SlideShare a Scribd company logo
Modul 1
                       Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
                                        [ 30 markah ]
                                    Jawab semua soalan

a)        Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
          anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
          imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
          atau nama khas.

          i)     pandang
          ii)    pandangan
          iii)   berpandangan
          iv)    pemandangan
          v)     terpandang
          vi)    memandangkan
                                                                                  ( 6 markah )

     b)   Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud
          asalnya.

          “ Sarah, tolong ambil bubur kacang di dapur. ” pinta mak . “ Bubur kacang in, siapa
          yang buat mak? ” tanya Sarah. “ Kakak kau yang masak tengah hari tadi .” balas
mak.
           “ Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama-sama ayah,”
           tambah mak lagi. “ Baiklah mak, tentu sedap bubur yang kakak buat, Sarah pun dah
           lapar ni,” jawab Sarah. “ Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli
          semalam,” terang mak. “ Ayah, mak, marilah makan, Sarah dah hidang di meja ni,”
          Sarah memanggil ayah dan maknya minum petang.

                                                                                  ( 6 markah )

     c)   Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan
          penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
          ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
           kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

          i)     Kopersai peladang beragih dividen kepada para peladang yang menjadi ahli
                 selepas mesyuarat agong.
          ii)     Baju korong yang dipakai oleh Aminah sangat membesar.
          iii)    Kebanyakan pelancung lebih gemar mengunjungi ke pulau-pulau yang cantik
                  di persisiran pantai Malaysia.

                                                                                  ( 6 markah )
d)   Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
     satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
     kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatbahasa. Anda tidak
     perlu meyalin ayat itu semula.

     i)     Pelbagai kesenangan disediakan untuk penghuni asrama , namun mereka dapat
            belajar dengan lebih berkesan.
     ii)    Peniaga goreng pisang mendapat keuntungan berlipat ganda apabila tempat itu
            menjadi fokus orang ramai pada hari minggu.
     iii)   Datuk menceritakan tentang kekejaman tentera Jepun kepada kita sewaktu
             menziarahinya di kampung.
                                                                            ( 6 markah )

e)   Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
     menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.

     Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling
     membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap
     negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini
     wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya , mereka akan kehilangan
     segala-galanya.
                                                                          ( 6 markah )
Modul 2
                   Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
                                    [ 30 markah ]
                                Jawab semua soalan

a)   Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
     anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
     imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
     atau nama khas.
     i)      kupas
     ii)     kupasan
     iii)    jemput
     iv)     jemputan
     v)      pecah
     vi)     pecahan
                                                                              ( 6 markah )

b)   Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya .

     i)     Kita akan memikul bersama-sama tugas mengisi program kemerdekaan
            negara.
     ii)    Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula , tahap kebersihan di
            kawasan kediaman semakin meningkat.
     iii)   Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara bergotong-
            royong pada minggu lepas.
                                                                        ( 6 markah )

c)   Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan
     penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
     ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
      kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

     i)     Pondok rihat di taman bunga itu telah disalah guna oleh pelajar sebagai tempat
            mereka bermain judi dan ponteng sekolah.
     ii)    Nurul tinggal di belok belakang berhampiran taman mainan kanak-kanak.
     iii)   Sempena hari lahir anak tunggalnya yang ke 21 , Encik Hafiz telah hadiah
            anaknya sebuah kereta.

d)   Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
     satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
     kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
     perlu meyalin ayat itu semula.
     i)     Bangunan yang tertinggi sekali di Kuala Lumpur iaitu KLCC telah tidak
kelihatan beberapa hari akibat ditutupi jerebu yang melanda negara.

        ii)       Gerai yang didapati kotor di bandar itu telah digam oleh pihak penguat kuasa
                  untuk amaran tegas kepada peniaga-peniaga lain.

        iii)      Para pemimpin peringkat bawahan digesa agar dapat mengadakan pelbagai
                  program kemasyarakatan supaya rakyat saling faham –memahami demi
                  menjamin keharmonian hidup terpelihara.
                                                                               ( 6 markah )

e)      Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa
        yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

