SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
NOTA EA TING 4
JENIS PENDAPATAN INDIVIDU


1. Pendapatan individu -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu
   dalam suatu tempoh masa tertentu
2. Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan

3. Rumus : Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahan

A) UPAH –Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental
         a) Upah nominal (upah wang ) –upah yang dinyatakan dalam wang semasa
            LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh
            bekerja 20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ?
            ________________
         b) Upah benar ialah jumlah barangan yang dapat dibeli oleh upang wang
            Rumus : Upah wang
                     Harga Purata barang
LATIHAN 1:
    TAHUN           UPAH            HARGA            HARGA           HARGA              UPAH
                    WANG            BARANG           BARANG          PURATA             BENAR
                                    X                Y
    1985            1200            1.00             2.00
    1990            1500            1.20             2.30
    1995            1800            1.50             2.80
    2000            2100            1.90             3.50
LATIHAN 2:
Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tiga
barang seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15.
Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________

B) FAEDAH - ganjaran kepada pemilik modal wang

  Rumus : Jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpanan
LATIHAN 1:
    Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan dalam akaun simpanan
    tetap dengan BSN untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang
    akan diterima oleh Encik Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun
    ?


LATIHAN 2:
Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yang
ditawarkan ialah 9 % setahun ? ____________________________
c) UNTUNG –Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko dalam
mengurus
         perniagaan

  Rumus : Untung = Jumlah hasil – Jumlah Kos

LATIHAN 1 :
Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiri
daripada kos bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000,
dan bayaran sewa RM1 500.Hitungkan Keuntungan firma ?
_______________________

LATIHAN 2:
Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayam
diladangnya.Kos pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjual
ayam berkenaan pada harga RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan
?_____________

D) DIVIDEN – pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalam
unit
             amanah saham dan syer
   E) SEWA - ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan
              kepada orang lain
F) BAYARAN PINDAHAN – pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak
    memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuan
kewangan
   ,duit saku,subsidi

  SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDU

A) BEKERJA SENDIRI – mempunyai modal dan sanggup menerima risiko
                       Contoh peniaga, professional seperti
doktor,peguam,petani
B) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN –menerima gaji daripada pihak majikan .
                                  bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan
C) PUNCA PENDAPATAN LAIN – termasuklah pencen jika bersara, sewa jika
   memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dandividen jika
memiliki
   saham

LATIHAN :
   PEKERJAAN                            PERATUS
   PESARA                               5
   KAKITANGAN KERAJAAN                  10
   BEKERJA DIKILANG BAJU                30
MENGUSAHAKAN TANAH                   50
   SENDIRI                              2
   JURUJUAL DI PASARAYA                 3
   PENIAGA
Berdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerja
dengan orang lain ?

      FAKTOR PEMILIHAN SESUATU PEKERJAAN

      1) Upah - lumayan
      2) Suasana tempat kerja -selesa
      3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahan
perubatan
      4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan
      5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yang
diceburi oleh ahli keluarganya
      6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepas
mempengaruhi pemilihan pekerjaan
      7) Jarak - dekat
      8) Prospek-peluang kenaikan pangkat
      9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengan
kelayakan akademik
      10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaan
terhad,ekonomi stabil=pekerjaan banyak


JENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR
EKONOMI

SEKTOR UTAMA
    MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADA
ALAM SEMULAJADI TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG
    MELIBATKAN:
PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBO
NGAN & KUARI
    CONTOH PEKERJAAN :
    PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN
,PEMBALAK
SEKTOR KEDUA
     KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANG
SIAP ATAU BARANG SEPARUH SIAP
     TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN
     CONTOH PEKERJAAN :
     OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAAN
SEKTOR KETIGA
     SEKTOR PERKHIDMATAN
     CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS
,TENTERA
 ian Masalah Asas Sistem Ekonomi

