supaya bertanya soalan seperti:
i. Siapakah nama ibu saya?
ii. Siapakah nama ayah saya?
iii. Berapakah nombor telefon ibu atau ayah saya?
Keselamatan
Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.2
Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik
Cadangan Aktiviti :
1. Mengisi borang kaji selidik.
Nama : ______________________________
Kelas : ______________________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
A. Situasi Di Rumah
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali mengetuk
pintu rumah.
2.
Juru jual mempromosi barang jualan
ke rumah anda.
3.
Rakan mengajak anda keluar tanpa
pengetahuan ibu bapa.
4.
Orang yang dikenali ingin memasuki
rumah tanpa kehadiran ibu bapa.
Keselamatan
43
B. Situasi Di Sekolah
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali ingin
menghantar anda balik ke rumah.
2.
Orang yang dikenali selain keluarga
asas di rumah ingin menghantar
anda balik ke rumah.
3.
Rakan mengajak anda pergi ke suatu
tempat terpencil untuk berbincang.
4.
Murid lain mengajak anda keluar
kelas tanpa pengetahuan guru.
C. Situasi Di Taman Permainan
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali
menghampiri tempat anda bermain.
2.
Orang yang tidak dikenali
menawarkan makanan semasa
bermain.
3.
Orang yang dikenali cuba untuk
mengajak anda pergi ke tempat lain.
4.
Orang yang dikenali menawarkan
makanan kesukaan anda.
44
Keselamatan
D. Situasi Di Tempat Awam
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali cuba
menarik anda ke tempat lain.
2.
Orang yang dikenali memaksa anda
untuk mengikutnya tanpa
pengetahuan ibu bapa.
3.
Orang yang dikenali memaksa anda
keluar dari kenderaan tanpa
pengetahuan ibu bapa.
4.
Anda berkeliaran jauh dari ibu bapa
semasa membeli-belah.
Arahan : Tandakan (√) atau (X) pada ruangan yang disediakan.
Sekiranya situasi tidak selamat berlaku pada diri saya, saya akan...
Memberitahu ibu bapa Memberitahu guru
Memberitahu rakan baik
Mengikut orang yang tidak
dikenali
Bertegur sapa dengan orang
yang tidak dikenali
Lari ke arah ibu bapa
Menangis Menjerit meminta tolong
Mengambil makanan yang
diberikan
Menggigit tangan orang yang
cuba mengganggu
45
Keselamatan
Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.3 dan 8.1.4
Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Murid diberi kad perkataan ‘buli’, ‘pembuli’ dan ‘mangsa buli’.
2. Perbincangan dalam kumpulan berkaitan maksud ‘buli’, ‘pembuli’
dan ‘mangsa buli’.
3. Murid memberi respons dengan mengangkat kad ‘pembuli’ atau
‘mangsa buli’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan (Lampiran 1).
4. Perbincangan berkaitan kesan perbuatan buli.
5. Murid main peranan dalam kumpulan bertiga untuk berkata ‘TIDAK’
kepada pembuli.
46
Keselamatan
Standard Kandungan : 9.1
Standard Pembelajaran : 9.1.1 dan 9.1.2
Bahan Bantu Belajar : Replika makanan
Bekas kosong
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberi bekas kosong.
3. Murid mengambil satu jenis makanan atau replika makanan secara
bergilir dan memasukkan ke dalam bekas (Lampiran 1).
4. Perbincangan berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang
berkhasiat.
5. Rumusan.
47
Pemakanan
Lampiran 1
48
Pemakanan
Bekas Bekas Bekas Bekas
Replika Makanan
Standard Kandungan : 9.1
Standard Pembelajaran : 9.1.3
Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik
Cadangan Aktiviti :
1. Borang kaji selidik diberi kepada setiap murid dalam kumpulan bertiga
(Lampiran 1).
2. Melawat kantin sekolah.
i. Meninjau situasi di kantin.
ii. Meninjau makanan yang dihidang.
iii. Meninjau kebersihan kantin dan pekerja.
3. Perbincangan dalam kumpulan selepas lawatan.
4. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.
5. Perbincangan.
49
Pemakanan
Lampiran 1
Borang Kaji Selidik
Nama Ahli Kumpulan :
1. __________________________________
2. __________________________________
3. __________________________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
Bertutup Terbuka
1. Kuih
2. Mi
3. Nasi lemak
4. Bihun
5. Air minuman
6. Buah-buahan
7.
8.
9.
10.
Tidak bersih Bersih Sangat bersih
1. Kebersihan kantin
2. Pakaian pekerja kantin
3.
Bekas menyimpan
makanan
Pada pendapat saya, makanan dan minuman perlu ditutup kerana ________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
50
Pemakanan
Standard Kandungan : 10.1
Standard Pembelajaran : 10.1.1, 10.1.2 dan 10.1.3
Bahan Bantu Belajar : CD
Pemain CD
Cadangan Aktiviti :
1. Guru bunyikan siren ambulans, polis dan bomba.
2. Bersoal jawab apabila kita akan hubungi ambulans, polis dan bomba.
Edarkan Lembaran Kerja 1.
3. Berikan kad situasi kecemasan.
4. Bincangkan tindakan yang akan diambil oleh murid dalam situasi yang
ditunjukkan (Lampiran 1).
5. Murid melakonkan situasi dengan bimbingan guru.
6. Rumusan.
51
Pertolongan Cemas
Lampiran 1
Selimut terbakar disebabkan lingkaran ubat
nyamuk.
Lakonkan tindakan anda.
Kaki terseliuh kerana tergelincir.
Lakonkan tindakan anda.
Kaki luka dan berdarah.
Lakonkan tindakan anda.
Terpisah daripada ibu bapa semasa
membeli-belah.
Lakonkan tindakan anda.
52
Pertolongan Cemas
Lembaran Kerja 1
Siapakah yang perlu kita minta bantuan apabila berlaku kecemasan.
Bulatkan jawapan yang betul.
53
Pertolongan Cemas
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-88842000 FAKS: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Cikgu Jumrah
 