        Majikan          : Kita bekerja di sini seperti adik beradik , _________(i)_______
                           Sebab itu masalah memberikan kesan kepada kami.
        Pekerja                  : Benar, tuan . Saya sudah bekerja di sini lebih sepuluh tahun.
Sejak
                          kebelakangan ini saya seperti _____(ii )_____seolah-olah tidak
                          diperlukan lagi di syarikat ini. Kesilapan saya tidak boleh dimaafkan.
        Majikan          :Tapi kamu berpengalaman. Pengalaman lebih penting dalam
                          pekerjaan Kita faham ______(iii) __________ . stiap orang tidak
                          sunyi daripada kesilapan. Kami bersedia untuk memaafkan kesilapan
                          kamu.
Modul 3
                    Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
                                     [ 30 markah ]
                                  Jawab semua soalan


  a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
     Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan seta menggunakan
     perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

  i.      insentif
  ii.     intensif
  iii.    aspirasi
  iv.     inspirasi
  v.      interaksi
  vi.     interprestasi
                                                                          ( 6 markah )

  b) Kenal pasti binaan ayat di bawah ini yang berpola FN + FN dan FN + FK. Bahagikan
     subjek dan predikatnya berdasarkan pola berkenaan.

  i.      Bapa Ahmad pensyarah pusat pengajian tinggi.
  ii.     Semua makhluk bergantung kepada tuhan.
  iii.    Buku itu ada pada saya.
  iv.     Bandar Kuala Kangsar Bandar Diraja.
  v.      Ketabahan memerlukan ketabahan emosi
  vi.     Sungai itu sungai bersejarah.
                                                                          ( 6 markah )

  c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
     penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
     setiap ayat         anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
     ejaan dan kesalahan   penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
     semula.

  i.            Program Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Peringkat Negeri
          Melaka telah dilaksanakan secara perancangan dan tersusun bagi melahirkan
          pelajar aktif dan berkarisme.

  ii.        Mohamad Adib menghadiahkan ibunya telekung ketika ibunya hendak
          menunaikan fardhu haji .

  iii.       Semasa berhimpun murid-murid diminta mencatit nota dalam buku masing-
          masing.
                                                                          ( 6 markah )
d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
   dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
   Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
   penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
   ayat itu semula.


i.        Kerja-kerja menangkap sotong hanya sesuai dilakukan di waktu malam sahaja.

ii.        Cita-citanya untuk memanjangkan pelajarnya ke universiti belum tercapai lagi
       oleh kerana hidupnya yang susah itu.

iii.       Cerpen yang ditulis oleh saya telah memenangi tempat kedua dalam
       pertandingan mencipta cerpen anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor baru-
       baru ini.

                                                                            ( 6 markah )

e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain
   yang sama atau hampir sama dengan maksudnya dengan peribahasa yang cetak tebal.

i.        Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh tetapi akhirnya mereka berbaik-
       baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama
       bercantum juga.

ii.       Perangai anak itu kasar seperti bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa
       bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

iii.      Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke
       tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya
       hinggap di belakang kerbau juga.

                                                                            ( 6 markah )
Modul 4

                           Soalan 3: Kemahiran dan Pengetahuan Bahasa
                                           [ 30 markah ]
                                        Jawab semua soalan

  a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama
     bunyinya yang diberi supaya jelas menunjukkan maknanya. Anda tidak boleh
     menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
     peribahasa dan nama khas.

  i.             Belot – belut

  ii.            Cocok – cucuk

  iii.           Tembok – tembuk
                                                                                ( 6 markah )


  b) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu
     kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

          Corak kehidupan masyarakat pada hari ini sudah banyak berubah hingga
          menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang dan nilai-nilai tradisi
          semakin dilupakan.Golongan remaja pula lebih gemar hidup bebas dan tidak suka
          dikongkong oleh ibu bapa kerana mereka menganggap bahawa cara berfikir golongan
          tua sudah ketinggalan zaman.
                                                                                ( 6 markah )

 (c )      Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
          penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
          setiap ayat       anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
          ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
          semula.
          (i)    Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin
                 yang besar dan amat penting dalam penghidupan.