 4 SISTEM EKONOMI:
A) SISTEM EKONOMI KAPITALIS
       dikenali sistem ekonomi pasaran bebas(laissez-faire)
       pengguna sebagai raja
       tiada campur tangan kerajaan
       Contoh : USA, Hong Kong,UK
B) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
       dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis
       kerajaan berkuasa penuh
       pengguna tiasa kuasa dan kebebasan
       Contoh : Cuba,China
C) SISTEM EKONOMI CAMPURAN
       gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran
       wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat
       Contoh : Malaysia,Singapura,Thailand
D) SISTEM EKONOMI ISLAM
       berdasarkan prinsip islam dan hukum syarak
       matlamat: kebahagian dunia dan akhirat
       Contoh Arab Saudi,Kuwait,Iran

MASALAH ASAS EKONOMI
TERDAPAT EMPAT MASALAH ASAS EKONOMI:

1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran

2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap
sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos

4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna


JENIS-JENIS BARANG
BARANG EKONOMI
     dikeluarkan oleh pihak swasta
     penawaran terhad
     ada bayaran
     ada kos lepas
     Contoh :kereta,perabot
BARANG PERCUMA
     Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)
     penawaran tidak terhad
     tiada bayaran
     tiada kos lepas
     Contoh : matahari,udara,angin
BARANG AWAM
     disediakan oleh kerajaan
     penawaran terhad
     tiada pengecualian untuk menggunakannya
     ada kos lepas
     Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis
CONTOH SOALAN

1) BEZAKAN AIR MINERAL DENGAN AIR HUJAN
2) HURAIKAN CIRI -CIRI BARANG AWAM
3) BEZAKAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA


MASALAH EKONOMI
UNIT-UNIT     KEKURANGAN                       PILIHAN                            KOS LEPAS
EKONOMI
ISI RUMAH     Pendapatan atau wang yang        Memilih barang atau perkhidmatan   Barang kedua terbaik yang terpaksa
              terhad(kehendak tidak terhad)    yang dapat memaksimumkan           dilepaskan untuk mendapatkan barang
              Contoh : wang yang ada hanya     kepuasan                           yang terbaik
              cukup untk membeli kasut sukan   Samada membeli buku rujukan atau   Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku
              atau buku rujukan                membeli kasut sukan                rujukan
              Faktor pengeluaran yang terhad   Memilih Keluaran yang              Projek kedua terbaik yang terpaksa
(Buruh,Tanah ,Modal)           memaksimmkan keuntungan               dilepaskan




                                            Samada memilih mengeluarkan tv atau   Kos lepas bagi tv adalah radio
FIRMA                                       radio
             Sumber hasil kerajaan terhad
                                            Memilih projek pembangunan yang       Projek pembangunan
                                            memaksimumkan kebajikan               kedua terbaik yang
                                                                                  terpaksa dilepaskan
                                            Samada memilih membina hospital
                                            atau sekolah


KERAJAAN

                                                                                  Kos lepas bagi
                                                                                  hospital ialah sekolah

PENGERTIAN EKONOMI
       EKONOMI - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber
ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
       Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal,Usahawan
1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia
Ganjaran : Upah

2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan
    Ganjaran : Sewa
3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk
           menghasilkan barang dan perkhidmatan
           Ganjaran : Faedah
4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
Ganjaran : Untung
Novel Tingkatan 5 2011 - Kembara Amira




Sinopsis Novel Kembara Amira (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia
pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga
seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajian
dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr.
Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang
pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu
seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak
kerja lapangan di Desa Karpus itu.

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang
membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula
ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai
kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan
laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu
ialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira
dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan
Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah
diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau
dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan
manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai
pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang
tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah
dengan bantuan Tau.

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar
pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki
manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di
lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak
Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka
terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung
orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan
Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba
dan buluh.
Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta
pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari
pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Malique
bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia
disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan
Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya.
Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpamobile disk kepunyaan Malique di
dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa
Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan
bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang
emas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di
kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias,
Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique.
Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat
tersebut untuk menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique
ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar
kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau
bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di
luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer.
Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui
bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan
abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa
dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil
kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai,
Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik
kandungnya,         iaitu       semasa           bapanya       merawat        kecederaannya         itu.