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Azian Sabli
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
Modul pengajaran pend kesihatan thn 3
Modul pengajaran pend kesihatan thn 3Modul pengajaran pend kesihatan thn 3
Modul pengajaran pend kesihatan thn 3Mi Bat
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Nur Shafikah
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Jagadeesan Raju
 
Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015
Azalea
 
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
akwan_0105
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1
nooradila samat
 

What's hot (13)

Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
 
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
Modul pengajaran pend kesihatan thn 3
Modul pengajaran pend kesihatan thn 3Modul pengajaran pend kesihatan thn 3
Modul pengajaran pend kesihatan thn 3
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
 
Modul pk t3
Modul pk t3Modul pk t3
Modul pk t3
 
P kehidupan
P kehidupanP kehidupan
P kehidupan
 
Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015
 
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1
 

Similar to Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1

Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3krb Persona
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
mohdhilmi66
 
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Vijaen Cool
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Azzam Yusof
 
PK t6.pdf
PK t6.pdfPK t6.pdf
PK t6.pdf
shafiqariffin1
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Rozita Mohamad Nadzir
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3
Rozita Mohamad Nadzir
 
2012 09-14 pp pk thn 3
2012 09-14 pp pk thn 32012 09-14 pp pk thn 3
2012 09-14 pp pk thn 3
Amin Mohd
 
Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1
awangyie
 
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Ariza Wati
 
Modul pengajaran pend kesihatan thn 2
Modul pengajaran pend kesihatan thn 2Modul pengajaran pend kesihatan thn 2
Modul pengajaran pend kesihatan thn 2Mi Bat
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1hanif5339
 
Buku pedoman, modul dan pmateri dokter kecil
Buku pedoman, modul dan pmateri dokter kecilBuku pedoman, modul dan pmateri dokter kecil
Buku pedoman, modul dan pmateri dokter kecil
PuskesmasMungkid
 
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Ariska Armaya
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
Vijaen Cool
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal HygieneSatuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Warung Bidan
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
SarasVathy2
 

Similar to Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1 (20)

Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
 
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
 
PK t6.pdf
PK t6.pdfPK t6.pdf
PK t6.pdf
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 3
 
2012 09-14 pp pk thn 3
2012 09-14 pp pk thn 32012 09-14 pp pk thn 3
2012 09-14 pp pk thn 3
 
Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1
 
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
 
Modul pengajaran pend kesihatan thn 2
Modul pengajaran pend kesihatan thn 2Modul pengajaran pend kesihatan thn 2
Modul pengajaran pend kesihatan thn 2
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1
 
Buku pedoman, modul dan pmateri dokter kecil
Buku pedoman, modul dan pmateri dokter kecilBuku pedoman, modul dan pmateri dokter kecil
Buku pedoman, modul dan pmateri dokter kecil
 
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal HygieneSatuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
 
Smk 10 ilmu_kesehatan_jilid_1
Smk 10 ilmu_kesehatan_jilid_1Smk 10 ilmu_kesehatan_jilid_1
Smk 10 ilmu_kesehatan_jilid_1
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 

Recently uploaded

Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 

Recently uploaded (20)

Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 

Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1
  • 2.
  • 3. Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2016 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 4. Cetakan Pertama 2016 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. KANDUNGAN RUKUN NEGARA vii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii PENDAHULUAN ix 1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1 2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 2 3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 6 4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8 5 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 9 6 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 11 7 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 12 8 PENYALAHGUNAAN BAHAN 13 9 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 15 10 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 17 11 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 22 12 KEKELUARGAAN 23 13 KEKELUARGAAN 25 14 PERHUBUNGAN 26
  • 6. 15 PERHUBUNGAN 29 16 PERHUBUNGAN 30 17 PENYAKIT 32 18 PENYAKIT 34 19 KESELAMATAN 37 20 KESELAMATAN 39 21 KESELAMATAN 41 22 PEMAKANAN 42 23 PEMAKANAN 44 24 PERTOLONGAN CEMAS 46
  • 7. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELURUHAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 8. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
  • 9. PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1 ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi 24 contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta menambah baik contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan pengajaran ini amat digalakkan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.
  • 10.
  • 11. Standard Kandungan : 1.1 Standard Pembelajaran : 1.1.1 Bahan Bantu Belajar : Set puzzle Set suku kata Cadangan Aktiviti : 1. Nyanyian lagu ‘Head, Shoulder, Knee and Toe’. 2. Puzzle i. Mencantumkan kad-kad sehingga menjadi anggota tubuh lelaki dan perempuan yang sempurna. ii. Melabelkan bahagian anggota tubuh dengan menyusun suku kata sehingga menjadi perkataan yang dikehendaki. 3. Setiap kumpulan menceritakan hasil kerja masing-masing. 4. Rumusan. Kesihatan Diri dan Reproduktif 1 Kepala : Rambut, mata, telinga, hidung, mulut, bibir, dan gigi Badan : Payu dara, dada, bahu, dan punggung Organ genital : Zakar, dan faraj Anggota lain : Tangan, paha, kaki, kuku, dan dubur NOTA
  • 12. Standard Kandungan : 1.1 Standard Pembelajaran : 1.1.2 Bahan Bantu Belajar : Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lampiran 1 Cadangan Aktiviti : 1. Nyanyian lagu ‘Jaga Kebersihan’ mengikut melodi lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ (Lampiran 1). 2. Bersoal jawab tentang kebersihan diri. i. Fizikal ii. Pakaian iii. Alatan keperluan diri 3. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2. Kesihatan Diri dan Reproduktif Kesihatan Diri dan Reproduktif 2 Contoh soalan: i. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri? ii. Apakah yang terjadi jika kuman menjadi kawan? iii. Bolehkah sabun digantikan dengan bahan lain? NOTA
  • 13. Lampiran 1 Jaga Kebersihan Ayuh kawan-kawan jaga kebersihan, Jaga kebersihan, jaga keterampilan, Mesti guna sabun bila kita mandi, Kawan pasti suka bila kita wangi, Mesti berus gigi dua kali sehari, Bila gigi putih senyuman berseri, Ingat basuh tangan sebelum makan, Bila tangan kotor kuman jadi kawan, Bila berpakaian mesti nampak segak, Biar nampak cantik dan bertambah kacak, Oleh itu rakan ingatlah semua Kebersihan itu amalan mulia. Kesihatan Diri dan Reproduktif 3
  • 14. Lembaran Kerja 1 Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan amalan menjaga kebersihan diri. Kesihatan Diri dan Reproduktif 4
  • 15. Lembaran Kerja 2 Mencari Perkataan Tersembunyi Baca ayat di bawah. Kemudian warnakan perkataan yang betul. c v g u h k l p t c w c i t a n g a n a a r f v b h j m k a s w t h n j u i g t m a n d i q a s s d f r t g h n r r r t w y q w p e n d e k q h s i f v f e y r h d s o i f a s y s h a h e g g f k g t y d h a g s g g d p e y g j e d s i h u t y b b l i t d o d f v k r f t u r i u g o v l g r e i t r i x f t y j k o g f l c j i d s i a d u d g t u a l a h r e c j t d y h e e y f f h f p l h l d r l y i s y a m p u w 1. Kita mesti _____________ dengan menggunakan sabun. 2. Gosok _________ sekurang-kurangnya dua kali sehari. 3. Cuci _____________________ sebelum dan selepas makan. 4. Kuku sentiasa dipotong ______________ dan bersih. 5. Cuci rambut dengan menggunakan ____________________. 6. Gunakan ___________ yang bersih selepas mandi. Kesihatan Diri dan Reproduktif 5