         (ii)       Sekim cepat kaya yang memperdaya orang ramai didapati menyalahkan
                    undang-undang.

          (ii)      Telivisyen dapat memberikan impak yang baik melalui penghiburan dan
                    muzik walaupun pendengarnya buta huruf.
( 6 markah )

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
    dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
    Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
    penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
    ayat itu semula.

    (i)     Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan
            remaja di ibu kota.

    (ii)    Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila
            bercakap dengan orang yang lebih tua.

    (iii)   Minah restoran telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tengku Mansur ibni
            Sultan Idris Syah pada bulan lepas.

                                                                         ( 6 markah )



(e ) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
    menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

    Malaysia telah menyambut kemerdekaan negara yang ke-54 tahun. Berbekalkan
    ekonomi yang stabil dan kehidupan yang harmoni, maka rakyat perlu bersyukur akan
    nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Kita tidak boleh melupakan jasa tokoh yang
    terdahulu yang telah membuka jalan kearah kemakmuran negara. Janganlah kita suka
    mementingkan diri tanpa memikikan kepentingan orang lain. Sebaliknya kita perlu
    bersikap saling membantu keran kesenangan yang dinikmati oleh orang lain secara
    tidak langsung akan kita rasai bersama dalam putaran ekonomi yang saling berkait.

                                                                         ( 6 markah )
Skema Jawapan Modul 1

a)   Membina ayat
     i)   lihat
     ii)  hasil perbuatan memandang / yang menjadi perhatian / anggapan / pendapat
     iii) saling memandang
     iv)  keadaan alam yang indah dipandang / keupayaan mata untuk memandang
     v)   terlihat tidak sengaja / tiba-tiba terpandang
     iv)  memikirkan

b) Ayat cakap ajuk kepada ayat pindah

      Emak meminta Sarah mengambil b bubur kacang di dapur. Sarah ingin tahu orang
     yang memasak bubur kacang tersebut. Emak memaklumkan bahawa bubur tersebut
     dimasak oleh kakak Sarah pada tengah hari itu. Emak kemudiannya meminta Sarah
     menghidangkannya di meja untuk minum petang bersama-sama ayah Sarah. Sarah
     menuruti suruhan emak sambil memuji dengan mengatakan bubur kacang yang dibuat
     oleh kakaknya sedap, tambahan pula dia sedang lapar. Emak mengiakan kata-kata
     Sarah dengan mengatakan bahawa kakak telah membubuh buah durian yang dibeli
     oleh ayah Sarah semalamnya. Sarah mempelawa ayah dan emaknya minum petang
     kerana dia telah siap menghidangkan bubur kacang di meja.

c) i)       beragih - mengagihkan , agong – agung
   ii)      korong – kurung , membesar - besar
   iii)     pelancung - pelancong , mengujungi – berkunjung

d)   i) kesenangan – kemudahan , namun – agar
     ii) goreng pisang – pisang goreng , fokus – tumpuan
     iii) menceritakan tentang kekejaman – menceritakan kekejaman , kita – kami

e ) i) bersatu teguh , bercerai penuh
    ii) bagai tanduk diberkas
    iii) kalah jadi abu, menang jadi arang
Skema Jawapan Modul 2

a)   Membina ayat
     i) kopek / buang kulit / menghuraikan
     ii) hasil perbuatan kupas
     iii) datang
     iv ) mempersilakan / menyuruh datang
     v) berbelah menjadi kecil
     vi) hasil benda yang pecah

b)    Tukar ayat aktif menjadi ayat pasif
     i)     Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama –sama.
     ii)     Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan , tahap kebersihan
            di kawasan kediaman semakin meningkat.
     iii)   Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara bergotong-
            royong pada minggu lepas.