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi
maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya
menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri.
Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa
syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam
perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia
melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di
dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat
dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.
Nota ea ting 4

More Related Content

Similar to Nota ea ting 4

Bab 1 asas kepada perdagangan
Bab 1 asas kepada perdaganganBab 1 asas kepada perdagangan
Bab 1 asas kepada perdaganganRoswadi Dagang
 
Bab1 Tingkatan 4 Ekonomi Asas
Bab1 Tingkatan 4 Ekonomi AsasBab1 Tingkatan 4 Ekonomi Asas
Bab1 Tingkatan 4 Ekonomi AsasTuisyen Geliga
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiChuah Chye
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Maria Nordin
 

Similar to Nota ea ting 4 (7)

11 Ekon Mja
11 Ekon Mja11 Ekon Mja
11 Ekon Mja
 
Bab 1 asas kepada perdagangan
Bab 1 asas kepada perdaganganBab 1 asas kepada perdagangan
Bab 1 asas kepada perdagangan
 
Bab1 Tingkatan 4 Ekonomi Asas
Bab1 Tingkatan 4 Ekonomi AsasBab1 Tingkatan 4 Ekonomi Asas
Bab1 Tingkatan 4 Ekonomi Asas
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
 
Bab01 pengenalan
Bab01   pengenalanBab01   pengenalan
Bab01 pengenalan
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 