  • 16. Standard Kandungan : 1.1 Standard Pembelajaran : 1.1.3 dan 1.1.4 Bahan Bantu Belajar : Gambar Cadangan Aktiviti : 1. Bahagikan murid kepada enam kumpulan untuk ‘Permainan Boom’. 2. Setiap kumpulan diberikan nama i. Mandi ii. Cuci Tangan iii. Lap Badan iv. Sikat Rambut v. Gosok Gigi vi. Potong Kuku 3. Setiap murid di dalam kumpulan akan menentukan satu gaya yang perlu dilakukan berdasarkan nama kumpulan yang diberi dan melakukan aksi tersebut apabila nama kumpulan mereka disebut. 4. Berdasarkan gambar di Lampiran 1, setiap murid akan menunjukkan kad traffic light untuk menentukan sama ada gambar yang dipamerkan i. Bersih (Kad Hijau) ii. Tidak Bersih (Kad Merah) Kesihatan Diri dan Reproduktif 6 Permainan ‘Boom’ 1. Ahli kumpulan akan menyebut: Mandi boom! Mandi boom! Mandi boom...Gosok Gigi boom! 2. Kumpulan yang dibom akan melakukan gaya kumpulan yang telah dibincang sebelum permainan bermula. 3. Kreativiti lakuan bergantung kepada ahli dalam setiap kumpulan. NOTA
  • 17. Lampiran 1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 7
  • 18. Standard Kandungan : 2.1 Standard Pembelajaran : 2.1.1 Bahan Bantu Belajar : 4 buah kotak Kad warna hijau, kuning dan merah (4 Set) Kad nama bahagian tubuh badan Cadangan Aktiviti : 1. Aktiviti ‘Identification Card’ i. Murid membentuk satu bulatan berlapis. ii. Seorang murid dipilih sebagai model (berdiri di tengah-tengah bulatan) dan memegang gambar-gambar situasi pelbagai sentuhan yang diterbalikkan. iii. 4 buah kotak yang mengandungi kad warna hijau, kuning dan merah bersedia untuk diedarkan. iv. Kotak-kotak tersebut bergerak serentak apabila lagu dimainkan. v. Pemegang kotak berdiri apabila lagu dihentikan. 2. Model menunjukkan gambar situasi pelbagai sentuhan. 3. Pemegang kotak akan mengeluarkan kad warna yang bersesuaian dan jelaskan sebab kad warna itu dipilih. Kesihatan Diri dan Reproduktif Tidak Selamat Selamat Tidak Selesa 8
  • 19. Standard Kandungan : 2.1 Standard Pembelajaran : 2.1.2 Bahan Bantu Belajar : Kad peranan Kad soalan Cadangan Aktiviti : 1. Aktiviti ‘Boleh Saya Sentuh’ i. Seorang murid dipilih untuk memegang kad peranan. ii. Murid yang memegang kad peranan akan bertanya kepada murid-murid lain di dalam kelas, “Boleh saya sentuh?” iii. Murid-murid lain akan menjawab soalan tersebut dengan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 2. Sekiranya jawapan ‘Ya’ i. Murid yang memegang kad peranan akan memilih satu kad soalan yang disediakan. ii. Soalan seterusnya akan dikemukakan berdasarkan kad soalan, “Boleh saya sentuh tangan?” iii. Murid-murid lain akan menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’. iv. Guru akan bertanya, “Mengapa ya?” atau “Mengapa tidak?”. 3. Sekiranya jawapan ‘Tidak’, giliran murid yang memegang kad peranan akan tamat dan digantikan dengan murid lain. 4. Setelah semua kad peranan telah dijawab, permainan akan dikira tamat. 5. Perbincangan dan rumusan. Kesihatan Diri dan Reproduktif 9 Permainan ini boleh dimainkan dalam kumpulan kecil atau mengikut kesesuaian. NOTA
  • 20. Lampiran 1 Contoh Kad Peranan Contoh Kad Soalan Boleh saya sentuh tangan? Boleh saya sentuh bahu? Boleh saya sentuh punggung? Boleh saya sentuh dada? Boleh saya sentuh kaki? Boleh saya sentuh organ genital? Ibu Ayah Guru Kawan Doktor Pakcik Kesihatan Diri dan Reproduktif 10
  • 21. Standard Kandungan : 2.1 Standard Pembelajaran : 2.1.3 dan 2.1.4 Bahan Bantu Belajar : Klip video Cadangan Aktiviti : 1. Tayangan klip video yang mempunyai kaitan dengan kes penculikan. i. Bersoal jawab berkaitan kisah yang ditunjukkan dalam klip video. ii. Melakonkan dan menilai situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa. 2. Perbincangan dan rumusan. Kesihatan Diri dan Reproduktif Murid menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa dengan kreativiti sendiri. . NOTA 11