c)   i)     rihat – rehat , disalah guna – disalahgunakan
     ii)    belok – blok, mainan – permainan
     iii)   ke 21 – ke-21 , hadiah- menghadiahi


d) i)       tertinggi sekali – tertinggi , ditutupi – dilitupi
   ii)      digam – disita , untuk – sebagai
   iii)     digesa – diseru , saling faham-memahami - saling memahami

e)   i)     cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya
     ii)    melukut di tepi gantang
     iii)   bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

More Related Content

What's hot

B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)iruldarken06
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluriklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
atalyataqwa
 
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Sang Pembelajar
 
Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]
Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]
Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]Yunus Thariq
 
Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012mardiyanto83
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
MTs DARUSSALAM
 
Bahasa indonesia (b)
Bahasa indonesia (b)Bahasa indonesia (b)
Bahasa indonesia (b)
iruldarken06
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
Gowtham .R
 
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa andaNota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
adnansmas83
 
Tugas buku latihan
Tugas buku latihanTugas buku latihan
Tugas buku latihan
Wahyudi Syaifullah
 
Soal ujian bhs indo
Soal ujian bhs indoSoal ujian bhs indo
Soal ujian bhs indo
heri baskoro
 
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatAnalisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Juwita Junie
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
zeknasir
 
SOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt ii
SOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt iiSOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt ii
SOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt ii
pandes
 
Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASABahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASAnormah66
 

What's hot (17)

B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluriklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
 
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
 
Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]
Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]
Latihan Soal Bahasa Indonesia [Pre-UTS]
 
Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
 
Bahasa indonesia (b)
Bahasa indonesia (b)Bahasa indonesia (b)
Bahasa indonesia (b)
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa andaNota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
 
Tugas buku latihan
Tugas buku latihanTugas buku latihan
Tugas buku latihan
 
Soal ujian bhs indo
Soal ujian bhs indoSoal ujian bhs indo
Soal ujian bhs indo
 
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatAnalisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
SOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt ii
SOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt iiSOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt ii
SOAL Uas bahasa indonesia smk kelas xi smt ii
 
Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASABahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA
 