Nota ea ting 4

  • 1. NOTA EA TING 4 JENIS PENDAPATAN INDIVIDU 1. Pendapatan individu -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu dalam suatu tempoh masa tertentu 2. Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan 3. Rumus : Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahan A) UPAH –Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental a) Upah nominal (upah wang ) –upah yang dinyatakan dalam wang semasa LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh bekerja 20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ? ________________ b) Upah benar ialah jumlah barangan yang dapat dibeli oleh upang wang Rumus : Upah wang Harga Purata barang LATIHAN 1: TAHUN UPAH HARGA HARGA HARGA UPAH WANG BARANG BARANG PURATA BENAR X Y 1985 1200 1.00 2.00 1990 1500 1.20 2.30 1995 1800 1.50 2.80 2000 2100 1.90 3.50 LATIHAN 2: Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tiga barang seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15. Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________ B) FAEDAH - ganjaran kepada pemilik modal wang Rumus : Jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpanan LATIHAN 1: Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan dalam akaun simpanan tetap dengan BSN untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun ? LATIHAN 2: Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yang ditawarkan ialah 9 % setahun ? ____________________________
  • 2. c) UNTUNG –Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko dalam mengurus perniagaan Rumus : Untung = Jumlah hasil – Jumlah Kos LATIHAN 1 : Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiri daripada kos bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000, dan bayaran sewa RM1 500.Hitungkan Keuntungan firma ? _______________________ LATIHAN 2: Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayam diladangnya.Kos pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjual ayam berkenaan pada harga RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan ?_____________ D) DIVIDEN – pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalam unit amanah saham dan syer E) SEWA - ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan kepada orang lain F) BAYARAN PINDAHAN – pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuan kewangan ,duit saku,subsidi SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDU A) BEKERJA SENDIRI – mempunyai modal dan sanggup menerima risiko Contoh peniaga, professional seperti doktor,peguam,petani B) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN –menerima gaji daripada pihak majikan . bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan C) PUNCA PENDAPATAN LAIN – termasuklah pencen jika bersara, sewa jika memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dandividen jika memiliki saham LATIHAN : PEKERJAAN PERATUS PESARA 5 KAKITANGAN KERAJAAN 10 BEKERJA DIKILANG BAJU 30
  • 3. MENGUSAHAKAN TANAH 50 SENDIRI 2 JURUJUAL DI PASARAYA 3 PENIAGA Berdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerja dengan orang lain ? FAKTOR PEMILIHAN SESUATU PEKERJAAN 1) Upah - lumayan 2) Suasana tempat kerja -selesa 3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahan perubatan 4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan 5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yang diceburi oleh ahli keluarganya 6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepas mempengaruhi pemilihan pekerjaan 7) Jarak - dekat 8) Prospek-peluang kenaikan pangkat 9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik 10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaan terhad,ekonomi stabil=pekerjaan banyak JENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR EKONOMI SEKTOR UTAMA MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADA ALAM SEMULAJADI TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG MELIBATKAN: PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBO NGAN & KUARI CONTOH PEKERJAAN : PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN ,PEMBALAK
  • 4. SEKTOR KEDUA KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANG SIAP ATAU BARANG SEPARUH SIAP TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN CONTOH PEKERJAAN : OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAAN SEKTOR KETIGA SEKTOR PERKHIDMATAN CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS ,TENTERA ian Masalah Asas Sistem Ekonomi 4 SISTEM EKONOMI: A) SISTEM EKONOMI KAPITALIS dikenali sistem ekonomi pasaran bebas(laissez-faire) pengguna sebagai raja tiada campur tangan kerajaan Contoh : USA, Hong Kong,UK B) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis kerajaan berkuasa penuh pengguna tiasa kuasa dan kebebasan Contoh : Cuba,China C) SISTEM EKONOMI CAMPURAN gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat Contoh : Malaysia,Singapura,Thailand D) SISTEM EKONOMI ISLAM berdasarkan prinsip islam dan hukum syarak matlamat: kebahagian dunia dan akhirat Contoh Arab Saudi,Kuwait,Iran MASALAH ASAS EKONOMI TERDAPAT EMPAT MASALAH ASAS EKONOMI: 1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN -penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan -mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran 2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN -penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan -mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
  • 5. 3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN -penentuan cara pengeluaran barang -cara yang paling cekap sama ada intensif buruh atau intensif modal -supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos 4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN - penentuan corak agihan barang -mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna JENIS-JENIS BARANG BARANG EKONOMI dikeluarkan oleh pihak swasta penawaran terhad ada bayaran ada kos lepas Contoh :kereta,perabot BARANG PERCUMA Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah) penawaran tidak terhad tiada bayaran tiada kos lepas Contoh : matahari,udara,angin BARANG AWAM disediakan oleh kerajaan penawaran terhad tiada pengecualian untuk menggunakannya ada kos lepas Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis CONTOH SOALAN 1) BEZAKAN AIR MINERAL DENGAN AIR HUJAN 2) HURAIKAN CIRI -CIRI BARANG AWAM 3) BEZAKAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA MASALAH EKONOMI UNIT-UNIT KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPAS EKONOMI ISI RUMAH Pendapatan atau wang yang Memilih barang atau perkhidmatan Barang kedua terbaik yang terpaksa terhad(kehendak tidak terhad) yang dapat memaksimumkan dilepaskan untuk mendapatkan barang Contoh : wang yang ada hanya kepuasan yang terbaik cukup untk membeli kasut sukan Samada membeli buku rujukan atau Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku atau buku rujukan membeli kasut sukan rujukan Faktor pengeluaran yang terhad Memilih Keluaran yang Projek kedua terbaik yang terpaksa
  • 6. (Buruh,Tanah ,Modal) memaksimmkan keuntungan dilepaskan Samada memilih mengeluarkan tv atau Kos lepas bagi tv adalah radio FIRMA radio Sumber hasil kerajaan terhad Memilih projek pembangunan yang Projek pembangunan memaksimumkan kebajikan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Samada memilih membina hospital atau sekolah KERAJAAN Kos lepas bagi hospital ialah sekolah PENGERTIAN EKONOMI EKONOMI - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal,Usahawan 1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia Ganjaran : Upah 2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan Ganjaran : Sewa 3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan Ganjaran : Faedah 4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan Ganjaran : Untung
  • 7. Novel Tingkatan 5 2011 - Kembara Amira Sinopsis Novel Kembara Amira (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu. Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah. Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai. Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau. Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.
  • 8. Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique. Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpamobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu. Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional. Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu. Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.