  • 22. Standard Kandungan : 3.1 Standard Pembelajaran : 3.1.1 dan 3.1.2 Bahan Bantu Belajar : Botol ubat Sarung ubat Label preskripsi doktor Cadangan Aktiviti : 1. Bercerita tentang pengalaman demam atau sakit dan pengambilan ubat. 2. Bersoal jawab tentang ubat, kepentingan ubat dan kepentingan mematuhi preskripsi doktor. 3. Perbincangan tentang kotak atau botol yang mengandungi label preskripsi doktor. Kesihatan Diri dan Reproduktif 12 Contoh maklumat pada label preskripsi doktor:  Nama pesakit  Sukatan yang perlu diambil  Kekerapan pengambilan ubat  Tarikh luput NOTA
  • 23. Standard Kandungan : 3.1 Standard Pembelajaran : 3.1.3, 3.1.4 dan 3.1.5 Bahan Bantu Belajar : Risalah Cadangan Aktiviti : 1. Permainan ‘Siapa Cepat Dia Menang’ i. Beberapa murid akan dipilih sebagai ketua dan diberi kad gambar yang berlainan. ii. Ketua akan disusun mengikut kedudukan seperti di Lampiran 1. iii. Murid yang lain akan berada di tengah-tengah ruang dan dibekalkan dengan kad pernyataan. 2. Apabila arahan mula diberikan, murid di tengah-tengah ruang akan bergerak dan memadankan kad pernyataan dengan gambar yang dipegang oleh ketua di sekeliling. 3. Ketua kumpulan akan mengangkat kad hijau menunjukkan kumpulannya telah lengkap. Penyalahgunaan Bahan 13 Ketua yang mendapat ahli paling cepat dan tepat dikira sebagai pemenang. NOTA
  • 24. Lampiran 1 Kad gambar dan pernyataan ‘Siapa Cepat Dia Menang’. Penyalahgunaan Bahan 14
  • 25. Standard Kandungan : 4.1 Standard Pembelajaran : 4.1.1 dan 4.1.2 Bahan Bantu Belajar : Gambar Cadangan Aktiviti : 1. Secara berkumpulan murid berbincang untuk memilih ekspresi muka bagi kumpulan masing-masing. 2. Permainan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan mengikut arahan guru secara spontan. 3. Bersoal jawab. Contoh soalan: i. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih? ii. Bagaimanakah anda menunjukkan ekspresi sedih selain daripada menangis? iii. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa gembira? iv. Bagaimanakan anda menunjukkan ekspresi gembira selain daripada tersenyum dan ketawa? 4. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan jelaskan mengapa anda memilih gambar tersebut. 5. Rumusan. Pengurusan Mental dan Emosi 15
  • 26. Lembaran Kerja 1 Tandakan () pada ruang yang menunjukkan emosi bersesuaian dengan gambar. Bil. Gambar Emosi Gembira Malu Sedih Takut Marah 1. 2. 3. 4. 16 Pengurusan Mental dan Emosi
  • 27. Standard Kandungan : 4.1 Standard Pembelajaran : 4.1.3 Bahan Bantu Belajar : Kad gambar Kotak misteri Cadangan Aktiviti : 1. Bersoal jawab dengan murid tentang keperluan dan kehendak. 2. Murid mengambil kad gambar (Lampiran 1) daripada kotak misteri. 3. Murid melekatkan gambar mengikut kumpulan kehendak dan keperluan. 4. Perbincangan murid dalam kumpulan tentang gambar-gambar yang telah diklasifikasikan. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2. Pengurusan Mental dan Emosi 17
  • 29. Lampiran 2 Gunting dan tampal gambar mengikut kumpulan kehendak dan keperluan dalam lembaran kerja yang diberikan. Pengurusan Mental dan Emosi 19
  • 30. Lembaran Kerja 1 Tampalkan gambar mengikut kumpulan kehendak. KEHENDAK Pengurusan Mental dan Emosi 20
  • 31. Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 2 Tampalkan gambar mengikut kumpulan keperluan. KEPERLUAN Pengurusan Mental dan Emosi 21
  • 32. Standard Kandungan : 4.1 Standard Pembelajaran : 4.1.4 Bahan Bantu Belajar : Kad situasi Cadangan Aktiviti : 1. Murid melakukan cara meminta keperluan dan kehendak dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang. Murid memainkan peranan sebagai ‘anak’, ‘ibu’ dan ‘bapa’. 3. Murid akan melakonkan watak yang diberi iaitu watak anak yang akan menyuarakan keperluan dan kehendak diri kepada ibu dan bapa. 4. Guru menetapkan pilihan keperluan dan kehendak setiap kumpulan supaya tidak berlaku pertindihan pilihan yang sama antara kumpulan. Contoh: i. Hendak membeli buku ii. Hendak permainan video 5. Perbincangan dan rumusan. 22 Pengurusan Mental dan Emosi
  • 33. Standard Kandungan : 5.1 Standard Pembelajaran : 5.1.1 dan 5.1.2 Bahan Bantu Belajar : Poster Gambar Cadangan Aktiviti : 1. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan. i. Kumpulan ayah ii. Kumpulan ibu iii. Kumpulan adik iv. Kumpulan kakak v. Kumpulan abang 2. Setiap kumpulan diberi satu kad berwarna yang berlabel ‘ayah’, ‘ibu’, ‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’. 3. Semua murid menyanyikan lagu ‘Sayang Semuanya’ (Lampiran 1). 4. Semasa menyanyikan lagu, apabila watak ‘ibu’ disebut salah seorang murid yang memegang label ‘ibu’ dalam kumpulan itu tampil ke depan dan diikuti oleh murid yang memegang kad warna yang sama dengan label ‘ayah’, ‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’. 5. Setelah semua murid berada dalam ‘keluarga’ masing-masing, setiap keluarga menceritakan peranan dan keistimewaan diri serta ahli keluarga. Kekeluargaan 23