Moudul silibus minimum daerah kuala langat

  • 1. Modul 1 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i) pandang ii) pandangan iii) berpandangan iv) pemandangan v) terpandang vi) memandangkan ( 6 markah ) b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya. “ Sarah, tolong ambil bubur kacang di dapur. ” pinta mak . “ Bubur kacang in, siapa yang buat mak? ” tanya Sarah. “ Kakak kau yang masak tengah hari tadi .” balas mak. “ Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama-sama ayah,” tambah mak lagi. “ Baiklah mak, tentu sedap bubur yang kakak buat, Sarah pun dah lapar ni,” jawab Sarah. “ Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang mak. “ Ayah, mak, marilah makan, Sarah dah hidang di meja ni,” Sarah memanggil ayah dan maknya minum petang. ( 6 markah ) c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Kopersai peladang beragih dividen kepada para peladang yang menjadi ahli selepas mesyuarat agong. ii) Baju korong yang dipakai oleh Aminah sangat membesar. iii) Kebanyakan pelancung lebih gemar mengunjungi ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia. ( 6 markah )
  • 2. d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatbahasa. Anda tidak perlu meyalin ayat itu semula. i) Pelbagai kesenangan disediakan untuk penghuni asrama , namun mereka dapat belajar dengan lebih berkesan. ii) Peniaga goreng pisang mendapat keuntungan berlipat ganda apabila tempat itu menjadi fokus orang ramai pada hari minggu. iii) Datuk menceritakan tentang kekejaman tentera Jepun kepada kita sewaktu menziarahinya di kampung. ( 6 markah ) e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini. Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya , mereka akan kehilangan segala-galanya. ( 6 markah )
  • 3. Modul 2 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i) kupas ii) kupasan iii) jemput iv) jemputan v) pecah vi) pecahan ( 6 markah ) b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya . i) Kita akan memikul bersama-sama tugas mengisi program kemerdekaan negara. ii) Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula , tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. iii) Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara bergotong- royong pada minggu lepas. ( 6 markah ) c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Pondok rihat di taman bunga itu telah disalah guna oleh pelajar sebagai tempat mereka bermain judi dan ponteng sekolah. ii) Nurul tinggal di belok belakang berhampiran taman mainan kanak-kanak. iii) Sempena hari lahir anak tunggalnya yang ke 21 , Encik Hafiz telah hadiah anaknya sebuah kereta. d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu meyalin ayat itu semula. i) Bangunan yang tertinggi sekali di Kuala Lumpur iaitu KLCC telah tidak
  • 4. kelihatan beberapa hari akibat ditutupi jerebu yang melanda negara. ii) Gerai yang didapati kotor di bandar itu telah digam oleh pihak penguat kuasa untuk amaran tegas kepada peniaga-peniaga lain. iii) Para pemimpin peringkat bawahan digesa agar dapat mengadakan pelbagai program kemasyarakatan supaya rakyat saling faham –memahami demi menjamin keharmonian hidup terpelihara. ( 6 markah ) e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan. Majikan : Kita bekerja di sini seperti adik beradik , _________(i)_______ Sebab itu masalah memberikan kesan kepada kami. Pekerja : Benar, tuan . Saya sudah bekerja di sini lebih sepuluh tahun. Sejak kebelakangan ini saya seperti _____(ii )_____seolah-olah tidak diperlukan lagi di syarikat ini. Kesilapan saya tidak boleh dimaafkan. Majikan :Tapi kamu berpengalaman. Pengalaman lebih penting dalam pekerjaan Kita faham ______(iii) __________ . stiap orang tidak sunyi daripada kesilapan. Kami bersedia untuk memaafkan kesilapan kamu.
  • 5. Modul 3 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan seta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. i. insentif ii. intensif iii. aspirasi iv. inspirasi v. interaksi vi. interprestasi ( 6 markah ) b) Kenal pasti binaan ayat di bawah ini yang berpola FN + FN dan FN + FK. Bahagikan subjek dan predikatnya berdasarkan pola berkenaan. i. Bapa Ahmad pensyarah pusat pengajian tinggi. ii. Semua makhluk bergantung kepada tuhan. iii. Buku itu ada pada saya. iv. Bandar Kuala Kangsar Bandar Diraja. v. Ketabahan memerlukan ketabahan emosi vi. Sungai itu sungai bersejarah. ( 6 markah ) c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Program Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan secara perancangan dan tersusun bagi melahirkan pelajar aktif dan berkarisme. ii. Mohamad Adib menghadiahkan ibunya telekung ketika ibunya hendak menunaikan fardhu haji . iii. Semasa berhimpun murid-murid diminta mencatit nota dalam buku masing- masing. ( 6 markah )