  • 34. Lampiran 1 Sayang Semuanya Satu-satu saya sayang ibu Dua-dua juga sayang bapa Tiga-tiga sayang adik kakak Satu dua tiga sayang semuanya Satu-satu saya sayang ibu Dua-dua juga sayang bapa Tiga-tiga sayang adik kakak Satu dua tiga sayang semuanya 24 Kekeluargaan
  • 35. Lembaran Kerja 1 Padankan peranan ahli keluarga. Bapa Ibu Abang Kakak Kekeluargaan Mengurus kerja rumah Ketua keluarga Membantu bapa Mengasuh anak Membantu ibu menjaga rumah Mengawasi keluarga Membantu ibu membuat kerja rumah 25
  • 36. Standard Kandungan : 5.1 Standard Pembelajaran : 5.1.3 dan 5.1.4 Bahan Bantu Belajar : Poster Gambar Cadangan Aktiviti : 1. Aktiviti main peranan berdasarkan gambar. 2. Murid berada dalam kumpulan kecil (mengikut kesesuaian). 3. Setiap kumpulan diberi gambar yang berlainan dan diminta membuat perbincangan. 4. Setiap kumpulan melakonkan situasi berdasarkan gambar (Lampiran 1) yang diberi. 5. Soal jawab. Contoh soalan: Bagaimanakah cara menghormati diri, ahli keluarga dan penjaga? i. Memberi salam ii. Bersalaman iii. Membongkokkan badan semasa melintasi di hadapan orang yang lebih tua iv. Menghulurkan bantuan. 26 Kekeluargaan
  • 38. Standard Kandungan : 6.1 Standard Pembelajaran : 6.1.1 dan 6.1.2 Bahan Bantu Belajar : CD Lagu Radio Cadangan Aktiviti : 1. Edarkan lirik lagu “Keluarga Bahagia” (Lampiran1) dan menyanyi bersama-sama. 2. Murid bercerita tentang kepentingan hubungan berkekalan dalam kalangan ahli keluarga berpandukan kad perkataan (Lampiran 2 atau gambar lain yang sesuai). 3. Edarkan Lembaran Kerja 1. 4. Gunting perkataan pada Lampiran 2 dan tampalkan pada Lembaran Kerja 1. 28 Perhubungan
  • 39. Lampiran 1 Keluarga Bahagia Kasih pada ibu, Taat pada bapa, Hormat pada guru, Keluarga bahagia. Ibu dan bapa, Serta keluarga, Bimbinglah kami, Dengan penuh kasih sayang. Korus: Masa tidak menunggu kita, Oleh itu janganlah leka, Jangan menderhaka, Pada orang tua. (ulang korus) Perhubungan 29
  • 40. Lampiran 2 Bapa Ibu Abang Adik Kakak 30 Perhubungan
  • 41. Lembaran Kerja 2 Tampal perkataan yang sesuai (Lampiran 2) pada ruangan yang disediakan. 31 Perhubungan
  • 42. Standard Kandungan : 6.1 Standard Pembelajaran : 6.1.3 Bahan Bantu Belajar : CD Lagu Radio Cadangan Aktiviti : 1. Menyanyikan lagu “Trek Tok Tok” mengikut melodi lagu “Trek Tek Tek”. (Lampiran 1) 2. Bincangkan etiket perhubungan antara diri dengan ibu, bapa, penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain. 3. Rumusan. 32 Perhubungan
  • 43. Lampiran 1 Trek Tok Tok Bila masuk ke bilik ibu, Trek Tok Tok... Ketuk pintu terlebih dahulu, Trek Tok Tok... Jangan terus masuk melulu, Minta izin daripada ibu, Trek Tok Tok... Abang saya ada basikal Trek Tok Tok... Mohon izin sebelum guna Trek Tok Tok... Kalau kita sentiasa berakal Baru jadi insan berguna Trek Tok Tok... Jika kita pergi bermain Trek Tok Tok... Main bersama-sama rakan Trek Tok Tok... Jaga adab dalam pergaulan Agar tidak sesal kemudian Trek Tok Tok... Ikut ayah ke pasar malam Trek Tok Tok... Pegang tangan jangan lepaskan Trek Tok Tok... Jangan ikut orang sembarangan Nanti hilang tidak ketahuan Trek Tok Tok... 33 Perhubungan
  • 44. Standard Kandungan : 6.1 Standard Pembelajaran : 6.1.4 Bahan Bantu Belajar : Klip video Cadangan Aktiviti : 1. Tayangan klip video “Ajar Anak Anda Menjerit” atau bersesuaian dengan topik situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak Selamat dan sentuhan tidak selesa. 2. Membuat sumbang saran berdasarkan situasi i. individu yang tidak dikenali ii. individu yang dikenali iii. sentuhan Selamat iv. sentuhan tidak Selamat v. sentuhan tidak selesa 3. Melaporkan sentuhan yang tidak selemat dan sentuhan yang tidak selesa kepada ibu, bapa, penjaga atau individu yang dipercayai. 34 Perhubungan  Hanya ibu dan doktor sahaja yang boleh menyentuh organ genital untuk tujuan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.  Apabila melakukan pemeriksaan doktor, seseorang itu perlu ditemani ibu atau jururawat yang bertugas.  Penerangan topik ini juga hendaklah mengambil kira aspek sosiobudaya setempat. NOTA
  • 45. Lembaran Kerja 1 Tandakan (√) bagi situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK. 35 Perhubungan
  • 46. Standard Kandungan : 7.1 Standard Pembelajaran : 7.1.1 dan 7.1.2 Bahan Bantu Belajar : Stiker Cadangan Aktiviti : 1. Bersoal jawab tentang keadaan kesihatan murid. 2. Permainan ‘Antikuman’ (permainan seperti ‘Belatuk dan Belalang’). 3. Murid berada dalam 2 kumpulan i. Merah (stiker penyakit batuk) ii. Hijau (stiker penyakit selesema) 4. Murid yang dipilih akan memberi arahan dengan mengangkat kad traffic light merah atau hijau. 5. Apabila kad merah diangkat, kumpulan hijau akan berlari dan sebaliknya. 6. Murid yang mengejar akan cuba melekatkan stikernya pada pihak lawan. 7. Murid yang berjaya melekatkan stiker pada rakan lain dikira sihat dan akan keluar daripada permainan. 8. Di akhir permainan, murid yang mendapat stiker yang banyak dianggap telah dijangkiti kuman. 9. Pemain yang mendapat paling banyak stiker akan melakonkan aksi orang yang dijangkiti selesema dan batuk. 10. Perbincangan tentang maksud ‘kuman’ dan contoh cara kuman merebak melalui air, udara, sentuhan, dan jarum suntikan. 11. Rumusan. 36 Penyakit  Sediakan kad-kad perkataan bagi menerangkan maksud kuman.  Murid menyusun kad-kad menjadi ayat. (Lampiran 1) i. Organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. ii. Kuman menyebabkan pelbagai penyakit NOTA
  • 47. Lampiran 1 a) Kuman adalah organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. b) Kuman hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. c) Kuman adalah organisma yang berbahaya. d) Jika kita dijangkiti kuman, kita akan jatuh sakit. 37 Penyakit
  • 48. Standard Kandungan : 7.1 Standard Pembelajaran : 7.1.3, 7.1.4 dan 7.1.5 Bahan Bantu Belajar : Jigsaw puzzle Kad imbasan Cadangan Aktiviti : 1. Bersoal jawab tentang cara kuman merebak. i. Air ii. Udara iii. Makanan yang terdedah iv. Sentuhan v. Jarum suntikan 2. Edarkan jigsaw puzzle (Lampiran 1) kepada setiap kumpulan. 3. Berdasarkan gambar jigsaw puzzle, murid menceritakan tentang cara mengelak kuman merebak. 4. Padankan kad imbasan (Lampiran 2) yang mengandungi kesan kepentingan mencegah kuman pada papan tulis. 5. Rumusan. 38 Penyakit
  • 51. Standard Kandungan : 8.1 Standard Pembelajaran : 8.1.1 Bahan Bantu Belajar : Klip video Kad situasi Cadangan Aktiviti : 1. Tayangan klip video atau tunjuk kad situasi berkaitan keselamatan diri. 2. Perbincangan tentang situasi selamat dan situasi tidak selamat berdasarkan tayangan klip video atau kad situasi yang ditunjukkan. 3. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda. 4. Perbincangan dan rumusan. Keselamatan 41  Borang kaji selidik akan dibawa pulang oleh setiap murid untuk dilengkapkan di rumah dengan bantuan ibu bapa.  Perbincangan dalam kumpulan selepas dapatan kaji selidik dikumpulkan. NOTA
  • 52. Lampiran 1 Contoh Kad Situasi 42 Orang yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai rakan ibu atau bapa. Orang itu ingin menghantar anda pulang ke rumah dengan alasan berlaku kemalangan di rumah. Guru membimbing murid supaya bertanya soalan seperti: i. Siapakah nama ibu saya? ii. Siapakah nama ayah saya? iii. Berapakah nombor telefon ibu atau ayah saya? Keselamatan
  • 53. Standard Kandungan : 8.1 Standard Pembelajaran : 8.1.2 Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik Cadangan Aktiviti : 1. Mengisi borang kaji selidik. Nama : ______________________________ Kelas : ______________________________ Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan. A. Situasi Di Rumah Selamat Tidak Selamat 1. Orang yang tidak dikenali mengetuk pintu rumah. 2. Juru jual mempromosi barang jualan ke rumah anda. 3. Rakan mengajak anda keluar tanpa pengetahuan ibu bapa. 4. Orang yang dikenali ingin memasuki rumah tanpa kehadiran ibu bapa. Keselamatan 43
  • 54. B. Situasi Di Sekolah Selamat Tidak Selamat 1. Orang yang tidak dikenali ingin menghantar anda balik ke rumah. 2. Orang yang dikenali selain keluarga asas di rumah ingin menghantar anda balik ke rumah. 3. Rakan mengajak anda pergi ke suatu tempat terpencil untuk berbincang. 4. Murid lain mengajak anda keluar kelas tanpa pengetahuan guru. C. Situasi Di Taman Permainan Selamat Tidak Selamat 1. Orang yang tidak dikenali menghampiri tempat anda bermain. 2. Orang yang tidak dikenali menawarkan makanan semasa bermain. 3. Orang yang dikenali cuba untuk mengajak anda pergi ke tempat lain. 4. Orang yang dikenali menawarkan makanan kesukaan anda. 44 Keselamatan