  • 6. d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Kerja-kerja menangkap sotong hanya sesuai dilakukan di waktu malam sahaja. ii. Cita-citanya untuk memanjangkan pelajarnya ke universiti belum tercapai lagi oleh kerana hidupnya yang susah itu. iii. Cerpen yang ditulis oleh saya telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan mencipta cerpen anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor baru- baru ini. ( 6 markah ) e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama dengan maksudnya dengan peribahasa yang cetak tebal. i. Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh tetapi akhirnya mereka berbaik- baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. ii. Perangai anak itu kasar seperti bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa bagaimana tepuk, begitulah tarinya. iii. Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. ( 6 markah )
  • 7. Modul 4 Soalan 3: Kemahiran dan Pengetahuan Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya yang diberi supaya jelas menunjukkan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. i. Belot – belut ii. Cocok – cucuk iii. Tembok – tembuk ( 6 markah ) b) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya. Corak kehidupan masyarakat pada hari ini sudah banyak berubah hingga menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang dan nilai-nilai tradisi semakin dilupakan.Golongan remaja pula lebih gemar hidup bebas dan tidak suka dikongkong oleh ibu bapa kerana mereka menganggap bahawa cara berfikir golongan tua sudah ketinggalan zaman. ( 6 markah ) (c ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan. (ii) Sekim cepat kaya yang memperdaya orang ramai didapati menyalahkan undang-undang. (ii) Telivisyen dapat memberikan impak yang baik melalui penghiburan dan muzik walaupun pendengarnya buta huruf.
  • 8. ( 6 markah ) (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota. (ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua. (iii) Minah restoran telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tengku Mansur ibni Sultan Idris Syah pada bulan lepas. ( 6 markah ) (e ) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Malaysia telah menyambut kemerdekaan negara yang ke-54 tahun. Berbekalkan ekonomi yang stabil dan kehidupan yang harmoni, maka rakyat perlu bersyukur akan nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Kita tidak boleh melupakan jasa tokoh yang terdahulu yang telah membuka jalan kearah kemakmuran negara. Janganlah kita suka mementingkan diri tanpa memikikan kepentingan orang lain. Sebaliknya kita perlu bersikap saling membantu keran kesenangan yang dinikmati oleh orang lain secara tidak langsung akan kita rasai bersama dalam putaran ekonomi yang saling berkait. ( 6 markah )
  • 9. Skema Jawapan Modul 1 a) Membina ayat i) lihat ii) hasil perbuatan memandang / yang menjadi perhatian / anggapan / pendapat iii) saling memandang iv) keadaan alam yang indah dipandang / keupayaan mata untuk memandang v) terlihat tidak sengaja / tiba-tiba terpandang iv) memikirkan b) Ayat cakap ajuk kepada ayat pindah Emak meminta Sarah mengambil b bubur kacang di dapur. Sarah ingin tahu orang yang memasak bubur kacang tersebut. Emak memaklumkan bahawa bubur tersebut dimasak oleh kakak Sarah pada tengah hari itu. Emak kemudiannya meminta Sarah menghidangkannya di meja untuk minum petang bersama-sama ayah Sarah. Sarah menuruti suruhan emak sambil memuji dengan mengatakan bubur kacang yang dibuat oleh kakaknya sedap, tambahan pula dia sedang lapar. Emak mengiakan kata-kata Sarah dengan mengatakan bahawa kakak telah membubuh buah durian yang dibeli oleh ayah Sarah semalamnya. Sarah mempelawa ayah dan emaknya minum petang kerana dia telah siap menghidangkan bubur kacang di meja. c) i) beragih - mengagihkan , agong – agung ii) korong – kurung , membesar - besar iii) pelancung - pelancong , mengujungi – berkunjung d) i) kesenangan – kemudahan , namun – agar ii) goreng pisang – pisang goreng , fokus – tumpuan iii) menceritakan tentang kekejaman – menceritakan kekejaman , kita – kami e ) i) bersatu teguh , bercerai penuh ii) bagai tanduk diberkas iii) kalah jadi abu, menang jadi arang
  • 10. Skema Jawapan Modul 2 a) Membina ayat i) kopek / buang kulit / menghuraikan ii) hasil perbuatan kupas iii) datang iv ) mempersilakan / menyuruh datang v) berbelah menjadi kecil vi) hasil benda yang pecah b) Tukar ayat aktif menjadi ayat pasif i) Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama –sama. ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan , tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara bergotong- royong pada minggu lepas. c) i) rihat – rehat , disalah guna – disalahgunakan ii) belok – blok, mainan – permainan iii) ke 21 – ke-21 , hadiah- menghadiahi d) i) tertinggi sekali – tertinggi , ditutupi – dilitupi ii) digam – disita , untuk – sebagai iii) digesa – diseru , saling faham-memahami - saling memahami e) i) cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya ii) melukut di tepi gantang iii) bumi mana yang tidak ditimpa hujan.