  • 55. D. Situasi Di Tempat Awam Selamat Tidak Selamat 1. Orang yang tidak dikenali cuba menarik anda ke tempat lain. 2. Orang yang dikenali memaksa anda untuk mengikutnya tanpa pengetahuan ibu bapa. 3. Orang yang dikenali memaksa anda keluar dari kenderaan tanpa pengetahuan ibu bapa. 4. Anda berkeliaran jauh dari ibu bapa semasa membeli-belah. Arahan : Tandakan (√) atau (X) pada ruangan yang disediakan. Sekiranya situasi tidak selamat berlaku pada diri saya, saya akan... Memberitahu ibu bapa Memberitahu guru Memberitahu rakan baik Mengikut orang yang tidak dikenali Bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali Lari ke arah ibu bapa Menangis Menjerit meminta tolong Mengambil makanan yang diberikan Menggigit tangan orang yang cuba mengganggu 45 Keselamatan
  • 56. Standard Kandungan : 8.1 Standard Pembelajaran : 8.1.3 dan 8.1.4 Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan Gambar Cadangan Aktiviti : 1. Murid diberi kad perkataan ‘buli’, ‘pembuli’ dan ‘mangsa buli’. 2. Perbincangan dalam kumpulan berkaitan maksud ‘buli’, ‘pembuli’ dan ‘mangsa buli’. 3. Murid memberi respons dengan mengangkat kad ‘pembuli’ atau ‘mangsa buli’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan (Lampiran 1). 4. Perbincangan berkaitan kesan perbuatan buli. 5. Murid main peranan dalam kumpulan bertiga untuk berkata ‘TIDAK’ kepada pembuli. 46 Keselamatan
  • 57. Standard Kandungan : 9.1 Standard Pembelajaran : 9.1.1 dan 9.1.2 Bahan Bantu Belajar : Replika makanan Bekas kosong Cadangan Aktiviti : 1. Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan diberi bekas kosong. 3. Murid mengambil satu jenis makanan atau replika makanan secara bergilir dan memasukkan ke dalam bekas (Lampiran 1). 4. Perbincangan berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat. 5. Rumusan. 47 Pemakanan
  • 58. Lampiran 1 48 Pemakanan Bekas Bekas Bekas Bekas Replika Makanan
  • 59. Standard Kandungan : 9.1 Standard Pembelajaran : 9.1.3 Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik Cadangan Aktiviti : 1. Borang kaji selidik diberi kepada setiap murid dalam kumpulan bertiga (Lampiran 1). 2. Melawat kantin sekolah. i. Meninjau situasi di kantin. ii. Meninjau makanan yang dihidang. iii. Meninjau kebersihan kantin dan pekerja. 3. Perbincangan dalam kumpulan selepas lawatan. 4. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda. 5. Perbincangan. 49 Pemakanan
  • 60. Lampiran 1 Borang Kaji Selidik Nama Ahli Kumpulan : 1. __________________________________ 2. __________________________________ 3. __________________________________ Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan. Bertutup Terbuka 1. Kuih 2. Mi 3. Nasi lemak 4. Bihun 5. Air minuman 6. Buah-buahan 7. 8. 9. 10. Tidak bersih Bersih Sangat bersih 1. Kebersihan kantin 2. Pakaian pekerja kantin 3. Bekas menyimpan makanan Pada pendapat saya, makanan dan minuman perlu ditutup kerana ________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ 50 Pemakanan
  • 61. Standard Kandungan : 10.1 Standard Pembelajaran : 10.1.1, 10.1.2 dan 10.1.3 Bahan Bantu Belajar : CD Pemain CD Cadangan Aktiviti : 1. Guru bunyikan siren ambulans, polis dan bomba. 2. Bersoal jawab apabila kita akan hubungi ambulans, polis dan bomba. Edarkan Lembaran Kerja 1. 3. Berikan kad situasi kecemasan. 4. Bincangkan tindakan yang akan diambil oleh murid dalam situasi yang ditunjukkan (Lampiran 1). 5. Murid melakonkan situasi dengan bimbingan guru. 6. Rumusan. 51 Pertolongan Cemas
  • 62. Lampiran 1 Selimut terbakar disebabkan lingkaran ubat nyamuk. Lakonkan tindakan anda. Kaki terseliuh kerana tergelincir. Lakonkan tindakan anda. Kaki luka dan berdarah. Lakonkan tindakan anda. Terpisah daripada ibu bapa semasa membeli-belah. Lakonkan tindakan anda. 52 Pertolongan Cemas
  • 63. Lembaran Kerja 1 Siapakah yang perlu kita minta bantuan apabila berlaku kecemasan. Bulatkan jawapan yang betul. 53 Pertolongan Cemas
  • 64.
  • 65.
  • 66. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8, BLOK E 9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA TEL: 03-88842000 FAKS: 03-88889917 http://www.moe.gov.my/bpk